Asas tentang Personaliti manusia

99
OLEH PN SITI AZURA BT BAHADIN Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia Universiti Utara Malaysia

Transcript of Asas tentang Personaliti manusia

Page 1: Asas tentang Personaliti manusia

OLEH

PN SITI AZURA BT BAHADINFakulti Pembangunan Sosial dan Manusia

Universiti Utara Malaysia

Page 2: Asas tentang Personaliti manusia

PERSONALITI

1.0. PENGENALAN

1.1. Ramai ahli psikologi memberi berbagai-bagai definisi mengenai personaliti dan kebanyakan mereka bersetuju bahawa ia berkaitan dengan keunikan dan perwatakan tingkahlaku (Zimbardo, 2000).

1.2. Definisi personaliti turut dinyatakan oleh ahli psikometrik, Guilford (1959). Beliau menyatakan bahawa personaliti merupakan satu

“pola tret” yang unik yang ada pada individu.

Page 3: Asas tentang Personaliti manusia

1.3. Personaliti turut melibatkan perwatakan individu, termasuklah keunikan individu yang wujud dalam bentuk kepelbagaian tingkahlaku, sama ada nampak (overt) atau tidak nampak (covert).

1.4. Selain itu, personaliti dapat membezakan seseorang itu dengan individu yang lain. Setiap individu memiliki keistimewaan yang tersendiri yang mungkin tidak ada pada orang lain. Keistimewaan ini dimilikinya secara genetik, ataupun pengaruh persekitaran.

Page 4: Asas tentang Personaliti manusia

1.5. Pengukuran Personaliti

1.5.1. Bagi mengenal pasti ciri-ciri, atau tret, personaliti individu, pengukuran personaliti perlu dilakukan.

1.5.2. Pengukuran personaliti, atau ujian personaliti, ini terdapat dalam pelbagai jenis yang disebut sebagai “Inventori-Inventori Personaliti”. Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap sebagai “Ujian Objektif” kerana ia mempunyai dua ciri berikut:-

(a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas.

(b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek (individu yang diuji).

Page 5: Asas tentang Personaliti manusia

2.0. TEORI PERSONALITI

2.1. TEORI TRET

2.1.1. Tret boleh didefinisikan sebagai ‘sekumpulan tingkahlaku yang saling berhubungan’. Tret adalah istilah yang menjelaskan sekumpulan tingkahlaku yang berkecenderungan berlaku bersama- sama.

2.1.2. Untuk lebih berguna, tret mestilah stabil mengikut masa dan situasi. Sebagai rumusan, tret adalah kategori-kategori, atau ciri-ciri, untuk memperihalkan secara teratur dan tersusun mengenai tingkahlaku individu.

Page 6: Asas tentang Personaliti manusia

2.1.3. Pendekatan Tret merujuk kepada cara melihat ‘sifat dalaman’ yang dimiliki oleh manusia (Coon,2003).

2.1.4. Sebagai contoh, ada manusia yang memiliki ciri ‘ekstrovert’, iaitu bersifat peramah. Ada manusia yang memiliki ciri ‘introvert’, iaitu bersifat pendiam.

2.1.5. Selain itu, terdapat beberapa tret yang lain untuk menerangkan personaliti manusia. Antaranya ialah ciri intelektual, periang, penyayang, penyabar, agresif, setia, jujur, yakin, penakut dan berani.

Page 7: Asas tentang Personaliti manusia

2.1.6. JENIS-JENIS TRET

Menurut Gordon Allport (1961), terdapat tujuh (7) jenis tret :-

(a)Tret Umum

Tret Umum ialah ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh kebanyakan manusia dalam sesuatu budaya. Tret Umum ini dapat membezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain, misalnya dari segi budaya.

(b) Tret Individu

Tret Individu ialah yang berkaitan dengan keunikan yang ada pada individu. Ciri tertentu yang ada pada setiap individu itu menjadikan

dia seorang yang unik dan mempunyai tret yang tersendiri.

Page 8: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Tret Pusat

Tret Pusat ialah tret yang mempunyai pengaruh terhadap beberapa situasi yang terhad. Ia memperihalkan ciri-ciri individu dengan agak seimbang dan tepat. Antaranya ialah ciri kesabaran, ketegasan, kemurungan dan kejujuran.

(d) Tret Kardinal

Tret Kardinal ialah tret yang amat mempengaruhi kehidupan seseorang. Ia boleh dikesan daripada tingkahlakunya. Menurut Allport (1961), terdapat sebilangan kecil individu yang memiliki tret kardinal. Contohnya, Abraham Lincoln dengan tret kejujurannya.

Page 9: Asas tentang Personaliti manusia

(e) Tret Sekunder

Tret Sekunder ialah ciri yang mengawal tingkahlaku manusia secara khusus, kurang seimbang serta relatif mengikut situasi. Antaranya ialah pemilihan makanan, sikap, citarasa muzik, fahaman politik dan sebagainya.

(f) Tret Sumber

Tret Sumber pula adalah tingkahlaku yang tidak dapat dilihat.Namun ia dapat diketahui melalui kaedah “Analisis Faktor”. Tret Sumber ini memperihalkan hubungan yang wujud di antara

beberapa tingkahlaku, dan seterusnya, membentuk dimensi bebas dan berkeseluruhan dalam personaliti manusia.

Page 10: Asas tentang Personaliti manusia

(g) Tret Permukaan

Tret Permukaan adalah sesuatu sifat yang dapat dilihat melalui tingkahlaku manusia, seperti bercakap tegas (tret tegas), berdisiplin (tret berdisiplin) dan mematuhi peraturan (tret patuh).

Page 11: Asas tentang Personaliti manusia

2.2. TEORI PSIKOANALISIS

2.2.1. Psikoanalisis adalah ciptaan Sigmund Freud. Beliau berasal dari Moravia, yang pada masa sekarang dikenali dengan nama

Slovakia. Freud bermula sebagai doktor perubatan dan seorang penyelidik yang mengkaji ‘kecelaruan saraf’. Bidang ini tidak begitu maju pada abad ke– 18 di mana ramai pakar menggunakan “Hipnosis” sebagai kaedah merawat penyakit mental.

2.2.2. Bagaimanapun, Freud telah dipengaruhi oleh penyelidikan seorang doktor di Vienna, Austria bernama Joseph Breur. Breur menggunakan teknik “Perkaitan Bebas” (bercakap tanpa halangan) bagi mengubati pesakitnya.

Page 12: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.3. Pengaruh ini menyebabkan Freud mendalami kajiannya, dan akhirnya, berjaya menghidupkan Teori Psikoanalisis.

2.2.4. Kefahaman tentang psikoanalisis memerlukan penelitian aspek tenaga “psiki” yang meliputi konsep (a) Penentuan Psiki, dan (b) Tahap Kesedaran.

(a) Penentuan Psiki

Penentuan Psiki bermaksud semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia memiliki sebab tertentu. Ada perkaitan antara tahap

sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran rasional dengan tindakan, atau gerakan, emosi yang serta-merta.

Page 13: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Tahap Kesedaran

Tahap kesedaran pula adalah konsep penting dalam teori ini. Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran, iaitu Tahap Sedar, Tahap Prasedar dan Tahap Bawah Sedar.

(i) Tahap Sedar

Tahap Sedar adalah meliputi segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Sistem Sedar ini mengandungi apa saja yang disedari pada sesuatu ketika tertentu.

Antaranya ialah rasa sepi, suka, menulis tugasan, berlari, makan, dan minum.

Page 14: Asas tentang Personaliti manusia

(ii) Tahap Prasedar

Tahap Prasedar tergolong daripada keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan.

Ia mengandungi unsur-unsur yang mudah dibawa ke Tahap Sedar jika diusahakan.

Sistem Prasedar berfungsi mengikut proses sekunder (secondary).

Proses ini menekankan kepada penangguhan memenuhi sesuatu keinginan yang bergantung kepada keadaan realiti serta faktor-faktor persekitaran yang sesuai, atau tidak sesuai, melepaskan tenaga jiwa.

Page 15: Asas tentang Personaliti manusia

(iii) Tahap Bawah Sedar (Tidak Sedar)

Tahap Bawah Sedar (Tidak Sedar) merupakan peringkat paling penting dalam psikoanalisis.

Peringkat inilah yang memainkan peranan dalam pembentukan personaliti seseorang itu.

Ia berfungsi mengikut proses primer (primary) di mana tenaga mental dilepaskan sepenuhnya tanpa teragak-agak bagi mendapatkan pemuasan yang segera dan tidak disekat-lakukan oleh faktor-faktor realiti.

Page 16: Asas tentang Personaliti manusia

Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran dan perasaan yang mana seorang itu tidak dapat menonjolkannya dengan sengaja.

Oleh itu, peralihan daripada tahap ini kepada Tahap Sedar perlu kepada bantuan pakar (terapis atau kaunselor).

Page 17: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.5. Pada kelazimannya, perasaan pemikiran ‘Bawah Sedar’ ini melalui proses “Represi” yang disekat daripada kenyataan.

Keadaan ini berlaku oleh sebab individu itu tidak dapat menerima dirinya sendiri, atau individu tadi memiliki tanggapan bahawa

masyarakat juga tidak dapat menerima dirinya sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat.

Page 18: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.6. Dalam psikoanalisis, unsur-unsur yang dimaksudkan pada ‘Tahap Bawah Sedar’ ini merangkumi perkara-perkara seperti terlajak kata, mimpi, fantasi & khayalan individu.

Kesemua ini adalah manifestasi kepada galakan yang tersirat dalam tahap ‘Bawah Sedar’ individu.

Page 19: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.7. STRUKTUR PERSONALITI MANUSIA

Freud membahagikan personaliti manusia kepada tiga (3) struktur iaitu Id, Ego dan Superego.

(a) Id

(i) Id merupakan gejala yang neutral dalam pemikiran individu. Mengikut teori ini, ciri Id seseorang itu sudah wujud sejak lahir. Id dikatakan sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, dan telah sedia ada dalam diri manusia. Ia berada pada Tahap Bawah Sedar.

(ii) Id merupakan satu tenaga yang primitif, tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan hawa nafsu.

Page 20: Asas tentang Personaliti manusia

(iii) Tujuan utama Id adalah bagi mendapatkan kepuasan kendiri secara mendadak. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, Id merupakan penggerak psikologikal yang tidak perlu dipelajari.

Page 21: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Ego

(i) Ego pula tidak wujud secara semulajadi. Ia berkembang secara berperingkat-peringkat. Perkembangan personaliti Ego adalah melalui hubungannya secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain serta objek di alam sekeliling.

(ii) Sebagai alat untuk mengukuhkan konsep kendiri pada Tahap Sedar, Ego memainkan peranan yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu.

Page 22: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Superego

(i) Superego adalah struktur personaliti manusia yang lebih menyerupai jiwa nurani (conscience) individu.

(ii) Superego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.

(iii) Moral yang dipelajari dikenal pasti daripada ibu bapa, ataupun masyarakat.

(iv) Moral sedemikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa individu itu masih kecil. Personaliti ini berkembang sejajar dengan penerapan moral ke dalam jiwa nuraninya.

Page 23: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.8. PERKEMBANGAN PERSONALITI PSIKOSANALISIS

Terdapat lima (5) peringkat perkembangan personaliti. Peringkat tersebut adalah seperti berikut :

(a) Peringkat Oral

(i) Kepuasan yang mula dirasai oleh manusia pada peringkat individu dalam lingkungan 0-18 bulan ialah di bahagian mulut.

(ii) Peringkat ini bermula sejak manusia dilahirkan. Hampir kesemua objek akan dibawa ke mulut oleh bayi.

(iii) Mengikut fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai

“Mekanisme Bela-diri” semasa dewasa yang boleh membawa kepada tret yang pasif, optimis dan ingin mengetahui.

Page 24: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Peringkat Anal

(i) Pada tahun kedua (atau dari umur 18 bulan ke 36 bulan), kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan pembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi.

(ii) Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan pembuangan najisnya.

(iii) Pakar psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang dilaluinya akan mempengaruhi personalitinya apabila meningkat dewasa kelak.

Page 25: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Peringkat Falik

(i) Pada peringkat Falik (iaitu dari 3 tahun -5 tahun), kanak-kanak mula berseronok dengan alat jantina mereka.

(ii) Peringkat ini turut menyebabkan perkembangan kompleks ‘Oedipus’ dan ‘Elektra’ tanpa

disedari.

(iii) Kompleks ‘Oedipus’ berlaku pada kanak-kanak lelaki di mana mereka tertarik dengan ibu mereka.

(iv) Kompleks ‘Elektra’ pula berlaku pada kanak-kanak perempuan di mana mereka tertarik dengan bapa mereka.

(v) Kanak-kanak cuba menarik perhatian ibu dan bapa mereka.

(vi) Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri seorang individu.

Page 26: Asas tentang Personaliti manusia

(d) Peringkat Latensi

(i) Pada umur 5 tahun - 12 tahun, wujudnya kehendak seksual terpendam. Maka bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu.

(ii) Walau bagaimanapun, peringkat ini turut penuh dengan suasana yang mengukuhkan ciri kelelakian ataupun kewanitaan.

(iii) Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan, sama ada daripada gender lelaki atau wanita.

Page 27: Asas tentang Personaliti manusia

(e) Peringkat Genital

(i) Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akil baligh, seterusnya dewasa, dan kemudiannya ke usia tua, kehendak seksual diganti dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri.

(ii) Pada masa ini, personaliti individu menjadi semakin mantap.

(iii) Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman baru serta bermakna bagi diri individu.

(iv) Ketika ini, individu mula bersosialisasi, berkelompok, bersedia untuk berkahwin, berkeluarga dan bekerja.

Page 28: Asas tentang Personaliti manusia

2.2.9. MEKANISME BELA-DIRI

Mekanisme Bela-diri berlaku bagi menjaga pembentukan personaliti Ego yang sedia ada pada individu.

Mekanisme Bela-diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat Bawah Sedar alam struktur Ego.

Seorang individu belajar hasil pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri bagi memuaskan kehendaknya.

Apabila fungsi Ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam sekeliling, individu secara tidak sedar menggunakan Mekanisme Bela-diri bagi membela dirinya.

Antara jenis Mekanisme Bela-diri yang biasa digunakan oleh seseorang individu itu adalah seperti berikut :-

Page 29: Asas tentang Personaliti manusia

(a) Pendaman

(i) Pendaman adalah Mekanisme Bela-diri yang asas dalam struktur personaliti individu.

(ii) Pendaman merupakan pengenepian desakan mengenai sesuatu peristiwa daripada dibawa ke Tahap Sedar.

(iii) Biasanya ia melibatkan ragam kehidupan seharian sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

(iv) Jika pendaman ini dapat dibawa ke Tahap Sedar, ‘keresahan’ boleh berlaku. Namun demikian, pendaman yang berterusan akan memudaratkan diri.

Page 30: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Keresahan

(i) Keresahan merupakan perasaan ketakutan dalaman.

(ii) Keresahan berasas daripada ingatan dan pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan diri.

(iii) Biasanya keresahan dikaitkan dengan penderaan atau penyeksaan.

(iv) Peristiwa ini sering diingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yang menakutkan.

Page 31: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Rosotan

(i) Rosotan adalah suatu proses di mana individu, yang dalam keadaan tertekan, akan menggunakan gerak balas yang biasa digunakannya pada peringkat awal perkembangan personalitinya.

(ii) Rosotan berlaku bagi mendapatkan kepuasan yang sedia ada dalam Tahap Bawah Sedarnya.

(iii) Sebagai contoh, seorang kanak-kanak, yang baru sahaja mendapat seorang adik, akan menunjukkan tingkahlaku yang merosot, seperti tidak membuang air dengan teratur, walaupun ciri sebenar tidak sedemikian sebelum itu.

(iv) Dalam keadaan ini, individu tersebut berasa terancam dengan kedudukan dan perhatian terhadapnya oleh keluarga.

Page 32: Asas tentang Personaliti manusia

(d) Pembentukan Reaksi

(i) Proses ini merupakan perkembangan sikap yang bertentangan dengan sikap yang telah dipendam.

(ii) Contohnya, desakan menjadi seorang pengotor adalah bertentangan dengan pendaman sikap seorang pembersih.

(iii) Oleh kerana mungkin wujud perasaan memberontak, maka sikap pembersih dipendam.

Page 33: Asas tentang Personaliti manusia

(e) Unjuran

(i) Suatu keadaan di mana individu melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sikap buruk orang lain sedangkan dirinya sendiri memilikki sikap yang buruk seperti itu.

Page 34: Asas tentang Personaliti manusia

(f) Fantasi

(i) Suatu keadaan di mana individu menggunakan Ego dengan cara imaginasi (berangan-angan) seolah-olah telah mencapai sesuatu hajat. Apa yang nyata ialah individu berkenaan tidak memperolehnya pun.

Page 35: Asas tentang Personaliti manusia

(g) Identifikasi

(i) Identifikasi ini merupakan satu proses di mana individu mengenal pasti dan menggabungkan sikap orang lain yang signifikan ke dalam dirinya bagi membentuk personalitinya.

(ii) Contohnya, seseorang yang meniru gaya pelakon-pelakon Hollywood atau artis-artis tertentu yang menjadi idolanya.

Page 36: Asas tentang Personaliti manusia

(h) Pindahgantian

(i) Keadaan ini merupakan satu proses mengalirkan tenaga ‘psiki’ kepada objek-objek tertentu sebagai meluahkan perasaan dan melepaskan geram.

(ii) Keadaan ini akan mendatangkan kelegaan dalam diri.

(iii) Sebagai contoh, seorang pelajar telah menendang meja tulisnya kerana berasa amat marah terhadapbapanya yang tidak mengirimkan wang kepadanya, walaupun telah meminta beberapa kali.

Page 37: Asas tentang Personaliti manusia

(i) Sublimasi

(i) Satu bentuk pindah gantian Id ke arah tindakan dan kegiatan yang dapat diterima masyarakat.

(ii) Hasil daripada penyaluran seperti di atas, individu itu akan disanjung dan dipuji.

(iii) Sebagai contoh seorang yang suka mengintai, pada suatu ketika dulu, telah bekerja sebagai seorang pakar sakit puan.

Page 38: Asas tentang Personaliti manusia

3. 0. TEORI KEMANUSIAAN

• Teori Kemanusiaan melihat personaliti manusia sebagai insan yang baik, murni dan mempunyai potensi untuk maju.

• Pakar-pakar psikologi kemanusiaan sentiasa mementingkan hubungan manusia dengan alam sekelilingnya, selain dari menekankan perkembangan diri ke arah kesempurnaan-kendiri (self-actualization) individu itu.

• Dalam konteks perbincangan, terdapat dua (2) teori, iaitu :-

1. Teori Kemanusiaan Rogers, dan

2. Teori Hierarki Keperluan Manusia (Abraham Maslow).

Page 39: Asas tentang Personaliti manusia

3.1. TEORI KEMANUSIAAN ROGERS

3.1.1. Carl R. Rogers adalah pengasas kepada pendekatan berpusatkan manusia (client-centred). Rogers percaya bahawa manusia mempunyai potensi semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan diri.

3.1.2. Rogers percaya bahawa manusia mahu menuju ke arah kesempurnaan-kendiri (self-actualization). Namun

begitu, dalam perjalanan hidupnya, diri individu tadi telah terbabas kerana diterima bersyarat.

3.1.3. Disebabkan manusia diterima bersyarat, mereka sanggup berlakon dan berpura-pura agar diri mereka diterima. Contohnya, individu yang mengaku sihat, sedangkan dirinya dijangkiti HIV.

Page 40: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.4. Konsep Kendiri (Self Concept)

(i) “Real self” adalah merupakan konsep kendiri manusia yang nyata, manakala “Ideal self” pula merupakan konsep kendiri manusia yang diingini tapi belum tercapai.

(ii) Konsep kendiri adalah semua tanggapan manusia terhadap dirinya sendiri.

(iii) Hasil daripada ingin diterima, manusia semakin jauh daripada Ideal self (ciri manusia yang diimpikan), sedangkan Real self nya adalah ciri manusia itu yang sebenarnya pada ketika itu.

Page 41: Asas tentang Personaliti manusia

(iv) Pembentukan konsep kendiri adalah terhasil daripada tanggapan individu berhubungan dengan pengalamannya

yang positif dan negatif.

Page 42: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.5. Perhargaan-Kendiri (Self-Esteem)

(i) Penghargaan kendiri ini akan terbentuk hasil daripada interaksi manusia dengan persekitaran sosial yang lain.

(ii) Anggapan positif terhadap diri sendiri pula adalah penting bagi mewujudkan penghargaan kendiri yang positif.

Page 43: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.6. Menurut Rogers, setiap manusia mempunyai kebolehan yang tersendiri, lain daripada yang lain. Pada masa yang sama, kebolehan manusia untuk mencapai kesempurnaan-kendiri adalah berbeza.

Page 44: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.7. Ada beberapa keadaan yang dapat membantu manusia untuk mencapai kesempurnaan-kendiri, iaitu :

(i) kejujuran,

(ii) empati, dan

(iii)penerimaan tanpa syarat.

Page 45: Asas tentang Personaliti manusia

(i) Kejujuran

Kejujuran di sini bermaksud ketelusan dan ketulenan.

Manusia yang berpotensi untuk berkembang ialah manusia yang tidak berpura-pura semata-mata untuk menyembunyikan kelemahan yang ada.

Manusia sedemikian adalah tulen dan telus.

Page 46: Asas tentang Personaliti manusia

(ii) Empati

Empati pula bermaksud kemampuan manusia untuk memahami perasaan yang dialami oleh orang lain seolah-olah

dirinya mengalami perasaan yang sama.

Page 47: Asas tentang Personaliti manusia

(iii) Penerimaan Tanpa Syarat

Penerimaan tanpa syarat di sini bermaksud kerelaan manusia untuk berhubung dan berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status, agama, bangsa, dan apa sahaja bentuk latar belakangnya.

Page 48: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.8. Jika ketiga-tiga ini ada dalam diri manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan-kendiri akan menjadi nyata.

Page 49: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.9. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Rogers melihat manusia sebagai insan yang sentiasa bergerak kehadapan, iaitu ke arah kesempurnaan- kendiri.

Page 50: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.10. Menurut Rogers (1951), manusia asasnya cenderung untuk menyempurna, mengekal dan menambah pengalamannya.

Kecenderungan ke arah penyempurnaan-kendiri inilah yang menjadi tiang asas kepada Teori Personaliti Rogers.

Page 51: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.11. Selain itu, Rogers juga memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya.

Mengikut Rogers, seseorang itu mempersepsi objek serta pengalaman-pengalaman, dan seterusnya, memberi makna kepadanya.

Pengalaman-pengalaman ini diperolehinya daripada interaksi dengan manusia sekeliling sejak dari kecil lagi.

Page 52: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.12. Walau bagaimanapun, pergerakan manusia ke arah kesempurnaan-kendiri ini tidaklah sentiasa lancar sebagaimana yang diharapkan.

Ini kerana kehidupan manusia adalah penuh dengan cabaran dan rintangan.

Manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali berkaitan dengan hal konsistensi-kendiri dan ciri kongruen untuk mencapai matlamat tersebut.

Page 53: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.13. Konsistensi kendiri bermaksud kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya, iaitu kesamaan tanggapannya terhadap diri sendiri yang dilihat dari luar.

Page 54: Asas tentang Personaliti manusia

3.1.14. Kongruen yang dimaksudkan di sini ialah satu usaha persepaduan secara sedar, secara disengajakan terhadap pengalaman yang wujud dan sebati dengan kendiri.

Dengan kata lain, kongruen juga ialah ‘kejujuran’. Contohnya seseorang itu menyatakan kebenaran walaupun sukar untuk diterima orang lain.

Page 55: Asas tentang Personaliti manusia

3.2. TEORI HIERARKI KEPERLUAN KEMANUSIAAN

3.2.1. Teori Maslow, atau lebih tepat dikenali dengan Teori Hierarki Keperluan Manusia, dicipta oleh Abraham Maslow pada tahun 1954.

3.2.2. Menurut Maslow (1954), manusia tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diperolehi. Ini kerana, selepas satu-satu keperluan dipuaskan, maka akan wujud pula keperluan lain untuk dipenuhi.

3.2.3. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghormatan-kendiri dan penyempurnaan-kendiri.

Page 56: Asas tentang Personaliti manusia

(a) Keperluan Fisiologi

(i) Keperluan fisiologi adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dicapai oleh individu. Keperluan asas ini merangkumi keperluan terhadap oksigen, seks, makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, wang dan lain-lain keperluan asas.

(ii) Apabila keperluan di peringkat ini berjaya dipenuhi, individu tersebut akan bermotivasi pula untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi, iaitu keselamatan.

Page 57: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Keperluan Keselamatan

(i) Keperluan keselamatan ialah keperluan peringkat kedua. Keperluan pada tahap ini, merangkumi aspek kestabilan, bebas daripada ketakutan dan kebimbangan, sama ada dari segi undang-undang, peraturan ataupun larangan.

(ii) Di peringkat ini, timbul keinginan untuk memiliki kerjaya yang terjamin, dilayan dengan adil, dan mendapat gaji yang berpatutan.

(iii) Apabila keperluan peringkat kedua telah dipenuhi, individu akan meningkatkan motivasi ke arah tahap ketiga pula.

Page 58: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Keperluan Kasih Sayang

(i) Keperluan tahap ketiga ialah keperluan kasih sayang dan kekitaan.

(ii) Keperluan ini menyatakan bahawa individu memerlukan kawan dan perhatian.

(iii) Keperluan ini benar-benar akan dirasakan ketika seseorang itu berada dalam kesepian dan kesunyian.

Page 59: Asas tentang Personaliti manusia

(d) Keperluan Penghormatan-Kendiri

(i) Keperluan keempat ialah penghormatan- kendiri. Keperluan di peringkat ini dapat dibahagikan kepada dua (2) kategori.

(1) Pertama ialah keinginan atau keperluan kepada kekuatan, pencapaian, kecukupan, penguasaan, kemampuan untuk memberi keyakinan dalam kehidupan dan kebebasan.

(2) Kedua ialah peringkat di mana individu cuba mendapatkan pengiktirafan, prestij, penghargaan, status dan perhatian terhadap hasil kerjanya.

Page 60: Asas tentang Personaliti manusia

(e) Keperluan Kesempurnaan-Kendiri

(i) Keperluan yang paling tinggi untuk dipenuhi ialah kesempurnaan-kendiri.

(ii) Individu pada peringkat ini menyedari akan potensi yang ada pada diri sendiri dan dapat menimbulkan keinginan untuk menjadi individu yang sempurna dalam semua aspek.

(iii) Manusia yang sering berusaha ke arah kesempurnaan hidupnya akan memiliki personaliti yang baik berbanding dengan manusia yang tidak melakukan apa-apa

perubahan terhadap dirinya.

Page 61: Asas tentang Personaliti manusia

4. 0. TEORI PEMBELAJARAN

Behavioris cuma mengendalikan penyelidikan mengenai tingkah laku manusia semata-mata, iaitu tingkahlaku yang dapat dilihat

dengan mata kasar.

Pakar-pakar tidak mempedulikan soal dinamik dan pergolakan di dalam jiwa manusia.

Personaliti manusia cuma dilihat berpandukan kepada tingkahlaku manusia itu sendiri.

Dalam pembentukan dan perangkaan teori personaliti, pakar-pakar behaviorisme dan pembelajaran memberi tiga (3) andaian

mengenai manusia.

Page 62: Asas tentang Personaliti manusia

TIGA (3) ANDAIAN MENGENAI MANUSIA

1. Tingkahlaku manusia boleh dipelajari melalui proses perkaitan.

2. Manusia pada asasnya akan cenderung kepada nikmat dan menjauhi kesakitan.

3. Tingkah laku manusia biasanya ditentukan oleh alam persekitaran.

Page 63: Asas tentang Personaliti manusia

Andaian-andaian ini jelas menunjukkan bahawa pakar-pakar behaviorisme tidak mempedulikan soal kejiwaan manusia dan manusia dianggap memilikki ciri ‘tabula rasa’ (jiwa kosong) sejak dilahirkan .

Page 64: Asas tentang Personaliti manusia

4.1. TEORI TINGKAHLAKU B. F. Skinner

4.1.1. Dalam soal personaliti, Skinner (1953) mencatatkan beberapa andaian tentang tingkahlaku manusia secara

am :

(i) Tingkahlaku dapat menerangkan sifat manusia dan wujud dalam satu bentuk aturan yang mempunyai kaitan dengan peristiwa-peristiwa lain.

(ii) Tingkahlaku manusia boleh diramal.

(iii) Tingkahlaku boleh dikawal dan dibentuk.

4.1.2. Skinner turut menekankan kaitan ‘sebab’ dan ‘akibat’ sesuatu tingkahlaku itu tanpa melihat ke dalam diri (jiwa atau pemikiran) manusia.

Page 65: Asas tentang Personaliti manusia

4.1.3. Di samping itu, Skinner menyatakan bahawa keadaan persekitaran adalah berpengaruh terhadap tingkahlaku seseorang itu, tetapi manusia memilikki kebebasan, sama ada untuk bertindak atau tidak.

4.1.4. Skinner juga amat mementingkan konsep tindak balas serta-merta yang mampu memberi kesan kepada emosi manusia.

4.1.5. Sebagaimana dalam bab “Pembelajaran”, terdapat dua (2) bentuk peneguhan dalam Pelaziman Operan, iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.

Page 66: Asas tentang Personaliti manusia

4.1.6. Prinsip Peneguhan boleh jadi berkesan terhadap individu A, tetapi mungkin sebaliknya terhadap individu B. Keadaan ini berlaku secara semulajadi.

4.1.7. Di samping itu, penggunaan peneguhan yang betul dapat membentuk tingkahlaku manusia, dan seterusnya, dapat membentuk personalitinya.

4.1.8. Kualiti peneguhan yang dimiliki oleh seseorang pula adalah berbeza-beza. Justeru, Skinner percaya bahawa tidak seorang pun yang memiliki personaliti yang sama.

Page 67: Asas tentang Personaliti manusia

4.2. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

4.2.1. Pada dasarnya, teori ini berasal daripada Teori Tingkahlaku. Walau bagaimanapun, teori ini merupakan teori personaliti yang penting kerana ciri-ciri “interaktif” yang ada di dalamnya. Antara pelopor teori ini ialah Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter dan Martin Seligman.

4.2.2. Menurut pakar-pakar Pembelajaran Sosial, personaliti manusia berkembang melalui kematangan dan pembelajaran. Bagi memahami personaliti manusia, seseorang itu mestilah mengetahui dan memahami prinsip “Pembelajaran”.

Page 68: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.3. Menurut pakar-pakar, kehidupan manusia terdiri daripada satu tugas untuk dipelajari dan dikuasai. Jika manusia mempelajarinya dengan baik atau sepenuhnya, manusia akan mendapat kepuasan. Jika pembelajarannya tidak lengkap, manusia akan mengalami kesusahan dan kedukaan.

4.2.4. Selain itu, tingkahlaku yang dipelajari oleh manusia adalah hasil interaksi antara dirinya dengan persekitaran, khususnya interaksi dengan individu yang penting baginya (significant others).

4.2.5. Manusia tidak dilahirkan ke dunia dengan jiwa yang kosong, tetapi manusia dilahirkan bersama-sama akal fikiran untuk bertindak balas terhadap rangsangan.

Page 69: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.6. Cara personaliti seseorang itu berkembang pula bergantung kepada interaksinya dengan

persekitaran.

4.2.7. Dari sudut pandangan teori ini, manusia dilihat sebagai makhluk berfikir. Pakar-pakar Pembelajaran Sosial percaya bahawa tingkahlaku manusia boleh dikawal dan dibentuk menurut akal fikiran manusia itu sendiri.

4.2.8. Untuk mendalami teori ini, beberapa konsep pembelajaran sosial akan dilihat.

4.2.9. Konsep ini disarankan oleh dua pakar iaitu Bandura dan Mischel.

Page 70: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.10. Bandura (1977) melihat manusia sebagai aktif, mampu memilih tingkahlaku yang diingini dan tidak semata-mata dikuasai oleh persekitaran. Manusia dan persekitaran sebenarnya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

4.2.11. Selain itu, Bandura memberi tumpuan antara aspek interaksi manusia dengan persekitaran. Beliau menyarankan konsep “Determinisme Timbal Balik”, iaitu manusia menentukan nasibnya sendiri dengan cara memanipulasikan persekitaran, dan dimanipulasi pula oleh persekitaran.

Page 71: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.12. Proses interaktif dalam konsep determinisme ini turut melibatkan proses dalaman seperti kognisi dan tanggapan. Sebagai contoh, manusia ingin beristirehat dan bergembira.

Kognisi manusia akan menghadkan pilihan itu kepada tempat yang menawarkan pakej yang murah. Persekitaran pula menawarkan beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Berpandukan semua interaksi ini, manusia akan memilih satu daripada beberapa tempat yang ada.

4.2.13. Dari segi proses kognisi, Mischel menekankan perbezaan perkembangan kognitif sebagai faktor memahami tingkah laku manusia.

Page 72: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.14. Mischel menyarankan beberapa perbezaan perkembangan kognitif yang berinteraksi dengan persekitaran dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.

4.2.15. Mischel (1986) menyebutnya sebagai angkubah individu iaitu:

(a) Kebolehan

Apa yang mampu dilakukan oleh individu. Contohnya kebolehan fizikal dan kecerdasan.

(b) Strategi Pengkodan

Strategi Pengkodan adalah cara individu memberi tanggapan terhadap rangsangan luaran, kemudian mengkodnya dan membentuk kategori-kategori yang bermakna bagi dirinya sahaja. Tetapi anggapan ini mungkin berbeza dengan individu yang lain.

Page 73: Asas tentang Personaliti manusia

(c) Apa Yang Diharapkan (Hasil)

Melibatkan hasil daripada sesuatu tingkahlaku yang ditontonkan oleh individu.

(d) Nilai Subjektif

Merupakan perbandingan, iaitu sama ada sesuatu tingkahlaku itu lebih bermakna terhadap seseorang itu berbanding orang lain ataupun tidak.

Page 74: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.16. Sistem Perancangan dan Pengendalian

(a) Melibatkan persoalan mengenai cara yang sesuai dan boleh digunakan oleh manusia bagi mencapai sesuatu matlamat.

(b) Menurut Mischel (1986), melalui angkubah individu, manusia dapat meramal bagaimana seseorang itu bertingkahlaku dalam sesuatu situasi.

(c) Selain itu, ia turut menekankan tentang kepentingan perbezaan individu dan situasi

dalam membentuk personaliti individu.

Page 75: Asas tentang Personaliti manusia

4.2.17. Rumusan

Rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa Teori Pembelajaran Sosial ini melihat manusia sebagai organisma yang berfikir, dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran semata-mata.

Page 76: Asas tentang Personaliti manusia

5.0. PENGUKURAN PERSONALITIPersonaliti manusia sebenarnya boleh diukur. Terdapat tiga (3)

jenis cara untuk mengukur personaliti manusia, iaitu :-

5.1. ALAT PROJEKTIF

5.1.1. Alat ini berpandukan kepada konsep projektif (dalam Mekanisme Bela-diri) Freud. Alat ini, lazimnya, digunakan untuk mengkaji personaliti peribadi bawah sedar seseorang individu.

Page 77: Asas tentang Personaliti manusia

5.1.2. Konsep ini menyebut bahawa manusia sering menunjukkan niat, kehendak, keperluan dan sifat-sifat lain dalam

pelbagai bentuk pada Tahap Bawah Sedar.

5.1.3. Personaliti ini boleh diketahui jika rangsangan yang boleh mengeluarkan tindak balas yang diperlukan itu cukup untuk meningkatkan tahap kebimbangan individu itu. Ini membolehkan motif pada Tahap Bawah Sedar itu dapat dibawa ke peringkat Sedar.

Page 78: Asas tentang Personaliti manusia

5.1.4. Terdapat dua (2) alat yang amat popular dan sering digunakan oleh pakar-pakar psikologi, iaitu alat Thematic Apperception Test (TAT) dan alat Rorshach.

(a) ALAT THEMATIC APPERCEPTION TEST (TAT)

(i) Alat TAT direka oleh Henry Murray.

Page 79: Asas tentang Personaliti manusia

(ii) TAT mengandungi lebih daripada 20 keping gambar lukisan.

Setiap keping gambar membawa maksud yang berlainan dari satu individu ke

individu lain.

(iii) Subjek perlu bercerita berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan kepadanya.

Ahli terapis akan menganalisis cerita tersebut mengenai apakah bentuk motif, atau konflik, yang sedang dihadapi oleh subjek tersebut.

Page 80: Asas tentang Personaliti manusia

(iv) TAT mengandaikan manusia sentiasa meluahkan perasaan, pengalaman dan fantasi secara berselindung.

Jika mesej yang sama dapat diperoleh daripada beberapa cerita di atas kad-kad yang berlainan, maka ahli terapis akan dapat menggambarkan personaliti individu berkenaan.

Page 81: Asas tentang Personaliti manusia

(b) ALAT RORSHACH

(i) Alat ini berupa tompok-tompok dakwat berwarna-warni yang simetri di atas kertas putih.

(ii) Penyelidik akan menunjukkan kad bertompok-tompok itu satu demi satu mengikut susunan yang betul

(iii) Subjek pula dikehendaki memberitahu apa yang dilihatnya pada tompok-tompok tersebut.

Page 82: Asas tentang Personaliti manusia

(iv) Jawapan yang diberi biasanya berbeza-beza berdasarkan apa yang dilihat oleh subjek. Ada yang nampak gambar kupu-

kupu, kelawar, rusa, lipas dan sebagainya yang mungkin terdapat unsur-unsur fantasi di dalamnya.

(v) Jawapan-jawapan ini akan dikelaskan oleh Rorshach kepada tiga (3) kategori utama :-

Page 83: Asas tentang Personaliti manusia

1. Kategori Lokasi

Iaitu sama ada subjek memberi jawapan terhadap seluruh tompok dakwat yang dilihatnya atau sebahagian sahaja.

2. Kategori Penentu

Iaitu jawapan mengenai rupa bentuk, warna atau ciri terperinci tompok itu.

3. Kategori Kandungan

Iaitu apa yang dapat tersirat di sebalik tompok-tompok itu.

Page 84: Asas tentang Personaliti manusia

(vi) Pada amnya, alat Rorshach berguna dalam psikologi. Ahli terapis perlu menginterpretasi cerita yang diutarakan oleh subjek, dan seterusnya, mengesan masalah yang dihadapi oleh subjek berkenaan.

Page 85: Asas tentang Personaliti manusia

5.2. UJIAN PERSONALITI

5.2.1. Kebanyakan ujian personaliti adalah melibatkan soal selidik secara bertulis. Soal selidik ini dikatakan lebih objektif atau tersurat berbanding kaedah temubual dan pemerhatian.

5.2.2. Selain itu, item-item, cara pentadbiran dan pemarkahan adalah seragam. Justeru ia tidak dipengaruhi oleh unsur

prasangka dan pendapat daripada penilai.

Page 86: Asas tentang Personaliti manusia

5.2.3. Namun demikian, alat ujian itu dikatakan masih lemah melainkan setelah diadakan ujian kesahan dan kebolehpercayaannya.

5.2.4. Sesuatu alat ujian yang berkualiti adalah alat ujian yang memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Page 87: Asas tentang Personaliti manusia

5.2.5. Kebolehpercayaan alat ujian bergantung kepada keputusan ujian yang sama atau hampir sama setiap kali ujian itu dilaksanakan terhadap subjek yang sama.

5.2.6. Kesahan alat ujian pula berpandukan kepada sejauhmana ia dapat mengukur apa yang ingin diukur.

Page 88: Asas tentang Personaliti manusia

5.2.7. Terdapat banyak alat ujian personaliti atau inventori personaliti pada masa kini. Antaranya ialah :-

(a) Guilford-Zimmerman Temperement Survey,

(b) Junior Eysenck Personality Inventory,

(c) Tennessee Self-Concept Scale (TSCS), dan

(d) Minnesota Multiphasic Personality Inventory -2

(MMPI-2).

Page 89: Asas tentang Personaliti manusia

5.2.8. Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap sebagai ujian objektif kerana ia mempunyai dua (2) ciri berikut :-

(a) Inventori-inventori personaliti dibentuk dan hasil-hasil skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi gerak balas.

(b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek.

Page 90: Asas tentang Personaliti manusia

5.2.9. Dua (2) Contoh Ujian Personaliti

(a) Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI-2)

(i) MMPI-2 asalnya dicipta oleh Hathaway dan McKinley (1942).

Ia merupakan inventori personaliti yang paling luas penggunaannya.

Ia dibentuk berdasarkan kepada suatu senarai tanda-tanda kecelaruan psikiatrik.

Penggunaannya lebih bertujuan untuk menilai dan mendiagnosis penyakit mental.

Page 91: Asas tentang Personaliti manusia

(ii) Namun demikian, lebih 200 skala telah dikembangkan daripada MMPI untuk penggunaan dalam pemilihan pekerjaan, kaunseling dan penyelidikan psikologi.

(iii) MMPI-2 mengandungi 567 item dan soalannya memerlukan jawapan ‘benar’ atau ‘salah’.

Page 92: Asas tentang Personaliti manusia

(iv) MMPI-2 memiliki 10 skala iaitu :-

Hs (Hypochondriasis),

D (Depression), Hy (Hysteria),

Pd (Psychopatic Deviate),

Mf (Masculinity-Feminity),

Pa (Paranoia), Pt (Psychasthenia),

Sc (Schizophrenia), Ma (Hypomania), dan

Si (Social Introversion).

Page 93: Asas tentang Personaliti manusia

(v) Item-item di dalamnya meliputi berbagai-bagai perkara, bermula dari keadaan fizikal subjek hingga kepada moral, sikap dan sosial.

(vi) Selain itu, MMPI-2 mengandungi 4 skala pengesahan, iaitu :-

(1) Cannot Say,

(2) Lie,

(3) F (Infrequency), dan

(4) K (Defensive).

Page 94: Asas tentang Personaliti manusia

(b) Tennessee Self-Concept Scale (TSCS)

(i) Alat ukuran Tennese Self-Consept Scale TSCS) telah dibentuk oleh William H. Fitts pada tahun 1965.

(ii) Menurut Fitts(1965), alat ini sesuai digunakan terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

(iii) TSCS boleh digunakan terhadap orang yang normal dan orang yang mengalami kecelaruan (maladjusted).

Page 95: Asas tentang Personaliti manusia

(iv) Inventori ini dikatakan mudah digunakan, luas penggunaannya dan memberi penerangan secara multi-dimensional tentang konsep kendiri.

(v) Ia mengandungi 100 item yang memerlukan jawapan berbentuk ‘skala likert’ lima mata (daripada sangat benar kepada tidak benar sama sekali).

Page 96: Asas tentang Personaliti manusia

(vi) Alat ukuran TSCS dapat mengesan 8 komponen yang membentuk konsep kendiri, iaitu :-

(1) Identiti Kendiri,

(2) Kepuasan Kendiri,

(3) Tingkah laku Kendiri,

(4) Kendiri Fizikal,

(5) Kendiri Moral dan Etika,

(6) Kendiri Sosial,

(7) Kendiri Peribadi, dan

(8) Kendiri Keluarga.

Page 97: Asas tentang Personaliti manusia

5.3. KAEDAH TEMUBUAL

5.3.1. Antara cara lain untuk mengukur personaliti adalah melalui kaedah ‘Temubual’.

5.3.2. Melalui teknik ini, orang yang ditemubual akan dapat mengeluarkan perasaan dan buah fikirannya kepada orang bertanya.

5.3.3. Melalui hubungan secara langsung itu, penemu bual dapat meneliti perkara atau masalah yang ditanyakan dengan lebih mendalam serta memberikan penilaian mengenai personaliti individu tertentu semasa soal jawab tersebut berlangsung.

Page 98: Asas tentang Personaliti manusia

5.3.4. Tujuan temubual diadakan ialah bagi mendapat gambaran personaliti individu secara keseluruhan, selain daripada memberi peluang kepada individu berkenaan kebebasan untuk menyatakan pendpatnya berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada padanya.

5.3.5. Temubual menjadi lebih realistik apabila dilakukan secara lisan tanpa melakukan banyak catatan pada ketika itu.

Page 99: Asas tentang Personaliti manusia