“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan...

24
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).” Tandatangan : _______________________________ Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT Tarikh : OKTOBER 2008

Transcript of “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan...

Page 1: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : _______________________________

Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT

Tarikh : OKTOBER 2008

Page 2: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

ii

TAHAP KEPUASAN GURU-GURU PELATIH TERHADAP GURU-GURU

PEMBIMBING SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

MARDIYAH BINTI JAMALUDDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2008

Page 3: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

iii

TAHAP KEPUASAN GURU-GURU PELATIH TERHADAP GURU-GURU PEMBIMBING SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

MARDIYAH BT JAMALUDDIN

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ( KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER, 2008

Page 4: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

iv

Page 5: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan bondaku,

Tuan Haji Jamaluddin B. Adam

Puan Hjh. Zaimah Bt. Hj. Jamaludin

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kekanda-kekandaku terima kasih atas segalanya.

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM…….

Jasa kalian amat ku hargai

Terima kasih atas segala-galanya

Akan ku kenang buat selama-lamanya

Page 6: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji

Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan

sahabatnya. Dengan taufik dan hidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan kajian

ini.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En. Mahyuddin B. Arsat selaku

penyelia saya di atas komitmen, kesabaran , bimbingan, nasihat dan motivasi yang amat

berguna yang telah dihulurkan kepada saya sepanjang tempoh penyelidikan. Beliau telah

banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu. Segala teguran dan nasihat yang diberikan

akan saya jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran pada masa

akan datang.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para-para pelajar Tahun 4

Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan di atas kerjasama dan

pertolongan yang telah diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini. Kerjasama

daripada mereka amatlah dihargai.

Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, serta mereka

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penyelidikan

ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diatas, Penyelidikan saya

tidak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kerjasama , tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di

atas amat dihargai. Saya tidak dapat membalas budi kalian dan hanya dapat

mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati

oleh Tuhan.

Page 7: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

vii

ABSTRAK

Bimbingan merupakan unsur yang terpenting dalam latihan mengajar untuk

memastikan objektif latihan mengajar dapat dicapai. Guru bertanggungjawab untuk

menilai dan memberi bimbingan kepada pelatih. Oleh itu, kajian ini bertujuan meninjau

tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani

latihan mengajar. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru

pelatih terhadap bimbingan, penilaian, kerjasama dan sikap guru-guru pembimbing

semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal

selidik dan temubual ke atas pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Data mentah dianalisis menggunakan

perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia telah

menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap bimbingan, penilaian dan sikap yang

ditunjukkan oleh guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar. Faktor

kerjasama yang diberikan oleh guru pembimbing mempunyai permasalahan yang perlu

dilihat dan diperbaiki. Melalui kajian ini, beberapa tindakan boleh diambil untuk

meningkatkan tahap kepuasan di kalangan guru pelatih seperti mewujudkan hubungan

yang baik di antara guru pembimbing dan guru pelatih. Di samping itu, perbincangan

patut diadakan bagi meningkatkan lagi mutu latihan mengajar.

Page 8: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

viii

ABSTRACT

Supervision is an important element in teaching practice to ensure the objectives

of teaching practice until achieve. Supervision teacher is responsible to guides and

evaluates their trainer. Therefore, the purpose of this research is to survey the level of

satisfaction among training teacher towards supervisor teachers during teaching practice.

The focus of this research is to identify the level of satisfaction among training teachers

towards supervision, evaluation, cooperation and attitude of supervision teacher during

practical teaching. This research is conduct using questionnaire and interviews toward

Technical and Engineering students, Faculty of Education, University Technology Of

Malaysia. Data is analyzed using the SPSS 11.5 to obtain frequency, percentage and

mean. The results shows that teachers’ training shows a high level of signification

towards supervision, evaluation, cooperation and attitude of supervision teacher during

practical teaching. The cooperation factor given by supervision has a problem which

needs to be overseen and improve. From this research, several action should be taken to

improve the level of satisfaction among the training teacher such as to build up a good

relationship between supervision teacher and training teachers. Beside that, the

discussion should be hold to improve the quality of teaching practice.

Page 9: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS THESIS i

PENGESAHAN PEMBIMBING ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vi

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 9

Page 10: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

x

1.9 Penutup

13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Tahap Kepuasan 15

2.2 Guru Pelatih 17

2.3 Guru Pembimbing 18

2.4 Latihan mengajar 20

2.5 Bimbingan 22

2.6 Penilaian 25

2.7 Kerjasama 27

2.8 Sikap 28

2.9 Amalan Profesionalisme Pendidikan 29

2.10 Penutup 32

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Sampel Kajian 34

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Pembinaan Item Soal Selidik Dan Temubual 38

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Kajian Rintis 41

3.9 Kaedah Menganalisis Data 42

3.10 Penutup 44

Page 11: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xi

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Data Bahagian A (Latar Belakang

Responden)

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Bangsa 46

4.2.3 Tempat / daerah latihan mengajar 47

4.2.4 Kursus 48

4.2.5 Keputusan latihan mengajar 48

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Analisis data Persoalan Kajian 1: 49

4.3.2 Analisi Data Persoalan Kajian 2: 52

4.3.3 Analisi Data Persoalan Kajian 3: 55

4.3.4 Analisi Data Persoalan Kajian 4: 58

4.4 Analisis Keseluruhan 60

4.5 Analisis Bahagian Temubual 62

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang

Responden

69

5.2.2 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-

Guru Pelatih Terhadap Bimbingan Guru-

Guru Pembimbing Semasa Menjalani

Latihan Mengajar.

70

5.2.2 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-

Guru Pelatih Terhadap Penilaian Guru-

Guru Pembimbing Semasa Menjalani

72

Page 12: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xii

Latihan Mengajar.

5.2.4 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-

Guru Pelatih Terhadap Kerjasama Guru-

Guru Pembimbing Semasa Menjalani

Latihan Mengajar.

74

5.2.5 Perbincangan Tahap Kepuasan Guru-

Guru Pelatih Terhadap Sikap Guru-Guru

Pembimbing Semasa Menjalani Latihan

Mengajar.

76

5.2.6 Perbincangan Item Temubual. 77

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan Kajian 81

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 83

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 13: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

Jadual 3.3.1 Jumlah Bilangan Pelajar Yang Mengikuti Latihan

Mengajar Pada Sesi 2007/08.

34

Jadual 3.3.2 Jumlah sampel kajian. 35

Jadual 3.5.1 Pembahagian Item Bahagian A mengikut faktor

demografi respondon.

37

Jadual 3.5.2 Pembahagian item Bahagian B berdasarkan Tahap

Kepuasan Guru Pelatih UTM terhadap guru

pembimbing.

37

Jadual 3.5.3 Skala Likert (tukar ke bawah). 38

Jadual 3.8.1 Jadual Rajah Baru. 43

Jadual 3.8.2 Pertimbangan yang digunakan untuk menjawab

persoalan kajian yang berkaitan.

43

Jadual 4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina.

46

Jadual 4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa

47

Jadual 4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tempat / Daerah Latihan Mengajar.

47

Jadual 4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kursus

48

Jadual 4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Keputusan Latihan Mengajar

48

Page 14: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xiv

Jadual 4.6 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru

Pelatih Terhadap Bimbingan Guru-Guru

Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar.

50

Jadual 4.7 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru

Pelatih Terhadap Penilaian Guru-Guru Pembimbing

Semasa Menjalani Latihan Mengajar.

53

Jadual 4.8 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru

Pelatih Terhadap Kerjasama Guru-Guru

Pembimbing Semasa Menjalani Latihan Mengajar.

56

Jadual 4.9 Peratusan Tentang Tahap Kepuasan Guru-Guru

Pelatih Terhadap Sikap Guru-Guru Pembimbing

Semasa Menjalani Latihan Mengajar.

58

Jadual 4.10 Peratusan Keseluruhan Untuk Setiap Tinjauan. 61

Jadual 4.11 Peratusan Tentang Item Temubual. 62

Page 15: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 5.1 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru

pelatih terhadap bimbingan guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan

mengajar.

70

Rajah 5.2 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru

pelatih terhadap penilaian guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan

mengajar.

72

Rajah 5.3 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru

pelatih terhadap kerjasama guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan

mengajar.

74

Rajah 5.4 Nilai min tentang tahap kepuasan guru-guru

pelatih terhadap sikap guru-guru pembimbing

semasa menjalani latihan mengajar.

76

Page 16: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xvi

SENARAI SINGAKATAN

SPSS – Statistical Package For The Social Science

UTM – Universiti Teknologi Malaysia

LM – Latihan Mengajar

KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia

SMT – Sekolah Menengah Teknik

PTK – Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

FP – Fakulti Pendidikan

Page 17: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

I Etika Guru Malaysia

II Item Soal Selidik Pelajar

III Item Temubual

IV Perangkaan Pelajar Mengikut Opsyen Mata Pelajaran

LM Sesi 2007/2008

V Pengesahan Pakar Bidang

Page 18: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Guru umpama pelita. Itulah ungkapan yang sering didengar. Namun untuk

melahirkan bakal guru bukanlah perkara mudah. Dengan erti kata lain guru boleh

dilahirkan dan bukan dididik. Sekiranya pendapat-pendapat ini diterima, pastinya

seseorang guru itu bergantung sepenuhnya kepada bakat yang sedia ada padanya dan

tidak perlu dididik untuk menjadi guru. Sudah pasti kita tidak memerlukan program

pendidikan guru untuk melahirkan guru yang berkualiti dan bermutu. Disamping itu

pasti juga pihak kerajaan tidak perlu melabur dengan banyak untuk menubuhkan

pelbagai institusi-institusi pengajian, maktab-maktab perguruan bagi melahirkan bakal

pendidik yang lebih berkualiti.

Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan

masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang

dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan

berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohammed Nor,

1990).

Dengan perkembangan ilmu yang begitu pesat, pendidikan yang bertambah

kompleks, bilangan sekolah dan murid yang bertambah, maka pertambahan guru yang

Page 19: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

2

lebih ramai dan berkelayakan amatlah diperlukan. Disebabkan itu, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan seseorang yang hendak menjadi guru

perlulah mengikuti kursus perguruan sebelum mereka diserapkan sebagai guru terlatih

disekolah-sekolah.

Dengan kata lain sekolah umpama satu industri membentuk manusia daripada

rebung yang mentah kepada suatu bentuk kehidupan yang mempunyai kualiti dan

berfaedah. Dalam konteks lain tanggungjawab seorang guru semakin berat apabila

kehendak dan cabaran semakin meningkat dari masa ke semasa. Zaman semakin

berubah dan pembangunan yang pesat menuntut supaya peranan seorang guru mencurah

tenaga lebih daripada biasa. Andainya institusi yang menghasilkan guru gagal, lapuk

atau hilang martabat dan kepentingannya, maka gagallah matlamat negara kita untuk

membina generasi yang serba lengkap ketrampilannya untuk memenuhi Wawasan 2020.

Kursus perguruan adalah bertujuan melahirkan guru yang mahir dan cekap

mengajar di sekolah-sekolah. Ketika mengikuti kursus perguruan, bakal-bakal guru atau

lebih dikenali sebagai guru pelatih didedahkan kepada komponen ikhtisas dengan tujuan

menambah pengetahuan dan kemahiran pergajaran, komponen akademik untuk

meluaskan dan menguatkan pengetahuan akademik dalam pengkhususan mereka dan

penyuburan diri untuk menjadi guru yang kreatif, produktif serta berpandangan jauh. Di

samping itu mereka juga akan didedahkan pada alam persekolahan yang sebenar melalui

latihan mengajar.

Oleh yang demikian satu program latihan mengajar telah diwujudkan kerana

latihan mengajar adalah suatu komponen penting dalam pendidikan perguruan dan

merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah kepada pelajar yang mengikuti

program pendidikan (UTM,1996). Ianya adalah komponen penting dalam kurikulum

latihan pra perkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Program ini merupakan pengalaman mengajar sebenar dan konkrit yang

dialami oleh seseorang guru pelatih di sesebuah sekolah untuk jangka masa tertentu.

Page 20: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

3

Matlamat program latihan mengajar ini akan membolehkan guru pelatih menguasai dan

mengamalkan segala konsep, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan

yang professional. Latihan juga membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya

mempunyai daya ketahanan di dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Dengan perkembangan ilmu yang begitu pesat, pendidikan yang bertambah

kompleks, bilangan sekolah dan murid yang bertambah, maka pertambahan guru yang

lebih ramai dan berkelayakan amatlah diperlukan. Disebabkan itu, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan seseorang yang hendak menjadi guru

perlulah mengikuti kursus perguruan sebelum mereka diserapkan sebagai guru terlatih di

sekolah-sekolah (Hussein, 1993).

Rahman (1994) menegaskan bahawa kursus perguruan adalah bertujuan

melahirkan guru yang mahir dan cekap mengajar di sekolah-sekolah. Ketika mengikuti

kursus perguruan, bakal-bakal guru atau lebih dikenali sebagai guru pelatih didedahkan

kepada komponen ikhtisas dengan tujuan menambah pengetahuan dan kemahiran

pengajaran, komponen akademik untuk meluaskan dan menguatkan pengetahuan

akademik dalam pengkhususan mereka dan penyuburan diri untuk menjadi guru yang

kreatif, produktif serta berpandangan jauh. Di samping itu mereka juga akan didedahkan

pada alam persekolahan yang sebenar dengan mengikuti latihan mengajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menyahut cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, KPM

perlu memberikan tumpuan kepada guru dan profesion perguruan. Dengan pelbagai

perubahan semasa ke arah pembentukan negara maju, tanpa guru yang berkualiti, semua

pendekatan inovatif dan strategi tidak akan berjaya. Pihak universiti dan maktab

perguruan yang melahirkan bakal-bakal guru perlu mengatasi masalah masing-masing

untuk menerima perubahan sekalipun terpaksa melakukan reformasi yang drastik.

Page 21: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

4

Merujuk kepada latihan perguruan, bakal guru harus didedahkan dengan ilmu perguruan

yang terbaik, menyedarkan mereka bahawa ilmu tersebut tidak terbatas dan kemahiran

yang diperolehi harus dipergunakan untuk kemajuan masyarakat (Najib, 1995).

Disebabkan itu matlamat pendidikan guru yang digubal ialah untuk

menghasilkan guru-guru yang unggul iaitu guru-guru yang berbudi pekerti mulia,

mempunyai pandangan hidup yang luas, progresif dan saintifik. Mereka juga

bertanggungjawab mempertahankan aspirasi negara serta menghidupkan warisan

kebudayaan kebangsaan dengan hasrat menjamin perkembangan individu dan

mengekalkan masyarakat progresif dan berdisiplin (Kamaruddin 1986).

Dewasa ini banyak terdapatnya rungutan atau maklumbalas yang berbentuk

negatif dari pihak sekolah atau guru mata pelajaran di sekolah yang berkaitan dengan

kurangnya kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dari UTM semasa

mereka menjalankan program latihan mengajar.

Untuk menghasilkan guru-guru yang unggul dengan sifat-sifat di atas, seseorang

guru pelatih mestilah melalui proses perkembangan diri yang secukupnya iaitu melalui

perkembangan ikhtisas, perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, emosi,

keagamaan dan perkembangan sosial (Tajul, 1990).

Kamaruddin (1986), menyatakan sebelum guru pelatih menjalani latihan

mengajar, mereka telah didedahkan dengan pengetahuan kandungan pedagogi dan

psikologi secara mendalam. Antara persoalan yang boleh diketengahkan ialah apakah

pengetahuan yang diperolehi mencukupi untuk mereka melaksanakan tugas yang

diamanahkan secara profesional.

Menurut Cohen dan Manion (1989), untuk merealisasikan teori dan praktik, ia

dijalankan melalui program LM yang merupakan komponen penting dalam kursus

pendidikan perguruan. Yakni melalui pengalaman sebenar dan di bawah penyeliaan, ia

Page 22: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

5

boleh membantu pelatih supaya dapat melaksanakan kerja guru dengan lebih

profesional. Di samping itu LM merupakan latihan amali guru pelatih mengamalkan

segala teori dan kaedah yang telah dipelajari.

FP, UTM telah menggariskan syarat lulus untuk guru-guru pelatih UTM, di mana

seseorang guru pelatih mestilah:-

2.1.1 Menjalani Latihan Mengajar selama sekurang-kurangnya 12 minggu tertakluk

kepada perakuan Jawatankuasa Latihan Mengajar.

2.1.2 Telah menjalankan Latihan Mengajar dengan memuaskan sebagaimana yang

diperakukan oleh penyelia dan pengetua sekolah.

2.1.3 Menunjukkan sikap, disiplin dan tingkahlaku sesuai dengan keperluan etika

perguruan.

2.1.4 Menunjukkan peringkat pencapaian dan kemajuan mengajar yang pada hemat

Jawatankuasa Latihan Mengajar memuaskan untuk diperakukan kepada Senat

Universiti.

Selain daripada mendapat bimbingan dan penyeliaan daripada penyelia universiti

guru pelatih juga akan diselia, dicerap dan dibimbing oleh guru pembimbing

matapelajaran yang dilantik oleh pihak universiti.Setiap penyeliaan akan dinilai oleh

penyelia untuk tujuan pemberian markah. Penyelian juga bertujuan untuk memberikan

bimbingan dan menilai pengajaran guru pelatih. Mereka akan dinilai dan dicerap

seberapa banyak penyeliaan yang boleh sepanjang program latihan mengajar selama 12

minggu. Walaubagaimana pun perkara tersebut sukar direalisasikan oleh pihak penyelia.

Ini kerana wujudnya kekangan-kekangan seperti bilangan pelajar yang diselia ramai,

lokasi antara SMT kadangkala berjauhan antara satu sama lain, jadual waktu sekolah

yang berbeza atau tidak sesuai seperti peperiksaan peringkat sekolah sedang dijalankan

dan sebagainya, dan tempoh keluar menyelia yang singkat.

Page 23: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

6

Disebabkan kekangan-kekangan tersebut proses penyeliaan akan terganggu. Oleh

itu dengan peranan guru pembimbing yang sentiasa terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih , dapat membantu membimbing guru

pelatih semasa program latihan mengajar mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan guru-guru pelatih PTK

UTM terhadap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

Sejauhmanakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan, penilaian,

kerjasama, dan sikap guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

Adakah guru-guru pembimbing benar-benar membimbing guru-guru pelatih dalam

persediaan mengajar, pengurusan guru-guru pelatih, perhubungan dan personaliti guru

pelatih ketika menjalani latihan mengajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenal pasti persepsi guru pembimbing

terhadap guru pelatih UTM ketika menjalani latihan mengajar agar tindakan susulan

dapat diambil bagi membantu guru-guru pelatih memperolehi tujuan latihan mengajar

yang sebenar. Objektif kajian tersebut ialah :-

1.4.1 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

1.4.2 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap penilaian guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

Page 24: “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ... · Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih

7

1.4.3 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap kerjasama yang

diberikan oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

1.4.4 Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap sikap yang

ditunjukkan oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang perlu

dikaji. Antara persoalan kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap bimbingan guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?

1.5.2 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap penilaian guru-guru

pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?

1.5.3 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap kerjasama yang diberikan

oleh guru-guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?

1.5.4 Apakah tahap kepuasan guru-guru pelatih terhadap sikap yang ditunjukkan guru-

guru pembimbing semasa menjalani latihan mengajar?