Asas Pertolongan Cemas

15
ASAS PERTOLONGAN CEMAS Prepared by: Constance Sharvin Devi

Transcript of Asas Pertolongan Cemas

Page 1: Asas Pertolongan Cemas

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Prepared by:Constance

Sharvin Devi

Page 2: Asas Pertolongan Cemas

Melecur• Kecederaan yang

disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.

Page 3: Asas Pertolongan Cemas

Tanda-tanda

a) Sakit yang kuat.b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.c) Terjadi gelembung air pada kulit.d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali.e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Page 4: Asas Pertolongan Cemas

• Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.

• Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa.

• Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur• Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule

of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:-a) Bahagian kepala dan leher - 9%b) Sebelah anggota atas - 9%c) Bahagian depan badan -18%d) Bahagian belakang badan -18%e) Sebelah anggota bawah -18%f) Bahagian kemaluan - 1%

Page 5: Asas Pertolongan Cemas

Rawatan Am Melecur

a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena.c) Tenangkan mangsa.d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut.e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat.g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Page 6: Asas Pertolongan Cemas

Pitam• Pitam berlaku akibat

kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.

Page 7: Asas Pertolongan Cemas

Punca-punca pitam

a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.d) Kelaparan atau terlalu dahaga.e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Page 8: Asas Pertolongan Cemas

Tanda-tanda

a) Mangsa mengadu peningb) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemahc) Muka dan tangan jadi pucatd) Berpeluh dengan banyake) Meloya dan kadang-kadang disertai muntahf) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguapg) Hilang kesedaran.

Page 9: Asas Pertolongan Cemas

Rawatan Am Pitam

a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawahc) Longgarkan pakaian mangsa.d) Tenangkan mangsa.e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan.f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Page 10: Asas Pertolongan Cemas

Patah• Merupakan kecederaan

yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.

Page 11: Asas Pertolongan Cemas

a) Secara Langsung • Patah tepat pada tempat atau puncanya.

Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.

b) Secara Tidak Langsung• Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami

kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Page 12: Asas Pertolongan Cemas

Jenis-jenis patah

a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) • Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

b) Patah riok (Compound fracture)• Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar

kulit.

c) Patah melarat (Complicated fracture)• Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)• Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)• Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)• Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan

bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)• Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala

yang terbenam menghimpit otak.

Page 13: Asas Pertolongan Cemas

Tanda-tanda dan gejala patah

a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek.e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Page 14: Asas Pertolongan Cemas

Rawatan Am Patah

a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Page 15: Asas Pertolongan Cemas