ARAHAN KEPADA CALON: tiga 30 A, B tiga - · PDF fileMasa tambahan 10 minit diberikan untuk...
-
Upload
truongthuan -
Category
Documents
-
view
230 -
download
4
Transcript of ARAHAN KEPADA CALON: tiga 30 A, B tiga - · PDF fileMasa tambahan 10 minit diberikan untuk...
1
ARAHAN KEPADA CALON:
1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A: 30 soalan objektif Bahagian B: 3 soalan struktur Bahagian C: 4 soalan esei 2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C. 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang
disediakan. Bahagian B pada ruangan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama. 5. Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat. 6. Masa tambahan 10 minit diberikan untuk membaca soalan sebelum menjawab kertas soalan ini.
UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA
BAHAGIAN NO.SOALAN/MARKAH MARKAH
A 30 markah
1 - 30
B 10 markah
1a 1b
C 60 markah
1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b
JUMLAH KESELURUHAN
KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 19 MUKA SURAT BERCETAK DAN SEHELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN
2
BAHAGIAN A ( 30 markah )
Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.
1. Manusia mempunyai sumber dan keupayaan untuk memperkembangkan potensi masing-masing
Manakah antara berikut yang jelas menerangkan tentang potensi manusia?
(A) Wujud dalam diri setiap individu.
(B) Boleh dipelajari dari semasa ke semasa.
(C) Berkembang mengikut tahap yang sama.
(D) Ditentukan oleh individu itu sendiri.
2. Suatu pergerakan yang mendorong, mengekal dan mengarahkan
seseorang ke arah pencapaian matlamat digelar sebagai
(A) motivasi
(B) ganjaran
(C) keperluan
(D) peneguhan 3. Antara berikut manakah situasi yang menunjukkan seorang guru telah mengambil kira perbezaan individu di dalam bilik darjahnya ketika proses pembelajaran ?
.
(A) Memastikan murid terlibat secara aktif semasa aktiviti kumpulan
(B) Mengadakan aktiviti pengkayaan dan pemulihan dalam sesi pengajarannya
(C) Memberi keutamaan dan perhatian sepenuhnya kepada murid
yang lemah sahaja (D) Menggunakan strategi pemusatan guru dalam proses pengajaran
pembelajannya.
3
4. Atong dikenal pasti mempunyai konsep kendiri yang rendah. Sebagai
gurunya, apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu Atong?
(A) memberikannya tugasan yang mencabar
(B) sentiasa memberikan pujian atau ganjaran
(C) menjatuhkan hukuman sekiranya ia melakukan kesalahan
(D) mendorongnya menyertai aktiviti kumpulan yang berdaya maju 5. Ciri-ciri di atas menunjukkan gaya pembelajaran jenis
(A) aktivis (B) theoris
(C) reflektif
(D) pragmatis
6. Seorang murid berjumpa dengan guru bimbingan di sekolahnya untuk mendapatkan bantuan dalam masalah akademik.
Berdasarkan situasi di atas, guru bimbingan harus melaksanakan perkara-perkara berikut kecuali
(A) Membentuk perasaan empati terhadap murid.
(B) Merahsiakan semua maklumat murid.
(C) Membantu murid dalam perkembangannya.
(D) Membuat keputusan yang baik kepada masalah murid.
- lambat menyiapkan sesuatu tugas - membuat kurang kesilapan - mementingkan ketepatan jawapan
4
7. Pembelajaran yang berkesan akan berlaku apabila guru dapat
mewujudkan suasana kondusif semasa proses pengajaran dijalankan.
Yang manakah antara elemen kemahiran komunikasi interpersonal yang dapat menyumbang kepada situasi tersebut?
I. Kecenderungan guru memberi perhatian kepada murid
tertentu. II. Keupayaan guru membina hubungan mesra dengan semua murid. III. Kebolehan guru menegur murid yang bertingkah laku
mengganggu semasa pengajaran. IV. Kebolehan guru memahami emosi murid melalui tindakan
yang ditunjukkan.
V. Kesediaan guru melayan murid dengan menggunakan bahasa daerah.
(A) I, II dan III sahaja (B) I, IV dan V sahaja (C) II, III dan IV sahaja (D) II, IV dan V sahaja
8. Cikgu Ahmad menghadapi masalah pelajar yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh Cikgu Ahmad bagi mengatasi masalah ini? (A) Peraturan-peraturan yang ketat
(B) Sistem piawai yang ditetapkan
(C) Pengukuhan secara sistematik (D) Dendaan secara tekal
5
9. Guru perlu membuat perancangan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Tugas guru ini adalah berkaitan dengan rutin
(A) kelas (B) interaksi
(C) pentadbiran
(D) pergerakan murid
10. Antara berikut yang manakah boleh mewujudkan satu interaksi yang berkesan antara guru dan murid ?
I. Kawalan disiplin murid yang ketat
II. Guru yang autokratik dan tegas
III. Pendapat murid diterima dan dipertimbangkan
IV. Murid diberi kebebasan untuk menjalankan aktiviti
V. Bimbingan dan motivasi diberikan kepada murid yang lambat
(A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) lII, IV dan V sahaja
11. Cikgu Rohani memberi ucapan tahniah kepada Muhammad Hafiz apabila dia telah dapat menjawab soalan Matematik dengan betul. Menurut teori pelaziman Thorndike, hukum apakah yang terlibat dalam tindakan cikgu Rohani itu?
(A) Hukum kesan
(B) Hukum latihan
(C) Hukum kesediaan
(D) Hukum peneguhan
6
12. Teori pembelajaran apakah yang terlibat dalam kenyataan di bawah?
(A) Teori pembelajaran Piaget
(B) Teori pembelajaran Kohler
(C) Teori pembentukan konsep Bruner
(D) Teori pemerosesan maklumat Gagne
13. Kesediaan kognitif merupakan salah satu jenis kesediaan belajar.
Yang manakah antara berikut menggambarkan kesediaan belajar jenis kognitif? (A) Murid sedang menjalankan aktiviti melukis dan mewarna. (B) Murid sedang melakonkan watak ibu penyayang.
(C) Murid sedang diajar cara-cara mengikat tali kasut masing-masing.
(D) Murid sedang membilang nombor 1 hingga 20.
penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba
murid-murid mesti diajar untuk melihat unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan dalam persekitarannya
murid-murid mesti diajar mengenai alternatif lain dalam sesuatu penyelesaian masalah
pengalaman lalu murid menolong mereka dalam proses penyelesaian masalah
7
14. Berdasarkan model pembelajaran Ausubel yang menekankan pembelajaran bermakna, kaedah penemuan ditekankan. Susun pernyataan berikut mengikut urutan proses pembelajaran yang mementingkan pembelajaran bermakna.
I. membuat sintesis
II. menganalisis maklumat
III. membuat penilaian
IV. mengumpul maklumat
V. membuat rumusan
(A) I, III, II, IV dan V
(B) II, V, I, III dan IV
(C) II, IV, I, III dan V
(D) IV, II, I, III dan V
15. Cikgu Abu mengajar tentang bunga. Beliau menggunakan pelbagai jenis
bunga sebagai alat bentu mengajar. Murid diminta mengkaji dan
membuat catatan yang sesuai mengenai ciri-ciri bunga. Akhirnya murid
dibimbing membuat kesimpulan.
Pendekatan yang telah digunakan oleh Cikgu Abu ialah
(A) deduktif
(B) eklektif
(C) induktif
(D) inklusif
8
16. Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran yang kompleks. Bagi menyelesaikan masalah, murid perlu mengetahui tentang pembinaan konsep dan urutan langkah penyelesaian masalah.
Dengan pembinaan konsep, murid dapat
(A) membentuk hukum yang berkaitan
(B) mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian
(C) membandingkan ciri-ciri yang terdapat dan membuat rumusan.
(D) menggunakan perkaitan antara pengalaman lama dengan pengalaman baharu.
17.
Semua maklumat di atas menepati ujian
(A) pencapaian (B) perlakuan (C) rujukan norma (D) rujukan kriteria
Sesuai untuk menguji kemahiran asas.
Meliputi satu bidang pelajaran yang terhad.
Soalan mempunyai kesukaran yang hampir sama.
Membandingkan pencapaian dengan objektif pembelajaran
9
18.
Bil. Tajuk Pengajaran dan Pembelajaran
Masa Kuliah
Bilangan Item
1 Teori dan Proses Pembelajaran 8 jam ? 2 Pengajaran 13 jam
3 Pengujian dan Penilaian 4 jam
Jumlah 25 jam 75
Jika jumlah bilangan item yang hendak dibina dalam Jadual Penentuan Ujian di atas ialah 75, bilangan item untuk tajuk “Pengajaran” adalah
(A) 36
(B) 39
(C) 42
(D) 45
19.
Subjek Data
Bahasa Inggeris Geografi
Min 55 64
Sisihan Piawai 5 8
Markah Murid 60 60
Walaupun seorang murid mendapat markah yang sama bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Geografi, prestasi murid tersebut bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dikatakan lebih baik daripada mata pelajaran Geografi kerana (A) nilai skor Z bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah 1.
(B) nilai skor T bagi mata pelajaran Geografi adalah 60.
(C) nilai skor T bagi mata pelajaran Geografi adalah lebih tinggi daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris. (D) nilai sisihan piawai bagi mata pelajaran Geografi adalah kurang daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris.
10
20. Cikgu Zubaidah selalu menilai pelajarnya melalui ujian bulanan. Penilaian berasaskan sekolah telah membantunya dalam beberapa cara. Apakah kelebihan penilaian berasaskan sekolah?
I. Mendiagnos pertumbuhan dan perkembangan pelajar II. Membenarkan penilaian berterusan ke atas pelajar
III. Membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian
akademik pelajar
IV. Perhatian serta merta ke atas masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar
V. Memberi maklumat terperinci tentang pencapaian
keseluruhan pelajar
(A) I,II dan IV sahaja
(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, IV dan V sahaja
(D) III, IV dan V sahaja
21. Guru sering berhadapan dengan murid yang mengalami pelbagai jenis masalah pembelajaran .
Antara berikut pilih murid yang jelas memerlukan pendidikan pemulihan.
(A) See Lew lemah dalam mata pelajaran sains.
(B) Muthu mendapat jumlah markah yang sangat rendah dalam peperiksaan akhir tahun.
( C) Ah Kow tidak dapat membezakan antara huruf b dan d.
( D ) Kasim kerap kali melihat ke luar bilik darjah semasa pengajaran guru.
11
22.
Jenis aktiviti pengkayaan yang paling sesuai dengan huraian di atas ialah (A) kelas tambahan (B) kerja projek (C) bacaan tambahan (D) permainan dan rekreasi
23. Dengan memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seseorang guru dapat
(A) menjadikannya sebagai panduan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (B) menghayatinya agar nilai profesionalisme keguruan akan lebih
terserlah. (C) menyedari tentang pentingnya nilai-nilai murni dalam bidang pendidikan dan kehidupan manusia umumnya. (D) menyemai rasa tanggungjawab terhadap tugas guru dalam membangun diri insan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan.
Memberi peluang bekerja secara bersendiri atau berkumpulan
Melibatkan murid dalam perkara yang diminatinya.
Menggalakkan murid bertambah aktif serta berinisiatif.
Mengembangkan sifat bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat
12
24. Mata pelajaran Matematik dan Sains telah diajar dalam bahasa Inggeris pada Tahun Satu di sekolah rendah mulai tahun 2003.
Apakah faktor utama yang mendorong perubahan ini dalam
perkembangan kurikulum di Malaysia?
(A) Pergolakan politik.
(B) Keperluan globalisasi. (C) .Penghasilan tenaga kerja yang berkaliber.
(D) Aspirasi komuniti dan masyarakat
25. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan memberikan setiap
murid peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan.
Antara objektif-objektif KBSR adalah bagi membolehkan murid menguasai
I. komunikasi guru II. kemahiran mengira
III. kemahiran belajar
IV. Bahasa Melayu dengan baik
V. Membina sikap dan perlakuan yang baik
(A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) I, II, IV dan V sahaja (D) II, III, IV dan V sahaja
13
26. Akauntabiliti guru terhadap profesionnya dapat dikekalkan dengan langkah-langkah berikut kecuali
(A) menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawat. (B) melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati. (C) mematuhi semua peraturan yang dikuatkuasakan. (D) meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan profesion.
27. Pernyataan yang paling tepat tentang peranan guru sebagai agen perubahan dalam bilik darjah ialah
(A) merancang dan menentukan objektif pengajarannya . (B) mengenal pasti murid yang bermasalah dan bertindak untuk
mengatasinya. (C) sentiasa bergerak aktif dan proaktif apabila mengendalikan aktiviti-
aktiviti dalam bilik darjah. (D) mementingkan perkembangan diri murid mengikut situasi semasa.
14
28. Cikgu Amri sentiasa cuba meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemahiran pemudahcaraan.
Yang manakah kemahiran pemudahcaraan yang berikut perlu dilaksanakan oleh Cikgu Amri?
I. Mewujudkan hubungan yang baik di antara guru dan murid. II. Memotivasi dan menggerakkan murid dalam kelasnya. III. Memastikan murid mencapai prestasi akademik. . IV. Memberi arahan yang jelas dan ringkas kepada murid. V. Menyampaikan isi pelajaran dengan lebih terperinci.
(A) I, II, dan III sahaja (B) I, III dan V sahaja
(C) II, III, dan IV sahaja
(D) II , IV dan V sahaja 29. Pelaksanaan Kursus Dalaman adalah bertujuan untuk meningkatkan
profesionalisme guru. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan Kursus Dalaman?
(A) Guru terlatih bukan siswazah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
(B) Guru sementara ditawarkan Kursus Dalam Cuti untuk mendapat Diploma Pendidikan. (C) Guru terlatih mata pelajaran Matematik mengikuti Kursus Conversion selama 6 minggu di Maktab Perguruan.
(D) Guru terlatih di sekolah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh rakan sejawat yang baru selesai mengikuti kursus di RECSAM.
15
30. Dalam bidang pendidikan cabaran yang tidak mungkin dilakukan oleh guru ialah
(A) mengubah tingkah laku pelajar (B) meningkatkan taraf sosioekonomi pelajar
(C) menyediakan gaya pembelajaran yang menjamin kejayaan seseorang pelajar
(D) menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza untuk pelajar yang berbeza
16
BAHAGIAN B (10 markah)
Jawab semua soalan 1. Menurut Erikson, kanak-kanak mempunyai ciri-ciri perkembangan individu
dan emosi yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang mereka alami.
(a) Nyatakan dua ciri perkembangan psikososial yang dialami oleh
kanak-kanak yang berumur antara 6 – 12 tahun.
(i)_________________________________________________ (ii) ________________________________________________
(4 markah)
(b) Berdasarkan ciri-ciri perkembangan psikososial yang dijelaskan di atas, cadangkan tiga cara guru dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai perkembangan psikososial yang positif untuk peringkat perkembangan yang seterusnya.
(i) __________________________________________________
__________________________________________________ (ii) ___________________________________________________ __________________________________________________ (iii) __________________________________________________ ___________________________________________________
(6 markah)
17
BAHAGIAN C (60 markah)
Jawab tiga soalan sahaja. Jawab soalan 1 dan mana-mana dua soalan lain 1. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran motivasi dan komunikasi
berkesan merupakan aspek-aspek utama untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
(a) Cadangkan lima cara guru boleh lakukan untuk menimbulkan motivasi murid di bilik darjah.
(10 markah)
(b) Huraikan lima amalan komunikasi berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
(10 markah) 2. Bruner menekankan pembentukan konsep sebagai asas pembelajaran.
Semasa mempelajari sesuatu, pelajar sendiri mesti melibatkan diri secara aktif dengan cara menemui sendiri pertalian dan struktur antara berbagai rangsangan dalam persekitarannya.
(a) Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai, tiga jenis konsep
yang dikemukakan oleh Bruner.
(10 markah) (b) Jelaskan empat pertimbangan penting semasa guru merancang
sesuatu pengajaran inkuiri penemuan.
(10 markah)
18
3. Jadual berikut menunjukkan keputusan ujian Matematik bagi 30 orang murid Tahun 3 Cemerlang. Markah lulus bagi ujian tersebut adalah 50.
(a)
Markah Kekerapan
80 – 89 1
70 – 79 3
60 – 69 7
50 – 59 13
40 – 49 3
30 – 39 1
20 – 29 2
( i) Hitungkan peratus murid yang lulus. (1 markah)
(ii) Kirakan min bagi skor di atas.
(2 markah)
(iii) Cari sisihan piawai bagi ujian tersebut. (3 markah)
(iv) Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tafsirkan prestasi kumpulan murid yang mengambil ujian tersebut.
(4 markah)
(b) Terdapat sekumpulan murid yang gagal dalam ujian Matematik.
Huraikan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil oleh seorang guru untuk membantu murid-murid tersebut.
( 10 markah)
19
4.
(a) Huraikan lima elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(10 markah)
(b) Terangkan lima cara seorang guru boleh meningkatkan profession keguruannya.
(10 markah)
Dalam usaha menunaikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia, ia itu melahirkan rakyat Malaysia yang berkaliber dan insan yang harmoni dan seimbang, seorang guru seharusnya melengkapi diri dari segi peningkatan profesion keguruan dari semasa ke semasa agar dapat memainkan peranannya dengan berkesan dalam bidang pendidikan.