Anxiety 1

43
Anxiety Kebimbangan Oleh: Nor Anisa bt. Musa

Transcript of Anxiety 1

Page 1: Anxiety 1

AnxietyKebimbangan

Oleh: Nor Anisa bt. Musa

Page 2: Anxiety 1

Definisi Kebimbangan Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik

dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf. Drever (1952)

Tindak balas keseluruhan pada bahaya yang subjektif. Jersild (1960)

Perasaan yang dirasai seseorang semasa ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik.

Altrocchi (1980)

Page 3: Anxiety 1

CIRI-CIRI KEBIMBANGAN Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang

dan menggigil. Hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan

jantung yang kencang dan berpeluh. Sentiasa berasa cemas, gelisah, memperlihatkan

dan memikirkan perkara yang menyebabkan ketegangan.

Terlalu memberi perhatian yang terperinci dengan mengawasi segala gerak laku disekelilingnya

Page 4: Anxiety 1

Jenis-jenis kebimbangan Agorafobia Kecelaruan panik tanpa agorafobia Kecelaruan panik dengan agorafobia Kecelaruan kebimbangan am Fobia khusus Fobia sosial Kecelaruan obsesif-kompulsif Kecelaruan tekanan post-trauma Kecelaruan tekanan akut

Page 5: Anxiety 1

Agorafobia Maksud asal ialah ‘takut pada kawasan

pasar’. Iaitu ketakutan berada ditempat terbuka ataupun di kawasan yang sibuk.

Takut beli-belah di kawasan pasar yang sibuk, berjalan menerusi orang ramai, lintas jambatan dan makan di restoran.

Mereka takutkan terjadinya serangan panik dan malu untuk mendapatkan pertolongan.

Page 6: Anxiety 1

Panik Seseorang yang diserang kecelaruan ini

selalunya percaya dia mendapat serangan jantung walaupun sebenarnya tiada apa yang salah dengan jantungnya.

Simptom panik melibatkan jantung berdebar-debar, pernafasan cepat dan sukar bernafas, tubuh badan lemah atau pening, fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati.

Page 7: Anxiety 1

Teori Panik (Hiperventilasi) Simptom gangguan dikenali juga sebagai DSM-III-R

(menifestasi penyerapan gangguan) Teori ini mendedahkan-rasa panik adalah berikutan rasa

sensasi yang tidak diduga dan disangka. Ini mengakibatkan kematian atau kegilaan kerana peningkatan hiperventilasi.

Penghidap hiperventilasi yang kronik akibat kegagalan sistem pernafasan akan bernafas menggunakan mulut dan berlaku kecacatan fizikal serta mempunyai tekanan yang kronik. Namun situasi yang kronik ini tidak bermaksud bahawa mereka sentiasa panik tetapi mereka sentiasa terdedah dengan keadaan yang menyebabkan panik.

Page 8: Anxiety 1

Kebimbangan umum Dikaitkan dengan suasana kehidupan kewangan,

anak-anak dan hubungan sosial. Contohnya kanak-kanak bimbang akan prestasi

akademik, sukan dan aspek sosial persekolahan. Simptom yang dialami mudah letih, sukar

menumpukan perhatian, fikiran buntu, otot tegang dan mengalami gangguan tidur.

Perasaan mereka resah, bimbang dan mengalami gangguan fizikal dan emosi seperti ketagangan.

Page 9: Anxiety 1

Fobia khusus Merupakan ketakutan yang melampau pada

suasana atau objek yang khusus seperti ketinggian (acrophobia), takut pada ruang yang tertutup (claustrophobia), atau takut pada binatang yang kecil seperti tikus, ular atau binatang merayap yang lain.

Ketakutan menyebabkan tindakbalas yang kuat berlaku untuk melepaskan diri daripada suasana yang mengerikan itu.

Page 10: Anxiety 1

5 kumpulan fobia khusus Jenis fobia binatang- takut binatang atau

serangga Jenis fobia persekitaran yang tabii- ketinggian,

kilat, laut Jenis fobia darah-Jenis fobia darah- suntikan, lihat darah, cedera Jenis fobia suasana- memandu, lalu terowong,

jambatan, naik kapal terbang. Jenis ketakutan lain-Jenis ketakutan lain- tercekik, bising

Page 11: Anxiety 1

Fobia Sosial Mereka mengalami ketakutan pada

suasana sosial yang menyebabkan mereka menjauhi orang ramai.ataupun bersama dengan mereka dalam keadaan tertekan.

Mereka punyai perasaan melampau bahawa orang ramai akan menilainya secara negatif

Page 12: Anxiety 1

Kecelaruan obsesif-kompulsif Obsesif- Perasaan takut yang berkait rapat

dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional

Obsesif boleh menyebabkan gangguan hidup dalam bentuk keraguan dan imej mental yang kurang menyenangkan.

Kompulsif (tingkah laku berulang-ulang) ada dua kategori iaitu ritual memeriksa dan ritual membersih.

Page 13: Anxiety 1

Kecelaruan tekanan akut dan post-trauma Akut- Perasaan takut yang tinggi selepas

mengalami suasana ataupun peristiwa yang mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka masa yang pendek.

Post-trauma- jangka masa yang panjang Penghidap seolah-olah tidak berada di alam yang

nyata dan terawang-awangan. Boleh menyebabkan kematian, kecederaan fizikal

yang serius.

Page 14: Anxiety 1

Kecelaruan tekanan akut dan post-trauma

Berlaku kerana pertempuran senjata, bencana alam atau penggunaan teknologi.

Akan mengalami gangguan ingatan, mimpi yang mengerikan dan kerap berasa seolah-olah sedang berada dalam suasana yang menyebabkan trauma itu.

Penghidap menunjukkan rasa kurang bertanggungjawab pada dunia luar.

Page 15: Anxiety 1

Lain-lain kebimbangan(Perasaan CEMAS) Merupakan penilaian yang subjektif Dikategorikan kepada 3 faktor:1- faktor biologi atau fisiologi- ancaman

kekurangan makanan, minuman, perlindungan dan keamanan.

2- faktor psikososial- ancaman pada konsep kendiri, kehilangan orang, perubahan status atau ekonomi.

3- faktor perkembangan- ancaman perkembangan masa bayi dan remaja

Page 16: Anxiety 1

Peringkat rasa cemas Rasa cemas ringan- permasalahan sehari-hari,

mengakibatkan orang akan berhati-hati, mendorong belajar dan lebih kreatif.

Rasa cemas sederhana- fokus pada hal yang penting pada saat tertentu sahaja dan mengabaikan hal lain.

Rasa cemas berat- memikirkan hal yang kecil dan mengabaikan hal lain, tidak mampu berfikir lagi dan perlu diberi pertolongan.

Panik- individu tidak dapat mengendalikan diri lagi, gagal mengawal fikiran dan derianya tidak berfungsi kerana sedang mengalami panik.

Page 17: Anxiety 1

Cara menghindar cemas Sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang mungkin wujud rasa cemas. Tarik nafas dalam-dalam Hindari kafein, alkohol dan rokok Ketawa dan bersukan Tidur yang cukup- jika rasa letih dan cemas, cuba tidur seketika Usir kebimbangan yang berlebih-buat aktiviti yang mengembalikan

ketenangan Luahkan pada kertas Jangan abaikan peluang berehat Mendengar muzik Sabar menyihatkan badan- apabila marah tubuh akan menghasilkan enzim

cathecolamines- menyebabkan pembuluh darah tegang, jantung berdenyut cepat dan tekanan darah meningkat.

Page 18: Anxiety 1

Faktor yang menimbulkan kecelaruan

Faktor tingkah laku Faktor persekitaran sosial Faktor biologi Faktor kognitif dan emosi Faktor biologikal

Page 19: Anxiety 1

Faktor tingkah laku Pengalaman awal yang dipelajari adalah

pengalaman yang tidak disukai terhadap objek yang mendatangkan ketakutan dan ia mengakibatkan ransangan.

Kurangnya peluang untuk menghilangkan ketakutan menyebabkan kebimbangan berkekalan

Page 20: Anxiety 1

Faktor persekitaran dan sosial Peristiwa traumatik Pemerhatian pada perasaan takut orang lain Tuntutan baru yang mencabar dalam

suasana yang baru Kekurangan sokongan sosial Faktor budaya yang mendorong kepada

sosialisasi pasif atau peranan terlalu bergantung pada orang lain.

Page 21: Anxiety 1

Faktor biologi Disebabkan faktor genetik –contohnya

seperti fobia sosial, fobia khusus dan kecelaruan obsesif kompulsif cenderung berlaku dalam keluarga yang sama.

Gangguan pada sistem saraf semenjak lahir atau kemalangan. Ia membabitkan kegagalan otak berfungsi kerana terdapat kandungan karbon dioksida dalam darah.

Page 22: Anxiety 1

Faktor kognitif dan emosi Disebabkan konflik psikologi yang tidak

terlerai. Kecelaruan kebimbangan ini dilihat sebagai neurosis.

Neurosis –membayangkan satu perasaan yang tidak dapat diterima oleh minda sedar serta perasaan takut pada apa yang terjadi.

Page 23: Anxiety 1

Faktor kognitif dan emosi Sensitiviti ketakutan yang tinggi pada

isyarat yang mengancam diri pesakit Efikasi kendiri yang rendah. Pemikiran yang tidak rasional Membuat jangkaan yang melampau pada

ketakutan –membayangkan pengalaman yang sangat menakutkan, tetapi ia tidaklah seteruk mana

Page 24: Anxiety 1

Faktor-faktor biologikal Disebabkan oleh kebimbangan neurobiologi –

penemuan kebimbangan ini memberi cahaya kepada mereka yang mengalami kerosakan otak.

Kerosakan otak disebabkan kesukaran bersalin, enchepalitis dan trauma otak.

Benzodiazepin –menunjukkan kesan anziolitik (mengurangkan tekanan), sedatif (mencetus tidur) dan antikonvulsan.

Struktur di otak yang diketahui berperanan dalam emosi.

Page 25: Anxiety 1
Page 26: Anxiety 1

Faktor-faktor biologikal Lain-lain neurotransmiter – didapati juga memainkan

peranan penting dalam mewujudkan kebimbangan khususnya noradrenaline dan serotonin.

Hormon ini akan akan menukar gaya tingkah laku manusia seperti berjaga-jaga dalam keadaan tegang dan tertekan.

Bahan kimia ini akan bertambah apabila seseorang itu dalam keadaan tertekan khususnya apabila dalam cemas dan panik.

Penghasilan hormon akan kerap berlaku apabila berhadapan bahaya atau ancaman pada diri.

Page 27: Anxiety 1

Faktor-faktor biologikal Genetik- mewarisi sifat sistem saraf secara

automatik.Keadaan persekitaran + mewarisi sistem saraf = KEBIMBANGAN

(tekanan) (mudah bimbang)

Kesediaan- kita bersedia dengan sesetengah ransangan. Contohnya kita mudah pelajari untuk takut dengan ular daripada takut dengan bunga

Page 28: Anxiety 1

Faktor biologikal Fisiologi- contohnya panik yang disebabkan agorafobik

(tempat sesak), kemudian terjadinya injap prolaps mitral yang gagal menutup sepenuhnya dan mengganggu keupayaan jantung mengecut iaitu serangan jantung.

Pengalihan udara yang keterlaluan- terlalu banyak kehilangan karbon dioksida akan menyebabkan kekurangan oksigen.

Tekanan Karbon dioksida perlu mencukupi untuk arteri supaya pengaliran darah tidak terhalang keseluruh badan

Apabila panik degupan jantung akan meningkat dan kesukaran bernafas akan berlaku

Page 29: Anxiety 1

Kes 1 Saya ada masalah fobia dengan tikus. Saya tak boleh tengok tikus sama ada tikus

hidup, mati, plastik, gambar dan sebagainya .Gambar tikus di dalam buku sekalipun akan buat saya terkejut dan berpeluh-peluh.Apa saja yang berkaitan dengan tikus akan buat saya ketakutan teramat sangat.

Tak boleh nak digambarkan betapa takutnya saya dengan tikus. Selain takut, saya rasa jijik yang teramat.Kalau boleh, saya tak nak lihat tikus seumur hidup saya.

Pagi tadi, saya keluar mencari kotak sebab dah janji dengan kawan ,dia nak pindah rumah. Jadi, sampai kat pasaraya, saya minta kebenaran mengambil kotak yang ada di bahagian belakang. Tak semena-mena saya ternampak beberapa ekor tikus yang terkena jerat . Pekedai memasang gam di atak kotak, maka tikus-tikus bergelimpangan di atas kotak tersebut. masih hidup. ...eeee...saya terkejut dan rasa geli sgt. Terus saya masuk kereta dan pergi dengan cepat dari situ. Tapi, perasaan saya terngiang-ngiang teringat kejadian tadi.

Disebabkan kucing ada berkaitan dengan tikus, saya juga jadi takut bersentuhan dengan kucing malah saya juga tak boleh memegang kucing kerana rasa geli .

Page 30: Anxiety 1
Page 31: Anxiety 1

Kes 2 Saya menghadapi masalah was-was yang saya kira serius. Masalah ini saya alami sejak kecil lagi dan semakin serius. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya telah bertemu pakar sakit jiwa dan dia telah mengklasifikasikan penyakit saya ini sebagai OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) tetapi dia juga tidak mampu merawat saya. Selain angkara syaitan ia juga mungkin disebabkan kerana saya kerap jatuh di bahagian kepala semasa kecil (menurut pakar tersebut). Masalah saya :

1) Amat susah sekali untuk berniat untuk sebarang ibadah termasuk sembahyang, wudhuk walaupun saya sedar yang perbuatan saya itu tidak masuk akal. Saya sedar ini semua perbuatan syaitan tetapi saya gagal mengawal fikiran saya.

2) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya.

3) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain. 4) Selalu bersamak kerana was-was yang bukan-bukan.

Page 32: Anxiety 1

Kes 2Jawapan : Rasulullah SAW setiap kali mengambil wudhuk sentiasa menggunakan air yang

sedikit supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang membazir. Syaitan yang bernama "WALHAN" sentiasa mengganggu seorang yang mengambil

wudhuk supaya hati mereka sentiasa merasa was-was. Oleh itu, perlu saudara mengawasi semasa mengambil wudhuk atau mandi junub dengan membaca doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung daripada engkau Ya Tuhanku daripada kedatangan syaitan itu kepadaku"

Syaitan yang bernama "KHINZIB" yang sentiasa ganggu ketika sembahyang menjadikan hati tidak tenteram kerana khusyuk telah hilang. Oleh itu, untuk mendatangkan khusyuk hendaklah :

i) Memahami apa yang dibaca dalam sembahyang ii) Ketika bertakbir jangan di mulut sahaja tetapi hendaklah sampai ke hati. iii) Membaca Al-Fatihah dengan tertib dan fahaminya dengan baik. Dan hendaklah

difahami dengan bacaan Fatihah itu adalah dialog antara hamba dengan Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Telah berfirman Allah bahawa Aku bahagikan solat (maksudnya Fatihah) antara aku dna hambaKu menjadi dua bahagian (separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu) dan bagi hambaKu apa yang mereka minta"

Page 33: Anxiety 1

Merawat kecelaruan kebimbangan Pendekatan biologi-

menekankan penggunaan ubat-ubatan seperti benzodiazepine valium, tranxene, librium, xanax

Tetapi ubat-ubatan ini terbukti tidak berkesan kerana simptom akan muncul jika berhenti mengambilnya.

Page 34: Anxiety 1

Merawat kecelaruan kebimbangan Pendekatan pembelajaran- menggunakan

pelbagai teknik seperti bersemuka pada objek atau situasi kebimbangan.

Teknik desensitization secara sistematik- beransur-ansur berhadapan apa yang ditakuti. 10 hingga 20 kali ransangan diberikan kemudian rehat dan tenang.

Keberkesanannya terbukti dan menjadi teknik utama bagi merawat fobia khusus.

Page 35: Anxiety 1

Merawat kecelaruan kebimbangan Teknik EMDR- eye movement desensitization

and reprocessing (untuk pesakit pasca-traumatik). Merupakan teknik membayangkan keadaan

trauma sementara ahli terapi akan menggerakkan jari ke belakang dan hadapan mata pesakit dengan pantas dalam masa 15 hingga 20 saat. Semasa pesakit membayangkan imej trauma itu, pesakit diminta menggerakkan matanya mengikut pergerakan jari ahli terapi.

Page 36: Anxiety 1

Merawat kecelaruan kebimbangan Perspektif humanistik-existential- berpunca

dari tekanan sosial diri sendiri. Kebimbangan berlaku apabila ketidakselarian antara dalam seseorang dengan keadaan sosial di luar.

Oleh itu ahli terapi ini akan membantu pesakit meluahkan perasaan dan bakatnya yang sebenar dan bebas meneroka serta yakin diri apabila bereaksi dengan kebimbangan yang dihadapi.

Page 37: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jenis

51.8

66.2

94.8

61.1

48.2

32.8

5.2

38.9

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

agorafobia panik umum acrofobia

Ya

Tidak

Page 38: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jenis

59.7

93.5

44.238.9

6.5

55.861.1

40.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

claustrofobia binatang darah tercekik

Ya

Tidak

Page 39: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jenis

64.9

57.1

70.1

37.7

24.7

35.1

42.9

29.9

62.3

75.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

sosial obsesif kompulsif tekanan akut post-trauma

Ya

Tidak

Page 40: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jantina

34.5

39.6

55.262.5

89.795.8

44.8

58.3

0102030405060708090

100

agorafobia panik umum acrofobia

LelakiPerempuan

Page 41: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jantina

34.541.7

89.785.4

31.03

39.6

27.6

41.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

claustofobia binatang darah tercekik

LelakiPerempuan

Page 42: Anxiety 1

Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI (1) mengikut jantina

55.252.1

48.3

70.875.9

56.3

24.1

39.6

20.716.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

sosial obsesif kompulasif tekanan akut post-trauma

LelakiPerempuan

Page 43: Anxiety 1

Kesimpulan Kebimbangan tidak datang dengan tiba-tiba dan

ada faktor yang dikaitkan dengan kewujudannya. Takut berguna untuk motivasi, lebih berhati-hati

dan jadi lebih kreatif. Walau bagaimanapun, jika berlebihan individu

boleh dianggap tidak normal. Oleh itu pesakit perlu mendapatkan rawatan dari pihak yang berkelayakan.