ASB GENIUS II - Jom Urus Duit...Segala kiraan keuntungan bank dalam ebook ini berdasarkan ilustrasi...

85

Transcript of ASB GENIUS II - Jom Urus Duit...Segala kiraan keuntungan bank dalam ebook ini berdasarkan ilustrasi...

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 2

    ASB GENIUS II

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 3

    Diterbitkan oleh JENTAYU SERVICES SDN BH

    Email : [email protected]

    Website : www.asbgenius.com

    Cetakan Kedua Januari, 2017

    HAK Cipta @ 2017 oleh Jentayu Services Sdn Bhd

    Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-

    mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

    apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara

    elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain cara sebelum

    mendapat izin bertulis

    Disclaimer : Segala pengiraan kadar keuntungan bank dan dividen di dalam ebook ini adalah sekadar ilustrasi dan tidak

    menggambarkan kadar keuntungan bank dan dividen ASB sebenar

    yang mungkin berubah-berubah akan datang. Segala kiraan

    keuntungan bank dalam ebook ini berdasarkan ilustrasi 5.2%.

    Segala kiraan Dividen tahunan ASB dalam ebook ini berdasarkan

    ilustrasi 6.75%.

    mailto:[email protected]

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 4

    PENDAHULUAN

    EBOOK ASB GENIUS II ini adalah kemaskini

    daripada Ebook ASB Genius yang telah diterbitkan

    pada bulan Januari 2015 yang lalu. Ebook ini

    bertujuan bagi manfaat orang ramai mengenai

    pelaburan ASB bersesuaian dengan keadaan

    semasa masa kini dengan info-info yang terkini,

    kefahaman yang lebih jelas serta teknik yang lebih

    menarik. Dari awal Ebook ini diterbitkan adalah lahir

    daripada cetusan idea untuk meluaskan lagi

    jangkauan maklumat yang telah saya berikan di

    dalam seminar ASB GENIUS. Seminar ini telah

    diadakan hampir di seluruh bandar – bandar besar

    seluruh Malaysia. Semoga ILMU dan TIPS yang

    diberikan ini dapat dimanfaatkan di dalam

    Perancangan Kewangan Peribadi dan Keluarga

    anda

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 5

    Sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri saya

    Saya Khairul Ezuwan bin Yusoff adalah Jurucakap

    untuk lebih 100 Siri 'Seminar Potensi ASB &

    Hartanah' & Seminar ASB Genius. Seminar ini

    telah dihadiri lebih 4000 orang peserta dari seluruh

    Malaysia. Saya juga telah mengendalikan lebih 200

    sessi Personal Coaching bersama pelbagai latar

    belakang peserta

    Untuk maklumat lanjut dan TIPS terbaru ASB

    GENIUS yang akan saya update dari masa ke

    semasa anda boleh klik butang „Like” dan “follow”

    saya di page saya iaitu :-

    ASB MASTER KEY

    KHAIRUL EZUWAN YUSOFF

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 6

    Ramai orang yang merasakan ASB adalah seperti sesuatu yang biasa sebenarnya anda SILAP jika anda tidak mahu ambil tahu mengenainya. BERAPA ramaikah yang belum tahu keluarbiasaan TEKNIK ASB ini. Antaranya adalah seperti:

    o BAGAIMANA menjana keuntungan lebih 20% setahun melalui ASB?

    o BAGAIMANA boleh melawan arus penurunan dividen ASB

    o BAGAIMANA kuasa Compounding bekerja.

    o BAGAIMANA Pinjaman ASB 200K dengan komitmen bulanan RM270 sahaja.

    o BAGAIMANA anda boleh simpan RM91K Tunai dalam tempoh 5 tahun dengan dengan komitmen bulanan hanya lingkungan RM600 sebulan.

    o TEKNIK menggandakan duit sedia ada dalam ASB dgn kuasa profit 3 Kali ganda.

    o BAGAIMANA anda memendekkan tempoh pinjaman rumah dari 35 tahun kepada 22 tahun sahaja tanpa penambahan komitmen bulanan.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 7

    o Saya boleh bezakan keuntungan Teknik Finance ASB adalah berkali ganda lebih tinggi keuntungannya dari simpanan biasa dalam ASB

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 8

    BAGAIMANA MENETAPKAN MATLAMAT DAN MOTIVASI DI DALAM SIMPANAN

    Jawapannya adalah bila anda tahu segala proses yang anda sedang lakukan dan tetapkan MATLAMAT yang ingin anda capai, TUJUAN menyimpan dengan berdisiplin dan TEMPOH masa yang anda kehendaki. Justeru lebih mudah anda mencapainya.

    “Bila anda faham anda sendiri tetapkannya”

    Anda silap sekiranya anda suka kira di mana profit bank? Yang lebih penting anda perlu lakukan adalah anda kena kaji dimana profit anda sepatutnya. Banyak persoalan yang lebih penting untuk anda kaji dan jawab persoalannya

    Antaranya adalah Apa yang anda perlu lakukan untuk memaksimakan keupayaan Kewangan anda dengan sumber yang ada disekeliling anda sekarang ini. Anda boleh mulakan langkah berjimat cermat dari sekarang, rancang wang anda dengan menyimpan dan melaburkan semula untuk mendapat manfaat lebih besar

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 9

    Ebook & Video ASB Genius ini akan Mengupas Satu persatu Teknik-Teknik dengan pembuktian Matematik

    'Matematik Tidak Menipu –KEY'

    Anda disaran merujuk kepada bersama-sama

    VIDEO TUTORIAL. Harapan saya anda beroleh

    kefahaman yang lebih tinggi dengan VIDEO

    TUTORIAL yang disertakan bersama ini. Semoga

    dengan TEKNIK dan TIP yang diberikan mampu

    memberi jalan pintas kepada anda untuk

    memaksimakan pulangan ke atas pendapatan

    anda.

    Disclaimer : Segala kiraan kadar keuntungan bank

    dan Dividen ASB dalam Ebook ini & video tersebut

    adalah adalah sekadar ilustrasi yang tidak

    menunjukkan kadar sebenar akan datang yang

    mungkin berubah-ubah

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 10

    “Ramai orang sangka ASB Itu BIASA, tetapi

    mereka tidak tahu tekniknya SANGAT BERBISA

    – KEY”

    Ada 7 TEKNIK kesemuanya yang diterangkan

    secara panjang lebar dan lengkap. Seterusnya

    bersama EBOOK ini juga dibekalkan bersama

    VIDEO yang dipecahkan kepada 7 bahagian.

    Setiap satu bahagian akan menceritakan 1 TEKNIK

    secara Tutorial untuk memberi lebih kefahaman

    kepada anda. Antara TEKNIK ASB GENIUS yang

    di kongsikan di sini adalah seperti berikut :

    1. TEKNIK PENGUBAHAN

    2. TEKNIK TERKUMPUL

    3. TEKNIK ULANGAN

    4. TEKNIK PINTAS

    5. TEKNIK PENGUBAHAN BERGANDA

    6. TEKNIK PINTASAN PENGUBAHAN

    BERGANDA

    7. TEKNIK SINGKAT HUTANG RUMAH

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 11

    PANDANGAN PROFESIONAL YANG

    TERLIBAT DI BIDANG KEWANGAN

    MENGENAI ASB GENIUS

    Satu Acknowledgement dari seorang Pakar di bidang Kewangan mengenai TEKNIK ASB GENIUS iaitu :-

    Dr. Badrul Hisham Mohd Yusoff

    AC, CMIIA, ASA(AUST), MMIM, CRMA

    Dr. Badrul adalah bekas Chief Internal Auditor di Bursa Malaysia dan pernah bertugas di salah sebuah Bank terkemuka di Malaysia juga sebagai CHIEF INTERNAL AUDITOR sebelum membuka Syarikat Perundingan Perakaunan dan beliau sendiri kini.

    Waktu beliau menyatakan mahu berjumpa dengan saya, memang saya agak gentar sedikit sebab saya tahu setiap nombor yang keluar dari mulut saya akan beliau perhalusi, tetapi saya tahu beliau berpegang 'Matematik tidak boleh menipu' dan segala yang saya buktikan adalah berbentuk Calculation, saya berani berdepan dengan beliau

    Jika anda rasa apa yang saya nyatakan tidak masuk akal

    melalui ASB, itu adalah Benar walaupun anda rasa cukup pelik. Anda belajar dengan saya, anda akan fahami selok beloknya

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 12

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 13

    TEKNIK 1 : TEKNIK PENGUBAHAN

    Teknik ini adalah untuk menukar TUNAI kecil yang

    anda miliki kepada NILAI Pembiayaan yang besar

    Teknik ini juga menunjukkan dengan NILAI

    Pembiayaan yang besar anda akan perolehi

    keuntungan yang lebih tinggi tetapi tidak

    mempunyai komitmen bayaran bulanan

    NILAI Pembiayaan besar yang anda buat juga akan

    membantu anda mendapat pulangan jauh lebih

    besar pada tahun ke 5 berbanding membiarkan

    simpanan biasa dalam ASB

    CONTOH SITUASI

    Hassan mempunyai simpanan di dalam akaun ASB

    berjumlah RM13,200. Hassan tidak mahu

    mempunyai komitmen bayaran bulanan

    Apakah cara terbaik untuk Hassan menggandakan

    wang RM13,200 tersebut dengan lebih baik? Amar

    ingin tahu apakah hasilnya di dalam tempoh 5

    Tahun

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 14

    RM13200 Tunai 200K Pembiayaan ASB

    Tahun Ke 2 hingga tahun ke 5 5 Tahun

    RM30,500

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 15

    13,200 Cash ASB – 5 Tahun – 6.75% = CD = 18,300

    6.75% x 5 Tahun = 38.7% Nett = 5,100

    200K – 30 Tahun (Pembiayaan ASB)

    1,100 x 12 = 13,200

    200K x 6.75% = 13,500 – ASB = 300

    2 6.75% = 13,500 – 13,200 = 300

    3 6.75% = 13,500 – 13,200 = 300

    4 6.75% = 13,500 – 13,200 = 300

    5 6.75% = 13,500 (dividen terakhir )

    Surrender ASB Financing Surrender Value

    5 200K x 6.75% = 13,500 ASB

    1,200 (lebihan dividen )

    + 15,800 ( surrender value )

    30,500

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 16

    KESIMPULANNYA

    Dengan Simpanan biasa wang berjumlah

    RM13,200 anda akan perolehi tambahan hasil

    sebanyak RM5,100 menjadikan nilai tunai anda

    meningkat kepada RM18,300

    Dengan TEKNIK PENGGUBAHAN ASB GENIUS

    dengan menggunakan modal yang sama RM13,200

    hasil yang anda akan perolehi selama 5 tahun

    adalah sebanyak RM30,500. Jumlah ini jauh lebih

    tinggi dengan sedikit kefahaman dan Pelaburan

    Ilmu yang anda laburkan

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 17

    KONSEP Pembiayaan dalam ASB

    BANK PNB

    B 5.2% nett 6.75% C 10K = 155

    100K = 1,550

    1.55% 200K Labur 200K = 3,100

    200K Pinjam ASB 400K = 6,200 800K = 12,400 A Bumiputra

    200K Keuntungan Bersih

    13,200 x 6.75% = 891 (ASB)

    Capital Result Profit

    13,200 *(1.55% x 200K) = 3,100 (Pembiayaan ASB)

    13,200 ASBF = 5 tahun

    13,200 ASB = 13 tahun

    13,200 FD = 28 tahun

    13,200 S/A = 279 tahun

    Jumlah

    Terkumpul

    RM 30,500

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 18

    TEKNIK 2: TEKNIK TERKUMPUL/

    COMPOUNDING

    Teknik ini sesuai kepada mereka yang mempunyai

    kedudukan kewangan bulanan yang kukuh dan

    berkemampuan. Teknik ini adalah satu disiplin

    simpanan untuk mendapatkan pulangan dan nilai tunai

    yang tinggi selepas tempoh yang dikehendaki.

    Berapakah pulangan selepas 3 tahun, 5 tahun, atau 10

    tahun sekiranya mereka menyimpan RM1100 sebulan

    dengan disiplin?

    RM1100 Tunai RM200K Pembiayaan ASB

    3 Tahun

    5 Tahun

    10 Tahun

    RM52300

    RM93050

    RM220600

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 19

    200k = 30tahun =ASBF

    1100 x 12 = 13,200

    COMPOUNDING IMPACT

    200,000 x 6.75% = 13,500

    213,500 x 6.75% = 14,411

    227,911 x 6.75% = 15,384

    243,295 x 6.75% = 16,422

    259,717 x 6.75% = 17,530

    277,247 x 6.75% = 18,714

    295,961 x 6.75% = 19,977

    315,938 x 6.75% = 21,326

    337,263 x 6.75% = 22,765

    360,028 x 6.75% = 24,301

    Jumlah bayaran = 13,200 x 3 tahun : 39,600

    JUMLAH DIVIDEN TERKUMPUL : 43,300

    NILAI PRINCIPAL : 9,000

    ---------------------------------------------------------------------

    JUMLAH TERKUMPUL : RM52,300

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 20

    Jumlah bayaran = 13,200 x 5 tahun : 66,000

    JUMLAH DIVIDEN TERKUMPUL : 77,250

    NILAI PRINCIPAL : 15,800

    ----------------------------------------------------------------------

    JUMLAH TERKUMPUL : RM 93,050

    Jumlah bayaran = 13,200 x 10 tahun : 132,000

    JUMLAH DIVIDEN TERKUMPUL : 184,300

    NILAI PRINCIPAL : 36,300

    ----------------------------------------------------------------------

    JUMLAH TERKUMPUL : RM 220,600

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 21

    PERBEZAAN KEUNTUNGAN MENGGUNAKAN

    PEMBIAYAAN BERBANDING SIMPANAN BIASA BULANAN

    DALAM ASB

    Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa simpanan

    biasa setiap bulan dalam ASB lebih menguntungkan

    berbanding menggunakan pembiayaan kerana

    pembiayaan melibatkan keuntungan kepada pihak bank

    yang memberikan pembiayaan. Mari kita buktikan

    bahawa menggunakan pembiayaan lebih

    menguntungkan berbanding cara simpanan biasa

    secara konsisten di dalam ASB. Kita lihat 3 contoh

    melalui gambarajah tempoh untuk 3 tahun, 5 tahun dan

    10 tahun melalui simpanan biasa RM1,100 setiap bulan

    di dalam akaun ASB

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 22

    3 tahun

    Simpanan Biasa dalam ASB = RM43,870

    Menggunakan Pembiayaan ASB = RM52,300

    5 tahun

    Simpanan Biasa dalam ASB = RM78,270

    Menggunakan Pembiayaan ASB = RM93,050

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 23

    10 tahun

    Simpanan Biasa dalam ASB = RM186,761

    Menggunakan Pembiayaan ASB = RM220,600

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 24

    TEKNIK 3 : TEKNIK ULANGAN

    TEKNIK ini dicadangkan kepada anda yang

    mempunyai bajet kewangan yang agak terhad

    CONTOHNYA : Norsham mempunyai kemampuan

    kewangan RM550 sebulan tetapi ingin mempunyai

    Pembiayaan ASB, 200K dan ASB 2, 200k.

    CONTOH SITUASI

    Norsham ada keinginan membuat satu cara simpanan

    yang terbaik dan pantas mengikut kepada

    kemampuan beliau. Norsham hanya mampu untuk

    membuat simpanan RM550 sahaja sebulan

    Apakah cara terbaik kepada Norsham untuk

    tempoh 8 Tahun?

    1. Norsham mohon pembiayaan ASB 100K + 100k

    dan ASB 2, 100K + 100K untuk tempoh

    pembiayaan 30 tahun. Ianya dilakukan secara

    berperingkat. Setiap tahun selama 4 tahun,

    Norsham akan buat pembiayaan ASB & ASB 2,

    RM100K.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 25

    2. Komitmen untuk bayaran bulanan yang perlu

    dikeluarkan ialah RM550

    Pada tahun pertama Norsham membuat

    pembiayaan ASB sebanyak 100K ASB dengan

    bayaran komitmen bulanan sebanyak RM550.

    Pulangan Dividen keatas pelaburan di andaikan

    6.75% setahun. Bila akhir tahun Dividen yang

    Norsham perolehi adalah sebanyak RM6750.

    Komitmen sebulan RM550

    Pembiayaan ASB = 100k = 30tahun

    550 x 12 = 6,600

    ASB 1

    Tahun 1

    1) 100k x 6.75% = 6750 ( dividen ASB )

    Tahun 2

    2) 100k x 6.75% = 13,500 (dividen ASB 2 sijil = 200k)

    = 13,200 ( bayar sijil ke-2, 3) = baki 300

    ASB 2 Tahun 3

    3) 100k x 6.75% = 20,250 (dividen ASB 3 sijil = 300K)

    Tahun 4 = 19,800 ( bayar sijil ke-2, 3, 4) = baki 450

    4) 100k x 6.75% = 27,000 (dividen ASB 4 sijil = 400k)

    = 19,800 ( bayar sijil ke-2, 3, 4) = baki 7,200

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 26

    Kekalkan bayaran bulanan RM550 untuk sijil RM100K

    yang pertama, Rolling dividen sijil 2,3,4 sahaja. Biarkan

    hasil dividen dari sijil 1 berlaku compounding selepas

    tahun keempat.

    Selepas 8 tahun tempoh pelaburan

    Sijil 1= bayar untuk tempoh 8 tahun

    Surrender value = 13,740

    Dividen compounding 5 tahun = 38,620

    52,360

    Sijil 2 = bayar untuk tempoh 7 tahun

    Surrender Value = 11,700

    Dividen terakhir = 6,750

    18,450

    Sijil 3 = bayar untuk tempoh 6 tahun

    Surrender Value = 9,760

    Dividen terakhir = 6,750

    16,510

    Sijil 4 = bayar untuk tempoh 5 tahun

    Surrender Value = 7,920

    Dividen terakhir = 6,750

    14,670

    Jumlah yang

    terkumpul

    RM101,990

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 27

    Kesimpulan : Dengan komitmen bulanan setiap bulan kekal RM550

    sebulan selama 8 tahun tersebut, Norsham dapat membina kekuatan

    ASB & ASB2 daripada kekuatan volume RM400K dan menghasilkan

    pulangan simpanan RM101,990 dalam tempoh 8 tahun.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 28

    TEKNIK 4 : TEKNIK PINTAS

    Teknik ini sesuai kepada mereka yang inginkan

    Pinjaman ASB yang maksimum, tetapi tidak

    mempunyai sumber kewangan sedia ada dan

    inginkan komitmen atas pembiayaan seminima

    mungkin. Bagaimana cara mendapatkan

    pembiayaan ASB RM200K dengan komitmen

    bulanan serendah RM270 tetapi mendapat

    pulangan yang lebih maksima berbanding

    simpanan biasa. Apakah hasilnya selepas 5

    tahun?

    RM13.5K Pembiayaan Peribadi RM270 bulanan

    RM200k Pembiayaan ASB 5 Tahun

    RM30,500

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 29

    CONTOH SITUASI

    Seorang yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan

    yang bergaji cuma RM 2,000.00 sebulan, beliau ingin

    membuat simpanan dalam masa 5 tahun yang

    menghasilkan satu simpanan yang maksimum tetapi

    kemampuan beliau hanya di bawah RM 300.00 untuk

    melalukan simpanan tersebut.

    Apakah cara yang terbaik untuk beliau?

    Hayati membuat pembiayaan peribadi RM

    13,500.00 dengan tempoh pembiayaan 5 tahun

    pada kadar keuntungan bank 4% setahun oleh itu

    bayaran untuk pinjaman tersebut adalah RM 270.00

    sebulan

    Hayati pergi ke bank untuk membuat pembiayaan

    ASB RM200,000.00. Untuk pembiayaan

    RM200,000.00 komitmen bulanannya lebih kurang

    RM 1,100.00.

    RM 1,100.00 x 12bulan = RM 13,200.00.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 30

    Hayati menggunakan pembiayaan peribadi RM

    13,500.00 tadi untuk membayar 1 tahun

    pembiayaan ASB. Ini bermakna Hayati tidak

    mempunyai komitmen baru atas pembiayaan ASB

    tersebut, beliau hanya perlu membayar komitmen

    pada pembiayaan peribadi itu sahaja = RM 270.00

    setiap bulan

    Selepas 1 tahun ASB ini menghasikan dividen

    contohnya 6.75%, maka dikreditkan dalam akaun

    ASB beliau RM 13,500.00 . Hayati menggunakan

    RM 13,200.00 untuk membayar pembiayaan ASB

    untuk 1 tahun tahun berikutnya dan berbaki RM

    13,500.00 – RM 13,200.00 = RM 300.00 masih ada

    dalam akaun ASB tersebut.

    Hayati mengulangi cara yang sama seperti di atas

    selama tempoh 5 tahun, pada akhir tahun ke 5

    Hayati bercadang untuk memberhentikan

    pembiayaan ASB tersebut, pada akhir tahun ke 5

    dividen terakhir yang diterima adalan RM 13,500.00

    dicampur dengan baki setiap tahun selepas ditolak

    bayaran bulanan RM300.00 x 4 tahun =

    RM1,200.00 . Dividen akhir tahun ke 5,

    RM13,500.00 + RM1,200.00 = RM14,700.00 .

    Pada tahun ke 5 baki pembiayaan ASB tadi masih

    berbaki RM184,200.00, oleh itu pulangan yang

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 31

    beliau terima dari pihak bank adalah RM200,000.00

    (sijil ASB) – RM184,000.00 = RM15,800.00 .

    Jumlah yang di terima adalah RM14,700.00 + RM

    15,800.00 = RM 30,500.00 .

    Tempoh pembiayaan peribadi yang beliau buat tadi

    adalah untuk tempoh 5 tahun, beliau telah

    membayar RM 270.00 x 60 bulan = RM 16,200.00 .

    Dalam tempoh 5 tahun dengan komitmen cuma RM

    270 sebulan sahaja beliau telah berjaya melakukan

    simpanan sebanyak RM 30,500.00 dalam tempoh

    tersebut

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 32

    13,500 – Personal Financing - 4 % - 5 tahun - 270

    sebulan

    200,000– 30 Tahun (Pembiayaan ASB)

    1,100 x 12 = 13,200

    200,000 x 6.75% = 13,500 – ASB ( baki 300 )

    2 6.75% = 13,500 ( baki 300 )

    3 6.75% = 13,500 ( baki 300 )

    4 6.75% = 13,500 ( baki 300 )

    5 6.75% = 13,500 ( dividen terakhir )

    13,500 ASB

    + 1,200 ( baki 300 x 4tahun )

    + 16,000 (surrender value ASB)

    30,700

    Pembiayaan Peribadi selesai pada tahun ke 5

    Jumlah Keseluruhan yang diterima = 30,700

    Jumlah Bayaran : 270 x 60bulan= 16,200

    Jumlah Pulangan : RM30,500

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 33

    TEKNIK 5 :TEKNIK PENGUBAHAN

    BERGANDA

    Teknik ini sesuai kepada mereka yang

    mempunyai nilai tunai yang banyak dan sedia

    ada. Teknik ini juga menukar jumlah tunai yang

    sedia ada tersebut kepada jumlah pembiayaan

    yang lebih tinggi untuk mendapatkan nilai

    pulangan bersih lebih besar.

    RM52.8K Tunai

    A B C D

    A = Pembiayaan ASB 200K Suami

    B = Pembiayaan ASB 200K Isteri

    C = Pembiayaan ASB2 200K Suami

    D = Pembiayaan ASB2 200K Isteri

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 34

    Pembiayaan ASB & ASB2 suami isteri

    RM 800K 5 Tahun

    SITUASI

    Osman berumur 33 tahun. Beliau mempunyai simpanan

    tunai di dalam ASB sebanyak RM52,800. Beliau telah

    memahami bahawa pembiayaan ASB adalah satu teknik

    simpanan yang membawa keuntungan yang lebih besar

    berbanding simpanan biasa. beliau bercadang untuk

    mengeluarkan nilai tunai RM52,800 tadi daripada akaun

    ASB dan membuat pembiayaan ASB RM200K, ASB2

    juga RM200K. Isteri beliau juga membuat pembiayaan

    ASB RM200K dan ASB2 RM200K. maka jumlah semua

    pembiayaan mereka adalah RM800K.

    RM122k

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 35

    Contoh :

    Jika Osman menyimpan tunai RM 52,800.00 di

    dalam akaun ASB biasa untuk tempoh 5 tahun

    dengan ASB memberi pulangan dividen 6.75%

    setahun, nilai pokok bersama dividen terkumpulnya

    adalah RM 73,200.00 . Disini Osman mendapat

    pulangan bersih dari dividen Cuma RM20,400.00

    dalam tempoh 5 tahun sekiranya beliau

    membiarkan nilai tunai tersebut di dalam akaun

    ASB biasa.

    Osman memecahkan nilai tunai RM52,800.00 tadi

    kepada 4 bahagian. Setiap bahagian RM13,200.

    1.Pembiayaan ASB Osman RM200K

    2.Pembiayaan ASB Isteri Osman RM200K

    3.Pembiayaan ASB2 Osman RM200K

    4.Pembiayaan ASB2 Isteri Osman RM200K

    Wang Tunai RM13,200 tadi untuk membayar

    ansuran tahunan setiap pembiayaan tadi. Bila ASB

    & ASB2 menghasilkan dividen, mereka

    menggunakan dividen tersebut untuk membayar

    komitmen pembiayaan bagi tahun berikutnya.

    Mereka ulangi proses tersebut untuk tempoh 5

    tahun.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 36

    Dalam tempoh 5 tahun setiap pembiayaan yang

    dibuat mendapat hasil pulangan RM 30,500.00 (

    ASB 6.75% setahun ) * rujuk TEKNIK

    PENGUBAHAN . RM30,500.00 x 4 akaun =

    RM122,000.00) . Jika kita lihat dengan nilai tunai

    yang sama RM52,800.00 bila digunakan dalam

    ASB hanya menghasilkan RM73,200.00 .

    Berbanding menggunakan teknik penggubahan

    berganda ini dengan menggunakan nilai tunai yang

    sama RM52,800.00 yang mana menghasilkan

    simpanan RM122,000.00.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 37

    52.8K Tunai - ASB - 5 thn – 6.75% CD = 73.2K

    Net profit = 20.4K

    = 52.8K = Tunai

    = 800K x Net 1.55% = 12.4K

    5 tahun

    = Total 122K

    Nett Profit : 69.2k

    52.8k

    13.2K

    K

    13.2K 13.2K 13.2K

    200K 200K 200K 200K

    30.5K 30.5K 30.5K 30.5K

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 38

    TEKNIK 6 : TEKNIK PINTAS

    PENGUBAHAN BERGANDA

    Teknik ini sesuai kepada mereka yang tidak

    mempunyai nilai tunai yang tinggi dan sedia

    ada. Teknik ini memerlukan komitmen yang

    lebih rendah untuk mendapatkan nilai

    pembiayaan ASB yang lebih tinggi dan

    pulangan yang lebih tinggi.

    RM52.8K Pinjaman Peribadi-komitmen RM616 sebulan

    A B C D

    RM800K 5 Tahun

    RM91k

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 39

    SITUASI

    Zairi bekerja sebagai pegawai kerajaan yang bergaji RM

    4500.00 sebulan , beliau ingin mencari satu jalan

    dimana cara untuk mendapatkan satu simpanan yang

    besar dalam tempoh 5 tahun dengan satu komitmen di

    dalam lingkungan RM600.00 sebulan sahaja. Zairi telah

    berkahwin dan isterinya bernama Iema yang juga

    berkerja dan bergaji lingkungan hamper sama dengan

    Zairi.

    Apakah cara terbaik yang boleh Zairi lakukan

    untuk mendapat satu impak simpanan yang

    maksima?

    Zairi membuat pinjaman peribadi sebanyak RM

    52,800.00 untuk tempoh pembiayaan 10 tahun

    dengan kadar keuntungan bank 4% setahun yang

    mana komitmen bulanannya adalah RM616.00

    sebulan

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 40

    Zairi bersama isterinya Iema memohon pembiayaan

    ASB RM200,000.00 setiap seorang dan

    Pembiayaan ASB2 RM200,000.00 setiap seorang =

    RM800,000 pembiayaan ASB & ASB2. Zairi

    menggunakan RM52,800.00 tunai yang diperolehi

    dari pembiayaan peribadi tadi untuk membayar

    ansuran setahun pembiayaan ASB & ASB2 mereka

    yang berjumlah RM800,000.00 tadi yang mana

    RM1,100 x 12 bulan x 4 akaun = RM 52,800.00.

    Bila dividen dihasilkan , mereka menggunakan

    semula dividen yang diperolehi tersebut untuk

    membayar 1 tahun pembiayaan untuk tahun

    berikutnya dan ulang selama 5 tahun. Sekarang

    komitmen sebenar Zairi & Iema cuma RM616

    sahaja walaupon mempunyai pembiayaan ASB &

    ASB2 yang berjumlah RM800,000.

    Selepas 5 tahun mereka bercadang untuk menjual

    semula sijil melalui pembiayaan ASB tersebut

    ,setiap akaun mendapat hasil pulangan RM

    30,500.00 dengan mengambil kiraan ilustrasi

    dividen tahunan secara purata 6.75% setahun

    (RUJUK TEKNIK PENGUBAHAN)

    RM30,500.00 x 4 akaun = RM122,000,00.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 41

    Baki pembiayaan peribadi Zairi dalam tempoh 5

    tahun adalah berbaki RM31,000.00. Jumlah

    keseluruhan yang diperolehi selepas ditolak dengan

    baki pinjaman peribadi = RM122,000 – RM31,000 =

    RM91,000.

    dengan komitmen KESIMPULANNYA

    bulanan cuma RM616 sebulan x 60 bulan

    dapat menghasilkan pulangan simpanan

    RM91,000

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 42

    52.8K ( Pinjaman Peribadi ) = 4% - 10 thn-616 Sebulan

    52.8K Tunai - ASB - 5 thn – 6.75% CD = 73.2K

    Net profit = 20.4K

    = 75K - cash

    = 800K x net 1.55%= 12.4K

    5 tahun

    = Total 122K

    RM122K – RM31K (bayaran penuh baki pembiayaan

    peribadi) = RM91K

    52.8k

    13.2K

    13.2K 13.2K 13.2K

    200K 200K 200K 200K

    30.5K 30.5K 30.5K 30.5K

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 43

    TEKNIK : TEKNIK SINGKAT

    HUTANG RUMAH

    Teknik ini sesuai kepada mereka yang inginkan

    hutang atas pembiayaan rumah mereka

    dipendekkan tempoh pembayarannya dan

    menukar kadar keuntungan yang bank

    kenakan kembali semula sebagai prinsipal

    pembiayaan dan tanpa menaikkan komitmen

    bulanan.

    Bila mahu membuat pembiayaan ASB dan sudah memiliki

    rumah, ada sesetengah orang tidak mahu mempunyai

    komitmen yang bertindih. Oleh itu apa yang mereka

    boleh lakukan adalah mengeluarkan EPF akaun 2 untuk

    buat bayaran bulanan rumah selama setahun. Komitmen

    yang Free dalam tempoh setahun tersebut kita gunakan

    untuk membuat pembiayaan ASB. Contohnya bayaran

    bulanan rumah adalah RM1,100, keluarkan RM13,200

    dari EPF akaun 2 untuk menampung bayaran setahun

    rumah tersebut. Kemudian, buat pembiayaan ASB

    RM200K , gunakan komitmen bulanan RM1,100 yang

    free pada rumah kepada membayar pembiayaan ASB

    selama satu tahun.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 44

    Cukup setahun, bayar rumah seperti biasa. Bayaran

    pembiayaan ASB dibuat melalui dividen yang dihasilkan

    pada tahun pertama. Teruskan bayar rumah seperti

    biasa, begitu juga rolling dividen ASB ke tahun-tahun

    berikutnya. Cara ini mengelakkan berlakunya pertindihan

    komitmen. Saya bagi satu contoh bagaimana

    pembayaran rumah yang sepatutnya habis dalam

    tempoh 35 tahun dapat habis dibayar dalam tempoh 22

    tahun sahaja tanpa komitmen tambahan.

    Contoh pembiayaan rumah = RM232K

    Profit tahunan bank = 4.5%

    Tempoh pembiayaan = 35 tahun

    Bayaran bulanan = RM1,100

    RM1,100 x 12 x 35 tahun = RM462K

    RM232K Pembiayaan Rumah – RM1,100 (35 Tahun)

    22 tahun Pembiayaan habis dibayar

    35 tahun

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 45

    Kita lihat gambarajah di atas, baki pembiayaan rumah

    tersebut dalam tempoh 22 tahun atau 264 bulan sepatutnya

    masih berbaki RM129,500 bagaimana cara pembiayaan

    tersebut akan tamat dalam tempoh tersebut?

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 46

    Sekarang kita lihat pada pembiayaan ASB yang dibuat

    bersama dengan pembiayaan rumah sebelum ini. Pembiayaan

    ASB RM200K yang dibayar pada tahun pertama sahaja,

    dividen digunakan untuk membayar ansuran tahunan tahun-

    tahun berikutnya. Ilustrasi dividen ASB berdasarkan 6.75%

    setahun.

    Batalkan pembiayaan ASB selepas 22 tahun atau 264 bulan:

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 47

    Dividen ASB terakhir tahun ke 22 = RM200K x 6.75% =

    RM13,500

    Baki dividen setelah bayar ansuran setiap tahun = RM13,500 –

    RM13,200 = RM300 x 21 tahun = RM6,300

    Batalkan pembiayaan ASB selepas 22 tahun = RM200K –

    RM86K(baki pembiayaan) = RM114,000

    JUMLAH = RM133,800 Tunai

    Dengan menggunakan tunai yang ada hasil dari pelaburan ASB

    tadi yang berjumlah RM133,800 boleh digunakan untuk

    membuat bayaran penuh baki rumah yang masih berbaki

    RM129,500 pada waktu tersebut.

    Jika tidak menggunakan tools ini, kita masih mempunyai

    komitmen bayaran selama 13 tahun atau 156 bulan. RM1,100

    x 156 bulan = RM171,600

    Kesimpulan : kita dapat menjimatkan tempoh pembayaran

    rumah tanpa komitmen tambahan dan dapat menjimatkan

    wang saku kita RM171,600 yang perlu dikeluarkan lagi

    sehingga pembiayaan rumah tamat seperti perjanjian asal.

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 48

    NOTA

    Untuk penjelasan yang lebih jelas sila ke

    Video yang disertakan bersama Pakej

    EBOOK ASB GENIUS ini

    Setiap Teknik yang disertakan bersama ini

    disertakan 1 video tutorial kepada anda agar

    anda dapat fahaminya dengan lebih mudah

    jelas dan terang.

    “Semoga Bermanfaat Kepada Anda Semua

    – KEY”

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 49

    APA YANG ANDA FAHAM

    TENTANG PEMBIAYAAN ASB

    DANA ASB ini ditawarkan oleh PERMODALAN

    MALAYSIA BERHAD(PNB) kepada semua

    Bumiputera berumur 18 tahun keatas

    Setiap orang Bumiputera berusia 18 tahun keatas

    layak menerima kuota ASB sehingga

    RM200,000.00. Manakala yang beurusia 18 tahun

    kebawah pula layak menerima kuota maksima

    RM50,000.00

    Seterusnya ramai yang tidak faham tentang

    KONSEP ASB FINANCING ini. Sebenarnya bukan

    anda meminjam duit Bank. Tetapi Bank yang

    melaburkan duit mereka melalui kuota ASB yang

    ada pada anda dan berkongsi hasilnya bersama –

    sama anda mengikut peratus perkongsian

    keuntungan yang sangat munasabah. Bagaimana

    perkara ini berlaku? Saya akan jawab persoalan

    anda

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 50

    Sebenarnya Bank yang membiaya financing ASB

    anda adalah seorang “sleeping partner” anda

    yang sangat baik. Bank berikan anda modal

    pelaburan 100% dan perkongsian keuntungan

    dibahagikan 70 : 30. 70% diambil oleh Bank dan

    anda menerima hasil 30%. Lumayan bukan

    tambahan lagi bagi orang yang tidak ada Modal

    memulakan perniagaan

    Modal pinjaman yang diberikan ini akhirnya akan

    berkurangan pada setiap bulan. Modal pinjaman

    ditolak dividen dan semakin berkurangan setiap

    bulan. Seterusnya principal modal yang

    dipinjamkan oleh Bank turut berkurang. Dalam

    masa yang sama anda turut menikmati hasil

    lumayan berbanding lain – lain instrument

    pelaburan

    Adalah menjadi kerugian sangat besar jika

    sekiranya kuota yang anda miliki dibazirkan begitu

    sahaja. Anda akan dapat melihat dengan lebih jelas

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 51

    lagi kerugian yang anda alami jika masa yang ada

    berlalu begitu sahaja tanpa memaksimakan

    penggunaan kuota ASB anda. Pengenalan Teknik

    yang disediakan dalam bab seterusnya

    menceritakannya. Teruskan membaca

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 52

    Rajah : Dividend dan Bonus ASB dari tahun 1990-

    2016

    Anda takut disebabkan persepsi yang diterima

    selama ini Dana ASB adalah hutang. Ianya adalah

    salah sama sekali. Betulkan persepsi anda

    Tukar diri anda kepada seorang usahawan yang

    mana rakan kongsi kita hendak berikan Modal 100

    peratus kepada kita yang tidak ada Modal

    pernigaan dan sudi berkongsi keuntungan 70 : 30

    dengan Capital Guaranteed. Keadaan seperti ini

    jarang lagi berlaku di dalam dunia perniagaan hari

    ini

    Sekarang anda sudah mula terasa bahang

    “kerugian” sekiranya tidak menggunakan peluang

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 53

    yang disediakan ini. Anda akan terasa sangat rugi

    pada bab seterusnya dengan teknik ASB Genius

    yang yang diberikan

    Keuntungan lebih maksima yang boleh anda

    perolehi berbanding lain-lain pelabur ialah dapatkan

    #volume semaksima mungkin dalam #masa yang

    lebih singkat. Teruskan membaca dan fahamkan

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 54

    APAKAH YANG ANDA TAHU

    PERANAN BANK DALAM

    MEMBERIKAN PEMBIAYAAN ?

    Disini saya mengambil kesempatan membetulkan

    kata-kata ini. Sebenarnya Bank banyak membantu

    sekiranya anda bijak menggunakan peluang yang

    disediakan. Bank bukan kejam sekiranya anda

    perhalusi dengan lebih mendalam. Saya akan

    buktikan

    Kita selalu mendengar rungutan ramai orang

    “Loan rumah aku RM500,000.00 sudah 5 tahun

    membayar instalment bulanannya. Tetapi

    jumlah Prinsipal yang turun cuma sedikit

    sahaja… Bank penipu dan cekik darah”

    Tetapi dalam masa yang sama kita tidak pernah

    pula mendengar kata-kata pujian kepada Bank di

    atas pinjaman yang diberikan ababila terjadi situasi

    dibawah :-

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 55

    “5 tahun yang lepas saya dapat beli rumah ini

    berharga RM500,000.00 dengan pinjaman Bank.

    Sekarang valuenya sudah berharga

    RM900,000.00 dan saya ingin menjualnya.

    Untung yang diperolehi sebanyak RM400,000.00

    saya akan bahagikan 2 dengan Bank kerana

    baik hati menjadi rakan kongsi membantu

    semasa membeli rumah ini dulu”

    ~ Perkara ini sangat mustahil terjadi

    Saya jelaskan lagi Mengapa Bank baik kepada

    anda :

    SITUASI 1

    Bank ada wang berjumlah RM500,000.00 dan

    memberikan pinjaman kepada pelanggan yang

    berhasrat membeli rumah. Bank mengenakan

    charge profit rate sebanyak 4.45% selama 35

    tahun

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 56

    SITUASI 2

    Bank ada jumlah wang yang sama iaitu sebanyak

    RM500,000.00 dan menyimpan di dalam Akaun

    Simpanan Tetap(FD) di Bank yang lain. Dividen

    Cuma 3% sahaja setahun compounding untuk

    tempoh yang sama selama 35 tahun

    Berapakah yang diperolehi oleh pihak Bank pada

    kedua – dua situasi tersebut?

    Jawapannya ialah :

    1. Memberikan Pinjaman Perumahan kepada anda.

    Bank peroleh RM 1,000,351.80

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 57

    2. Memasukkan ke dalam Simpanan Tetap. Bank

    peroleh sebanyak RM1,406,931.23

    Anda nampak yang mana lebih untung? Bank

    membantu anda sebenarnya dan bukan kejam. Jika

    Bank ingin membuat lebih banyak keuntungan lebih baik

    Bank masukkan wang yang ada ke dalam Simpanan

    Tetap (FD)

    “Sebenarnya ASB Financing anda mampu

    mematikan terus profit rate atas pinjaman rumah

    dan ditukar kepada Simpanan” Ini Majoriti orang

    tidak tahu...??? TEKNIK SERAP HUTANG

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 58

    TAHUKAH ANDA TARIKH ASB

    MULA DIKIRA KEDALAM AKAUN

    ANDA

    Bilakah Tarikh kemasukan ke dalam ASB yang

    Dikira sebagai dividen?

    Ramai orang beranggapan akhir bulan setiap bulan

    adalah tarikh akhir kemasukan wang ke dalam

    Akaun ASB untuk dikira sebagai kiraan dividend

    penuh bagi bulan berikutnya seperti contoh :-

    Amir berkejar-kejar ke bank pada hari Selasa

    tanggal 31hb Januari bertujuan untuk memasukkan

    duit RM100,000.00 ke dalam akaun ASB.

    Tujuannya ialah mendapatkan DIVIDEN pada pulan

    February. Ini kerana pada pemahaman beliau

    kiraan dividend adalah atas baki terendah setiap

    bulan. Kalau esok nya dia masukkan pada hari

    Rabu 1hb Febuari DIVIDEN bulan Febuari masih

    dikira ke atas jumlah tersebut

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 59

    Sebenarnya pada setiap 1 haribulan setiap

    bulan bila kita masukkan wang ke dalam Akaun

    ASB jumlah itu akan dikira untuk dividend untuk

    bulan tersebut

    Ingat!!! 1 haribulan sahaja. 2 haribulan sudah

    tidak dikira

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 60

    TAHUKAH ANDA BAGAIMANA

    PENINGKATAN HAD ASB BERLAKU ?

    Semua sedia maklum bahawa had maksimum ASB

    adalah 200K untuk akaun dewasa yang berumur 18

    tahun ke atas dan RM50K untuk Akaun Remaja

    (18 tahun dan ke bawah)

    Bagaimanapun had limit ini akan meningkat setiap

    tahun berdasarkan DIVIDEN + BONUS yang

    masuk ke dalam Akaun anda

    Contoh : -

    Anda baru membuka akaun mempunyai simpanan

    100K dalam ASB samaada tunai ataupon sijil.

    Sekiranya total DIVIDEN + BONUS adalah 7.5%

    anda akan terima RM7500 yang dikreditkan terus

    ke dalam Akaun anda. Maka limit baru anda

    sekarang akan menjadi 207500 berbanding limit

    asal 200000

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 61

    Andaikan kita mengeluarkan RM7500 tadi. Maka

    baki duit kita tinggal 100K. Tahun hadapannya ASB

    declare lagi DIVIDEN + BONUS katakanlah 7.5%

    juga, anda akan terima lagi RM7500 pada tahun

    tersebut. Maka limit baru anda adalah 207500 +

    7500, maka limit baru Akaun ASB anda adalah

    215000

    KESIMPULANNYA had ASB anda akan meningkat

    setiap tahun berdasarkan DIVIDEND + BONUS

    yang diterima dan limit tersebut tidak akan

    berkurang semula walaupun anda keluarkan

    dividend tersebut. Jika tidak di keluarkan dividend

    dan biarkan ia compounding, maka lebih banyak

    dan pantas kenaikan had ASB anda

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 62

    TIP POTENSI ASB GENIUS 2

    KUASA VOLUME

    PERBANDINGAN

    KES 1 Pembiayaan ASB berjumlah =60K Tempoh pembiayaan = 5 Tahun Bayaran bulanan = RM1140 Dividen Terkumpul = 5 Tahun Dividen Terkumpul RM23200 + RM60000 = RM83,200 (Sijil habis bayar) KES 2 Pembiayaan ASB berjumlah = 200K Tempoh pembiayaan =28 Tahun Bayaran bulanan = RM1132 Dividen Terkumpul = 5 Tahun Dividen Terkumpul RM77000 + RM18000 = RM95,000 (Nilai prinsipal Sijil Selepas 5 tahun)

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 63

    Sila anda perhatikan bayaran bulanan yang hamper sama tetapi beza hasilnya RM11,800 dalam masa 5 tahun Selepas habis membaca EBOOK ASB GENIUS II ini anda akan lebih mahir dan memahami cara umtuk memaksimakan Potensi ASB mengikut keadaan dan kesesuaian diri anda sendiri. Jangan mengukur kepada potensi atau kemampuan orang lain.

    “Pilih VOLUME pembiayaan bukan Tempoh pembiayaan”

    Diharap apabila anda mula menggunakan TEKNIK yang

    diberikan ini MATLAMAT KEWANGAN anda jelas apa

    yang ingin dicapai di dalam tempoh masa yang

    ditetapkan

    Semoga anda menjadi seorang Pengurus Kewangan

    Peribadi yang terbaik untuk diri, keluarga dan anak –

    anak anda

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 64

    Saya petik komentar seorang teman berkenaan

    TEKNIK ASB GENIUS ini

    “Antara Intengible Value yang mahal daripada

    TEKNIK ASB ini ialah mendidik tabiat MENYIMPAN

    “sikit-sikit lama-lama jadi Bukit @Gunung”. Ada

    yang suka kumpul sendiri berdikit-dikit dari awal. Ada

    yang lebih advance akan mula melihat lain-lain Teknik

    dan Instrument Pelaburan untuk melipatgandakan

    MODAL dalam tempoh masa lebih pantas dan selamat.

    Tabiat menyimpan yang baik akan menjadikan anda

    lebih berhati-hati semasa berbelanja. Tidak mudah

    melatah dengan “Year End Sales”, promosi berterusan

    atau pun limited offer. Mana – mana keputusan

    pembelian yang tidak cukup syarat “keperluan” boleh

    diabaikan dengan sendiri”

    - HUZAIFAH ABDULLAH SANI

    - Penulis EBOOK Pencen Mewah Dengan

    Hartanah

    - Blogger Pelaburan Hartanah @

    huzaifah7property.blogspot.com

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 65

    Ramai salah faham kepada simpanan Pelaburan

    Amanah Saham Bumiputera ASB. Salah faham ini

    merangkumi isu Syariah Compliance sama ada

    ASB ini Halal atau Haram

    Ada kata Halal dan boleh dilaburkan ada pula yang

    mengatakan ASB ini Haram. Mana satu yang betul

    dan SIAPAKAH YANG BERAUTORITI UNTUK

    DIJADIKAN RUJUKAN?

    Rujukan utama mengenai Syariah Compliance atau

    halal haramnya ASB ini adalah MAJLIS FATWA

    KEBANGSAAN. Selain itu ialah MAJLIS FATWA

    NEGERI

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 66

    MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

    PENUBUHAN

    Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan padaPerkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968

    TUGAS

    Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja

    SENARAI AHLI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 67

    Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Malaysia terdiri daripada : Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;

    Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;

    Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

    Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

    PENGERUSI

    JAWATANKUASA FATWA MKI

    Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI,

    Pengerusi Lembaga Pengarah USIM

    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),

    Bandar Baru Nilai,

    71800 Nilai, Negeri Sembilan

    SETIAUSAHA

    JAWATANKUASA FATWA MKI

    Dato' Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 9, Blok D7, Kompleks D,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya

    MUFTI NEGERI

    PERAK DARUL

    RIDZUAN

    Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria Pejabat Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, Tingkat 5, Kompleks Islam

    Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh,

    Perak Darul Ridzuan

    MUFTI NEGERI

    SELANGOR DARUL

    EHSAN

    Dato' Setia Haji Mohd. Tamyes bin Abd. Wahid Jabatan Mufti Negeri Selangor, Tingkat 7 & 8, Menara Utara,

    Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, 40000 Shah

    Alam, Selangor Darul Ehsan

    MUFTI WILAYAH

    PERSEKUTUAN

    Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Tingkat 10, Menara Pusat Islam,

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 68

    Jalan Perdana, 50519 Kuala Lumpur

    MUFTI NEGERI

    PULAU PINANG

    Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang, Tingkat 48, KOMTAR,

    10000 Pulau Pinang

    MUFTI NEGERI

    MELAKA

    Datuk Dr. Haji Mohd. Mohadis bin Haji Yasin Jabatan Mufti Negeri Melaka, Aras 2, Imarah A. Kompleks MAIM,

    Jalan Bukit Palah, 75150 Melaka

    MUFTI NEGERI

    KELANTAN

    Dato' Haji Muhamad Shukri bin Muhamad Pejabat Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Balai Islam Lundang,

    Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

    MUFTI NEGERI

    PAHANG

    Dato’ Sri Haji Abd. Rahman bin Haji Osman Jabatan Mufti Negeri Pahang, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah,

    Jalan Istana Permai, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur

    MUFTI NEGERI

    JOHOR

    Dato' Haji Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin Jabatan Mufti Negeri Johor, Tingkat 3, Kompleks Islam Johor,

    Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bharu,

    Johor Darul Takzim

    MUFTI NEGERI

    SEMBILAN

    Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tingkat 3, Bangunan SUK Lama,

    Karung Berkunci 45, Jalan Dato' Hamzah, 70990 Seremban,

    Negeri Sembilan Darul Khusus

    MUFTI NEGERI

    KEDAH

    Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad Jabatan Mufti Negeri Kedah, Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah &

    Jabatan Mufti, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar

    Mu'azam Shah, Anak Bukit, 06550 Alor Star, Kedah Darul Aman

    MUFTI NEGERI

    TRENGGGANU

    Dr. Zulkifly bin Muda Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam

    Terengganu, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad,

    21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

    MUFTI NEGERI

    SARAWAK

    Datu Haji Kipli bin Haji Yasin Pejabat Mufti Negeri Sarawak, Aras 15, Majma' Tuanku Abdul Halim

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 69

    Mu'adzam Shah, Lorong P.Ramlee 5 Off Jalan P.Ramlee,

    93400 Kuching, Sarawak

    MUFTI NEGERI

    PERLIS

    Datuk Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya Jabatan Mufti Negeri Perlis, Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato'

    Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis

    MUFTI NEGERI

    SABAH

    Ustaz Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar Pejabat Mufti Negeri Sabah, Tingkat 6, Blok B, Wisma MUIS, Jalan

    Sembulan, Beg Berkunci 2070, 88999 Kota Kinabalu, Sabah

    PENASIHAT

    PERUNDANGAN

    SYARIAH

    AHLI-AHLI DILANTIK OLEH MAJLIS RAJA-RAJA

    Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abd. Rahman Jabatan Peguam Negara. No. 7019, Jalan 16, Taman Selayang Baru, Batu

    Caves, 68100 Selangor

    Dr. Abdul Hayei bin Abdul Shukor

    No. 72, Jalan Dato’ Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail,

    60000 Kuala Lumpur

    Prof. Dato' Zakaria bin Stapa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

    Prof Madya Datin Dr. Paizah binti Haji Ismail No.5, Jalan 11/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

    Prof. Dr. Zhari bin Ismail Discipline of Pharmaceutical Chemistry, Pusat Pengajian Sains Farmasi,

    Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang

    Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim Head of ISRA Consultancy Department (I-Con)

    International Shari'ah Research Academy forIslamic Finance (ISRA)

    Lorong Universiti A, 59100 Kuala Lumpur

    Prof. Selamat bin Hashim Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz Malaysia

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 70

    No. 22, Jalan Kaunselor 2, College Heights Garden Resort,

    71700 Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Prof. Madya Dzulkifly bin Mat Hashim Ketua Laboratori, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra

    Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan

    Mohd Hamzah bin Ismail Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 7,

    Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62519 Putrajaya

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 71

    MAJLIS FATWA KEBANGSAN telah membuat

    keputusan harus Hukum Melabur ASB atas hujah menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudaratan yang lebih besar

    Hakikatnya Majlis Fatwa Kebangsaan selepas bersidang mengambil pendekatan IJTIHAD secara kolektif yang membuat pertimbangan mengenai satu-satu isu secara kefahaman holistik yang seiring dengan prinsip dan kaedah syarak. "Berhukum atas sesuatu mesti memperkirakan kefahaman menyeluruh mengenai isu tersebut." (Al-Ghazali, Al-Mustashfa fi usul al-fiqh; 9-11)

    Perkara yang perlu difahami dalam isu ini ialah peranan di antara JAWATAN KUASA FATWA KEBANGSAAN dan SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

    JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat Nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 72

    Manakala SURUHANJAYA SEKURITI pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu SEKURITI diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah (ianya bukan hukum atau fatwa) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak SURUHANJAYA SEKURITI

    Metodologi yang diguna pakai oleh kedua-dua badan tersebut dalam membuat keputusan juga adalah berbeza

    Sebagai badan pengeluar HUKUM, JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN menggunakan kaedah-kaedah istinbat yang muktabar dalam membuat keputusan dengan bersumberkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain yang diiktiraf syarak Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar‟iyyah

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 73

    BAGAIMANA PENGKELASAN SYARIKAT STATUS PATUH SYARIAH DIBUAT OLEH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SUKURITI

    Hal ini berbeza dengan metodologi SURUHANJAYA SEKURITI dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah atau tidak Metodologi yang digunakan ialah melalui kaedah KUANTITATIF yang mengguna pakai tanda aras AKTIVITI PERNIAGAAN dan tanda aras NISBAH KEWANGAN Sebagai contoh, tanda aras lima peratus 5% diguna pakai bagi perniagaan PERJUDIAN dan PERBANKAN KONVESIONAL, dan tanda aras 20% diguna pakai bagi perniagaan PEMBROKERAN SAHAM dan operasi HOTEL dan RUMAH PENGINAPAN. Untuk tanda aras INSTITUSI KEWANGAN, nisbah 33% diambil kira sebagai tanda aras

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 74

    Sebagai badan berautoriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah, SURUHANJAYA SEKURITI mengambil pendekatan yang objektif dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh syariah berasaskan tanda aras yang telah ditetapkan, tanpa dipengaruhi elemen-elemen lain seperti siasah syar‟iyyah, keperluan dan maslahat umum

    Justeru, SURUHANJAYA SEKURITI tidak membuat sebarang pengecualian terhadap sekuriti yang tidak menepati tanda aras mereka. Oleh yang demikian, apabila

    skim pelaburan ASB didapati tidak mematuhi tanda aras sebagaimana ditetapkan, ia tidak disenaraikan oleh SURUHANJAYA SEKURITI sebagai patuh syariah

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 75

    KEKELIRUAN TERHADAP PELABURAN ASB

    Perlu dijelaskan juga bahawasanya JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh SURUHANJAYA SEKURITI dalam membuat keputusannya Keputusan JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN adalah berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama‟i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya

    dalam isu ASB. Dalam hal ini, pandangan JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN adalah seperti tajuk seterusnya seperti berikut

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 76

    KEPUTUSAN JAWATANKUASA

    FATWA KEBANGSAAN BERKENAAN ASB

    Permodalan Nasional Berhad(PNB) tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan Arak dan Judi Percampuran hanya berlaku dalam sektor Kewangan sahaja di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha‟ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi„i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha‟ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam”

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 77

    JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN juga menimbang faktor maslahat dan mudarat yang dijangka berlaku kesan daripada hukum yang dikeluarkan. Antaranya ialah :- MAYBANK adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas”

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 78

    Dalam apa jua isu hukum hakam yang dibincang dan diputuskan yang melibatkan kepentingan Nasional, faktor-faktor kemaslahatan, kemudaratan, kepentingan awam, siyasah syar‟iyyah dan seumpamanya adalah perkara yang telah lama diamalkan oleh JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

    Tidak terkecuali dalam isu ASB. Faktor-faktor tersebut juga diambil kira. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah dharuriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh Pemerintah (Ulil Amri) Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Agama Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah

    Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam

    pelaburan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 79

    KEKELIRUAN KEPUTUSAN

    MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAN JAWATANKUASA FATWA

    NEGERI DIJELASKAN

    Ramai keliru apabila ada Jabatan Mufti Negeri yang membuat keputusan berbeza pendapatnya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan

    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011 telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah

    Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

    1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 80

    2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang

    3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 81

    MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI

    Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia. Sebagai pendahuluan artikel ini menyentuh secara ringkas tentang peranan Suruhanjaya Sekuriti sebagai agensi tunggal yang mengawal selia Peraturan dan Pembangunan Pasaran Modal di Malaysia

    Ini diikuti dengan perbincangan mendalam tentang peranan Majlis Penasihat Syariah(MPS) Suruhanjaya Sekuriti sebagai badan penasihat dalam membangun dan memperkasa Pasaran Modal Islam. Artikel ini turut membincangkan tentang skop bidang kuasa Majlis Penasihat Syariah(MPS) Suruhanjaya Sekuriti dalam inovasi produk dan sebagai pusat rujukan berkaitan isu-isu Pasaran Modal

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 82

    Ahli Majlis Penasihat(MPS) Suruhanjaya Sekuriti terdiri pakar dari pelbagai latar belakang seperti berikut :

    NO NAMA KEPAKARAN

    1. Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid bin Haji

    Mohamad

    Former Chief Justice Malaysia

    2. Y.Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji

    Abdul Rahman

    Shariah Legal Advisor, Attorney General’s

    Chambers

    3. Y.Bhg. Datuk Dr Mohd Daud Bakar

    Group Chairman, Amanie Advisors

    4. Y.Bhg. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Ismail

    Chairman, Shariah Committee of Shariah-

    Compliant Funds of Amanah Mutual Bhd

    5. Sahibus Samahah Dr Haji Zulkifly bin

    Muda

    Terengganu Mufti

    6. Prof Dr Ashraf bin Md Hashim

    Chief Executive Officer, ISRA Consultancy Sdn

    Bhd

    7. Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali IIUM Institute of Islamic Banking and Finance

    (IIiBF), International Islamic University Malaysia

    8. Prof Mohamed Ismail bin Mohamed Shariff Adjunct Professor, International Centre for

    Education in Islamic Finance and Founder of

    Mohamed Ismail & Co.

    9. Prof Madya Dr. Aznan bin Hasan Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International

    Islamic University Malaysia

    10. Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim

    Dean, Islamic Business School, Universiti Utara

    Malaysia

    11. Dr Shamsiah Mohamad Senior Researcher, International Shari’ah

    Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 83

    FATWA MANA HARUS DITURUTI

    Mengambil pandangan Yang Berbahagia Pengerusi Yayasan Dakwah Islah Malaysia (YADIM) Dr. Asraf Wajdi Dasuki

    “Sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan sama ada oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN ataupun PEJABAT MUFTI SELANGOR. Kedua-duanya adalah badan berautoriti mengeluarkan FATWA dan mempunyai hujah tersendiri”

    Dalam konteks IJTIHAD sebegini, tiada istilah SIAPA BETUL MAHUPUN SALAH SECARA MUTLAK”

    Sebagaimana hadis Nabi SAW :

    "Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala."

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 84

    Walau bagaimanapun dalam konteks WARA', seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap SKIM PELABURAN ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan WARA' di sini ialah KETAKWAAN kepada Allah hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar (SYUBHAH) sebagaimana yang digariskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. Wallahualam

    SUMBER RUJUKAN :-

    MAJLIS FATWA KEBANGSAN

    MAJLIS FATWA NEGERI SELANGOR

    YAYASAN DAKWAH ISLAH MALAYSIA(YADIM)

    MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA

    SEKURITI

  • Januari 2017 ASB GENIUS II

    C o p y r i g h t A l l R i g h t s R e s e r v e d

    Page 85

    Harapan saya ISU berkenaan Halal dan Haram

    serta tidak patuh Syariah tentang ASB berakhir.

    Maklumat lengkap fungsi dan peranan diantara

    MAJLIS FATWA KEBANGSAAN,

    JAWATANKUASA FATWA NEGERI dan MAJLIS

    PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI

    jelas meununjukkan autoriti dan kepakaran masing-

    masing

    Maka anda boleh memilih samada meneruskan

    Pelaburan ASB ataupun tidak tanpa was-was

    Terima kasih

    “Saya ucapkan Selamat Membaca kepada anda

    semua. Semoga anda faham Konsep ASB

    Genius ini dan sekaligus dapat

    memanfaatkannya sebaik mungkin – KEY”