Aqidah f1

33
DEFINISI AQIDAH

description

 

Transcript of Aqidah f1

Page 1: Aqidah f1

DEFINISI AQIDAH

Page 2: Aqidah f1

Bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati

terhadap sesuatu perkara

Page 3: Aqidah f1

Istilah : ( 4 isi )i. Kepercayaan / keyakinan

yang kukuh & jitu / mantap

ii. Terhadap KEWUJUDAN Allah

iii. Beserta SIFAT – SIFAT KESEMPURNAAN

iv. Berdasarkan dalil naqli & dalil akli

Page 4: Aqidah f1

Maksud Sifat Kesempurnaan

Sifat yang hanya layakada pada Allah dan tidak ada pada makhluk

Page 5: Aqidah f1

Ciri – ciri Sifat Kesempurnaan Allah- Mutlak- Tidak Terbatas- Menyeluruh- Tidak Dapat Ditandingi- Kekal- Tidak Memerlukan Bantuan- Sempurna

Page 6: Aqidah f1

Contoh sifat kesempurnaan Allah- Al Hakim- Al Qadir- Al ‘Alim- Al Wahab- Dll

Page 7: Aqidah f1

Contoh soalan perbezaan : Kekuasaan Allah dgn kekuasaan Manusia

Kekuasaan Allah

Kekuasaan Manusia

- Mutlak- Kekal

- Tidak Mutlak- Tidak Kekal

Page 8: Aqidah f1

Maksud Dalil Naqli & Dalil Aqli

Dalil drpd AlQuran &Al Hadis

Dalil daripada akal/ciptaan Allah/Alam Syahadah

Page 9: Aqidah f1

Aqidah yang sempurna lahir drpd ;

Keyakinan yang teguh & mantap terhadapkewujudan Allah

Disertai dengan ucapan kalimah syahadah

Dibuktikan dengan melaksanakan perintah Allah & meninggalkan laranganNya

Page 10: Aqidah f1

CIRI AQIDAH YANG BETUL

CIRI AQIDAH YANG BETUL

• Keyakinan yang teguh terhadap

KEWUJUDAN, KEESAAN , KEKUASAAN ALLAH• Menjauhkan daripada

mensyirikkan Allah• Kepercayaan dan

keyakinan berlandaskan Al Quran & Al Sunnah

Page 11: Aqidah f1

AQIDAH YANG SALAH

KEPERCAYAAN YANG BERCANGGAH DENGAN NAS

SYARIAT DARIPADA AL QURAN & AL SUNNAH

Page 12: Aqidah f1

CIRI AQIDAH YANG SALAH- Menafikan KEESAAN & KEKUASAAN ALLAH- Melakukan perbuatan

yang mensyirikkan Allah- Mengamalkankepercayaa

n yang bertentangan dengan Al Quran & Al Sunnah

Page 13: Aqidah f1

ILMU AQIDAH

Ilmu yang membicarakan tentang kewujudan Allah beserta sifat – sifat kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan dalil aqli

Page 14: Aqidah f1

Hukum mempelajari Ilmu Aqidah :

Fardhu Ain

Hukum mendalami Ilmu Aqidah

FARDHU KIFAYAH

Page 15: Aqidah f1

Nama Lain Ilmu Aqidah

ILMU TAUHID

ILMU USULUDIN

ILMU KALAM

ILMU MAKRIFAH

Page 16: Aqidah f1

NAMA – NAMA ILMU BERBEZA ?

Pengkajian ilmu yang berbeza berdasarkan pengkhususan perbincangan. Tetapi tujuan adalah sama : Untuk Mengenal Pencipta ( Allah )

Spt : Ilmu Tauhid ialah ilmu yang

membincangkan tentang KEESAAN Allah

Page 17: Aqidah f1

Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah Mengenal hakikat ketuhanan

yang sebenar Menolak fahaman / ajaran yang salah / sesat Membezakan antara aqidah

yang benar dengan aqidah yang salah Memantapkan keimanan dan keyakinan terhadap Allah Dapat mengamalkan ajaran

agama yang sebenar Mempertahankan aqidah dari

dipengaruhi anasir sesat

Page 18: Aqidah f1

Implikasi tidak mempelajari Ilmu Aqidah

Tidak dapat mengenal hakikat ketuhanan yang

sebenar Akan terpesong dari ajaran agama Islam

yang sebenar Ibadah menjadi sia – sia dan tidak

diterima Allah Terdorong untuk melakukan perkara

mungkar/ maksiat

Page 19: Aqidah f1

Sumber Aqidah

Al Quran : Wahyu Allah /yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui

perantaraan Malaikat Jibril/ secara beransur – ansur/ yang tidak boleh

disentuh kecuali orang – orang yang suci /dan dikira ibadah

apabila membacanya

Hadis Nabi : Perkataan , Perbuatan , Pengakuan & Sifat yang disandarkan

kepada Rasululluah SAW

Page 20: Aqidah f1

Al - Rububiyat : Persoalan berkaitan dengan mentauhidkan Allah sebagai

pencipta, pemilik dllAl - Uluhiyat : Persoalan berkaitan dengan mentauhidkan Allah sebagai tuhan yang wajib disembah , ditaati

serta bersifat dengan sifat kesempurnaan

Al - Nubuwat : Perkara yang berkaitan dengan kenabian &

kerasulanAl – Sam’iyat : Perkara ghaib yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera tetapi

diketahui melalui Al Quran dan Hadis

Aspek Aqidah

Page 21: Aqidah f1

Perkara yang merosakkan / membatalkan aqidah

Perkataan - Menghina Agama Islam spt. Mencela

Allah dll- Mengubah hukum dengan perkataan

spt menolak kewajipan solat- Bersumpah dengan nama yang lain

daripada Allah- Menyanyi lagu – lagu yang

bertentangan dengan aqidah- Membaca mantera – mantera yang

boleh merosakkan aqidah- Mengubah ayat Al Quran - Dll…

Page 22: Aqidah f1

Perbuatan - Menyembah selain daripada

Allah- Memakai lambang / pakaian yang

mempunyai lambang agama lain- Menghina Al Quran seperti

memijak / mengoyak- Menyertai upacara keagamaan

lain- Sujud selain daripada Allah

Perkara yang merosakkan aqidah

Page 23: Aqidah f1

Perkara yang merosakkan Aqidah

Hati- Meyakini alam terjadi dengan

sendiri- Meyakini bahawa Allah sama

seperti makhluk- Percaya dengan perkara

khurafat / bomoh/ sihir/ ilmu hitam/ tangkal

- Ragu – ragu dengan Rukun Iman, Rukun Islam dll

Page 24: Aqidah f1

Perkara / sebab / faktoryang mendorong salah laku aqidah

- Kelemahan iman - Hasutan Syaitan- Kurang didikan agama- Terpengaruh dengan

keduniaan/ harta / rakan - Lalai dengan hiburan / harta- Benci kepada majlis ilmu/

ulamak

Page 25: Aqidah f1

Usaha/ amalan/ cara untuk memantapkan Aqidah

- Sentiasa menghadiri majlis ilmu- Sentiasa menunaikan ibadah

samada fardhu atau sunat- Sentiasa mempelajari /

membaca/ memahami al Quran- Sentiasa bersifat dengan sifat

mahmudah- Mencintai ulamak/ membenci

perkara yang melalaikan- Sentiasa berdoa kepada Allah- Dll

Page 26: Aqidah f1

Alam Syahadah

Segala ciptaan Allah yang dapat dilihat , diperhati dan dikaji

melalui pancaindera seperti bulan, bintang , pokok dll. yang

merupakan bukti KEWUJUDAN dan KEKUASAAN ALLAHContoh : Alam yang terbentang

luas dengan pergerakan cakerawala yang tersusun indah

ini mustahil terjadi dengan sendiri . Sudah tentu ada

pencipta yang menciptanya ………..

Page 27: Aqidah f1

Hubungan Aqidah dengan Syariat

Aqidah : Kepercayaan dalam hati berkaitan kewujudan Allah , Rasul, Kitab , Malaikat dsb..….. Rukun Iman Syariat : Peraturan , hukum – hakam , ibadah berkaitan suruhan & larangan

Aqidah & Syariah tidak dapat dipisahkan & saling melengkapi

Aqidah diumpamakan akar pada pokokSyariat diumpamakan batang, dahan , daun dari pokok tersebut.Pengabaian salah satu = iman tidak sempurna

Page 28: Aqidah f1

Contoh Hubungan antara Aqidah dengan SyariatJika kita beriman kpd Allah

Kita akan mentaati & melaksanakan semua perintahNya dan menjauhi laranganNya

Jika kita beriman kpd Rasul

Kita akan mengikut ajaran Rasul &

mengamalkan sunnahnya.

Jika kita beriman kpd Malaikat

Kita akan mencontohi kepatuhan Malaikat, takut melakukan maksiat kerana yakin Malaikat akan mencatat…..

Page 29: Aqidah f1

Asas Aqidah

Islamiah

Islam : selamat / sejahtera … Menyerah diri kepada Allah dengan tunduk dan patuh kepada perintahNya.

Rukun Islam

Iman : Percaya & yakinMengaku dengan lidah , membenarkan dengan hati serta mengamalkan segala perintah Allah

Rukun Iman

Ihsan : Melakukan kebaikan Kesungguhan, ketekunan, keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara semata – mata kerana Allah

Page 30: Aqidah f1

Ciri – ciri Ihsan dalam amalan & kehidupan

Ikhlas semata – mata kerana Allah

Mengikut prosedur/ peraturan

BersyukurBersungguh – sungguh Menjaga adab dan etika

Page 31: Aqidah f1

Soalan : Dalil Akli kewujudan Allah melalui Alam Syahadah

Mengapakah manusia pada fitrahnya tidak dapat menerima kewujudan alam ini tanpa pencipta

Jawapan :Susun atur perjalanan/ pergerakan

bumi / cakerawala mengikut orbitnya sejak berjuta tahun mustahil berlaku/ terjadi dengan sendiri tanpa ada pencipta

Kejadian alam/ mahkluk / manusia yang unik / mengikut sunnatullah ini tidak masuk akal terjadi dengan sendiri.

Page 32: Aqidah f1

Sunnatullah : Peraturan Umum/ kejadian Alam yang berlaku / yang telah ditentukan oleh Allah berdasarkan kudrat, iradah dan ilmu Allah SWT

Proses kejadian siang & malamProses kejadian manusiaProses kejadian hujanProses pergerakan bumi, matahari dllPasang surut laut

Contoh Sunnatullah :

Page 33: Aqidah f1