APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model...

8
PTA-FTSM-2017-002 1 APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET DINA AMANINA MOHAMED ROSHDIN MURAD ABDUL RAZAK BIN HAMDAN ABSTRAK Aplikasi Sistem pengurusan elektronik bajet merupakan satu sistem yang membolehkan pengguna-pengguna untuk membuat peberlanjaan dengan betul dan berjimat-cermat. Aplikasi ini dibina dalam sebuah bentuk aplikasi mudah alih. Kepelbagaian dan keistimewaan aplikasi mudah alih ini adalah menyediakan potensi melatih para pembeli merancang pembelian mereka sebelum membeli belah. Oleh yang demikian, diharapkan dapat mengalakan perbelanjaan berhemah serta mengatasi masalah berhutang tanpa kawalan dengan menggunakan kad kredit dan sebagainya. Objektif aplikasi adalah untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk pengguna yang gemar membeli-belah untuk merancang pembelian mereka terlebih dahulu sebelum membeli belah. Selain itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi untuk mengimbas kod bar barangan untuk mendapatkan maklumat barang tersebut. PENGENALAN Pada masa kini, ekonomi Malaysia sangat tidak stabil dan nilai mata wang Malaysia semakin menurun sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (“Ringgit depreciation worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent !” 2016). Ramai rakyat Malaysia tidak sedar akan isu penurunan nilai mata wang ini dan tidak mula untuk menyimpan wang. Negara Malaysia dikenali sebagai syurga untuk membeli-belah dimana negara ini mempunyai bilangan pusat membeli belah yang sangat banyak di setiap negeri dalam negara tersebut. Membeli belah mungkin bukan satu perkara yang sukar untuk dilakukan untuk kebanyakan rakyat Malaysia (Nik Mohamed ,2011). Mungkin ini merupakan punca nombor satu dimana rakyat Malaysia tidak dapat menjimatkan wang (Nik Mohamed ,2011). Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa sukar untuk membuat pilihan, dari makanan, hiburan atau barangan berjenama (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.) . Kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbelanja (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.). Biasanya, apabila pembeli pergi untuk membeli-belah, mereka tidak membuat senarai barang-barang yang ingin dibeli. Pembeli mungkin terlupa beberapa barang-barang yang penting untuk dibeli. Hal demikian menyebabkan mereka berbelanja secara. PENYATAAN MASALAH Terdapat banyak pembeli yang mempunyai masalah iaitu melebihi bajet yang ditetapkan apabila membeli-belah di pusat membeli belah. Antara faktor-faktor yang dapat dikenalpasti dan menjadi punca masalah berikut adalah pembeli tidak membuat senarai barang yang ingin dibeli. Namun, ada di antara para pembeli yang telah membuat senarai tetapi tidak bawa bersama senarai tersebut ketika membeli belah. Selain itu, terdapat juga pembeli yang gemar menggunakan kad kredit untuk membayar barang semasa membeli-belah. Hal in akan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia Copyright@FTSM

Transcript of APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model...

Page 1: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

1

APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK BAJET

DINA AMANINA MOHAMED ROSHDIN MURAD

ABDUL RAZAK BIN HAMDAN

ABSTRAK

Aplikasi Sistem pengurusan elektronik bajet merupakan satu sistem yang membolehkan pengguna-pengguna

untuk membuat peberlanjaan dengan betul dan berjimat-cermat. Aplikasi ini dibina dalam sebuah bentuk aplikasi

mudah alih. Kepelbagaian dan keistimewaan aplikasi mudah alih ini adalah menyediakan potensi melatih para

pembeli merancang pembelian mereka sebelum membeli belah. Oleh yang demikian, diharapkan dapat

mengalakan perbelanjaan berhemah serta mengatasi masalah berhutang tanpa kawalan dengan menggunakan kad

kredit dan sebagainya. Objektif aplikasi adalah untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk pengguna

yang gemar membeli-belah untuk merancang pembelian mereka terlebih dahulu sebelum membeli belah. Selain

itu, aplikasi ini juga menyediakan fungsi untuk mengimbas kod bar barangan untuk mendapatkan maklumat

barang tersebut.

PENGENALAN

Pada masa kini, ekonomi Malaysia sangat tidak stabil dan nilai mata wang Malaysia semakin

menurun sebanyak 9.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (“Ringgit depreciation

worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent !” 2016). Ramai

rakyat Malaysia tidak sedar akan isu penurunan nilai mata wang ini dan tidak mula untuk

menyimpan wang. Negara Malaysia dikenali sebagai syurga untuk membeli-belah dimana

negara ini mempunyai bilangan pusat membeli belah yang sangat banyak di setiap negeri

dalam negara tersebut. Membeli belah mungkin bukan satu perkara yang sukar untuk

dilakukan untuk kebanyakan rakyat Malaysia (Nik Mohamed ,2011). Mungkin ini merupakan

punca nombor satu dimana rakyat Malaysia tidak dapat menjimatkan wang (Nik Mohamed

,2011). Sebagai rakyat Malaysia, kita sentiasa sukar untuk membuat pilihan, dari makanan,

hiburan atau barangan berjenama (“7 Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.).

Kebanyakan rakyat Malaysia percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbelanja (“7

Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney” n.d.). Biasanya, apabila pembeli pergi untuk

membeli-belah, mereka tidak membuat senarai barang-barang yang ingin dibeli. Pembeli

mungkin terlupa beberapa barang-barang yang penting untuk dibeli. Hal demikian

menyebabkan mereka berbelanja secara.

PENYATAAN MASALAH

Terdapat banyak pembeli yang mempunyai masalah iaitu melebihi bajet yang ditetapkan

apabila membeli-belah di pusat membeli belah. Antara faktor-faktor yang dapat dikenalpasti

dan menjadi punca masalah berikut adalah pembeli tidak membuat senarai barang yang ingin

dibeli. Namun, ada di antara para pembeli yang telah membuat senarai tetapi tidak bawa

bersama senarai tersebut ketika membeli belah. Selain itu, terdapat juga pembeli yang gemar

menggunakan kad kredit untuk membayar barang semasa membeli-belah. Hal in akan

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Copyri

ght@

FTSM

Page 2: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

2

menyebabkan pembeli berbelanja secara berhutang dan seterusnya akan menyusahkan

pembeli untuk membayar hutang-hutang tersebut. Kesan kegagalan seseorang pembeli untuk

membuat perancangan untuk membeli-belah mengikut bajet yang ditetapkan boleh

menyebabkan pembeli boleh jatuh muflis dan masuk ke dalam senarai hitam.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu aplikasi sistem mudah alih pengurusan

elektronik bajet yang membolehkan pengguna untuk membuat capaian maklumat terhadap

barangan yang ingin dibeli.

METODOLOGI KAJIAN

Bagi memastikan kajian berjalan dengan lancar, kajian ini menggunakan Prototyping Model.

Penggunaan model ini mudah untuk membantu memahami keperluan pengguna dan

bersesuaian dengan tempoh yang diberikan dalam membangun sistem.. Bagi memahami

konsep model yang digunakan pada kedua-dua model Rajah 1 menerangkan kitaran hayat

pembangunan sistem Prototyping Model.

Rajah 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model

Pengenalan Keperluan

Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat asas terutama dari

segi antaramuka pengguna. Butir-butir yang lebih rumit reka bentuk dalaman dan aspek luaran

seperti prestasi dan keselamatan boleh diabaikan pada peringkat ini.

Membangunkan Prototaip awal

Prototaip awal dibangunkan di peringkat ini, di mana keperluan yang sangat asas dipamerkan

dan antaramuka pengguna disediakan. Ciri-ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan betul serta

Copyri

ght@

FTSM

Page 3: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

3

tidak sama dengan perisian sebenar yang akan dibagunkan. Pada fasa ini juga digunakan

untuk memberi gambaran sistem kepada pelanggan dalam prototaip dibangunkan.

Kajian semula prototaip

Prototaip yang dibangunkan kemudiannya dibentangkan kepada pelanggan dan pihak

berkepentingan lain yang penting dalam projek ini. Maklum balas yang dikumpul dengan cara

yang teratur dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi produk di bawah fasa

pembangunan.

Menyemak semula dan meningkatkan Prototaip

Maklum balas serta komen yang diberikan akan dibincang dalam fasa ini dan beberapa

rundingan akan dilakukan dengan pelanggan berdasarkan faktor-faktor seperti masa, bajet dan

kebolehlaksanaan teknikal dalam pelaksanaan sebenar. Perubahan yang diterima sekali lagi

dimasukkan dalam prototaip baru dan kitaran mengulangi sehingga jangkaan pelanggan

dipenuhi dan pelanggan berpuas hati.

HASIL KAJIAN

Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan aplikasi sistem pengurusan

elektronik bajet. Penerangan secara keseluruhan tentang rekabentuk dan pembangunan sistem

yang telah dihasilkan dalam projek ini diperihalkan.

Rajah 1 menerangkan lapisan rekabentuk di dalam aplikasi sistem pengurusan

elektronik bajet. Pada lapisan pertama iaitu Daftar Masuk Antaramuka adalah paparan umum

bagi semua pengguna. Sekiranya pengguna belum mendaftar, pengguna boleh mendafatar

terlebih dahulu. Pada lapisan kedua, pengguna boleh menggunakan sistem. Fungsi yang

terdapat dalam sistem adalah menambah barang, mengemaskini barang, memadam barang,

membuat senarai membeli, mengemaskini senarai membeli, dan jana laporan. Pada lapisan

terakhir adalah pangkalan data bagi sistem ini.

Copyri

ght@

FTSM

Page 4: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

4

Rajah 2 Lapisan Rekabentuk Aplikasi Sistem Pengurusan Elektronik Bajet

Semua pengguna boleh menggunakan sistem ini dengan mendaftar akaun sekiranya

belum mempunyai akaun dalam sistem. Setelah selesai daftar masuk sistem, pengguna boleh

menggunakan fungsi-fungsi sistem yang disediakan. Fungsi pertama, pengguna boleh

menambah barang yang sering dibeli dengan memasukkan maklumat barang seperti nama,

harga, dan berat. Maklumat ini seterunya akan disimpan ke dalam pangkalan data. Sistem ini

menggunakan pangkalan data firebase cloud storage. Kesemua maklumat atau data yang

dimasukkan oleh pengguna akan disimpan di pangkalan data. Seterusnya fungsi yang kedua,

pengguna boleh membuat senarai membeli belah dengan memilih barang yang ingin dibeli

pada senarai barang pengguna. Pengguna perlu menambah kuantiti barang yang perlu dibeli

sahaja. Jumlah harga yang perlu dibayar akan dipamerkan kepada pengguna. Di samping itu,

pengguna juga boleh melihat sama ada masih didalam bajet atau sudah melebihi bajet sebenar. Copyri

ght@

FTSM

Page 5: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

5

Rajah 3 Rajah Aliran Data Paras 0

Setelah pengguna mendaftar masuk ke dalam sistem, sistem akan memaparkan halaman

senarai barang. Pada Rajah 4 sehingga Rajah 13 merupakan antaramuka sistem yang akan

digunakan oleh pengguna.

Rajah 4 Daftar Masuk Akaun Pengguna

Rajah 5 Pendaftaran Akaun Pengguna

Copyri

ght@

FTSM

Page 6: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

6

Rajah 6 Daftar Pengguna

Rajah 7 Menu Sistem selepas daftar masuk

Rajah 8 Laman memaparkan senarai barang

pengguna

Rajah 9 Laman kemaskini produk

Copyri

ght@

FTSM

Page 7: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

7

Rajah 10 Paparan senarai bakul membeli

Rajah 11 Laman kemaskini bakul membeli

Rajah 12 Laman paparan bajet pengguna

Rajah 13 Laman kemaskini bajet pengguna

Copyri

ght@

FTSM

Page 8: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN ELEKTRONIK … 1 Kitaran hayat pembangunan sistem Prototyping Model Pengenalan Keperluan Langkah ini melibatkan dalam memahami keperluan produk yang sangat

PTA-FTSM-2017-002

8

KESIMPULAN

Sistem Pengurusan Elektronik Bajet yang akan dibangunkan ini akan memberi kemudahan

kepada orang ramai yang suka membeli belah. Dengan adanya sistem ini, pembeli akan lebih

berjimat dalam berbelanja dan berbelanja secara sihat dan baik. Hasil yang dijangkakan

daripada projek ini adalah satu sistem aplikasi mudah alih yang berasaskan platform Android

bagi memudahkan pembeli berurusan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya

menggunakan telefon pintar.

RUJUKAN

David Pogue. 2009. Introduction to Mobile Application, Marriot School of IT Management,

Provo, Utah, Brigham University.

Klaus Pohl. 2010. Requirement Engineering, Fundamentals, Principles and Techniques, 151.Fisher,

D.2012. ABA Banking Journal, 21-25.

Komplain! Saat Harga Kasir Lebih Mahal dari Harga Display - KOMPASIANA.com. (n.d.).

http://www.kompasiana.com/amirsyahoke/komplain-saat-harga-kasir-lebih-mahal-dari-harga-

display_5528b4666ea834f6068b45f6

Nik Mohamed. 2011. Peningkatan Kos Sara Hidup. Berita Harian, 28 Jun: 17.

Nilai ringgit jatuh, taraf hidup rakyat merosot lagi. (n.d.).

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/33242-nilai-ringgit-jatuh-taraf-hidup-

rakyat-merosot-lagi

Nurul Shamimi, Z. 2013. Aplikasi Android. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Sains Dan Teknologi

Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Reasons Why Malaysians Don’t Save |iMoney. (n.d.). https://www.imoney.my/articles/7-reasons-why-

malaysians-dont-save

Ringgit depreciation worse than other currencies , says Dr M Keep Malaysiakini independent ! 2016.

(August 2015), 17–18.

Tips Ketika Membeli-Belah | Pengguna Bijak! (n.d.). http://e-pengguna.blogspot.my/2010/05/15-tips-

ketika-membeli-belah.html

Copyri

ght@

FTSM