Apa Itu Multimedia

9
Pengenalan Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium. Multi bermaksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Oleh itu multimedia dapat didefinisikan sebagai penggunaan komputer yang menggabung dan mempersembahkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu (tool) dan pautan (link) sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi (Hofstetter 2001). Ia juga merupakan komunikasi melalui lebih daripada satu cara. Multimedia sering digunakan dalam dunia hiburan. Selain dari dunia hiburan, multimedia terdapat dalam permainan berkomputer.Multimedia juga dapat dilihat sebagai penggunaan beberapa media yang berbeza dalam menyampaikan informasi berbentuk teks, audio, grafik, animasi, dan video. Definisi Mutimedia "Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990) "Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth (1992) "Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara Multimedia

description

Apa itu Multimedia

Transcript of Apa Itu Multimedia

Page 1: Apa Itu Multimedia

Pengenalan

Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium. Multi bermaksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. 

Oleh itu multimedia dapat didefinisikan sebagai penggunaan komputer yang menggabung dan mempersembahkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu (tool) dan pautan (link) sehingga pengguna dapat bernavigasi, berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi (Hofstetter 2001). Ia juga merupakan komunikasi melalui lebih daripada satu cara.

Multimedia sering digunakan dalam dunia hiburan. Selain dari dunia hiburan, multimedia terdapat dalam permainan berkomputer.Multimedia juga dapat dilihat sebagai penggunaan beberapa media yang berbeza dalam menyampaikan informasi berbentuk teks, audio, grafik, animasi, dan video.

Definisi Mutimedia

"Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990)

"Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth (1992)

"Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993)

"Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat"

Multimedia

Page 2: Apa Itu Multimedia

Elemen Multimedia

GrafikPanduan Menggunakan Grafik dalam MultimediaPilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaranPilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agamaGunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah

AnimasiSetelah papan cerita disiapkan, ketua pelukis grafik atau animator akan melukis bingkai-bingkai utama (selalunya bingkai pertama dan bingkai terakhir untuk sesuatu aksi). Bingkai-bingkai utama inilah yang dikenali sebagai key frames. Ia akan menjadi kunci atau bingkai rujukan untuk bingkai-bingkai yang lain.

Setelah bingkai utama siap dilukis, pelukis-pelukis grafik lain akan mengambil alih tugas dengan melukis pula bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai utama atau rujukan tadi. Proses melukis bingkai-bingkai yang terdapat di antara bingkai-bingkai utama ini juga dikenali sebagai tweening.

Animasib) TweeningTweening merupakan proses menghasilkan imej atau objek di antara bingkai-bingkai utama bagi memaparkan seolah-olah suatu pergerakan telah terbentuk. Proses tweening terlebih dahulu memerlukan anda mengira bilangan bingkai-bingkai yang terdapat di antara bingkai utama dan laluan yang bakal diambil oleh sesuatu aksi. Seterusnya urutan aksi-aksi ini akan dilukis dengan pensel. Sekiranya berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan, barulah lakaran pensel tadi akan didakwatkan dengan kekal.

Elemen Multimedia - Animasic) Onion Skinning

Onion skinning merupakan satu lagi teknik animasi yang digunakan di dalam animasi sel tradisional. Dengan melukis pada helaian atau permukaan yang lutsinar, pelukis-pelukis grafik dapat melihat garis kasar atau outline sel sebelumnya untuk dijadikan panduan untuk mereka melukis atau menghasilkan perubahan imej sel yang seterusnya.

d) Frame By FrameTeknik yang digunakan oleh golongan profesional yang menjanjikan kesan animasi yang lebih realistik dan mengikut keperluan animator yang sebenarnya dan bukan hasil ramalan

Page 3: Apa Itu Multimedia

yang dilakukan oleh komputer.Mempunyai beberapa set imej yang serupa dan hanya berbeza daripada segi saiz, lokasi ataupun kedudukan bahagian-bahagian tertentu.

Elemen Multimedia - AnimasiAnimasi SelTeknik animasi yang dipopularkan oleh Walt Disney ini menggunakan lukisan secara berurutan atau bertindanan dari satu bingkai ke bingkai yang berikutnya.Animasi sel memanfaatkan ketiga-tiga teknik bingkai utama, tweening dan onion skinning yang dipelajari sebelum ini. Filem biasanya dibina dengan menggunakan 24 bingkai untuk setiap saat (24 fps). Dengan itu, untuk menghasilkan satu minit animasi, kita memerlukan lebih kurang 1,440 bingkai yang berlainan. Istilah sel berasal daripada helaian seluloid lutsinar yang digunakan untuk melukis setiap bingkai. Kini, ia telah digantikan dengan asetat atau plastic

Info PSV3109: Prinsip ini boleh diperjelaskan lagi dengan satu ilustrasi yang memaparkan beberapa gambar bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah Perhatikan rajah ini, pada setiap satu bulatan tersebut dilukiskan gambar anak panah pada kedudukan yang berbeza dan kedudukan ini ditukarkan ke arah kanan pada kadar 15 darjah.

Elemen Multimedia - AnimasiSesebuah video dibina dengan menggunakan 30 bingkai atau gambar untuk setiap saat (30 fps); iaitu merujuk kepada kelajuan atau kepantasan bagi setiap bingkai digantikan secara silih berganti dengan bingkai seterusnya bagi menghasilkan suatu paparan seolah-olah imej tersebut saling berhubungan dan membentuk suatu pergerakan yang hidup.Bagi sesuatu animasi komputer berfungsi dengan baik, ia perlu dibina dengan menggunakan 12 hingga 15 bingkai setiap saat (12 - 15 fps).Sebarang jumlah fps yang kurang daripada nilai tersebut akan menghasilkan animasi yang tidak licin dan terhenti-henti. Ini disebabkan mata manusia sempat untuk menangkap perbezaan yang berlaku semasa pertindihan antara bingkai itu.

Elemen Multimedia - AnimasiKepentingan AnimasiAnimasi menceriakan lagi persembahan sesuatu maklumat.Animasi membantu di dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.Animasi mampu menarik perhatian pengguna atau penonton.

Elemen Multimedia - AnimasiDalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia.

Page 4: Apa Itu Multimedia

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video mencekup (capture) aksi pergerakan sebenar, manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar.Fail video digital juga lebih besar daripada fail animasi. Klip video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.

Elemen Multimedia - AnimasiANIMASI TRADISIONALKebanyakan teknik dan kaedah animasi tradisional telah dibangunkan pada tahun 1930an di studio Walt Disney. Teknik-teknik ini bertujuan untuk menghasilkan animasi yang lebih realistik dan menghiburkan. 

a) Bingkai Utama (Keyframe)Semua animasi tradisi dilakukan dengan menggunakan tangan. Untuk menjimatkan masa dan mengurangkan beban kerja pelukis- pelukis ini, maka kerja-kerja penghasilan animasi diagihkan kepada lebih daripada seorang. Untuk membolehkan proses pengagihan ini berjalan dengan licin, bingkai utama dirujuk. Sebelum sesuatu animasi itu dilaksanakan, papan cerita perlu dihasilkan terlebih dahulu untuk menunjukkan urutan cerita animasi tersebut.

Info PSV3109: Info PSV3109: Elemen Multimedia - GrafikPanduan Menggunakan Grafik dalam MultimediaPilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaranPilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agamaGunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah

Elemen Multimedia - AnimasiAnimasi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan” atau “bring to life”. Animasi adalah satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.

Definisi animasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat daripada takrifan yang diberikan oleh Neo & Neo (1997) seperti berikut:“Animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat bergerak, beraksi dan bercakap. Ini dimungkinkan dengan menerapkan satu teknik kinematografi grafik dan seni plastik untuk menghasilkan atau memberi ilusi pergerakan dan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan tangan, patung dan objek tiga dimensi.”

Elemen Multimedia - AnimasiAnimasi dimungkinkan kerana fenomena biologikal yang dikenali sebagai “persistence of

Page 5: Apa Itu Multimedia

vision”. Sesuatu objek yang dilihat oleh mata manusia akan dipetakan pada retina dalam satu jangka masa yang singkat selepas ianya dilihat.Ini membolehkan berlakunya satu siri imej yang berubah sedikit demi sedikit dengan kadar yang pantas secara silih berganti sehingga ia kelihatan dan menghasilkan satu ilusi yang hidup serta bergerak secara sendiri

Denganmengubah sedikit kedudukan atau rupa bentuk sesuatu objek dengan pantas, mata kita akan mengandaikan perubahan tersebut sebagai satu pergerakan atau animasi.

Info PSV3109: Elemen Multimedia -TeksTeks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalam sesuatu persembahan maklumat.Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.

Elemen Multimedia -TeksTeks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalam sesuatu persembahan maklumat.Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.

Elemen Multimedia -TeksTiga kategori teks?Serif –Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara.

Elemen Multimedia -TeksSerif –Contoh?Times New Roman, New Century, SchoolBook, dan PalatinoSan Serif - Perkataan sans bermakna “tanpa”(without) dalam bahasa Perancis, maka fon sansserif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atautanpa serif.Arial, Helvitica, dan Optima merupakan contoh fon jenis sans serif.

Elemen Multimedia -TeksDekoratif - merujuk kepada fon yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala.

Page 6: Apa Itu Multimedia

Elemen Multimedia -TeksJenis fon apalah yang sesuai untuk menghasilkan aplikasi pembelajaran berasaskan komputer?Sans Serif – Arial

Cetakan - Serif

Elemen Multimedia -TeksPanduan Menggunakan Teks dalam Multimedia

PastikanTeks yang Digunakan Boleh DibacaPemilihan Warna Teks yang BersesuaianPemilihan Stail Teks yang BersesuaianGunakan Teks yang Ringkas tetapi PadatAwasi Kuantiti Teks pada PaparanSerif Sans serif @ Dekoratif • Sans SerifInfo PSV3109: Elemen MultimediaTerdapat 5 elemen utama multimedia iaitu:TeksGrafikAudioVideoAnimasiInfo PSV3109: 

Definisi MultimediaIstilah multimedia semakin diminati dan mendapat publisiti yang meluas padazaman teknologi komputer masa kini.

Jika di perhatikan, sebenarnyamultimedia boleh ditakrifkan sebagai :Multi: banyak atau pelbagaiMedia: berasal dari perkataan medium yang bermaksud "kaedah berkomunikasi"

Definisi MultimediaDefinisi multimedia (Asal):Multimedia bermakna menggunakan 2 atau lebih media bagi sesuatu persembahan, contohnya video dan slide.Definisi multimedia (Baru):

Page 7: Apa Itu Multimedia

Multimedia merujuk kepada persembahan berpusatkan komputer yang menggabungkan unsur-unsur photo, video, teks, grafik, audio dan animasi.

Definisi MultimediaDefinisi multimedia (Terkini):Proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi.