Apakah Perpaduan?

10
Apakah perpaduan?

Transcript of Apakah Perpaduan?

Page 1: Apakah Perpaduan?

Apakah perpaduan?

Page 2: Apakah Perpaduan?

Perpaduan dapat diertikan sebagai suatu proses untuk mewujudkan identiti nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan terpisah dari aspek kebudayaan,sosial, dan penempatan dalam sesebuah negara.Negara kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat melalui kesedaran dan tindakan-tindakan kerajaan yang serius serta perlunya sokongan yang padu daripada rakyat.

Konsep Perpaduan

Page 3: Apakah Perpaduan?

Terdapat beberapa prinsip yang perlu diutamakan dalam mencapaiPerpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum antaranya:

•Penghayatan dan amalan prinsip Rukun Negara oleh setiap rakyat•Menyemai dan memupuk semangat saling membantu dan sikap toleransi antara kaum•Pelaksanaan dasar kerajaan dan rancangan pembangunan negara dijalankan dengan berkesan•Meminimumkan karenah birokrasi dalam memberikan pendidikan kepada rakyat•Menggalakkan kerjasama rakyat daripada pelbagai kaum untuk membantu dalam mencapai matlamat negara.

Prinsip Perpaduan

Page 4: Apakah Perpaduan?

Perpaduan Ekonomi

Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan memberikan manfaat kepada semua rakyat .Rakyat akan bersama-sama menikmati faedah keadaan ekonomi yang memberangsangkan.Kerajaan akan menentukan segenap lapisan masyarakat mendapat bahagian daripada sumber ekonomi negara.

Perpaduan wilayah atau negeri

Keseimbangan pembangunan dan sosioekonomi antara negeri dititikberatkan.Tidak campur tangan dalam hal-hal negeri kecuali diminta.Kerajaan perlu memajukan negeri kurang maju agar tiada jurang antara negeri maju dengan negeri kurang maju.

Konsep Perpaduan Negara

Page 5: Apakah Perpaduan?

Perpaduan politik

Kerajaan Barisan Nasional wujud disebabkan adanya perpaduan dan persefahaman antara beberapa parti politik yang sanggup berkorban demi kemajuan negara.Persefahaman ini menjadi contoh terbaik kepada rakyat dalam usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui usaha ,kerjasama ,tolak ansur serta pembahagian kuasa politik.

Perpaduan pendidikan

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan sempurna.Pendidikan juga melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berbudi pekerti.Akta Pelajaran 1961,memperuntukkan hak pendidikan kepada semua rakyat

Perpaduan cara hidup

Meliputi cara hidup yang mencakupi kepercayaan,bahasa,agama,ekonomi,dan politik.Dasar kebudayaan Kebangsaan digubal bagi mencapai perpaduan melalui program sosial.

Page 6: Apakah Perpaduan?

Berlainan agama

Agama yang berlainan akan mewujudkan kepercayaan yang berlainan juga.Secara umumnya,orang Melayu beragama Islam,Orang India beragama Hindu,dan orang Cina beragama Buddha,Kung Fu-tze.Kepercayaan yang berbeza menimbulkan masalah kerana pantang larang,adat,dan amalan yang saling bercanggahan.Kerajaan terpaksa mengamalkan dasar yang proaktif demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling menghormati kepercayaan dan agama kaum lain.

Masalah komposisi penduduk dan penempatan

Lokasi dan penempatan yang berbeze menyebabkan kaum-kaum di negara ini tidak dapat berkomunikasi dengan baik.Orang Melayu lebih gemar tinggal di kampung-kampung manakala orang Cina lebih suka mendiami kawasan bandar.Orang India kebanyakkan tinggal di kawasan estet yang kurang kemudahan asas.

Kekangan Mencapai Perpaduan

Page 7: Apakah Perpaduan?

Pengaruh keadaan politik negara

Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat dalam negara menyukarkan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan.Terdapat ideologi atau fahaman politik yang berlainan telah memberikan kesan sampingan dan menjurus kepada masalah pengasingan hubungan antara kaum.

Terdapat akhbar pelbagai bahasa

Terdapat akhbar yang diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu kaum mampu menimbulkan syak wasangka kaum lain.Setiap akhbar sesuatu kaum akan memaparkan berita,budaya dan apa-apa jua perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok mereka dengan menggunakan huruf atau bahasa yang tidak difahami oleh kaum lain.Akhbar-akhbar begini tidak mampu membantu kerajaan dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara.

Page 8: Apakah Perpaduan?

Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak

Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar.Aktiviti perdagangan dalam dan luar negara dijalankan dengan baik untuk membangunkan negara

Hubungan mesra keluarga dan semangat muhibah terjalin

Hubungan sesama ahli keluarga dan kaum lain akan terjalin dengan baik.Semangat muhibah akan terjalin dengan baik.Semangat muhibah akan bertambah erat dengan amalan berkunjung ke rumah terbuka apabila sesuatu perayaan disambut.

Negara dapat ditadbir dengan baik

Terdapat pelbagai kaum yang memimpin negara akan mewujudkan perasaan perkongsian yang bermakna kepada kesejahteraan negara.Saling mempercayai antara kaum akan menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik.

Implikasi Perpaduan

Page 9: Apakah Perpaduan?

Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari

Rakyat beruntungan kerana dapat mempelajari pelbagai warisan,budaya,dan adat resam kaum lain.Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh negara akan menjadi kebanggaan rakyat untuk diperkenalkan kepada masyarakat luar.

Semangat Patriotik

Perpaduan yang baik akan membuahkan semangat patriotik yang tinggi di kalangan rakyat berbilang kaum.Rakyat akan sentiasa sepakat dengan pihak pemerintah dalam menentukan arah tuju negara.Negara kana lebih kukuh dan ancaman luar dapat ditangkis dengan terbinanya rakyat yang bersatu padu.

Page 10: Apakah Perpaduan?