Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk...

download Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21

of 10

Transcript of Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk...

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    1/10

    Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai

    hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21

    (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

    Sistem pendidikan di Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi individu pelajar secara bersepadu

    bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

    Seiring dengan keperluan dan kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan, penekanan

    yang berterusan harus diutamakan bagi mewujudkan guru yang berkualiti,

    berketrampilan, berhemah tinggi dan berdaya maju. Kesediaan guru memahami,

    menerima dan melaksanakan perubahan yang berlaku dalam senario pendidikan masakini adalah prasyarat utama ke arah kecemerlangan profesionalisme perguruan. Guru

    berkualiti sentiasa berusaha menjana pelbagai aktiviti yang sesuai dan seiring dengan

    tahap perkembangan minda pelajar. Kesemua elemen positif ini perlu dijalin secara

    bijaksana bagi memperkasa dunia pendidikan yang penuh dengan cabaran.

    Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untukmenjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti

    profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada

    perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran,

    dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan

    imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam

    hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan

    kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajardengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati

    akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    2/10

    Guru pada masa kini berperanan lebih kompleks dan mencabar. Guru

    dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan abad ke-21

    yang bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi

    bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk

    tindakan. Justeru seseorang guru disamping memiliki kemahiran-kemahiran pedagogi,

    perlu melengkapkan diri dengan perkembangan terkini ICT. Dunia pendidikan pada

    hari ini tidak dapat membebaskan diri daripada penguasaan dalam bidang ICT dan

    tiada siapa dapat menafikan kepentingan kemahiran ICT dalam melahirkan pelajar

    yang berupaya menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif.

    Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bidang pendidikan dan

    pembangunan sumber manusia amat penting. Strategi ini telah membuka luas segala

    pendekatan, saluran dan kemungkinan untuk mempengaruhi proses pembelajaran.

    Namun demikian, dari satu segi, para pendidik memerlukan dan mengharapkan

    pelajar-pelajar mereka masa kini mempelajari serta menguasai kemahiran-kemahiran

    generik yang diperlukan supaya mereka mempunyai tahap literasi komputer yang

    tinggi. Dari satu segi yang lain, mereka juga ingin melihat pendidikan melalui

    teknologi komputer menjadi sebahagian atau sepenuhnya bersepadu dalam

    pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor pengalaman pelajar.

    Perlu ditegaskan bahawa dalam persekitaran budaya berpengetahuan dan

    berkomunikasi yang meningkat ditahap global melepasi sempadan-sempadan negara

    dan local, ICT merupakan unsur penting yang tidak boleh diketepikan oleh sektor

    pendidikan di mana-mana negara dalam era pendidikan abad ke-21. Pelajar-pelajar

    dalam sistem pendidikan yang dapat menguasai penggunaan teknologi maklumat dan

    komunikasi akan mempunyai kelebihan yang lebih jauh daripada mereka yang tidak

    mempunyai kemahiran-kemahiran berkenaan. Justeru itu juga Negara dan masyarakat

    yang dapat menguasainya, sama ada dalam penggunaan untuk aktiviti pengeluaran

    mahupun dalam aspek penggunaan dalam aktiviti perkhidmatan secara bijak dan

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    3/10

    berkemahiran tinggi akan terkehadapan untuk menghadapi cabaran globalisasi yang

    berasakan pengetahuan dan ilmu pada abad akan datang.

    Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai pengupaya kepada proses pengajarandan pembelajaran serta pengurusan pendidikan tetapi ia memerlukan penguasaan

    beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan

    kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna yang lebih lengkap terhadap

    penggunaannya. Oleh yang demikian, para pendidik perlu memperlengkapkan diri

    dengan kemahiran-kemahiran tersebut dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam

    pendidikan.

    Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang

    bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini

    tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan

    pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh

    membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran

    teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media

    pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh dari media lain sebelumini.

    Tugas guru sebagai penyedia bahan-bahan proses pengajaran dan

    pembelajaran, manakala multimedia interaktif dan peranan ICT adalah untuk

    meningkatkan keberkesanan persembahan pengajaran dan pembelajaran dan

    meningkatkan minat para pelajar untuk menggunakan multimedia. Guru-guru harusmelihat peranan mereka dalam mengimplementasikan ICT bukan hanya sebagai

    penyampai maklumat dalam bentuk multimedia tetapi juga menurunkan kuasa kepada

    murid-murid untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sendiri

    dan meneroka maklumat dengan menggunakan ICT.

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    4/10

    Untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu ada inisiatif sendiri

    untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesandalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan

    mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan

    pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih

    berkualiti lagi.

    Profesion perguruan dialaf baru haruslah mampu menguasai danmenggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

    pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu

    bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek

    pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan

    generasi muda yang berfikiran kriitis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani

    dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh

    pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah

    pendidikan Negara.

    Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di

    sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya andaditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akananda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersediauntuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yangada di sekolah?

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    5/10

    Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari (smart school)merupakan salah satu bukti bahawa kerajaan turut berusaha untukmemperhebatkan lagi penggunaan ICT (Information andCommunication Technologies) dalam bidang pendidikan.Sebagaimana yang telah dirancangkan, proses pengajaran danpembelajaran di sekolah bestari menggunakan teknologimultimedia sebagai medium utama pemyampaiannya. Ini sekaligusmengiktiraf multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM).Sekolah Bestari merupakan platform terbaik untuk melahirkangenerasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif.Namun apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestariadalah untuk memupuk generasi muda supaya tidak mengadaptasisistem pembelajaran menghafal, sebaliknya berfikiran kreatif dankritis bagi menghadapi dunia yang kian berkembang.

    Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan dan halangandalam pelaksanaan ICT disekolah Bestari. Kebanyakan sekolahtersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawabuntuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasaranasekolah. Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalambidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah sekolahbestari. Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiranperlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikanpenggunaan ICT berjalan dengan baik dan berkesan.

    Di samping itu, didapati masih ramai guru yang tidak pasti akan

    keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran.Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap perlubelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalamICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan ICT dalampengajaran bukan berlaku secara automatik. Pengetahuan dankemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    6/10

    kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guruuntuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhituntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICTdalam pengajaran.

    Antara langkah-langkah yang akan perlu dilakukan untukmembantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakanICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah adalahseperti:-

    1. Menganjurkan bengkel ICT

    Permasalahan yang kerap kali didengari bagi guru-guru tidakmenggunakan ICT di sekolah adalah kerana mereka belumbersedia. Ini berikutan kelemahan guru dalam penguasaanpedagogi dan penggunaan ICT sebagai satu dimensi baru dalampengajaran pembelajaran bagi mencorakkan kualiti budaya belajaryang lebih bermakna. Oleh kerana bidang ICT adalah bidang yangsangat pesat berkembang, input tentang teknologi baru yang

    mempengaruhi cara penggunaan ICT untuk pengajaran danpembelajaran hendaklah diperkenalkan dari semasa ke semasa.Guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untukmenggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Satu carayang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaanICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus ICT kepadaguru. Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akanberupaya meningkatkan efikasi guru dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    2. Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dalanpembelajaran

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    7/10

    Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kirausaha untuk membudayakan ICT dalam kalangan guru, murid sertapengurus pendidikan. Pembudayaan ICT ini perlu dilihat berlakudalam bentuk pelbagai aktiviti yang berhubung denganpenggunaan ICT. Penerapan penggunaan aplikasi ICT melaluiperkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan SekolahBestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yangdisasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan jugaaktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi danperkakasan ICT. Secara tidak langsung, budaya memperkasakanICT dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guru-guru sekaligus kepada masyarakat setempat.

    Pihak pentadbiran sekolah sendiri perlu bertindak sebagaipemimpin perubahan, penyokong kepada perkembangan staf danmenjadi model pengguna ICT yang bijak kepada warga sekolah.Implementasi ICT di sekolah perlu merupakan satu proses yangkompleks dan memerlukan perhatian yang serius dan kerjasamadari semua pihak. Guru perlu digalakkan mengintegrasikan ICTpada setiap kesempatan dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah sementara murid digalakkan menggunakannya untukmenyiapkan tugasan yang diberikan.

    3. Penggunaan ICT secara optimum

    Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kirausaha untuk mengoptimumkan penggunaan ICT dalam kalanganguru, murid serta pihak pentadbir sekolah. Penggunaan ICT secaraoptimum perlu dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti pengajarandan pembelajaran.

    Oleh yang demikian, setiap kemudahan yang disediakan seperti

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    8/10

    komputer bimbit dan kemudahan makmal komputer hendaklahdioptimumkan penggunaannya. Jika sekolah mempunyai guru yangboleh dianggap berkemahiran dalam bidang ini, amat wajarlahpihak sekolah mendapatkan perkhidmatannya untuk melakukanlatihan dalaman agar guru-guru lain akan turut dapat menjayakanhasrat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam melaksanakantugas mereka. Pihak sekolah perlu berusaha menyediakankemudahan ICT yang terbaik untuk guru-guru dan murid-muridagar mereka dapat mengakses maklumat dengan mudah bila-bilamasa dan di mana-mana sahaja.

    4. Kepentingan ICT dan peredaran zaman

    Golongan pendidik harus melihat dari aspek positif mengenaikeperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakangenerasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad ke 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapatmemberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan danmemahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersediauntuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akandatang. Terdapat kemungkinan dimana suatu masa nantipengajaran tradisi yang selama ini hanya menggunakan buku,kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh computerdan teknologi lain yang setara dengannya.

    Penggunaan ICT merupakan satu fenomena yang semakinberkembang dalam aspek kehidupan manusia sama ada secaralangsung ataupun tidak. Dunia pendidikan juga tidak terkecualiturut merasa bahang teknologi ini. Oleh itu, semua pihak yangterlibat dalam bidang pendidikan terutamanya para guru perlubergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebutdalam usaha memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    9/10

    tidak ketinggalan, seterusnya dapat berkembang maju seiringdengan keperluan masyarakat semasa.

    5. Memberi info tentang kelebihan dan kekuatan penggunaan ICT

    Untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara menyeluruh dalamproses pengajaran dan pembelajaran, guru harus diyakinkanbahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaanICT. Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dapat meringankanbeban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajarantradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapurdan papan hitam.

    Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran danpembelajaran, penggunaan komputer adalah menumpu kepadacara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagimewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks isi pelajaran yangpanjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semulamenggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu

    merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar. Soalan-soalan latihan turut dimuatkan selepas pengajaran setiap tajukagar pelajar dapat menilai kefahaman tahap mereka, di sampingmemperkukuhkan pembelajaran. Peranan guru pula masih kekalkerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yangdimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagaibahan bantu mengajar bagi menghasilkan proses pengajaran danpembelajaran yang lebih bermakna.

    6. Perlu inisiatif sendiri untuk pelajari ICT

    Untuk terus kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlumempunyai inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran-

  • 8/7/2019 Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangu

    10/10

    kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan dalampengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru ituakan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubahamalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawaamalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi

    Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahirandan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusanpembelajaran bestari. Antara kemahiran yang perlu dimiliki olehseorang guru ialah dapat membina atau membangunkan perisisanpendidikan bersifat multimedia dan interaktif untuk kegunaan

    pengajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana teknologi multimediamempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri dalammengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran.