articlefile_file_004271.pdf

3
KENYATAAN MEDIA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH Berdasarkan pemantauan berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan isu jerebu yang melanda negara pada masa kini, suka saya menyatakan bahawa isu ini amat perlu ditangani secara bijaksana dan cepat kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada anak- anak kita yang masih bersekolah, terutamanya terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka. Dalam hal ini KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak kita. Bencana jerebu yang berlaku ini adalah di luar kawalan kita. KPM juga telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agar menutup sekolah sekiranya mencapai tahap-tahap tertentu dalam bacaan IPU. Saya juga ingin maklumkan bahawa sejak 15 September 2015 hingga 30 September 2015, KPM telah membuat keputusan menutup sejumlah 4,561 buah sekolah melibatkan seramai 2,617,432 orang murid. Penutupan ini adalah berdasarkan bacaan IPU yang mencecah bacaan Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat pada hari-hari tertentu. Ia juga melibatkan sejumlah 9 buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, 4 Bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, dan Betong serta Tanjung Malim di Perak. Sebagai Menteri Pendidikan, saya juga amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dan ibu bapa akibat penutupan tersebut. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah terlibat tidak perlu mengganti persekolahan mereka akibat penutupan ini. Langkah ini diambil supaya tidak membebankan pihak pengurusan sekolah bagi menggantikan hari-hari penutupan tersebut. Namun, saya mohon semua guru yang terlibat agar dapat mempercepatkan serta menggunakan budi bicara sekolah masing-masing bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh persekolahan sedia ada bagi tahun 2015.

Transcript of articlefile_file_004271.pdf

Page 1: articlefile_file_004271.pdf

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH

Berdasarkan pemantauan berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan isu jerebu yang melanda negara pada masa kini, suka saya menyatakan bahawa isu ini amat perlu ditangani secara bijaksana dan cepat kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak kita yang masih bersekolah, terutamanya terhadap keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka. Dalam hal ini KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada anak-anak kita. Bencana jerebu yang berlaku ini adalah di luar kawalan kita. KPM juga telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) agar menutup sekolah sekiranya mencapai tahap-tahap tertentu dalam bacaan IPU. Saya juga ingin maklumkan bahawa sejak 15 September 2015 hingga 30 September 2015, KPM telah membuat keputusan menutup sejumlah 4,561 buah sekolah melibatkan seramai 2,617,432 orang murid. Penutupan ini adalah berdasarkan bacaan IPU yang mencecah bacaan Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat pada hari-hari tertentu. Ia juga melibatkan sejumlah 9 buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, 4 Bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, dan Betong serta Tanjung Malim di Perak. Sebagai Menteri Pendidikan, saya juga amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dan ibu bapa akibat penutupan tersebut. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan bahawa sekolah-sekolah terlibat tidak perlu mengganti persekolahan mereka akibat penutupan ini. Langkah ini diambil supaya tidak membebankan pihak pengurusan sekolah bagi menggantikan hari-hari penutupan tersebut. Namun, saya mohon semua guru yang terlibat agar dapat mempercepatkan serta menggunakan budi bicara sekolah masing-masing bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dapat diselesaikan dalam tempoh persekolahan sedia ada bagi tahun 2015.

Page 2: articlefile_file_004271.pdf

PT3, PEPERIKSAAN STAM, SPM DAN STPM 2015 Saya juga ingin maklumkan bahawa sekiranya isu jerebu ini berlaku berpanjangan sehingga musim peperiksaan awam iaitu PT3 yang akan dilaksanakan pada 12 hingga 15 Oktober 2015, SPM pada 2 November hingga 8 Disember 2015, Peperiksaan STAM pada 19 hingga 27 Oktober 2015 dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) maka peperiksaan tersebut akan diteruskan juga mengikut jadual yang ditetapkan. Walau bagaimana pun calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu. Peperiksaan adalah aktiviti yang berlaku di dalam bangunan dan tidak dianggap sebagai aktiviti luar. Justeru, peperiksaan akan diteruskan walaupun sekolah ditutup setelah bacaan IPU mencapai lebih daripada 200. PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AWAM Penangguhan Peperiksaan Awam adalah pilihan terakhir di mana akan dilakukan apabila; a. Bacaan IPU bagi sesuatu kawasan telah mencapai 500, iaitu tahap

yang dikategorikan sebagai berbahaya kepada kesihatan; b. di mana pada tahap ini, Kerajaan akan mengisytiharkan darurat

jerebu. Dalam hal ini, sekiranya penangguhan dilakukan, pihak Lembaga Peperiksaan akan memaklumkan kepada semua calon menerusi pelbagai media massa tentang tarikh baru sesuatu peperiksaan awam tersebut akan dilaksanakan. Sekian, terima kasih. DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID Menteri Pendidikan 4 Oktober 2015

Page 3: articlefile_file_004271.pdf

LAMPIRAN

JUMLAH SEKOLAH YANG DITUTUP AKIBAT JEREBU 2015

BIL. SELURUH NEGERI

BAHAGIAN /DAERAH

JUMLAH SEKOLAH

JUMLAH MURID

TARIKH TUTUP JUMLAH

HARI

1 SELANGOR 931 916,223 15,16 & 28.9.2015 3

2 WP KUALA LUMPUR 304 219,066 15,16 & 28.9.2015 3

3 WP PUTRAJAYA 25 19,228 15,16 & 28.9.2015 3

4 NEGERI SEMBILAN 473 191,857 15,16 & 28.9.2015 3

5 MELAKA 314 156,635 15,16 & 29.9.2015 3

6 PAHANG 731 274,467 28.9.2015 1

7 JOHOR 1,178 618,326 29 & 30.9.2015 2

8 SARAWAK

KUCHING 265 129,832 17,18 & 28.9.2015 3

SAMARAHAN 198 54,976 17,18 & 28.9.2015 3

SRI AMAN 70 15,570 28.9.2015 1

BETONG 55 14,991 28.9.2015 1

9 PERAK TANJUNG MALIM 17 6,261 28.9.2015 1

JUMLAH 4,561 2,617,432