ANUGERAH TANGAN EMAS - ilpkbpp.gov.my · peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar...

4
ILJTM Wilayah Utara BULETIN Peneraju Kemahiran Terbilang INOVASI PERTANDINGAN ILP Jitra menang ANUGERAH TANGAN EMAS Emas, gangsa milik ILP Jitra TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pemenang Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia dan Pengajar 2018 dari INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 yang gilang gemilang pada 4 Oktober 2018 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada penerima anugerah utama, En Mohd Alim bin Nulhakim, Pengajar ILP Jitra yang menerima ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI 2018 (KATEGORI PENGAJAR) yang telah disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. WE SO PROUD OF YOU!!! Berikut merupakan senarai pingat yang dimenangi oleh para peserta ILJTM : PINGAT EMAS: 1. ILP Jitra - Electrical Installation Mohd Alim bin Nulhakim [PENERIMA UTAMA ANUGERAH TANGAN EMAS] PINGAT PERAK: 1. ILP Kuala Terengganu – Joinery Muhammad Firdaus bin Azmy PINGAT GANGSA: 1. ILP Jitra - Electrical Installation Anuar bin Rozalley 2. ILP Kuala Terengganu - Plumbing & Heating Mohamad Khairil Aiman bin Mahadi #WSMB2018 #WSMP2018 #KSM #JTM #JPK #ILJTM #JMTI #ADTEC #ILP #ILPJitra #ILPKualaTerengganu #TVET #SkillsMalaysia MATEPM2018 #AnugerahTanganEmasPerdanaMenteri ANUGERAH TANGAN EMAS

Transcript of ANUGERAH TANGAN EMAS - ilpkbpp.gov.my · peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar...

ILJTMWilayah UtaraBULETINPeneraju Kemahiran TerbilangINOVASI

PERTANDINGAN

ILP Jitra menang ANUGERAH TANGAN EMAS

Emas, gangsa milik ILP Jitra

TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pemenang Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia dan Pengajar 2018 dari INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM) dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2018 yang gilang gemilang pada 4 Oktober 2018 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada penerima anugerah utama, En Mohd Alim bin Nulhakim, Pengajar ILP Jitra yang menerima ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI 2018 (KATEGORI PENGAJAR) yang telah disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

WE SO PROUD OF YOU!!!

Berikut merupakan senarai pingat yang dimenangi oleh para peserta ILJTM :

PINGAT EMAS: 1. ILP Jitra - Electrical Installation Mohd Alim bin Nulhakim[PENERIMA UTAMA ANUGERAH TANGAN EMAS]

PINGAT PERAK: 1. ILP Kuala Terengganu – JoineryMuhammad Firdaus bin Azmy

PINGAT GANGSA: 1. ILP Jitra - Electrical InstallationAnuar bin Rozalley2. ILP Kuala Terengganu - Plumbing & HeatingMohamad Khairil Aiman bin Mahadi

#WSMB2018#WSMP2018#KSM #JTM #JPK#ILJTM #JMTI #ADTEC #ILP#ILPJitra #ILPKualaTerengganu#TVET #SkillsMalaysiaMATEPM2018#AnugerahTanganEmasPerdanaMenteri

ANUGERAH TANGAN EMAS

CSR COMMUNITY SOCIAL RESPONSIBILITY

ProgramKEPIMPINAN PELAJAR & KHIDMAT KOMUNITI @TANJUNG PIANDANG

Tarikh :21/9/2018Tempat : SMK Raja Lope Nor Rashid & Surau Parit Sungai Bawah Betul, Tanjung Piandang, PerakPenglibatan: 40 JMTI Peer Facilitator Club (PFC)

JMTI Peer Facilitator Club (PFC) merupakan Kelab Pembimbing Rakan Se-Institut di bawah Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan program kepimpinan pelajar dan khidmat masyarakat bertempat di Tanjung Piandang, Perak. Program sehari yang diadakan pada 21 September 2018 ini turut dijayakan bersama-sama PRS SMK Raja Lope Nor Rashid dan penduduk Kampung Sungai Bawah Betul. Aktviti yang dijalankan dalam program ini melibatkan tiga fasa iaitu kem kepimpinan Pengawas Raja Lope yang dikendalikan sepenuhnya oleh PFC, taklimat kerjaya dan pameran robot yang dikendalikan oleh pegawai psikologi bersama pasukan robot JMTI serta gotong royong Surau Parit Sungai Bawah Betul. Program ini turut disertai oleh komuniti setempat. Di akhir program sumbangan barangan keperluan harian telah diserahkan kepada keluarga asnaf. Program ini bertujuan melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Di samping itu, ia dapat menyuntik semangat berpasukan dan kepimpinan melalui aktiviti yang dilaksanakan.Majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf telah disempurnakan oleh Pengarah JMTI, Tuan Teknologis Kamaruzaman Bin Hj Md Ali, bersama-sama pengurusan Kampung Sungai Bawah Betul dan pentadbiran SMK Raja Lope Nor Rashid.13 dan 15 Ogos 2018 bagi memastikan lukisan siap diwarna.

Seminar "International Peace & Human Rights" sempena "International Day of Peace"

HUBUNGAN INDUSTRI

Seminar "International Peace & Human Rights" sempena "International Day of Peace" telah diadakan di ADTEC Taiping pada 29 Sept 2018. Ucaptama (Keynotes Address) disempurnakan oleh Dr. Emir Hadzikadunic, Duta Bosnia & Herzegovina ke Malaysia. Program anjuran bersama Rotary D3300, Majlis Perbandaran Taiping dgn kehadiran Y.A.Bhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa Bin Dato' Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama. Perasmian 'Peace Pole' yang julung kali dilakukan di Institusi Pendidikan di Malaysia juga telah diadakan bersamaan penanaman pokok sebagai tanda simbolik kediaman global.

RIDE TO PROMOTIONSeramai 13 orang staf ILP Perai telah menyertai program Ride To Promotion dari ILP Perai ke Cameron Highlands. Program diadakan pada 21 September 2018. Sebanyak 13 Motorsikal pelbagai CC dan model bergerak dari ILP Perai menuju ke Cameron Highlands.

Rombongan singgah di SMK Simpang Pulai, Perak, SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands dan Pusat Kegiatan Guru, Cameron Highlands untuk tujuan mempromosikan peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar dan guru di sekolah sekolah dan PKG terbabit.

PERTANDINGAN

Tahniah kepada Pelajar Sem 6 Amirul Asraf ( Jaminan Kualiti) dan Mohd Syahmi (Microelektronik) sem 5 kerana memenangi pingat Emas Sepak Takraw Quadrant Lelaki dan Bola Baling pada Sukma Perak XIX 2018

SUKMA PERAK XIX 2018

Layang-layang yang membelah awan dengan bertemakan bendera Malaysia membawa maksud tersirat @simbolik iaitu keamanan dan kebebasan sebuah negara demokrasi dalam program sambutan kemerdekaan

pada 4 September 2018 bertempat di Astaka, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas. Sebanyak 22 buah layang-layang yang mewakili setiap bidang di institut ini telah dipertandingkan dalam

kategori layang-layang paling tinggi dan paling kreatif. Pemenang pertandingan layang-layang bagi kategori paling tinggi,

Selain itu, terdapat juga aktiviti senamrobik @ zumba yang dikendalikan sendiri oleh pelajar institut dan larian sejauh 4.5 kilometer yang disertai seluruh warga institut seramai 660 pelajar dan staf bagi menguji ketahanan

�zikal, menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di samping menyemaikan semangat patriotik di kalangan warga institut.

SAMBUTAN KEMERKDEKAAN

ILP IPOH MENGGEGARKAN KEM MURNI GOPENG BAGI ”MEMBINA BUDAYA KERJA BERPASUKAN CEMERLANG”

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi memerlukan kerjasama dan persefahaman yang padu dari semua kakitangan organisasi dari semua peringkat. Bagi memastikan ILP Ipoh sentiasa cemerlang dan sentiasa membudayakan kerja berpasukan, pihak pengurusan institut mengambil langkah dengan menganjurkan Kursus “Membina Budaya Kerja Berpasukan Cemerlang” yang melibat-kan 110 orang pegawai institut ini. Kursus diadakan di Kem Murni Gopeng Perak selama 2 hari 1 malam dan dijalankan sebanyak 2 siri. Siri 1 diadakan pada 6-7 Oktober 2018 manakala siri 2 diadakan pada 27-28 Oktober 2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tele-match, Flying Fox, Latihan dalam Kumpulan (LDK) dan River Tubing di samping aktiviti solat berjemaah dan senaman pagi yang turut dilakukan di sini. Gabungan aktiviti santai dan mencabar yang dilaksanakan ini berjaya mengeratkan silaturrahim antara pegawai institut ini disamping meningkatkan keyakinan dan jati diri pegawai dalam melaksana dan menyelesaikan sesuatu aktiviti yang mencabar. Rata-rata semua pegawai amat berpuas hati dengan kursus ini dan ia berjaya membina budaya kerja berpasukan yang cemerlang pegawai institut ini.

HUBUNGAN INDUSTRIJARINGAN KERJASAMA ILJTM

BANTU PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN DI WILAYAH

UTARAAlor Setar – ADTEC Kulim telah mengadakan lawatan industri ke

Syarikat Ambang Dorongan Sdn. Bhd. (Nani's), Syarikat Hazra Jaya Food Enterprise dan Sheeda Cookies n Frozen iaitu salah satu

perusahaan tempatan di bawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Kedah. Lawatan ini adalah lawatan susulan

selepas perbincangan bersama DPMM pada bulan Jun yang lalu.Dalam lawatan lalu, pasukan ILJTM Kedah dan Perlis yang terdiri

daripada ADTEC Kulim, ILP Kangar dan ILP Jitra telah mengadakan perbincangan dengan pihak DPMM. Perbincangan tersebut berkisar

mengenai cara untuk membantu ahli dewan perniagaan mendapatkan tenaga mahir serta input untuk penambahbaikan dalam latihan di

institut kemahiran.

Lawatan kedua ini merupakan maklumbalas daripada pihak ADTEC Kulim serta komitmen yang sudi diberikan untuk jalinan kerjasama ini.

Terima kasih di atas layanan yang diberikan oleh pihak syarikat kepada pihak ADTEC Kulim sepanjang lawatan berlangsung.

Jom ke IKBN Pekan, PahangLawatan kerja ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang

pada 17.10.2018 oleh Bahagian Teknologi Komposit, Polimer dan Seramik

B u l e t i n I L J T M W i l a y a h U t a r a a d a l a h s a t u m e d i u m s a l u r a n y a n g m e n c e r i t a k a n p e r k e m b a n g a n t e r k i n i d i I L J T M W i l a y a h U t a r a y a n g m e l i b a t k a n 9 I n s t i t u t i a i t u P e r a k ( I L P I p o h , A D T E C Ta i p i n g ) , P u l a u P i n a n g ( J M T I , I L P K e p a l a B a t a s , I L P P r a i , I L P N i b o n g Te b a l ) , K e d a h ( A D T E C K u l i m , I L P J i t r a ) d a n P e r l i s ( I L P K a n g a r ) . P e n e r b i t a n s e c a r a b e r k a l a i n i d i h a r a p k a n d a p a t m e m b e r i k a n m a k l u m a t y a n g b e r g u n a k e p a d a g o l o n g a n s a s a r a n .

S u m b e r : D a r i I L J T M Wi l a ya h U t a ra G r a � k & S u s u n A t u r : A DT E C Ta i p i n g - ( j i m b a r a )

BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD SDN BHD20 September 2018, Seramai 33 orang pelajar bahagian Teknologi Fabrikasi

Logam dan Kimpalan serta 7 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh ketua bahagian iaitu Encik Mohd Saifunnaim Bin Mat Zain telah mengadakan

lawatan industri ke Boustead Naval Shipyard SDN. BHD, Lumut, Perak. Matlamat utama lawatan adalah memberi pendedahan kepada para pelajar

tentang suasana bekerja dalam bidang pembuatan, pembaikan dan penyelenggaraan kapal serta peralatan. Selain itu, para pelajar turut

didedahkan dengan pengetahuan tentang teknologi atau metodologi baru dalam bidang fabrikasi dan kimpalan. Pihak Boustead sangat teruja

menerima lawatan tersebut dan bersetuju memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan latihan industri dan latihan sangkut industri bagi tenaga

pengajar.

RIDE TO PROMOTIONSeramai 13 orang staf ILP Perai telah menyertai program Ride To Promotion dari ILP Perai ke Cameron Highlands. Program diadakan pada 21 September 2018. Sebanyak 13 Motorsikal pelbagai CC dan model bergerak dari ILP Perai menuju ke Cameron Highlands.

Rombongan singgah di SMK Simpang Pulai, Perak, SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands dan Pusat Kegiatan Guru, Cameron Highlands untuk tujuan mempromosikan peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar dan guru di sekolah sekolah dan PKG terbabit.