Aras Soalan

4

Click here to load reader

description

yse

Transcript of Aras Soalan

Aras PengetahuanPilih jawapan yang betul1. Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah __________.A Gunung TahanB Gunung EverestC Gunung KinabaluD Gunung Himalaya2. Asraf membeli beg sekolah dan alat tulisnya di__________.A. kedai B. kilangC. bengkelD. perpustakaan

Aras Kefahaman1. Pilih ayat tunggal yang betulI. Ibu sedang menggoreng ayam di dapur.II. Aminah akan ke bandar esok hari.III. Kamariah suka makan ayam dan ikan goreng.IV. Raju tersepak batu lalu tersungkur di atas tanah.A. I dan IIB. I dan IIIC. III dan IVD. I, II dan III

2. Kamal dan rakan-rakannya memang gemar mandi di ______ kerana airnya yang jernih dan menyegarkan.A. payaB. kolam renangC. sungaiD. sawahAras AplikasiPilih jawapan yang betul1. ________ kah nama kucing peliharaan kamu itu?A ApaB BilaC SiapaD Berapa

2. Siti merupakan seorang gadis yang bersopan santun.

Perkataan yang bergaris sesuai digantikan dengan:

A. baikB. kemasC. hormatD. lemah lembut

Aras Analisis1. Pilih kata panggilan yang sesuai bagi tempat kosong di atas.Perdana Menteri Malaysia, iaitu _____________ Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia iaitu __________________ Dato Dr. James Dawos Mamit telah menghadiri majlis perasmian sempena Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di Kuala Lumpur semalam. Pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik dipersembahkan kepada para hadirin yang datang.

A. Yang Amat Berhormat dan Yang BerbahagiaB. Yang Amat Mulia dan Yang DipertuaC. Yang Berhormat dan Yang Amat BerbahagiaD. Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat

2. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Musa merupakan seorang kanak-kanak yang ______ dan _______ jika hendak dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain hinggakan dia tidak menggunakan kerusi untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.

A. besar dan kecilB. tinggi dan besarC. segak dan pendekD. kurus dan pendek

Aras Sintesis1. Pilih susunan ayat majmuk yang betul

A. Ali tidak dapat mengawal basikalnya lalu terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.B. Ali terjatuh ke tepi jalan di dalam longkang lalu tidak dapat mengawal basikalnya.C. Terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan lalu Ali tidak dapat mengawal basikalnya.D. Ali dapat mengawal basikalnya lalu tidak terjatuh di tepi jalan ke dalam longkang.

2. Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai.

Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan

A. Anak kurang didikan yang betul B. Menunjukkan contoh yang baik kepada anakC. Ayah mengajar anak yang tidak pandai berjalanD. Mengajar anak pekara yang betul sedangkan diri sendiri tidak melakukannya