Laras bahasa sastera

21
Laras Bahasa Sastera 1.0 Pengenalan Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan). Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri. Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang

Transcript of Laras bahasa sastera

Page 1: Laras bahasa sastera

Laras Bahasa Sastera

1.0                     Pengenalan Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras

bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. 

Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripada gaya

cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman

pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan

mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia

merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran,

memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu

bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini

biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel),

puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).

Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya

wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang

sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut

pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini

memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.

Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan,

perpautan, kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan.

Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit

linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi),

kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang

lebih luas. Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan

penulisan yang bermutu, berkesan serta indah.

Page 2: Laras bahasa sastera

2.0         Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera

a)     Perbendaharaan Kata / Istilah

Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah

difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal.

Perkataan pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang

terdapat penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan

tujuan untuk menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang

memperlihatkan nilai seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap

perkataan untuk satu pengertian, sama ada perkataan itu yang

membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya

secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud

yang hendak disampaikan.

Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera

mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang

khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam

memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya

sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa

sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu

yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak

protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola,

personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.

b)                     Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang

penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi

pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk,

struktur, dan binaan ayat.

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan

awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai

ragam, ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang.

Page 3: Laras bahasa sastera

Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga

lazim digunakan.

Contoh tatabahasa:

Contoh 1:

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya.

(Petikan daripada novel lakah Salmah)

Contoh 2:

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan pesannya.

(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Contoh 3:

pulangkan kembalipada saat inigerak yang sejak dulu kaukumpulwarna-warna yang kautusuk ke dada dindingkata-kata yang kaubenam ke mulut almarigaris-garis yang lemastitik-titik yang keringke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c)                     Gaya bahasa

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur

sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan

dan sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga

boleh digunakan.

Contoh gaya bahasa:

Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):

Page 4: Laras bahasa sastera

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”

(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):

Gagasan tentang tamu:Tamunya kali ini seorang yang agungTamu itu juga pelanggannyaLangganan yang diimpikannya selama ini.Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agungitu kepadanya.Tamu itu seorang menteri.

(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri , karya S.Othman

Kelantan)

Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”

(Petikan daripada novel Daerah Zeni , karya A.Samad Said)

Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):

Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbunga lagi,Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

( Pantun Melayu )

3.0         Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi

bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang

dituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara

kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.

Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat

jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa

teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-

Page 5: Laras bahasa sastera

lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-

unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja

dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/laras-bahasa-sastera.html#more

Teknik Pengajaran Komsas / Sastera / Bahasa

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

(a) Teater Pembaca(b) Teater Bercerita(c) Persidangan Meja Bulat(d) Monodrama(e) Balang Kaca(f) Stesen(g) Kerusi Panas(h) Peta Minda(i) Improvisasi(j) Mestamu(k) Dekon(l) Adaptasi

(a) Teater Pembaca

• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

Page 6: Laras bahasa sastera

• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat.• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.• Masa perbincangan 15 – 20 minit.• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya.• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Page 7: Laras bahasa sastera

(g) Improvisasi• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu.• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

(k) Dekon• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.• Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Page 8: Laras bahasa sastera

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/teknik-pengajaran-komsas-sastera-bahasa.html

Memahami Istilah Sastera

Cikgu Mohd Khir Kassim

Asonansi – pengulangan bunyi huruf vokal, iaitu a, e, i, o, u yang sama dalam satu baris.

Babak – bahagian utama dalam satu drama atau lakonan yang terdiri daripada adegan.

Bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.

Bahasa kiasan – pengg unaan kiasan atau perbandingan untuk menimbulkan kesan.

Bait – bahagian dalam sajak, rangkap

Balada – puisi naratif yang romantis

Cerita asal usul – cerita yang menerangkan asal usul atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia

Page 9: Laras bahasa sastera

Cerita penglipur lara – suatu bentuk cerita rakyat yang asalnya disampaikan oleh tukang cerita secara lisan

Cerita rakyat – cerita yang dituturkan secara lisan dan terkenal dalam masyarakatMelayu tradisional

Dialek – loghat atau pelat daerah

Diksi – pemilihan dan penggunaan kata-kata dalam penulisan

Drama – karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, televisyen, atau sandiwara

Epifora – pengulangan kata-kata pada akhir baris puisi untuk penegasan

Epik – prosa atau puisi panjang yang mengisahkan kepahlawanan tokoh penting yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau negara

Episod – sebahagian cerita daripada cerita yang lebih besar dalam karya sastera atau drama

Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya

Genre – jenis, bidang, atau cabang sastera atau seni

Gurindam - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada dua baris maksud dan mempunyai rima akhir aa

Hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan

Imbas kembali – teknik plot atau cerita yang memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang terdahulu dan dikenang atau diingat semula

Imbas muka – teknik plot atau cerita yang memungkinkan pembaca meramalkan atau menjangkakan sesuatu yang akan berlaku

Imej – gambaran yang timbul kesan daripada penggunaan kata-ungkapan, dan ayat dalam puisi

Imejan – bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui

Page 10: Laras bahasa sastera

pancaindera

Inversi – keterbalikan kata-kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

Klimaks/kemuncak – bahagian dalam cerita yang paling menarik atau penting daripadabahagian-bahagian lain

Konflik – ketegangan atau pertentangan antara dua watak

Kronologi – susunan atau urutan peristiwa mengikut masa

Latar – keterangan mengenai waktu, ruang, atau masyarakat yang terjadinya sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar masa – gambaran tentang zaman, era, sejarah atau musim sesuatu peristiwa itu berlaku

Latar tempat – gambaran tentang tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku

Latar masyarakat – gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap, dan sebagainya

Mesej – segala yang berupa gagasan, pengajaran, amanat, atau teladan yang hendak disampaikan

Metafora – sejenis bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak atau perbandingan langsung yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan macam

Monolog dalaman – rakaman pengalaman atau emosi watak yang berlaku hanya dalam fikiran atau dalam hati watak serta tidak disuarakan

Monolog – pembicaraan yang dilakukan dengan diri sendiri, cetusan rasa atau suara hati yang terluah tanpa disedari

Nada – perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya tekanan suara

Paradoks – pernyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum yang

Page 11: Laras bahasa sastera

realiti

Peleraian – peringkat akhir dalam binaan plot dalam sesuatu cerita; penyelesaian suatu cerita dalam karya

Pengajaran – suatu perkara yang berkaitan dengan nilai murni yang dapat mengajar manusia supaya berbuat baik dan meninggalkan yang jahat

Pengulangan – hal berulang-ulangnya kata, ungkapan, baris, atau rangkap

Persoalan – perkara-perkara utama yang ingin disampaikan oleh pengarang bagi memantap tema

Personifikasi – pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan atau peristiwa.

Perwatakan – gambaran sifat-sifat luaran dan dalam sesuatu watak

Plot – rentetan atau urutan peristiwa yang berdasarkan sebab dan akibat

Prosa – sebarang bentuk tulisan atau karangan yang mempunyai corak atau gambaran yang tertentu

Puisi – suatu bentuk tulisan yang berirama dan dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada penyair atau penyajak

Rangkap – beberapa baris yang merupakan satu kesatuan dalam puisi

Repitasi – pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki

Responsi – pengulangan kata di tengah baris pantun atau sajak

Rima – keselarasan bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu baris puisi atau rangkap

Romantis – nada yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih saying

Sampiran – pembayang maksud bagi pantun

Saspens – unsure ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak dalam cerita yang menyebabkan

Page 12: Laras bahasa sastera

pembaca tertanya-tanya

Seloka – puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya mempunyai bilangan baris maksud yang bebas dan rima akhirnya juga tidak terikat.

Simbol – lambang-lambang tertentu yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu maksud

Simile – perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis

Sinkof – penyingkatan kata

Sinopsis – ringkasan cerita atau sesuatu perkara penting dalam sesebuah cerita

Subplot – plot sampingan kepada plot utama

Sudut pandangan – cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot

Syair - puisi Melayu lama yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris maksud dan mempunyai rima akhir aaaa.

Tema – gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang

Watak – pelaku yang menggerakkan atau menghidupkan cerita dalam karya

Watak antagonis- watak dalam karya yang merupakan penentang watak utama

Watak bulat/bundar – watak yang aktif ,iaitu ada perubahan pada fikiran ,aksi ,atauperwatakannya dari semasa ke semasa

Watak dinamik – watak yang bergerak bukan saja dari segi fizikal tetapi juga dari segipemikirannya

Watak kodi – watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat

Watak pipih/statik – watak yang tidak menampakkan sebarang

Page 13: Laras bahasa sastera

perubahan dari mula hingga akhir cerita

Watak protagonis –watak utama ,iaitu watak dasar atau watak pusat yang berperanan penting dalam cerita

Watak putih – watak yang senantiasa melakukan tindakan yang positif dan baik

Watak sampingan – watak pembantu yang membantu watak utama dalam suatu cerita

Watak utama – watak yang berperanan paling penting dalam cerita dan menggerakkankeseluruhan cerita.

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS: KAEDAH GLOBAL

Oleh; Mohd Imran Sofwani, Khairudin Ruslee dan Mohd Khairi Ariffin

PengenalanSastera merupakan satu bidang yang amat unik. Keunikan bidang sastera akan dirasai apabila kita menyelami dunia sastera bersama-sama dengan tokoh-tokoh sastera ataupun dengan tokoh kritikan. Akan tetapi, anak muda masa kini terutama yang melibat pelajar ipt sekarang kurang meminati bidang sastera. Namun, semua ini bukanlah satu penghalang kepada kumpulan kami untuk menyelami bidang sastera seterusnya menyiapkan tugasan ringkas yang telah diberikan kepada kami. Setelah diundi, kami telah bernasib baik kerana dihadiahkan tajuk pendekatan memahami teks melalui kaedah global. Jadi, pada bahagian seterusnya kami akan menghuraikan serba sedikit perihal kaedah global beserta contoh-contoh yang bersesuai.

Konsep Pendekatan

Page 14: Laras bahasa sastera

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,1998). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, ita lihat contohterdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Definisi Kaedah Global Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri GlobalAda 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-

• aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.• aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.• aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera. 3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak. 4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-• lakonan berasaskan gambar

Page 15: Laras bahasa sastera

• lakonan berasaskan skrip• lakonan guna topeng• lakonan guna cerita berlagu

Fungsi sastera membentuk negara bangsa

1.    Berfungsi sebagai protes/kritikan sosial

·         Karya-karya berbentuk satira (sindiran)

·         Dalam cerita contohnya Hang Tuah dipanggil alegori-menceritakan tentang kisah sosial masyarakat/golongan istana pada masa itu.

·         Menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira lapisan

·         Berikan contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan – novel Shahnon Ahmad – puisi-T. Alias Taib, J.M Aziz

2.    Menawarkan gagasan idea dan pemikiran

·         Menyalurkan idea dan fikiran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap sesuatu perkara

·         Zaman sebelum perang – semangat menentang penjajah-nyatakan contoh

·         Semangat nasionalisme – nyatakan contoh

·         Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian

3.    Memberikan pengajaran/ unsur deduktik

Page 16: Laras bahasa sastera

·     Karya sastera yang mempunyai unsur-unsur  pengajaran sama ada mengajar secara langsung ataupun secara tidak langsung melalui watak-watak binatang

·         Sastera rakyat

·         Berikan contoh-contoh berdasarkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan dalam setiap huraian

4.    Menjadi bahan hiburan

·         Karya-karya yang berkisar tentang kehidupan masyarakat pada masa itu yang boleh dijadikan hiburan setelah melaksanakan tanggungjawab seharian.

·         Karya-karya yang boleh memberikan hiburan kepada pembaca

·         Cerita-cerita jenaka – hiburan yang macam mana dan contoh

·         Berikan contoh-contoh berdasrkan karya novel, cerpen, puisi berkaitan

5.    Menyeimbangkan sosial dan politik negara

·         Karya-karya sastera yang membicarakan persoalan-persoalan berkaitan perpaduan kaum, fahaman politik secara tidak langsung menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perpaduan dan kesefahaman dalam masyarakat

·         Contoh-contoh karya novel, cerpen, puisi berkaitan

6.   Mencerminkan estetika dan nilai budaya

·         Nyatakan nilai estetika dalam karya sastera yang dapat membentuk negara bangsa dan contoh karya

·         Nyatakan nilai budaya dan contoh

7.   Memberikan pendidikan dan ilmu

Page 17: Laras bahasa sastera

·         Nyatakan bagaimana dalam karya sastera dapat memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat untuk membina negara bangsa

8.   Menambahkan khazanah intelektual

Bagaimana khazanah intelektual (karya sastera) dapat menyumbang kepada pembentukan  negara bangsa.