Article Kajian Tindakan BI

download Article Kajian Tindakan BI

of 12

Transcript of Article Kajian Tindakan BI

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    1/12

    67

    Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris

    Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar

    Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2

    OlehNOR IDAYU BINTI IDRUS

    Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan

    27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

    ABSTRAK

    Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti penyelesaian kepada masalah yang

    dihadapi oleh murid- murid dalam kemahiran menulis ayat mudah atau simple

    sentences dalam bahasa Inggeris. Masalah ini boleh memberi kesan terhadap

    tahap penguasaan bahasa Inggeris dan dan pencapaian murid dalam peperiksaan

    terutamanya Kertas Dua. Dalam menghasilkan ayat mudah yang baik, seseorang

    murid perlu menguasai beberapa kemahiran. Salah satu daripadanya ialah kemahiran

    mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci. Kebanyakan murid hanya

    bergantung kepada kata kunci yang telah diberikan dan ini menyebabkan mereka

    tidak dapat mengembangkan ayat dengan lebih baik. Seramai 18 orang murid dipilih

    sebagai responden kajian. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 2 Mulia, iaitu

    sebuah kelas yang agak lemah. Pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Bahasa

    Inggeris adalah kurang menggalakkan. Lantas guru mencuba kaedah latih tubi

    membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci untuk meransang minatmurid. Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan

    Ujian Pasca dan juga pemerhatian secara informal. Dalam kajian ini, murid telah

    didedahkan tentang cara-cara memperoleh lebih kata kunci dengan cara mentafsir

    gambar, mengeluarkan kata kunci dan membandingkan dengan kata kunci yang telah

    diberikan. Kajian ini dijalankan selama 2 minggu dalam 2 sesi pengajaran (60 minit

    setiap pengajaran).

    ISU KAJIAN

    Bahasa Inggeris merupakan salah satu mata pelajaran teras yang sangat penting, sama ada di SekolahKebangsaan atau di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada dasarnya, murid-murid akan dinilai dalam dua

    kertas ujian iaitu kertas 1 dan kertas 2 yang lebih menjurus kepada kemahiran menulis.

    Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah murid tidak begitu gemar menulis atau membina ayat

    dalam bahasa Inggeris walaupun murid telah diberikan bantuan gambar rajah dan kata kunci. Terdapat

    beberapa kemahiran membina ayat yang biasa di gunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Di

    antaranya ialah membina ayat dengan bantuan gambar, kata kunci, menyambungkan keratan ayat, dan

    melengkapkan tempat kosong atau word cues. Kemahiran membina ayat biasanya akan diuji dalam

    kertas 2 dan soalan yang biasanya diberikan ialah murid diminta membina ayat berdasarkan salah

    satu daripada kemahiran-kemahiran di atas. Daripada ujian PKSR 1 yang telah diadakan pada bulan

    Mac 2005 yang lalu terdapat ramai murid yang tidak dapat menjawab hampir kesemua soalan yangdiberikan.

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    2/12

    68

    REFLEKSI ISU KAJIAN

    Di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut Pahang, kelemahan murid tahun 2 Mulia dalam

    kemahiran membina ayat boleh dilihat dalam markah ujian PKSR 1 yang lalu. Dalam ujian tersebut

    didapati bahawa pelajar hanya dapat menjawab 30% daripada 8 soalan membina ayat walaupun

    telah diberi bantuan kata kunci. Daripada pemerhatian saya juga, murid mudah berputus asa apabila

    diberikan soalan yang sedemikian. Mereka akan mengambil jalan mudah dengan menyalin semulaperkatan-perkataan yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan.

    Oleh itu, fokus kajian saya ialah meningkatkan kemahiran membina ayat Bahasa Inggeris melalui latih

    tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini bertujuan untuk :

    a) Meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris melalui latih tubi

    menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

    b) Merancang tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat bahasa Inggeris

    melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

    c) Menilai keberkesanan tindakan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat

    bahasa Inggeris melalui latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci.

    KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN

    Responden kajian terdiri daripada 18 orang murid tahun 2 Mulia (5 orang lelaki dan 13 orang

    perempuan). Mereka dalam lingkungan umur 8 tahun dan mempunyai pencapaian akademik yang

    secara keseluruhannya sederhana dan lemah. Sepanjang sesi pengajaran, hanya murid yang berpotensi

    untuk cemerlang sahaja yang memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran. Murid-murid berminat

    mempelajari Bahasa Inggeris terutamanya dalam sesi bacaan tetapi kurang berminat dalam sesi

    penulisan atau Shared Writing. Saya perlu lebih banyak bersabar dan perlu menyediakan lebih banyak

    gambar rajah yang menarik untuk membantu murid-murid membina ayat. Memandangkan di dalam

    kelas tahun 2 Mulia ini terdapat beberapa orang murid yang masih tidak menguasai kemahiran

    membaca dan menulis, maka tidak semua murid dilibatkan dalam kajian ini.

    INSTRUMEN KAJIAN

    Instrumen kajian yang saya gunakan adalah Ujian Pra, Ujian Pasca dan juga pemerhatian informal

    bagi tujuan mengumpul maklumat.

    SOALAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

    Saya telah melaksanakan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Selepas sesi

    pengajaran dan pembelajaran tersebut selesai, saya menjalankan ujian Pra bagi mengetahui tahapkeupayaan murid-murid dalam membina ayat. Murid-murid diminta untuk membina sebanyak 5 ayat

    mudah (Sila rujuk Lampiran C).

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    3/12

    69

    Gambar dan kata kunci diberikan sebagai bantuan tetapi guru tidak menerangkan cara atau kaedah

    bagi menulis ayat mudah yang lebih baik. Topik yang dipilih ialah berkaitan dengan haiwan, gambar

    rajah diberikan dan kata kunci adalah di antara 2 hingga 3 patah perkataan. Murid telah diberi masa

    selama 30 minit untuk menjawab soalan tersebut. Selepas semua jawapan dikumpul, saya menilai

    setiap jawapan murid. Penilaian dibuat dari segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan

    perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila rujuk Jadual 1).

    Pada minggu yang berikutnya, saya telah menjalankan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran

    yang berbeza dengan menggunakan kaedah mentafsir gambar bagi memperolehi lebih kata kunci

    berdasarkan kemahiran membina dan menulis ayat yang sama seperti dalam ujian pra. Saya telah

    menerangkan kepada murid bahawa kaedah yang lebih baik untuk membina ayat mudah adalah dengan

    cara cuba mentafsirkan gambar yang diberikan. Murid cuba mengeluarkan lebih kata kunci di samping

    menggunakan kata kunci yang telah diberikan.

    Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah menjalankan ujian Pasca yang juga

    mengandungi 5 soalan membina ayat dengan bantuan gambar rajah dan kata kunci bagi menguji

    keberkesanan penggunaan kemahiran tersebut. (Sila rujuk Lampiran D). Penilaian juga dibuat dari

    segi dua kemahiran utama iaitu nahu atau grammar dan perbendaharaan kata atau vocabulary (Sila

    rujuk Jadual 1).

    Selain itu, murid-murid juga dinilai dan diletakkan di dalam kategori lemah, sederhana dan cemerlang

    bagi kedua-dua ujian yang dijalankan dalam bentuk peratusan (Sila rujuk Jadual 2).

    TEKNIK PEMERHATIAN

    Teknik pemerhatian digunakan untuk mendalami masalah membina ayat yang dihadapi. Pemerhatian

    informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Sila rujuk LampiranE). Tujuan pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran

    membina ayat.

    Instrumen bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca diperoleh daripada buku latihan Unik Didik Sdn Bhd di

    bawah kemahiran 4.8.2 iaitu menulis ayat mudah dengan bantuan. Bagi saya gambar yang diberikan

    adalah bersesuaian dengan kata kunci yang diberikan, mudah difahami dan dapat menarik minat

    murid. Saya juga telah meminta pendapat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman mengajar

    Bahasa Inggeris Tahap Satu tentang kesesuaian pemilihan instrumen tersebut.

    Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah murid-murid tidak cuba untuk berfikir lebih lama

    sebelum membina ayat. Kebanyakannya lebih suka mengambil jalan mudah dengan menyalin semula

    sahaja kata kunci yang diberikan. Saya perlu lebih sabar dan tekun dalam memastikan murid-murid

    cuba mencambahkan idea-idea mereka dalam mengeluarkan kata kunci yang lebih banyak dengan

    menggunakan gambar yang diberikan.

    LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

    Pelaksanaan tindakan telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut untuk setiap sesi pengajaran

    dan pembelajaran. Berikut adalah bagaimana pelaksanaan rancangan tersebut dilaksanakan.

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    4/12

    70

    Minggu Pertama

    Pada minggu pertama dalam sesi yang pertama, pada 18 Julai 2005, guru telah menjalankan

    sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa yang memfokus kepada kemahiran membina

    ayat mudah dengan bantuan. Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung selama 30

    minit dan 30 minit kedua, guru telah mengadakan Ujian Pra (Sila rujuk Lampiran A). Dalam

    ujian ini murid dikehendaki membina 5 ayat mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci.Jawapan yang diperolehi dikumpul dan disemak untuk tindakan seterusnya.

    Minggu Kedua

    Pada minggu kedua hari yang pertama, pada 25hb Julai 2005, saya telah menjalankan sesi

    pengajaran dan pembelajaran yang sama . Tetapi dalam sesi ini saya telah memperkenalkan

    kaedah yang lebih baik supaya murid dapat membina ayat yang lebih baik. Saya menerangkan

    bahawa selain membina ayat dengan bantuan kata kunci yang diberikan, murid boleh

    memperolehi lebih banyak kata kunci berdasarkan gambar yang diberikan. Murid perlu cuba

    mentafsirkan gambar yang diberi dengan cara cuba mengeluarkan seberapa banyak kata

    kunci dari gambar tersebut.

    Pada sesi-sesi yang seterusnya iaitu pada hari yang kedua, ketiga dan keempat, saya

    menyediakan latih tubi kepada murid. Dalam sesi ini saya cuba melihat sejauh mana murid

    cuba berbincang dalam kumpulan dan cuba mengeluarkan seberapa banyak kata kunci

    daripada gambar yang diberikan. Murid menyenaraikan kata-kata kunci baru yang diperoleh

    bersebelahan dengan gambar tersebut. Kata-kata kunci baru yang diperoleh sama ada dalam

    bentuk kata nama am, kata nama khas, kata kerja dan lain-lain lagi. Murid juga mengenal pasti

    di mana harus diletakkan tanda bacaan yang sesuai di dalam ayat-ayat tersebut. Sepanjang

    sesi ini juga guru dapat membuat pemerhatian secara informal bagi mengkaji perubahan

    tingkah laku murid dalam menguasai kemahiran membina ayat.

    Pada hari yang terakhir dalam minggu kedua, iaitu pada 29 Julai 2005 saya telah mengadakan

    Ujian Pasca untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam kemahiran membina ayat

    mudah dengan bantuan gambar dan kata kunci selepas sesi pengajaran dan pembelajaran

    (Sila rujuk Lampiran B). Dalam ujian ini, murid dikehendaki membina 5 ayat mudah juga

    dengan bantuan gambar dan kata kunci. Terdapat juga segelintir murid yang tidak cuba

    menjawab soalan dan masih meneruskan tabiat lama iaitu hanya menyalin semula perkataan

    yang diberikan. Tidak dinafikan wujud perasaan sedih bercampur kecewa dalam diri saya

    kerana masih ada segelintir murid yang tidak mahu berubah.

    PENGUMPULAN DATA

    Antara cara pengumpulan data yang dijalankan ialah :

    Soalan Kajian

    Ujian Pra dan Ujian Pasca dijalankan untuk mendapat maklumat kemahiran murid membina ayat

    mudah melalui kaedah latih tubi membina ayat dengan kaedah mentafsir gambar dan dengan bantuan

    kata kunci.

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    5/12

    71

    Teknik Pemerhatian

    Pemerhatian informal dilakukan terhadap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan

    pemerhatian adalah untuk mengkaji perubahan tingkah laku penguasaan kemahiran membina ayat.

    Antara aspek-aspek pemerhatian ialah sama ada murid berbincang, murid cuba mentafsir gambar,

    murid menyenaraikan kata kunci di sebelah gambar dan murid menggunakan kesemua kata kunci baru

    dan lama.

    ANALISIS DATA

    Selepas selesai menjalankan ujian Pra dan ujian Pasca, guru telah mengumpul kesemua kertas jawapanuntuk dibuat penilaian. Penilaian dibuat berdasarkan skema-skema di bawah:

    a) Nahu atau grammarMurid akan diberikan 5 markah penuh sekiranya berjaya memberikan kata kunci yangmaksimum. Kata kunci boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata hubung, tanda

    bacaan dan lain-lain lagi. Markah akan ditolak sekiranya murid langsung tidak memberikankata kunci yang baru selain daripada kata kunci yang diberikan.

    b) Perbendaharaan kata atau vocabularyMurid dikehendaki membina ayat mudah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 patah

    perkataan. Sekiranya betul dan tepat, 10 markah akan diberikan dan sekiranya perkataanyang ditulis adalah kurang daripada 5 patah perkataan atau tidak lebih daripada kata kunciyang diberikan, maka markah akan ditolak.

    Jadual 1 : Ujian Pra dan Ujian Pasca

    * Nama-nama murid di atas adalah nama samaran.

    Amirul suffian

    Muhammad Syahfiq

    Sheikh Amirul Hafizi

    Syamir Izzuddin

    Zahiruddin

    Elly Hazlin

    Farsha Farhana

    Idayu HifazihaIzzattie

    Nor Farisha

    Noris Farisha

    Nur Asyuhada

    Nu Hazren

    Nur Nafisa

    Nuurul Huda

    Puteri Nurhalida

    Siti Norhidayah

    Siti Nur Najwa

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    89

    10

    11

    12

    13

    14

    15

    16

    17

    18

    4

    4

    2

    2

    3

    4

    2

    24

    2

    2

    4

    2

    2

    4

    4

    2

    2

    51

    6

    2

    5

    7

    4

    3

    7

    67

    6

    5

    5

    3

    3

    5

    5

    2

    3

    84

    10

    6

    7

    9

    7

    7

    9

    811

    8

    7

    9

    5

    5

    9

    9

    4

    5

    135

    4

    4

    3

    2

    3

    4

    2

    24

    4

    3

    4

    2

    2

    4

    4

    2

    2

    55

    Jumlah

    8

    8

    5

    6

    6

    6

    6

    79

    7

    7

    6

    6

    6

    8

    6

    3

    6

    116

    12

    12

    8

    8

    9

    10

    8

    913

    11

    10

    10

    8

    8

    12

    10

    5

    8

    171

    JumlahPNPNMuridBil

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    6/12

    72

    Setiap markah penilaian adalah seperti di dalam Jadual 1 dan rumusan tahap pencapaian murid

    dalam bentuk peratusan boleh dilihat di dalam Jadual 2 di bawah:

    Jadual 2 : Rumusan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Berdasarkan Ujian Pra, hanya 1 orang murid (6%) berjaya mencapai tahap cemerlang (11 -15 markah).

    13 orang murid (72%) mencapai tahap sederhana (6 -10 markah). 4 orang daripada mereka hanya

    mencapai tahap lemah (1 -5 markah). Daripada data yang telah dikumpulkan, bolehlah dirumuskan

    bahawa kebanyakan murid tidak tahu dan tidak faham bagaimana membina ayat mudah dengan bantuan

    gambar dan kata kunci. Mereka hanya menulis ayat berbantukan kata kunci tanpa mengambil kira

    gambar yang juga diberi sebagai bantuan. Kebanyakan murid juga mempunyai perbendaharaan kata

    yang kurang dan ini tidak membantu mereka memperoleh markah yang tinggi. Idea-idea mereka adalah

    terhad. Daripada ujian tersebut juga, boleh dirumuskan bahawa murid-murid biasanya mengambil

    jalan mudah untuk membina ayat dengan menyalin semula kata kunci yang diberikan tanpa membuatsebarang penambahan bagi memperolehi ayat yang lebih panjang dan lebih baik.

    Jadual 2 juga menunjukkan bahawa, dalam Ujian Pasca, 5 orang murid (27%) telah mencapai keputusan

    cemerlang, 12 orang murid (67%) telah mencapai keputusan yang sederhana dan seorang murid (6%)

    mencapai keputusan yang lemah. Ini menunjukkan bahawa selepas tindakan telah diambil, bilangan

    murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang telah bertambah di dalam Ujian Pasca

    iaitu daripada 1 orang murid kepada 5 orang murid. Namun begitu, masih ada lagi seorang murid

    daripada kumpulah yang lemah yang masih tidak tahu membina dan menulis ayat.

    Bagi tahap sederhana, menunjukkan bilangan murid yang telah berkurang iaitu 13 orang (72%)

    dalam Ujian Pra kepada 12 orang murid (67%) dalam Ujian Pasca. Namun pengurangan ini masih

    menunjukkan kesan yang positif memandangkan kebanyakan murid yang berada pada tahap ini telah

    berjaya berada di dalam kumpulan yang cemerlang. Ini menunjukkan bahawa murid-murid ini telah

    memahami kaedah membina ayat dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

    Daripada keputusan Ujian Pasca dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran murid dalam membina ayat

    melalui kaedah latih tubi membina ayat mudah dengan kaedah mentafsir gambar dan bantuan kata

    kunci telah meningkat dan keadaan ini mungkin boleh dikaitkan dengan tindakan yang dilakukan oleh

    guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kajian tindakan yang dilakukan.

    Pemerhatian informal yang dibuat juga menunjukkan murid cuba mentafsir gambar yang diberi,

    menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar dan murid juga cuba menggunakan kesemua katakunci yang baru dan lama di dalam ayat yang dibina.

    Bil Bil Peratus

    4 (22%)

    13 (72%)

    1 (6%)

    1 (6%)

    12 (67%)

    5 (27%)

    Peratus

    Lemah (1 - 5 markah)

    Sederhana (8 - 10 markah)

    Cemerlang (11 - 15 markah)

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    7/12

    73

    REFLEKSI TINDAKAN

    Sepanjang kajian ini, saya berhadapan dengan beberapa kekangan. Antaranya murid- mudah berputus

    asa apabila diberikan latihan yang berbentuk kemahiran membina ayat. Selain itu, sepanjang tempoh

    kajian saya mengalami masalah kesuntukkan masa kerana terlibat dengan program-program sekolah

    yang lain. Namun, berkat kesabaran dan bantuan daripada rakan-rakan, kajian ini dapat disiapkan

    seperti yang dirancang.

    Hasil daripada kajian tindakan ini, saya dapat mengenal pasti bahawa kelemahan pelajar dalam membina

    ayat terutamanya di dalam Bahasa Inggeris berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satu faktornya

    ialah murid tidak cuba menggunakan bantuan yang telah diberikan. Bantuan yang dimaksudkan ialah

    kebiasaannya murid akan diberikan bantuan gambar dan kata kunci untuk membina ayat, tetapi murid

    hanya akan membina ayat dengan bantuan kata kunci sahaja. Mereka tidak cuba mengembangkan idea

    melalui gambar yang diberikan.

    Oleh itu, tindakan yang telah saya ambil adalah dengan menyuruh murid cuba mentafsir gambar

    yang diberikan bagi memperolehi lebih kata kunci atau perbendaharaan kata. Murid seterusnya

    cuba menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar yang diberikan dan memasukkannya ke dalam

    ayat yang akan dibina. Ayat yang dibina menjadi lebih baik dan bilangan perbendaharaan juga telah

    bertambah.

    Walau bagaimanapun, kaedah ini lebih sesuai untuk murid-murid yang berada dalam tahap sederhana

    dan baik. Untuk murid murid yang terlalu lemah, kaedah ini hanya sesuai setelah kaedah-kaedah lain

    yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan bacaan dimantapkan terlebih dahulu. Saya agak berpuas hati

    dengan dapatan kajian yang telah dijalankan. Kajian tindakan gelung pertama ini telah menunjukkan

    bahawa saya telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membina ayat dengan

    bantuan gambar dan kata kunci.

    Kajian ini perlu diteruskan sama ada pada kemahiran yang sama atau kemahiran yang berbeza

    mengikut keperluan murid kerana pencapaian murid banyak bergantung kepada amalan pengajaran

    dan pembelajaran. Selain daripada itu, saya juga berharap kajian tindakan ini dapat dijalankan ke atas

    murid-murid tahun 6. Ini kerana murid-murid tahun 6 mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata

    dan pengetahuan tentang nahu atau grammar yang lebih baik. Gelung pertama merupakan panduan ke

    arah tindakan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

    PENUTUP

    Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

    Pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran membina ayat dengan bantuan gambar dan

    kata kunci telah meningkat. Sekiranya seseorang guru menjalankan kajian tindakan, guru itu dapat

    mengesan masalah pembelajaran yang wujud di kalangan murid dan punca-puncanya. Sekiranya

    punca itu melibatkan amalan pengajaran guru, maka guru perlulah bersikap terbuka, menerima

    kelemahan dan bersedia untuk melakukan perubahan terhadap amalannya. Saya berharap kajian ini

    dapat diteruskan pada gelung yang seterusnya.

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    8/12

    74

    LAMPIRAN A

    Lesson Plan (Action Research)

    Date : 18 July 2005

    Day : Monday

    Year : 2 MuliaTime : 10.10 a.m 11.10 a.m

    Topic: The Animals

    Skills : 4.8.2

    LO : By the end of the lesson, pupils should be able to:

    1) Construct simple sentences with words and pictures guidance.

    Activities:

    STEP 1

    Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read.

    Teacher reads the word cues and pupils listen.

    STEP 2

    Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of

    word and picture cues. Pupils write the sentences on the blackboard.

    STEP 3 ( Independent Work)Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.

    ( Pre-Test)

    STEP 4

    Teacher discusses the answer with pupils.

    Teacher collects all the worksheet

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    9/12

    75

    LAMPIRAN B

    Lesson Plan (Action Research)

    Date : 29 July 2005

    Day : Monday

    Year : 2 MuliaTime : 10.10 a.m 11.10 a.m

    Topic : Foods

    Skills : 4.8.2

    LO : By the end of the lesson, pupils should be able to:

    1) Construct simple sentences with words and pictures guidance.

    Activities :

    STEP 1

    Teacher put up pictures and word cues for the pupils to see and read.

    Teacher reads the word cues and pupils listen.

    STEP 2

    Teacher asks pupils to construct simple sentences with the guidance of word

    and picture cues. Teacher asks pupils to describe the pictures.

    STEP 3

    Teacher asks pupils to list down all the new words beside the pictures.Teacher asks pupils to constuct simple sentences using the new words and

    the word cues given. Pupils write the sentences on the blackboard.

    STEP 3 ( Independent Work)

    Pupils construct 5 sentences individually in the worksheet.

    ( Post-Test)

    STEP 4

    Teacher discusses the answer with pupils.

    Teacher collects all the worksheet

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    10/12

    76

    LAMPIRAN C

    Ujian Pra

    Look at the pictures. Use the words to make simple sentences.

    cat - tame

    dog - likes - meat

    tiger - wild

    fish - lives - water

    tadpole - young - frog

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    11/12

    77

    LAMPIRAN D

    Ujian Pasca

    Make sentences using the notes given.

    Roslan - likes - ice-cream

    Mary - drinks - milk - bed

    grandmother - fruits -everyday

    Ani - eats - rice - fingers

    Meng Chong - uses - chopsticks - eat

  • 8/6/2019 Article Kajian Tindakan BI

    12/12

    78

    LAMPIRAN E

    Borang Pemerhatian

    Tarikh : 25, 26, 27 dan 28 Julai 2005

    Masa : 10.10 11.10

    Tempat : Tahun 2 Mulia

    /

    /

    /

    Murid berbincang

    Murid cuba mentafsir gambar

    Murid menyenaraikan kata kunci disebelah gambar

    Murid menggunakan ke semua kata

    kunci baru dan lama.

    1

    2

    3

    4

    /