Apa Itu WiFi

27
WI- FI PRESENTATION INI AKAN MENERANGKAN TENTANG WIFI DENGAN LEBIH LANJUT LAGI

description

Slideshow ini mengandungi hyperlink.. ok.. slideshow ni mmg berguna untuk sapa2 yang kurang pasti akan wifi.. lihatlah..

Transcript of Apa Itu WiFi

Page 1: Apa Itu WiFi

WI-FI

PRESENTATION INI AKAN MENERANGKAN TENTANG WIFI

DENGAN LEBIH LANJUT LAGI

Page 2: Apa Itu WiFi

1. MAKSUD WI-FI2. SPESIFIKASI WI-FI3. KEBAIKAN WI-FI4. KELEMAHAN WI-FI5. CARA MENGATASI KELEMAHAN WI-FI6. KESIMPULAN

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Page 3: Apa Itu WiFi

Wi-fi atau singkatan daripada wireless fidelity adalah teknologi yang memungkinkan bagi pengguna komputer dan perkakasan rangkaian lain yang mendokong teknologi seperti Personal Digital Assistan (PDA) dan telefon bimbit untuk berkomunikasi dalam jaringan LAN atau mengakses internet dengan jaringan broadband tanpa jaringan kabel. Dengan menggunakan sebuah Wi-fi AP atau wireless router, sebuah jaringan LAN atau internet boleh diakses tanpa kabel dalam linkungan 300 kaki persegi atau sekitar lingkungan 100 meter. Liputan Wi-fi di INTAN merangkumi setiap sudut dan boleh diakses setiap masa oleh peserta kursus dan pelawat-pelawat di INTAN untuk akses kepada LAN INTAN.

1. MAKSUD WI-FI

Page 4: Apa Itu WiFi

Wi-Fi dirancang berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11. Sekarang ini ada empat variasi dari 802.11, yaitu: 802.11a, 802.11n ,802.11b, 802.11g .Spesifikasi b merupakan produk pertama Wi-Fi. Di seluruh dunia, frekuensi yang digunakan oleh Wi-Fi, pengguna tidak diperlukan untuk mendapatkan ijin dari pengatur lokal (misal, Komisi Komunikasi Federal di A.S.). 802.11a menggunakan frekuensi yang lebih tinggi dan oleh sebab itu daya jangkaunya lebih sempit, lainnya sama. lVersi Wi-Fi yang paling luas dalam pasaran AS sekarang ini (berdasarkan dalam IEEE 802.11b/g) beroperasi pada 2.400 MHz sampai 2.483,50 MHz. Dengan begitu mengijinkan operasi dalam 11 channel (masing-masing 5 MHz), Channel 2 – 2,417 MHz; Secara teknis operasional, Wi-Fi merupakan salah satu varian teknologi komunikasi dan informasi yang bekerja pada jaringan dan perangkat WLAN (wireless local area network). Dengan kata lain, Wi-Fi adalah sertifikasi merek dagang yang diberikan pabrikan kepada perangkat telekomunikasi (internet) yang bekerja di jaringan WLAN dan sudah memenuhi kualitas kapasitas interoperasi yang dipersyaratkan. Teknologi internet berbasis Wi-Fi dibuat dan dikembangkan sekelompok insinyur Amerika Syarikat yang bekerja pada Institute of Electrical and Electronis Engineers (IEEE) berdasarkan standard teknis perangkat bernombor 802.11b, 802.11a dan 802.16. Perangkat Wi-Fi sebenarnya tidak hanya mampu bekerja di jaringan WLAN, tetapi juga di jaringan Wireless Metropolitan Area Network (WMAN). Konsekuensinya, pengguna yang ingin melakukan surfing atau browsing berita dan informasi di Internet, cukup membawa PDA (pocket digital assistance) atau laptop berkemampuan Wi-Fi ke tempat dimana terdapat access point atau hotspot. Peningkatan kuantiti pengguna Internet berbasis teknologi Wi-Fi yang semakin menggejala di berbagai belahan dunia, telah mendorong Internet service providers (ISP) membangun hotspot yang di seluruh dunia.

2. SPESIFIKASI WI-FI

Page 5: Apa Itu WiFi

Dengan WLAN, pengguna boleh akses sistem komunikasi rangkaian tanpa perlu mencari tempat sebagai sambungan kabel ke rangkaian. Selain itu, pengurus rangkaian juga boleh konfigur atau menambah jaringan tanpa perlu melakukan instalasi atau pun penambahan kabel. Di INTAN, WLAN menawarkan beberapa kelebihan seperti produktivi, keselesaan, dan keuntungan dari segi kos berbanding dengan jaringan kabel rangkaian tradisional. Berikut adalah kebaikan wi-fi :

3. KEBAIKAN WI-FI

Page 6: Apa Itu WiFi

ANTARA KEBAIKAN WI-FI

ADA 6 KEBAIKAN PENGGUNAAN WI-FI

Page 7: Apa Itu WiFi

Sistem wireless LAN dapat menyediakan kemudahan akses maklumat secara real-time, dimana saja dalam kampus-kampus INTAN. Mobiliti seperti ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan jaringan rangkaian LAN kepada peserta-peserta kursus dan pelawat di INTAN  berbanding jaringan kabel. Dengan itu, peserta-peserta kursus dapat akses kepada aplikasi-aplikasi INTAN seperti sistem E-Pembelajaran EPSA dan perkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada di dalam kawasan kampus INTAN.

3.1 Mobaliti

Page 8: Apa Itu WiFi

Instalasi dan konfigurasi sistem wireless LAN sangat ringkas dan mudah berbanding instalasi jaringan kabel yang memerlukan penarikan kabel melalui syiling, lantai atau dinding. Dengan itu, pemasangan LAN tidak lagi memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian lantai, syiling dan dinding kerana dengan hanya memasang sesebuah access point (AP) sudah memadai dalam lingkungan tertentu.

3.2 Instalasi/Konfigurasi cepat dan ringkas

Page 9: Apa Itu WiFi

Teknologi wireless memungkinkan suatu jaringan LAN boleh dicapai oleh tempat-tempat yang tidak dapat dicapai dengan jaringan kabel. Perkhidmatan LAN kepada peserta kursus yang berada di luar bangunan-bangunan dan kawasan yang tidak mempunyai sambungan jaringan kabel rangkaian di INTAN tidak lagi mustahil dengan WLAN. Akses kepada sistem komunikasi INTAN boleh dilakukan disetiap sudut dan penjuru di INTAN yang mempunyai liputan WLAN.

3.3 Fleksibiliti

Page 10: Apa Itu WiFi

Meskipun kos pelaburan awal ke atas instalasi wireless LAN untuk membeli peralatan perkakasan WLAN lebih tinggi daripada perkakasan jaringan kabel, namun bila diperhitungkan secara keseluruhan, instalasi dan life-cycle kosnya, maka secara signifikan ianya lebih murah. Di INTAN, WLAN digunakan dalam lingkungan kerja yang dinamik iaitu sentiasa memenuhi pergerakan dan perubahan. Maka keuntungan jangka panjangnya pada suatu WLAN akan jauh lebih besar bila dibandingkan dengan jaringan LAN kabel. Pemasangan WLAN boleh bertahan dan dapat memenuhi keperluan pengguna di INTAN tanpa pemasangan kabel-kabel baru.

3.4 Mengurangkan Kos

Page 11: Apa Itu WiFi

Sistem komunikasi WLAN boleh dikonfigurasikan dalam berbagai jenis topologi untuk memenuhi keperluan pengguna. Konfigurasi dapat diubah dengan mudah mengikut jaringan peer-to-peer yang bersesuaian untuk jumlah pengguna yang kecil seperti dalam sesebuah bilik kuliah atau dewan yang kecil di INTAN hinggalah kepada infrastruktur rangkaian yang mampu melayani ribuan pengguna dan memungkinkanroaming dalam kawasan yang luas.

3.5 Skalabiliti

Page 12: Apa Itu WiFi

Bebas kabel ini merujuk kepada keadaan kabel rangkaian yang berserabut atau lebih dikenali dengan perkataan popular iaitu “Spaghetti Free”. Ini kerana setiap kali sambungan baru dibuat, jaringan kabel rangkaian baru perlu dibuat. Sekiranya kerja pengkabelan tersebut tidak dibuat dengan kemas maka proses pengenalpastian masalah akan menjadi rumit terutama pada rak switches. Selain itu, kewujudan kabel rangkaian yang banyak di atas siling, atas lantai dan pada dinding juga mengakibatkan kurang kekemasan kepada ruang pejabat. Oleh itu, penggunaan WLAN mampu menyelesaikan masalah susunan kabel tersebut.

3.6 Bebas Kabel

Page 13: Apa Itu WiFi

Walaupaun WLAN sering menjadi pilihan setiap organisasi terutama di INTAN, tetapi terdapat kelemahan-kelemahan yang boleh menjejaskan aspek produktiviti capaian, Quality of Service (QoS) dan keselamatan rangkaian tersebut. Antara kelemahan-kelemahan WLAN ialah isu-isu kelajuan capaian, prestasi tidak stabil, mudah dicerobohi, kelemahan konfigurasi dan kelemahan standard enkripsi. Berikut adalah kelemahan Wi-Fi :

4. KELEMAHAN WI-FI

Page 14: Apa Itu WiFi

ANTARA KELEMAHAN WI-FI

ADA 5 KELEMAHAN PENGGUNAAN WI-FI

Page 15: Apa Itu WiFi

Kaedah capaian WLAN yang menggunakan gelombang yang membolehkan ianya dikongsi oleh banyak pengguna mengakibatkan kelajuan capaian kepada rangkaian terjejas. Ini kerana, AP yang digunakan tidak mempunyai fungsi untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang sama rata dicapai oleh pengguna. Oleh itu, semakin ramai pengguna membuat capaian menerusi AP tersebut maka jalur lebar tersebut akan dikongsi bersama oleh pengguna yang lain. Sekiranya seorang pengguna WiFi membuat capaian yang besar kepada

4.1 Kelemahan Kelajuan Akses Capaian

Page 16: Apa Itu WiFi

Teknologi WLAN yang menggunakan gelombang radio pada julat 2.4Ghz mudah terganggu sekiranya terdapat ganguan isyarat disekelilingnya. Ganguan isyarat atau lebih tepat dikenali sebagai “interference signal” yang dimaksudkan adalah gangguan terhadap gelombang radio yang dihantar kepada node dan gelombang yang diterima daripada node. Antara contoh gangguan yang menjejaskan prestasi dan ketidakstabilan isyarat ialah gelombang bunyi dipersekitaran capaian rangkaian antara AP dan node. Bunyi yang bising menyebabkan gelombang signal radio WLANterganggu dan seterusnya mengakibatkan penghantaran data melaluinya turut terjejas.

Selain itu, gangguan isyarat gelombang juga terjadi apabila halangan fizikal yang banyak di sesuatu lokasi. Halangan fizikal ini adalah seperti dinding, syiling dan lantai. Isyarat gelombang WLAN akan berkurangan apabila melalui halangan fizikal ini dan mungkin tidak akan sampai ke sudut yang terhalang walaupun masih lagi dalam jarak radius lingkungan capaian AP. Selain itu, akibat capaian yang terlalu ramai dan penggunaan rangkaian yang berat terhadap satu AP juga turut mengakibatkan prestasiWLAN selalu hang dan ini mengakibatkan ketidakstabilan rangkaian.

4.2 Prestasi Isyarat Tidak Stabil

Page 17: Apa Itu WiFi

Wired Equivalency Privacy atau WEP merupakan salah satu standard enkripsi yang digunakan terutamanya dalam sistem komunikasi WLAN. Komunikasi antara AP dan node dalam sesebuah WLAN menggunakan enkripsi WEP ini memiliki kelemahan yang boleh menjejaskan keselamatan rangkaian. Data yang telah dienkripsi menggunakan teknologi ini boleh dipecahkan oleh penceroboh rangkaian dengan cepat dan mudah. Selain WEP, standard enkripsi lain ialah Wifi Protected Access atau WPA. Enkripsi WPA lebih kuat berbanding WEP. Bagaimanapun, ia juga boleh dipecahkan oleh penceroboh tetapi tidak semudah dan secepat WEP.

4.3 Kelemahan Standard Enkripsi

Page 18: Apa Itu WiFi

Kelemahan konfigurasi adalah kelemahan yang paling ketara terhadap keselamatan. Pemasangan dan penggunaan produk WLAN yang diset secara setting default paling mudah diceroboh. Pada kebiasaannya, pihak vendor yang mengeluar dan membekalkan produk WLAN akan memberi kesenangan kepada pelanggan terhadap produk yang dijual terutamanya dari segi mudah melakukan instalasi dan pemasangan peralatan dengan menggunakan pendekatan setting default. Namun, implikasi keselamatan juga boleh menimbulkan risiko yang besar. Hal ini berlaku sekiranya aturan (setting) pada peralatan tidak diubah dan masih menggunakan default settingseperti nama Service Set Identifier (SSID), alamat Internet Protocol (IP) pada AP,remote management, DHCP enable serta kata laluan. Perkara ini akan memberi ruang yang sangat besar kepada penceroboh-penceroboh rangkaian untuk akses ke dalam rangkaian secara tidak sah kerana penceroboh biasanya akan mengetahui setting default bagi peralatan wireless LAN tersebut.

4.4 Kelemahan Konfigurasi

Page 19: Apa Itu WiFi

Akses kepada penggunaan WLAN tidak dapat dikawal kerana ia berasaskan isyaratroaming. Oleh itu, mana-mana stesen atau node yang berada dalam lingkungan isyaratroaming akan dapat akases kepada WLAN. Ini akan membolehkan penceroboh melusuri rangkaian INTAN melalui mana-mana lokasi di INTAN atau luar kawasan INTAN tanpa disedari. Ini akan menyebabkan seluruh rangkaian INTAN mudah terdedah kepada serangan, ancaman dan pencerobohan yang boleh mengundang isu-isu keselamatan yang serius.

4.5 Terdedah kepada pencerobohan

Page 20: Apa Itu WiFi

Walaupun mempunyai kelemahan-kelemahan yang nyata terhadap WLAN, implimentasi WLAN tetap perlu dilakukan bagi memenuhi permintaan pihak Pengurusan INTAN. Oleh itu, pendekatan terbaik dalam pemasangan WLAN di INTAN ialah dengan melakukan pemasangan AP pada setiap sudut ruangan pejabat dan bangunan di kampus INTAN dengan menitikberatkan aspek keselamatan ICT. Terdapat banyak teknik-teknik mengatasi kelemahan WLAN seperti penyembunyian SSID, WEP atau WPA, dan sebagainya. Namum hanya dua (2) pendekatan keselamatan yang digunakan di INTAN iaitu menapis alamatMedia Access Control (MAC), sistem pengesanan pencerobohan (IDS) dan sistem penghalang pencerobohan (IPS). Pendekatan ini diambil kerana ia memberi tahap keselamatan WLAN yang tinggi selari dengan kesenangan kepada pengguna WLAN INTAN terutama peserta kursus untuk akses WLAN dimana-mana lokasi di INTAN dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, implimentasi dan senibina WLAN di INTAN adalah mengikut garis panduan dan polisi keselamatan MAMPU.

5. Cadangan Mengatasi Kelemahan Wi-Fi

Page 21: Apa Itu WiFi

CARA-CARA MENGATASI KELEMAHAN WI-FIADA 3 CARA UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

WI-FI

Page 22: Apa Itu WiFi

Media Access Control (MAC) merupakan satu kaedah yang menggunakan alamat fizikal perkakasan komputer bagi mengelakkan dan mengenalpasti sekiranya berlaku pencerobohan. Setiap komputer kakitangan INTAN dan peserta kursus di INTAN yang menggunakan WLAN hendaklah didaftarkan menggunakan alamat fizikal komputer. Setiap komputer mempunyai alamat fizikal perkakasan komputer yang berbeza dan unik. Penapis MAC hanya akan membenarkan alamat MAC yang telah didaftarkan dalam setting wireless router sahaja yang boleh dirangkaikan untuk mendapatkan kemudahan LAN INTAN dan internet. Dengan itu, mana-mana komputer yang tidak mendaftar alamat MAC akan dinafikan akses kepada WLAN.

5.1 Menapis Alamat Media Access Control (MAC)

Page 23: Apa Itu WiFi

Penggunaan sistem pengesanan pencerobohan (IDS) dan sistem penghalang pencerobohan (IPS) untuk WLAN INTAN sangat efisen dan efektif. Produk yang digunakan ialah AirTight. Pemasangan unit-unit AirTight dilakukan pada setiap sudut di INTAN yang mempunyai liputan isyarat WLAN. Fungsi AirTight ialah mengesan isyarat-isyarat yang ganjil seperti paten serangan daripada node dan seterusnya menghalang isyarat tersebut daripada akses kepada kepada AP. Selain itu, AirTight juga dapat mengesan dan menghalang mana-mana isyarat-isyarat adhoc dalam lingkungannya. Oleh kerana akses WLAN boleh dilakukan dimana-mana sahaja dalam lingkungan liputan isyarat AP, maka lokasi sebenar node sukar untuk dikesan. Bagaimanapun, AirTight dapat mengatasi masalah ini dengan menyediakan peta/pelan lokasi node dalam sesebuah WLAN dengan tepat kepada pentadbir rangkaian. Dengan itu, lokasi penceroboh boleh dikesan dengan tepat kedudukan lokasinya.

5.2 Sistem Pengesanan Pencerobohan dan Sistem Penghalang Pencerobohan

Page 24: Apa Itu WiFi

Bagi mewujudkan sistem komunikasi WLAN yang terbaik untuk INTAN, Arahan Keselamatan dan para 4.4.3.2 MyMIS dijadikan landasan rujukan utama. Selain itu, Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 bertajuk “Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan” bersama Dasar Keselamatan ICT JPA juga dijadikan panduan serta rujukan kepada pelaksanaan kawalan keselamatan ICT bagi sestem WLAN.

5.3 Pematuhan Garis Panduan dan Polisi Keselamatan MAMPU

Page 25: Apa Itu WiFi

Melihat perkembangan teknologi komunikasi pada masa hadapan, sudah dapat dipastikan bahawa teknologi tanpa wayar akan mendominasi sektor komunikasi ini. Teknologi tanpa wayar mempunyai kelebihan dari segi mudah digunakan, mudah alih dan kos efektif. Selain itu, teknologi tanpa wayar ini juga merupakan teknologi yang berpotensi berkembang pesat dan mempunyai keupayaan untuk dipertingkatkan. Bagaimanapun, pelaksanaan WLAN di agensi-agensi kerajaan serta langkah kawalan keselamatan perlu diutamakan dan sentiasa dipantau. Ini kerana, fleksibiliti yang terdapat pada WLAN ini jika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan masalah keselamatan ICT di agensi tersebut.

6. Kesimpulan

Page 26: Apa Itu WiFi

SEKIAN TERIMA KASIHTypewriter : ZulSyah 1B

For more information about this person, you can open zulsyah.blogspot.com or www.class2study.co.nr

or you can send him an email :[email protected] [email protected]

[email protected]

Page 27: Apa Itu WiFi

Maklumat Zul Syah

• Zulfhanizam Amir Syahputra• S.M.K Pokok Sena• Lahir pada 23.04.1998• Kg. Apil, Bt. 15 ½, Jln. Kuala Nerang• Orang Melayu & Malaysia• I/C No : 980423-61-5039

class2study.blogspot.com / facebook.com/zulsyah4