Apakah Itu KSSR

download Apakah Itu KSSR

of 20

Transcript of Apakah Itu KSSR

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    1/20

    Apakah Itu KSSR?

    KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun

    semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi

    cabaran abad ke-21.

    Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi

    persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa

    Inggeris.

    KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran

    yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

    Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh

    lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai,

    manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan

    pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

    Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkanKementerian Pelajaran.

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    2/20

    Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

    KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap

    dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta

    Keterampilan Diri.

    KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat

    dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis,

    Mengira dan Menaakul).

    KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan

    Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan

    Mengira)

    Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

    Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua

    disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan

    kurikulum lebih berkesan.

    Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

    Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi

    dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan

    dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

    Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan

    Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

    Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.

    Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P

    bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral

    speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.

    Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

    KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan

    KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    3/20

    web di KPM seperti berikut:http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan

    KSSR di nombor telefon 03-88842283.

    S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

    J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P

    seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku

    panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

    S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

    J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata

    pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan

    Kesihatan.

    http://www.moe.gov.my/bpk/http://www.moe.gov.my/bpk/
  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    4/20

    Definisi Dan Konsep Kurikulum.

    Di sini saya ingin kongsikan anda tentang salah satu topik/tajuk di bawah kursus Perkembangan

    Pendidikan Di Malaysia di bawah Program Persiswazahan Guru (PPG 2011) iaitu Defenisi Dan

    Konsep Kurikulum. Saya berharap apabila saya menyiarkan tentang perkongsian maklumat ini

    akan makin memudahkan pencarian anda di luar sana bagi mendapatkan maklumat berkaitan

    dengannya.

    ABSTRAK

    Tugasan yang dijalankan bertujuan mengetahui Rekabentuk Kurikulum di Malaysia.

    Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen

    utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan

    penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi. Definisi kurikulum

    juga dapat dijelaskan didalam tugasan ini. Kurikulum menurut Kementerian Pelajaran Malaysia

    bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi

    pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala

    ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan

    maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Tugasan ini juga menyatakan latar

    belakang kurikulum kebangsaan, kurikulum pra sekolah dan kurikulum sekolah rendah.

    PENGENALAN

    Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi

    tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu

    yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi

    melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta

    mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

    Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah

    tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    5/20

    asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi

    perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

    Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang

    dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu

    rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur

    kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum

    kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing

    (Akta Pendidikan 1996).

    Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum

    pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap

    individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik

    dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

    REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

    1.1. MAKSUD REKABENTUK KURIKULUM

    Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen

    utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan

    penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

    Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak

    (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah

    Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing.

    Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan

    pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata

    pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar

    pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi

    tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan

    untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat

    kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    6/20

    1.2. MAKSUD KURIKULUM

    1.2.1. Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh

    sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlmat pendidikan. Ia adalah suatu

    rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur

    kebudayaan dan kepercayaan maysarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.

    1.2.2. Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan

    seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu

    melalui Kementerian Pendidikan. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

    1.2.3. Kurikulum berasal daripada perkataan Latin currere maksud race course atau

    laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggeris bermaksud jelmaan.

    1.2.4. Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.

    1.2.5. Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di

    sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

    1.3. KONSEP KURIKULUM

    Dokumentasi khas dan panduan.

    Tumpuan kepada kaedah penyampaian.

    Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran

    Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.

    Konsep yang tersirat.

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    7/20

    1.4. MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM

    Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.

    Penyampaian maklumat ikut peringkat.

    Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa.

    Membina modal insan abad ke 21.

    Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)

    Kurikulum yang samaideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.

    Melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

    1.5. FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

    Idealisme

    Ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir.

    Realisme

    Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat

    Paramatisme

    Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.

    Perianelisme

    Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.

    Essentialisme

    Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran

    Progressivesme

    Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    8/20

    Rekonstrutionalisme

    Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu

    Eksistentialisme

    Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

    1.6. PRINSIP PENYUSUNAN KURIKULUM DI MALAYSIA

    Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan

    sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam menangani

    cabaran semasa dan masa depan.

    Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana

    Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan

    Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: Pembangunan Modal Insan, Kedua:

    Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran

    dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan

    ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

    Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan

    kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan. Kurikulum yang dibentuk seharusnya

    sempurna dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa

    yang dirancangkan itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga

    dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari aspek intelektual, jasmani, rohani dan sosial.

    Pembentukan potensi pelajar yang positif akan meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari

    pelbagai sudut. Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga

    penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.

    Dalam mencapai matlamat pendidikan seperti ini, kandungan kurikulum dapat

    dibahagikan kepada dua bahagian pertama: sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    9/20

    serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kedua: Aktiviti kokurikulum seperti sukan,

    permainan, kelab dan unit beruniform.

    Justeru itu, kurikulum sekolah yang ideal ialah kurikulum yang dapat memupuk

    persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak-

    hak individu dan kedaulatan Negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah

    penyelesaian konflik Negara dan global. Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan taraf

    kerohanian, maruah, pandangn dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna.

    1.8. HALA TUJU KURIKULUM

    1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan

    1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan

    1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan

    1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development

    1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan

    1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan

    1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah

    1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai

    1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa

    1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain

    1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1

    1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah

    1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah

    1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah

    rendah

    1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1

    1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah

    rendah

    1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.

    Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di

    Tahun 5 dan 6 sekolah rendah

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    10/20

    1.9. TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA

    Malaysia adalah sebuah Negara yang sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum

    sejajar dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan arah aliran perkembangan

    pendidikan tempatan dan antarabangsa.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud tarnsformasi sebagai perubahan

    bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia membawa maksud

    proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic berdasarkan kurikulum

    persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek

    asas kurikulum : struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran , bahan

    kurikulum dan pengurusan sekolah.

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan

    seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

    diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    negara (1988Falsafah Pendidikan Negara)

    Sebarang perubahan kurikulum dilakukan bertujuan memenuhi kehendak dan matlamat

    pembangunan manusia dan Negara.

    1.10. KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

    Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan

    kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prersekolahan dan pembelajaran yang

    berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan merekadengan kemahiran,

    keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai

    persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

    Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar

    belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak

    serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang

    untuk belajar dalam kelas biasa atau

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    11/20

    kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Program pendidikan prasekolah

    hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang

    pemikiran,membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan

    ke arah penyuburan potensi yang

    optimum.

    Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-

    kanak secara menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibeldan

    suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu,

    perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada

    kanakkanak.Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas

    untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan,

    semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri

    murid akan menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

    Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan berlandaskan prinsip

    Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan

    negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan

    falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak,psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta

    trend pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep

    e-pembelajaran.

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    12/20

    1.11. LATAR BELAKANG KURIKULUM PRA SEKOLAH

    1.12. PEMBENTUKAN KBSR

    KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957),

    Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet

    (1979).

    KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu

    kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran

    dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang

    perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta

    kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

    Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

    dalam Laporan (1979) menyatakan, Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah

    tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan

    http://2.bp.blogspot.com/-fIZo11PQZR0/TlX_SBFC3tI/AAAAAAAAALw/7BnkCP9TtTY/s1600/kssr4.jpg
  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    13/20

    penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan

    peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan

    jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran

    melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan

    pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan

    masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

    1.13. PEMBENTUKAN KBSM

    KBSM ini juga dibentuk berlandaskan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam Perakuan

    58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan adalah diperakukan bahawa kurikulum

    peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan daripada kurikulum sekolah

    rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum

    yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra vokasional (Laporan Jawatankuasa

    Kabinet,1979).

    1.14. LATAR BELAKANG KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    14/20

    1.15. KURIKULUM BERASASKAN STANDARD (KSSR)

    Latar Belakang

    1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO

    2006menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

    Pembangunan modal insan

    Penghasilan pelajar celik minda

    Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

    Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

    2.

    Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

    Dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta

    menghayati nilai-nilai murni.

    Matlamat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu

    pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

    http://2.bp.blogspot.com/-T8-ESiwpEQo/TlX-1e9JYKI/AAAAAAAAALs/1IFxtPsUyYQ/s1600/kssr3.jpg
  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    15/20

    3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang

    holistik dan sentiasa releven bagi melahirkanmodal insan yang seimbang yang dapat menangani

    cabaran semasa dan masa depan.

    KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

    Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

    Berasaskan Prinsip KBSR:

    - Pendekatan bersepadu

    - Perkembangan individu secara menyeluruh

    - Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

    - Pendidikan seumur hidup

    Proses Transformasi Kurikulum KSSR

    Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada

    yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

    pentaksiran, bahan danpengurusan kurikulum di sekolah.

    http://4.bp.blogspot.com/-Zz2WVf0iqNU/TlX-ajx0w1I/AAAAAAAAALo/gWPb-AnL3VA/s1600/kssr2.jpg
  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    16/20

    KSPK dan KSSR digubal berasakan standard kandungan dan standard pembelajaran.

    Contoh standard kandungan berdasarkan mata pelajaran, iaitu :

    Bahasa MelayuMendengar sengan penuh perhatian.

    English LanguageAble to form letters and words in clear legible print including cursive

    writing

    MathematicsCount objects in a given set and write the corresponding numeral.

    Contoh standard pembelajaran berdasarkan mata pelajaran, iaitu :

    Bahasa MalaysiaMendengar pertuturan yang mudah

    English LanguageCoordinate hand-eye movement.

    - Trace letters of the alphabet

    MathematicsCount up to 100 objects, using the correct counting sequence to tell how many

    objects are in a set.

    KESIMPULAN

    Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.

    Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi

    melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan

    matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak

    http://3.bp.blogspot.com/-kI4nM-P6kPo/TlX917FOUaI/AAAAAAAAALk/dFngnMx07Yc/s1600/kssr1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-59CAQu6_mlU/TlX9y66J8HI/AAAAAAAAALg/MO9O4nlGJso/s1600/kssr.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-kI4nM-P6kPo/TlX917FOUaI/AAAAAAAAALk/dFngnMx07Yc/s1600/kssr1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-59CAQu6_mlU/TlX9y66J8HI/AAAAAAAAALg/MO9O4nlGJso/s1600/kssr.jpg
  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    17/20

    kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana

    terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini.

    Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang

    tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan

    kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu

    memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan

    proses pembelajaran kanak-kanak.

    Pihak kerajaan telah memainkan peranan dimana wujudnya Kurikulum PERMATA

    mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau

    Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun

    mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan

    kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi

    dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum,

    kaedah pengasuhan secara holistik, panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan

    kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga

    serta masyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokus dan

    terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut.

    Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan

    yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Perkara ini perlu diberi

    perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa

    menjadi bualan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    JenisJenis Kurikulum

    Berlandaskan teori dan matlamat kurikulum maka wujudlah pelbagai jenis kurikulum dari

    semasa ke semasa mengikut perubahan keperluan pendidikan negara. Jenis jenis kurikulum

    antaranya ialah Kurikulum Ideal, Kurikulum Rasmi, Kurikulum Formal, Kurikulum Operasi,

    Kokurikulum, Kurikulum Teras, Kurikulum Integrasi dan Kurikulum Aktiviti.

    Kurikulum Ideal

    Kurikulum ideal ialah kurikulum yang digubal dan dibentuk berlandaskan pedagogi, psikologi

    dan teori kurikulum.Kurikulum Ideal mengandungi unsur unsur utama yang terdapat dalam

    falsafah dan matlamat pendidikan Negara, kehendak dan aspirasi masyarakat. Komponen

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    18/20

    komponen yang terdapat dalam kurikulum ideal antaranya ialah Matlamat dan Tujuan

    Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan Huraiannya, Bahan Bahan Pelajaran termasuk Buku

    Panduan Guru, Sistem Pelaksanaan dan Penilaian Kurikulum. Kurikulum idea dibentuk oleh

    pakar kurikulum dengan merujuk kepada pandangan pandangan orang yang terlibat dalam

    sistem pendidikan persekolahan termasuk ahliahli pendidikan tinggi.

    Kurikulum Rasmi

    Di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertanggungjawab mengubal dan

    membentuk kurikulum rasmi bagi sekolah rendah dan sekolah menengah seperti KBSR dan

    KBSM. Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan

    mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan dalam setiap peringkat

    persekolahan kebangsaan.

    Kurikulum Formal

    Kurikulum formal adalah berlandaskan matlamat pendidikan negara dan mengandungi segala isi

    pengajaran dan pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah, termasuk aktiviti aktiviti

    kokurikulum yang merujuk kepada aktiviti aktiviti persatuan, kelab, permainan dan unit

    beruniform. Kurikulum formal merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan melalui

    kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. Penggubalan kurikulum ini adalah diuruskan oleh

    pihak Kementerian Pendidikan Negara.

    Kurikulum Operasi

    Kurikulum operasi adalah merujuk kepada ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru,

    mengikut jadual waktu sekolah dan sukatan pelajaran yang terkandung dalam kurikulum rasmi

    atau kurikulum formal.

    Kokurikulum

    Kokurikulum dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan pada waktu lapang atau

    aktiviti kelas tambahan. Aktivitiaktiviti kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal

    yang merangkumi aktivitiaktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan serta unit beruniform

    yang dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum tidak termasuk dalam jadual waktu

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    19/20

    mata pelajaran di sekolah. Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar sukatan pelajaran dan

    disertai oleh pelajar mengikut kepandaian dan minat mereka. Kokurikulum adalah

    bertujuan bagi mengembangkan keperluan intelek, kebolehan dan bakat, meluaskan ilmu

    pengetahuan, meningkatkan kesihatan, meningkatkan kemahiran pemikiran dan memupuk nilai-

    nilai murni di kalangan pelajar.

    Kurikulum Teras

    Kurikulum teras dibentuk berlandaskan kurikulum roda yang mula digunakan pada awal abad

    ke-20. Pembentukan kurikulum ini ialah menggabungjalinkan satu demi satu tema agar menjadi

    perhubungan baru di antara mata pelajaran. Kurikulum teras mengutamakan perkembangan

    individu dan keperluan masyarakat. Masa pengajaran diperuntukkan kira kira 40% bagi

    mengajar mata pelajaran teras manakala masa yang lain adalah digunakan bagi mengajar mata

    pelajaran pilihan. Oleh itu, setiap pelajar wajib mengambil pelajaran teras seperti Bahasa

    Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Sejarah.

    Kurikulum Integrasi

    Kurikulum Integrasi ialah kurikulum penyerapan atau kurikulum mata pelajaran gabungan.

    Kurikulum ini menggabungkan beberapa mata pelajaran yang berkaitan dan menghasilkan mata

    pelajaran baru. Contohnya mata pelajaran Kajian Tempatan dalam KBSR adalah merangkumi

    unsur unsur sejarah, geografi dan kewarganegaraan.Mata pelajaran Sains KBSM pula

    merangkumi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

    Kurikulum Aktiviti

    Kurikulum aktiviti pula dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau kurikulum berpusatan

    pelajar kerana kurikulum aktiviti adalah dirancang dan dibentuk berlandaskan minat dan

    keperluan. Ciriciri kurikulum aktiviti ialah:

    (a) Aktiviti digunakan sebagai pusat kurikulum. Isi pelajaran dihadkan kepada pengalaman

    harian pelajar memerlukan pelajar belajar melalui kaedah praktik iaitu belajar daripada

    kehidupan seharian dan pengalaman diri sendiri.

  • 8/10/2019 Apakah Itu KSSR

    20/20

    (b) Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan minat dan keperluan pelajar serta

    mengikut perbezaan individu.

    (c) Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk sintesis sebagai tugasan dan aktiviti.