Apakah Cabaran Yang Paling Ingin Anda Selesaikan Dalam Konteks P

3
‘IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM 1. Apakah cabaran yang paling ingin anda selesaikan dalam konteks P&P sains. 2. Mengapa ia merupakan cabaran dan apakah puncanya. Sepanjang pengalaman saya menjalankan proses P&P ketika menjalankan praktikum di sekolah-sekolah sekitar Seremban, saya telah menemui beberapa cabaran ketika melaksanakan proses P&P sains. Namun begitu, cabaran yang paling ingin saya selesaikan adalah cabaran apabila menjalankan kaedah pembelajaran secara inkuiri atau mengeksperimen, sama ada di dalam kelas ataupun di dalam makmal sains. Cabaran yang saya temui semasa menggunakan kaedah pembelajaran ini adalah saya telah hilang kawalan terhadap murid-murid. Hal ini demikian kerana, semasa sesi menjalankan eksperimen terdapat beberapa golongan murid yang wujud. Kewujudan golongan murid-murid ini akan membuatkan proses P&P terganggu dan menjadi tidak berkesan. Golongan murid yang pertama adalah murid-murid yang tidak menjalankan eksperimen mengikut prosedur walaupun telah diterangkan kepada mereka. murid-murid ini bermain-main dengan menggunakan radas dan bahan yang telah disediakan oleh guru. Perbuatan ini membahayakan murid-murid lain dan mengganggu kelancaran aktiviti eksperimen Pada masa yang sama, terdapat golongan murid-murid yang kedua iaitu murid-murid yang tidak tahu menjalankan eksperimen walaupun penerangan dan demonstrasi telah diberikan, kemungkinan besar, murid-murid ini berkhayal atau tidak memberi tumpuan semasa penerangan diberikan oleh

description

abaran yang paling ingin anda selesaikan dalam konteks P&P

Transcript of Apakah Cabaran Yang Paling Ingin Anda Selesaikan Dalam Konteks P

Page 1: Apakah Cabaran Yang Paling Ingin Anda Selesaikan Dalam Konteks P

‘IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM

1. Apakah cabaran yang paling ingin anda selesaikan dalam konteks P&P sains.

2. Mengapa ia merupakan cabaran dan apakah puncanya.

Sepanjang pengalaman saya menjalankan proses P&P ketika menjalankan praktikum di

sekolah-sekolah sekitar Seremban, saya telah menemui beberapa cabaran ketika

melaksanakan proses P&P sains. Namun begitu, cabaran yang paling ingin saya selesaikan

adalah cabaran apabila menjalankan kaedah pembelajaran secara inkuiri atau

mengeksperimen, sama ada di dalam kelas ataupun di dalam makmal sains.

Cabaran yang saya temui semasa menggunakan kaedah pembelajaran ini adalah saya

telah hilang kawalan terhadap murid-murid. Hal ini demikian kerana, semasa sesi menjalankan

eksperimen terdapat beberapa golongan murid yang wujud. Kewujudan golongan murid-murid

ini akan membuatkan proses P&P terganggu dan menjadi tidak berkesan.

Golongan murid yang pertama adalah murid-murid yang tidak menjalankan eksperimen

mengikut prosedur walaupun telah diterangkan kepada mereka. murid-murid ini bermain-main

dengan menggunakan radas dan bahan yang telah disediakan oleh guru. Perbuatan ini

membahayakan murid-murid lain dan mengganggu kelancaran aktiviti eksperimen

Pada masa yang sama, terdapat golongan murid-murid yang kedua iaitu murid-murid yang

tidak tahu menjalankan eksperimen walaupun penerangan dan demonstrasi telah diberikan,

kemungkinan besar, murid-murid ini berkhayal atau tidak memberi tumpuan semasa

penerangan diberikan oleh guru. Kesannya guru terpaksa memberi penerangan sekali lagi dan

ini akan membantut pergerakan kumpulan lain dan perjalanan proses P&P.

Golongan murid yang ketiga ialah murid-murid yang tidak berminat untuk mengikuti aktiviti

P&P atau menjalankan eksperimen. Murid-murid ini tidak mahu melibatkan diri dan lebih gemar

untuk membuat kerja mereka sendiri seperti menconteng buku atau bercakap dengan murid

lain. ini akan menyebabkan objektif pengajaran pada proses P&P itu tidak tercapai.

Dan yang terakhir sekali adalah golongan murid yang keempat, iaitu murid-murid yang tidak

mahu bekerja di dalam kumpulan. Pada kebiasaannya murid ini akan mendominasi proses

perlaksanaan eksperimen dan tidak memberi murid-murid lain peluang untuk melaksanakannya

Page 2: Apakah Cabaran Yang Paling Ingin Anda Selesaikan Dalam Konteks P

dan jika mereka memberi peluang kepada murid lain, mereka akan mengatakan bahawa

perbuatan murid lain itu salah dan mereka akan mengulang proses itu sekali lagi.

Kehadiran keempat-empat golongan murid ini di dalam sesi menjalankan eksperimen,

menyukarkan saya dalam menjalankan tugasan saya untuk mencapai objektif. Oleh itu, saya

menganggapnya sebagai cabaran paling besar di dalam proses P&P sains.

Punca kepada cabaran ini sudah tentulah berasal dari diri saya sendiri, apabila saya

membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran saya, saya mendapati terdapat pelbagai

kelemahan yang tidak dapat saya lihat semasa saya merancang proses P&P tersebut. Di antara

kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah, saya tidak membuat persediaan yang

secukupnya untuk menjalankan eksperimen, saya juga tidak mencuba eksperimen itu dahulu

untuk menguji sama ada eksperimen itu berjaya atau tidak. Selain itu saya mempunyai

kelemahan dalam keprihatinan kepada murid-murid. Saya tidak mampu untuk memerhatikan

keseluruhan murid sama ada mereka dapat mengikuti proses P&P ataupun tidak. Saya juga

mudah untuk hilang kawalan di dalam kelas apabila keempat-empat golongan ini muncul

semasa sesi eksperimen.