Asas Perdagangan

16
Bab 1: Asas Kepada Perdagangan PERDAGANGAN TINGKATAN EMPAT Bab 1: Asas Kepada Perdagangan

Transcript of Asas Perdagangan

Page 1: Asas Perdagangan

Bab 1: Asas Kepada Perdagangan

PERDAGANGAN TINGKATAN EMPAT

Bab 1: Asas Kepada Perdagangan

Page 2: Asas Perdagangan

Maksud Keperluan:

Barang atau perkhidmatan yang membolehkan manusia hidup pada tahap keselesaan yang minimum. Tiga keperluan asas yang diperlukan oleh manusia:

- makanan- pakaian- tempat tinggal

1.1 KEPELUAN DAN KEHENDAK MANUSIA

Page 3: Asas Perdagangan

Maksud Kehendak:

Keinginan memiliki barang dan perkhidmatan untuk kehidupan yang lebih mewah, selesa serta menyeronokkan. Pelengkap kepada kehidupan manusia Kehendak manusia adalah tidak terhad Contoh kehendak manusia:

-Kereta mewah, rumah banglo, melancong ke luar negara dan sebagainya.

Page 4: Asas Perdagangan

KEPERLUANPerbezaan Antara Keperluan dan Kehendak

Keperluan Kehendak Perlu untuk manusia teruskan hidup Pelengkap kepada keperluan supaya

manusia dapat hidup dengan selesa dan seronok

Berperingkat-peringkat, yang paling asas adalah keperluan fisiologi dan yang paling tinggi adalah keperluan rohani

Mengikut pilihan seseorang individu yang biasanya dipengaruhi oleh faktor usia, jantina, cita rasa dan tahap pendapatan

Senang dipuaskan dan sama untuk semua manusia

Tidak mudah dipuaskan dan tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain

Terhad dan tidak ada banyak pilihan, terdiri daripada makanan, pakaian, dan tempat tinggal

Tidak terhad dan terdapat banyak pilihan seperti mesin basuh, kereta mewah, dan sebagainya.

Page 5: Asas Perdagangan

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Page 6: Asas Perdagangan

Keperluan Fisiologi: Keperluan yang paling asas terdiri daripada makanan,

air, udara dan rehat Tanpa keperluan ini manusia tidak akan dapat teruskan

hidup Keprluan keselamatan merujuk kepada keadaan manusia

yang perlu merasakan dirinya bebas daripada segala ancaman bahaya seperti cuaca buruk, binatang buas dan sebagainya

Page 7: Asas Perdagangan

Keperluan Sosial: Keperluan sosial terdiri daripada keperluan kasih

sayang dan keperluan penghargaan. Keperluan kasih sayang adalah keinginan seseorang untuk

berkawan, serta disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan.

Keperluan penghargaan pula adalah keperluan manusia untuk dihargai, disanjungi, dihormati dan dikenang atas sesuatu usaha atau kejayaan yang telah dicapai

Page 8: Asas Perdagangan

Keperluan Rohani: Keperluan yang tertinggi dalam Hierarki Maslow ialah

keperluan sempurna kendiri. Keperluan ini akan mendorong individu mengenal pasti

kebolehannya serta mengasah bakat yang ada untuk mencapai kejayaan

Manusia juga boleh mencapai keperluan rohani dengan memenuhi jiwa mereka dengan nilai keagamaan.

Page 9: Asas Perdagangan

1.2 PENGELUARAN

Maksud Pengeluaran:

Pengeluaran meliputi sebarang aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia

Jenis-Jenis Pengeluaran:i) Pengeluaran Langsung: Pengeluaran barang untuk kehendak diri sendiriii) Pengeluaran Tak Langsung : Seseorang individu mengkhusus dalam sesuatu bidang pengeluaran yang diminatinya.

Page 10: Asas Perdagangan

Pengeluaran

Perusahaan Ekstraktif Pembinaan Perkilangan

Perdagangan Perniagaan Bantuan

Perniagaan

Khidmat Langsung

Page 11: Asas Perdagangan

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Tanah

Buruh

Modal

Usahawan

1.3 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Page 12: Asas Perdagangan

Tanah - merujuk kepada segala sumber yang dapat diperoleh daripada alam semulajadi.

Buruh - merujuk kepada tenaga manusia yang digunakan dalam menjayakan sesuatu proses pengeluaran.

Modal - merujuk kepada segala peralatan, mesin, loji, bangunan, kemudahan pengangkutan dan pengagihan, stok barangan belum siap dan sebagainya digunakan dan perkhidmatan.

Usahawan – Faktor yang menggembelengkan faktor-faktor pengeluaran yang lain seperti tanah, buruh dan modal untuk menjayakan sesuatu proses pengeluaran

Page 13: Asas Perdagangan

1.4 PENGKHUSUSAN

Maksud Pengkhususan

“ Menumpukan aktiviti produktif kepada bidang-bidang tertentu (ekstraktif, perkilangan, pembinaan, perdagangan, dan perkhidmatan langsung) berdasarkan minat, kebolehan dan kemahiran seseorang individu”

-Kewujudan pengkhususan dalam pengeluaran

Pengkhususan mengikut pekerjaan Pengkhususan mengikut proses Pengkhususan antara kawasan Pengkhususan Antarabangsa

Page 14: Asas Perdagangan

Kesan Pengkhususan Dalam Pengeluaran

Kelebihan Kekurangan

Meningkatkan kemahiran pekerja.

Penggunaan mesin dalam pengeluaran

Peningkatan output dan pengurangan kos pengeluaran

Penjimatan masa Penjimatan dalam

penggunaan mesin dan alat

Membosankan kerja Hilang daya cipta Risiko pengangguran Risiko kemelesetan

ekonomi Perbelanjaan modal yang

tinggi Saling pergantungan

antara satu sama lain

Page 15: Asas Perdagangan

1.5 SISTEM BARTER

1. Sistem tukar menukar barang antara satu sama lain dikenali sebagai sistem barter

2. Satu bentuk perniagaan di zaman dahulu

3. Dua syarat yang perlu ada untuk menjalankan perniagaan sistem barter:

Barang yang berlebihan untuk ditukarkan Kemahuan serentak – kedua-dua belah pihak

memerlukan barang masing-masing pada masa yang sama

Page 16: Asas Perdagangan

Kelebihan Kelemahan

Kelebihan dan Kelemahan Sistem Barter

Tiada mata wang yang digunakan

- dalam proses jual beli mata wang tidak digunakan

Tidak menggunakan orang tengah

- pembeli dan penjual mendapatkan barang secara langsung

Masalah kemahuan serentak

Kesukaran membahagi-bahagikan barang

Penentuan nilai Masalah menyimpan

barang