Asas Kertas Cadangan - Mai

5
ASAS KERTAS CADANGAN Nama Sekolah : SK Damak , 27030 Jerantut , Pahang Darul Makmur. Nama Penyelidik : Maizura Binti Othman Tajuk Kajian : Kaedah Cable Tat meningkatkan kemahiran ikat an dengan kemas dalam menghasilkan corak ikatan dan celupan yang menarik bagi murid tahun 4. Refleksi : Saya merupakan ketua panitia pendidikan seni visual SK Damak. Saya mempunyai rakan guru seni visual seramai 4 orang di sekolah ini. Kesemua rakan guru saya ini, merupakan guru bukan opysen pendidikan seni visual. Jadi, pelbagai masalah dan isu yang timbul apabila mereka ini melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil perbincangan bersama, setiap masalah itu dapat diselesaikan dengan sewajarnya. Walaupun saya memegang jawatan sebagai ketua panitia pendidikan seni visual , saya hanya diberi jadual mengajar seni visual bagi satu kelas sahaja. Jadi di sini agak sukar juga bagi saya untuk mencari permasalahan murid dalam pembelajaran pendidikan seni visual. Seorang guru ganti telah meminta bantuan saya dalam menjalankan aktiviti ikatan dan celupan bagi tahun 4 Cemerlang. Kami bersama-sama masuk ke kelas 4 Cemerlang untuk membimbing murid dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Setelah memberikan penerangan dan panduan tunjukcara melaksanakan aktiviti ikatan dan celupan itu. Murid telah diarahkan untuk melaksanakan sendiri dengan pemerhatian oleh guru. Langkah demi langkah murid ikuti, bermula dengan lipatan kain , cara mengikat antara kain , mencelup warna dan sehinggalah ikatan tali

description

k

Transcript of Asas Kertas Cadangan - Mai

Page 1: Asas Kertas Cadangan - Mai

ASAS KERTAS CADANGAN

Nama Sekolah : SK Damak , 27030 Jerantut , Pahang Darul Makmur.

Nama Penyelidik : Maizura Binti Othman

Tajuk Kajian : Kaedah Cable Tat meningkatkan kemahiran ikat an dengan kemas dalam menghasilkan corak ikatan dan celupan yang menarik bagi murid tahun 4.

Refleksi : Saya merupakan ketua panitia pendidikan seni visual SK Damak. Saya mempunyai rakan guru seni visual seramai 4 orang di sekolah ini. Kesemuarakan guru saya ini, merupakan guru bukan opysen pendidikan seni visual. Jadi, pelbagai masalah dan isu yang timbul apabila mereka ini melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Hasil perbincangan bersama,setiap masalah itu dapat diselesaikan dengan sewajarnya. Walaupun sayamemegang jawatan sebagai ketua panitia pendidikan seni visual , sayahanya diberi jadual mengajar seni visual bagi satu kelas sahaja. Jadi di sini agak sukar juga bagi saya untuk mencari permasalahan murid dalam pembelajaran pendidikan seni visual.

Seorang guru ganti telah meminta bantuan saya dalam menjalankan aktiviti ikatan dan celupan bagi tahun 4 Cemerlang. Kami bersama-sama masuk ke kelas 4 Cemerlang untuk membimbing murid dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Setelah memberikan penerangan dan panduan tunjukcara melaksanakan aktiviti ikatan dan celupan itu. Murid telah diarahkan untuk melaksanakan sendiri dengan pemerhatian oleh guru. Langkah demi langkah murid ikuti, bermula dengan lipatan kain , cara mengikat antara kain , mencelup warna dan sehinggalah ikatan tali atau getah dibuka. Walaupun murid telah mengikuti setiap langkah kerja dengan teratur namun hasil daripada hasil kerja murid kurang menjadi. Apabila di ulangi aktiviti tersebut sekali lagi , hasilnya baik sedikit daripada tadi.

Bagi juga permasalahan yang timbul bagi kelas yang kedua iaitu 4 Cerdik. Hasil daripada temubual guru pendidikan seni visual mereka. Saya dapati bahawa hasilan kerja murid turut tidak begitu memuaskan. Ini menyebabkan murid di dalam kelas itu tidak dapat mencapai tahap penguasaan yang tinggi. Bagi saya, walaupun ia merupakan satu aktiviti daripada sukatan pelajaran tetapi ,murid perlu menguasai pada tahap pengguasaan yang tinggi bagi mengimbangi antara aktiviti.

Fokus Kajian : Hasil daripada pemerhatian sendiri dan temubual daripada guru lain, saya dapati bahawa permasalahan yang timbul daripada aktiviti ikatan dan celupan adalah ikatan yang dibuat. Jika ikatan itu ketat dan kemas , maka hasilnya adalah menarik dan terdapat ruang-ruang corak yang terhasil. Namun jika , ikatan itu tidak kemas atau ketat, maka hasilnya kurang menjadi atau terdapat campur warna antara kedua belah ikatan. Jadi , walaupun lipatan kain itu pelbagai cara atau pelbagai bahan diletakkan , ia tetap tidak menjadi. Oleh itu, cara ikatan menggunakan getah atau tali bagi murid sekolah rendah agak merumitkan kerana keupayaan mereka agak terhad untuk menghasilkan ikatan yang cukup ketat dan kemas. Sememangnya , murid sekolah rendah ini memerlukan satu mekanisme lain bagi membantu mereka dalam mencapai tahap penguasaan yang tinggi dalam aktiviti ikatan dan celupan ini. Murid memerlukan satu bahan lain bagi menghasilkan ikatan yang kemas dan ketat dengan mudah bagi menghasilkan corak ikatan dan celupan yang menarik.

Page 2: Asas Kertas Cadangan - Mai

Objektif Kajian : Murid dapat ;1. Menghasilkan ikatan yang ketat dan kemas dengan mudah.2. Menghasilkan corak daripada ikatan dan celupan dengan baik dan menarik.

Kumpulan Sasar : Murid tahun 4 ( 2015 ) , seramai 5 orang .

Tindakan : 1. Temubual dengan murid yang telah menjalani aktiviti ikatan dan celupan. 2. Dokumentasi 3. Pemerhatian

Jadual :Jadual Perancangan Tindakan ( Carta Ghant )

BULAN OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBERAKTIVITI MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4Perjumpaan dengan pensyarah pembimbingMencari fokus kajian

Berbincang dengan pensyarah dan rakanMengumpul maklumat berkaitanMemilih perancangan tindakanMenyediakan/ melengkapkan proposalMenghantar proposal

Persediaan bagi pelaksanaan kajian

Jadual Pelaksanaan Tindakan ( Carta Ghant )

BULAN JANUARI FEBUARI MAC APRIL MEIAKTIVITI MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4Melaksanakan kajian

Mengumpul data akhir

Menganalisis data

Mengadakan perbincangan dapatan kajian

Menulis laporan

Menghantar laporan

Page 3: Asas Kertas Cadangan - Mai

Perbelanjaan :

Bil Jenis

PerbelanjaanHarga seunit

Kuantiti Jumlah (RM)

1Kertas tisu RM 3.90

1

RM 3.90

2 Cable tat RM 0.30/ helai 20 RM 6.00

3

Kertas A4RM 8.90

(1 rim)

2 RM17.80

4Warna batik RM7.00

3 RM21.00

5

6

7

8

JUMLAH BESAR RM210.30