Artikel 1
-
Upload
jiapin-chong-jiabin -
Category
Documents
-
view
237 -
download
0
description
Transcript of Artikel 1
Artikel 1
Aspects of Children's Mathematics AnxietyOleh: Karen Newstead (1998)
From:
http://academic.sun.ac.za/mathed/malati/Files/EDUC658.pdf
Artikel ini membincangkan kajian yang dijalankan oleh Newstead pada tahun
2008. Kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur di antara 9 hingga 11
tahun. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat aspek-aspek yang
menyumbang kebimbangan matematik dikalangan kanak-kanak dan membuat
perbandingan kebimbangan kanak-kanak yang diajar menggunakan kaedah
tradisional dan kanak-kanak yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah
alernatif yang menekankan penyelesaian masalah serta perbicangan tentang strategi
kanak-kanak tersebut secara tidak formal.
Melalui kajian yang telah dijalankan, didapati kebimbangan matematik
dikalangan pelajar bermula daripada peringkat awal zaman kanak-kanak. Ini turut
disokong oleh Arnold et. Al di dalam Eugene (2010) yang menyatakan bagi
kebanyakkan kanak-kanak, sikap negative terhadap matematik bermula pada
peringkat awal dan kadang-kala sebelum mereka memasuki tadika. Ini membuktikan,
adalah penting untuk mengatasi masalah kebimbangan matematik dikalangan murid
sekolah rendah kerana ianya adalah peringkat awal bagi sikap negative itu.
Kajian juga menunjukkan kebimbangan matematik juga bekait rapat dengan
kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan, guru
yang menggunakan kaedah alternatif, yang mana di dalam kajian ini kaedah ‘CAN’
telah digunakan, dapat mengurangkan kebimbangan matematik di kalangan murid
berbanding guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu ‘chalk and talk’. Ini
disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Oxford and Vordick di dalam Hasbee et
al. (2009), yang mencadangkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang
kepada kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah dan kelihatan
penyebabnya ialah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Pengkaji
menyatakan bahawa sikap guru yang menekankan kaedah mengingat formula,
mempelajari matematik melalui kaedah latih tubi dan menggunakan kaedah
tradisional dalam pengajaran menyumbang kepada permasalahan ini. Barners di
dalam Hasbee et al. (2009) menyatakan di dalam kajiannya, murid telah
menyenaraikan beberapa kaedah untuk mengurangkan kebimbangan matematik.
Antaranya ialah guru perlu mengajar murid kaedah pembelajaran, tingkatkan
keyakinan murid dalam kebolehan matematik dan berjalan disekeliling kelas bagi
membantu murid dan menjawab soalan.
Kesimpulannya, kebimbangan matematik dikalangan murid perlu dikurangkan
sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi kerana pada tahap itulah kebimbangan
matematik meningkat. Sebagai guru, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan
seperti kaedah alternatif bagi menggalakkan penglibatan murid.
Bahan bacaan:
Geist, Eugene (2010). The anti-anxiety curriculum: Combatin
http://kamipendidik2012.blogspot.com/2012/03/artikel-1.html