APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN...

11
1 APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TANAH MERAH 1.0 PENGENALAN Pejabat Jajahan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah telah dibuka dengan rasminya pada 1 September 1982. Sebelum ini JPS Tanah Merah beroperasi dengan menumpang bangunan JPS Kelantan Barat di Pasir Mas. Gambar 1 : Jabatan Pengairan dan Saliran Tanah Merah JPS Tanah Merah diketuai oleh seorang Jurutera Jajahan (J44) serta dibantu oleh seorang Ketua Penolong Jurutera (J36), seorang Penolong Jurutera (JA29), seorang Pembantu Kemahiran (H22), seorang Pembantu Tadbir (N19), 4 orang Pekerja Awam (H11), 2 orang Pembantu Awam (H11), 2 orang Pekerja Awam (R1 B), 2 orang Pengawal Keselamatan (KP11), dan 2 orang Pembantu Tadbir (sambilan). Alamat Rasmi : Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim. Telefon : 09-9556897 Fax : 09-9554757

Transcript of APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN...

Page 1: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

1

APLIKASI KEY LOCK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TANAH

MERAH

1.0 PENGENALAN

Pejabat Jajahan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah telah dibuka dengan

rasminya pada 1 September 1982. Sebelum ini JPS Tanah Merah beroperasi dengan

menumpang bangunan JPS Kelantan Barat di Pasir Mas.

Gambar 1 : Jabatan Pengairan dan Saliran Tanah Merah

JPS Tanah Merah diketuai oleh seorang Jurutera Jajahan (J44) serta dibantu oleh

seorang Ketua Penolong Jurutera (J36), seorang Penolong Jurutera (JA29), seorang

Pembantu Kemahiran (H22), seorang Pembantu Tadbir (N19), 4 orang Pekerja Awam

(H11), 2 orang Pembantu Awam (H11), 2 orang Pekerja Awam (R1 B), 2 orang

Pengawal Keselamatan (KP11), dan 2 orang Pembantu Tadbir (sambilan).

Alamat Rasmi : Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah,

17500 Tanah Merah,

Kelantan Darul Naim.

Telefon : 09-9556897

Fax : 09-9554757

Page 2: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

2

2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK APLIKASI KEY LOCK

Pintu kawalan air merupakan salah satu komponen utama dalam sistem pengairan yang

disediakan di kawasan bendang-bendang penduduk kampung bagi mengawal

pengagihan air dari taliair ke petak-petak sawah. Pintu kawalan ini biasanya dibuka

semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

mula timbul apabila berlaku perebutan air di antara ketua bendang di mana mereka

membuka (merosakkan) mangga kunci pada bahagian stereng dan mengawal air tanpa

mengikut jadual agihan air yang ditetapkan.Selain itu, kerosakan pintu kawalan air juga

berlaku disebabkan perbuatan vandalisma di kalangan pendududk kampung yang

membuka mangga kunci dan memulas stereng sesuka hati. Masalah kecurian pada

bahagian stereng turut berlaku menyebabkan pintu kawalan air tidak dapat dibuka dan

air tidak dapat dialirkan ke bendang-bendang seperti kebiasaannya Faktor-faktor ini

menjadi punca utama air tidak dapat diagihkan ke bendang dan masalah-masalah lain

kerosakan yang berlaku pada bendang-bendang penduduk kampung.

Gambar 2 : Punca & Kesan Kerosakan Pada Pintu Kawalan

Key Lock merupakan satu alat inovasi yang terhasil daripada penambahbaikan yang

dibuat pada stereng E-Pullas. Ianya merupakan salah satu hasil kreativiti kumpulan

Cekak Mas v.2 dan para petani dalam menjalankan projek khusus untuk menjaga pintu

kawalan air yang sering berlaku kerosakan akibat ancaman vandalisma dan perebutan

air oleh pemilik bendang. Penggunaan Key Lock amat memudahkan kerana ianya boleh

menggunakan satu kunci sahaja untuk semua pintu kawalan air berbanding E-Pullas

yang memerlukan kunci spesifik untuk setiap pintu kawalan air. Alatan ini memberi

Page 3: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

3

faedah jangka panjang kerana ia menjimatkan dari segi kos pembelian kunci dan kos

penyelenggaraan.

Gambar 3 : Prosedur Pemasangan Key Lock

3.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI KEY-LOCK

Gambar 4 : Langkah-Langkah Yang Disenaraikan Sebelum Pembangunan, Uji Cuba Dan

Analisis Prototaip.

Page 4: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

4

Langkah 1 : Taklimat

Taklimat berkenaan dengan pembangunan prototaip diadakan bagi perbincangan rekabentuk, saiz dan kos alatan yang akan digunakan.

Langkah 2 : Pembangunan Prototaip

Gambar 5 : Lakaran Penciptaan Key Lock

Prosedur Pembuatan : 1) Steering berserta spindle dicabut dan

dihantar ke bengkel. 2) Saiz sarung (housing) dan saiz bolt (kunci)

dianggarkan kepada beberapa ukuran sehingga mendapat saiz yang paling sesuai berdasarkan kepada lebar alur bebenang pada spindle.

3) Proses mempaterihousing pada batang spindle dibuat dan bolt (kunci) dimasukkan ke dalam housingmenggunakan Allen Key.

4) Stereng akan cuba diputar bagi memastikan ‘Key Lock’ berfungsi dengan baik.

Spindle dicabut dan Proses mempateri housing Bolt (kunci) dimasukkan dibawa ke bengkel pada batang spindle ke dalam housing menggunakan Allen Key Langkah 3 : Uji Cuba 1 Proses uji cuba pertama kali dibuat di pintu kawalan Bendang Bukit Durian, Tanah Merah pada 4 Januari 2018.Hasil awalan uji cuba mendapati pintu kawalan berfungsi dengan baik namun timbul masalah lain apabila lubang pada bahagian ‘housing’ dimasukkan bendasing seperti batu dan tanah oleh penduduk kampung yang tidak bertanggungjawab. Maka ahli kumpulan membuat cadangan untuk menambahbaik prototaip ‘Key Lock’ .

Page 5: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

5

Langkah 4 : Penambahbaikan Bahagian teknikal kumpulan Cekak Mas v.2 merekabentuk dan menetapkan saiz ‘safety bolt cap’ yang sesuai dan akan dipasang pada bahagian hujung ‘housing’ sebagai penutup bagi mengelakkan bendasing dimasukkan ke dalam ‘housing’.

Spesifikasi safety bolt cap : Lebar hujung : 2.3 cm. Panjang : 2.4 cm

Gambar 6 : Penambahan ‘Safety Bolt Cap’ Pada Housing

Langkah 5 : Uji Cuba 2 Uji cuba seterusnya dilakukan di 10 pintu kawalan air di Skim Padi kawasan daerah Tanah Merah. Uji cuba dilakukan bermula 22 Januari 2018 dan hasil keputusan uji cuba dibuat selepas 3 bulan pengujian dijalankan. Maklumbalas daripada pihak petani dan penduduk kampung berkenaan dengan aplikasi ‘Key Lock’ dibuat menggunakan borang soal selidik dan hasil keputusan dianalisa. Uji cuba juga dibuat di Jabatan Mekanikal dan Elektrikal JPS Panji, Kota Bharu, Kelantanpada 16 Julai 2018. Demonstrasi pemasangan dan penerangan daripada pihak kumpulan Cekak Mas v.2 dibuat selama sejam. Hasil demonstrasi pemasangan ‘Key Lock’ tersebut, pihak Mekanikal berpuas hati dengan fungsi dan kegunaan ‘Key Lock’yang digunapakai pada pintu kawalan air bendang di sekitar jajahan Tanah Merah.

Jadual 1 : Senarai 10 Pintu Kawalan Air

3.1 Analisis Selepas Pengujian Prototaip

Alatan ‘Key Lock’ yang terdiri daripada bolt (kunci) dan Allen Key akan disimpan di dalam satu kotak khas sebagai langkah keselamatan. Satu kotak akan disimpan oleh penyelia pintu kawalan manakala satu kotak lagi akan disimpan di pejabat JPS Tanah Merah bagi tujuan membuka atau menutup pintu kawalan air apabila berlaku kecemasan. Satu manual panduan penggunaan ‘Key Lock’ akan dihasilkan sebagai rujukan kepada kedua-dua pihak. Seterusnya, spesifikasi khusus berkenaan dengan ukuran dan saiz alatan ‘Key Lock’ akan dibuat pendaftaran di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) supaya tidak berlaku salah laku menciplak paten milik Jabatan Pengairan dan Saliran Tanah Merah oleh pihak luar.

Gambar 7 : Sesi Demonstrasi Dan Uji

Cuba

Page 6: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

6

4.0 IMPAK PENCIPTAAN KEY-LOCK

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

Gambar 8 : Penambahbaikan Key-Lock daripada Stereng E-Pullas

4.2 ELEMEN KEBERKESANAN

Faedah Kepada Penyelia Pintu Kawalan : Saiz Yang Senang Dibawa.

Penggunaan ‘Key Lock’ amat memudahkan kerana selain ringan dan senang dibawa, ianya boleh menggunakan satu kunci sahaja untuk semua pintu kawalan air berbanding rantai kunci yang memerlukan kunci spesifik untuk membukanya. Saiz ‘Key Lock’ yang kecil dan boleh diasingkan memudahkan pekerja menggunakannya terutama semasa memasang dan juga dibawa sewaktu penyelenggaraan.Jadual di bawah menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas penggunaan ‘Key Lock’.

Page 7: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

7

Sebelum (E-pullas)

Selepas (Key Lock)

Alatan berat dan proses pemasangan memakan masa.

Alatan yang kecil (ringan) dan mudah dipasang.

Berlakukecurian jejari stereng dan kunci mudah rosak.

Sukar berlaku kecurian kerana kunci ditutup dengan ‘safety bolt cap’

Menggunakan satu mangga kunci untuk satu pintu kawalan.

Menggunakan 1 kunci untuksemua pintu kawalan.

Pintu kawalan masih boleh ditutup menggunakan tangan dengan mencengkam pemegang jejari

stereng.

Pintu kawalan tidak boleh digerakkan menggunakan tangan kerana

dihadang oleh kunci ‘Key Lock’.

Jadual 2 : Perbandingan Aplikasi E-Pullas dengan Aplikasi ‘Key Lock’

Faedah Kepada Petani : Keluasan Bertanam Dan Hasil Padi Bertambah.

Key Lock membawa peningkatan hasil kepada para petani.Sebelum ini, bekalan air ke sawah adalah 45% dan telah meningkat kepada 80%.Hasil pengeluaran juga meningkat dari 2.0 tan/hektar kepada 3.0 tan/hektar.Tanaman pelbagai juga meningkat iaitu dari 1 hektar kepada 2 hektar.

Kenyataan Sebelum Aplikasi ‘Key Lock’

Selepas Aplikasi ‘Key Lock’

Hasil Pengeluaran 2.0 Tan/Ha 3.0 Tan/Ha

Tanaman Pelbagai 1 Ha 2Ha (Sumber : Data Skim Operasi dan Penyelenggaraan JPS Tanah Merah).

Jadual 3 : Data Hasil Padi Sebelum Dan Selepas Aplikasi ‘Key Lock’.

Proses Penanaman Serentak - Prosesmembajak, menanam dan menuai dapat dijalankan serentak, dan tidak lagi berperingkat-peringkat seperti sebelumnya kerana agihan air telah mencukupi dan sama rata.

Kesan Jangka Panjang Dan Lain-Lain Impak Projek

Page 8: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

8

4.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

Faedah Jangka Pendek : Penjimatan Kos Belian Kunci

Penjimatan kepada organisasi dari aspek pembelian kunci mangga :

Kaedah E-Pullas KaedahKey-Lock (Penambahbaikan)

Aplikasi pada 10 Pintu Kawalan Air. Menggunakan 10 mangga kunci berbeza : (1 Set Kunci+1 Mangga)+1 Rantai Besi; = (RM 63.50) + RM 20.00 = RM 83.50 Untuk 10 pintu kawalan ; RM83.50 X 10 pintu = RM835.00

Aplikasi pada 10 Pintu Kawalan Air. Menggunakan 2Set Key Lock : Satu Disimpan diJPS, Satu Disimpan Oleh Penyelia Bendang. 1 Set Key Lock ; (1 Allen Key + 1 Kunci+ 1 T.Spanar) = RM 25.00 2 Set Key Lock; = RM 25.00 X 2 set = RM 50.00untuk 10 pintu kawalan

PENJIMATAN KOS, RM835.00 – RM50.00 = RM 785.00

Jadual 4 : Perbezaan Kos Penggunaan E-Pullas Dengan ‘Key Lock’.

Faedah Jangka Panjang : Mengurangkan Kos Penyelenggaran

Kos penyelenggaran bagi membaiki kerosakan pada pintu kawalan dapat dikurangkan:

Kos Penyelenggaraan (Sebelum)

Kos Penambahbaikan (Key Lock)

Purata kos penyelenggaraan setiap kali berlaku kerosakan = RM425.00 Kekerapan kerosakan pintu kawalan per tahun = 4 kali kekerapan. Maka, kos penyelenggaraan ; = RM425.00 X 4 = RM1, 700.00 (untuk 1 tahun)

Kos mempateri housing pada spindle ; = RM50 untuk satu pintu kawalan. Untuk 10 pintu kawalan ; = RM 50.00 X 10 pintu = RM 500.00 (kegunaan untuk 10 hingga 15 tahun)

Jadual 5 : Kos Penyelenggaraan (E-Pullas) Dan Kos Penambahbaikan.

Faedah Jangka Panjang : Lebihan Masa

Lebihan masa boleh digunakan untuk lain-lain aktiviti seperti mencuci taliair, mengecat pintu kawalan, mengris spindle dan lain-lain lagi.

Page 9: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

9

4.4 ELEMEN RELEVAN

Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan Pengairan Dan Saliran (Define)

Gambar 9 : Kaitan Misi Dan Visi Projek Dengan Fungsi Utama JPS Tanah Merah.

Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pihak Berkepentingan (Define)

Projek Aplikasi ‘Key Lock’ yang dijalankan oleh kumpulan KIK Cekak Mas v.2 adalah bertepatan dengan piagam pelanggan JPS Negeri Kelantan iaitu menyediakan perkhidmatan secara profesional dan berkualiti dalam merancang, merekabentuk, dan melaksanakan program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Dengan terhasilnya Aplikasi ‘Key Lock’ ini, maka sumber air yang diperolehi dapat dialirkan ke bendang-bendang dengan sebaiknya tanpa berlaku pembaziran dan memberi impak terhadap peningkatan hasil petani.

Penghasilan produk inovatif dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan merekacipta alat yang mesra alam dan menjimatkan kos penyelenggaraan adalah bersesuaian dengan piagam pelanggan JPS Negeri Kelantan. Piagam pelanggan JPS Negeri Kelantan ialah mengutamakan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi, dan sosial.Keselamatan pada pintu kawalan airlebih terjamin dan dapat berfungsi seperti biasa.Hubungan di antara JPS Jajahan Tanah Merah dengan para petani juga lebih erat dan kerjasama di antara kedua-dua pihak semakin baik.

Sejajar Dengan Agenda Dan Matlamat Nasional (Define)

Pembangunan industri padi merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sektor pertanian.Ini bagi memastikan pengeluaran beras yang stabil dan mencukupi untuk rakyat Malaysia.Sehingga kini, kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar dari Rancangan Malaysia

Page 10: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

10

Pertama, RMK-1 sehingga RMK-11. Antara program yang dijalankan bagi menjana industri termasuk penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran, perataan tanah sawah, input pertanian bagi meningkatkan kesuburan tanah dan pengawalan mekanisasi ladang.Selain itu, Dasar Agro Makanan Negara (2011-2020) menitikberatkan jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan selamat kepada rakyat. Justeru itu, kerjasama di antara Jabatan Pengairan dan Saliran Tanah Merah dan para petani dalam menangani masalah kerosakan struktur pengairan merupakan satu mekanisma penting bagi penghasilan padi yang mencukupi untuk peningkatan taraf sara hidup rakyat.

Kaitan Dengan Ekosistem Semasa (Define)

Kerosakan pada pintu kawalan air menyebabkan banyak kemusnahan pada tanaman padi penduduk.Pengaliran air ke bendang-bendang tanpa mengikut keperluan dan tahap tumbesaran padi menyebabkan padi terbantut dan hasil padi merosot.Selain itu, takungan air pada petak-petak sawah menggalakkan pembiakan siput gondang dan siput bulan yang merosakkan tanaman padi. Masalah kekurangan air di bendang juga boleh menyebabkan berlakunya rekahan pada tanah dan benih padi yang disemai akan mati akibat kekurangan air.

Oleh yang demikian, penciptaan alat Key Lock ini memberi kesan yang sangat berguna dalam menangani masalah-masalah berkaitan dengan lebihan dan kekurangan air di bendang.Komponen pada alat Key Lock tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan mesra alam.

5.0 PENGIKTIRAFAN DARIPADA PERTUBUHAN PELADANG DAN KETUA-KETUA BENDANG.

Hasil pengaplikasian ‘Key Lock’ di 10 bendang di kawasan jajahan Tanah Merah, pihak kumpulan Cekak Mas v.2 telah menerima surat-surat penghargaan daripada beberapa Pertubuhan Peladang sekitar Tanah Merah. Pihak Peladang mengiktiraf penggunaan Key Lock kerana ia memberi perubahan positif kepada sistem agihan air dan membantu peningkatan hasil padi para petani. Selain itu, surat penghargaan turut diterima daripada ketua-ketua bendang di skim padi Tanah Merah. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pihak Kumpulan Cekak Mas v.2 kerana sistem kawalan pintu air telah terjaga dan membolehkan mereka mengusahakan sawah dengan lebih sempurna.

Page 11: APLIKASI KEY LOCK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2568-jps... · semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi. Masalah

11

Rajah 7 :Senarai Surat Penghargaan Daripada Pihak Peladang Dan Ketua Bendang.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dengan terciptanya alat‘Key Lock’ ini, kerosakan struktur pintu

kawalan air dapat diatasi. Dengan penggunaan ‘Key Lock’ yang meluas, kos

menyelenggara pintu kawalan air yang rosak dapat dikurangkan. Hasil pertanian dapat

ditingkatkan ekoran daripada masalah agihan air dapat diselesaikan.Walaupun projek

kami kali ini lebih ringkas dan mudah, tetapi kami yakin bahawa projek ini dapat

membantu pihak jabatan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan, seterusnya

meningkatkan hasil pengeluaran padi serta menjamin pendapatan petani yang lebih baik

selaras dengan agenda kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara (2011-2020).