Asal Usul Perkataan Boria

15
PENGENALAN Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Dipercayai boria berasal dari Parsi dan di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh askar-askar India selatan, boria telah diubahsuai dan dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang. Pada pertengahan abad ke-19, teater boria melibatkan lagu vokal dan tarian di bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang beragama Islam. Pada masa itu boria dipersembahkan oleh askar-askar itu selama 10 hari pada bulan Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan meratapi kematian Saidina Hussein r.a. Kemudian boria dipersembahkan di Pulau Pinang oleh penduduk-penduduk tempatan yang berketurunan India selatan yang lebih dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan. Boria diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan komuniti tempatan.

description

best

Transcript of Asal Usul Perkataan Boria

Page 1: Asal Usul Perkataan Boria

PENGENALAN Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau

Pinang. Dipercayai boria berasal dari Parsi dan di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh askar-

askar India selatan, boria telah diubahsuai dan dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang.

Pada pertengahan abad ke-19, teater boria melibatkan lagu vokal dan tarian di bawa ke Pulau Pinang oleh askar-askar India selatan yang beragama Islam.

Pada masa itu boria dipersembahkan oleh askar-askar itu selama 10 hari pada bulan Muharam untuk mengingati peristiwa Karbala dan meratapi kematian Saidina Hussein r.a.

Kemudian boria dipersembahkan di Pulau Pinang oleh penduduk-penduduk tempatan yang berketurunan India selatan yang lebih dikenali dengan gelaran Jawi-Pekan. Boria diubahsuai mengikut citarasa dan keperluan komuniti tempatan.

Page 2: Asal Usul Perkataan Boria

ASAL USUL PERKATAAN BORIA• Ramai yang sering tertanya-tanya daripada mana timbulnya perkataan boria itu sendiri.

Sesetengah sarjana berpendapat bahawa perkataan boria diambil dari perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'.

• Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala.

• Selain itu, ada juga yang berpendapat perkataan boria berasal dari perkataan 'borai'. Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau sasau.

• Ini disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila.

• Satu lagi pendapat yang mengatakan bahawa boria berasal dari perkataan Bori. Bori adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India.

• Mereka berpindah serta menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah yang dikatakan memulakan permainan boria di Pulau Pinang.

• Pendapat lain ada mengatakan bahawa nama boria lahir hasil dari gabungan bori dan ria, maka terjadilah boria.

Page 3: Asal Usul Perkataan Boria

• Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu lakonan atau lawak jenaka dan juga nyanyian.

• Kedua-dua segmen ini saling bergantungan di antara satu sama lain dalam menentukan mutu persembahan.

• Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki sahaja.• Watak wanita yang ditimbulkan dalam cerita akan dilakonkan

oleh pelakon lelaki yang akan memakai pakaian wanita sambil merendahkan suaranya agar tidak selantang suara lelaki.

• Dalam kumpulan boria wanita biasanya akan menyanyi.• Tetapi sejak tahun 1950 an, pasukan boria wanita mula wujud.• Lakonan akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang sengaja

direka untuk memberi rasa geli hati kepada penonton.

Page 4: Asal Usul Perkataan Boria

• Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula akan dimainkan menandakan bermulanya bahagian kedua persembahan iaitu segmen nyanyian.

• Si tukang karang iaitu ketua penyanyi dalam setiap kumpulan akan mendahului para kelasi iaitu penari atau penyanyi latar masuk ke pentas sambil memusing-musingkan 'baton' di tangan.

• Nyanyian dimulakan secara solo oleh tukang karang yang kemudian diikuti oleh korus pihak kelasi.

• Pada masa kini cerita-cerita yang dikisahkan dalam persembahan boria tertumpu kepada tema-tema yang berhubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu dan juga isu-isu masyarakat semasa.

• Kadang kala cerita Cina atau India juga dikisahkan malah cerita daripada filem juga dilakonkan dalam pementasan boria.

Page 5: Asal Usul Perkataan Boria

LATAR BELAKANG BORIA• Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan

peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.

• Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb Muharam di perkuburannya.

• Upacara ini dikenali sebagai takziya.• Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati

peristiwa yang menyayat hati itu.• Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair

mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung musuh. • Bekalan air dan makanan disekat untuk melemahkan Saidina

Hussein r.a.

Page 6: Asal Usul Perkataan Boria

• Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah.

• Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Ali Suffian.

• Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a.

Page 7: Asal Usul Perkataan Boria

• Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa.

• Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina Hussein r.a malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur.

• Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik.

• Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persembahan.

Page 8: Asal Usul Perkataan Boria

• Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan yang berbau politik, teater ini dijadikan tempat mereka mencari pengaruh.

• Sambutan hebat didapati di merata tempat setiap kali diadakan persembahan.

• Kebiasaanya golongan kaya akan membiayai persembahan serta mengedarkan minuman secara percuma untuk menarik perhatian orang ramai untuk datang menonton.

• Oleh itu, dikatakan teater ini berkembang selari dengan dengan perkembangan fahaman Syiah.

• Di mana-mana sahaja terdapatnya kaum Syiah teater ini pasti wujud.

• Maka berkembanglah teater ini ke Parsi, India dan seterusnya menjalar masuk ke Semenanjung Malaysia.

Page 9: Asal Usul Perkataan Boria

Cara Persembahan Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rahmah Bujang (1987),

persembahan boria lazimnya terdiri daripada dua persembahan cerita yang berasingan. Tema atau cerita persembahan pertama dihubungkaitkan dengan tujuan persembahan itu, maka tema persembahan kedua adalah lebih umum lagi.

1. Cerita lucu atau lawak jenaka. Bahagian lawak jenaka biasanya dilakonkan oleh 10 hingga 14 orang

pelakon. Jenis peranan ( role types) dalam bahagian ini terdiri daripada

beberapa orang biasa dari kampung dan seorang penghulu atau pegawai profesional seperti doktor atau pegawai kerajaan.

Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi slapstik dengan dialog yang diimprovisasikan.

Lazimnya sebuah pancaragam menghasilkan muzik instumental untuk mengiringi cerita dan membunyikan kesan bunyi apabila diperlukan.

Page 10: Asal Usul Perkataan Boria

2. bahagian lagu vokal dan tarian.

Bahagian yang kedua dalam persembahan boria terdiri daripada lagu vokal dan tarian yang berulang-ulang.

Bahagian ini dimainkan oleh korus dan seorang penyanyi, iaitu seramai 30-40 peserta.

Peserta korus juga menari dan mereka ini digelar kelasi atau sailor, sementara penyanyi solo atau ketua penyanyi dikenali sebagai tukang karang.

Bahagian kedua persembahan boria ini bermula dengan muzik instrumental oleh pancaragam yang menghasilkan lagu tertentu yang berasaskan irama dan rentak cha-cha, rhumba atau tarian popular Barat yang lain.

Serentak dengan muzik insrumental ini tukang karang menyanyikan seni kata rangkap pertama.

Rangkap ini berstruktur 4 baris seni kata dengan skema rima tertentu yang tetap misalnya rangkap pertama dengan skema a,a,a,a dan rangkap kedua dengan skema b,b,b,b dan seterusnya.

Page 11: Asal Usul Perkataan Boria

BORIA TERKENAL DI PULAU MUTIARAKINI DIKENALI DI SELURUH NEGARAIRAMANYA CERIA RIANG GEMBIRABORIA OMARA MEMBUKA ACARA

AKHIR KATA KAMI BERPESANBORIA BUKAN SEKADAR HIASANSENI BUDAYA SEBUAH BINGKISANBORIA OMARA MENYAMBUNG WARISAN

Page 12: Asal Usul Perkataan Boria

• Rangkap yang dinyanyikan oleh tukang karang diiringi oleh pancaragam dan pada waktu yang sama korus/penari mula bergerak dengan langkah-langkah tarian tertentu.

• Korus/penari biasanya akan bergerak serentak.• Apabila tukang karang selesai menyanyikan rangkap

pertama, korus akan mengulangi seni kata dan melodi rangkap itu sambil menari mengikut rentak lagu.

• Selepas itu, tukang karang akan menyanyi rangkap kedua pula sementara korus terus menari.

• Tukang karang dan korus berselang-seli begini sehingga 12 -20 rangkap dinyanyikan.

• Tema seni kata semua rangkap bertumpu kepada tema utama cerita persembahan boria itu.

Page 13: Asal Usul Perkataan Boria
Page 14: Asal Usul Perkataan Boria

ENSEMBLE• Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam teater boria

diiringi oleh pancaragam yang biasanya duduk di bahagian belakang pentas.

• Ensembel ini biasanya terdiri daripada berbagai-bagai alat muzik kerana peralatan muzik yang digunakan dalam setiap persembahan boria ini tidak bersifat khusus.

• Hal ini kerana aspek yang dipentingkan ialah keupayaan para pemuzik untuk mengiringi nyanyian tukang karang.

• Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin sahaja.

• Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut.

• Namun begitu, pada masa dahulu alat muzik yang sering digunakan adalah seperti violin, gambus, marwas, tabla, akordion, gendang, simbal dan harmonika.

Page 15: Asal Usul Perkataan Boria