Apa Perlunya Malaysia Mempunyai Dasar Mbmmbi Yang Jelas

download Apa Perlunya Malaysia Mempunyai Dasar Mbmmbi Yang Jelas

of 2

Transcript of Apa Perlunya Malaysia Mempunyai Dasar Mbmmbi Yang Jelas

Assalamualaikum Wbt. dan Selamat Sejahtera. Dasar pendidikan adalah asas kepada pembentukan sistem pendidikan di sesebuah negara. Tanpa dasar yang jelas, sudah pastilah sistem dan pelaksanaan pendidikan tidak tersusun rapi, terumbang-ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Berdasarkan kepada kenyataan Abdullah Sani & Paul (2003), dapat disimpulkan bahawa dasar pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. MBMMBI adalah singkatan kepada Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris, telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan akan diguna sepenuhnya pada tahun 2014. Dasar ini telah menggantikan dasar PPSMI iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Memartabatkan Bahasa Malaysia (BM) ialah meletakkan ia di tempat yang sepatutnya sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Memperkukuh Bahasa Inggeris (BI) membawa maksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Secara umumnya dasar MBMMBI ini bertujuan untuk melahirkan generasi warga Malaysia yang fasih dan yakin menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Di samping itu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu untuk memupuk perpaduan, serta membolehkan penerokaan ilmu pada peringkat nasional dan global. Adalah penting untuk mempunyai dasar MBMMBI yang jelas kerana ia adalah suatu kewajaran bagi sesebuah bangsa memartabatkan bahasa ibundanya. Mitos yang mengatakan bahasa Inggeris itu mempunyai kaitan dengan kemajuan dan kemodenan adalah meleset kerana banyak negara di Eropah dan Asia maju dengan memartabat bahasa ibunda mereka. Perancis, Jerman, Sweden maju kerana memartabatkan bahasa ibunda. Cina, Jepun dan Korea juga sedang maju menggunakan bahasa ibunda mereka. Ilmuwan Islam terdahulu terkenal dengan penguasaan berbagai-bagai bahasa. Menguasai bahasa bermakna menguasai ilmu dari pelbagai sumber. Tetapi ilmuwan Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama kerana bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa tafsir. Darinya ilmu berkembang dan orang-orang Eropah mempelajari ilmu-ilmu Islam dengan menterjemahkan ke bahasa ibunda mereka sama ada Latin, Hebrew atau pun Ibrani. Dari situ mereka maju dan membangun dan akhirnya menjadi kuasa penakluk. Suatu hal yang menarik bagi bangsa Jepun, Cina dan Korea ialah menghantar pelajar-pelajar mereka ke barat seperti Amerika, Perancis, Jerman, United Kingdom menguasai ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa negara di mana mereka belajar. Apabila kembali ke negara masing-masing berlaku proses Penjepunan, Pencinaan dan Pengkoreaan dengan menjadikan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan masing-masing tanpa menolak kepentingan bahasa Inggeris atau bahasa asing untuk dipelajari. Negara-negara ini mempunyai jati diri yang tinggi di samping tidak menolak manfaat berbanding dari tamadun lain. Malaysia juga memerlukan perancangan dasar dan pelaksana dasar

bahasa Melayu yang seharusnya mempunyai tekad ilmu yang tinggi dan azam politik yang hebat supaya rasa kebanggaan terhadap memartabatkan bahasa Melayu tetap menjadi tradisi unggul. Tangkas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda membolehkan para murid mempelajari ilmu dan jangka panjangnya memperkaya khazanah bahasa ini. Dalam masa sama pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana bahan rujukan di Internet dan perpustakaan banyak dalam bahasa tersebut. Apabila pelajar-pelajar ini tamat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan atau Agama, memudahkan mereka belajar di luar negara. Bagi pelajar yang belajar di dalam negara penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang baik membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dengan keyakinan tinggi. Dan apabila mereka dihantar untuk menuntut ilmuilmu kepakaran dan tahap yang lebih tinggi, kesulitan menguasai bahasa tidak akan terjadi.