Artikel 6

11
MODEL TINGKAH LAKU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR (ERB) DALAM KALANGAN GURU PRA PERKHIDMATAN LULUSAN IPGM ENVIRONMENTALLY RESPONSIBLE BEHAVIOUR (ERB) MODEL AMONG PRE-SERVICE TEACHER GRADUATED FROM IPGM Azman Omar, Norhayati Mohd Tahir, Wan Salihin Wong Abdullah & Azwadi Ali Universiti Malaysia Terengganu (UMT) [email protected] ABSTRAK Masalah alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air dan kepupusan flora dan fauna semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Tahap keprihatinan masyarakat terhadap alam sekitar masih di peringkat sederhana. Guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berperanan besar dalam mengubah sikap masyarakat terhadap isu-isu alam sekitar khasnya kepada murid-murid sekolah rendah. Justeru kajian ini dilakukan untuk membentuk model serta untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar (ERB) atau tingkah laku pro alam sekitar (PEB) dalam kalangan guru pra perkhidmatan IPGM. Satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan PartialLeastSquare (PLS). Dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa faktor kesedaran, pengetahuan, efikasi-kendiri dan keagamaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun faktor sikap tidak mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kata Kunci Tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar (ERB), Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), PartialLeastSquare (PLS), ABSTRACT Environmentalproblemssuch as global warming, air pollution, water pollution and extinction of flora and fauna has received increasing attention from the public. The level of public concern for the environment is still at a moderate level. Teacher’s graduate of the Institute of TeacherEducation (IPGM) plays a big role in changing public attitudes towards environmental issues particular to primary school pupils. Therefore this study was performed a model and to identify the factors that influence the environmentally responsible behavior (ERB) or pro-environment behavior (PEB) in pre-service teachers IPGM. A questionnaire survey was conducted at the Institute of Teacher Education Campus (PGK). Data were analyzed by using PartialLeastSquare (PLS). The results of studies showing that the factor of awareness, knowledge, self-efficacy and religiosity plays an important role in influencing the environmentally responsible behavior. However, attitude does not affect the environmentally responsible behavior. Keywords Environmentally responsible behavior (ERB), Institute of Teacher Education Campus (IPGK), PartialLeastSquare (PLS)

description

aktikel

Transcript of Artikel 6

Page 1: Artikel 6

MODEL TINGKAH LAKU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR (ERB) DALAM KALANGAN

GURU PRA PERKHIDMATAN LULUSAN IPGM

ENVIRONMENTALLY RESPONSIBLE BEHAVIOUR (ERB) MODEL AMONG PRE-SERVICE TEACHER GRADUATED

FROM IPGM

Azman Omar, Norhayati Mohd Tahir, Wan Salihin Wong Abdullah & Azwadi Ali

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

[email protected]

ABSTRAK

Masalah alam sekitar seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air dan kepupusan flora dan fauna semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Tahap keprihatinan masyarakat terhadap alam sekitar masih di peringkat sederhana. Guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berperanan besar dalam mengubah sikap masyarakat terhadap isu-isu alam sekitar khasnya kepada murid-murid sekolah rendah. Justeru kajian ini dilakukan untuk membentuk model serta untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar (ERB) atau tingkah laku pro alam sekitar (PEB) dalam kalangan guru pra perkhidmatan IPGM. Satu tinjauan soal selidik telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK). Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan PartialLeastSquare (PLS). Dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa faktor kesedaran, pengetahuan, efikasi-kendiri dan keagamaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun faktor sikap tidak mempengaruhi tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Kata Kunci Tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar (ERB), Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), PartialLeastSquare (PLS),

ABSTRACT

Environmentalproblemssuch as global warming, air pollution, water pollution and extinction of flora and fauna has received increasing attention from the public. The level of public concern for the environment is still at a moderate level. Teacher’s graduate of the Institute of TeacherEducation (IPGM) plays a big role in changing public attitudes towards environmental issues particular to primary school pupils. Therefore this study was performed a model and to identify the factors that influence the environmentally responsible behavior (ERB) or pro-environment behavior (PEB) in pre-service teachers IPGM. A questionnaire survey was conducted at the Institute of Teacher Education Campus (PGK). Data were analyzed by using PartialLeastSquare (PLS). The results of studies showing that the factor of awareness, knowledge, self-efficacy and religiosity plays an important role in influencing the environmentally responsible behavior. However, attitude does not affect the environmentally responsible behavior.

Keywords Environmentally responsible behavior (ERB), Institute of Teacher Education Campus (IPGK), PartialLeastSquare (PLS)

Page 2: Artikel 6

59Model Tingkah Laku Bertanggungjawab terhadap Alam Sekitar (ERB)...

PENGENALAN

Permasalahan kemerosotan mutu alam sekitar dan penyusutan komponen-komponen hidupan di dalamnya yang berlaku pada hari ini secara langsung mencerminkan kealpaan kita dalam menghayati peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan memakmurkan bumi dengan sebaik mungkin (Rosmidzatul Azila, 2012). Justeru, tugas kita sebagai khalifah telah tercemar disebabkan oleh pelbagai isu alam sekitar yang disiar menerusi media massa. Isu alam sekitar seperti banjir dan tsunami serta tragedi-tragedi alam sekitar yang tidak disangka menelan banyak wang ringgit dan mengorbankan individu yang menjadi paparan utama media dan mendapat perhatian masyarakat dalam masa yang singkat. Namun, apabila isu ini reda dan menjadi suam-suam kuku, isu alam sekitar tersebut seolah-olah dipinggirkan oleh masyarakat dan pihak berkenaan (Haliza,2012). Haliza (2007) berpendapat bahawa perkara yang penting diberi penekanan adalah sikap dan tingkah laku individu terhadap alam sekitar bagi memastikan kelangsungan hidup lestari. Justeru, Pendidikan Alam Sekitar telah diperkenalkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya (Nurul Hidayah, Haryati & Seow, 2013). Hungerford & Volk (1990) berpendapat bahawa pendidikan boleh mengubah tingkah laku seseorang individu. Beliau berpendapat bahawa tingkah laku dapat dibentuk secara optimum sehingga akan menghasilkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar (environmental citizenship) atau Tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar (ERB). Definisi Tingkah Laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar (ERB) adalah sesuatu perlakuan yang sebenar ditunjukkan oleh individu terhadap isu berkaitan dengan alam sekitar (Leff, 1978). Namun Lee, Jan& Yang (2013) berpendapat bahawa banyak terminologi yang digunakan berkaitan dengan konsep ERB. Di antaranya ialah environmentally-concerned behavior (Axelrod & Lehman, 1993), Pro-environmental behavior (Kollmuss & Agyeman, 2003), Environmentally significant behavior (Stern,

2000) dan Sustainable behavior (Meijers & Stapel, 2011). Terminologi yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji ini membawa maksud yang sama iaitu tindakan yang sekitar (Hazura, 2009).

Oleh itu, bagi menjayakan hasrat pendidikan ini maka guru merupakan watak yang paling utama dalam proses penyampaian sesuatu ilmu kepada kumpulan sasaran (Nur Hidayah, 2012). Guru pra perkhidmatan merupakan golongan yang menjadi pencetus dalam keberkesanan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS) di sekolah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor seperti pengetahuan, sikap, kesedaran, efikasi kendiri serta keagamaan yang akan mempengaruhi ERB terhadap guru pra perkhidmatan yang dilatih di Institut Pendidikan Guru (IPG).

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah pengetahuan terhadap isu alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan.

2. Mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah sikap terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan.

3. Mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah kesedaran terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan.

4. Mengenal pasti hubungan di antara pemboleh ubah efikasi-kendiri terhadap pelaksanaan pendidikan alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan.

5. Mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah keagamaan terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan.

Page 3: Artikel 6

60 Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Pemangkin Transformasi Negara

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan terhadap isu alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan?

2. Adakah terdapat hubungan di antara pemboleh ubah sikap terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan ?

3. Adakah terdapat hubungan di antara pemboleh ubah kesedaran terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan ?

4. Adakah terdapat hubungan di antara pemboleh ubah efikasi-kendiri terhadap pelaksanaan pendidikan alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan ?

5. Adakah terdapat hubungan di antara pemboleh ubah keagamaan terhadap alam sekitar dengan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pra perkhidmatan?

TINJAUAN LITERATUR

Fishbein dan Ajzen (1975) dan Ajzen dan Fishbein (1980) telah memperkenalkan Theory of Reasoned Action (TRA) dan Theory of Planned Behavior (TPB). Namun Regis (1990) berpendapat bahawa model ini terdapat beberapa limitasi iaitu andaian terhadap tindakan individu secara rasional tidak dititikberatkan, hanya memberikan andaian asas sahaja. Model Sosiologi untuk menganalisis Tingkah laku Pro-Alam sekitar telah diperkenal oleh Fietkau & Kessel (1981) dalam Kollmuss & Agyeman (2002). Model ini mengandungi lima pemboleh ubah yang bertindak secara langsung dan tidak langsung terhadap tingkah laku pro alam

sekitar. Hungerfold & Volk (1990) menyatakan bahawa terdapat banyak pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi ERB. Menurut beliau juga kajian yang dijalankan sebelum ini banyak melibatkan kajian korelasi dan kurang mengkaji dalam kajian sebab-akibat. Pada tahun 1986-87, Hines et.al telah menghasilkan satu model ERB melalui satu kajian meta analisis dalam Pendidikan Alam Sekitar. Model yang direka bentuk oleh Hines et. al (1986) melibatkan beberapa pemboleh ubah atau prediktor yang boleh mempengaruhi ERB. Walaupun kerangka yang dibina oleh Hines et.al(1986-87) lebih canggih berbanding teori yang dibina oleh Ajzen & Fishbein’s (1980), namun beberapa faktor kurang untuk menggambarkan kepada ERB. Blake (1999) menyatakan banyak perbincangan tentang jurang atau “gap” antara nilai dan tindakan terhadap model tingkah laku pro-alam sekitar. Beliau berpendapat bahawa kebanyakan model pro-alam sekitar adalah terbatas kerana pengkaji gagal untuk mengambil kira faktor individu, sosial, dan kekangan institusi. Kollmuss & Agyeman (2002) berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi individu bertingkah laku pro alam sekitar iaitu faktor demografi, faktor luaran dan faktor dalaman. Menurut Hawthorne & Alabaster (2000) berpendapat bahawa internal locus of control(LOC) merupakan pra syarat kepada warga alam sekitar (environment citizenship) . Mereka juga menyatakan prediktor-prediktor yang mempunyai kaitan dengan warga alam sekitar ialah penyertaan, emosi, penghayatan agama, faktor keibubapaan serta kelas sosial. Prediktor-prediktor yang telah dikaji oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini sensitiviti kepada alam sekitar, pengetahuan, kemahiran, sikap, kawalan lokus dan faktor jantina, komitmen verbal, tempat tinggal,kesedaran alam sekitar, faktor-faktor situasi terhadap ERB (Cottrell, 1993; Vaske & Kobrin, 2001; Siemer & Knuth, 2001; Jena, 2012; Lavega, 2004; Meinhold, 2005; Pavalache & Unianu, 2012).

Kesimpulannya, Hungerford & Volk (1990) berpendapat bahawa perlu ada model yang baru diperkenalkan jika isu alam sekitar dijadikan sandaran utama dalam mengubah tingkah laku individu terhadap alam sekitar. Beliau juga berpendapat perlu ada pemboleh ubah yang baru jika ia melangkaui faktor

Page 4: Artikel 6

61Model Tingkah Laku Bertanggungjawab terhadap Alam Sekitar (ERB)...

kesedaran dan pengetahuan. Justeru itu faktor keagamaan dan efikasi-kendiri di tambah dalam model kajian ini sebagai prediktor yang mempengaruhi faktor-faktor lain dalam model ERB yang telah dibina.

Kerangka Konsep Kajian

Pengetahuan (H1)

Sikap (H2)

Kesedaran (H3) ERB

Efikasi Kendiri (H4)

Keagamaan (H5)

Rajah 1 Model Kajian

Berdasarkan kepada kerangka ini pengkaji telah mengandaikan beberapa hipotesis bagi meramal pemboleh ubah iaitu :

Ha1 : Terdapat hubungan yang positif antara pengetahuan dengan ERB

Ha2 : Terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan ERB

Ha3 : Terdapat hubungan yang positif antara kesedaran dengan ERB

Ha4 : Terdapat hubungan yang positif antara efikasi-kendiri dengan ERB

Ha5 : Terdapat hubungan yang signifikan antara keagamaan dengan ERB.

METODOLOGI

Kajian secara tinjauan dijalankan di beberapa buah IPG di Malaysia dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata mengikut kadar berasaskan peratus jantina dalam satu populasi. Kelebihan prosedur pensampelan ini adalah ralat pensampelannya lebih kecil (Chua, 2006). Soal selidik yang telah digunakan untuk kajian ini berdasarkan pengubahsuaian dan adaptasi kepada beberapa orang penyelidik iaitu konstruksi pengetahuan, sikap dan kesedaran oleh Masitah (2012) , Hazura (2009) dan Dunlap (2008) ,faktor keagamaan oleh Crowe (2011), efikasi-kendiri oleh Effeney

dan Davis (2013) serta Boon (2011) dan ERB oleh Mobley, C., Vagias, W. M., & DeWard, S. L. (2009). Data untuk setiap pemboleh ubah tak bersandar telah dianalisis secara deskriptif berdasarkan Jadual 1.0 dan Jadual 2.0. Manakala untuk data inferensi iaitu untuk mendapatkan hubungan antara pemboleh ubah pengkaji menggunakan SEM-PLS.

Jadual 1 Peratus Julat Skor Min Markah Pengetahuan dengan Tahap Pengetahuan Terhadap Isu Alam Sekitar

Peratus julat skormin markah

pengetahuan (%)

Tahap pengetahuan mengenai

isu Alam Sekitar

75-100 Tinggi50-74 Sederhana25-49 Lemah0-24 Amat Lemah

Jadual 2 Analisis nilai skor min dan skala tafsir sikap, kesedaran, keagamaan, efikasi-kendiri dan ERB.

Nilai Skor Min

Interpretasi sikap

Interpretasi kesedaran,

efikasi-kendiri, keagamaan dan

ERB

1.00 – 2.33 Negatif Rendah

2.34 – 3.66 Neutral Sederhana

3.66 – 5.00 Positif Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Tahap pengetahuan terhadap isu alam sekitar, sikap, kesedaran, efikasi-kendiri, keagamaan serta tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar

Tahap Pengetahuan guru pra perkhidmatan IPG adalah tinggi iaitu 57.8 % (104), 68 orang (37.8 %) di peringkat sederhana, 2.8 % (5) di peringkat sederhana dan 3 (1.7 %) di peringkat amat lemah. Hal ini menunjukkan tahap pengetahuan tentang isu

Page 5: Artikel 6

62 Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Pemangkin Transformasi Negara

alam sekitar adalah tinggi dalam kalangan pelajar pra perkhidmatan. Ini selaras dengan kewujudan IPG lestari yang telah dirasmikan pada tahun 2012. Kewujudan IPG lestari ini memberi impak yang besar kepada guru pra perkhidmatan IPG.

Manakala kebanyakan sikap guru pra perkhidmatan IPG ialah positif iaitu mempunyai nilai min skor antara 3.66 – 5.00 ialah 146 (81.1 %) manakala hanya 34(18.9 %) mempunyai nilai skor min neutral iaitu antara 2.34 – 3.66. Tiada yang mempunyai nilai skor min yang negatif.

Faktor kesedaran dalam kalangan guru pra perkhidmatan IPG iaitu 56 (31.1 %) mempunyai kesedaran yang rendah terhadap alam sekitar manakala 124 (68.9 %) mempunyai kesedaran yang sederhana terhadap alam sekitar.

Bagi faktor efikasi-kendiri terhadap perlaksanaan pendidikan alam sekitar pula menunjukkan bahawa kesemua guru pra perkhidmatan IPG iaitu 180 (100 %) mempunyai tahap yang rendah. Hal ini disebabkan terdapat satu soalan negatif. Tetapi apabila soalan negatif dibuang tahap efikasi-kendiri guru pra perkhidmatan banyak di peringkat sederhana iaitu 96(53.3%), diikuti 53 (29.4 %) di peringkat rendah dan 31 (17.3) di peringkat tinggi.

Manakala faktor keagamaan pula hanya 6 (3.3 %) rendah dan 174 (96.7 %) sederhana dan faktor yang terakhir iaitu Tingkah laku Kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar (ERB) pula tahap rendah 12 (6.7 %), sederhana 79 (43.9%) dan tinggi 89 (49.4 %)

Hubungan antara tahap pengetahuan terhadap isu alam sekitar, sikap, kesedaran, efikasi-kendiri, keagamaan terhadap tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar

Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk dinilai melalui convergent dan discriminant validity. Langkah yang dilakukan ialah dengan melihat kepada loading dan crossloading dengan menggunakan cut off value loading 0.5 yang dianggap signifikan (Hair, Black, Babin dan Anderson, 2010). Pengujian terhadap convergent validity bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kepelbagaian item mengukur konsep yang sama. Hair et al. (2010) mencadangkan penggunaan factor

loadings, composite reliability dan average variance extracted diambil kira untuk menilai convergence validity. Melalui Jadual 1 di bawah, semua kedudukan faktor loading didapati melebihi 0.5. Sebagaimana yang dicadangkan oleh Hairetal.’s (2010). Hairetal (2010) juga mencadangkan ke atas semua konstruk mesti mempunyai composite reliability lebih daripada 0.6 untuk menunjukkan ia berada pada kedudukan yang memilki tahap internal konsistensi yang tinggi. Jadual 1 di bawah menunjukkan kesemua konstruk berada di antara nilai 0.5603-0.9105 melebihi apa yang dicadangkan.

Average variance extracted (AVE)pula menguku rvariance yang dapat dicerap oleh indikator (indicators relative) terhadap kesalahan pengukuran (measurement error), ia mesti lebih besar daripada 0.50 untuk justifikasi kepada penggunaan konstruk (Fornell and Larcker, 1981; Barclay, Thompson dan Higgins,1995). Melalui Jadual 3 di bawah kajian ini juga mendapati semua konstruk mempunyai AVE melebihi 0.5 yang juga telah pun dianggap memenuhi aspek convergent validity.

Discriminant validity ialah sejauh mana perbezaan item di antara konstruk atau ukuran konsep yang berbeza (distinct concepts) (Ramayah, Jason dan Julie, 2011). Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2, punca ganda dua (AVE) yang ditunjukkan secara diagonal adalah lebih besar daripada korelasi di antara konstruk lain yang ditunjukkan secara tidak diagonal (Henseler et al., 2009). Kajian ini telah menunjukkan bahawa hasil analisisnya telah mencapai kriteria ujian diskriminan yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkan sekali gus ia menjelaskan kepada konstruk kajian ini untuk dikekalkan analisis data secara lanjut.

Realibiliti Analisis (ReliabilityAnalysis)

Penyelidik menggunakan penilaian Cronbach’s alpha serta Composite Reliability untuk melihat konsistensi antara item. Merujuk kepada Jadual 3 di bawah, nilai alfa adalah lebih dari 0.6 sebagaimana yang dicadangkan oleh Nunnally Berstein (1994) kecuali konstruk keagamaan, sikap dan sikap nilai < 0.6. Menurut Hair (2014), nilai Cronbach’s alpha ini sensitif kepada item dalam konstruk. Oleh yang demikian bagi mengukur Internal Consistency Reliability nilai Composite

Page 6: Artikel 6

63Model Tingkah Laku Bertanggungjawab terhadap Alam Sekitar (ERB)...

Jadual 3 Keputusan ke Atas Model Pengukuran (Results of measurement model)

Konstruk Item β Composite Realibility Factor Loading AVE

PENGETAHUAN(singel item)

Berasakan kepada nilai item yang baik adalah item yang mempunyai nilai indeks kesukaran antara 0.2 dan 0.8 serta indeks diskriminasi yang positif.

KESEDARAN

AWA1

0.921

0.8137

0.544

AWA2 0.7284AWA3 0.7808AWA4 0.7932AWA5 0.4857AWA6 0.5603AWA7 0.6876AWA8 0.8359AWA9 0.7865

AWA10 0.8152

SIKAP

ATT1

0.850

0.7894

0.535ATT2 0.5636ATT3 0.7665ATT4 0.7593ATT5 0.756

EFIKASI-KENDIRI

EF1

0.835

0.8038

0.629

EF2 0.7165EF3 0.8538

REL1 0.763REL2 0.8074REL3 0.7956

KEAGAMAAN

REL4

0.924

0.9105

0.637REL5 0.8589REL6 0.7726REL7 0.6539

ERB

ERB1

0.866

0.7393

0.519

ERB2 0.7191ERB3 0.6951ERB4 0.6809ERB5 0.7792ERB6 0.7057

Jadual 4 Discriminant Validity

AW ERB REL SE ATT K

AW 0.723809 0 0 0 0 0

ERB 0.4361 0.722496 0 0 0 0

REL 0.0157 -0.2277 0.779487 0 0 0

EF 0.4785 0.4767 -0.0132 0.836481 0 0

ATT 0.3991 0.8053 -0.2036 0.439 0.774726 0K -0.0473 -0.0844 0.1549 -0.0486 -0.0839 1 *

* Single item

Page 7: Artikel 6

64 Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Pemangkin Transformasi Negara

Reliability sudah cukup digunakan. Menurut George & Mallery (2003) sesuatu instrumen kajian dianggap mempunyai nilai reliability yang mencukupi apabila mempunyai sama atau melebihi 70. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semua ukuran ini mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi.

HASIL KAJIAN

Pengujian hipotesis dilakukan dengan cara menilai model struktural berdasarkan nilai piawaian beta (β),statistik t dan ganda dua R (R2). Manakala nilai R yang didapati daripada pengujian menunjukkan kekuatan sesebuah model perhubungan. Nilai R2 akan menerangkan peratus perubahan terhadap konstruk bersandar dalam hubungannya dengan konstruk tidak bersandar (Henseler et al., 2009). Kajian ini menunjukkan kemasukan konstruk pengetahuan, kesedaran, sikap, efikasi-kendiri dan satu faktor yang baharu diperkenalkan keagamaan ke atas ERB individu sebanyak 0.345 atau sebanyak 34.5 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Jadual 4 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan keputusan pengujian hipotesis

menggunakan pendekatan analisis model SmartPLS telah menunjukkan beberapa penemuan. Pertama, faktor pengetahuan mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap ERB (β=-0.1348;t=1.7783;p=0.03) oleh itu H5 diterima. Kedua faktor sikap terhadap ERB pula menunjukkan hubungan t i d a k s i g n i f i k a n ( β=-0.0222; t=0.3175; p=0.3756, H4 ditolak. Kesedaran pula menunjukkan (β=0.2475; t=3.9066; p=6.6E-05), justeru kesedaran mempunyai hubungan positif terhadap ERB. Begitu juga dengan efikasi-kendiri, nilai β=0.4316; t=6.4087; p=0.000) membawa maksud efikasi-kendiri mempunyai hubungan positif terhadap ERB. Akhirnya, Konstruk Keagamaan iaitu nilai (β=0.1203 t=1.8909; p=0.03). Faktor keagamaan mempunyai hubungan positif terhadap Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar.

Model Struktural (Structural Model)

Model struktural merupakan Inner model yang bertujuan untuk melihat hubungan antara konstruk dan nilai signifikan.

Jadual 3 Nilai Realibiliti

Construct Cronbachs Alpha No. of Item Composit Realibility

Kesedaran 0.9045 10 0.9209ERB 0.8147 6 0.8661Keagamaan 0.9043 7 0.9241Efikasi-Kendiri 0.7112 3 0.8353Sikap 0.7803 5 0.8504

Hipotesis Relationship Path Cooficient T-Value P-value Supported

H1 KESEDARAN-> ERB 0.2475 3.9066 6.6E-05 Yes

H2 KEAGAMAAN ->ERB 0.1203 1.8909 0.0301 Yes

H3 EFIKASI-KENDIRI-> ERB 0.4316 6.4087 0.00001 Yes

H4 SIKAP-> ERB -0.0222 0.3175 0.3756 No

H5 PENGETAHUAN -> ERB 0.1348 1.7783 0.038526 Yes

Page 8: Artikel 6

65Model Tingkah Laku Bertanggungjawab terhadap Alam Sekitar (ERB)...

Rajah 3 Model Struktural

Rajah 2 Keputusan Analisis Laluan (Path Analysis) atau Model Pengukuran

Page 9: Artikel 6

66 Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Pemangkin Transformasi Negara

PERBINCANGAN

Hasil Kajian menunjukkan bahawa faktor atau prediktor sikap tidak mempunyai hubungan yang positif dengan ERB. Prediktor yang seterusnya ialah efikasi-kendiri yang merupakan prediktor yang jarang dikaji oleh penyelidik sebelum ini. Dalam kajian ini prediktor ini mempunyai hubungan yang signifikan dengan ERB. Payne (2013) serta Tabernero & Hernandez (2010)berpendapat bahawa hubungan prediktor ini adalah signifikan dengan Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar. Selain itu, prediktor kesedaran juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan ERB. Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hawthorne & Alabaster (2000). Clayton&Myers (2009) juga menyatakan bahawa salah satu pemboleh ubah yang utama dalam menentukan ERB ialah efikasi-kendiri (09). Begitu juga menurut Hines et al. (1986/87) berpendapat bahawa efikasi-kendiri merupakan prediktor yang kuat berbanding pengetahuan dan sikap dalam meramalkan tingkah laku kebertanggungjawaban terhadap alam sekitar. Stibbards&Puk (2011) menyatakan bahawa efikasi-kendiri merupakan peramal yang baik bagi pengajaran berasaskan tingkah laku bagi generasi masa depan. Kajian yang telah dilakukan oleh Meinhold & Malkus (2005) menunjukkan bahawa efikasi-kendiri merupakan pemboleh ubah tidak bersandar bukannya bertindak sebagai moderator antara perhubungan sikap dan tingkah laku remaja terhadap alam sekitar. Menurut beliau efikasi-kendiri bukan sahaja kebolehan untuk membuat persepsi tetapi juga ia memberi kesan kepada motivasi individu. Kajian ini

Jadual 4 Summary of Path Coefficients and Hypotesis Testing

Hipotesis Relationship Path Cooficient T-Value P-value Supported

H1 KESEDARAN-> ERB 0.2475 3.9066 6.6E-05 Yes

H2 KEAGAMAAN ->ERB 0.1203 1.8909 0.0301 Yes

H3 EFIKASI-KENDIRI-> ERB 0.4316 6.4087 0.00001 Yes

H4 SIKAP-> ERB -0.0222 0.3175 0.3756 No

H5 PENGETAHUAN -> ERB 0.1348 1.7783 0.038526 Yes

signifikan p<0.05

juga mendapati bahawa faktor keagamaan memberi signifikan yang positif terhadap ERB. Kajian yang dijalankan oleh Crowe (2013) juga menunjukkan faktor keagamaan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini perlu dijadikan salah satu prediktor dalam model Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar (ERB). Dalam Kajian ini juga faktor pengetahuan mempunyai yang signifikan terhadap ERB. Faktor ini menjadi agenda utama bagi pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar ialah pengetahuan. Selaras dalam Agenda 21 iaitu konsep kesejahteraan alam sekitar melalui pendidikan dan kesedaran alam sekitar akan menyebabkan individu yang terlibat dalam aktiviti alam sekitar akan memperoleh kefahaman yang mendalam, konsep kesejahteraan alam sekitar yang baik, sikap prihatin terhadap alam sekitar serta kesedaran mengenai alam sekitar akan bertambah.

Walau bagaimanapun, prediktor-prediktor ini menyumbangkan sebanyak 34.5 % varians Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar.

Kesimpulan dan Cadangan Kajian Masa Hadapan

Kajian pembentukan model Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar (ERB) perlu diperluaskan bagi mengetahui prediktor yang “parsimonius”. Hal ini bermakna terdapat 65.5 % varians lagi prediktor yang menyumbangkan kepada pembentukan model yang baik.

Page 10: Artikel 6

67Model Tingkah Laku Bertanggungjawab terhadap Alam Sekitar (ERB)...

Untuk kajian lanjutan, kajian boleh diperluaskan kepada guru-guru sekolah serta masyarakat awam untuk melihat faktor-faktor lain terhadap Tingkah laku Kebertanggungjawaban Terhadap Alam Sekitar terutamanya faktor keagamaan perlu diambil kira.

Kajian lanjutan juga boleh menggunakan faktor keagamaan sebagai anteseden atau boleh bertindak sebagai moderator kepada faktor sikap terhadap alam sekitar seperti kajian yang telah dijalankan oleh Lau dan Booi (2009). Hal ini bagi memastikan faktor sikap mempunyai hubungan yang positif terhadap ERB.

RUJUKAN

Ajzen, I., & Fishbein, M. (1980). Understanding attitudes and predicting social behavior. Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Arba’at, H., & Mohd. Zaid, I. (2011). The infusion of Environmental Education (EE) in chemistry teaching and students’ awareness and attitudes towards environment in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 15, 3404–3409. doi:10.1016/j.sbspro.2011.04.309

Axelrod, L. J., &Lehman, D. R. (1993). Responding to environmental concerns: What factors guide individual action? Journal of Environmental Psychology,13(2),149-159.

Bamberg, S., & Möser, G. (2007). Twenty years after Hines, Hungerford, and Tomera: A new meta-analysis of psycho-social determinants of pro-environmental behaviour. Journal of Environmental Psychology, 27(1), 14–25. doi:10.1016/j.jenvp.2006.12.002

Bandura, A. (1997). Selfefficacy: Theexerciseofcontrol. New York: Freeman.

Barclay D. W, Thompson R., Higgins C. (1995). The partial least squares (PLS) approach to causal modeling: Personal computered option and use an illustration. TechnolStud2 (2) : 285–309.

Boubonari, T., Markos, A., & Kevrekidis, T. (2013). Greek Pre-Service Teachers’ Knowledge, Attitudes, and Environmental Behavior Toward Marine Pollution. The Journal of Environmental Education, 44(4), 232–251. doi:10.1080/00958964.2013.785381

Boon, H. (2011). Beliefs and education for sustainability in rural and regional Australia. Education in Rural Australia, 21(2), p 37-51.

Chua, Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. McGraw Hill, Kuala Lumpur.

Clayton, S. & Myers, G. (2009). Conservation Psychology: Understanding and Promoting

Human Care For Nature. John Wiley & Sons. Apr 20.

Crowe, J. L. (2013). Transforming Environmental Attitudes and Behaviours through Eco-spirituality and Religion. International Electronic Journal of Environmental Education.

Dunlap, R. E. (2008). The New Environmental Paradigm Scale: From Marginality to Worldwide Use. The Journal of Environmental Education, 40(1), 3–18. doi:10.3200/JOEE.40.1.3-18

Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention, and Behavior : An Introduction to Theory and Research. Reading, MA: Addision-Wesley.

Effeney, G., & Davis, J. (2013). Education for Sustainability: A Case Study of Pre-service Primary Teachers’ Knowledge and Efficacy. Australian Journal of Teacher Education, 38(5). doi:10.14221/ajte.2013v38n5.4

Fornell C., Larcker, F.(1981). Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. JMarkRes 18 (1): 39–50

George, D., & Mallery, M. (2003). Using SPSS for Windows step by step: A simple guide and reference: Boston, MA: Allyn & Bacon.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate Data Analysis: Pearson Prentice Hall.

Haliza, A. R. (2007). Hubungan Manusia dan Alam Sekitar. Di mana Titik Kemampanannya? Dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 07), 13 – 15 Mac 2007. Universiti Kebangsaan Malaysia. Anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haliza, A. R. (2012). Manusia, Persekitaran dan Kelestarian. Dalam Manusia dan Kelestarian Persekitaran (Haliza Abdul Rahman & Rohasliney Hashim , 2012). Terengganu: Penerbit UMT.

Hawthorne, M., & Alabaster, T. (2000). Citizen 2000: Development of a model of environmental citizenship, 9 (1999), 25–43.

Hazura, A.B. (2009). Hubungan antara penghayatan agama, nilai hidup dan pengetahuan alam sekitar pelajar muslim dengan sikap dan tingkah laku. USM. Thesis.

Henseler, J., Ringle C. dan Sinkovics, R., (2009). The HEUseSE of partial least squars path modeling in international marketing, New Challenges to International Marketing Advances in International Marketing, Volume 20, 277–319.

Heyl, M., Moyano, E., & Cifuentes, L. (2013). Environmental attitudes and behaviors of college students : a case study conducted at a chilean university. Revista Latinoamericana de Psicología, 45(3), 487–500. Retrieved from http://publicaciones.konradlorenz.edu.co/index. php/rlpsi/article/view/1489

Page 11: Artikel 6

68 Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Pemangkin Transformasi Negara

Hines, J., Hungerford, H. dan Tomera, A. (1986/1987). ‘Analysis and Synthesis of Research on Responsible Environmental Behaviour: A Meta-analysis’. Journal of Environmental Education. 18 (2): 1-8.

Hungerford, H. R., & Volk, T. L. (1990). Changing learner behavior through environmental education. The Journal of Environmental Education, 21(3), 8-21.

Jena, A. K. (2012). Awareness , Openness and Eco-friendly ( AOE ) Model Teaches Pre-ervice Teachers on How to be Eco-friendly, 2(2), 103–117.

Kaiser, E., Wolfing, S., & Fuhrer, U. Environmental attitude an decological behavior. Journal of Environmental Psychology, 19, 1-19. http://dx.doi. org/10.1006/jevp.1998.0107

Kollmuss, A., & Agyeman, J. (2010). Mind the Gap : Why do people act environmentally and what are the barriers to pro- environmental behavior?, (November 2013), 37–41.

Lateh, H. (2013). Pre-Service Teachers Attitude towards Teaching Environmental Education (EE) during Practicum in Malaysian Primary Schools. Journal of Environmental Protection, 04(02), 201–204. doi:10.4236/jep.2013.42024

Lateh, H., & Muniandy, P. (2010). Environmental education (EE): current situational and the challenges among trainee teachers at teachers training institute in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 2(2), 1896–1900. doi:10.1016/j.sbspro.2010.03.1005

Lau, T.C., & Tan, B.C. (2009). Religiosity As An Antecedent Of Attitude Towards Green Products : An Exploratory Research On Young Malaysian Consumers. Asean Marketing Journal, 1(1), 29–36.

Lavega, E. L. D. E. (2004). Awareness, Knowledge and Attitude about Environmental Education: Response from Environmental Specialist, High School Instructor, Student and Parent Thesis not published.

Lee, T. H., Jan, F. H., & Yang, C. C. (2013). Conceptualizing and measuring environmentally responsible behaviors from the perspective of community-based tourists. Tourism Management, 36, 454–468. doi:10.1016/j.tourman.2012.09.012

Leff, H. L. (1978). Experience, environmental and human potentials, New York: Oxford University Press.

Makki, M. H., M. Abd-el-Khalick, F. & Boujaoude, S. (2003). Lebanese Secondary School Students’ Environmental Knowledge and Attitudes. Environmental Education Research, 9(1), 21-33. doi: http://dx.doi.org/10.1080/13504620303468

Masitah, M. Y. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi efikasi-kendiri guru sekolah menengah di Malaysia dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. UPM. ThesisPhD. Tidak dierbitkan.

Meinhold, J. L., and A. J. Malkus. (2005). Adolescent environmental behaviors: Can knowledge, attitudes, andself-efficacy make a difference? Environment and Behavior 37: 511–532.doi: 10.1177/0013916504269665

Meijers, M. H. C., & Stapel, D. A. (2011). Metomorrow, the others later: how perspective fit increases sustainable behavior. Journal of Environmental Psychology, 31,14-20.

Mobley, C., Vagias, W. M., & DeWard, S. L. (2009). Exploring Additional Determinants of Environmentally ResponsibleBehavior: The Influence of Environmental Literature and Environmental Attitudes. Environment and Behavior, 42(4), 420–447. doi:10.1177/0013916508325002

Nunally, J.C., & Bernstein, I. H.(1994).Psychometric Theory. NewYork: McGraw-Hill.

Nurul Hidayah, L. A., Haryati, S. & Seow, T. W. (2013). Pengetahuan dan Tingkah laku Murid terhadap Alam Sekitar. Persidangan Geografi dan Alam sekitar Kali ke-4. UPSI.

Payne, K. (2013). The effects of self-efficacy on pro- environmental intentions. The Plymouth Student Scientist, 6(1), 224–238.

Pavalache-Ilie, M., & Unianu, E. M. (2012). Locus of control and the pro-environmental attitudes. Procedia – Social and Behavioral Sciences, 33, 198–202. doi:10.1016/j.sbspro.2012.01.111

Ramayah, T., Jason W. C. L. Dan Julie, B. C. I. (2011). ServBus (2011) 5:411–428. doi:10.1007/s11628-011-0120-z

Regis, D. (1990) Self-concept and conformity in theories of health education, Doctoral disertation, School of Education, University of Exeter. http://helios.ex.ac.uk/~dregis/ PhD/Contents.html

Rosmidzatul Azila, M. Y. & Abu Bakar, Y. (2010). Islam, Pemuliharaan hidupan liar dan Anda. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) & Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia). Percetakan Imprint (M). Sdn. Bhd.

Stibbards, A., & Puk, T. (2011). Applied Environmental Education & Communication The Efficacy of Ecological Macro-Models in Preservice Teacher Education: Transforming States of Mind The Efficacy of Ecological Macro-Models in Preservice Teacher Education : Transforming States, (November 2013), 37–41. doi:10.1080/1533015X.2011.549796

Stern, P. C. (2000). Toward a coherent theory of environmentally significant behavior. Journal of Social Issues, 56(3), 407-424.

Tabernero, C., & Hernandez, B. (2010). Self-Efficacy and Intrinsic Motivation Guiding Environmental Behavior. Environment and Behavior, 43(5), 658–675. doi:10.1177/0013916510379759

Zelezny, L. C. (1999). Educational Interventions That Improve Environmental Behaviors: A Meta-Analysis. The Journal of Environmental Education, 31(1), 5–14. doi:10.1080/00958969909598627