Perancangan Pertumbuhan Wang · Kerja apakah yang anda akan lakukan? Berapakah pendapatan kerjaya...

6
Dibawa kepada anda oleh Simpanan Untuk Kejayaan: Perancangan Pertumbuhan Wang

Transcript of Perancangan Pertumbuhan Wang · Kerja apakah yang anda akan lakukan? Berapakah pendapatan kerjaya...

Dibawa kepada anda oleh

Simpanan Untuk Kejayaan:Perancangan Pertumbuhan Wang

Aktiviti ini Menjawab Soalan...

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENYIMPAN UNTUK MENJADIKAN IMPIAN SAYA UNTUK MASA DEPAN SATU KENYATAAN?

Kenapa ia penting?Secara semula jadinya, kanak-kanak hidup di dalam saat itu. Ia agak sukar bagi mereka untuk mempunyai perspektif mengenai kehidupan yang termasuk minggu depan, bulan depan, tahun depan, lima tahun akan datang… apatah lagi 10-15 tahun dari sekarang. Walau bagaimanapun, berlatih pemikiran seperti ini, terutamanya berkaitan dengan wang, ia adalah penting dan akan menjimatkan banyak tekanan dan kekecewaan di masa akan datang. Anak-anak perlu mula berfikir mengenai cara mereka mahu hidup, impian mereka untuk bagaimana kehidupan mereka, apa yang mereka mahu lakukan bila mereka sudah 'besar' dan apa yang mereka perlu lakukan untuk mencapainya.

Apa saja impian mereka, ia adalah untuk masa depan, satu-satunya cra untuk mencapai impian itu adalah dengan MENYIMPAN!

HALAMAN 2

Video Muzik: Kisah Simpanan untuk Kejayaan HALAMAN 3

PRUDENCE DAN ZUL berada di bank. Prudence sedang berbaris untuk menyimpan sedikit wang ke dalam akaun dia. Zul bertanya kenapa dia melaku-kannya. Dia menerangkan dia menyimpan 10% daripada semua yang dia dapat dan memasukkan wang itu ke dalam akaun bank di mana ia akan bertambah kerana sesuatu yang dipanggil faedah. Zul kagum yang dia telah berjaya mengumpul banyak wang. Sekarang dia berminat!

Prudence menerangkan yang menyimpan adalah tabiat yang bagus untuk diamalkan dan kerana dia menyim-pan, dia dalam perjalanan untuk memenuhi impian dia. Setiap rakan membayangkan impian mereka: Prudence ingin mengembara, Bobby tamat belajar dari kolej, Zul membeli kereta hebat dan berlumba dengannya, Pepper membeli rumah besar dan hidup dengan mewah, Charity membelanjakan wang dia untuk menderma kepada yang bernasib malang,

dan Justin perniagaan dia sendiri. Bila mereka sedar mereka terbawa-bawa dengan mimpi mereka, mereka pulang ke realiti dan sedar satu-satunya cara untuk mencapai impian itu adalah dengan MENYIMPAN! Mereka semua bergegas ke juruwang bank untuk membuka akaun dan mula menyimpan.

Simpan Wang Syiling:Mulakan aktiviti ini dengan menon-ton video muzik. Kemudian tanya soalan dan bincangkan dengan anak anda:

Apakah impian kamu di masa depan?

Kamu rasa kamu mahu tinggal di mana? Di bandar? Di desa?

Rumah jenis apa yang kamu mahu miliki?

Apakah barang yang kamu mahu milik?

Apa yang kamu mahu buat bila kamu sudah dewasa?

Pertama, tentukan berapa ramai ahli keluarga yang akan turut serta dan sama ada anda semua akan mengumpulkan wang anda bersama dalam satu jumlah atau sama ada anda akan membandingkan siapa yang simpan paling banyak.Seterusnya, tetapkan rangka masa: Adakah anda akan 'Simpan Wang Syiling' untuk satu hari, satu minggu atau satu bulan?Cabaran: Banyakkan wang tunai! Cuba beli menggunakan wang tunai untuk tempoh masa yang ditetapkan untuk cabaran ini. Setiap kali ahli keluarga yang terlibat menggunakan wang, mereka hanya dibenarkan menggunakan wang kertas. Duit syiling yang diberikan untuk transaksi akan disimpan dan dimasukkan ke dalam kotak wang anda. Jangan gunakan LANGSUNG duit syiling sepanjang minggu - hanya wang kertas!Semak Kemajuan Anda: Pada hujung minggu, kira wang di dalam kotak wang. Berapa banyak wang yang telah disimpan? Buka akaun bank dan simpan wang di dalam bank. Jika sudah ada akaun bank, teruskan ke bank dan SIMPAN!

Sekarang anda sudah meluangkan masa 'simpan wang syiling' bersama, jawab soalan berikut:

Berapakah kos impian anda?Bagaimanakah anda akan mendapat

wang untuk mencapainya?Kerja apakah yang anda akan lakukan?

Berapakah pendapatan kerjaya itu? Adakah pendapatan itu mencukupi untuk merealisasikan impian anda?

Adakah anda memerlukan ijazah untuk berada di dalam kerjaya itu? Berapakah kosnya?

Jika wang yang diperlukan lebih daripada wang diperolehi untuk menca-pai impian anda, tanya, "Bagaimana anda akan mencapai impian anda?"

Jawapannya sudah tentu, SIMPAN! Untuk mengenakan pembelajaran lebih lanjut, minta anak-anak anda untuk melukis poster Simpanan untuk Kejayaan mereka sendiri (lihat Halaman 5).

• •

1.

2.

3.

4.

PERBINCANGAN CIPTA KAJI SEMULA

HALAMAN 4

Bekalan Aktiviti: Kertas, Gunting, Gam dan Krayon atau Pen Marker

Aktiviti Bersama

Poster Simpanan untuk Kejayaan Anda HALAMAN 5

Apakah impian anda? Lukis poster impian anda sendiri seperti yang dilakukan oleh kumpulan Cha-Ching dan mula menyimpan untuk kejayaan!

Seperti yang dilihat di

www.Cha-Ching.com

Kami ingin mendengar maklum balas anda. Lawati laman web kami dan beritahu kami mengenai pengalaman anda dengan aktiviti ini dan/atau apa yang anda dan anak anda pelajari dengan melakukan aktiviti ini.

© 2011 Prudential Corporation Asia. Hak cipta terpelihara.

Dibawakan kepada anda oleh