Artistik

19
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0. Pendahuluan. 3 2.0. Perkembangan Artistik Kanak-Kanak. 4 2.1. Kanak-Kanak Dan Seni Visual 2.2. Kepentingan Mata Pelajaran Seni Visual. 2.3. Kanak-Kanak Dan Seni Lukis. 2.4. Proses Kanak-Kanak Melukis 8 3.0.Teori Perkembangan Artistik Al Huwritz dan 9 - 12 Micheal Day (1995). 4.0.Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld (1947). 13 - 17 5.0.Merangsang Pemikiran Kanak-Kanak. 18 6.0.Kesimpulan. 19 7.0.Salinan Hasil Karya Seni Kanak-Kanak 20 - 29 8.0.Rujukan. 30

description

Kreativiti

Transcript of Artistik

Page 1: Artistik

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0. Pendahuluan. 3

2.0. Perkembangan Artistik Kanak-Kanak. 4

2.1. Kanak-Kanak Dan Seni Visual

2.2. Kepentingan Mata Pelajaran Seni Visual.

2.3. Kanak-Kanak Dan Seni Lukis.

2.4. Proses Kanak-Kanak Melukis 8

3.0.Teori Perkembangan Artistik Al Huwritz dan 9 - 12

Micheal Day (1995).

4.0.Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld (1947). 13 - 17

5.0.Merangsang Pemikiran Kanak-Kanak. 18

6.0.Kesimpulan. 19

7.0.Salinan Hasil Karya Seni Kanak-Kanak 20 - 29

8.0.Rujukan. 30

Page 2: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

2

1.0. PENGENALAN.

Perkembangan kanak-kanak adalah merujuk kepada perubahan kualitatif

biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan

akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur

tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.

Contohnya, cara pertuturan dan kematangan. (Sumber: Wikipedia).

Seni adalah sesuatu yang menarik melalui kajian perkembangan kanak-kanak

memperjelaskan bahawa perkembangan lukisan kanak-kanak adalah menggambarkan

peringkat kematangan. Perkembangan serta pertumbuhan dari aspek fizikal, sosial, kognitif

dan emosi akan berlaku dalam diri setiap individu sebermula kelahiran sehinggalah ke

peringkat usia tua. Dengan itu perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak telah

menarik minat para pengkaji, ahli pendidik dan ahli psikologi untuk mengkajinya. Melalui

hasil kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa perkembangan kanak-kanak adalah

melalui peringkat tertentu dan umur kanak-kanak. Melalui proses pembelajaran ini,

perkembangan artistik kanak-kanak adalah banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran

dimana ia dibesarkan.

Lowenfeld (1975), percaya bahawa setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah

kreatif. Kenyataan kreatif sepertimana yang dinyatakan oleh Lowenfeld itu dapat disokong

melalui sifat kanak-kanak yang suka meneroka serta perasaan ingin tahunya yang amat

tinggi dalam pelbagai perkara. Oleh itu ekspresi artistik kanak-kanak akan berkembang

mengikut umur dan kematangan mereka. Dimana setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri

dominan yang dipaparkan secara berulangan dan berterusan dalam karya seni mereka.

Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika melalui gerak geri dan pergerakan

adalah merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang amat penting dalam perkembangan

seni kanak-kanak dan perkembangan pemikiran serta intelektual mereka.

Seni lukisan dalam dunia kanak-kanak perlu untuk kita fahami, kerana kanak-kanak

akan menjadikan lukisan sebagai medium komunikasi awal mereka sebelum kanak-kanak

berupaya untuk bertutur. Melalui ciri perkembangan otak kiri manusia digunakan untuk

aktiviti yang melibatkan percakapan, mentaksir, membuat rasional, bahasa dan mengira.

Manakala keberfungsian otak kanan pula adalah digunakan dalam aktiviti melukis dan

Page 3: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

3

mewarna sebagai pengalaman estetika awal kanak-kanak dalam persepsi mereka. Dengan

itu aktiviti seni akan dapat mempertingkatkan lagi daya imaginasi mereka.

Oleh itu kanak-kanak akan berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan. Aktiviti

seni kanak-kanak akan lebih menjurus kepada isyarat visual. Situasi ini berkait rapat

dengan emosi mereka kerana resepsi deria mempunyai hubungan terus dengan bahagian

otak yang merangsang emosi kanak-kanak. Dalam perkembangan artistik kanak-kanak

lukisan memberikan banyak maklumat mengenai perkembangan mereka. Faktor ini adalah

kerana penggunaan krayon, pensel dan pen lebih mudah dikawal berbanding menggunakan

berus dan warna.

2.0. PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

2.1. Kanak-Kank Dan Seni Visual

Perkembangan artistik seni kanak-kanak secara umumnya pada peringkat usia 2

hingga 6 tahun pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.

Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan

sifat-sifat seni itu melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Dalam

pendidikan seni aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran,

penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis aktiviti seni visual

akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Kanak-kanak

dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang

dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran

kanak-kanak.

2.2. Kepentingan Mata Pelajaran Seni Visual

Mata pelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan penting dalam

menggalakkan perkembangan, pemahaman, daya persepsi dan pengenalan

simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan peringkat ataupun tahap

perkembangan umur kanak-kanak. Melalui pendidikan seni ianya juga

mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan seni

visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di

samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Oleh itu

aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah

mengikut peringkat umur yang akan dapat membantu perkembangan kanak-

Page 4: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

4

kanak secara menyeluruh. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti seni

dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik dalam membantu

perkembangan kanak-kanak, melalui keseimbangan dalam aspek fizikal,

kognitif dan afektif yang diterapkan dalam pendidikan seni.

Pendidikan secara menyeluruh yang diterapkan dalam pendidikan seni visual

akan membantu menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan

mengklasifikasikan. Secara langsung pendidikan seni visual bukan sahaja

memberi pengetahuan mengenai seni tetapi juga akan dapat membantu kanak-

kanak mengembangkan kemahiran merancang dalam menyelesaikan sesuatu

permasalahan dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai. Terdapat

beberapa aspek utama dalam perkembangan kanak-kanak seperti berikut;

(a) Aspek Kognitif

Melalui pelaksanaan aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak dalam membuat keputusan.

Menurut Piaget, pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman.

Semasa pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan yang diterima oleh

mereka masih tidak mencukupi, mereka perlu dibimbing untuk membina

pengetahuan secara aktif melalui pengalaman.

(b) Aspek Fizikal

Dengan adanya penggunaan alat dan bahan dalam pelaksanaan aktiviti seni

visual akan memberikan satu bentuk latihan secara lebih berkesan kepada otot

tangan (psychomotor) melalui gabungan pergerakan mata tangan, kawalan

motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan

melukis bentuk yang agak terbatas. Menurut Gallahue ( 1993 ), yang

menyatakan perkembangan fizikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

keseimbangan ( kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka

relative kepada tindakan graviti ), aspek pergerakan ( berkaitan dengan

tingkah laku kanak-kanak ) dan aspek manipulasi ( kemahiran kanak-kanak

berhubung dengan objek persekitarannya ).

Page 5: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

5

(c) Aspek Kreativiti

Penggunaan kaedah latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu

murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka secara individu mahupun

berkumpulan. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual akan dinilai

dengan mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Menurut

Rogers kreativiti merupakan satu proses wujud apabila seseorang itu bertindak

ke atas sesuatu. Contohnya apabila seorang kanak-kanak melaksanakan

aktiviti, mereka akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka

cipta model sebuah kereta berdasarkan imaginasi mereka. Menerusi aktiviti

seni pemikiran kreatif akan dapat mempertingkatkan inovasi, imaginasi dan

kreativiti kanak-kanak.

(d) Aspek Persepsi

Dalam penghasilan karya seni murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan

penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat dalam persekitaran mereka. Menurut Viktor

Lowenfeld berpendapat bahawa naluri dan keinginan sangat penting dalam

proses aktiviti seni kanak-kanak. Sepanjang proses aktiviti seni, kanak-kanak

akan mengalami dan menyedari masalah yang dihadapi, menyampaikan idea

dan mengalami proses yang melibatkan imaginasi dan kreativiti.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Melalui aktiviti seni visual yang dijalankan secara individu mahupun

berkumpulan akan membolehkan murid berinteraksi dan meningkatkan

keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri. Mata

pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam

aktiviti berkumpulan yang dibentuk bagi membantu proses pembelajaran

mereka. Menurut Carl Rogers, beliau percaya seseorang yang bebas dan

bertanggungjawab akan memberi sumbangan kepada masyarakat sama ada

dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau melakukan sesuatu yang

terbaik dalam bidang yang diceburi.

Page 6: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

6

2.3. Kanak-Kanak Dan Seni Lukis.

(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

Hasil karya seni boleh dijadikan bahasa perhubungan, oleh itu lukisan

merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya

untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk

berinteraksi dalam menyampaikan sesuatu yang dimaksudkan. Menurut June

King McFee, menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budaya

serta elemen orientasi komuniti. Beliau menegaskan bahawa seni tidak

seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah perlu ada

pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitarannya yang

dipengaruhi oleh konteks budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan

mesej kepada masyarakat

(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Melukis merupakan

aktiviti yang mampu memberikan keseronokan, kegembiraan dan kepuasan

kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan

dan emosi mereka selain itu juga dapat membina kekuatan otot. Aktiviti

sebegini sudah pasti akan dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-

kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

Melalui aktiviti melukis yang dijalankan akan dapat memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat dan memindahkan

imaginasi mereka semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut

tahap pemahaman mereka melalui lukisan. Dengan itu daya sensitiviti

pancaindera kanak-kanak akan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti melukis.

Page 7: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

7

2.4. Proses Kanak-Kanak Melukis.

Memberikan ruang dan peluang kepada kanak-kanak dalam

mencipta karya seni mereka adalah suatu langkah yang akan dapat

menggalakan perkembangan kanak-kanak dengan secara langsungnya akan

dapat mempertingkatkan imaginasi mereka. Pada lazimnya kanak-kanak akan

melukis apa yang mereka lihat dan menarik perhatian mereka. Dalam hasil seni

mereka, kanak-kanak akan memperkembangkan simbol yang mewakili

pemikiran simbolik mereka untuk objek seperti keenderaan, bangunan, flora

dan fauna. Secara ringkasnya, lukisan merupakan satu perlambangan grafik

awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan

seharian mereka. Unsur seni lukis yang bisa diperhatikan dalam hasil karya seni

lukisan kanak-kanak untuk dinilai meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau

isipadu, rekaan atau gubahan, corak ruang, imbangan dan tekstur.

Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak akan lebih suka

menconteng secara spontan. Kemudian kanak-kanak akan mula melakar

seterusnya secara perlahan-lahan mereka akan mula melukis secara sistematik

dan mula berminat menggunakan warna bagi mendapatkan ton, jalinan,

pencahayaan, ruang persepaktif dan komposisi dengan menggunakan media

kering (pensil warna). Melukis adalah sebahagian dari teknik menggambar,

aktiviti melukis boleh dirancang menggunakan media kasar, halus, lembut,

keras dan tajam, hasil daripada penggunaan bahan media ini akan

menghasilkan kesan-kesan garisan pada permukaan. Perhatian dan bimbingan

perlu diberikan kepada kanak-kanak semasa melukis, kesan-kesan garisan yang

dipengaruhi oleh penggunaan bahan dan tekanan pada permukaan kertas yang

digunakan haruslah dapat menghasilkan gambaran yang hampir tepat dengan

objek sebenar yang dilukis.

Page 8: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

8

3.0. TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK AL HURWITZ DAN

MICHAEL DAY (1995).

Berdasarkan kepada teori perkembangan yang dikemukakan oleh Al Hurwitz dan

Michael Day (1995). Telah membahagikan perkembangan artistik kanak-kanak kepada

tiga tahap perkembangan iaitu;

1. Tahap Manipulatif.(2 hingga 4 tahun)

Menurt pandangan yang diberikan oleh Al Hurwitz dan Machael Day (1995), tahap

manipulative adalah peringkat pertama perkembangan kanak-kanak dalam

pertumbuhannya, tahap ini mengkategorikan kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun.

Melalui kajian yang telah mereka lakukan, mendapati kanak-kanak pada peringkat ini

tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan dalam lukisan yang dihasilkan. Sifat

ingin tahu yang kuat pada diri kanak-kanak, membuatkan mereka suka kepada

penerokaan dalam memperolehi pengetahuan melalui persekitaran mereka. Kanak-

kanak akan suka menghasilkan lukisan mereka pada dinding-dinding, meja mahupun

kertas lukisan. Hasil lukisan mereka ini tidak bersifat realistik dan banyak

menggunakan lukisan berbentuk garisan bagi menggambarkan sesuatu mesej yang

ingin disampaikan dalam bahasa seninya. Terdapat 4 tahap contengan pada peringkat

manipulatif ini antaranya;

i. Contengan Garisan Tidak Terkawal.

Kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dalam melakukan contengan

pada tahap ini dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Dari segi

penggunaan bahan mahupun alatan, kanak-kanak belum lagi menyedarinya.

Segala kesan dan tanda hasil dari contenganya berlaku secara tidak sengaja.

Pergerakan motor kasarnya pada peringkat awal ini masih belum terkawal, namun

melalui latihan pergerakan motor kasarnya mula terkawal. Hasil daripada

contengan yang dilakukanya, kanak-kanak mula menyedari bahawa setiap

pergerakannya akan memberikan kesan tanda. Contengan mahupun cakaran yang

dilakukan oleh kanak-kanak pada kebiasaannya adalah secara bebas. Hasil

Page 9: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

9

contengan kanak-kanak ini akan menghasilkan berbagai-bagai bentuk dan

menimbulkan rasa kegembiraan dan keseronokan kepada mereka.

ii. Contengan Garisan Terkawal.

Garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang

dibandingkan dengan peringkat pertama. Contengan garisan terkawal ini adalah

dipengaruhi oleh persekitaran, memainkan peranan amat penting dalam

penghasilan lukisan kanak-kanak. Oleh itu keupayaan kanak-kanak melihat

sesuatu dalam perskitaraannya memerlukan tindakan mental. Apabila kanak-

kanak boleh memahami dan memberi makna kepada apa yang dilihatnya,

menunjukkan ianya telah mempunyai pengalaman tentang persekitarannya.

Kanak-kanak akan mula memilih ruang dalam menghasilakan cotengannya. Hasil

contengannya akan terkumpul pada ruangan yang sama atau menghimpunkan

sesuatu contengan itu pada suatu permukaan. Kanak-kanak akan suka

menghasilkan lukisan mereka pada dinding-dinding, meja mahupun kertas

lukisan. Kanak-kanak akan menconteng dari satu ruang ke ruang yang lain

sehingga ia mencapai kepuasan. Kebolehan kanak-kanak dalam menguasai ruang

pada peringkat ini menunjukkan kanak-kanak telah mula menggunakan akal

(mental) untuk menyusun apa yang mereka conteng.

iii. Contengan Rupa Terkawal.

Memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan

mengulanginya mengikut kehendak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak

sudah berupaya memanipulasikan simbol mahupun bentuk. Kebolehan mereka

juga sudah dapat dilihat dengan keupayaan menyusun secara teratur objek

bermula saiz kecil ke besar. Penggabungan antara deria mata, motor halus dan

anggota tangan telah menampakan keseimbangan, serta sudah mampu untuk

melakukan aktiviti yang agak mencabar.

iv. Contengan Rupa.

Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa

yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih

Page 10: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

10

kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis

dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Dalam perkembangan tahap manipulatif ini, antara perkara penting yang

perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis.

Pada usia ini alatan tulis yang dipegang oleh kanak-kanak adalah mengikut

keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Menggunakan pelbagai jenis

bahan dan medium dalam menghasilkan lukisan mereka seperti; karyon, pensil

warna, pensil, pen dan lain-lain lagi. Kanak-kanak pada tahap ini melakukan

aktiviti lukisan lebih kepada kepuasan dan keseronokan. Keupayaan menconteng

sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara

mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan

garisan yang pelbagai.

2. Tahap Membuat Simbol.(6 hingga 9 tahun).

Adalah peringkat kedua perkembangan kanak-kanak dengan penghasilan

membuat simbol, tahap ini mengkategorikan kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun.

Pada tahap ini kanak-kanak akan mula beralih kepada penghasilan simbol sesuatu

yang berbentuk. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma ini , imej-imej yang

dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Situasi pembelajaran kanak-

kanak pada tahap ini adalah dipengaruhi oleh prsekitarannya. Kanak-kanak juga pada

tahap ini telah mula dapat mengawal pergerakan tangan secara seimbang. Simbol-

simbol yang dihasilkan pada lukisan telah mudah untuk dikenal pasti. Ini adalah

kerana kanak-kanak telah mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi

pergerakan tangan.

Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka, biasanya kanak-kanak akan

suka melukis objek yang hampir dengan dirinya ataupun pengalaman mereka. Contoh

lukisan yang selalu dihasilkan oleh mereka seperti; rumah, kakak, abang, emak, ayah,

dan sebagainya. Pada tahap ini juga kita melihat kanak-kanak sudah mula boleh

menggunakan imaginasi mereka, melalui imej-imej yang penting selalunya dilukis

lebih besar berbanding imej figura yang lain. Sebagai contoh; lukisan bapa atau ibu

lebih besar daripada latar belakang. Begitu juga dengan warna mereka telah boleh

Page 11: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

11

menyesuaikan contoh warna hijau untuk daun, warna biru untuk langit, warna kuning

untuk matahari dan lain-lain lagi.

3. Tahap Pra Remaja.(10 hingga 13 tahun)

Pada tahap ini kanak-kanak dikategorikan berusia 10 tahun hingga 13 tahun. Pada

tahap usia ini kanak-kanak telah mula mencuba melukis figura dengan saiz yang betul.

Pada tahap Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.

Peralihan ini memperlihatkan adanya kematangan dalam menghasilkan karya seni mereka.

Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula

dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia

mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat

penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada

kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang

tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan

seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah

perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu

objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

Page 12: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

12

Lukisan 1: Tahap Manipulatif, Lukisan 2: Tahap Membuat Simbol dan

Lukisan 3: Tahap Pra Remaja

4.0.TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK VIKTOR LOWENFELD (1947).

Berdasarkan kepada teori perkembangan yang dikemukakan oleh Viktor Lowenfeld

(1947).Telah membahagikan perkembangan artistik kanak-kanak kepada enam tahap

perkembangan iaitu;

1. Tahap Contengan atau Scribbling stage (2 hingga 4 tahun)

Kanak-kanak pada tahap contengan atau scribbling stage adalah berusia 2 tahun.

Contengan yang dihasilakan oleh kanak-kanak adalah secara rawak dan tidak terkawal.

Bermula daripada tahap contengan ini kanak-kanak akan dapat melukis garisan lurus,

melintang dan mlukis bulatan. Contengan-contengan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

adalah bertujuan, dalam memperlihatakan kesedaran mereka tentang corak dan jalinan

tangan-mata. Setelah melalui tahap contengan, kanak-kanak akan mula menamakan dan

memberi pengertian akan maksud contengan mereka. Kanak-kanak berumur 2 tahun akan

dapat menyatakan apa yang akan mereka lakukan sebelum ianya membuat lukisannya.

Proses perkembangan kanak-kanak akan terus berlaku. Kanak-kanak berumur 3 tahun akan

mula menambahkan maklumat denga lebih teperinci dan sudah mula boleh bercakap

mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan sebagainya.

Page 13: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

13

Lukisan: Haziq Zulkifli

Umur: 2 - 4 Tahun

2. Tahap Praskematik atau Preschematic (4 hingga 7 tahun)

Kanak-kanak pada tahap praskematik berusia 4 hingga 7 tahun sudah mula berupaya

memanipulasikan penggunaan objek-objek pada lukisan mereka. Kanak-kanak pada tahap

ini sudah mampu menyusun secara teratur dari saiz kecil ke besar. Jalinan antara deria

penglihatan, motor halus dan anggota tangan telah menampakkan keseimbangan dan

mampu melakukan aktiviti yang agak mencabar. Tahap ini ialah peringkat peningkatan

daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat

di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Kanak-kanak pada tahap praskematik ini

juga sudah mula menampakkan bentuk-bentuk asas seperti bulat, segi tiga , segi empat dan

pangkah, yang terbentuk secara tidak sengaja. Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba

melukis objek-objek yang menarik minat mereka menggunakan garisan. Sebagai contoh

seperti lukisan ibu bapa yang mempunyai watak kaki dan tangan dilukis seolah-olah

terapung dengan saiz imej yang berbeza-beza. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan

berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.

Page 14: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

14

Lukisan: Zahin Zulkifli

Umur: 4 hingga 7 tahun

3. Tahap Skematik atau Sehematic (7 hingga 9 tahun).

Kanak-kanak pada tahap skematik telah mula menghasilkan lukisan mengikut skema

atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej

selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang

dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini

menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang

sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Dilampirkan beberapa contoh lukisan kanak-kanak;

Lukisan: Nur Shamira Shasha Mohd Mazran.

Tajuk: Peta Perjalanan Ke Sekolah.& Bermain Bersama Rakan

Page 15: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

15

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 7 Tahun

Lukisan: Fauzi Mohd Faiz

Tajuk: Bermain Bersama Rakan

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 8 Tahun

Lukisan: Shyza Syhazana Anuar

Tajuk: Bermain Bersama Rakan

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 9 Tahun

4. Tahap Kesedaran Realisma atau Dawning Realisme (9 hingga 12 tahun).

Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema

tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi

saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka

mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan

mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang

dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek

seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali

mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk

melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang

dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap sama.

Page 16: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

16

Lukisan: M.Saiful Supirman

Tajuk: Bermain Bersama Rakan

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 10 Tahun

Lukisan: Syaza Syazana Anuar

Tajuk: Bermain Bersama Rakan

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 11 Tahun

Lukisan: Zulkarnain Zainuddin

Tajuk: Bermain Bersama Rakan

Tarikh: 20.4.2013

Umur: 12 Tahun

Berdasarkan hasil karya seni melalui lukisan kanak-kanak berumur 9 hingga 12

tahun seperti yang tertera diatas telah menampakkan perkembangan kanak-kanak melukis

figura dengan saiz dan bentuk yang sesuai jika dibandingkan dengan tahap skematik 7

hingga 9 tahun. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

Berbanding dengan kesedaran realism imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Lukisan

figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Kerasionalan

lukisan kanak-kanak pada tahap ini dapat dilihat dari kedudukan dan saiz figura yang betul,

Page 17: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

17

disamping menggunakan warna yang berkesesuaian. Kanak-kanak pada tahap ini juga

telah boleh menggunakan perspektif bagi membezakan saiz imej.

5. Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan

lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih

gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata

berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

6. Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan

penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan

dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

5.0. MERANGSANG PEMIKIRAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Perkembangan kanak-kanak adalah di pengaruhi oleh persekitaran dalam

kehidupan mereka. Segala pengalaman yang mereka perolehi sepanjang aktiviti seni

mahupun kehidupan mereka akan menjadi satu pengetahuan yang akan mereka gunakan

pada masa akan datang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi. Dalam

teori perkembangan otak manusia, otak kiri digunakan untuk percakapan, mentaksir,

bahasa dan mengira. Manaka otak kanan pula adalah untuk aktiviti kreatif seperti melukis

dan mewarna. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat awal ini adalah

sebagai melambangkan pengalaman estetika awal mereka. Secara langsung aktiviti seni ini

juga akan dapat mempertingkatkan daya imaginasi mereka. Dengan itu bimbingan serta

rangsangan perlu diberikan bagi mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak.

Merangsang daya kretiviti kanak-kanak adalah perlu. Melalui aktiviti seni daya

imaginasi mereka akan diperkembangkan. Oleh itu situasi pembelajaran yang lengkap

dalam suasana pembelajaran itu adalah perlu. Dengan itu menyediakan peralatan asas

melukis seperti kertas, berus, warna dan krayon adalah perlu dalam usaha memberi galakan

Page 18: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

18

dalam mempertingkatkan daya imaginasi kanak-kanak dalam menghasilkan lukisan yang

melambangkan persepsi mereka. Merangsang perkembangan kanak-kanak juga boleh

diwujudkan selain aktiviti melukis dengan menggunakan gambar, rakaman, tayangan video

dengan menggunakan kemajuan teknologi maklumat upamanya. Kerana dengan

menggunakan kemudahan seumpama ini akan dapat menarik minat kanak-kanak dengan

tayangan-tayangan video yang berkesesuaian dengan peringkat umur mereka. Suasana ini

akan dapat menimbulkan rasa gembira mereka dan seterusnya akan dapat menarik minat

yang akan menggalakan pemikiran kreatif melalui emosi yang mereka luahkan.

Bidang seni mampu merangsang pemikiran dan perkembangan kanak-kanak

melalui aktiviti seni yang dijalankan. Membentuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak

adalah amat perlu melalui pengalaman dan persekitaran kehidupan mereka. Oleh itu

peranan pendidik perlu memberi galakan kepada kanak-kanak untuk berimaginasi, bagi

mempertingkatkan daya kemahiran berfikir mereka dalam menghasil sesuatu yang baru,

dalam penerokaan sesuatu bidang ilmu. Menurut Victor Lowenfeld, semasa melaksanakan

aktiviti seni, kanak-kanak akan menghadapi dua halangan iaitu dari aspek psikologi

persekitaran dan budaya. Bagi mengatasi permasalahan ini, pendidik perlu membimbing

bagi menyelesaikan halangan-halangan yang dihadapi oleh kanak-kanak.

6.0. KESIMPULAN.

Perkembangan artistik kanak-kanak berdasrkan kepada teori perkembangan Al Hurwitz

dan Michacel Day (1995) serta Viktor Lowenfeld (1947) menyatakan kebolehan

kanak-kanak dalam seni visualnya adalah dipengaruhi oleh peringkat umur.

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak akan sentiasa mengalami perubahan dari

aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi akan berlaku dalam diri setiap individu

sebermula kelahiran sehinggalah ke peringkat dewasa. Peringkat perkembangan artistik

kanak-kanak ini dipengaruhi oleh umur dan kematangan kanak-kanak dalam

melahirkan ekspresi artistik mereka. Melalui dua teori perkembangan artistik kanak-

kanak ini mempelihatkan kesamaan dalam transisi perkembangan daripada peringkat

contengan kepada perwakilan sebenar dalam penghasilan karya seni.

Karya seni yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya berdasarkan

kefahaman mereka berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan pada tahap

manipulatif karya seni kanak-kanak sukar untuk ditafsir akan maksudnya. Namun

pembelajaran yang diberi penekanan dalam tahap manipulatif ini adalah kebolehan dan

kemampuan kanak-kanak melihat dunia dari kaca matanya sendiri. Perkembangan

Page 19: Artistik

KAE3013 [EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK]

19

artistik kanak-kanak akan terus berlaku sehinggalah ia mampu menghasilkan lukisan

secara realistik dan mudah difahami.

Seni sesuatu yang indah. Menurut Frank Cizek (1865-1946), berpendapat bahawa

kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan sesuatu kaedah

untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi ruang

untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri.

Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana

gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat untuk memajukan diri meningkat.

Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar.

Oleh itu perkembangan artistik kanak-kanak perlu diberi penekanan dalam

usaha membantu memperkembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak, yang akan

dapat digunakan dalam kepelbagaian disiplin ilmu.

7.0. RUJUKAN.

1. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (2009). Kreativiti Dan Seni Kanak-

Kanak. Institut Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Perkembangan Kreatifviti Dalam Pendidikan Prasekolah (2010). Institut

Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak (2009). Bahagian Pendidikan Guru Sektor

Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah (2009). Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Seni Visual. Institut Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

6. http://teoriperkembangan.blogspot.com/

7.