ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3....

4
ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan Pengiktirafan kepada seorang penggiat/aktivis/pengamal sastera yang memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa dan budaya peringkat negeri. Penilaian dan pemilihan berdasarkan sumbangan yang berterusan dan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa dan budaya peringkat negeri melalui penghasilan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan yang bermutu dan dapat menyumbang kepada pembangunan pemikiran masyarakat serta mengharumkan nama negeri. Tokoh yang pernah menerima anugerah ini tidak akan dipertimbangkan lagi untuk kali kedua. Tokoh yang sudah meninggal dunia boleh juga dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini. Nama penerima anugerah ini akan dicalonkan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan Calon Hadiah Utama ASNS; dan disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pengesahan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan yang ahli-ahli panelnya dilantik oleh Kerajaan Negeri. Anugerah adalah dalam bentuk: 1. Wang Tunai bernilai RM10,000.00 2. Plak dan Sijil 3. Kemudahan lain: 3.1. Menghadiri kegiatan-kegiatan sastera peringkat negeri atau kebangsaan bagi satu tempoh tertentu. 3.2. Kemudahan untuk menulis dan menyebarkan karyanya kepada pembaca. 3.3. Dikhaskan tempat duduk yang berpatutan dalam acara rasmi Kerajaan Negeri. 3.4. Penerima digelar ‘Sasterawan Negeri Sembilan” Anugerah Khas Penggiat Bahasa dan Sastera Pengiktirafan kepada tokoh yang memberikan sumbangan kepada perkembangan kegiatan bahasa dan persuratan serta kebudayaan/keseniaan Negeri Sembilan. Penilaian/pemilihan berdasarkan sumbangan dan penglibatan yang berterusan dan cemerlang dalam kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan serta kebudayaan/keseniaan di Negeri Sembilan termasuk

Transcript of ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3....

Page 1: ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3. SYARAT2... · memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa ...

ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan

Pengiktirafan kepada seorang penggiat/aktivis/pengamal sastera yang

memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera,

bahasa dan budaya peringkat negeri.

Penilaian dan pemilihan berdasarkan sumbangan yang berterusan dan

cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa dan budaya

peringkat negeri melalui penghasilan karya kreatif, pemikiran dan

kegiatan yang bermutu dan dapat menyumbang kepada

pembangunan pemikiran masyarakat serta mengharumkan nama

negeri.

Tokoh yang pernah menerima anugerah ini tidak akan dipertimbangkan

lagi untuk kali kedua. Tokoh yang sudah meninggal dunia boleh juga

dipertimbangkan untuk menerima anugerah ini.

Nama penerima anugerah ini akan dicalonkan oleh Jawatankuasa Panel

Pemilihan Calon Hadiah Utama ASNS; dan disahkan oleh Jawatankuasa

Pemilihan dan Pengesahan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri

Sembilan yang ahli-ahli panelnya dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Anugerah adalah dalam bentuk:

1. Wang Tunai bernilai RM10,000.00

2. Plak dan Sijil

3. Kemudahan lain:

3.1. Menghadiri kegiatan-kegiatan sastera peringkat negeri atau

kebangsaan bagi satu tempoh tertentu.

3.2. Kemudahan untuk menulis dan menyebarkan karyanya

kepada pembaca.

3.3. Dikhaskan tempat duduk yang berpatutan dalam acara

rasmi Kerajaan Negeri.

3.4. Penerima digelar ‘Sasterawan Negeri Sembilan”

Anugerah Khas Penggiat Bahasa dan Sastera

Pengiktirafan kepada tokoh yang memberikan sumbangan kepada

perkembangan kegiatan bahasa dan persuratan serta

kebudayaan/keseniaan Negeri Sembilan.

Penilaian/pemilihan berdasarkan sumbangan dan penglibatan yang

berterusan dan cemerlang dalam kegiatan-kegiatan bahasa dan

persuratan serta kebudayaan/keseniaan di Negeri Sembilan termasuk

Page 2: ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3. SYARAT2... · memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa ...

kegiatan penataraan dalam bidang yang berkenaan dan keanggotaan

dalam persatuan yang berkaitan.

Penerima hadiah ini tidak dicalonkan tetapi dipilih oleh Jawatankuasa

Anugerah Sastera Negeri.

Nama penerima anugerah ini akan dicalonkan oleh Jawatankuasa Panel

Pemilihan Calon Hadiah Utama ASNS; dipilih dan disahkan oleh

Jawatankuasa Pemilihan dan Pengesahan Penerima Anugerah

Sasterawan Negeri Sembilan yang ahli-ahli panelnya dilantik oleh

Kerajaan Negeri.

Anugerah adalah dalam bentuk:

1. Wang Tunai bernilai RM3,000.00

2. Plak dan Sijil

Anugerah Penulis Negeri Sembilan (Buku dan Eceran)

Pengiktirifan kepaeda seorang penulis mengikut genre yang ditetapkan,

iaitu:

1. Kategori A – Buku (Kumpulan/Perseorangan):

1.1. Novel

1.2. Cerpen

1.3. Puisi

1.4. Drama

2. Kategori B – Karya Eceran

2.1. Cerpen

2.2. Puisi

2.3. Esei dan Kritikan

2.4. Skrip Drama

Penilaian/Pemilihan berdasarkan penghasilan dan penyiaran karya-

karyanya yang bermutu dan menonjol, dari estetika dan teknikal serta

sumbangan kepada agama, negara, bangsa dan budaya.

Penulis yang pernah memenangi hadiah ini pada tahun yang lepas boleh

dipertimbangkan untuk menerima hadiah ini dalam genre atau bidang

yang sama jika beliau masih aktif menghasilkan karya. Namun, hanya

karya-karya yang baharu dan belum pernah dinilai atau dalam tempoh

Page 3: ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3. SYARAT2... · memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa ...

penilaian yang ditetapkan oleh urus setia sahaja yang akan dinilai untuk

tujuan hadiah ini.

Anugerah adalah dalam bentuk:

1. Wang Tunai Bernilai:

1.1. Kategori A – Buku (Kumpulan/Perseorangan):

1.1.1. Novel - RM1,000.00

1.1.2. Cerpen - RM1,000.00

1.1.3. Puisi – RM1,000.00

1.1.4. Skrip Drama – RM1,000.00

1.2. Kategori B – Karya Eceran:

2.1.1. Cerpen – 3 pemenang X RM500.00

2.1.2. Puisi – 3 pemenang X RM500.00

2.1.3. Esei dan Kritikan – 3 pemenang X RM 500.00

2.1.4. Skrip Drama – 3 pemenang X RM 500.00

2. Plak dan Sijil

Anugerah Penulis Harapan (Sastera)

Pengiktirafan kepada penulis baharu berkecimpung dalam bidang

penulisan (tanpa mengira usia) yang menunjukkan potensi yang tinggi

dalam penghasilan karya.

Penilaian/pemilihan berdasarkan penghasilan dan penyiaran karya-karya

yang bermutu dan menonjol, dari aspek estetika dan teknikal serta

sumbangan kepada agama, negara, bangsa dan budaya.

Anugerah adalah dalam bentuk:

1. Wang Tunai bernilai RM 1,000.00

2. Plak dan Sijil

Syarat-syarat Umum

1. Penerima dipilih berdasarkan:

1.1. Penghasilan/penyiaran karya-karyanya yang dianggap besar,

bermutu dan dapat menyumbang kepada pembangunan

pemikiran pembaca dalam tempoh/jangka masa yang dinilai;

Page 4: ANUGERAH SASTERA 2015 PERINGKAT NEGERI …nslibrary.gov.my/images/anugerah_sastera/Sastera/3. SYARAT2... · memberikan sumbangan cemerlang terhadap perkembangan sastera, bahasa ...

1.2. Sumbangan/penglibatannya dalam kegiatan-kegiatan yang

berdasarkan kesusasteraan seperti pementasan drama,

penterjemahan dan pengadaptasian;

1.3. Kejayaan/pencapaian di peringkat Negeri/Kebangsaan seperti

memenangi hadiah, mewakili Negeri/Negara dalam aktiviti

sastera dan kepimpinan kesusateraan serta jasanya dalam

tempoh yang dinilai.

2. ASNS menilai karya sastera tradisional dan moden yang berbentuk kreatif

atau bukan kreatif iaitu novel, cerpen, puisi, skrip drama, kritikan dan

esei sastera dan bidang-bidang lain seperti drama, teater tarian dan

pendidikan.

3. Karya mestilah yang terbit dalam bentuk buku dan eceran yang tersiar di

akhbar, majalah, jurnal dan yang dipentaskan atau disiarkan (untuk

skrip drama) mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2014.

4. Karya mestilah asli dan berbahasa Melayu oleh warganegara Malaysia

rakyat Negeri Sembilan yang berkarya di Negeri Sembilan, Malaysia

atau di luar negara, atau warganegara Malaysia yang telah

bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya lima (5) tahun

semasa karya dinilai, atau warganegara Malaysia yang ibu bapanya

dilahirkan dan menetap di Negeri Sembilan semasa karyanya ditulis.

5. Penilaian akan dilakukan terhadap tokoh atau penulis serta karya-karya

yang menghasilkan dan diterbitkan oleh tokoh atau penulis pada

tahun penilaian berkenaan.

6. Pemilihan akan dibuat melalui pemilihan nama-nama penulis yang akan

dicadangkan oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan Calon Hadiah

Utama ASNS.