Asal usul Parameswaa.docx

12
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Mohd Faiz bin Zakaria dan Pn. Murniyatiy binti Awang kerana banyak membantu saya menyiapkan kajian kes sejarah ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sejarah saya iaitu Pn. Wan Asmanira binti Abdullah atas segala bimbangan dan tunjuk ajar yang diberikan olehnya semasa saya menyiapkan kajian kes ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya kerana mereka secara tidak langsung memberi sedikit cadangan dalam menyiapkan kajian kes ini. 1

Transcript of Asal usul Parameswaa.docx

Page 1: Asal usul Parameswaa.docx

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. Mohd Faiz bin Zakaria dan Pn. Murniyatiy binti Awang kerana banyak membantu saya menyiapkan kajian kes sejarah ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sejarah saya iaitu Pn. Wan Asmanira binti Abdullah atas segala bimbangan dan tunjuk ajar yang diberikan olehnya semasa saya menyiapkan kajian kes ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya kerana mereka secara tidak langsung memberi sedikit cadangan dalam menyiapkan kajian kes ini.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Asal usul Parameswaa.docx

OBJEKTIF KAJIAN

1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul Parameswara.

2. Saya dapat mengetahui asal usul nama bagi negeri Melaka.

3. Saya boleh menghubung kait antara Melaka dengan Kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu.

2

Page 3: Asal usul Parameswaa.docx

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku teks.

2. Kaedah melayari internet iaitu saya mencari maklumat dengan melayari internet tentang Parameswara dan Kesultanan Melayu Melaka.

3. Kaedah temubual iaitu saya bertanya kepada ibu saya iaitu Pn. Murniyatiy binti Awang tentang asal usul Parameswara dan Melaka.

3

Page 4: Asal usul Parameswaa.docx

PARAMESWARA4

Page 5: Asal usul Parameswaa.docx

Asal usul Parameswara

Parameswara (परमेश्वर) adalah sebuah nama yang berasal dari bahasa Sansekerta. Parama berarti “paling berkuasa”, dan Iswara berarti “raja”. Parameswara juga merupakan nama lain untuk Siwa, salah satu dewa utama dalam agama Hindu.Menurut Sejarah Melayu, garis keturunan ayah Parameswara adalah dari Kerajaan Sriwijaya. Sang Nila Utama, penerus Raja Sriwijaya, memiliki putra bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386). Sri Pakerma kemudian memiliki putra bernama Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Parameswara adalah putra dari Seri Rana Wira Kerma.

5

Page 6: Asal usul Parameswaa.docx

Kedatangan Parameswara

Peta perjalanan Parameswara dari Pelembang ke Melaka

Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang muncul pula kerajaan Majapahit. Kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik. Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, Raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya berundur ke Temasik.

Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam. Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah Temasik kerana Temasik pernah

6

Page 7: Asal usul Parameswaa.docx

menjadi naungannya. Setelah membunuh Temagi, Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula.

Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Hal ini menyebabkan Parameswara berundur ke Muar. Parameswara menetap di Muar. Walau bagaimanapun Muar tidak begitu sesuai dijadikan kerajaan. Oleh itu, Parameswara bersama-sama pengikutnya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung. Parameswara dan pengikutnya tiba di Sungai Bertam. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan. Penduduknya terdiri daripada Orang Melayu, Orang Laut dan Orang Asli. Parameswara berpendapat bahawa kedudukan tempat tersebut amat baik kerana berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah didapati. Parameswara menamakan negeri tersebut, Malaka.

7

Page 8: Asal usul Parameswaa.docx

Asal usul Melaka

Peristiwa pelanduk putih menendang anjing-anjing pemburuan Parameswara

Menurut sejarah Melayu, semasa Parameswara meneruskan perjalanannya sehingga di Sungai Bertam lalu berburu bersama-sama para pembesarnya. Baginda berhenti rehat dan bersandar pada sepohon pokok yang renda ng. Tiba-tiba muncul seekor pelanduk putih yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda dan melihat pelanduk putih tersebut menendang anjing pemburuannya sehingga jatuh ke dalam sungai. Peristiwa itu dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing. Oleh itu, Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan. Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat baginda berehat.

8

Page 9: Asal usul Parameswaa.docx

Pokok Melaka

Pelanduk putih

9

Page 10: Asal usul Parameswaa.docx

RUJUKAN

1. Buku Ilmiah

Akashah bin Ismail, 2013. Sejarah Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fawzi bin Basri, Mohd Fo’ad bin Sakdan dan Azami bin Man, 2006. Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Orang Sumber

Pn Murniyatiy binti Awang, 40 tahun, C1-12-6 Bayu Tasik Kondo 1, Jln Sri Permaisuri 5, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur.

3. Internet

http://www.melaka.gov.my/my/tentang-kami/sejarah

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/15/parameswara/

10