Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

10
CONTOH ARAS APLIKASI Tajuk: Pembinaan Negara dan Bangsa yang Merdeka Sub Tajuk: Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua Aktiviti: Perbincangan Kumpulan Kata Kunci: Mengemukakan, menjelaskan, mengaitkan, menilai Contoh Strategi: Berasaskan

description

Berikut ialah contoh soalan KBAT aras aplikasi, Sejarah SPM Malaysia, tingkatan 5, tingkatan 4.

Transcript of Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

Page 1: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

CONTOH ARAS APLIKASI

Tajuk: Pembinaan Negara dan Bangsa yang MerdekaSub Tajuk: Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia KeduaAktiviti: Perbincangan KumpulanKata Kunci: Mengemukakan, menjelaskan, mengaitkan, menilaiContoh Strategi: Berasaskan bahan / sumber

Page 2: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

• “Bukanlah kita jumlahkan daripada pelajaran-pelajaran yang dikatakan (menuntut ilmu Allah) sebagaimana di pondok-pondok dan surau atau di serambi-serambi masjid itu tapi yang kita maksudkan iaitu pelajaran-pelajaran yang sebenar-benarnya. Islam menuntut dan memahamkan hukum-hakam dan pengetahuan-pengetahuan adab dan ketukangan, kepandaian di dalam perusahaan, perniagaan, dan pergaulan hidup serta ubat-ubatan jua sebagaimana yang dikenali daripada tawarikh-tawarikh dan kitab-kitab pengetahuan Islam ini semenjak kezahirannya di dalam pimpinan yang dibenarkan dan disukai oleh tuntutan agama yang sebenar-benarnya dahulu dan sekarang.”

• Petikan daripada Akhbar Saudara 21 Mac 1934• Pilih stimulus yang ringkas dan mudah, padat dan membantu /

membimbing pelajar menjawab soalan.

Page 3: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

• Kaum Muda telah menyampaikan idea mereka dan menjana ajaran Islam dari sudut dunia termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik, dan sosial orang Melayu. Jika anda ialah salah seorang penduduk Melayu pada masa itu, apakah tindakan anda untuk menyahut cabaran / gesaan Kaum Muda itu?

• Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda mengaplikasikan idea Kaum Muda untuk kemajuan kendiri?

Page 4: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

CONTOH ARAS ANALISIS

• Tajuk: Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

• Sub Tajuk : Pembinaan Negara dan Bangsa• Aktiviti: Membina Jadual / Peta Minda yang

sesuai• Kata Kunci: Membuat perbandingan,

mengkelas, membuat analisis• Contoh Strategi: Kajian teks m/s 67-71,

berdasarkan sumber

Page 5: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

• Bandingkan pembentukan negara bangsa di Eropah dengan pembentukan negara Malaysia.

• Negara bangsa Jerman/Itali dengan Negara Islam Madinah/Malaysia

SOALAN

Page 6: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

Contoh 1 : Soalan Aras Penilaian

• Tajuk: Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

• Sub Tajuk: Dasar Ekonomi British• Kata Kunci: Menilai, Membahas• Strategi: Teknik Penyoalan, Perbincangan

Page 7: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

SOALAN

• Bahaskan pandangan anda dengan menggunakan peta pemikiran (peta buih) tentang sejauh manakah dasar ekonomi British memberi kesan terhadap masyarakat Melayu sehingga hari ini.

• Pendekkan jangka masa. “Sehingga kemerdekaan Tanah Melayu.”

• Boleh gunakan peta pokok jika kesan meliputi pelbagai aspek

• Memberi kesan dari aspek tertentu (politik/ekonomi/sosial) boleh guna peta buih

Page 8: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

Contoh Soalan Aras Mencipta

• Tajuk: Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

• Sub Tajuk: Dasar Ekonomi British• Kata kunci: Mencipta, mencadang• Strategi: Berasaskan sumber

Page 9: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

Dasar ekonomi British dan kesannya.

Imigran

Orang Melayu

Page 10: Contoh Soalan Kbat Sejarah SPM Aras Aplikasi

Soalan

• Ramalkan apakah yang mungkin akan berlaku sekiranya British tidak melaksanakan dasar kemasukan buruh/imigran dari luar.

• Stimulus perlu lebih menggambarkan kewujudan imigran / aktiviti mereka