Asg report oumh 2012

13
PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta mengelakkan sebarang kejadian buruk yang mungkin terjadi. Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke bahagian pengendalian bahan baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang- terangan telah mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri. Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat. Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan 1

description

 

Transcript of Asg report oumh 2012

Page 1: Asg report oumh 2012

PENGABAIAN PEKERJA TERHADAP KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI KILANG

SMART WOOD PROCESSING SDN BHD DAN CADANGAN MENGATASINYA

Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah

organisasi terutama sektor perkilangan. Persekitaran kerja yang selamat adalah perlu bagi

menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja serta   mengelakkan sebarang kejadian buruk

yang mungkin terjadi.  Berhubung dengan perkara ini, saya selaku Pengurus Kesihatan dan Keselamatan

Pekerja ,Syarikat Smart Wood Processing Sdn. Bhd. ingin melaporkan kepada pihak tuan mengenai sikap

pekerja yang gagal mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan . Berdasarkan lawatan saya ke

bahagian pengendalian bahan baru-baru ini, saya mendapati para pekerja secara terang-terangan telah

mengabaikan peraturan keselamatan yang ditetapkan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.

Sebagai sebuah kilang yang mengeluarkan produk perabot kayu, Syarikat Smart Wood Processing

Sdn. Bhd. amat mementingkan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Justeru itu, kilang ini telah

melaksanakan pelbagai peraturan keselamatan dan kesihatan bertepatan dengan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994). Peraturan ini dibentuk untuk memberi garis panduan kepada majikan

dan pekerja mengenai tanggungjawab mereka bagi mewujudkan satu situasi kerja yang selamat dan sihat.

Namun begitu, berdasarkan lawatan saya ke tempat kerja baru-baru ini, dukacita dimaklumkan para pekerja

telah melakukan berbagai perkara yang melanggar peraturan keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan

Pengabaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tentunya akan mendatangkan banyak risiko buruk

kepada pekerja dan majikan. Antaranya ialah kemalangan, kebakaran dan kematian. Jika ini berlaku, majikan

juga akan menanggung akibatnya. Sekiranya kadar kemalangan tinggi, perkara-perkara lain juga tidak dapat

diurus dengan sempurna kerana terpaksa memberi perhatian kepada kejadian, kecederaan, kerugian dan juga

tindakan undang-undang. Dengan itu, majikan mesti mengurus keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat

kerja dengan berkesan kerana produktiviti tenaga kerja akan terjamin jika kebajikan mereka setiasa terpelihara.

Kemalangan di tempat kerja melibatkan kilang produk kayu sering didengari.

Contohnya Berita dari Harian Metro (22 Jun 2011) , seorang pekerja kilang warga Myanmar

di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu

yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dan cedera

matanya .Justeru itu, kita amat berharap kejadian seumpama ini tidak akan berlaku di

syarikat ini.Oleh itu,bersama laporan ini, saya kemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan tahap

keselamatan dan kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko di tempat kerja.

1

Page 2: Asg report oumh 2012

Pihak majikan diharapkan dapat menyediakan peralatan keselamatan diri (PPE) yang lengkap,

mengadakan skim latihan dan program kesedaran pekerja, menganjurkan kursus keselamatan, menyenggara

mesin dan jentera dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat. Saya juga menyatakan kos

perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan bagi melaksanakan langkah-langkah keselamatan ini.

Pihak majikan perlu menyedari pengeluaran wang bagi keselamatan pekerja adalah lebih baik dari

menanggung kerugian akibat kemalangan yang mungkin terjadi. Saya berharap pihak tuan dapat meneliti

laporan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah pengabaian pekerja terhadap

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Untuk makluman tuan, di sini saya senaraikan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh para

pekerja untuk siasatan dan tindakan pihak tuan. Kesalahan-kesalahan pekerja yang telah dikenalpasti ialah:-

1. Pekerja Tidak Memakai Peralatan Keselamatan yang Lengkap (Personel Protevtive Equipment)

Berdasarkan lawatan saya , saya dapati para pekerja tidak memakai peralatan keselamatan yang lengkap yang

telah disediakan oleh pihak syarikat. Peralatan Keselamatan Diri (PPE) ialah alat yang disediakan kepada

pekerja untuk melindungi daripada kecederaan. Alat ini akan melindungi bahagian kepala, kaki, tangan,

sistem pernafasan dan keseluruhan anggota badan. Contoh peralatan keselamatan ialah topi keselamatan,

google, apron, sarung tangan dan kasut getah.

Hasil tinjauan saya, didapati ramai pekerja tidak memakai google (pelindung muka)

ketika mengendalikan mesin memotong kayu, melicinkan permukaan kayu dan sebagainya..

Ini akan menyebabkan pekerja akan terdedah kepada habuk-habuk kayu dan bahan kimia

yang merbahaya. Pekerja juga akan menghadapi masalah kecederaan mata (eye injury) akibat

terkena serpihan atau habuk kayu di mana kes yang lebih serius boleh menyebabkan masalah

buta kepada mangsa.

Saya juga mendapati para pekerja telah mengabaikan keselamatan dengan tidak

memakai kasut sarung getah yang sesuai dengan tempat kerja. Pemakaian kasut getah adalah

penting bagi kawasan kerja yang menggunakan gris dan minyak untuk mengelakkan

kecederaan kaki atau tergelincir. Terdapat pekerja lelaki memakai kasut sandal dan kasut

kulit manakala pekerja perempuan memakai kasut bertumit dan yang terbuka di bahagian

hadapan semasa bekerja .Keaadan ini tentulah akan menyebabkan pekerja terdedah kepada

kecederaan atau kemalangan semasa bekerja.

2

Page 3: Asg report oumh 2012

Pekerja juga didapati mengabaikan keselamatan diri dengan tidak memakai sarung

tangan ketika mengendalikan mesin pemotong kayu atau gergaji “roller blade” yang

tajam.Hal ini amatlah membimbangkan kerana pekerja akan terdedah kepada bahaya

terluka,terpotong atau terputus anggota badan yang melibatkan jari,tangan,lengan dan kaki

akibat terkena mata gergaji ataupun objek-objek tajam berasaskan kayu.

Terdapat juga pekerja yang memakai pakaian longgar dan berbulu, malahan ada

pekerja yang bertali leher. Pakaian sebegini tidak sesuai dipakai ketika mengendalikan mesin

kerana boleh menyebabkan baju yang longgar, berbulu atau tali leher akan tersepit ke dalam

mesin dan mengakibatkan kecederaan kepada pekerja.

2. Pekerja Tidak Memakai Penutup Hidung dan Penyumbat Telinga

Hasil lawatan saya juga , didapati pekerja mengabaikan keselamatan diri dengan tidak

memakai penutup hidung dan penyumbat telinga.Pekerja terdedah kepada habuk-habuk kayu

ketika mengendalikan mesin pemotong kayu. Pekerja juga terdedah kepada ancaman tersedut

habuk –habuk halus ketika mengendalikan proses melicinkan permukaan kayu secara

“sanding”yang menghasilkan habuk-habuk halus.

Begitu juga di bahagian penyemburan cat atau lekar kayu yang tertutup yang

menghasilkan wap-wap bahan pelarut organic seperti “thinner” dan “tupertine” turut disedut

oleh pekerja. Akibatnya dalam jangka masa panjang, pekerja akan mengalami masalah

kesihatan badan kronik seperti radang paru-paru,asma ,kanser paru-paru di samping impak

irritasi pada salur pernafasan kesan terdedah kepada keadaan kerja sekitar yang bahaya dan

kotor. Hal ini dapat dielakkan sekiranya pekerja memakai penutup hidung setiap masa ketika

menjalankan tugas mereka.

Pekerja juga didapati tidak memakai penyumbat telinga yang lengkap ketika

mengendalikan mesin dan menggergaji kayu bermotor yang menghasilkan bising yang

berterusan. Pekerja terdedah kepada ancaman keadaan bunyi bising yang melampau yang

boleh mengakibatkan masalah pendengaran (hearing impairment) untuk jangka masa

beberapa tahun.Masalah ini tentulah dapat dihindari sekiranya pekerja sentiasa memakai alat

perlindungan diri seperti penutup hidung dan penyumbat telinga setiap masa. Pekerja mesti

sedar bahawa menjaga keselamatan diri adalah amat penting dari merawatnya.

3. Tatakerja Pekerja yang Tidak Selamat

3

Page 4: Asg report oumh 2012

Hasil lawatan saya juga, didapati pekerja tidak menjalankan kerja dengan betul dan

selamat. Terdapat pekerja baru yang menggunakan peralatan mesin dengan tidak betul

tanpa dipantau oleh penyelia atau pekerja lama. Saya telah memeriksa kelajuan mesin itu

telah diubah dari yang sepatutnya. Terdapat bahan buangan yang telah diletakkan dengan

mesin yang sedang bergerak. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan kerana ianya

akan menyebabkan mesin terbakar dan meletup.

Banyak kes kecederaan dan kemalangan di tempat kerja adalah berpunca dari penyalahgunaan

pekerja dalam mengendalikan mesin atau jentera. .Seksyen 25 AKKP 1994 . menyatakan kewajipan pekerja

untuk tidak  mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan

untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

Berita dari Harian Metro 29 Mei 2012, patut dijadikan pengajaran kepada kita

semua.Seorang pekerja kilang kayu hancur kaki kanannya setelah terkena bilah mesin

pemotong kayu di sebuah kilang kayu getah di During Guling.Kejadian berlaku apabila

pekerja tersebut menggunakan kaki kanannya yang hanya berselipar menekan brek yang

terletak di bahagian tepi mesin berkenaan, tetapi malangnya kakinya tergelincir ke dalam

mesin yang sedang berputar.

Berpandukan kisah yang dinyatakan, memang jelas keselamatan diri semasa bekerja

amatlah penting dan tidak boleh diabaikan oleh para pekerja. Saya amat berharap pihak tuan

dapat memberi latihan yang sepenuhnya kepada para pekerja bagi meningkatkan tatakerja

yang selamat.Pihak penyelia diharapkan sentiasa mengawasi dan menegur kesalahan yang

dilakukan oleh pekerja.

4. Pekerja Tidak Menjaga Kebersihan Persekitaran Kerja

Hasil lawatan saya juga didapati, para pekerja tidak menjaga kebersihan di

persekitaran tempat kerja .Para pekerja didapati tidak membersihkan habuk- habuk kayu yang

dihasilkan dari mesin pemotong kayu, mesin melicinkan kayu dan lain-lain bahagian.

Terdapat juga pekerja yang makan dan minum di kawasan tempat kerja. Keadaan ini boleh

menyebabkan risiko terdedah kepada kebakaran.

Lebih malang lagi, saya mendapati ada pekerja lelaki yang merokok di kawasan

pengendalian mesin. Perbuatan ini adalah salah sama sekali dalam peraturan keselamatan

4

Page 5: Asg report oumh 2012

kilang,yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran. Kebakaran pasti akan cepat merebak

kerana banyak bahan-bahan bakar seperti kayu, thinner dan tupertine. Saya juga mendapati

alat pemadam api tidak disediakan . Perkara ini amatlah membahayakan kerana sekiranya

berlaku kebakaran, tiada alat yang dapat mecegahnya dan ini akan membahayakan nyawa

pekerja.

Berdasarkan AKKP 1994 ,terdapat peruntukan ,tanggungjawab pekerja untuk sama-

sama berganding dengan majikan menangani kecederaan di tempat kerja.Setiap pekerja perlu

memastikan tempat kerja mereka selamat, bersih dan kemas tanpa sebarang ancaman bahaya

kesihatan mahupun fizikal. Pekerja mesti bertanggungjawab memastikan keselamatan dan

kesihatan mereka di tempat kerja terjamin.

Saya berharap pihak tuan dapat menambah papan tanda mengenai bahaya kebakaran

serta panduan mengenai langkah-langkah keselamatan ketika kebakaran di kawasan tempat

kerja. Plan-plan kebakaran serta laluan kecemasan perlu dipamerkan untuk panduan

pekerja.Selain itu, pekerja diberi latihan kebakaran serta cara penggunaan alat penyembur api

yang betul.

Sekiranya kecederaan atau kemalangan berlaku di tempat kerja, sudah tentu pihak

majikan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk tindakan undang-undang dan

pampasan. Oleh itu, saya amat berharap pihak tuan dapat meneliti laporan dan mengambil

tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini. Di bawah ini saya nyatakan kos-kos

yang dianggarkan bagi perkara-perkara berikut:

Bil Peralatan / bahan Anggaran kos

1 Peralatan Keselamatan Diri (PPE)

earplug, ear muff, cartridge respirator, safety eye

goggle, hand glove dan safety boot

RM2,000 satu set

2 Papan Tanda Peraturan keselamatan RM3,000.00

3 Papan tanda panduan kebakaran RM3,000.00

3 Alat pemadam api RM500.00 satu set

4 Latihan kebakaran RM2,000.00 satu sesi

5 Risalah keselamatan dan Kesihatan Pekerja RM3,000.00

5

Page 6: Asg report oumh 2012

Bersama ini, saya senaraikan beberapa cadangan yang merupakan sebahagian

tindakan kawalan yang boleh dirujuk oleh pihak majikan bagi meningkatkan tahap kesedaran

pekerja terhadap keselamatan diri sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan di tempat

kerja.

1. Membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang Selamat

Seperti yang telah diperuntukkan dalam AKKP 1994, sebahagian daripada seksyen telah

memerlukan majikan untuk menyediakan tempat kerja yang sihat dan selamat untuk para

pekerja.Oleh itu, saya mencadangkan pihak majikan perlu memperuntukkan PPE yang sesuai

serta selamat kepada pekerja .Majikan perlu membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear muff,

cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk melindung

keselamatan dan kesihatan pekerja . Perlu diingatkan bahawa PPE tersebut mestilah

bersesuaian dengan tahap risiko kerja serta selesa dipakai oleh para

pekerja .

Ini bertepatan dengan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import

bagi alatan-alatan keselamatan kerja yang telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 .

(Laporan Media 27 Ogos 2001). Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan

keselamatan pekerja juga suatu kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994

(Seksyen 51).

  2. Mengadakan skim latihan serta program kesedaran tatakerja sihat dan selamat

Bagi meningkatkan tahap kesedaran para pekerja terhadap peraturan keselamatan , pihak

majikan perlu memberi arahan, maklumat , latihan dan penyeliaan yang sesuai mengenai

keselamatan kepada pekerja semasa mereka bekerja. Pihak majikan boleh mengadakan skim

latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat dan selamat, contohnya

penggunaan PPE yang betul dan selamat.

Latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan boleh dilakukan contohnya drill

kebakaran, mengangkat beban secara manual dan sebagainya. Selain itu, pihak majikan perlu

menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling.Bagi kakitangan baru

6

Page 7: Asg report oumh 2012

pula perlulah diberikan latihan induksi agar mereka memahami tatakerja yang selamat dan

peraturan keselamatan di tempat kerja.

3. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerja

Kempen keselamatan di tempat kerja perlulah diadakan dengan mempamerkan dasar

keselamatan dan kesihatan yang bertulis. Pihak majikan perlu menyediakan buku panduan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk setiap kakitangan. Program kesedaran

keselamatan atau “minggu keselamatan” perlu diisi dengan taklimat atau ceramah kesihatan

yang dapat memberi kesedaran kepada para pekerja tentang pentingnya menjaga kesihatan.

Selain itu, pihak majikan perlu mengadakan program keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja(noise monitoring),

pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan tempat kerja

(safety audit). Ini dapat membantu pekerja mengesan bahaya di tempat kerja dan tahu cara

menghindarinya.

4. Menyenggara peralatan dan mesin

Tahap keselamatan mesin perlu dipantau dan dipastikan keselamatannya. Pihak

majikan perlu memastikan pengoperasian dan penggunaan jentera atau alatan itu adalah

selamat dan tidak memberi risiko kesihatan. Sekiranya mesin dikaji tidak selamat, pihak

majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan tahap

keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah pengadang mata gergaji pada mesin

gergaji ataupun meletakkan besi pengadang di sekitar mesin untuk mengelak pekerja lain

memasuki kawasan kerja tersebut.

Selain itu, pihak majikan boleh meningkatkan tahap keselamatan dengan memasang

sistem ekzos dengan “scrubber" atau “collector” yang baik untuk membuang serta menyedut

keluar wap-wap cat, pelarut organik ataupun habuk-habuk kayu halus yang bahaya.Ini

merupakan kaedah pencegahan yang baik bagi menjaga keselamatan para pekerja.

5. Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat

Pihak majikan adalah bertanggungjawab menyediakan persekitaran kerja yang sihat

dan selamat bagi pekerja. Majikan mestilah menyediakan laluan yang mencukupi di kawasan

7

Page 8: Asg report oumh 2012

tempat kerja. Majikan juga perlu menyediakan ruang khas untuk menyimpan bahan

berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan.

Majikan juga perlu menyediakan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, hose

reel, penggera dan kotak pertolongan cemas. Selain itu, pihak majikan hendaklah memeriksa

dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke

semasa. Majikan perlu memastikan persekitaran kerja sentiasa dalam keadaan sihat dan

selamat.

6. Mengadakan kaedah pengurusan kerja yang berkesan

Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja ,pihak majikan juga

bertanggungjawab mengadakan kaedah pengurusan berkesan (administrative control) seperti

mengujudkan jadual kerja bergilir (rotating work schedule ).Jadual kerja bergilir ini

khususnya untuk pekerja-pekerja yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di

kawasan penyemburan cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising.Kaedah jadual kerja

bergilir ini dapat mengurangkan frekuensi pendedahan pekerja terhadap bahaya kerja yang

dilakukan.

Besarlah harapan saya, sekiranya pihak tuan dapat meneliti serta menyiasat mengenai

sikap pekerja yang mengabaikan peraturan keselamatan di tempat kerja. Diharapkan pihak

tuan dapat meninjau ke kawasan tempat kerja dan membuat penambaikan masalah-masalah

yang telah dinyatakan tadi. Pihak tuan juga dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan

yang telah dikemukakan dan melaksanakannya secepat mungkin bagi memastikan pekerja

sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja.

   Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak ialah keinsafan,

rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan

keselamatan pekerja. Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam

kejayaan sesuatu industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan

pekerja mereka kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah

di kalangan majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini. Sekiranya

aspek keselamatan pekerja diutamakan , sudah tentu pekerja akan lebih berusaha bersungguh-

sungguh dan sekaligus produktiviti syarikat akan semakin meningkat.

8

Page 9: Asg report oumh 2012

Yang Benar,

...........................

(NORASIAH BT ABDULLAH)

Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Pekerja,

9