Apa Itu Kurikulum

6
Apa Itu Kurikulum? Kurikulum Definisi kurikulum Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan keperluan dan kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971) Soalan penting • Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum? • Bagaimanakah kurikulum digubal? • Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan bagaimanakah elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang lain secara konseptual? Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut: 1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan ? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang hendak dikenalpasti. ? Apakah yang ingin diajar? 2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu ? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan mempelajari mata pelajaran tertentu. ? Siapakah yang diajar? 3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar ? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang gunakan oleh guru. ? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum ? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan… • Apakah reka bentuk kurikulum? 4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah ? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang menyebabkan kurikulum berubah-ubah merentasi masa. ? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulum

description

kurikulum

Transcript of Apa Itu Kurikulum

Page 1: Apa Itu Kurikulum

Apa Itu Kurikulum?

KurikulumDefinisi kurikulum Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan keperluan dan kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971)Soalan penting• Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum?• Bagaimanakah kurikulum digubal?• Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan bagaimanakah elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang lain secara konseptual?

Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut:

1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang hendak dikenalpasti.? Apakah yang ingin diajar?

2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan mempelajari mata pelajaran tertentu.? Siapakah yang diajar?

3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang gunakan oleh guru. ? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan…• Apakah reka bentuk kurikulum?

4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang menyebabkan kurikulum berubah-ubah merentasi masa.? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulumBagaimana perubahan masyarakat mempengaruhi perubahan kurikulum.

Page 2: Apa Itu Kurikulum

Reka Bentuk Kurikulum mengikut Tyler, Taba dan StenhouseRalph tyler• Pengaruh penting dari 1949

Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan pendidikan ?3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?Hilda taba• Penggubalan kurikulum haruslah sistematik, objektif, saintifiik dan berorientasi penyelidikan• Andaian pembelajaran tujuan penting bagi sekolah• “curricula are designed so that students may learn”• Lebih preskriptif daripada tyler

Taba mencadangkan tujuh langkah semasa menggubal kurikulum.• Urutan 7 langkah1. Diagnosis keperluan2. Pembentukan objektif3. Pemilihan isi kandungan4. Penyususunan isi kandungan5. Pemilihan pengalaman pembelajaran6. Penyususunan pengalaman pembelajaran7. Penentuan apa yang dinilai dan caranyaModel Stenhouse– Kurikulum ialah satu proses.– Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru, pelajar dan ilmu.– Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.– Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.– Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran- Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.– Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kurikulum 1 Amalan P&P 2 Kegiatan kokurikulum3 Perkongsian bestari4 Budaya 5 Bahan P&P6 Tenaga Pengajar7 Kewangan

Page 3: Apa Itu Kurikulum

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODELTABA DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiringdengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harusmenyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agendautama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapaimatlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduandalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat danlapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjanaanjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan pentinguntuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (MasturaBadzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa dimasa hadapan.Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang dibina haruslah dinamis dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yangsesuai dengan matlamat. Pengembangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secarasistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawa keseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilaikeseragamannya dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehinggakurikulum benar-benar bersepadu dan utuh.

Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkaniaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangankurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus,tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara.Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembangan kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya:Curriculum Principles and Foundation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangankurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif ( Line Staff ),Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, ModelBeauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Akan tetapisebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan kurikulum, terlebih dahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapatterlaksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan. Pemilihansuatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang ada padamodel tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikandengan sistem kurikulum dan sistem pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988)menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si

Page 4: Apa Itu Kurikulum

penggunauntuk mengerti dan memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh.Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kekuatan dankelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan diMalaysia iaitu Model Tyler dan Model Hilda Taba.2.0DEFINISI2.1KURIKULUMMenurutRalph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yangdirencanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

Menurut Hilda Taba (1962) pula, kurikulum ialahpernyataan tentang tujuan-tujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dandiorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar.

Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia ,kurikulum boleh didefinisikan sebagai,”Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek :1.Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajarandan pembelajaran2.kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit beruniformMengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan)1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dankepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman.

Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004)kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolahyang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telahditetapkan mengikut keupayaan masing-masingPemahaman dalam menginterpretasi makna kurikulum begitu luas. Maka hal itumenjadi sebuah pertanyaan, apakah kurikulum itu ada pengertian yang telah disusunsecara spesifik dan disetujui oleh banyak golongan? Ataukah pengertian kurikulum ituharus disesuaikan dengan objek yang dituju? Tapi pada dasarnya dari berbagai definisi tentang kurikulum di atas, maksud dan tujuannya sama yaitu tentang pengertian kurikulum pendidikan.