Apa itu Bioteknologi.docx

12
Apa itu Bioteknologi? Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.

Transcript of Apa itu Bioteknologi.docx

Page 1: Apa itu Bioteknologi.docx

Apa itu Bioteknologi?

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi

bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh

digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi

kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan

mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan

vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor

perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai

bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-

aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik

untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati

sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi

pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya

dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan

tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang

terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan

sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan

untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan

pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan

haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis

gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh

bioteknologi hijau.

DASAR Bioteknologi Kebangsaan telah dilancarkan pada 28 April 2005. Dasar ini dilaksanakan

lanjutan daripada perkembangan bidang bioteknologi yang semakin pesat membangun sehingga

mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Banyak projek bioteknologi telah dijalankan

Page 2: Apa itu Bioteknologi.docx

melibatkan bidang biofarmaseutikal, pertanian, perubatan dan industri. Kerajaan juga telah

memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi

membangunkan industri bioteknologi.

Bidang bioteknologi merupakan suatu disiplin ke arah aplikasi teknologi yang menggunakan sistem

biologi atau organisma hidup untuk dijadikan produk bagi kegunaan tertentu. Proses ini melibatkan

pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran yang berguna dan

dapat dimanfaatkan oleh manusia. Beberapa disiplin ilmu diperlukan seperti genetik dan bidang-

bidang biologi serta kejuruteraan kimia, teknologi maklumat, dan sebagainya.

Seperti juga bidang-bidang lain yang masih baru diperkenalkan di Malaysia suatu waktu dulu, bidang

bioteknologi juga menerima desakan demi desakan akibat daripada pertikaian hukum-hukum Islam

terutama yang melibatkan aspek biologi seperti sel stem darah tali pusat, sel stem embrio, darah

tiruan, pengklonan, dan sebagainya.

Bercakap mengenai soal hukum penggunaan sel stem dalam bidang perubatan di Malaysia, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa bahawa sel stem boleh digunakan untuk

tujuan perubatan dan kaji selidik dengan syarat-syarat tertentu iaitu sel stem dewasa dan sel stem

daripada kanak-kanak yang ingin digunakan harus mendapat keizinan dari ibu bapanya dan

prosedurnya tidak memudaratkan. Begitu juga dengan penggunaan sel stem embrio, darah tiruan,

pengklonan dan sebagainya yang diharuskan melalui syarat-syarat tertentu. Ini bermakna

penggunaan sel ini sewenang-wenangnya untuk tujuan mengubah atau tujuan komersial adalah

diharamkan.

Sel stem merupakan satu bidang bioteknologi yang sudah lama diperkenalkan di dunia. Sel stem yang

diperkenalkan di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas menjadi jalan penyelesaian kepada

beberapa permasalahan penyakit terutama penyakit genetik.

Apakah sel stem? Sel stem ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu,

organ, dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk

berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan darah tali pusat? Darah tali pusat adalah darah yang berada di

dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama-sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat

tersebut dipotong. Secara tradisinya dalam masyarakat Melayu, tali pusat bayi yang baru dilahirkan

akan diserahkan kepada bapa untuk dibasuh dan ditanam. Darah tali pusat merupakan punca yang

baik bagi sel stem.

Page 3: Apa itu Bioteknologi.docx

Kira-kira 20 tahun yang lalu, saintis dan penyelidik mendapati darah tali pusat mengandungi banyak

sel termasuk sel stem. Pada tahun 1998 pula, sekumpulan ahli perubatan Perancis berjaya melakukan

pemindahan sel stem bagi pesakit fanconi anemia.

Di Malaysia, sejarah tercatat sekitar 1997 apabila Hospital Universiti (ketika itu) melakukan

pemindahan sel stem darah tali pusat kepada seorang kanak-kanak pesakit talasemia major yang

didermakan oleh adiknya yang baru lahir. Begitu juga pada tahun 2005, buat pertama kalinya Pusat

Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya melakukan pemindahan sel stem darah periferal

alogenik daripada penderma yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan pesakit yang

menderita penyakit leukemia.

Sel stem adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel

lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan

lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel

darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem yang sangat bernilai secara

genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Sel stem yang ada di dalam tali pusat adalah building block kepada darah dan sistem pertahanan

yang biasanya akan ditukarkan kepada sel darah merah, sel darah putih dan platelets iaitu sel yang

akan memulihkan kecederaan. Kini, penyelidikan tenatng sel stem semakin giat dijalankan dan telah

terbukti ia mampu berkembang menjadi sel paru-paru, hati, otot, saraf, pakreas dan rawan. Oleh itu,

ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit

seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, penyakit

darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

Menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, pakar perunding Pediatrik dan Neonatal, terdapat dua punca

utama untuk sel stem, iaitu:

1. Sel stem dewasa: sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum

tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan

sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada

bahagian otak dan retina mata).

2. Sel stem embrionik: sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan

luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).

Jenis-jenis sel stem pula ialah:

Page 4: Apa itu Bioteknologi.docx

1. Sel stem totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.

2. Sel stem pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh

menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.

3. Sel stem multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.

4. Sel stem progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik (HSC). Kira-

kira 100 ml darah ini boleh membina semula system hemopoietik dalam pesakit kecil seperti kanak-

kanak. Darah tali pusat berlainan dengan darah dari sel stem yang lain kerana darah tali pusat

adalah darah yang paling muda dan selamat. Ia juga mudah diperolehi iaitu hanya memakan masa

lima minit selepas bayi dilahirkan.

Kebaikan transplantasi (pemindahan) darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sum-sum

tulang atau darah periferal ialah si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani

prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat misalnya, cyclophospamida dan G-CSF

(untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sum-sum tulang. Selain itu,

transplantasi darah tali pusat juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit

graft versus host.

Petunjuk saintifik membuktikan kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Oleh

itu, kutipan darah tali pusat disyorkan dalam situasi-situasi tertentu terutama bagi keluarga yang

mempunyai penyakit genetik. Situasi tersebut adalah;

1. Seseorang anak yang menghidap leukimia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakit itu

berulang dan dia memerlukan transplantasi

2. Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui

Darah tali pusat yang disimpan tiada tarikh luput selagi teknik menyimpannya dilakukan dengan baik

iaitu disimpan dalam nitrogen cair dengan suhu beku 196°c. Penyelenggaraan yang baik akan

sentiasa memberi manfaat kepada bayi ini dan ahli keluarganya apabila mereka ditimpa penyakit-

penyakit yang kritikal.

Walau bagaimanapun, keberkesanan darah tali pusat ke atas saudara jauh atau individu di luar

kelompok keluarga bergantung kepada keadaan penyakit yang dihadapi. Dan darah tali pusat bayi

yang menghadapi penyakit sindrom down pula, hanya boleh digunakan ke atasnya sahaja.

Page 5: Apa itu Bioteknologi.docx

Pemindahan darah tali pusat juga bergantung kepada keserasian penderma-penerima, jumlah sel

stem yang berada dalam darah tali pusat dan tahap penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Proses

pengumpulan darah tali pusat juga tidak invasif, tidak menyakitkan dan tiada risiko kepada ibu dan

bayi. Selain itu, sel stem darah tali pusat jua lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko

penolakan yang rendah.

Kini, darah tali pusat yang disimpan di dalam bank mula mendapat perhatian pelbagai pihak setelah

usaha menyebarkan kebaikan dan kepentingan darah ini kepada masyarakat dilakukan secara telus.

Melalui bank darah tali pusat oleh Pusat Darah Negara yang disediakan oleh kerajaan, setiap ibu

bapa boleh menyimpan aset biologi ini dengan lebih selamat dan terancang untuk jangka masa

panjang yang berpotensi menyelamatkan nyawa bayi dan ahli keluarga yang lain sekiranya

diperlukan.

Selain Pusat Darah Negara, terdapat beberapa buah pusat penyimpanan darah tali pusat swasta yang

turut mengembangkan teknologi ini kepada masyarakat iaitu Stemlife Berhad, Cryocord Sdn.Bhd.,

dan Cellsafe International (CSI) Sdn. Bhd. Bergantung kepada ibu bapa mahu memilih pusat yang

mana satu sebagai pusat pelaburan sel stem anak-anaknya. Ini merupakan satu insuran hayat yang

berkesan dari segi kos dalam menghadapi penyakit yang tidak dijangka.

Namun, menurut Dr. Musa Mohd. Nordin, jumlah darah tali pusat yang dikutip sewaktu lahir adalah

80 -100 ml yang hanya cukup untuk bayi atau anak yang kecil. Apabila mereka dewasa, sel stem yang

telah disimpan sejak mereka kecil tidak mencukupi untuk membantu mereka menjalani rawatan

penyakit kritikal. Oleh itu, beliau menyarankan agar semua orang awam mengambil inisiatif

menyimpan tali pusat bayi untuk kegunaan bersama. Pengumpulan tali pusat ini akan membantu

mereka yang memerlukan dan bukannya untuk kegunaan sendiri sahaja kerana telah terbukti tiada

anggaran yang tepat kebarangkalian anak memerlukan sel sendiri yang disimpan..

Memandangkan keistimewaan darah tali pusat ini, ibu bapa harus berhati-hati dengan teknologi baru

yang mula berkembang di Malaysia. Setiap darah tali pusat yang ingin disimpan harus mengambil

kira soal kepercayaan kepada penyimpannya. Jika anda berhasrat untuk menyimpan darah tali pusat

untuk kegunaan peribadi keluarga, tujuan kaji selidik dan perubatan, anda harus sentiasa

meningkatkan pengetahuan dan memantau perkembangan teknologi sel stem di sekitar anda agar

tiada unsur penyalahgunaan sel ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika anda berhasrat untuk menderma darah tali pusat bayi anda pula, ia merupakan suatu usaha yang

murni yang boleh membantu orang lain untuk sembuh daripada penyakit mereka. Pemilihan Bank

Darah Tali Pusat Nasional yang bukan bertujuan mendapatkan keuntungan, agak bertepatan dengan

Page 6: Apa itu Bioteknologi.docx

objektif anda membantu orang lain. Ini kerana melalui bank darah ini, doktor-doktor boleh

melakukan carian di senarai penderma awam untuk mendapatkan sampel daripada orang yang bukan

saudara pesakit sebagai punca alternatif pemindahan sel stem.

Pendahuluan

Bioteknologi adalah penggunaan biokimia, mikrobiologi, dan kejuruteraan genetik secara bersepadu, untuk menghasilkan barangan atau lain bagi kepentingan manusia.

Biokimia mempelajari struktur kimia organisma. Kejuruteraan genetik adalah aplikasi genetik dengan mentransplantasi gen dari satu organisma ke organisma lain.

Ciri utama bioteknologi:

1. Adanya aben biologi berupa mikroorganisme, tumbuhan atau haiwan 2. Adanya pendayagunsan secara teknologi dan industri 3. Produk yang dihasilkan adalah hasil ekstraksi dan pemurnian

Gbr. Kegunaan Bioteknologi untuk memenuhi keperluan manusia

Perkembangan bioteknologi:

1. Era bioteknologi generasi pertama bioteknologi sederhana. Penggunaan mikroba masih secara tradisional, dalam pengeluaran makanan dan tanaman serta pengawetan makanan.

Contoh:

Page 7: Apa itu Bioteknologi.docx

pembuatan tempe, tape, cuka, dan lain-lain.

2. Era bioteknologi generasi kedua. Proses berlangsung dalam keadaan tidak steril.

Contoh: a. pengeluaran bahan kimia: aseton, asid sitrik b. pengolahan air limbah c. pembuatan kompos

3. Era bioteknologi generasi ketiga. Proses dalam keadaan steril.

Contoh:pengeluaran antibiotik dan hormon

4. Era bioteknologi generasi baru bioteknologi baru. Contoh: pengeluaran insulin, interferon, antibodi monoklonal

Bioteknologi: Kelebihan dan Ancamannya Terhadap Sarwajagat

BIOTEKNOLOGI merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti

hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti

alam sekitar. Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai

aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah;

penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik

(GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan

transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai

bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam

erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan

menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber

hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan

mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’

itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan

perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah

membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan

teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya,

bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Page 8: Apa itu Bioteknologi.docx

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa

masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju.

Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan

bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis

seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick

(1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah

berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri

pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan

saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam

penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan

tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan

keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi

kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama,

warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi

pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang

berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan

Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk

dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah

melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama

dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.

Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala

sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka

ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri

bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan

industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus

menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat

kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor

Page 9: Apa itu Bioteknologi.docx

khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat

kecemerlangan, iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang

farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

· Pembangunan Bioteknologi Pertanian - merubah dan memperluaskan nilai penciptaan

dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.

· Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan

Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan

sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

· Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan - Menggunakan kelebihan

biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-

produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.

· Pembangunan Bioteknologi Perindustrian - Memastikan pertumbuhan peluang-

peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.

· Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi -

Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan

mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.

· Pembangunan sumber tenaga - Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi

negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.

· Pembangunan prasarana kewangan - Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang

kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan

syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

· Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan - Mewujudkan

persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan

secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim

perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.

· Kedudukan strategik - mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama

bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan

280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara

sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar

bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi

status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan

alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu

Page 10: Apa itu Bioteknologi.docx

membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara

spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta

ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk

kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya

akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear,

‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan

bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-

modified Foods ini Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa

pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan

berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai

ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian

mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi

haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus,

badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan

perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya.

Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem

imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu,

Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett

Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik

meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik

suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah

selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan

makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang

membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum

ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui

Page 11: Apa itu Bioteknologi.docx

proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut

bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis

tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, persoalan yang lebih besar adalah makanan

yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini tidak terlepas daripada isu halal haramnya.

Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara

rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika

kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”