Asgmen FPM Sem 1 (2012)

26
Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Dalam arus pendidikan di Malaysia, Falsafah pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk mejelaskan secara rasional amalan amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982 ). Justeru itu, FPK bertindak sebagai panduan kepada warga pendidik di Malysia dalam melaksanakan sistem pendidikan. Melalui FPK, membolehkan sistem pendidikan negara beranjak maju ke hadapan dengan mengamalkan dan melaksanakan secara jelas eleman terkandung dalam FPK dari akar umbi pendidikan sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu Universiti. Dalam pada itu, FPK turut berperanan untuk menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta akan menjadi seorang warganegara yang berguna dan terdidik. . Antara elemen terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Justeru itu, 1

description

fpm

Transcript of Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Page 1: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

 “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara”

Dalam arus pendidikan di Malaysia, Falsafah pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk

mejelaskan secara rasional amalan – amalan pendidikan terkini serta membimbing

tindakan dan tren pendidikan masa depan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982 ).

Justeru itu, FPK bertindak sebagai panduan kepada warga pendidik di Malysia dalam

melaksanakan sistem pendidikan. Melalui FPK, membolehkan sistem pendidikan

negara beranjak maju ke hadapan dengan mengamalkan dan melaksanakan secara

jelas eleman terkandung dalam FPK dari akar umbi pendidikan sehinggalah ke

peringkat tertinggi iaitu Universiti.

Dalam pada itu, FPK turut berperanan untuk menjelaskan tujuan dan matlamat

pendidikan untuk individu dan negara iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,

berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta akan menjadi seorang warganegara yang

berguna dan terdidik. .

Antara elemen terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Justeru itu, matlamat pendidikan

adalah bagi mengembangkan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu

1

Page 2: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

bagi melahirkan individu yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani disamping pegangan agama dan kepercayaan kepada tuhan menjadi teras

utama dalam diri individu. .

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

 “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin.” 

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah melahirkan warga pendidik

yang berkualiti dari sudut profesional, peribadi, sosial, dan amalan tingkah laku,

menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalam nilai – nilai keguruan serta

berupaya mencapai kecemerlangan dalam sistem pendidikan Malaysia untuk pengisian

tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke – 21.

Guru merupakan profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia.

Tanggungjawab dan cabaran untuk menentukan hala tuju dan kejayaan sistem

pendidikan sebenar negara ke peringkat yang lebih tinggi terletak pada bahu para guru.

Justeru, peranan dan profesion keguruan dalam pembinaan negara sememangnya

melalui falsafah pendidikan guru.

2

Page 3: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

ii) Esai akademik berkaitan guru mengamalkan dan menghayati FPK dan FPG dalam P&P serta analisis peranan guru dalam merialisasikan FPK &FPG.

Berdasarkan temu bual yang dilakukan terhadap Cikgu Alice Chew Ka Moi dan

Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi tentang cara – cara guru menghayati dan

mengamalkan FPK dan FPG, sememangnya kedua - kedua guru ini mengamalkan

FPK dan FPG dalam proses P&P. Selain itu, penilaian terhadap kedua – dua guru ini

bukan sekadar berdasarkan temu bual sahaja tetapi melalui pemerhatian penulis

sepanjang menjalankan aktiviti ‘Pengalaman Berasaskan Sekolah’ atau lebih sinonim

3

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK)

suatu usaha berterusan

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu

seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan

memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran keluarga, masyarakat

dan negara

Page 4: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

dengan singkatan PBS di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( pekak ) Kota

Samarahan, Sarawak.

Menurut Abdul Fatah Hasan( 2003),falsafah pendidikan merupakan suatu sistem

kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang

pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik

darjah. Hal ini turut dipersetujui oleh Cikgu Alice Chew Ka Moi dan Cikgu Siti Aminah

Binti Mohd Pozi iaitu menganggap FPK sebagai satu bentuk panduan kepada warga

pendidik di seluruh Malysia dalam melaksanakan sistem pendidikan. Hal ini kerana

pemahaman FPK dan FPG akan menjadikan guru lebih berusaha, ikhlas , progresif

dalam profesion perguruan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa selaras

dengan matlamat FPK untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia da bertanggungjawab dan berupaya mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat. Menurut mereka juga, eleman yang terkandung dalam FPG

menjadi sumber rujukan kepada para guru untuk menjalankan tugas mereka dan

secara tak langsung, ciri- ciri ini juga menjadi batu loncatan dalam merealisasikan

objektif utama.

Menurut Awang Had (1998), guru merupakan komponen teras yang

menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersurat dan tersirat yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di samping

pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara.

Justeru itu, sememangnya guru merupakan pelaksana kepada FPK & FPG dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berdasarkan dan pemerhatian penulis terhadap

kedua – dua guru ini sememangnya menghayati elemen dalam FPK antaranya

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu dan elemen FPG iaitu menjamin perkembangan

individu. Sememangnya usaha berterusan yang dilakukan oleh kedua – kedua guru ini

jelas terpancar semasa sesi P&P kerana kedua – dua mereka berterusan secara

berlipat kali ganda untuk mendidik pelajar khas yang sedia maklum memerlukan

kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Kedua – dua melakukan usaha berterusan

4

Page 5: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

bermula dari pelajar mendaftarkan diri ( tahun satu) di sekolah rendah tersebut

sehingga kini dan perlu bijak untuk mengembang potensi murid kerana mereka

beranggapan bahawa setiap insan di dunia dikurniakan bakat, kebolehan dan

keistimewaan tersendiri. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), mereka

berusaha untuk menjalinkan hubungan yang erat untuk mengenal pasti potensi diri

pelajar dan mudah memberikan keyakinan kepada mereka untuk mengeluarkan dan

menonjolkan bakat dan kebolehan yang terpendam selain sentiasa memberikan

motivasi kepada pelajar agar sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa. Guru ini

mengenal pasti bahawa pelajar khas mempunyai minat dan kemahiran yang tinggi

dalam bidang pertukangan, inovasi dan penciptaan seperti mencipta planet bumi

melalui bahan terpakai. Selain itu, galakan sentiasa diberikan kepada pelajar dalam

unsur jasmani dalam bidang sukan sehinggakan salah seorang pelajar mereka P&P

menerima Anugerah Tokoh Atlet Kebangsaan tahun 2011. Selain itu, sebagai contoh

dalam subjek sains yang di ajar oleh Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi, pelajar

mempelajari tentang binatang dan bagi mencungkil bakat pelajar, beliau memberi

peluang pelajar untuk melakonkan watak – watak binatang. Secara tersirat, beliau telah

mengasah bakat lakonan dalam diri pelajar serta memberi keyakinan kepada mereka

untuk menunjukkan bakat yang ada pada mereka. Selain itu, guru turut mengasah

bakat pelajar dalam bidang tarian pelbagai kaum. Di samping itu, guru tersebut juga

melaksanakan FPK seperti memberi peluang kepada murid untuk menyampaikan idea

mereka terhadap sesuatu perkara serta idea dan satu bentuk cara untuk meransang

potensi pelajar kerana mereka memberi respon melalui acuan minda mereka sendiri.

Justeru itu, sememangnya jelas bahawa kedua – dua guru benar – benar menjamin

perkembangan individu.

Menurut Abu Ajip (1994) dalam Azura (2004), pendidik yang kreatif,

cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi

pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kedua – dua guru ini amat

menghayati elemen dalam FPK iaitu unsur kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan, unsur emosi, unsur rohani dan rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia serta elemen yang terkandung dalam FPG iaitu guru

5

Page 6: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

yang berpekerti mulia. Mereka menganggap, sebagai warga pendidik perlu

mengamalkan, menghayati dan mempersiapkan diri terlebih dahulu elemen dalam FPG

iaitu berpekerti mulia dari segi sahsiah yang baik, hormat-menghormati orang lain,

bersopan santun, bermoral serta berbudi bahasa dan mudah menolong agar menjadi

contoh dan mudah membimbing pelajar. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

(P&P), guru ini sentiasa melaksanakan peranan mereka dengan menerangkan dan

menerapkan tentang kepercayaan kewujudan tuhan serta mengakui tuhan sebagai

pencipta manusia dan alam, mengikuti amalan agama yang dianuti serta perlu

berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai – nilai murni. Sebagai contoh, Cikgu Alice

Chew Ka Moi dan Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi akan memulakan P&P dengan

membaca doa mengikut kepercayaan masing – masing kerana mereka beranggapan

kepercayaan kepada tuhan penting untuk guru dan pelajar mendapat keberkatan ilmu

dan hidup tambahan kerohanian penting untuk membentuk manusia yang berakhlak

mulia dan menurut Al-Ghazal (1980) unsur kerohanian manusia terdiri daripada roh,

nafs, ‘aql. Selain itu, Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi sentiasa menerapkan nilai

kesyukuran atas pemberian tuhan kepada diri pelajar walaupun mereka mempunyai

kekurangan ( OKU ) dan menganggap kekurangan tersebut sebagai satu keunikan.

Namun tidak dilupakan peranan guru dalam membentuk keseimbangan emosi pelajar

dengan sentiasa menyelitkan nilai kasih sayang dalam diri pelajar sama ada sayang

terhadap diri sendiri, keluarga, kawan – kawan dan guru serta semangat perpaduan

dengan menggalakkan pergaulan sesama pelajar semasa P&P .

Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008), guru ialah teras

kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga

berlangsung secara tanpa guru. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa guru

adalah peneraju utama untuk merealisasikan FPK dan FPG. Justeru itu, berdasarkan

temu bual dan pemerhatian terhadap kedua – dua guru sememangnya mereka telah

merealisasikan elemen FPG iaitu sentiasa berpandangan progresif dan saintifik.

Dalam arus pemodenan, sains dan bidang teknologi telah berkembang dengan

pesatnya dan hal ini turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Namun penulis

mengenal pasti bahawa kedua – dua guru ini turut memainkan peranannya mengikut

arus pemodenan dengan menggunakan pelbagai bahan teknologi sebagai alat bantu

6

Page 7: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

mengajar seperti LCD, komputer riba, penggunaan power point dan menggunakan

video dan gambar dari internet di dalam P&P. Justeru, hal ini menujukkan mengikut

perubahan zaman dan sentiasa memperbaharui dan memvariasikan P&P agar menjadi

lebih menarik dan interaktif. Sebagai contoh, Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi ( guru

sujek sains) menayangkan video tentang kelahiran seekor singa. Justeru itu, jelas

terbukti bahawa guru sentiasa memainkan peranan merangsang dan menyahut seruan

melahirkan generasi celik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menjelang tahun

2020 serta sejajar dengan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan

pada 2011 menggalakkan kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), guru adalah orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan pengasuh. Justeru itu, kedua – dua guru ini sentiasa

merealisasikan elemen yang terdapat dalam FPK iaitu memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara serta

merealisasikan elemen FPG iaitu menjunjung aspirasi negara, menyanjung

warisan kebudayaan negara dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Sememangnya telah menjadi tugas

7

Page 8: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

warga pendidik yang sememangnya mempunyai sifat dan semangat cintakan negara

pelbagai kaum dan menghayati warisan budaya Malaysia bukan sahaja berfungsi

sebagai penyampai ilmu semata – mata tetapi turut bertanggungjawab kepada

masyarakat sebagai agen perpaduan dan menyumbang ke arah kejayaan negara.

Setelah menghayati elemen dalam FPG itu, guru – guru ini telah memainkan peranan

merealisasikan elemen FPK dengan memupuk semangat bangga akan keunikan

budaya di Malaysia kepada pelajar lantas memupuk semangat perpaduan, toleransi

dan menghormati pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, Iban dan India. Sebagai

contoh, membuat aktiviti secara berkumpulan yang terdiri pelbagai kaum dalam setiap

kumpulan. Tambahan pula, dalam sukatan pelajaran juga turut mengandung unsur

menyanjung warisan kebudayaan dan guru bersungguh memperkenalkan kepelbagaian

budaya dari aspek pakaian, aksesori, makanan, cara kehidupan dan alat muzik setiap

kaum Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kelab tarian sekolah dan pelajar di ajar

pelbagai jenis tarian antaranya tarian kaum iban, bidayuh, cina, melanau, orang ulu dan

india. Di samping itu, pihak pentadbiran sekolah juga telah memainkan peranan

mereka dengan melibatkan semua warga sekolah dalam setiap aktiviti bulan bahasa,

sambutan hari kemerdekaan dan sambutan hari 1Malaysia telah juga tercatat dalam

kalendar sekolah setiap tahun. Kejayaan guru dalam memainkan peranannya akan

membentuk masyarakat yang menjaga keamanan, kestabilan politik, memajukan

negara, menjaga maruah agama dan bangsa serta sentiasa mematuhi perlembagaan

dan peraturan negara lantas akan membantu negara mencapai aspirasi yang

maksimum.

Berdasarkan temu bual dan pemerhatian penulis, kedua – dua guru ini turut

membolehkan penulis menilai bahawa sememangnya guru memainkan peranan

mereka untuk merealisasikan elemen dalam FPK iaitu melahirkan masyarakat

Malaysia yang bertanggungjawab. Dalam sesi P&P jelas menunjukkan bahawa

pelajar diingatkan dan di ajar untuk memikul tanggungjawab sebagai contoh menjadi

ketua kelas dan menjaga kebersihan serta menjaga harta benda milik peribadi

mahupun kerajaan. Hal ini kerana melalui pemerhatian penulis turut menunjukkan

bahawa guru memainkan peranan mengajar pelajar erti tanggungjawab sama ada

terhadap diri, kawan – kawan, keluarga, agama mahupun masyarakat. Justeru itu,

8

Page 9: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

pendidikan tanggungjawab dan amanah yang diterapkan sejak akar umbi ini akan

mampu menjadikan pelajar mempunyai tanggungjawab mematuhi peraturan dan

undang – undang negara.

Di samping itu, berdasarkan temu bual penulis, penulis mendapati menghayati

dan mengamalkan elemen FPG iaitu menjamin perkembangan individu dan

merealisasikan elemen FPK iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis. Penulis telah melaksanakan peranan mereka dalam mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dengan memberikan penekanan untuk pelajar memiliki

ilmu ( intelek), sahsiah yang baik ( emosi ), percaya kepada tuhan dan mempunyai

akhlak yang baik ( rohani ), dan kesihatan yang sempurna ( jasmani ) dalam sesi P&P

dalam kelas. Justeru itu, jelas sekali bahawa guru – guru ini merealisasikan elemen

menjamin perkembangan individu yang merangkumi empat perkara utama iaitu

jasmani, emosi, rohani dan emosi.

Seterusnya adalah kedua – dua guru ini turut menghayati dan mengamalkan

serta merealisasikan elemen dalam FPK iaitu unsur intelek dan melahirkan rakyat

Malaysia yang berpengetahuan. Mengikut Akta Pendidikan 1996, guru merupakan

seseorang yang mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan. Justeru itu, sesi P&P

yang dilaksanakan kedua - dua guru ini berperanan menyampaikan ilmu kepada anak

murid yang berlandaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sesi P&P yang

dijalankan menjadikan pelajar mengusai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan

menaakul. Walaupun sememangnya diakui bahawa sesi P&P amat sukar disebabkan

pelajar – pelajar mereka terdiri daripada pelajar khas masalah pendengaran, namun

perkara tersebut tidak menjadi satu penghalang kepada guru untuk mendidik dan

pelajar belajar tentang ilmu pengetahuan khususnya mengusai 4 M. Justeru,

penguasaan kemahiran asas oleh pelajar akan menjadikan pelajar mencintai ilmu

pengetahuan serta membolehkan pelajar untuk berusaha mengembangkan ilmu

pengetahuan sama ada dengan bantuan guru mahupun berdikari sendiri. Justeru itu,

membolehkan mereka berfikiran secara kreatif dan kritis dan terbuka serta meminati

ilmu.

9

Page 10: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Rumusan

Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) adalah panduan utama membimbing

para guru untuk memastikan mereka berada pada landasan yang betul dan

menekankan beberapa isu dan elemen penting yang harus setiap guru dalam

melaksanakan sistem pendidikan lantas mengejar cita-cita negara untuk bergelar

sebuah negara maju pada 2020.. Melalui FPK, membolehkan sistem pendidikan

negara beranjak maju ke hadapan dengan mengamalkan dan melaksanakan secara

jelas eleman terkandung dalam FPK. Dalam pada itu, semua warga pendidik harus

berpegang teguh dan selalu merujuk falsafah ini untuk memastikan proses P&P dan

penyampaian ilmu yang diberikan kepada murid pada tahap yang optimum. FPK turut

berperanan untuk menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan

negara iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab.

FPG pula menjadi panduan kepada guru dengan menggariskan ciri-ciri guru

yang cemerlang. Banyak elemen yang diterapkan dalam falsafah ini antaranya sifat

pekerti mulia yang perlu ada dan disemai dalam diri seorang warga pendidik selain

berpandangan prograsif dan saintifik dalam pelbagai perkara yang bakal diharungi oleh

warga pendidik. Selain itu, kesanggupan untuk menyanjung warisan kebudayaan

negara yang semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini mesti ditekankan.

Sememnagnya, elemen-elemen ini telah digariskan oleh pihak kerajaan bagi menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin dalam pelbagai aspek.

Oleh sebab itu, untuk bergelar seorang guru memerlukan seseorang itu kekuatan yang

jitu bukan sahaja dari segi fizikal malah mental, rohani dan emosinya sendiri. Maka

bakal lahirlah golongan pendidik yang bakal memacu Malaysia ke arah sebuah negara

yang hebat dan kompetitif di peringkat glokal dan global lantas dihormati pada suatu

hari nanti.

10

Page 11: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Arof dan Zakaria Kasa ( 1994 ), Falsafah dan Konsep Pendidikan

( Edisi ke-2 ), Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Atan Long( 1976), Psikologi Pendidikan Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa danPustaka

Choong Lean Keaw ( 2008), Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur

: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang ( 2004 ), Pengantar Pendidikan Teras, Subang Jaya, Selangor :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin dan Zakariah Nordin ( 2012 ),

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Selangor Darul Aman: Oxford Fajar Sdn

Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2005), Pendidikan Di Malaysia, Putrajaya :

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Empat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon ( 2011), Pengantar Pendidikan ,

Selangor Darul Ehsan Malaysia : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

11

Page 12: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

i)Transkripsi temu bual dua orang guru tentang cara – cara guru menghayati dan

mengamalkan FPK dan FPG.

Penulis telah menemu bual dua orang guru semasa menjalankan aktiviti

‘Pengalaman Berasaskan Sekolah’ atau lebih sinonim dengan singkatan PBS di

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( pekak ) Kota Samarahan, Sarawak untuk

mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai cara – cara guru menghayati

dan mengamalkan FPK dan FPG. Guru yang telah ditemu bual oleh penulis ialah Cikgu

Alice Chew Ka Moi dan Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi.

Cikgu Alice Chew Ka Moi

Guru Bahasa Inggeris dan Moral

Mempunyai pengalaman sebagai warga pendidik selama 30 tahun.

1.Apakah kefahaman dan pandangan cikgu tentang FPK dan FPG?

Pada kefahaman saya tentang FPK adalah satu bentuk panduan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk membimbing pelajar secara keseluruhan merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelek iaitu bukan sahaja dari sudut akademik semata – mata tetapi untuk ilmu kehidupan dan akhirat. Saya berpendapat sebagai seorang warga pendidikan, saya dan warga pendidik yang lain perlu menguasai dan mengamalkan setiap elemen yang terdapat dalam FPK dan FPG. Hal ini kerana pemahaman FPK dan FPG akan menjadikan guru lebih berusaha, ikhlas , progresif dalam profesion perguruan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa selaras dengan matlamat

12

Page 13: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

FPK untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia da bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat. Selain itu, usaha berterusan yang berlipat kali ganda perlu diberikan dalam mendidik pelajar pendidikan khas.

2.Melalui P&P, bagaimana cara cikgu hendak mengembangkan potensi ( bakat dan kebolehan) murid?Bagi saya, dalam mengembangkan potensi setiap pelajar, saya perlu membuat hubungan yang rapat dengan mereka untuk saya memahami personaliti dan kebolehan yang tersembunyi dalam diri mereka. Hubungan yang rapat amat penting untuk saya memotivasikan mereka dan memberikan keyakinan pada pelajar – pelajar khas ( pekak ) ini kerana sememangnya mereka amat berasa rendah diri atas kekurangan yang ada untuk menonjolkan potensi dalam diri mereka. Dalam P&P, saya sentiasa memberikan motivasi dan menasihati mereka agar tidak mudah putus asa untuk melakukan inovasi dalam sesuatu ciptaan kerana saya tahu pelajar – pelajar khas mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pertukangan dan ciptaan. Justeru peranan saya menjadi pendorong kepada minat dan kemahiran mereka. Selain itu, sememangnya saya sentiasa menyokong serta dan tidak dapat dinafikan pelajar – pelajar khas ini mempunyai kebolehan dalam bersukan sebagai contoh acara pecut 100 meter, bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk pelajar perempuan sehinggakan salah seorang pelajar khas saya pernah menerima anugerah Tokoh Atlet Kebangsaan dan perkara ini amat membanggakan kami sebagai guru. Selain itu, sebagai guru juga saya sentiasa memberi peluang dan penekanan dalam mencungkil bakat pelajar dan sememangnya pelajar khas ini mempunyai bakat dalam tarian dan mereka sering dijemput membuat persembahan peringkat sekolah serta peringkat negeri Sarawak.

3.Bagaimana cara / pelaksanaan untuk membimbing murid dari segi kerohanian dan emosi?.Sebelum menjadi contoh dan membimbing kerohanian pelajar, sebagai seorang warga pendidik, guru perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan elemen dalam FPG iaitu berpekerti mulia dari segi sahsiah yang baik, hormat-menghormati orang lain, bersopan santun, bermoral serta berbudi bahasa dan nilai – nilai murni inilah yang saya terapkan dalam diri saya sendiri. Dalam kelas, saya akan memulakan P&P dengan membaca doa mengikut kepercayaan masing – masing kerana saya beranggapan kepercayaan kepada tuhan penting untuk saya dan pelajar mendapat keberkatan ilmu dan hidup tambahan saya turut mengajar subjek moral justeru kerohanian penting untuk membentuk manusia yang berakhlak mulia. Dari segi emosi, saya selalu menyelitkan nilai kasih sayang dalam diri pelajar sama ada sayang

13

Page 14: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

terhadap diri sendiri, keluarga, kawan – kawan dan guru. Selain itu, saya turut memupuk nilai perpaduan dalam diri pelajar agar emosi mereka sentiasa dan dapat menerima perbezaan budaya dan agama dalam masyarakat. Hal ini kerana amat penting bagi guru memberi penekanan terhadap emosi pelajar agar emosi mereka sentiasa seimbang.

4.Dalam arus pemodenan, bagaimana cara cikgu untuk merangsang minat murid dalam ICT ( teknologi maklumat) ?

Sememangnya dalam P&P saya menggunakan alat bantu mengajar melalui ICT. Sebagai contoh saya menggunakan L.C.D, komputer riba, Mycd, power point, dan internet sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan sumber – sumber dari bidang teknologi banyak membantu dalam merangsang minat pelajar dalam bidang teknologi maklumat sebagai contoh memberi peluang dan membimbing pelajar untuk mencari maklumat dan gambar – gambar yang berkaitan dalam subjek yang di ajar. Tambahan saya sendiri sering menggunakan dan menujukkan video dan gambar dari internet kepada pelajar kerana pelajar pendidikan khas ini lebih terangsang minda dengan melihat video dan gambar – gambar.

5.Bagaimana cikgu untuk menerapkan semangat menyanjung warisan kebudayaan negara?

Sebagai seorang guru sememangnya saya sentiasa dan tidak pernah lupa untuk menerapkan semangat menyanjung warisan kebudayaan negara kepada pelajar dalam P&P. Dalam sesi P&P saya selalu mengingatkan pelajar agar menghormati kepelbagaian budaya yang dimiliki oleh kita dan saya juga selalu membuat aktiviti secara berkumpulan yang terdiri pelbagai kaum dalam setiap kumpulan dan aktiviti ini mampu untuk memahami, menghormati budaya yang dimiliki oleh setiap kaum. Tambahan pula, dalam sukatan pelajaran juga turut mengandung unsur menyanjung warisan kebudayaan dan saya bersungguh memperkenalkan kepelbagaian budaya dari aspek pakaian, aksesori, makanan, cara kehidupan dan alat muzik setiap kaum. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kelab tarian sekolah dan pelajar di ajar pelbagai jenis tarian antaranya tarian kaum iban, bidayuh, cina, melanau, orang ulu dan india. Di samping itu, pihak pentadbiran sekolah juga telah memainkan peranan mereka dengan melibatkan semua warga sekolah dalam setiap aktiviti bulan bahasa, sambutan hari kemerdekaan dan sambutan hari 1Malaysia telah juga tercatat dalam kalendar sekolah setiap tahun.

6.Pada pandangan cikgu, apakah peranan utama menjadi warga pendidik?

14

Page 15: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Pada pandangan saya, peranan utama warga menjadi adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan agar anak bangsa dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Selain itu, agar mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

7.Apakah cabaran atau halangan untuk melaksanakan FPK dan FPG?

Sememangnya terdapat halangan dalam melaksanakan FPK dan FPG khususnya mengajar pelajar pendidikan khas masalah pendengaran. Halangan utama dalam melaksanakan FPK dan FPG adalah masalah komunikasi antara guru dengan pelajar memandangkan bahasa utama adalah bahasa isyarat. Kadang – kala amat sukar untuk menerangkan sesuatu pembelajaran kepada pelajar. Selain itu pelajar pendidikan khas kurang memahami maksud yang ingin disampaikan oleh guru. Justeru guru perlu peka dan mempunyai usaha berterusan yang berlipat kali ganda untuk menerangkan kepada pelajar dalam P&P agar FPK dan FPG berjaya dilaksanakan.

8.Pada pandangan cikgu, adakah FPK dan FPG relevan pada masa kini?

Pada pandangan saya, FPK dan FPG relevan pada masa kini tetapi beberapa perkara perlu dikaji dan diperbaiki. sebagai contoh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu dikaji dan diperbaiki agar turut memikirkan kemampuan dan kepentingan orang kurang upaya untuk mengikut kurikulum ini.

15

Page 16: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Cikgu Siti Aminah Binti Mohd Pozi.

Guru Subjek Sains

Mempunyai pengalaman sebagai warga pendidik selama 1tahun.

1.Apakah kefahaman dan pandangan cikgu tentang FPK dan FPG?

Pada pandangan dan kefahaman saya FPK merupakan sebagai sebagai panduan kepada warga pendidik di seluruh Malysia dalam melaksanakan sistem pendidikan. Melalui FPK, mampu melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta akan menjadi seorang warganegara yang berguna dan terdidik. Selain itu, pendidikan adalah bagi mengembangkan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan individu yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani disamping pegangan agama dan kepercayaan kepada tuhan menjadi teras utama dalam diri individu. Selain itu, guru bertindak perlaksana kepada FPK.

Pada pandangan dan kefahaman saya tentang FPG pula adalah eleman yang terkandung dalam FPG merupakan nilai –nilai yang diharapkan tersemat dalam diri seorang guru yang dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Guru yang mempunyai eleman FPG akan dijadikan contoh oleh pelajar mahupun msyarakat negara.

16

Page 17: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

2.Melalui P&P, bagaimana cara cikgu hendak mengembangkan potensi ( bakat dan kebolehan) murid?

Cara saya untuk mengembangkan potensi pelajar dalam P&P di kelas adalah memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan terpendam mereka sebagai contoh dalam subjek sains pelajar mempelajari tentang binatang dan bagi mencungkil bakat pelajar, saya memberi peluang pelajar untuk melakonkan watak – watak binatang. Secara tersirat, saya telah mengasah bakat lakonan dalam diri pelajar serta memberi keyakinan kepada mereka untuk menunjukkan bakat yang ada pada mereka. Selain itu, sebagai seorang guru perlu bijak mengembangkan potensi pelajar dengan mempelbagaikan P&P seperti menggunakan teknologi maklumat dan dari peluang itu dapat memupuk bakat pelajar dalam teknologi maklumat. Selain itu, memberi peluang kepada pelajar untuk mencipta atau menghasilkan sebuah planet dari bahan terpakai. Justeru dari itu, saya dapat mengenal pasti bahawa pelajar pendidikan khas mempunyai kebolehan dalam pertukangan. Selain itu, dari aspek fizikal sememangnya diakui pelajar – pelajar pendidikan khas mempunyai bakat dalam bidang sukan seperti acara lari pecut, bola sepak dan bola jaring. Selain itu juga, pelajar – pelajar didedahkan dan di ajar pelbagai jenis tarian.

3.Bagaimana cara / pelaksanaan untuk membimbing murid dari segi kerohanian dan emosi?.

Sememangnya saya amat mementingkan aspek kerohanian kepada pelajar – pelajar saya. Sebagai cikgu saya perlu menerapkan nilai percaya dan patuh kepada tuhan kepada pelajar saya. Sebagai contoh dalam P&P tentang tajuk planet – planet di dalam galaksi, saya turut menerangkan bahawa mengikut kepercayaan Islam, semua planet – planet di dalam galaksi adalah dikurniakan oleh tuhan. Selain itu, saya sentiasa menerapkan nilai kesyukuran atas pemberian tuhan kepada diri pelajar walaupun mereka mempunyai kekurangan ( OKU ) dan menganggap kekurangan tersebut sebagai satu keunikan. Dari segi emosi pula, dalam P&P saya sentiasa menerapkan nilai kasih sayang dan semangat perpaduan dengan menggalakkan pergaulan sesama pelajar. Hal ini mampu membentuk keseimbangan emosi pelajar.

4.Dalam arus pemodenan, bagaimana cara cikgu untuk merangsang minat murid dalam ICT ( teknologi maklumat) ?

Sebagai cikgu sains, sememangnya saya turut menggunakan teknologi maklumat contohnya penggunaan LCD, komputer riba, penggunaan power point dan menggunakan gambar dari internet. Selain itu, saya turut menayangkan beberapa video sebagai contoh tentang kelahiran seekor singa. Justeru itu, merangsangkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali teknologi maklumat. Selain itu, saya

17

Page 18: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

turut memberi peluang untuk pelajar mencari maklumat di internet dan apa yang dapat saya kenal pasti adalah pelajar amat teruja dan meminati teknologi maklumat.

5.Bagaimana cara cikgu untuk menerapkan semangat menyanjung warisan kebudayaan?

Selain guru subjek sains, saya turut merupakan guru pembimbing kepada kelab kebudayaan sekolah. Justeru itu, banyak pendedahan yang telah saya lakukan berkaitan budaya yang ada di Malaysia sebagai contoh tarian pelbagai kaum antaranya etnik Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau, Melayu dan kaum lain seperti Cina dan India. Justeru itu, pelajar dapat menghayati dan mempelajari setiap keunikan budaya yang ada di Malaysia dan memupuk sifat bangga memiliki kepelbagaian budaya ini. Dengan ini juga dapat menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar.

6.Pada pandangan cikgu, apakah peranan utama menjadi warga pendidik?

Pada pandangan saya, peranan utama menjadi warga pendidik adalah mencorak dan mewarnai anak bangsa agar mempunyai keseimbangan dan harmonis dari segi intelek iaitu mempunyai kemahiran asas 4 M ( mengira, menulis, membaca dan menaakul), rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, guru berperanan sebagai pencorak sistem pendidikan masa kini dan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

7.Apakah cabaran atau halangan untuk melaksanakan FPK dan FPG?

Pada pandangan saya, cabaran utama untuk melaksanakan FPK & FPG adalah kemampuan pelajar pendidikan khas yang terhad. Sememangnya proses P&P dalam melaksanakan FPK&FPG amat mencabar dan memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan.

8.Pada pandangan cikgu, adakah FPK dan FPG relevan pada masa kini?

Sememangnya FPK dan FPG relevan masa kini dan seperti sedia maklum FPK sebagai panduan guru dalam melaksanakan sistem pendidikan manakala FPG merupakan adalah nilai – nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru pada masa kini.

18

Page 19: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Lampiran

19

Page 20: Asgmen FPM Sem 1 (2012)

Borang

Kolaborasihttp://skpkkotasamarahan.blogspot.com/

http://www.skpendidikankhas.sekolahkamek.com.my/modules/web/page.php?

id=72&menu_id=88&sub_id=91

20