APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD...

22
97 Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015 APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD BERPOSTUR UNTUK MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN MURID PRASEKOLAH Rashidah Elias (Rashidah, E.), Masronnieka Ephraim Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis murid prasekolah dari aspek kekemasan tulisan dengan mengaplikasikan teknik Genggaman Pensel dan postur badan. Modul kajian tindakan yang digunakan adalah Model Kemmis dan McTaggart dan peserta kajian terdiri daripada dua orang murid Prasekolah. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pasca, senarai semak dan dokumen. Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari aspek kekemasan tulisan dan kedudukan postur badan peserta kajian selepas intervensi dilaksanakan ke atas mereka. Walaupun dapatan kajian ini terbatas kepada dua orang peserta kajian sahaja, namun dapatan kajian ini memberi manfaat kepada guru prasekolah bagi membantu murid yang mempunyai masalah dalam kekemasan tulisan dan postur badan ketika menulis. Adalah diharapkan penggunaan teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dapat diperluaskan kepada lebih ramai murid prasekolah dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid prasekolah yang boleh menulis dengan kemas, tersusun dan bentuk huruf yang tepat. Kata kunci kemahiran menulis, teknik, Genggaman Pensel Tripod, postur, murid prasekolah

Transcript of APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD...

Page 1: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

97

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD BERPOSTUR UNTUK

MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN MURID PRASEKOLAH

Rashidah Elias (Rashidah, E.), Masronnieka EphraimJabatan Ilmu Pendidikan

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis murid prasekolah dari aspek kekemasan tulisan dengan mengaplikasikan teknik Genggaman Pensel dan postur badan.Modul kajian tindakan yang digunakan adalah Model Kemmis dan McTaggart dan peserta kajian terdiri daripada dua orang murid Prasekolah. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pasca, senarai semak dan dokumen. Data kajian dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari aspek kekemasan tulisan dan kedudukan postur badan peserta kajian selepas intervensi dilaksanakan ke atas mereka. Walaupun dapatan kajian ini terbatas kepada dua orang peserta kajian sahaja, namun dapatan kajian ini memberi manfaat kepada guru prasekolah bagi membantu murid yang mempunyai masalah dalam kekemasan tulisan dan postur badan ketika menulis. Adalah diharapkan penggunaan teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dapat diperluaskan kepada lebih ramai murid prasekolah dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid prasekolah yang boleh menulis dengan kemas, tersusun dan bentuk huruf yang tepat.

Kata kunci kemahiran menulis, teknik, Genggaman Pensel Tripod, postur, murid prasekolah

Page 2: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

98

Abstract

This is an action research conducted to improve preschool students’ writing skills by applying the Tripod Posture Pencil Grip technique. This Kemmis and McTaggart action research model was used and the participants were two preschool students. The instruments used in this study were pre and post-tests, checklist and documents. Data was analyzed by using qualitative and quantitative methods. The findings showed that there was an improvement in terms of neatness in writing and body posture after intervention. Although two participants were used in this study the findings will benefit preschool teachers to help students with difficulties in the mechanics of writing and body posture while writing. It is hoped that the use of Tripod Posture Pencil Grip technique can be extended to more students in preschool so that their writing is neat, organized and have the correct letter shape.

Keywords writing skill, Tripod Posture Pencil Grip Technique, preschool students.

PENGENALANKemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting sebagai seorang murid. Kemahiran ini perlu diajar pada peringkat yang rendah iaitu semasa murid berada di prasekolah lagi. Menurut Raimes (1983), terdapat tiga fungsi kemahiran menulis iaitu merangsang dan memantapkan tatabahasa, melahirkan idea dan perbendaharaan kata dengan perasaan, serta memberi peluang kepada murid untuk menerokai pengetahuan. Kemahiran asas menulis yang kukuh membolehkan murid dapat menulis dengan baik, cekap dan pantas. Selain itu, pendedahan kemahiran menulis juga membantu murid menulis dengan cara yang betul dan boleh dibaca oleh pembaca. Kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) juga menyediakan standard pembelajaran bagi murid prasekolah dari aspek penulisan.

Kemahiran menulis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran). Menurut Chomsky (1957), Kemahiran menulis secara mekanis adalah kemahiran menulis pada peringkat awal yang perlu dikuasai agar murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Kemahiran menulis secara mentalis (pelahiran) pula

Page 3: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

99

adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran mekanis. Jika kemahiran menulis secara mekanis yang hanya membuat aktiviti yang menggunakan kemahiran motor halus, kemahiran menulis secara mentalis pula banyak melibatkan mental. Kemahiran mentalis melatih murid menulis dengan menyatakan buah fikiran atau pendapat asli yang lahir dari pemikiran mereka sendiri (Mohd Anuar, 2012).

Kajian ini lebih berfokus kepada kemahiran menulis secara mekanis yang melibatkan pembentukan huruf dan kekemasan tulisan. Biasanya kemahiran mekanis lebih ditekankan dahulu berbanding kemahiran mentalis. Pada peringkat awal, murid diberikan latihan pergerakan tangan dan aktiviti menulis yang mudah seperti membuat corak, menekap, membentuk garisan dan bulatan, menulis di udara atau di atas pasir, dan bermain dengan bahan-bahan seperti plastisin atau susunan blok untuk membentuk huruf. Kesemua ini sebagai latihan untuk menguatkan motor halus (otot-otot jari) mereka.

Selain itu, guru boleh melatih atau menunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat dengan betul. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) dalam MohdAnuar (2012) guru juga perlu peka dan mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz tulisan, jarak pada tulisan dan kekemasan dalam tulisan murid. Aktiviti mekanikal ini melatih murid untuk menulis dengan cepat, jelas dan senang dibaca serta melatih murid untuk menulis dengan tulisan yang cantik dan kemas. Kemahiran menulis secara mekanis juga memerlukan murid menguasai cara genggaman pensel yang betul. Ini telah dijelaskan oleh Siti Sakinah, Siti Khadijah, Asha Hasnimy, Zainal Abidin, Halijah (2013) dalam kajian mereka tentang genggaman pensel di mana terdapat 10 jenis genggaman pensel iaitu:

i. Genggaman jejari silang tapak tangan ii. Genggaman supinate tapak tangan iii. Genggaman pronasi digital satu jari diektensi iv. Genggaman berus v. Genggaman dengan jari diektensi vi. Genggaman ibu jari menyilang vii. Genggaman tripod statikviii. Genggaman empat jari ix. Genggaman tripod lateral x. Genggaman tripod dinamik.

Page 4: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

100

REFLEKSI MASALAHSemasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah Al-Falah 1, keseluruhan murid boleh memegang pensel dan menulis. Namun begitu, tulisan yang dihasilkan agak tidak teratur kerana ada tulisan yang besar dan ada yang kecil. Hal ini disedari oleh pengkaji apabila melihat hasil kerja murid yang mempunyai tulisan yang berlainan saiz dan tidak kemas. Selain itu, tulisan yang dihasilkan juga terkeluar dari ruang yang disediakan oleh guru untuk menulis. Contohnya, murid dikehendaki menulis perkataan dengan garisan tiga. Walaupun sudah disediakan garisan tiga, ada tulisan murid yang menghala ke bawah dan ke atas. Keadaan ini menyebabkan hasil kerja murid kelihatan comot dan tidak kemas.

Pengkaji ada menegur salah seorang murid supaya menulis dengan betul dan meniru tulisan yang diberikan oleh pengkaji serta menulis di dalam ruang yang disediakan. Namun murid tersebut hanya mendengar teguran pengkaji tetapi tidak mengubah cara menulis mereka dan masih melakukan hal yang sama. Murid menjadi kurang berminat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana berasa susah untuk meniru tulisan yang diberikan oleh pengkaji. Hal ini menyebabkan murid mengganggu rakannya yang lain ketika sedang membuat tugasan yang diberi danmembuat murid lain terganggu sehingga bertindak balas dengan murid. Hal demikian menyebabkan suasana kelas menjadi riuh. Apabila suasana kelas menjadi riuh, murid lain juga tidak dapat menumpukan fokus sepenuhnya kepada aktiviti yang dibuat. Pengkaji pernah menegur murid berkenaan kerana membuat karenah tersebut.

Setelah beberapa lama masuk ke dalam kelas prasekolah ini dan hal yang sama terjadi, pengkaji menyedari bahawa bimbingan secara kelas atau kumpulan tidak cukup untuk membantu mereka dalam memperkemaskan tulisan mereka. Oleh itu, pengkaji memerhatikan murid-murid yang mempunyai masalah dalam kekemasan tulisan ini secara lebih dekat dan mencari punca-punca murid menjadi sedemikian rupa. Setelah menjalankan pemerhatian, pengkaji mendapati ada dua faktor yang mempengaruhi hasil tulisan murid iaitu cara genggaman pensel dan juga postur badan murid semasa menulis.

Di dalam kelas yang mempunyai murid seramai 25 orang ini, setiap murid mempunyai teknik menulis yang berlainan berdasarkan pemerhatian pengkaji. Teknik yang dimaksudkan oleh pengkaji ialah cara murid memegang pensel semasa menyiapkan tugasan

Page 5: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

101

yang diberikan. Sebahagian murid memegang pensel dengan cara genggaman thumb wrap, cara genggaman empat jari, cara genggaman thumb tuck dan juga cara genggaman tripod dinamik. Cara genggaman pensel yang digalakkan adalah cara genggaman tripod (Tseng & Cermak, 1993). Cara pegangan pensel murid boleh dilihat pada Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 Cara genggaman pensel empat jari dan thumb tuck

Rajah 2 Cara genggaman pensel thumb wrap dan genggaman tripod dinamik

Selain itu, postur badan murid juga mempengaruhi tulisan mereka. Semasa menulis, murid suka bergerak ke kiri dan kanan serta kedudukan badan yang membongkok. Ada di antara murid yang tidak

Genggaman Empat Jari

Genggaman Thumb Tuck

Genggaman Thumb Wrap

Genggaman Tripod Dinamik

Page 6: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

102

duduk di atas kerusi semasa menulis. Ada juga murid yang menulis di bahagian depan kelas dan berbaring sambil menulis. Terdapat juga murid yang meletakkan muka mereka di atas meja semasa menulis. Pengkaji pernah menegur murid yang menulis dengan postur tersebut dan teguran itu hanya bertahan selama beberapa minit. Postur badan yang tidak betul ini mengurangkan kecekapan koordinasi mata dan tangan murid. Perkara ini menyebabkan tulisan mereka tidak kemas sehingga ada tulisan yang menghala ke atas dan ke bawah. Justeru, pengkaji tertarik untuk menjadikan kekemasan tulisan sebagai fokus utama dalam kajian ini dan mula mencari inisiatif yang boleh dilakukan bagi membantu murid dalam memperkemaskan hasil tulisan mereka.

OBJEKTIF KAJIANSecara keseluruhan, kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran menulis murid prasekolah dari aspek kekemasan tulisan dengan mengaplikasikan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur. Secara khusus, dua objektif kajian ini adalah:

i. Mengenal pasti sama ada cara genggaman pensel dan postur badan mempunyai kesan ke atas kekemasan tulisan murid prasekolah.

ii. Mengenal pasti sama ada Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dapat meningkatkan kekemasan tulisan murid prasekolah

SOALAN KAJIANTerdapat dua soalan kajian yang difokuskan dalam kajian ini iaitu:

i. Adakah postur badan dan genggaman pensel mempengaruhi kekemasan tulisan murid prasekolah?

ii. Adakah Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dapat meningkatkan kekemasan tulisan murid prasekolah?

TINJAUAN LITERATURKekemasan tulisan murid prasekolah perlu diberi perhatian supaya hasil penulisan murid dapat dibaca dengan baik. Menurut Montgomery (2007), tulisan adalah aktiviti motor yang perlu

Page 7: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

103

dipelajari dan ia bukan kemahiran semula jadi yang terhasil seperti berjalan. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa guru prasekolah berperanan dalam perkembangan kemahiran menulis murid sekali gus menjadi pembimbing kepada murid yang mempunyai kualiti tulisan yang kurang kemas. Clay (1975) menekankan pentingnya hubungan antara menulis dan membaca dalam pembangunan literasi awal murid.

Menurut Chomsky (1957) terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis ini iaitu peringkat pra tulisan, peringkat tulisan mekanis dan peringkat tulisan kreatif. Kajian ini lebih berfokus kepada peringkat kedua iaitu peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat tulisan mekanis, murid sudah melalui pra tulisan. Dalam peringkat ini murid sepatutnya telah faham dan boleh memegang pensel serta tahu cara duduk yang betul dan selesa. Selain itu, proses menulis juga berkaitan dengan perkembangan motor halus yang penting bagi murid dalam perkembangan kemahiran mereka (Sassoon, 1989 dalam Montgomery, 2007)

Perkembangan motor halus yang baik mempengaruhi perkembangan kemahiran menulis murid seterusnya menjadikan otot lebih kukuh dan kuat. Dalam proses belajar menulis, postur, genggaman dan pergerakan saling berkaitan. Selain daripada itu, menurut Berk (1997) kemahiran menulis kanak-kanak adalah merangkumi penggunaan alat-alat tulis seperti pen, pensel, krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang contengan. Oleh itu, apabila murid menggenggam alat tulis yang sesuai dan dengan cara yang betul dengan postur tubuh yang betul, maka kekemasan tulisan murid boleh ditingkatkan.

Kemahiran menulis merupakan koordinasi mata yang dikaitkan dengan integrasi di antara motor visual dan merupakan penentu kualiti tulisan tangan. Menurut Taylor (2001), belajar bagaimana untuk duduk, kedudukan kertas dan bagaimana memegang alat tulis adalah penting dalam kemahiran menulis. Kemahiran menulis murid dipengaruhi oleh bagaimana kedudukan badan semasa menulis dan cara memegang alat tulis yang betul. Jelas dikatakan di sini bahawa kekemasan tulisan terhasil daripada perkembangan motor halus dan juga koordinasi mata tangan serta postur badan yang betul. Kualiti tulisan menjadi lebih baik jika kesemua faktor yang dikemukakan dilakukan dengan cara yang betul.

Bagi murid yang berumur antara 3 dan 6 tahun, genggaman murid sepatutnya berkembang pada cengkaman tripod statik kepada cengkaman tripod dinamik (Taylor, 2001). Cengkaman tripod

Page 8: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

104

dinamik ini adalah merupakan salah satu cara genggaman pensel yang dikategorikan dalam jenis-jenis genggaman yang matang (Schneck& Henderson 1990). Genggaman tripod dinamik merupakan salah satu cara genggaman yang digalakkan untuk murid semasa menulis kerana pensel dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk. Hal ini disokong oleh Ziviani (1983) dalam Selin (2003) yang menyatakan istilah ini merujuk kepada penggunaan ibu jari, telunjuk dan jari tengah supaya kesemua dapat berfungsi bersama-sama dan prestasi yang baik pergerakan diselaraskan. Tseng dan Cermak (1993) turut menyokong kenyataan ini dengan mengatakan bahawa genggaman tripod adalah cara menggenggam pensel yang digalakkan oleh guru-guru dan ahli terapi. Oleh itu, sekiranya terdapat murid yang dikenal pasti mempunyai masalah dalam menulis, guru prasekolah perlu melihat cara genggaman pensel murid tersebut dan mengubah kepada cara genggaman yang disarankan.

Genggaman pensel yang matang perlu dibimbing agar proses penulisan tidak menjadi sesuatu yang meletihkan. Seseorang murid yang mempunyai genggaman pensel yang tidak matang akan menggenggam pensel dengan kuat bagi menstabilkan pensel Lim (2012). Tindakan ini menjadikan murid menggunakan tenaga yang berlebihan sehingga menyebabkan keletihan pada otot tangan murid. Apabila murid penat menulis, maka tulisan yang dihasilkan secara sambil lewa sehingga kekemasan tulisan tidak diambil kira oleh murid.

Selain genggaman pensel, postur badan menjadi faktor yang penting untuk memastikan kekemasan tulisan. Mohd. Firdaus (2012) menyatakan penggunaan pensel yang kurang sesuai dan postur badan semasa menulis merupakan punca kebanyakan murid melakukan kesilapan semasa menulis. Postur badan yang salah akan menyebabkan murid tidak selesa sehingga hasil penulisan mereka tidak cantik. Oleh yang demikian, postur tubuh semasa menulis harus ditekankan oleh guru semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Postur badan yang salah boleh menyebabkan keletihan berlebihan dalam proses menulis dan bahaya terhadap kesihatan. Taylor (2001) menyatakan bahawa guru perlu menekankan kepentingan mengamalkan postur tubuh yang betul semasa menulis. Postur tubuh yang tidak betul menyebabkan murid boleh mengalami ketegangan otot dan sakit belakang pada masa hadapan. Semasa menulis, murid sepatutnya berada dalam keadaan selesa, kaki rata di atas lantai, meja yang cukup tinggi untuk menyokong lengan, siku berada dekat pada badan untuk menyokong korset bahu (Taylor, 2001).

Page 9: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

105

METODOLOGIReka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Model Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan yang melibatkan aspek refleksi terhadap masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati hasil tindakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3. Kesemua proses tersebut dilaksanakan dalam dua gelung pelaksanaan kajian tindakan.

Pada gelung pertama, pengkaji melaksanakan rawatan terhadap peserta kajian dan membimbing peserta kajian dalam mengaplikasikan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur. Selain itu, pengkaji juga menjelaskan mengapa teknik tersebut dilaksanakan ke atas mereka. pada peringkat ini, pengkaji membimbing dahulu peserta kajian dalam mengaplikasikan teknik. Pemerhatian dilakukan ke atas hasil tulisan mereka.

Pada gelung yang kedua pula, pengkaji menggunakan alat posture supporter bagi menyokong badan peserta kajian dalam mengaplikasikan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur semasa menulis. Pada peringkat ini, pengkaji masih membimbing peserta kajian dan memantau postur tubuh dan cara genggaman pensel mereka.

Rajah 3 Prosedur Kajian Tindakan (Kemmis dan Mc Taggart, 1998)

Page 10: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

106

Peserta Kajian

Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid prasekolah Al-Falah 1 berumur enam tahun. Peserta kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan analisis hasil kerja murid berkenaan. Selepas ini peserta kajian dinamakan PK1 (peserta kajian 1) dan PK2 (peserta kajian 2) secara khusus.

Instrumen KajianPengkaji menggunakan empat instrumen kajian dalam mengumpul data kajian ini iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen. Keempat-empat instrumen ini digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengaplikasian Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dalam membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid dan memperbetulkan postur tubuh murid semasa menulis.

Teknik Pengumpulan DataPengumpulan data dijalankan bermula dengan memungut data ujian pra yang menumpu kepada kemahiran menulis murid. Pada peringkat kedua pula, pengkaji melaksanakan rawatan terhadap peserta kajian dan membimbing peserta kajian dalam mengaplikasikan teknik ini. Teknik genggaman pensel dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur. Selain itu, pengkaji juga menjelaskan sebab teknik tersebut dilaksanakan ke atas mereka. Peringkat ini merupakan gelung pertama dalam kajian ini. Peringkat yang ketiga yang merupakan gelung kedua melibatkan peserta kajian melakukan latih tubi sambil mengaplikasikan rawatan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur, iaitu dengan menggunakan alat posture supporter dan cara genggaman pensel tripod yang betul. Pada peringkat ini, pengkaji masih membimbing peserta kajian dan memantau postur tubuh dan cara genggaman pensel mereka.

Setelah bimbingan dan latihan dalam menggunakan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur, pengkaji menjalankan ujian pasca. Semasa menjalankan ujian pasca ini, peserta kajian mengaplikasikan teknik semasa rawatan tanpa menggunakan alat posture supporter yang digunakan oleh pengkaji. Hal ini adalah untuk melihat keberkesanan rawatan yang telah dilaksanakan. Namun begitu, pengkaji masih menjalankan pemantauan terhadap peserta kajian.

Page 11: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

107

Selesai pelaksanaan rawatan terhadap peserta kajian, pengkaji melakukan pemerhatian terhadap peserta kajian tentang postur tubuhnya semasa menulis. Pengkaji juga menganalisis dokumen peserta kajian seperti lembaran kerja bagi memerhatikan peningkatan kekemasan tulisan peserta kajian. Pada peringkat ini juga, pengkaji menilai sama ada Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur ini berkesan atau tidak dalam meningkatkan kekemasan tulisan dan postur tubuh peserta kajian. Selain postur tubuh, pengkaji juga akan memerhatikan cara genggaman pensel peserta kajian semasa menjalankan tugasan yang diberikan kepadanya tanpa menggunakan alatan daripada Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur.

Teknik Analisis DataPengkaji menganalisis data daripada empat sumber data iaitu ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui analisis ini, dapatan digunakan bagi menjawab persoalan yang telah dirangkadalam kajian ini. Jadual 1 menunjukkan item yang digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca untuk memberi markah kepada hasil penulisan peserta kajian.

Jadual 1 Item dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil. Item Markah1 Saiz huruf 1 2 3 4 52 Kedudukan perkataan 1 2 3 4 53 Perkataan ditulis pada ruang yang disediakan 1 2 3 4 54 Kedudukan huruf 1 2 3 4 5

Jumlah /20Peratus (%)

Instrumen senarai semak pula mengandungi elemen postur badan semasa menulis, teknik genggaman pensel dan kekemasan tulisan. Bagi menganalisis senarai semak ini, pengkaji menggunakan skala Guttman iaitu jadual yang hanya mempunyai ‘ya’ dan ‘tidak’ sahaja.Senarai semak digunakan semasa pemerhatian ke atas peserta kajian sebelum dan selepas pengaplikasian Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur.

Page 12: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

108

Analisis dokumen dijalankan ke atas hasil kerja murid sebelum dan selepas intervensi. Pengkaji meneliti dua hasil kerja yang berbentuk lembaran kerja sebelum dan selepas pengaplikasian Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur. Analisis dilihat melalui perbezaan kekemasan tulisan murid prasekolah sebelum dan selepas intervensi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian yang dibincangkan adalah bagi menjawab soalan kajian iaitu:

i. Adakah postur badan dan genggaman pensel mempengaruhi kekemasan tulisan murid prasekolah?

ii. Adakah Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dapat meningkatkan kekemasan tulisan murid prasekolah?

Pengaruh Postur Badan dan Cara Genggaman Pensel Dapatan kajian yang dibincangkan dalam bahagian ini merujuk kepada instrumen senarai semak yang digunakan semasa pemerhatian ke atas kedua-dua peserta kajian. Jadual 2 menunjukkan dapatan pemerhatian tersebut.

Jadual 2 Hasil pemerhatian terhadap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi

Perkara PK1 PK2Sebelum Selepas Sebelum Selepas

1.0 Postur badan semasa menulis

1.1 Badan tegak semasa menulis (90º) X √ X √

1.2 Jari hingga siku berada di atas meja √ √ √ √

1.3 Duduk di atas kerusi dengan selesa √ √ X √

1.4Jarak mata dengan kertas atau buku (25cm-30cm)

√ √ X √

1.5 Dada tidak menempel pada meja X √ X √

Page 13: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

109

2.0 Teknik genggaman pensel

2.1 Genggaman pensel sesuai √ √ √ √

2.2Menggenggam pensel dengan genggaman pensel tripod

X √ √ √

2.3 Jarak hujung pensel dengan jari sesuai (1cm) √ √ √ √

2.4 Pensel diletak di antara ibu jari dan jari telunjuk √ √ √ √

3.0 Kekemasan tulisan

3.1 Perkataan ditulis pada ruang yang disediakan √ √ √ √

3.2 Saiz huruf teratur √ √ X √

2.3 Kedudukan perkataan tersusun X √ √ √

√ = YaX = TidakPK1 = Peserta Kajian 1PK2 = Peserta Kajian 2

Berdasarkan Jadual 2, bagi aspek postur badan sebelum intervensi, PK1 mempunyai masalah di mana postur badan PK1 tidak tegak semasa menulis dan dada menempel pada meja. Aspek postur badan semasa menulis yang lain pula tidak menjadi masalah bagi peserta kajian. PK2 pula mempunyai masalah pada hampir kesemua elemen postur badan kecuali jari dan siku berada di atas meja. Selepas intervensi, kesemua elemen postur badan yang patut diamalkan dapat dikuasai oleh PK1 dan PK2.

Bagi teknik genggaman pensel hanya PK1 yang mempunyai masalah iaitu tidak dapat memegang pensel dengan teknik genggaman tripod, sebaliknya menggunakan teknik genggaman thumb wrap. Tiada masalah ini pada PK2. Selepas intervensi masalah PK1 dapat diatasi. Seterusnya bagi aspek kekemasan tulisan, sebelum intervensi PK1 mempunyai masalah menulis dengan kedudukan perkataan yang tidak tersusun sementara PK2 mempunyai masalah saiz huruf yang

Samb... (Jadual 2)

Page 14: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

110

dibentuk tidak teratur. Masalah dalam kekemasan tulisan juga dapat diatasi selepas intervensi.

Postur tubuh, teknik genggaman pensel dan kekemasan tulisan PK1dan PK2 sebelum intervensi boleh dirujuk pada Rajah 4, Rajah 5 dan Rajah 6 masing-masing.

Rajah 4 Postur badan peserta kajian sebelum intervensi

Berdasarkan Rajah 4, postur badan PK1 kelihatan membongkok semasa menulis. Dada peserta kajian juga menempel pada meja semasa menulis. Sementara itu, PK2 terlalu membongkok apabila menulis. Selain itu, kaki PK2 juga diletakkan di atas kerusi semasa menulis. Jarak mata dan kertas atau buku juga tidak menepati jarak yang ditentukan iaitu 25 cm hingga 30 cm. Akibat membongkok, dada peserta kajian juga menempel pada meja ketika menulis.

Rajah 5 Teknik genggaman pensel peserta kajian sebelum intervensi

PK1 PK2

PK1 PK2

Page 15: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

111

Rajah 5 pula menunjukkan bahawa cara genggaman pensel PK1 yang tidak betul iaitu bukan cara genggaman pensel tripod. PK1 memegang pensel dengan cara genggaman thumb wrap. Bagaimanapun cara genggaman pensel PK2 betul iaitu genggaman pensel tripod. Pengkaji mengambil keputusan hanya PK1 sahaja yang memerlukan latihan memegang pensel yang betul.

Rajah 6 Hasil tulisan peserta kajian sebelum intervensi

Rajah 6 menunjukkan hasil tulisan PK1 dan PK2 sebelum intervensi dijalankan. Merujuk kepada Rajah 6, tulisan PK1 agak besar dan kelihatan tidak kemas. Peserta kajian juga tertinggal menulis satu huruf. Secara keseluruhan hasil tulisan peserta kajian semasa ujian pra ini perkataan ditulis pada ruang yang disediakan dan mempunyai saiz huruf yang sama walaupun agak besar. Perkara ini menyebabkan kedudukan perkataan kurang tersusun. Tulisan PK2 pula sangat kecil. Hasil tulisan PK2 juga menunjukkan ketidakyakinan semasa menulis. Tambahan pula, postur badan peserta kajian yang tidak betul walaupun cara genggaman pensel peserta kajian betul.

Melalui dapatan kajian dalam pemerhatian sebelum intervensi dijalankan, dapat dilihat bahawa postur badan dan cara genggaman pensel memainkan peranan penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas. Pengaruh postur badan dan teknik genggaman pensel ini dapat dilihat melalui hasil kerja PK1 dan PK2. Postur tubuh murid yang tidak betul mempengaruhi tulisan murid kerana apabila postur tubuh berubah, aras mata dan kedudukan tangan berubah menyebabkan pandangan tidak selari dengan kedudukan kertas. Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Mohd. Firdaus (2012) dalam kajiannya iaitu postur badan yang betul semasa menulis merupakan faktor yang penting untuk mendapat hasil tulisan yang kemas. Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga selari dengan apa yang dinyatakan oleh Taylor (2001)

PK1 PK2

Page 16: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

112

di mana amalan postur tubuh yang betul bukan sahaja mempengaruhi kekemasan tulisan bahkan mampu mengelakkan murid prasekolah daripada mengalami kesan jangka masa panjang dalam masalah menulis.

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa bukan postur tubuh sahaja yang mempengaruhi kekemasan tulisan peserta kajian. Cara genggaman pensel turut mempengaruhi gaya tulisan seseorang murid iaitu cara genggaman pensel tripod. Perkara ini selari dengan kenyataan oleh Selin (2003) yang menyatakan cara genggaman yang betul merujuk kepada penggunaan ibu jari, telunjuk dan jari tengah supaya kesemua dapat berfungsi bersama-sama dan prestasi pergerakan jari dapat diselaraskan. Perkara ini bersamaan dengan genggaman pensel tripod. Dengan mengaplikasikan cara genggaman yang disyorkan ini, tulisan murid boleh mencapai kualiti tulisan yang baik. Dapatan kajian ini juga disokong oleh kenyataan Tseng dan Cermak (1993) di mana mereka menyebut bahawa genggamantripod penting kerana ia mempengaruhi cara pegangan pensel semasa menulis. Cara genggaman pensel juga mempengaruhi kekemasan tulisan murid.

Tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji iaitu membetulkan cara genggaman pensel PK1 menepati saranan oleh Siti Sakinah et al. (2013), yang menyatakan hasil guru perlu memberi tumpuan terhadap mekanisme tulisan murid supaya tulisan yang dihasilkan berkualiti dan mudah difahami.

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur Dalam Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Prasekolah

Melalui dapatan kajian dan perbincangan di atas, pengaruh cara genggaman pensel dan postur tubuh dapat dilihat dengan jelas dalam menghasilkan tulisan yang kemas. Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur menggunakan cara genggaman pensel yang betul dan disokong dengan alat untuk membantu murid membetulkan postur badan mereka semasa menulis (Rajah 7). Pengkaji telah mengaplikasikan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur ini selama empat minggu berturut-turut. Rajah 8 pula menunjukkan kedudukan postur badan PK1 dan PK2 selepas intervensi.

Page 17: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

113

Rajah 7 Alat Posture Supporter semasa intervensi dilaksanakan

Rajah 8 Postur Badan Peserta Kajian Selepas Intervensi

Berdasarkan Rajah 8, dapat dilihat dengan ketara perubahan postur badan PK1 dan PK2 semasa menulis selepas aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur dilaksanakan. Alat posture supporter yang digunakan bersama teknik genggaman pensel yang betul melalui aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur ini dapat membantu PK1 dan PK2 membetulkan postur badan mereka semasa menulis. Dengan itu jarak antara mata dan kertas juga dapat dikawal dan dibetulkan.

Cara genggaman pensel PK1 sebelum dan selepas intervensi ditunjukkan dalam Rajah 9. Cara genggaman pensel PK2 tidak memerlukan intervensi kerana cara genggaman pensel PK2 sudah betul.

PK1 PK2

PK1 PK2

Page 18: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

114

Rajah 9 Cara genggaman pensel PK1 sebelum dan selepas intervensi

Berdasarkan Rajah 9, cara genggaman pensel PK1 telah berubah daripada cara thumb wrap yang diamalkan sebelum intervensi kepada cara genggaman tripod selepas intervensi. Cara genggaman ini terus dikukuhkan walaupun sehingga selesai intervensi. Bagi melihat kesan aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur ke atas hasil tulisan peserta kajian, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dilaksanakan. Skor markah diberi terhadap hasil tulisan PK1 dan PK2 berdasarkan kepada rubrik pemarkahan. Rubrik ini disediakan sebagai panduan dalam menganalisis hasil tulisan PK1 dan PK2. Skor markah Ujian Pra dan Ujian Pasca ditunjukkan seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil. ItemMarkah

Ujian PraMarkah

Ujian Pasca

PK1 PK2 PK1 PK21 Saiz huruf 3 2 4 42 Bentuk huruf 3 3 4 43 Huruf dalam ruang 1 1 2 24 Kekemasan tulisan keseluruhan 3 2 4 5

Jumlah Peratus (%) 10/2050%

8/2040%

14/2070%

15/2075%

Berdasarkan Jadual 3, PK1 mendapat 10 markah daripada 20 markah bersamaan 50% sebelum intervensi dijalankan. Bagi PK2 pula, markah yang diperoleh ialah 8 markah daripada 20 markah yang

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Page 19: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

115

bersamaan 40%. Selepas intervensi, walaupun PK1 dan PK2 tidak mendapat markah penuh, dapat dilihat dengan jelas peningkatan skor markah PK1 dan PK2 di mana PK1 mendapat 14 markah (70%) dan PK2 mendapat 15 markah (75%). Perbandingan peratus skor markah sebelum (Ujian Pra) dan selepas intervensi (Ujian Pasca) ditunjukkan dalam Rajah 10.

0

20

40

60

80

PK1 PK2

Mar

kah

(%)

Peserta kajian

Peratusan skor markah ujian pra dan ujian pasca

Ujian Pra

Ujian Pasca

Rajah 10 Peratus skor markah ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan kesemua dapatan yang telah dibincangkan di atas, Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur didapati berkesan dalam meningkatkan kekemasan tulisan murid prasekolah yang terlibat dalam kajian ini. Melalui pemerhatian yang dijalankan, perbandingan antara skor markah ujian pra dan ujian pasca, dan analisis dokumen menunjukkan peningkatan dari segi kekemasan tulisan. Tulisan yang dihasilkan oleh peserta kajian lebih kemas dan teratur.

Dapatan kajian juga mendapati postur badan peserta kajian berubah kepada yang lebih baik. Jika sebelum ini peserta kajian menulis dengan badan yang membongkok, dada menempel ke meja dan jarak pandangan mata ke kertas sangat dekat, selepas intervensi menggunakan Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur, cara genggaman pensel dan postur badan peserta kajian semasa menulis dapat diperbaiki. Ini menepati seperti kenyataan oleh Mohd Firdaus (2012) di mana penggunaan pensel yang kurang sesuai dan postur badan semasa menulis merupakan punca kebanyakan murid melakukan kesilapan semasa menulis. Postur badan yang salah akan menyebabkan murid tidak selesa sehingga hasil penulisan mereka tidak kemas dan teratur.

Page 20: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

116

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan alat posture supporter sebagai alat bantuan kepada peserta kajian untuk memperbetulkan kedudukan badannya semasa menulis. Tindakan ini adalah untuk membiasakan peserta kajian dengan kedudukan yang betul dan membetulkan tabiat kendiri mereka. Pengurusan kendiri berjaya apabila seseorang dapat memulihkan dirinya daripada tabiat yang buruk seperti yang dinyatakan oleh Selin (2003).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran menulis boleh dipelajari oleh setiap murid. Ini selari dengan Montgomery (2007) yang menyatakan tulisan merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Kajian ini menunjukkan bahawa guru prasekolah berperanan besar dalam membantu murid untuk memperbaiki kekemasan tulisan mereka. Murid prasekolah tidak dapat mempelajari kemahiran menulis ini dengan sendiri tanpa bimbingan daripada guru. Bimbingan tersebut akan membantu murid memperbetulkan aspek-aspek yang diberi perhatian dalam kemahiran menulis seperti postur badan dan cara genggaman pensel.

Secara keseluruhannya dengan bantuan dan bimbingan guru, postur badan dan cara genggaman pensel peserta kajian dapat diperbaiki. Seterusnya postur badan dan cara genggaman pensel yang betul itu akan memperbaiki kekemasan tulisan murid prasekolah. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan rawatan dan latihan yang dijalankan ke atas peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang memuaskan.

PENUTUPProses penguasaan kemahiran menulis murid prasekolah bukan sekadar boleh menulis sahaja tanpa mengambil kira kekemasan tulisan dan faktor postur badan semasa menulis. Cara genggaman pensel dan kedudukan postur badan menjadi faktor yang penting dalam membentuk tulisan yang kemas dan dapat difahami. Cara memegang pensel yang salah juga boleh menjejaskan otot-otot jari dan boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dibiarkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga halnya jika postur badan semasa menulis tidak dilatih dengan betul sejak awal usia seseorang kanak-kanak.

Kekemasan tulisan perlu dibimbing sejak usia awal supaya tulisan yang kemas dibiasakan dalam kalangan murid prasekolah sehingga mereka dewasa. Pendedahan awal ini akan memberi impak positif terhadap perkembangan holistik murid prasekolah. Penguasaan dalam

Page 21: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod...97-118

117

kemahiran menulis merupakan salah satu titik tolak kepada kemajuan perkembangan kendiri murid pada masa akan datang sebagai peneraju pentadbiran negara. Guru prasekolah memainkan peranan penting dalam membimbing dan memastikan murid-murid prasekolah menguasai kemahiran menulis mekanis di samping kemahiran mentalis. Seterusnya gandingan bimbingan menulis yang betul juga boleh diteruskan di rumah bagi membantu meningkatkan kemahiran menulis murid prasekolah. Adalah diharapkan kajian ini menjadi rujukan kesemua pihak yang berkaitan dengan murid prasekolah agar perkembangan dan kemahiran mereka dapat dikembangkan secara holistik bagi mencapai matlamat kurikulum dan falsafah pendidikan kebangsaan yang telah digariskan.

RUJUKANBerk, L. E. (1997). Child development. USA: Allyn dan Bacon.Chomsky, N. (1975). Reflections on language. New York: Basic Books.Clay, M. (1975). What did 1 write. New Hampshire: Hememann Educational

Books.Hoffman, C. (1991). Introduction to bilingualism. New York: Longman.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum standard prasekolah

kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988a). The action research planner (3rd ed.).

Geelong, Australia: Deakin University Press.Lim Chen Yin, M. H. (2012). Genggaman pensel kanak-kanak bermasalah

pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 65-77.Mohamad Anuar. (2012). Kemahiran Menulis. Dimuat turun daripada http://

anuarsped.blogspot.com/2012/03/ kemahiran-menulis.htmlMohd. Firdaus. (2012). Aplikasi alat body fitted box (B .F. B) untuk

meningkatkan kekemasan tulisan dalam kalangan. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, Vol.3, no. 5.

Montgomery, D. (2007). Spelling, handwriting and dyslexia: Overcoming barriers to learning. New York: Green Gate Publishing Services.

Raimes, A. (1983). Techniques in teaching writing. New York: Oxford University Press.

Schneck, C. M. and Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental progression of grip position for pencil and crayon control in nondys functional children. American Journal of Occupational Therapy, 44, 10, 893-900.

Selin, A. S. (2003). Pencil grip: A descriptive model and four empirical studies. Finland: Abo Academi University Press.

Siti Khadijah, Asha Hasnimy, Zainal Abidin & Halijah Ibrahim. (2013). Jenis genggaman pensel dan prestasi kemahiran melakar di kalangan kanak-

Page 22: APLIKASI TEKNIK GENGGAMAN PENSEL TRIPOD …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b45a3a52-66a3-4d35-b... · dan bilangan prasekolah yang lebih besar dalam usaha melahirkan murid

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

118

kanak normal dan bermasalah Pembelajaran: Pemerhatian Awalan Instrumen CEKAP. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education, 416-418.

Taylor, J. (2001). Handwriting: A Teacher’s Guide. London: David Fulton Publisher.

Tseng, M. & Cermak,S.A. (1993). The influence of ergonomic factors and perceptual-motor abilities on handwriting performance. American Journal of Occupational Therapy, 919-926.