Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

353
1 3 Tasawuf

Transcript of Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

Page 1: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

1

TASAWUF

3Tasawuf

Page 2: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

2

NAFSU DAN MAZMUMAH

1 Nafsu Laksana Anjing Garang 112 Nafsu Dalam Diri Itu Paling Bahaya 123 Manusia Bersifat Haiwan 134 Buaya Telah Naik Ke Darat 145 Susahnya Mengubah Perangai Manusia 156 Setiap Hari Menyubur Mazmumah 177 Mazmumah Mengeraskan Hati 188 Booby Trap 199 Bila Nafsu Menguasai Diri 20

10 Apabila Nafsu Menguasai Manusia 2111 Manusia Diletihkan Oleh Nafsunya 2212 Bahaya Lidah 2313 Lidah Jurubicara Paling Baik Dan Paling Jahat 2414 Fungsi Lidah Disalahgunakan 2515 Tuhan Jagalah Lidahku! 2616 Lalai Basahan Manusia 2717 Manusia Selalu Lupa 2818 Pernahkah Sedih Tertinggal Sembahyang? 2919 Merajuk Jadi Budaya 3020 Sifat Ego 3321 Marah Sentiasa Membara Di Dada 3522 Mujadalah Dan Mubahasah 3623 Mazmumah Manusialah Yang Bergaduh 3824 Islam Di Mulut Tidak Di Hati 4025 Saranan Hendaklah Takut Kepada Tuhan 4126 Orang Yang Menghina Guru 4327 Kenal Diri Setelah Diuji 4428 Pengumpat Tidak Tahan Diumpat 4529 Yang Suka Dipuji Dan Yang Suka Memuji 4730 Ramai Orang Mengejar Nama Dan Glamour 4831 Manusia Prejudis Sesamanya 4932 Manusia Telah Ditawan Oleh Nafsu 5033 Nafsu Memperbudak-Budakkan Manusia 5234 Mujahadah Jalan Menuju Allah 5335 Musuh Ketatku Ada Dua 5536 Bantulah Aku Melawan Nafsuku 5637 Lembutnya Hati Mazmumah Boleh Mati 5738 Bermujahadahlah Membersihkan Jiwa 58

KANDUNGAN

Page 3: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

3

TASAWUF

PERSOALAN HATI – I

39 Fitrah Murni Telah Punah 5940 Hati Nuraninya Telah Mati 6141 Hati Yang Lalai Dengan Tuhan 6342 Hindari Perkara Yang Mematikan Hati 6443 Susah Mengenal Diri 6544 Sudahkah Kenal Diri? 6645 Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir 6846 Engkau Biarkan Batinmu 7047 Anggota Lahir Cacat Kita Terasa 7148 Demi Nama Dan Glamor 7249 Apabila Hati Sudah Buta 7350 Bila Hati Lapang 7451 Penyakit Jiwa Bila Parah 7552 Alangkah Payahnya Menjaga Hati 7753 Warna Hati Sentiasa Berubah 7854 Renunglah Selalu Hati Kita 79

PERSOALAN HATI – II

55 Mengenal Hati Dan Keajaibannya 8056 Hati Sebagai Wadah 8257 Bersihkanlah Jiwa Kerana Ia Adalah Wadah 8358 Soal Maknawi Sukar Dirasa 8459 Celikkanlah Rohku 8660 Belajar Melalui Rasa Hati 8861 Hamba Yang Jiwanya Bersih 9062 Apabila Jiwa Hidup 9163 Apabila Mempertajamkan Hati 9364 Lahir Batin Hendaklah Selaras 9565 Peliharalah Hatiku! 9766 Luruskan Hatiku 9867 Hati Mukmin 9968 Hati Mukmin Tidak Tenang Dengan Tuhan 10069 Orang Mukmin Yang Baik Itu Unik 10170 Tabiat Orang Mukmin 10271 Disiplin Diri Orang Mukmin 10372 Kepentingan Berdoa 105

RASA KEHAMBAAN

73 Hakikat Diri 10674 Mari Mengenal Insan 10775 Di Mana Mulianya Manusia 110

Page 4: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

4

76 Kuali Tetap Kuali 11177 Kita Hamba Yang Tidak Ada Kuasa 11278 Kembali Kepada Fitrah Hamba 11379 Sikap Seorang Hamba 11580 Sikap Seorang Hamba Yang Sebaik-Baiknya 11681 Kekalkan Rasa Kehambaan 11782 Manusia Adalah Pengemis Yang Hina 11883 Manusia Sebagai Pengemis 12084 Tidak Ada Milik Manusia 12285 Mana Milik Kita 12486 Ujian Pada Seseorang Tidak Sama Maksud 12587 Mengekalkan Rasa Kehambaan 12688 Kemuliaan Hamba Apabila Dapat Mengekalkan

Rasa Kehambaan 12789 Hamba Pilihan Tuhan 12890 Orang Bertaqwa Sentiasa Dipimpin Tuhan 12991 Aku Datang Kepada-Mu Tuhan 13092 Tuhan, Aku Adalah Hamba-Mu 13193 Aku Tetap Hamba Yang Hina 13294 Aku Bahagia Menjadi Hamba-Mu 13395 Jadikan Aku Hamba Yang Setia 13496 Harapanku Pada-Mu Tuhan 13597 Tuhan, Engkaulah Harapanku 13698 Tuhan! Pimpinlah Aku Selalu 13799 Jadikanlah Air Mataku Pemadam Api Neraka-Mu 138

100 Dengarlah Doaku 139101 Jangan Pesongkan Aku Dari Menjadi Hamba-Mu 140

TUJUAN IBADAH

102 Tujuan Ibadah 141103 Beramal Kerana Fadhilat 142104 Cara Tuhan Murka 143105 Tanda Rahmat Allah 145106 Tanda Ibadah Tidak Berkesan 146107 Baikilah Ibadah 147108 Pasang Niat Dalam Sebarang Kerja 148109 Buat Kerja Kerana Allah 149110 Carilah Pahala Yang Mudah 151111 Hiburan Orang Mukmin Adalah Ibadah 152112 Terhibur Menyembah Tuhan 153113 Setakat Ini Dapat Kusembahkan Pada-Mu 154114 Terimalah Ibadahku Yang Tidak Sempurna 155115 Boleh Taat Tapi Tidak Setia 156

Page 5: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

5

TASAWUF

116 Aku Rasa Belum Beribadah 157117 Tuhan Memanggil Aku 158

TUJUAN MENGENAL TUHAN

118 Tujuan Mengenal Tuhan 159119 Kenal Tuhan Dahulu Barulah Syariat-Nya 160120 Beza Kenal Tuhan Dengan Kenal Syariat-Nya 162121 Jiwa Liar Apabila Tidak Kenal Tuhan 164122 Segalanya Untuk Allah 165123 Leburkan Rasa Kebesaranmu 166124 Serius Dengan Tuhan 167125 Marilah Bersama-Sama Mencari Tuhan 169126 Gunakanlah Akal Untuk Mengenal Tuhan 170127 Dalam Dirimu Penuh Keajaiban 171128 Apabila Rasa Bertuhan Wujud 172129 Orang Yang Rasa Bertuhan 174130 Memiliki Tuhan 175131 Memiliki-Mu Adalah Penting Sekali 176132 Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga 177133 Setelah Aku Kenal Tuhan 178134 Didikan Tuhan Berbagai Cara 179135 Bila Lagi Hendak Rasa Bertuhan 181136 Larilah Kepada Tuhan 183137 Carilah Redha Tuhan 184138 Dengarlah Rintihanku 185139 Jangan Tinggalkan Aku Tuhan 186140 Menuju Tuhan Perlu Pemimpin Pilihan Tuhan 187

SEMBAHYANG

141 Sembahyang Tidak Mengubah Perangai 188142 Tahukah Engkau Siapa Yang Engkau Sembah? 189143 Pertemuan Dengan Raja Segala Raja 191144 Sembahyang Itu Hubungan Hamba Dengan Khaliqnya 193145 Sembahyang Titik Tolak Segalanya 194146 Patutnya Engkau Disembah 196147 Ibadah Adalah Penyembahan Kepada Tuhan 197

PUASA RAMADHAN

148 Bimbang Menyambut Ramadhan 198149 Aku Cemas Kedatangan Ramadhan 199150 Ramadhan Bulan Pesta Ibadah 200151 Ramadhan, Rahmat Allah Terbuka Luas 201

Page 6: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

6

MENJAUHI DOSA

152 Jauhilah Dosa 202153 Nafsu Puas Tapi Jiwa Derita 203154 Takutilah Dosa Kecil Atau Besar 204155 Pandanglah Besar Dosa Itu 205156 Peringkat Manusia Terhadap Dosa 206157 Takut Dengan Dosa 207158 Apabila Allah Murka 208159 Kenanglah Dosa Yang Lalu 209160 Tangisilah Dosa 210161 Melupakan Dosa Adalah Satu Dosa 211162 Tidak Bimbang Dengan Dosa Adalah Dosa 212163 Aku Sedihkan Dosa Yang Lalu 213164 Dosa Memburu Di Mana-Mana 214165 Kemungkaran Wajib Kita Takut 216166 Pilihlah Antara Dua Jalan 217167 Jalan Ke Syurga Dan Jalan Ke Neraka 219168 Jalan Lurus Jelas Sekali 220169 Jangan Mudah Menghina Orang 222170 Mari Bersama Muhasabah Diri 223

TAUBAT DAN RINTIHAN

171 Ampunilah Dosa Kami 224172 Jadikanlah Derita Jiwaku Syafaat Buatku 225173 Matikan Aku Waktu Bertaubat 226174 Allah Suka Hamba Yang Bertaubat 227175 Bersegeralah Bertaubat 228176 Aku Perlukan Pimpinan-Mu 229177 Harapanku Pada-Mu 230

MENCARI KETENANGAN

178 Manusia Ditimpa Penyakit Jiwa 231179 Manusia Kehilangan Kebahagiaan 232180 Manusia Tercari-Cari Kebahagiaan 233181 Tenang Dan Bahagia Payah Didapat 234182 Bahagia Itu Maknawi 235183 Ketenangan Dan Kebahagiaan Jiwa Sudah Tidak Ada 2363184 Manalah Hati Tidak Gelisah 237185 Ramai Orang Mengaku Islam 238186 Pegangan Hidup Punca Derita 239187 Nasib Manusia Bermacam-Macam Tapi Manusia

Tidak Belajar Dengannya 240188 Merendah Diri Itulah Ketinggianmu 242

Page 7: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

7

TASAWUF

ILMU

189 Ilmu Penyuluh Hidup 243190 Berbuat Dahulu Baru Bercakap 244191 Berlindung Dari Ilmu Yang Tidak Bermanfaat 245192 Berlindung Daripada Ilmu Yang Tidak Diamalkan 246193 Marilah Kita Beramal 247194 Doa Agar Diberi Ilmu Hikmah 248

NIKMAT DUNIA

195 Nikmat Dunia Ibarat Kuda 249196 Tidak Tahan Dengan Kelebihan Diri 250197 Nikmat Tuhan Disalahgunakan 251198 Apabila Dunia Dicintai 252199 Kalau Engkau Mahu Berfikir 254200 Dunia Yang Mempesona 256201 Bukan Senang Menjaga Nikmat 258202 Kerana Cintakan Kehidupan Dunia Tolak Tuhan 259203 Cinta Diri Merosakkan Diri 260204 Engkau Terlalu Cinta Dengan Diri Sendiri 262205 Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau 264206 Tukar Dunia Kepada Akhirat 266207 Bagaimana Manfaatkan Dunia 267208 Jadikan Dunia Bernilai Akhirat 268209 Memburu Kehidupan Jangan Sampai Kehilangan Tuhan 269210 Jangan Sampai Kehilangan Tuhan 270211 Engkau Sibuk Dengan Dunia 272212 Apa Kita Hendak Jawab Dengan Tuhan 273213 Mengapa Takut Kehilangan Barang Yang Murah? 275214 Mencari Kemuliaan Akhirat Tidak Ada Rebutan 277215 Nikmat Dunia Ada Side Effect 278216 Keindahan Bukan Pada Benda 280217 Di Celah Nikmat Engkau Derhaka 282218 Anugerahkan Nikmat-Mu Bersama Rahmat-Mu 284219 Selamatkan Kami Dari Tipu Daya Dunia 285

TAQWA

220 Taqwa Aset Dunia Akhirat 286221 Jaminan Rezeki Dari Tuhan 288

NIKMAT IMAN DAN HIDAYAH

222 Bersyukurlah Dengan Iman Dan Islam 289

Page 8: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

8

223 Nikmat Tuhan Yang Paling Berharga 290224 Rahmat Dan Nikmat Tuhan Yang Tersembunyi 292225 Hidayah Suatu Yang Mahal 294226 Hidayah Dan Taufik Adalah Hak Tuhan 295227 Patutnya Engkau Bersyukur 296228 Cara Bersyukur Yang Sebenarnya 297229 Syukur Atas Syukur 299

MENCINTAI TUHAN

230 Aku Cuba Mencintai-Mu Tuhan 300231 Aku Belum Mencintai-Mu 302232 Kalau Tuhan Belum Engkau Cintai 303233 Mengapa Tidak Sedih Kalau Allah Tidak Kasih 304234 Ramai Tersalah Memberi Takut Dan Cinta 305235 Mabuk Dengan Tuhan 307236 Cinta Tuhan Cinta Yang Hakiki 308237 Pujalah Tuhan 309238 Engkau Tidak Terasa Kasih Sayang Tuhan 310239 Kekasih Allah Tidak Takut Dan Tidak Berdukacita 312240 Rahsia Perpaduan 314241 Cintakan Tuhan Sungguh Agung 315242 Anugerahkan Sedikit Rasa Cinta Pada-Mu 316243 Engkau Patut Dirindu 317244 Orang Yang Paling Dicintai Tuhan 318245 Pencinta Tuhan Di Malam Sepi 319

MENJAGA MARUAH

246 Menjaga Maruah Diri 320247 Orang Yang Tidak Bermaruah 321248 Diri Sendiri Menjatuhkan Maruah 323249 Maruah Jatuh Tidak Terasa 325250 Setiap Hari Maruahmu Jatuh 326251 Maruah Diri Itulah Harga Diri 327252 Meminta Kepada Allah Kita Tidak Terhina 328253 Sifat Malu Sudah Tiada 329254 Hilang Malu Ertinya Benteng Diri Hilang 330

IKHLAS

255 Ikhlaskan Ibadah Dan Amal 331256 Ikhlas Darjat Paling Tinggi 332257 Apabila Tujuan Hidup Manusia Terpesong 333258 Awaslah Musuh Dalam Selimut 334259 Takutilah Perosak Amalan 336

Page 9: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

9

TASAWUF

BAIK SANGKA

260 Jadikan Aku Lebih Baik Dari Sangkaan Mereka 337

INGAT MATI

261 Cemas Menunggu Kematian 338262 Masa Berjalan Begitu Laju 339263 Setiap Detik Umur Pergi 340264 Kereta Kehidupan Berjalan Laju 341265 Hidup Di Dunia Hanya Sekali 342266 Hidup Insan Yang Malang 343267 Ingatkanlah Kematian Kita 344

INGAT AKHIRAT, SYURGA, NERAKA

268 Negara Yang Jauh 345269 Perkara Yang Penting Dilupakan 346270 Engkau Pasti Pulang Ke Negara Asalmu 347271 Bila Aku Lihat Lautan 348272 Usiaku Telah Lanjut 349

Page 10: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

10

Page 11: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

11

TASAWUF

AFSU yang tidak dapat dikawalAtau dibiarkan menurut kehendaknyaIa adalah laksana anjingAnjing itu tabiatnya tamak dan pengotorMenyalak dan menggigitAnjing itu kerana tamaknyaSelalu sahaja bergaduh kerana merebut makananKerana tabiatnya pengotor, selalu makan bangkai dan najisTabiatnya juga suka menyalak orangTidak kurang juga menggigit orang atau binatangBegitulah nafsu yang tidak dapat dikawal ituMerupakan tabiat macam anjingNafsu itu tamak dengan dunia dan harta bendanyaKerana tamak, dunia dan harta bendanya jadi rebutanHingga membawa permusuhan dan perkelahianNafsu yang tidak dikawal, suka perkara yang haramPerkara haram itu adalah kotorSuka menipu, suka berbohongSuka mencuri dan rasuahSuka arak, suka bergaul bebas, suka zina, suka merompakSuka menyalak ertinya suka bercakap yang menyakiti orangSeperti menyindir, mengumpat dan memfitnahSuka menuduh, menghina dan caci-maki orangMacam anjing yang menggigitSakit hati dan jiwa orang dibuatnyaBegitulah jahatnya nafsu yang tidak terdidikMacam anjing yang garang

NAFSU LAKSANAANJING GARANG1

N

Menjelang tidur01 - 11 - 1999

Page 12: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

12

ALAUPUN harimau itu merbahayaTapi jarang kita ketemu, ia tidak begitu membimbangkanNyamuk dan lalat walaupun membawa kuman

boleh membahayakan manusiaTapi masih boleh dibendung

kerana ia adalah di luar diri kitaTikus juga membawa kuman

yang boleh membahayakan manusiaTapi ia masih di luar diri manusiaMudah dijaga dan dikawal atau dibendungKuman-kuman di dalam makanan dan minumanJuga boleh mendatangkan penyakitItu pun masih tidak dianggap terlalu merbahayaTapi perlu diingat!Bahawa nafsu di dalam dirimu itu paling bahayaBahaya buat dirimu dan orang lainNamun tidak pernah dibising-bisingkan

dan diheboh-hebohkanTidak pernah diceritakan bagaimana menjaga

dan mengawalnyaPadahal nafsu di dalam diri manusia itu

telah merosakkan manusia dan duniaTelah memusnahkan pembangunan, kemajuan dan tamadunTidak ada pun klinik dan hospital yang merawatnyaIa lebih merbahaya daripada harimau, nyamuk, lalat dan tikusIa telah menyerang semua orang tidak ada kecualinyaTapi ramai di kalangan manusia tidak memandang merbahayaPadahal merbahayanya hingga terjun ke Neraka

NAFSU DALAM DIRI ITUPALING BAHAYA2

W

Menjelang tidur07 - 09 - 2000

Page 13: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

13

TASAWUF

AMBA Allah itu jika sifat insaniahnya punahlahirlah sifat haiwaniahnya

Rupanya manusia jiwanya haiwanWajahnya manusia tabiatnya binatangBerbagai-bagai haiwan ada di dalam jiwa insanTabiat babi, buruk makan dan sangat membawa kekotoranTabiat anjing adalah tamak,

apa sahaja hendak dijadikan rebutanAkhirnya berkelahi sesama insan,

macam anjing mendapat tulangBertabiat kuda, suka menendangMenggambarkan keangkuhan dan kesombongannyaBertabiat lembu atau kerbau,

bodohnya dan bebal payah diajarDi dalam bodoh-bodoh pun

suka menanduk sekalipun tuannyaBertabiat musang, suka menipu dayaKerja musang mencuri dan mengambil ayam-ayam

dan buah pisang orangBegitulah manusia yang bersifat musang,

suka sahaja menipu orangBertabiat singa, garang dan menerkamManusia yang suka menzalim dan menganiaya orangTanpa belas kasihanYang penting mendapatkan mangsanya agar perut kenyangBertabiat ular sawa, apabila kenyang aktif tiadaSuka tidur-tidur sahajaBegitulah manusia ada yang apabila terlalu kenyang,

malas pun tibaSuka tidur dan rehat-rehat sahaja

MANUSIA BERSIFAT HAIWAN3

H

Menjelang tidur07 - 10 - 1999

Page 14: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

14

Selepas Asar08 - 10 - 1998

UAYA-BUAYA telah naik ke daratBerkeliaran mencari bangkaiAda buaya makan bangkai secara bersendirianTidak kurang juga merebut bangkai secara bersamaMereka berkelahi merebut makananBergigitan sesama sendiri hendak monopoliBertarung begitu sengitYang kuat menguasaiYang kalah membawa diriTidak puas hatiWaktu bangkai masih mewah,

yang lemah masih boleh cari makanSerpihan-serpihan bangkai sana-sini senang dicariWaktu bangkai terbatasYang kenyang sang buaya yang gagah, seorang diriYang lemah bertempiaran lariKalah bertarung dengan sang gagahLari membawa dendam, tidak puas hatiKecewa dengan sang gagahMenguasai bangkai tanpa berkongsiMalas membuat kerja

sekalipun beribadat kepada Tuhannya

BUAYA TELAH NAIK KE DARAT4

B

Page 15: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

15

TASAWUF

ERUBAH gunung lebih senangdaripada mengubah perangai manusia

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandarlebih mudah daripada merubah tabiat seseorang

Laut diubah menjadi daratan lebih mudahdaripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik

Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempatsudah bertukar suasana

Suasana yang lama sudah tidak ada,suasana yang baru pula menjelma

Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun,apabila balik suasana lama sudah tidak ada

Berubah segala-galanya, dengan wajahdan suasana yang baru

Rupanya dunia ini lebih mudah dirubahdaripada penghuninya di kalangan manusia

Setengah orang daripada kecil kita berkawan,kemudian dipisah oleh desakan hidupselama tiga puluh tahun

Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lamaKita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya

yang negatif masih wujudSedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubahDunia sudah menjadi cantik dan indahManusia masih lagi berperangai buruk dan jelikKerana itulah di zaman ada rasul,

untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasulDi zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama

yang berwatak rasulErtinya untuk membangunkan dunia

siapa sahaja boleh lakukanTapi untuk membangunkan insan

bukan calang-calang orang untuk memimpin

SUSAHNYA MENGUBAHPERANGAI MANUSIA5

M

Page 16: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

16

Bahkan ada kalanya pemimpin itulahyang merosakkan manusia yang memang sudah rosak

Manusia pun bertambah rosak dan jahatKerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahatYang mana pemimpin itu pun

tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnyaSedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubahSungguh susah hendak mengubah perangai manusiaTidak seperti alam semula jadi mudah sahaja berubah

Selepas Ekspedisi16 - 08 - 2001

Page 17: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

17

TASAWUF

ETIAP hari manusia menyuburkan mazmumahnyaDisiram, dibaja, digemburkan dan disuburkanYang aneh, pejuang-pejuang Islam juga

turut ikut menyuburkannyaTidak kurang juga para ulama ikut sertaApatah lagi ahli-ahli politik, penyanyi-penyanyi

dan artis-artisMenghidupkan mazmumah sudah jadi budayaBasahan hidup mereka setiap masaMereka suburkan mazmumah dengan berbagai-bagai caraDengan nama, dengan glamour, ingin pujian, ingin dipujaGila dunia, gila pangkat, cintakan harta,

cinta betina, gila kuasaMengumpat orang, menghina sesama manusia,

mengata-ngata di belakangDendam kesumat, hasad dengki, sakit hatiMenindas, menzalim, menganiaya,

bertindak dengan semahu-mahunyaAduh! Musnah hidup rumahtanggaMusnah hidup bermasyarakat di kalangan manusiaManusia porak-peranda, kasih sayang berkecai,

perpaduan punahKeamanan sudah tidak wujud lagi disebabkan mazmumahManusia hidup di dalam ketakutan dan gelisahMana mahu lari, mazmumah manusia sentiasa memburuKe mana hendak pergi, mazmumah manusia

sentiasa menungguPunah-ranah kehidupan manusia

disebabkan mazmumah manusiaBilakah mazmumah ini mati,

agar manusia aman, bahagia

SETIAP HARI MENYUBURMAZMUMAH6

S

Selepas Asar07 - 08 - 1999

Page 18: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

18

AZMUMAH itulah yang mengeraskan hati nuraniyang bertapak di dalam hati daging yang lembut

Apabila hati nurani menjadi kerasSeluruh pintu kebaikan tertutupTersumbatlah telinga untuk mendengar kebenaranIlmu sudah tidak terjatuh ke hati,

hanya tersangkut di dalam akalMata melihat, namun kebenaran tidak juga dapat dilihatPintu hati tersendat rapatRasa takut, malu, cinta, bertimbang rasa,

tabah dan redha tidak masuk lagi di hatiAkal bukan lagi memikirkan kebaikanBukan lagi memikirkan Tuhan dan perintah-perintah-NyaYang difikirkan adalah makan, minum,

pangkat, dunia dan betinaApabila tidak dapat, mengeluh, dukacita, kecewa,

kemuncaknya putus asaKalau dapat pula bakhil, sombong, angkuh,

tamak, menzalim dan berfoya-foyaJagalah hati dengan sebaik-baiknyaIa adalah merupakan sumber kebaikan

dan juga sumber kejahatanKalau dia menjadi sumber kebaikan,

sumber kejahatan tertutupJika ia menjadi sumber kejahatan,

maka sumber kebaikan pula tertutupKedua-dua sifat itu tidak akan boleh bertemuApabila yang satu menang, maka yang satu lagi kalahKalau yang satu itu berfungsi maka yang satu lagi matiJadikanlah hati itu sumber segala kebaikanJangan jadikan dia sumber segala kejahatanKamu akan binasa dan kecewa

MAZMUMAH MENGERASKAN HATI7

M

Menjelang Maghrib20 - 01 - 2000

(13 Syawal 1420)

Page 19: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

19

TASAWUF

OM-BOM dan booby trap hati meledak di mana-manaBanyak lagi yang akan meledak menunggu masanyaBom-bom dan booby trap ini ia berada di mana-manaAda di kampung, ada di bandarTidak kurang di taman-taman murah

dan taman mahal yang indahDia berada di bangunan-bangunan yang tinggi menjulangDi gedung-gedung besar pun tidak kurangDi sekolah, di pejabat merata-rata bersepahDi coffee house, di kedai-kedai murah

dan shopping centre juga terdedahTidak kurang juga dipasang orang di rumah-rumah AllahAdakalanya bom itu meledak di mimbar-mimbarnyaBom-bom hati ini bermacam-macam namanyaDi antaranya yang popular, hasad dengki,

sombong, riyak namanyaPemarah, adu domba, mengumpat dan memfitnahJusteru bom-bom hati ini meledak merata-rata

seperti yang diceritaKerosakan berlaku di mana-manaKemusnahannya terjadi merata-rataHuru-hara tercetus tidak kira tempatnyaAduh! Tidak ada lagi tempat yang harmoniAduh! Mana pergi tidak ada yang aman lagiTidak ada keselamatan di mana-manaBilakah bom-bom dan booby trap hati itu dapat dimusnahBilakah masa bom-bom itu tidak akan dipasang lagi?!Agar aman damai merata-rata negara dan negeri

BOOBY TRAP8

B

Selepas Subuh05 - 05 - 1997

Page 20: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

20

ILA nafsu menguasai diriIlmu tidak ditunjang oleh iman dan taqwaJiwa atau hati menjadi buta tiada terasaDunia pun dicintai, dipuji dan dipujaMatlamat yang diperjuangkan hanya duniaRasa bangga, angkuh, mendabik dada bila berjayaMengangkat diri menaikkan namanyaMabuk dengan pujian, alpa dengan sanjunganSi pengampu-pengampu yang inginkan sesuatuMeniup api menyemarakkanDi waktu itu Tuhan hanya di bibir bukan di hatiIslam di mulut, bukan keyakinan, bukan dihayatiDitegur akan melenting, bahkan buat bisingMelatah bila dinasihatJiwa panas, perasaan mengganasBercakap pun tidak disukat lagiMain lepas sahajaMacam atap bocor di waktu hujanTanpa sekatanMendengar kebenaran macam mendengar halilintarTakut sekali, bukan dipeduliDi waktu itu tunggulah!Yang punya cemeti akan bertindak sesuka hati

BILA NAFSU MENGUASAI DIRI9

B

Page 21: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

21

TASAWUF

15 - 08 - 2001

PABILA nafsu telah menguasai manusiaDia pun bermaharajalela memperhambakan manusia

setiap masaKalau dia hendakkan sesuatu,

dia arahlah seseorang itu mendapatkannyaTidak kira halal atau haram, bahayakah atau tidak bahayaJika dapat walaupun banyak, tidak juga puas-puas,

tidak rasa cukupTamak menyerang diri seseorang,

sombong pun menjadi pakaianBakhil pun datang, tidak mahu menolong orang,

kesenangan untuk diri sendiriJika tidak dapat banyak susah hatiKeluh-kesah pun datang, resah gelisah menyerangFikiran pun kusut, jiwa derita, marah-marah sahajaKetika mendapat banyak lupa diriPembaziran berlaku, membuang-buang harta terjadiDi waktu susah fikiran tidak menentu, hilang pertimbangan,

hasad dengki dengan orang yang senangApabila senang menghina orang, orang pun membencinyaApabila senang berfoya-foya dengan perempuan jalangMenghabiskan masa dengan sia-sia di tempat-tempat maksiatApabila mendapat bala melolong, hilang pertimbanganJika senang lupa daratan, lupa Tuhan Rabbul’alaminPantang dilarang, dinasihat tersinggungLantas marah-marah dan menyerang

terus berdendam mungkin menyerangBegitulah jika nafsu telah menguasai seseorangPeribadi seseorang menjadi sebuah bola di padang

APABILA NAFSU MENGUASAI MANUSIA10

A

Page 22: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

22

MANUSIA DILETIHKANOLEH NAFSUNYA11

ANUSIA telah diletihkan oleh nafsunyaKerana kehendak nafsu terlalu banyaknya tanpa batasKehendaknya yang halal dan yang haram setiap waktuDiarah-arahkannya kita ke hilir dan ke huluDi waktu siang dan malam, di waktu hujan dan panasMendapatnya belum tentu, dapat pula tidak puas-puasDiarah-arahnya kita lagi, digesa-gesanya kita selaluAdakalanya bangga kita mendapat bala dan kecelakaanNamun tidak juga hairan, dan tidak menjadi sempadanDirentap-rentapnya kita lagi,

didorongnya lagi kita bertindakKerana terlalu tamak mendapatkannya

tidak fikir halal haramTerlanggarlah syariat, lupalah TuhanLalai berpanjanganTidak ada ruang untuk TuhanTuhan dilupakan sama sekaliTapi apa yang diingat selalu, ialah apa hendak diburuBenar-benar nafsu telah mengkudakan kitaKita diperkotak-katik hingga tidak ada rehat-rehatnyaHabis umur kita dipermainkan oleh nafsuKita telah dijadikannya ibarat bolaDitendang merata padang kehidupanAkibatnya di dunia lagi telah menerima padahnyaDi Akhirat lebih parah dan menderita

yang tidak berkesudahan

M

Menjelang tidur08 - 09 - 2000

Page 23: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

23

TASAWUF

Selepas Asar29 - 10 - 1999

BAHAYA LIDAH12

IDAH yang lembut itu sepatutnya mengeluarkankata-kata yang menyejukkan hati

Lafaz-lafaz yang dituturkannya menjadikanorang berkasih sayang

Bahasa yang diucapkan mendamaikandua golongan yang selisih faham

Tapi apa yang terjadi kepada lidah manusia hari iniIa telah merobek-robek hati dan jiwa manusiaMaruah manusia telah dihancurleburkannyaLidah telah memecah belah di antara sesama manusiaBegitulah ilmu, sepatutnya menerangkan

kehidupan manusia di duniaTapi ilmu telah menjadikan jiwa-jiwa dan hati-hati

yang empunya mati atau butaIlmu pada seseorang telah mengoyak-ngoyakkanIman yang memilikinyaIa telah merobek-robek taqwa seseorangHingga cacat taqwanyaIlmu tidak lagi memerdekakan hamba dengan TuhannyaMakin banyak ilmu semakin jauh daripada TuhanIni adalah disebabkan niat menuntut ilmu kerana duniaAtau kerana mengejar nama atau glamourSebab-sebab lain kerana yang empunya ilmu

rasa bertuhan sudah tidak adaAtau Tuhan sudah tidak diambil pusing atau diutamaRasa bertauhid sudah tidak adaTakut dengan Tuhan sudah jauh dari hati manusiaKerana inilah lidah sudah disalah gunaIlmu-ilmu sudah tidak lagi berperanan di tempatnyaAkibatnya kerana lidah dan ilmuTelah merosakkan manusiaSama ada yang empunya

mahupun selain dirinya

L

Page 24: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

24

IDAH jurubicara yang paling baikdan juga yang paling jahat

Juga juruterjemah yang jujur dan khianatDia ditentukan oleh raja diriBaik raja itu, baiklah dia, jahat raja itu jahatlah diaSetiap hari dia menyampaikan perintah rajaAdakalanya memuntahkan mutiara yang berhargaDapat dimanfaat oleh manusiaTidak kurang juga intan berlian yang diluahnyaMenambah kaya kepada manusiaTapi yang lebih banyak, perkara yang merbahaya

dimuntahkannyaLahar-lahar gunung berapi mazmumah

yang memusnah mengalir merata bumiDarah-darah ghodhob yang najis mengotorkan suasanaNanah-nanah barah dendam kesumat yang busuk,

meloyakan tekakMeledak berselerak di mana-manaTidak kurang bom jangka hasad dengki

yang meletup darinyaBanyak orang yang matiApatah lagi yang patah tangan dan patah kakiAdakalanya lidah ini pedang yang membunuhSekali-sekala sebagai perisai, menahan panahSelamatlah dari merbahaya yang boleh membunuhBegitulah peranan lidah setiap hariDia berperanan bermacam-macam caranyaDan berbagai-bagai pula kesannya

LIDAH JURUBICARA PALING BAIKDAN PALING JAHAT13

L

Selepas Subuh13 - 05 - 1997

Page 25: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

25

TASAWUF

Selepas ekspedisi21 - 09 - 1999

IDAH ahli pidato dan penceramahTidak lagi mengeluarkan ilmu mempertajam mindaJuga tidak lagi mengeluar ilmu hikmah pembangun jiwaLidah tidak lagi membawa air penyejuk hatiTapi lidah telah mengeluarkan panah-panah, menikam hatiJuga mengeluarkan racun-racun membunuh jiwaTidak kurang juga mengeluarkan peluru

membinasakan manusiaSedangkan lidah setiap hari digunakanIa lebih merbahaya daripada senjata apiSenjata api tidak diguna setiap hariKalau fungsi lidah sudah disalahgunakanYang keluar adalah racun perosak hati dan jiwaYang meluncur adalah peluruYang terbit darinya adalah anak-anak panah pemusnahSedangkan ia bekerja setiap waktuApa akan jadi kepada manusiaApa sudah jadi kepada pemidato bangsa kita?Apa yang sudah berlaku kepada penceramah-penceramah?Mengapa mereka tidak takut dengan Tuhan akibat lidah?Apakah mereka tidak berfikir kerosakan kepada umat?Lebih-lebih lagi mereka tidak tahukah

setiap perkataan akan disoalSetiap lafaz akan dipertanggungjawabkanApakah mereka sudah kehilangan Tuhan?Hingga bercakap hilang pertimbangan

FUNGSI LIDAH DISALAHGUNAKAN14

L

Page 26: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

26

ATAKANLAH apa yang engkau hendak kata tentangkuAku tidak berkecil hatiKalau akulah yang benar ia menguatkan aku lagiKalau benarlah aku membuat kesalahanAku boleh betulkan diriAku bersyukur pada-Mu TuhanDi samping berterima kasih padamu kawanKalau engkau yang bersalahAku doakan kamu agar engkau diampunkan-NyaAku dapat pahala atau penghapusan dosaSetiap kata-kata tidak percuma begitu sahajaSemuanya Tuhan akan kiraAkan diperhitung di Akhirat sanaBahkan akan dibalas Syurga atau NerakaTuhan jagalah lidahkuAku juga boleh mengataLidah tidak bertulangMudah terluncur dan terlanjurLidah tidak ada akalDia tidak tahu bahaya atau tidaknyaTuhan bantulah aku menjaga lidahkuJangan sampai dia mengataMacam orang lain mengata sesuka hatiKejahatan dari lidah terlalu banyak wahai TuhanPerpecahan terjadi dari lidahBadan binasa disebabkannya jugaOrang teraniaya lantaran lidahOrang tidak percaya kerana lidahOrang sakit hati kerana lidahOrang dipenjara kerana lidahOrang berdendam kerana lidahAduh jahatnya lidahLebih jahat dari ular yang berbisa

TUHAN JAGALAH LIDAHKU!15

K

Selepas Asar30 - 04 - 1997

Page 27: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

27

TASAWUF

ALAI menjadi basahan kepada manusiaCuai menjadi watak manusiaLupa menjadi tabiat semulajadi manusiaGopoh menjadi budaya merekaTidak hairanlah lumrah berlakuSepandai-pandai manusiaLupa berfikir lebih dahulu sebelum bertindakTerutama di waktu dia marahDia bertindak meluluTidak sempat berfikir, meledak sahajaSudah terlajak barulah menyesalJadi cerdik tidak menjamin manusia berfikir

sebelum bertindakPandai tidak mesti dia berfikir sebelum berbuatJusteru itulah Islam mewajibkan mendidik nafsuAgar dia tenang, tindakannya tidak meluluSupaya dia tidak gelojohSempat akal berfikir sebelum melakukan sesuatuTapi manusia ghairah sangat mendidik akalMendidik nafsu tidak ada dalam kurikulum pelajaranNafsu tidak diambil kiraSeolah-olah nafsu tidak ada dalam diri manusia

LALAI BASAHAN MANUSIA16

L

Selepas Subuh05 - 06 - 1997

Page 28: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

28

Selepas Asar06 - 05 - 1997

(17 Muharram 1418)

ANUSIA selalu lupaLupa kepada TuhannyaYang menciptanya dari tiada kepada adaYang memberi nikmat bermacam-macam bentuknyaLupa kepada dosaPadahal dosa selalu memburunyaIa akan menghumbankannya ke dalam NerakaLupa kepada ibu bapa yang memelihara di waktu kecilnyaDihantar ke sekolah, berpeluang menuntut ilmunyaDijaga kesihatannya, sihat badannyaSetelah dewasa ilmu itulah aset dirinyaLupa kepada guru-guru yang membuat jasa kepadanyaMemberi ilmu yang banyak, menjadi hartanyaSekadarkan menziarahi guru sekali-sekala pun tiadaDia lupakan gurunya sepanjang hayatnyaLupa kepada kawan yang pernah menolongnyaPadahal di waktu itu dia sedang menderitaLupa kepada asal-usulnya, dia itu siapa sebenarnyaDilupakan oleh pangkat, kesenangan dan kemewahanTeringat sahaja kampung tempat tumpah darahnyaRasa tidak senang sahajaMalu hendak ziarah kampung asalnyaBahkan bermacam-macam lagi yang dilupakannyaPadahal semuanya itu sejarah hidupnyaSepatutnya manusia ini bersikap:Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

MANUSIA SELALU LUPA17

M

Page 29: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

29

TASAWUF

Selepas Asar27 - 11 - 1997

ERNAHKAH kita bersedih tertinggal sembahyang?Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan

sembahyang?Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang?Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan?Jawapannya ada pada diri kita sendiriSetiap orang boleh menilai dirinyaTanyalah diri, kita akan dapat jawapannyaBila dapat jawapannya engkau kenal diri engkauBila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkauKalau engkau kenal diri engkauEngkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lainBegitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukanSebagai contoh untuk bertanya diri sendiriYang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkanTentu kita juga akan dapat jawapannyaCara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diriJika kita mahu menilai diri sendiriLebih-lebih lagi jika hendak membaiki diriTapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!

PERNAHKAH SEDIHTERTINGGAL SEMBAHYANG?18

P

Page 30: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

30

ERAJUK telah menjadi budaya manusiaBudaya yang sama-sama manusia tidak mahuTapi sama-sama membudayakannyaBudaya merajuk itulah yang menyusahkan manusiaYang menjadi racun di dalam keluargaDan di dalam pergaulan merekaBanyak kerja terhalang, tidak kurang kerja terbengkalai

dibuatnyaBanyak kerja tidak sempurnaDiganggu oleh budaya merajukBuat itu tak kena, buat ini tak kenaSerba tergangguMerajuk menghantui perasaannyaSetengah jiwa yang terlalu lemah, jiwanya merana

Budaya merajuk ini berlaku setiap hariDi dalam rumahtangga, di tempat kerja, di dalam partiDi rumah Allah berlaku jugaTidak ada akta dan peraturan yang boleh membendungnyaJusterulah akta dan undang-undang tidak dilagangPenyakit merajuk ini dia serang tidak pilih orangSemua golongan kena serang

Budaya merajuk ini mudah saja terjadiSuami lambat balik pun isteri masam mukaHilang manisnyaLayanan kepada suami pun dingin ajaBelum lagi suami kahwin duaMerasakan diri tidak dihormati, pertengkaran pun terjadiAdakalanya sampai matiSuami pula terpelengokMerajuk sakit hatiBertindakbalas terhadap isteri

MERAJUK JADI BUDAYA19

M

Page 31: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

31

TASAWUF

Ibu bapa pun selalu merajukTersinggung oleh anak-anak yang berbagai kerenahAnak-anak lambat ziarahAtau lambat menerima surat atau memberi pendapatTidak senang ajaMarah-marah ajaMerungut-rungut dan membebel tidak tentu halaApabila anak-anak balik kerut mukanyaBila ditanya diam sahajaAtau menyergah macam singa

Di pejabat-pejabat ada staf-staf merungut tidak habis-habisMerasakan tertekan oleh majikan, kerana terlalu banyak kerjaAtau gaji tidak seimbang dengan kerjaMajikan tidak dihormati lagiDi belakang dikata-kata dan dihinaAda yang terus lari dari kerjaMajikan pula susah hatiMerajuk pula, marah-marah aja kepada staf-stafnyaAdakalanya nafsu tidak boleh kontrolMaki hamun semahu-mahunya

Merajuk juga berlaku di dalam partiSetelah jatuh dari jawatan parti oleh undiTenaga dan pengorbanan dibekukanKalau dulu aktif, sekarang pasifDahulu cergas, sekarang culasTidak terlantik di dalam pencalonanAtau digugur di dalam jawatan parti atau pemerintahanHati sakit, merajuk pulaMuka pun tidak nampak lagi, membawa diriEntah mana perginya, kalau mati ada kuburnyaBila mati barulah media massa membuat beritaSetelah lama hilang dari gelanggang masyarakatnya

Page 32: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

32

Di masjid pun berlaku budaya merajukWaktu jadi imam, di masjid setiap waktuMacam merpati masjidTidak lekang-lekang di masjid, macam rumahnyaBila jawatan diganti orang, di masjid tidak nampak lagiBahkan waktu sembahyang pun

dia tidak muncul-muncul lagiHanya kelihatan pada hari JumaatItupun duduk di tepi-tepiMukanya masam tidak berseriHabis sahaja sembahyang tidak sempat sembahyang sunatCepat-cepat cabut pergiOrang ramai hairan semua memerhatiImam pun boleh berlaku, kata setiap hati

Selepas Asar20 - 05 - 1997

(12 Muharram 1418)

Page 33: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

33

TASAWUF

RANG yang ada ego, tidak sedar yang dia ada egoEgo diketahui melalui ilmunyaKalau tahu pun adanya sifat egoBelum tahu lagi dapat membuangnyaEgo adalah sifat batinTapi dapat dikesan melalui tanda lahir dan sikapnyaBercakap di kalangan kawan selalu sahaja cakap besarBila berdiri selalu sahaja cekak pinggangApabila berbincang selalu sahaja tinggi suaranyaApabila kebenaran itu keluar daripada mulut orang,

payah menerimanyaKalau bercakap mahu menang sahajaBila bertemu orang, payah menegur sapa

kecuali orang mendahuluinyaJika orang tersilap terhadapnya, mudah sahaja marah

dan berangSelalunya serius sahaja, kurang mesraKalau hendak berkawan pilih-pilih orang,

biasanya orang yang setaraf dengannyaBila dicabar mudah sahaja mencabarKalau bersalah susah hendak meminta maafAdakalanya orang meminta maaf, enggan menerimanyaMudah marah, bahkan marahnya sangat ketaraKalau ada kuasa, suka menzalim dan menindasJika tiada kuasa, selalu sahaja keras kepala

untuk patuh kepada ketuaBertekak dan berbahas menjadi budayanyaPantang ditegur oleh siapa sahaja, masam mukanyaApabila ego sudah tebal, sebarang kebenaran payah diterimaBila ditegur sakit hatinya, dendam pun membaraJangan sebut dosa pahala, tersinggung perasaannyaKalau dipuji orang lain di hadapannya, sakit hatinyaSebut Syurga Neraka, amat jijik mendengarnya

SIFAT EGO20

O

Page 34: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

34

Bahkan sebut nama Allah pun tersinggung jiwanyaJangan cuba bala bencana yang datang

kita kaitkan dengan kemurkaan TuhannyaSakit hatinya, payah mahu menerimaBencana alam dianggap perkara biasaItu perkara natureJangan cuba dihubungkaitkan dengan dosaDia akan melenting menunjuk sikap tidak menerimaAduh dahsyat, ego amat berbahayaBukan sahaja dengan manusia bahkan dengan TuhannyaKebenaran payah menerimaSelalu sahaja menolaknya,

bahkan dijadikan bahan perli sahajaKerana ego, orang sanggup derhaka kepada TuhannyaBahkan orang sanggup jadi kafirLihat sahaja Namrud, Hamman dan FiraunSebelum matinya berbagai bala

dan tanda amaran dari TuhanNamun tidak boleh jadi pengajaran dan ingatanAkhirnya sanggup mati kafir, kerana sikap egonyaAduh, dahsyatnya sifat ego!

Menjelang tidur26 - 08 - 1999

Page 35: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

35

TASAWUF

Selepas Isyak03 - 08 - 1999

AZMUMAH marah sentiasa membara di dadaKalau tidak pandai mengawalnya

baranya menyala dan terus menyalaJika menyala membakar apa sahajaDari nyalanya memusnahkan apa sahaja

sama ada manusia mahupun mata bendaAlangkah susahnya mengawal bara ghodhob

agar jangan menyalaManusia yang berjiwa besar sahaja yang boleh menahannyaSiapa yang mampu menahan apinya dari menyalaDia adalah seorang wira yang tiada taranyaBiasanya manusia itu semakin besar kedudukannya

semakin besar sifat marahnyaLebih-lebih lagi manusia yang berkuasa

bara apinya sering menyalaRosaklah rakyat, terzalimlah manusiaAduh memang susah sekali menjaga bara ghodhob

agar tidak menyalaMenahannya terseksa jiwaMenggeletar seluruh anggotaApabila terlepas daripada kekangannyaAduh menyesal tidak terkiraFikiran terganggu, jiwa menderitaAkhlak musnah wibawa jatuh punahManusia benci, orang lariAkhirnya susah mendapat kawanPayah mendapat simpatiJagalah bara api marah, jangan sampai menyalaKerana ia sangat merbahaya

MARAH SENTIASA MEMBARA DI DADA21

M

Page 36: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

36

IASANYA bermujadalah susah menjaga ego dan megahSuka berbahas-bahas biasanya menebalkan ego,

riyak dan mencari namaSelalunya di dalam bermujadalah dan bermubahasahIngin mahu menang, tidak mahu rasa kalahPayah menerima kebenaranSekalipun terpaksa menegakkan benang basahBegitu juga di dalam majlis forumPayah hendak mengelak daripada menunjuk-nunjuk

dan bermegah-megahMalu rasanya kalau tidak pandai berhujahBerbunga hati jika pandai berhujah dan bercakap petahHadirin yang bertanya pula, menyoal kerana megahAgar orang ramai menganggap dia

orang yang pandai mencungkil masalahKalau panel tidak pandai menjawab, itulah yang dia hendakSupaya orang ramai menganggap dia lebih pandai

dari ahli panel atau penceramahApa sudah jadi majlis forum dan ceramah?Penceramah atau ahli panel dengan para pendengarSama-sama hatinya rosak dan punahMasing-masing tidak dapat menjaga dirinyaDaripada bermegah-megah dan riyakKerana itulah di dalam IslamBermujadalah dan bermubahasah sangat ditegahLantaran dari sinilah timbulnya riyak, megah,

glamour, cari nama dan berpecah-belahKerana itulah di dalam kitab dikatakan“Tidak akan rosak sesuatu kaum ituKecuali apabila didatangkan mujadalah”Mujadalah dan mubahasah bukan mendatangkan

kebaikan pada umatTapi dari sinilah akan suburnya mazmumah yang ditegah

MUJADALAH DAN MUBAHASAH22

B

Page 37: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

37

TASAWUF

Menjelang tidur08 - 11 - 1999

Tapi malangnya para ulamaMujadalah dan mubahasah telah dijadikan budayaBudaya yang mengajak umat Islam berlalai-lalai

dan bermegah-megahDi dalam Islam, yang disuruh bermesyuarat dan muzakarahItu pun ada mempunyai disiplin, adab dan tata tertibAgar ia berjalan dengan penuh ukhwahAgar jadi ibadah

Page 38: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

38

AKIKATNYA yang bergaduh, berkrisis,berkelahi dan berperang di dunia iniadalah sifat mazmumah manusia

Mazmumah-mazmumah yang disuburkansetiap masa dan ketika

Yang menjadi mangsa adalah manusiaTapi yang bergaduh dan berperang itu

tidak nampak oleh mataYang nampak adalah manusia yang menjadi senjatanyaSetiap hari bergaduh, berkrisis, berperang,

mazmumah manusiaBergaduh dan berperangDi antara sombong dan hasad dengkiDi antara dendam kesumat dan sifat marah

yang memusnahDi antara riyak dengan sum’ah

yang menjadi orang sakit hatiDi antara penghasut hati dan tamak yang dibenciMazmumah-mazmumah manusia bergaduh

dan berperang tidak henti-hentinyaBegitulah mazmumah manusia yang bergaduh

dan berperang setiap hariMata tidak nampakTapi kesannya nampak pada kehidupan manusiaMakhluk yang berkrisis tidak nampakTapi senjata yang digunakannya nampakIaitu manusia yang menjadi alat kepada mazmumahManusialah yang parah dan susahManusialah yang menerima bahana dan padahKalau manusia sedarlah siapa yang menghasut

dan menggunakannyaMereka sudah tentu marahSudah tentu mereka akan memerangi

MAZMUMAH MANUSIALAHYANG BERGADUH23

H

Page 39: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

39

TASAWUF

Menjelang Tidur01 - 07 - 2000

berhabis-habisan mazmumahnyaKerana mazmumahlah punca segala petaka

yang menimpa manusiaJika manusia sedarlah bahawa jahatnya mazmumahMereka tidak akan bertolak ansur dengan mazmumahBiarlah mereka berperang dengan mazmumahnya,

iaitu seterunyaDaripada berperang sesama mereka

Page 40: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

40

Selepas Asar27 - 04 - 1997

UHAN memberitahu kita pun tahu tapi macam tak tahuTuhan memberitahu tapi tak mahu tahuTuhan membawa berita kita percayaTapi mendengar acuh tak acuh ajaTuhan membawa perintah larangan dan tegah,

endah tak endah sahajaTuhan membawa berita gembira dengan Syurga,

tidak pun rasa gembiraTuhan membawa berita ancaman dengan NerakaDengar juga tapi tidak pun terasa gerun dengan beritaTuhan membawa syariat, peraturan

di semua aspek kehidupanHati merasa tidak senang sahaja

dan membuat-buat tidak dengarWalaupun telah diperdengarPeraturan dibaca, bahkan digalakkanPembaca yang berjaya diberi hadiah pulaNamun diamalkan tidak jugaBahkan dianggap pengacau negaraBegitulah Islam di mulut tidak di hatiTuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hatiBarulah kita tahu setelah pengalaman diberiMenjadi orang Islam mudahMenjadi mukmin amat sulit sekali

ISLAM DI MULUT TIDAK DI HATI24

T

Page 41: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

41

TASAWUF

ARANAN hendaklah takut kepada TuhanSelalu sahaja di dalam ceramah-ceramahDi atas mimbar hari Jumaat ketika khutbahHati tidak juga terasa, biasa ajaKetika Allah disebut hati tidak terasa apa-apaTakut tidak juga membaraTapi apabila teringat sahaja peperiksaan akan tiba,

bimbang menerpaSelepas periksa bimbang lagi,

takut keputusan tiada berjayaBila hendak bertemu bos hati gementarBila bertemu lebih-lebih lagi gementarBila ditanya oleh bos gugup-gugup sahajaDengan bini yang cerewet dan membebel

tidak jemu-jemunyaSi suami bila balik jantung berdenyut, hati bergelombangTakut ditanya silap-silap jawab

tengking herdik yang diterimaSumpah seranah mesti kenaApatah lagi ketua negaraBila berada dengan orang-orang pentingnyaTidak ada yang sanggup berkataKalaupun berkata gugup-gugup ajaBos mereka bila berkataSemua mereka angguk-angguk setuju ajaWalaupun hati belum tahuWalaupun ada yang tidak setujuSemuanya membisuKalau diberi pandangan sebaliknyaTakut jawatan yang ada terancamTumpah pula periuk nasiPadahal Allah selalu mengancam dan mengugutMemberi amaran dan ingatan

SARANAN HENDAKLAH TAKUTKEPADA TUHAN25

S

Page 42: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

42

Selepas Asar01 - 05 - 1997

Dengan azab yang dahsyatDengar, macam tidak dengarTahu, macam tak tahuPercaya, macam tidak percayaJusteru tidak terasa apa-apaTidak tergugat pun jiwaTidak gerun, tidak gentarPerasaan hati biasa sahajaBegitulah manusia banyak sangat yang ditakutinyaNamun begitu takutkan Allah tidak juga terasa

Page 43: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

43

TASAWUF

ANYALAH siapa pun, sekalipun orang jahilSiapa sahaja menghina ibu dan bapa

tiada siapa boleh terimaSekalipun dia di dalam kebenaranBetapalah pula kalau dia di dalam kebatilanTiada siapa yang simpatiSemua orang yang tahu menjadi benciBegitulah juga orang yang mengata

dan menghina gurunyaSekalipun dia betulTiada siapa yang boleh setujuBetapalah kalau dia yang bersalah apa lagilahOrang akan bertambah marahWibawanya jatuh keyakinan orang hilangOrang akan lariTinggallah dia seorang diriBelum pernah berlaku di dalam sejarah

seorang itu dianggap wirakerana menghina ibu bapa atau gurunyaTapi apa yang terjadi atau berlakuOrang itu dihina, dicerca, dibenci dan dikataOrang yang menghina ibu bapa dan gurunya

jiwanya tiada tenangJiwa gelisah, marah-marah tidak tentu arahDi dunia lagi telah menerima padahKetawanya hanya pura-puraRiangnya hanya dibuat-buat sahajaKerana hendak menutup jiwa yang deritaBertemu dengan orang yang tahu tentang dirinya

takut-takut ajaMahu lari dari mereka

ORANG YANG MENGHINA GURU26

T

Page 44: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

44

NGKAU telah mengenal dirimu, siapa kamuMelalui ujian iniEngkau mengata orang!Kalau engkau tersedar dengan ujianEngkau tidak mengata orang lainKalau engkau sedar engkau orang baikMenunjukkan engkau belum baikOrang baik tidak merasa dirinya baikKita rasa kita sudah sedar selepas ujianMengapa menuding jari kepada orang lain?Menunjukkan kita belum lagi sedarBila menghina orang lain selepas ujianKita bersifat derhaka waktu terujiDi mana kebaikan kita?Orang yang baik bila diuji teringat dosa,

teringat kesalahan sendiriKita lain pula, kita teringat dosa orang lain

bukan dosa kitaSuluhlah diri kita dengan Al Quran dan SunnahJangan suluh dengan akal

KENAL DIRI SETELAH DIUJI27

E

Selepas Asar27 - 11 - 1997

Page 45: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

45

TASAWUF

RANG yang selalu mengata orangbiasanya dia tidak tahan dikata orang

Orang yang selalu mengumpat orangbiasanya tidak suka diumpat orang

Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orangdia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderitaJiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpatBiasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,

dia tidak begitu sedih dan tidak susah hatijika dia dikata dan diumpat

Orang yang tidak suka mengata dan mengumpatbiasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri

Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahandan kesilapan

Kerana itulah dia tidak minat hendak mengatadan mengumpat orang

Kalau dia dikata dan diumpat orang,dia tidak begitu terasa apa-apa

Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata,kerana dia manusia yang lemah juga

Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diriLantaran itulah dia tidak bertindakbalas

di atas kejahatan orang ituBegitulah seterusnya orang yang sombong,

pantang orang lain sombong dengannyaKesombongan orang lain terhadap dirinya,

dia tidak sanggup menerima cabaranDi sini baru kita faham, orang yang nampaknya

macam berani dan garang,selalu sahaja mengumpat orangdan sombong dengan orang

Sebenarnya jiwanya tidak kuat,tidak mampu kena cabar

PENGUMPAT TIDAK TAHAN DIUMPAT28

O

Page 46: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

46

Selepas Asar29 Muharam 1421H

Di sebalik nampaknya garangtersembunyi sifat penakut dan pengecut

Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendahsebenarnya jiwanya kuat

Di sebalik ketenangannyatersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya

Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasaMampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran

Page 47: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

47

TASAWUF

EMIMPIN-PEMIMPIN dunia terutama pemimpin negarasuka dipuji

Inginkan kepujian menjadi budayaSesiapa memuji, ada perhatian, ada habuanBila dikritik rasa tidak senangSesiapa selalu sangat memberi nasihat hidup tidak senangDi dalam Islam suka dipuji dan suka memujiTerang-terangan sangat dilarangYang suka dipuji dan yang suka memuji

kedua-duanya berdosaJusteru menghilangkan pahala segala usahaKepujian adalah kepunyaan AllahBukan milik manusiaSesiapa suka dipuji telah bersekutu dengan AllahYang kena puji merosakkan jiwanya

seterusnya merosakkan segala usahanyaYang memuji terang-terangan

selalunya orang yang hidup pura-puraOrang yang hidup pura-pura munafik namanyaSuka memuji terang-terangan orang yang inginkan habuanAda keuntungan peribadi di sebalik pujianSuka dipuji, suka memuji terang-teranganOrang yang sudah rosak peribadinyaRamai orang menjadi benci

YANG SUKA DIPUJI DANYANG SUKA MEMUJI29

P

06 - 11 - 1997

Page 48: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

48

AMAI orang mengejar nama dan glamourTidak fikir lagi larangan TuhanMereka menyangka glamour dan nama membawa bahagiaKasihan mereka-mereka ini ditipu oleh angan-angannyaMereka burulah nama dan glamourDengan bermacam-macam dan berbagai-bagai caraOrang yang ada paras rupaMenggunakan rupanyaBerbagai-bagai aksi dan seksi yang digayakannyaOrang yang ada ilmu menggunakan ilmunyaSibuk forum di sini forum di sanaMotivasi di sini, motivasi di sanaOrang yang badannya sasa, menggunakan badannyaBegitulah orang mencari nama dan berbagai-bagai caraMengikut apa yang ada pada dirinyaTapi mereka-mereka itulah yang ramai menderita jiwanyaRumahtangga mereka huru-hara bahkan porak-perandaKeluarga berpecah-belah, selalu sahaja bercerai-berai

di kalangan merekaApabila tua dilupakan orang, nama dan glamour

entah ke manaBegitulah nasib kebanyakan orang yang mengejar nama

dan glamourGah di waktu muda, akibat buruk di waktu tuaTapi orang yang kemudian tidak juga

mengambil pelajaran dari mereka

RAMAI ORANG MENGEJAR NAMADAN GLAMOUR30

R

Menjelang Tidur06 - 08 - 2001

Page 49: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

49

TASAWUF

ERANA lumrah kebanyakan jiwa manusia telah rosakMaka ramai pula manusia telah menjadi prejudis

dengan manusiaSatu sama lain sudah tidak percaya-mempercayaiIsteri prejudis dengan suami,

suami juga prejudis dengan isteriKenalan dengan kenalan berlaku juga prejudis iniKenalan sekampung atau kenalan setempat kerjaSatu sama lain tidak percaya-mempercayaiTetamu yang datang pun dicurigaiTuan rumah juga dicurigai oleh tetamunyaMajikan tidak percaya dengan buruhnyaBuruh juga tidak yakin dengan majikannyaPengarah tidak percaya dengan orang bawahanOrang bawahan tidak percaya dengan pengarahnyaApatah lagilah jika bertemu dengan orang

yang tidak dikenaliLebih-lebih lagilah satu sama lain bimbang-membimbangiSuspect sahaja bertemu orangBegitulah berlaku di dalam masyarakat manusia hari iniManusia sesama manusia telah menghantui fikirannyaManusia sesama sendiri telah seksa jiwanyaTidak bergaul tidak boleh hidupKerana manusia satu sama lain perlu-memerlukanTapi apabila bertemu masing-masing terseksaCuriga-mencurigai menghantui manusiaBegitulah bila sudah ramai di kalangan manusia

rosak jiwanyaBertemu sesama manusia tidak terasa bahagiaTapi apa boleh buat, bertemu itu terpaksa jugaMana manusia boleh hidup

tanpa bertemu sesamanya

MANUSIA PREJUDIS SESAMANYA31

K

Selepas Isyak03 - 10 - 1999

Page 50: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

50

NGKASA lepas telah ditawan oleh manusiaSetelah bertahun-tahun mencuba tidak berjayaKalau bukit tidak dapat dikira banyaknya

yang telah ditawan oleh manusiaGunung Everest yang paling tinggi di duniaBanyak kali manusia sampai kemuncaknyaYang jatuh mati entah berapa banyak bilangannyaKutub Selatan, Kutub Utara memang sudah lama

dijelajah manusiaLautan yang dalam semuanya telah ditawan

oleh manusiaHutan belantara, gurun padang pasir yang kering-kontang

perkara biasaMenawan di antara bangsa dengan bangsa

sudah menjadi budayaDi antara negara dengan negara begitu jugaSudah menjadi perkara lamaMacam-macam lagi ilmu-ilmu yang sulit dan tersembunyi

dikuasai manusiaBila dilihat di sudut ini,

masya-Allah hebat sungguh manusia iniTapi bila berhadapan dengan nafsu

manusia kalah selaluDi sudut-sudut lain mereka menawanDi sudut nafsu mereka ditawanHingga nafsu jadikan manusia sebagai bolaDitendang ke hujung ditendang ke pangkalDisepak merata padangAtau macam daun-daun kering diterbangkan oleh angin

merata-rata terbuangAda yang tercampak ke dalam longkangNafsu bila menawan manusia,

diperkotak-katiknya semahunya-mahunya

MANUSIA TELAH DITAWANOLEH NAFSU32

A

Page 51: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

51

TASAWUF

Selepas Asar02 - 06 - 1997

Hingga manusia hilang malu dibuatnyaPatutlah Rasulullah bersabda:“Siapa dapat menawan nafsu dia adalah wira”

Page 52: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

52

Sebelum tidur14 - 11 - 2000

NGKAU mengaku berkuasaTapi setiap hari engkau menerima arahan nafsu engkauEngkau tidak mampu pun menolaknyaEngkau diarah ke sana dan ke mariTidak pula engkau sanggup membantahnyaHingga engkau telah menjadi budak suruhannyaEngkau mengaku cerdikTapi setiap hari nafsu menipu engkauEngkau tidak pun terasa kena tipuNafsu engkau telah merosakkan engkauNamun engkau tidak terfikir dialah yang merosakkan engkauPadahal engkau telah menjadi sengsaraTapi engkau masih setia dengannyaTidak terfikir pun oleh engkau

bahawa dia adalah musuh engkauEngkau mengaku kuatSanggup berlawan dengan siapa sahajaEngkau boleh menangTapi dengan nafsu engkau kalah setiap masaEngkau telah dibelasah oleh nafsu engkauEngkau telah teruk dibuatnyaEngkau pun sedar engkau bahawa engkau

telah dirosakkan olehnyaNamun engkau tidak tahu

bagaimana hendak mengalahkannyaHingga jiwa engkau tidak pernah tenang dibuatnyaKebahagiaan engkau telah hilang olehnyaWalaupun begitu engkau tidak tahu

bagaimana hendak mengalahkannyaBegitulah nafsu telah memperbudak-budak manusiaSekalipun yang berkuasa, profesor,

dan yang gagah perkasa

NAFSU MEMPERBUDAK-BUDAKKANMANUSIA33

E

Page 53: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

53

TASAWUF

UJAHADAH adalah satu jalanuntuk seseorang menuju Allah

Tanpa mujahadah adalah mustahilseseorang hamba sampai kepada-Nya

Kerana yang menjadi penghalangseseorang itu menuju Allahialah syaitan dan nafsunya

Tapi nafsu adalah lebih menghalangdari syaitan laknatullah

Kehendak nafsu dengan kehendak Tuhanbiasanya selalu sahaja berlawanan

Di sinilah perlunya bermujahadah bersungguh-sungguhdan bermati-matian

Bermujahadah adalah sangat menjemukanBermujahadah adalah terseksa dan menyakitkanTapi di sinilah pahalanya yang besar dari TuhanBermujahadah adakalanya sangat susah dan payahAda juga dengan rahmat Tuhan bermujahadah

dipermudahkanTapi para rasul dan para nabi dengan anugerah Tuhan

dipelihara TuhanMereka diberi kelebihan tanpa mujahadah menuju TuhanMereka itu orang istimewa dan orang TuhanTerlepas daripada syaitan dan bebas daripada nafsunyaMereka adalah orang pilihan TuhanKerana mereka hendak dijadikan contoh dan ikutanMereka itu benar-benar orang Tuhan, dan wakil TuhanUntuk diikut oleh manusia berbagai-bagai lapisanKita yang bukan rasul dan nabi ini kenalah bermujahadahDi dalam bermujahadah mintalah

pertolongan dengan TuhanAgar dibantu Tuhan di dalam bermujahadah

melawan nafsu dan syaitan

MUJAHADAH JALAN MENUJU ALLAH34

M

Page 54: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

54

Menjelang Tidur27 - 09 - 1999

Bertawasullah selalu dengan Rasul dan MursyidnyaMeminta tolong di dalam bermujahadah

agar dimudahkan oleh TuhanBermujahadahlah secara istiqamah

dan jangan jemu-jemuNanti dengan rahmat Allah

mujahadah kita dipermudahkan

Page 55: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

55

TASAWUF

UHAN! Musuh ketatku ada duaYang kedua-duanya tidak nampak oleh mataSyaitan dan nafsukuMusuh yang paling hampir dan amat merbahaya ialah nafsuNafsu adalah sebahagian daripada dirikuIa lebih merbahaya daripada syaitan yang terkutukKerana dia adalah jalan atau lorong bagi syaitanErtinya syaitan tidak akan dapat menyesatkan manusia

kalau bukan kerjasama nafsuNafsu boleh juga dikatakan tali barut syaitanSedangkan syaitan dan nafsu networknya terlalu banyakBukan senang hendak dikesanJebak dan perangkapnya terlalu banyak yang direntang

di sekeliling kehidupan insanSiapalah yang boleh terlepas daripada jebaknya?Siapalah yang boleh selamat daripada termasuk

di dalam perangkapnya?Aku tidak mungkin boleh mengawal

dan menjaga diriku sendiri?Daripada terjebak dan terperangkap di dalam jaringnyaKecuali kawalan dan pemeliharaan daripada-Mu TuhanEngkaulah yang boleh menjaga dan menolong aku

daripada termasuk ke dalam perangkapnyaOleh itu aku memohon dengan Rahmat-Mu Tuhan!Jagalah aku, peliharalah aku, lindungilah akuAgar aku terselamat daripada tipu daya nafsu dan syaitanAku berlindung dengan-Mu Tuhan

daripada kejahatan syaitanDan aku juga berlindung dengan-Mu TuhanDaripada kejahatan nafsukuEngkau sajalah yang boleh menyelamatkan akuSelamatkanlah aku Tuhan

MUSUH KETATKU ADA DUA35

T

Selepas Asar27 Muharam 1421H

Page 56: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

56

09 - 08 - 1995

ELAH aku lawan nafsuku setiap waktuAku cuba berkali-kali, aku kalah lagiAku tidak putus asa, aku lawan lagiNamun aku kalah jugaTuhan, bantulah akumudahkan aku melawan nafsuAku tetap melawannya, ia tuntutan fardhuAgar aku tidak terhalang menuju-MuTolonglah aku Tuhan, kasihanilah akuKalau Engkau biarkan aku, aku akan berterusan

ke lembah dosaTuhan, nafsuku selalu mengganggu akuDia bekerjasama dengan syaitan terkutukSetiap hari ia memusuhi akuBila aku ingin mentaati-MuTuhan, bantulah akuTuhan, kasihanilah akuJangan biarkan aku keseorangan

menghadapi syaitan dan nafsuAku ingin mentaati-Mu, aku ingin keredhaan-MuKalau Engkau biarkan aku, aku akan kecewa nantiTuhan, aku akan mencuba lagi melawan nafsuDengan bantuan-Mu dan rahmat-MuAku tidak akan berputus asaAku tetap berjuang dengan mengharapkan

bantuan dari-Mu

BANTULAH AKU MELAWAN NAFSUKU36

T

Page 57: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

57

TASAWUF

AKUTKAN Tuhan atau cinta kepada-Nyaboleh melembutkan hati

Lembutnya hati, mazmumah boleh matiTidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya,

hati buta atau matiBila hati buta atau matiNafsulah yang akan menjadi raja di dalam diriNafsu menjadi raja diri akan bermaharajalelaDia akan mendorong manusia membuat apa sahajaKejahatan nafsu itu dahsyatJika ia telah bermaharajalela, ia akan jadi air bah

melanda apa sahajaIa juga akan jadi angin yang menggila

memusnah segala bendaAtau dia akan jadi api membakar setiap yang adaAduh, dahsyatnya nafsu manusia jika tidak dijagaKejahatannya, manusia mati, cacat dan lukaHarta benda musnah, bangunan yang tinggi runtuh,

segala yang indah punahBinatang-binatang yang tidak berdosa juga ikut punah-ranahTanam-tanaman untuk makanan manusia turut musnahAduh! Jahatnya nafsu, runtuh rumahtanggaPecah persaudaraan, musnah kasih sayangAduh! Jahatnya nafsu manusia berkrisis dan berperangBerkelahi dan berbunuh-bunuhanZina lumrah berlaku, rogol dan pencabulan

merobek-robek maruah manusiaAduh! Merbahayanya nafsu,

musnah perikemanusiaan

LEMBUTNYA HATI MAZMUMAHBOLEH MATI37

T

Menjelang Asar07 - 08 - 1999

Page 58: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

58

Selepas Isyak04 - 08 - 1999

ERMUJAHADAHLAH membersihkan jiwaDari mazmumah yang merosakkan diri dan manusiaBermujahadahlah, jangan jemu-jemu dan kecewaBermujahadah melawan nafsu memang sakit dan susahBahkan meletihkan dan menjemukanKalau lemah semangat akan menyerah kalah

tanpa berjuangItulah yang dikehendaki oleh syaitanSyaitan tahu nafsu itu adalah jalannyaJika manusia tidak bermujahadah melawan nafsu

luaslah jalannyaBermaharajalelalah syaitan menggoda

dan memperdaya manusiaManusia diperkotak-katikkan ke sini dan ke sanaMacam bola di padang yang ditendang-tendang

oleh manusiaDipermainnya manusia itu semahu-mahunyaDiperhambanya manusia itu mengikut kehendaknyaBerjayalah syaitan terhadap kebanyakan manusiaSedikit sahaja manusia yang tidak masuk perangkapnya

BERMUJAHADAHLAHMEMBERSIHKAN JIWA38

B

Page 59: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

59

TASAWUF

IFAT-SIFAT semulajadi telah musnahFitrah murni punah-ranahSeorang ibu rasa keibuan sudah tidak ada lagiKerana itulah mengasuh anak-anaknya

terasa terpaksa bahkan rasa terseksaKasih sayang tidak adaSeorang bapa pula rasa tanggungjawab

sudah tidak adaMengeluar belanja merasa terpaksaGuru pun, rasa anak kepada murid-muridnya

sudah hilang dari jiwaDia merasakan adanya murid-murid itu

adalah tempat cari makanMurid pula rasa sayang dan hormat kepada gurunya

sudah gersangJumpa guru kerana tujuan ilmu untuk cari makan

di masa depannyaBegitu juga pemimpin tidak terasa lagi rakyat-rakyatnya

sebagai anak-anaknyaTempat rakyat dan pengikut dapat kasih sayang

dan bermesraTidak terasa lagi pemimpin itu

sebagai ibu tempat bermanjaBegitulah seterusnya isteri tidak terasa suami

sebagai kawan hidup tempat berlindungSuami tidak merasakan lagi isteri

sebagai kawan hidup tempat belaian kasih sayangSuami isteri sekadar melepaskan keperluan biologiSelepas itu ikatan hati sudah tidak ada lagiHidup rumahtangga selalu sahaja tegangJadi sekarang semua golongan sudah tidak lagi

mendapat kasih sayangJiwa manusia sudah jadi gersang

FITRAH MURNI TELAH PUNAH39

S

Page 60: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

60

Menjelang tidur02 - 10 - 1999

Benci, resah, gelisah, marah-marahRisau, kecewa, putus asaAkibat fitrah semulajadi

telah musnah dan punahDisebabkan kepentingan peribadi

terlalu menjadi-jadi

Page 61: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

61

TASAWUF

ALAU dari pandangan mataTerhadap gunung-ganang, lautan dan daratan,

langit dan bumiTidak terasa kuasa TuhanJika setiap peristiwa dan kejadianTidak terasa kebesaran-NyaSetiap nikmat tidak terasa anugerah TuhanKejadian malam dan siang tidak terasa pentadbiran

dan bijaksana-NyaOrang yang senang tiba-tiba jadi susahOrang yang susah tiba-tiba jadi senangTidak terasa ketentuan TuhanOrang yang hina jadi mulia, yang mulia jadi hinaTidak terasa Qudrat dan Iradat TuhanAir banjir, gunung berapi, gempa bumi

melenyapkan sekelip mata apa yang adaTidak terasa lagi hebatnya Tuhan, kemampuan,

Jabbar dan Qahhar-NyaKematian yang berlaku setiap hari

tidak diambil pengajaranApakah lagi yang boleh membangunkan

jiwa manusia dari tidurnya?Apakah lagi yang boleh menyedarkan

jiwa manusia dari kelalaiannya?Apa lagi agaknya dan macam mana lagi

gerangannya untuk menginsafkan manusia?Memang tidak ada jalan lagi buat manusiaSegala lorong dan jalan telah buntuUntuk manusia menempuh jalan kebenaranHati memang telah butaLebih-lebih lagi hati nuraninya telah matiSegala yang dilihat daripada

berbagai-bagai peristiwa

HATI NURANINYA TELAH MATI40

K

Page 62: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

62

Selepas Asar23 - 07 - 1999

Tidak merasa apa-apaPerasaan dan sensitivitinya sudah tiadaMacamlah anggota lahir yang lumpuhApa sahaja yang disentuhnya

sudah tidak terasa apa-apaInilah akibatnya tidak menjaga mata kepalaMenjadikan mata hati buta atau mati

Page 63: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

63

TASAWUF

28 - 08 - 1999

ATI yang lalai dengan Tuhan penuh dengan mazmumahHati yang tidak rasa bertuhan, rasa kehambaannya punahBila hati lalai, rasa bertuhan tiada, jiwa pun mati atau butaHati yang mati atau buta laksana batu yang kerasBatu yang keras, air pun tidak ditampungnyaSebarang apa pun ditanam di atasnya

tidak akan mahu tumbuhBegitulah hati apabila sudah keras macam batuSebarang pengajaran tidak akan boleh diterimanyaJika dinasihat sakit hatinyaSebut nama Tuhan tidak terasa apa-apaDiingatkan dosa dan pahala,

acuh tak acuh sahaja mendengarnyaSebut sahaja Syurga, Neraka, malu mendengarnyaAdakalanya mencemik mulutnyaPejuang-pejuang Islam sangat dibencinyaBahkan dimusuhi dan diperanginyaManusia-manusia yang hatinya sudah keras inilah

yang menjadi bencana kepada duniaYang melahirkan penzalim dan penindasYang membuat maksiat dan onarYang meruntuhkan peri kemanusiaanYang merosakkan maruah manusiaHuru-hara dunia dibuatnyaDahsyatnya sekali hati

apabila telah keras menjadi batu

HATI YANG LALAI DENGAN TUHAN41

H

Page 64: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

64

EMBUNUH jiwa atau mematikan hati banyak perkaranyaKenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanyaOrang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan duniaBahkan perosak segala-galanya terutama agamaDi antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hatiMata tidak dikawal daripada dosaTelinga juga suka mendengar perkara yang lucah

dan tidak bersopanMendengar umpatan dan perkataan yang melalaikanHati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan

yang tidak halalDi waktu keseorangan suka berangan-angan

dan berkhayal-khayalApatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halalLebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati

atau menghitamkannyaPergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan

kenalah jagaKerana di sana boleh memberangsangkan

nafsu haiwan kepada manusiaDari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwaApabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah

akan menimpanyaDi waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnyaLahirlah berbagai-bagai maksiat

dan kemungkaran oleh manusiaGejala masyarakat pun bermaharajalelaPunah-ranahlah pergaulan manusiaDi waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian

di dalam masyarakat manusiaMaka menjadi balalah kepada kehidupan manusiaDi Akhirat masuk Neraka

HINDARI PERKARA YANGMEMATIKAN HATI42

P

Selepas Isyak15 - 10 - 1999

Page 65: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

65

TASAWUF

RANG lain susah mengenal diri kitaSepertimana kita juga susah mengenal diri orang lainLebih-lebih lagi orang itu atau kita tidak selalu bergaul dari dekatBahkan kalau selalu bergaul seseorang itu

dengan seseorang yang lain punSesetengah orang payah mengenal orang yang digaulinyaSekiranya ilmu seseorang cetek terutama cetek

di bidang ilmu kerohanianIlmu tentang hati dan nafsu berdasarkan syariat IslamBukan sekadar itu, ada manusia yang dia tidak kenal

hakikat diri sendiriApakah dia orang baik atau orang jahatDi sini saya ingin memaparkan kepada pembaca

beberapa soalan atau pertanyaanKemudian kita ukur dengan diri kita sendiriDengan menilai hati, nafsu dan akal kitaNanti kita sendiri akan sedar dan dapat jawapan

siapa sebenarnya diri kitaKita sendiri boleh menghukum diri kitaKita boleh menentukan kita ini siapaApakah kita hamba Allah yang telah dapat

mengekalkan sifat kehambaanAtau kita sebagai hamba telah memakai sifat ketuananYang lebih parah lagi kita memakai sifat ketuhanan,

waliyazubillahSelepas ini nanti terpulanglah kepada kita

apakah kita sanggup mengubah sikap kitaKepada seorang hamba yang dapat mengekalkan

sifat kehambaan yang kita ini memang hambaSeperti rasa takut kepada Tuhan, hina, malu,

lemah, harap, menyerah diri, kesalSyukur, redha, rasa bersalah

dan lain-lain lagi sifat kehambaan

SUSAH MENGENAL DIRI43

O

8.22 pagi Selasa25 - 02 - 1997

(17 Syawal 1417H)

Page 66: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

66

UDAHKAH engkau kenal diri engkau?Mengenal secara maknawi dan rohaniKerana mengenal diri secara fizikal

mungkin mudah dan senangDapatkah engkau kesan ilmu yang engkau miliki itu

sejauh mana nilainya mengikut TuhanSudahkah engkau dapat membaca

ilmu yang engkau miliki itu sejauh manamemberi manfaat kepada agama dan dunia

Apa engkau rasa dengan ilmu engkau?Engkau berbanggakah atau bersyukur

dan merendah diri?Lebih-lebih lagi engkau kenalkah

jiwa atau hati engkau?Engkau dapat kesankah jiwa engkau

tentang mazmumah dan mahmudahnyaBolehkah engkau menilai apakah yang engkau

lintaskan di dalam hati engkau?Kebesaran apa yang engkau rasa

di dalam jiwa engkau?Apa engkau rasa bila berbagai-bagai perubahan

yang engkau lihat dan rasaKalau engkau tidak perasan ini semuaAtau ia berlalu begitu sahaja,

engkau belum kenal diri engkauJika diri engkau tidak kenal,

lebih-lebih lagi diri guru engkausudah pasti engkau tidak kenal?!

Kalau guru engkau sendiri engkau tidak kenalWah, lebih-lebih lagi Tuhan engkau

belum engkau kenal lagiOleh itu mengapa engkau membesarkan diri

tidak mahu dipimpin lagi?

SUDAHKAH KENAL DIRI?44

S

Page 67: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

67

TASAWUF

Menjelang Maghrib14 - 12 - 1999

(06 Ramadhan 1420H)

Diri engkau sendiri pun engkau belum kenal?Engkau mahu berjalan sendiri tanpa pimpinan?Lebih-lebih lagi engkau ada cita-cita

hendak pimpin orang lain?Jangan! Jangan! Nanti engkau akan sesat

dan menyesatkan orang lainNilailah diri engkau!Engkau patut jadi pengikut atau menjadi pemimpin?Kalau engkau hendak jadi pemimpin,

engkau mesti kenal sungguh diri engkauJika tidak bagaimana engkau

hendak kenal diri orang lain

Page 68: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

68

NGKAU jaga sangat jasad lahir engkauEngkau jaga dan belai muka engkau

agar licin dan cantikEngkau gunakan berbagai-bagai jenis krim

dan losyen untuk menjaga kulit badanAgar kulit sentiasa licin dan tegangEngkau makan berbagai-bagai makanan awet mudaUntuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkauSemua yang engkau jaga itu adalah nilai duniaKerana badan lahir ini bukan ada perasaan mengenal TuhanJauh sekali rasa kehambaanLantaran itu apabila mati dibaham

oleh ulat dan jadi tanahErtinya ia tidak kekal abadiTapi malang sekali anggota batin engkau

yang boleh jadi nilai AkhiratEngkau abaikanAkal yang menjadikan engkau mukallafJiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan

engkau cuaikanNafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taatKepada Tuhan semesta alamEngkau tidak ambil peduli pun

untuk bermujahadah terhadapnyaPadahal semuanya ada nilai AkhiratDia adalah kekal abadi di Akhirat kelakSama ada ke Syurga atau ke NerakaSebenarnya akal, jiwa, nafsu

inilah hakikat diri engkauBadan lahir kalau engkau abaikanHanya menderita di dunia sahajaTapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau,

jika engkau abaikan

ENGKAU JAGA SANGATJASAD LAHIR45

E

Page 69: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

69

TASAWUF

02 - 11 - 1999

Dia akan menderita di NerakaEngkau abaikan hakikat diri engkauEngkau termasuk orang yang sangat zalimTapi engkau tidak nampak engkau menzalimi

diri engkau sendiriYang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkauOrang menzalimi diri engkau, engkau dapat pahalaTapi engkau menzalimi diri engkau sendiri,

dapat bala dan Neraka

Page 70: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

70

Menjelang Maghrib05 - 11 - 1999

NGKAU jaga sangat diri lahirmuSama ada cantik atau buruk, cacat atau tidakEngkau hias selalu, engkau jaga kesihatanSetengah orang kerana terlalu memikirkan diri yang lahirUntuk kecantikannya, dia membuat pembedahan/surgeryMembetulkan hidung yang peset menjadi mancungPipi yang berkedut menjadi licinBuah dada yang lembik menjadi tegangEngkau sanggup bayar kerananya berjuta-juta ringgitPadahal diri engkau yang hakiki yang kekal abadi,

engkau sia-siakanEngkau tidak ambil peduli punBerbagai-bagai penyakit kronik yang telah menimpa

jasad batinmuTidak pernah pun engkau hendak mengubatnyaPadahal hakikat diri engkau

yang engkau tidak ambil kisah ituTelah merosakkan dirimu sendiriBahkan telah merosakkan kehidupan orang lainJasad batin engkau telah menghuru-harakan orangDunia telah menjadi haru-biruDisebabkan diri yang kekal abadi ituTapi masih engkau tidak ambil pusing lagiEngkau masih memikirkan benda-benda luaran sahajaJasad batin engkau biar ditimpa berbagai-bagai penyakitPadahal engkau telah menerima risikonyaBahkan engkau telah melihat bagaimana

ia telah merosakkan orang lainHal ini segala-galanya berlaku

kerana engkau tidak kenal TuhanDan tidak rasa bertuhan

ENGKAU BIARKAN BATINMU46

E

Page 71: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

71

TASAWUF

NGGOTA lahir kalau dia cacat kita terasaAtau dia sakit kita terasa jugaCacat atau sakit disebabkan kena duri,

kena kayu, terpijak pakuTerjatuh atau terantukKerana cacat atau sakit kita terasa,

cepat-cepat kita mengubatnyaAnggota batin atau hakikat diri engkau cacat

atau sakit tidak terasaKerana itulah engkau tidak terfikir untuk mengubatnyaCacat atau sakit disebabkan ilmu, kedudukan atau hartaJuga disebabkan oleh pujian,

kecantikan muka atau sasa badannyaAtau dia rosak disebabkan oleh bala bencana

yang kita tidak sabar menanggungnya atau tidak redhaAdakalanya dia cacat dikeranakan oleh ibadah yang banyak,

hati pun berbungaRasa takut dengan Allah pun hilang bahkan terasa amanTidak kurang juga ia cacat rasa bertuhanJuga tidak rasa kehambaan merosakkan hati dan jiwaRosak anggota lahir, habis di dunia sahajaBahkan ia boleh mendatangkan pahala

kepada seseorang hamba, ia masih untung jugaRosak hati atau jasad batin, ia jadi derhakaBala bencananya lebih besar lagi,

kerana berdosa akhirnya ke NerakaJagalah jasad batin jangan sampai ia cacatLebih-lebih lagi rosakIa adalah hakikat diri kitaIa kekal abadi hingga ke AkhiratDialah yang akan diazab

atau menerima rahmat di Syurga

ANGGOTA LAHIR CACATKITA TERASA47

A

Menjelang Maghrib06 - 11 - 1999

Page 72: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

72

EMI nama dan glamourGunung yang tinggi sanggup engkau dakiSekalipun nyawa menjadi tebusannyaGaung yang dalam engkau terjunWalaupun patah kakiAtau mungkin matiLautan yang luas sanggup engkau jelajahinyaPadang pasir engkau terokaiHutan belantara engkau harungiSusah dan payah tidak ada di dalam kamus hidupmuPenderitaan mudah engkau laluiDemi mengejar namaDemi mengharumkan negaraTapi demi untuk AllahSembahyang Subuh dua rakaat tidak mampu

engkau melakukannyaTudung berat hendak diletak di atas kepalaMenegakkan kebenaran tidak mampu

engkau melaksananyaTakut apa orang kataMemperjuangkan kebenaran apatah lagiTidak sanggup menerima risikonyaTapi demi namaSekalipun risikonya tinggiEngkau sanggup melakukannya

DEMI NAMA DAN GLAMOUR48

D

Selepas Asar06 - 03 - 1999

Page 73: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

73

TASAWUF

PABILA hati manusia telah butaAtau jika hati manusia telah matiPerasaannya yang positif sudah tidak ada lagiKasih sayangnya hilang, rasa simpatinya gersangBertimbang rasa sesama manusia lenyap sama sekaliBelas kasihannya tercabut sama sekali dari jiwanyaMaaf-bermaafan tidak akan berlaku sesama manusiaDi waktu itu hatinya kejam, jiwanya kerasKalau dia menzalim atau menganiaya manusia,

terhibur hatinyaKalau dia disinggung orang, sangat berdendamJika orang mendapat kesusahan gembira hatinyaPuas hatinya melihat orang di dalam penderitaanDia jadi orang pemarah, emosional dan pemberangJangan ada orang yang mencabarnya, dia tidak sabarDia akan bertindak balas kepada orang ituKalau mendapat pangkat, kekayaan, sombongnya terserlahJika mendapat kesusahan atau ujian,

aduh sungguh derita jiwanyaSentiasa sahaja keluh-kesah, resah dan gelisahMarah-marah pun tiba, hingga sikap tidak normal lagiPantang diberi ingatan dan nasihatPayah mahu menerima bahkan dia tersinggungSakit hati pun membara kepada orang ituBegitulah jika hati manusia sudah butaAtau kalau jiwa manusia telah matiOleh itu hati kenalah jagaJangan biarkan ia buta atau mati

APABILA HATI SUDAH BUTA49

A

Menjelang Maghrib23 - 12 - 1999

(16 Ramadhan 1420H)

Page 74: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

74

PABILA hati lapang, rumah yang sempit terasa lapangApabila hati sempit, rumah yang luas terasa sempitDada rohaniah kita kenalah jagaSenang, susah dialah yang menentukanBila dada lapang, hidup yang susah terasa senangHidup payah, terasa mewahMiskin terasa kaya bahkan bahagiaApabila dada rohaniah sempitDi mana sahaja pergi terasa terhimpitTempat yang lapang terasa sempitKaya terasa miskin, ada terasa tiadaMakan rasa tidak sempurnaPadahal di hadapannya bermacam-macam jenis lauknyaBila dada sempit dia tidak tahu apa yang hendak dicarinyaSeolah-olah mencari barang yang tiada dimilikinyaDia tidak terasa memiliki apa-apaRasa tiada sepanjang masa, rasa kurang sahajaJusteru itulah rasa tidak senang, menusuk dadanyaRasa tidak tenang merobek hatinyaMacam ditimpa kanser di dada

yang tidak dapat dilihat oleh mataHanya yang terasa sakitnya

BILA HATI LAPANG50

A

Selepas Asar06 - 05 - 1997

Page 75: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

75

TASAWUF

ENYAKIT jiwa apabila parah,lahir penyakit putus asa

Putus asa, segala yang dimiliki tiada bergunaSegala kemewahan, kebahagiaan, semua kekayaan

tidak dapat mengubatnyaAkhirnya kalau tidak dikawal dia akan bunuh diriItulah jalan keluar baginyaDia lupa, dia lari dari penderitaan yang maha kecilKepada penderitaan yang maha besarTetapi dia jahil hakikat Akhirat, dia terjeratPerbandingan penderitaan dunia

dengan penderitaan AkhiratMacam gigitan semut dengan gigitan singa garang

yang membaham dengan taringnyaPenyakit jiwa bukan kerana tiada harta

atau tiada bintang di dadaTidak juga kerana tiada pangkat

atau tiada nama dan glamourPenyakit jiwa ialah penyakit tiada percaya

kepada Tuhan yang Maha EsaAtau percaya tapi tiada pautannyaQadha dan qadar dari Tuhan tiada dihayatiPenyerahan diri kepada Tuhan tiadaBantuan Tuhan tiada diharapnyaUntuk mengubat penyakit jiwa

bukan dengan hartaTidak juga dengan betina,

tidak juga dengan namaBukan juga dengan makan minum,

menjamu seleraTidak juga dengan melancong

ke Barat dan ke TimurHiburan, tonton wayang,

PENYAKIT JIWA BILA PARAH51

P

Page 76: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

76

Selepas Isyak26 - 05 - 1997

(18 Muharram 1418H)

pergi disko bukan caranyaTidak juga melihat hutan, mandi-manda

di tepi pantai atau melihat air terjunUbatnya tanamkan keyakinan kepada Allah

yang Maha EsaRedha menerima qadha dan qadar-NyaBerserah diri kepada Allah dan baik sangka kepada-NyaPenyakit jiwa tidak berlaku pada orang yang beriman

betapalah penyakit putus asa

Page 77: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

77

TASAWUF

LANGKAH payahnya menjaga hatiSekalipun berhati-hatiBila orang puji berbungaApabila orang keji, aduh sakitnya macam kena cucuk

atau kena tusukApabila membuat kebajikanMendesak-desak sahaja hendak berceritaJika tidak bercerita rasa terseksaDi sini ada glamourDi sinilah ada namaOh, ruginya kalau tidak diceritaBila berpidato, orang mengangguk-anggukBoleh tahan juga aku ini, bisiknyaKalau melihat orang lain ada mempunyai kelebihanAduh, macam makan buah pahit rasanyaHati kerut membawa ke mukaAtau muka masam macam cukaApabila melihat kawan-kawan mempunyai

kelemahan-kelemahanHati mendesak-desak hendak mengata atau menghinaAduh, susahnya menjaga hati!Aduh, di manakah keikhlasan?!Sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan

ALANGKAH PAYAHNYAMENJAGA HATI52

A

Selepas Asar28 - 04 - 1997

Page 78: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

78

Selepas Asar14 - 11 - 1998

USAH sungguh hendak meluruskan hatiBerubah sahaja situasi dia pun berubah pulaPayah sangat hendak dicorakkan di dalam satu warnaWarna hati sentiasa berubahDia tidak mahu istiqamahMudah sahaja tergugat oleh suasanaApabila mendapat ujian kesusahan dia mula gelisahJika bertambah lagi ujian jiwa bertambah parahManakala mendapat kesenangan dia pun berbungaKalau bertambah lagi kesenangan,

bunganya bertambah merah dan cerahDia terlonta-lonta kegembiraan, lupa daratanDia terasa orang istimewaOrang lain semuanya malangTuhan! Luruskanlah hatikuDi dalam sebarang situasiDi waktu susah dan senangDi masa sempit dan lapangEngkau jadikanlah hatiku di dalam sebarang waktu

tidak cacat dengan-MuBahkan setiap kejadian yang berlaku

menguatkan imanku

WARNA HATI SENTIASA BERUBAH53

S

Page 79: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

79

TASAWUF

Selepas Subuh19 - 11 - 1998

ENUNGLAH selalu hati kitaKerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatanWadah kekufuran dan keimananRebutan di antara malaikat dan syaitanHati perasaannya halusSentuhannya tiada terasaTapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kitaSiapa yang arif perjalanan hatinyaFaham kebaikan dan kejahatannyaBersungguh-sungguh bermujahadah

membuang kejahatannyaDiganti segera dengan kebaikanOrang itu akan selamat dari tipu daya

syaitan dan duniaRamai orang tidak faham perjalanan hatinya

sekalipun ulamaTerima sahaja yang baik dan yang buruknyaKemudian merasakan baik semuanyaTiada terasa lagi membuat dosaDi sinilah perlu pimpinan guru

yang mengenal hati manusia

RENUNGLAH SELALU HATI KITA54

R

Page 80: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

80

ATI daging adalah sarang atau rumah bagi hati nuraniHati nurani boleh juga dipanggil hati batinHati daging adalah bersifat lahirIa merupakan kajian para doktor perubatanHati nurani yang boleh juga dipanggil rohIa adalah merupakan bahan kajian

para doktor kerohanianSeperti para rasul, nabi-nabi,

para wali dan ulama-ulama sufiPerbahasan kita di sini adalah hati nurani atau rohKerana ia menjadi pandangan TuhanApakah seseorang itu taat atau derhakaIa merupakan penentu apakah seseorang itu

ke Syurga atau ke NerakaIa dianggap raja di dalam diri manusiaBaik raja diri maka baiklah seluruh anggotaJika raja itu jahat maka jahatlah seluruh anggotaKalau ia bersih daripada segala godaan mazmumah,

mendapat kemenanganlah manusiaSekiranya ia digoda oleh mazmumah,

gagal dan kecewalah yang empunya diriSungguh ajaib hati di segi sifatnya

dan rohaninya serta peranannyaPenuh rahsia, penuh misteri,

jarang manusia dapat menyelaminyaIa merupakan khazanah ilmu dan hikmah yang tersimpanYang datang daripada saluran-saluran jawarih insanSeperti mata, telinga, tangan dan lain-lain anggota badanMarilah seterusnya kita mengenal hati nuraniDengan cara kita membuat perumpamaan-perumpamaan

dan ibarat-ibaratSebagai pendekatan-pendekatan untuk mudah kita fahamHati ibarat perigi atau kolam yang amat jernih

MENGENAL HATIDAN KEAJAIBANNYA55

H

Page 81: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

81

TASAWUF

Menjelang Tidur05 - 10 - 2000

Dia akan terus jernih jika dijagabahkan akan bertambah jernihjika dimasukkan tawas di dalamnya

Badan menjadi sihat dan segarjika diminum dan dibuat mandi

Tapi ia akan menjadi kotor atau keruhkalau dibiarkan masuk benda-bendayang mengotorkannya

Akan mendatangkan penyakit jika digunakanHati ibarat tanah yang subur,

jika digemburkan bertambah suburBoleh menumbuhkan berbagai-bagai jenis tanaman

yang memberi faedahTetapi jika ia menjadi kemarau dan gersangTiada kehidupan yang boleh hidupYang tiada memberi apa-apa faedah

kepada makhluk Tuhan

Page 82: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

82

UHAN menganugerahkan kepada engkauhati atau jiwa sebagai wadah

Ia adalah anggota yang paling pentingdi dalam diri manusia

Tapi malang, atau sungguh sayangEngkau tidak jadikan wadah menerima hidayahWadah engkau tidak pun engkau isi dengan kasih sayangHati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhanJiwa engkau sebagai wadah, tidak engkau isi rasa kehambaanWadah engkau, engkau kosongkan

daripada timbang rasa dan peri kemanusiaanEngkau kosongkan wadah engkau

daripada perasaan-perasaan yang muliaTapi apa yang engkau isikan?Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah

yang merosakkan manusiaBahkan yang menghancurkan duniaHati engkau tidak engkau jadikan cermin melihat kebenaranEngkau butakan hati engkauHingga tidak ada lagi rasa bertuhanSetidak-tidaknya engkau merabunkanHingga engkau ragu dengan kebenaranSayang, hati atau jiwa yang paling berhargaYang menentukan engkau manusia yang ada kemanusiaanTapi engkau abaikanTapi yang engkau urus sangat dan engkau belaiAnggota lahir engkau, jawarih engkauAnggota yang akan dimakan ulat dan binasaAnggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan,

engkau abai dan biarkanPadahal hati tempat pandangan Tuhan

HATI SEBAGAI WADAH56

T

Selepas ekspedisi01 - 10 - 1999

Page 83: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

83

TASAWUF

Selepas Isyak04 - 08 - 1999

ERSIHKANLAH jiwa kerana ia adalah wadahTempat Allah mengisi iman dan keyakinanBersihkanlah jiwa ia ibarat cerminJangan sampai ia kotor dan kaburJika ia kotor atau kabur tidak nampak lagi kebenaranBersihkanlah jiwa, ia laksana radar menangkap apa sahajaApabila jiwa kotor macam radar yang telah rosakIa tidak dapat lagi mengesan apa-apaErtinya jiwa tidak akan boleh menerima pengajaranBersihkanlah jiwa ia ibarat kameraBoleh menggambar apa sahaja secara tepatJika jiwa kotor, ibarat kamera yang tidak berfungsiTidak dapat menggambarkan secara tepat kebenaran agamaApa yang ditangkapnya tidak jelasIa jadi ragu-ragu dan mengelirukan

BERSIHKANLAH JIWA KERANAIA ADALAH WADAH57

B

Page 84: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

84

UPANYA kalau barang-barang murahatau mata benda yang murah

Sama ada tidak dimiliki atau ada dimiliki,semua manusia terasa

Atau setiap orang yang empunyaatau tidak berpunya itu sedar

Orang yang kaya dengan hartadia sedar yang dia kaya

Orang yang miskin juga dia sedaryang dia tidak empunya

Orang yang berumah besar dan cantikdia sedar memiliki itu semua

Juga orang yang rumah kecil dan burukdia juga sedar yang demikian itu

Begitulah seterusnya orang yang bermuka cantikdia sedar yang dia cantik

Orang yang muka buruk juga sedaryang dia bermuka buruk

Tapi malang sekali, orang yang tidak dapat hidayah,dia tidak sedar tidak dapat petunjuk-Nya

Orang yang tidak miliki imantidak terasa tidak punya iman

Juga orang yang tidak terasa tidak bertuhan,ia tidak terasa dia tidak merasa bertuhan

Begitu juga orang yang hatinya penuh mazmumahseperti sombong, riyak, ujub

Dia tidak terasa ia miliki itu semuaRupanya di dalam hidup ini

benda yang zahir mudah dikesanPerkara-perkara yang maknawi dan rohani

payah diketahuiKerana itulah lumrah manusia di dunia ini

sibuk dengan soal-soal lahiriah

SOAL MAKNAWI SUKAR DIRASA58

R

Page 85: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

85

TASAWUF

Selepas Jumaat01 - 10 - 1999

Sama ada yang positif mahupun yang negatifPerkara-perkara maknawi dan rohani

manusia tidak mempedulikanKerana itulah persoalan iman, hidayah dan taqwa

kurang dipersoalkanPersoalan mazmumah jarang diambil perhatianOrang hanya sibuk-sibuk dengan persoalan luaranSoal-soal di dalam terabai dan dicuaikanKerana itulah penyakit masyarakat

susah hendak ditumpaskan

Page 86: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

86

A Allah! Engkau celikkanlah rohkuAgar jasad lahirku patuh kepada-MuHidupkanlah jiwaku agar jawarihkuTaat dan setia kepada-Mu

Tuhan!Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhanBangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaanAgar fitrahku dapat dikembalikan kepada asal kejadianFitrah semulajadi sebelum dirosakkanDia telah kenal TuhanDia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaanNanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaranJanganlah Engkau tinggalkan jiwaku butaHingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!Peliharalah fitrahkuJanganlah sampai ada yang merosakkannyaJagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!Rosak fitrahkuMaka rosaklah jawarihkuRosak fitrahku, rosak pulalah syariatkuYang paling aku takut, jangan sampai rosakPerhubunganku dengan TuhanKalau berlaku, punahlah kehidupankuDunia dan AkhiratSia-sialah umur dan kehidupanku

CELIKKANLAH ROHKU59

Y

Page 87: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

87

TASAWUF

Menjelang tidur08 - 11 - 1999

Malanglah aku dan binasalah akuOleh itu sekali lagi harapanku kepada-MuJagalah fitrah semulajadikuAku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujianEngkau sajalah yang mampu menjaganya

Page 88: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

88

ALAU jiwa manusia itu sentiasa hidupDan hati manusia itu sentiasa jagaManusia boleh belajar dengan rasa hatiItulah yang dikatakan fitrah semula jadiCuma Islam itu menguatkannya sahajaSaya bawa beberapa contoh:Setiap jiwa manusia ingin disayangiKalau begitu dia tentulah akan menyayangi manusia lainKerana kemahuan manusia itu samaSetiap insan suka kalau orang pemurah dengannyaItukan menyedarkan kita bahawa kita juga

patut pemurah dengan manusia,kemahuan manusia itu serupa

Manusia itu suka ia ditolong terutama di masa susahPerasaan itu sebenarnya mengajar kita,

kita juga patut menolong orang lainKerana kehidupan manusia itu sama sahajaSetiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafanItu memberi tahu kita sepatutnya kita juga

memberi kemaafan kepada orang lainKerana perasaan manusia itu adalah samaSetiap insan suka kalau dia diberi keadilanIa menyedarkan bahawa setiap orang patut

menegakkan keadilan kepada manusiaSetiap orang tidak suka kalau dia difitnah,

dizalimi dan disusahkannyaKalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah,

menzalimi dan menyusahkan orang lainTapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begituKerana hidup manusia itu samaSetiap orang itu hanya suka kalau dia diberi kasih sayang

dan diberi perhatianDia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan

BELAJAR MELALUI RASA HATI60

K

Page 89: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

89

TASAWUF

Menjelang Maghrib21 - 02 - 2000

Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannyaDia suka tidak diganggu, difitnah,

dizalimi dan disusahkanTapi dia suka menimpakan kesusahan

kepada orang lainMengapa terjadi begitu?Kerana jiwa manusia sudah buta

dan terlalu mementingkan diri

Page 90: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

90

IKA seorang hamba itu ilmunya cukupJiwanya bersih hingga hatinya terpimpinKelihatan orangnya tenangIbadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplinBerhadapan dengan orang, penuh bijaksana

dan lemah lembutWibawanya tinggi, akhlaknya muliaHingga disenangi oleh orangKalau dia pemimpin, sangat dikasihi dan disayangiKerja-kerja tersusun dan teraturTenang, tidak gopoh, berdisiplinPandai bergaul dengan manusiaSangat beradab dengan TuhannyaRedha dengan ketentuan Tuhan, sabar dengan ujianMengutamakan orang lain dari dirinyaBertimbang rasa dengan manusiaSangat bersimpati dengan orang yang susah

dan mendapat kemalanganIngatannya dengan Tuhan sentiasa hidupJiwanya hidup, sangat peka,

suka khidmat dengan manusia

HAMBA YANG JIWANYA BERSIH61

J

Menjelang tidur08 - 10 - 1999

Page 91: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

91

TASAWUF

PABILA jiwa hidup atau jiwa jagaApa sahaja yang dilihat, dirasa, didengar,

disentuh menambahkan imanOrang yang jiwanya hidup sangat sensitif

dengan TuhanSegala apa yang dialami terhubung terus

dengan Khaliqul AlamTuhan sentiasa mengusik-usik perasaannyaApatah lagi setiap yang hebat terasa olehnya

kehebatan TuhanSetiap kebesaran yang dilihat terasa olehnya

kebesaran TuhanPerjalanan malam dan siang terasa olehnya

pentadbiran pencipta alamAir bah, gunung berapi yang meletup, gempa bumi

terasa olehnya kekuasaan dan qudrat TuhanSetiap yang berlaku terasa olehnya kehendak TuhanBegitulah orang yang jiwanya hidupRasa bertuhan sentiasa suburBuahnya lahirlah rasa kehambaan yang mendalamTapi apabila jiwa mati atau jiwa buta,

apa yang dilihatnya, didengar, dirasadan sebarang kejadiantidak terasa apa-apa lagi

Bahkan makin membunuh rasa bertuhanRasa bertuhan terus matiSide effectnya ialah rasa kehambaan hilangMaka berlakulah satu malapetaka yang besar

kepada manusia di duniaApabila rasa bertuhan subur, tidak ada berlaku

berbagai-bagai gejala yang tidak sihatPenipuan, penzaliman, rasuah, pembohongan,

pembunuhan, penzinaan, perogolan,

APABILA JIWA HIDUP62

A

Page 92: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

92

pencerobohan, pecah-belah di kalangan manusiadi semua peringkat menjadi-jadi

Akhirnya dunia jadi neraka, yang menderitamanusia juga

Maka musnahlah seluruh kehidupan manusiaSegala kesenangan dan kemewahan

sudah tidak ada erti apa-apa lagi

Selepas Asar20 Muharam 1421H

Page 93: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

93

TASAWUF

PABILA seorang mukmin itu mempertajam hati atau jiwanyaDitajamkan dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaanKemudian dibawa berfikir dan berfikirDia akan jadi orang yang cepat cerdik dan pandaiLihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAWBangsa Arab yang tidak tahu menulis

dan membaca dididik olehnyaBerhadapan dengan bangsa Rom dan Parsi

yang bertamadun, yang menguasai dunia di waktu ituSedangkan bangsa Rom dan Parsi

hanya mengasah akalnya semata-mataMaka menjadilah mereka orang yang pandaiTapi Rasulullah mengasah akal dan jiwa bangsa Arab

dan bangsa-bangsa yang mengikutnyaMaka dengan masa yang singkat sahaja,

iaitu selama 23 tahunUmat Islam menjadi umat yang cepat pandai dan cerdikAkhirnya di dalam masa 30 tahun

umat Islam menguasai 3/4 duniaFakta sejarah ini patut orang Islam mengetahui

dan mengambil pengajaran daripadanyaUntuk mengejar tamadun Barat dan Timur iaitu komunisTajamkan jiwanya dan akalnya serentakUmat Islam akan cepat menjadi cerdik dan pandaiMengatasi Timur dan Barat yang hanya semata-mata

mempertajam akalnyaTapi malang umat Islam jiwanya sudah butaAkalnya pula tidak digunakan seperti apa yang digunakan

oleh orang Barat dan TimurSedangkan mereka di waktu itu sudah lebih maju

dan bertamadun dari umat IslamBagaimanakah umat Islam hendak mengalahkan merekaMaka oleh itu umat Islam kenalah ubah sikapnya

APABILA MEMPERTAJAMKAN HATI63

A

Page 94: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

94

Menjelang Zuhur29 - 08 - 2000

Jangan hanya mempertajamkan akalseperti yang sedang hendak dilakukan sekarang

Tapi yang lebih utama jadikan tapaknya itumempertajamkan jiwa lebih dahulu

Di atas ketajaman jiwa itulah bawalah berfikirdan terus berfikir

Natijahnya nanti sangat luar biasaIaitu akan melahirkan ilmu-ilmu yang dalam dan seni

yang menakjubkan dunia

Page 95: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

95

TASAWUF

AHIR dan batin kita biarlah samaterhadap pegangan kita terhadap Tuhan

Janganlah satu membohongi yang lainJanganlah akal mempercayainya, lisan kita mengakui

tapi jiwa kita tidak menghayatiKita yakin dengan Tuhan,

lidah kita selalu menyebut-Nya,tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan

Akal kita yakin Tuhan itu berkuasatapi kita tidak terasa Dia menguasai kita setiap masa

Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu,mulut selalu berkata, namun hati tidak terasa

Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat,lisan juga kalau ditanya dia mengiakan,tapi hati tidak terasa dilihat

Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal,lidah juga tidak membohonginyanamun hati tidak sedar Tuhan mendengar

Sifat mendengar Tuhan hanya diketahuidi dalam pengetahuan, akal tidak menolaknya,tapi hati tidak terasa

Kerana itulah kita boleh bercakap bohongPercakapan kita selalu sahaja sia-sia

yang tidak memberi apa-apa faedahPercakapan kita selalu sahaja membohongi

pengetahuan kitaSikap dan pengetahuan kita tidak samaSikap kita membohongi akal kitaOrang mukmin sejati

akal, hati dan tindakannya samaKetiga-tiga anggota manusia itu selarasTidak membohongi satu sama lainJujur di luar, jujur di dalam

LAHIR BATIN HENDAKLAHSELARAS64

L

Page 96: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

96

Menjelang Tidur01 - 08 - 2001

Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnyaTidak bertentangan satu sama lainCiri-ciri nifak tidak wujudSama ada terang-terangan

mahupun yang tersembunyiLahir dan batin sama-sama lurusTidak bercanggah satu sama lain

yang lahir dengan yang batinBegitulah sikap mukmin sejati

Page 97: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

97

TASAWUF

UHAN! Luruskanlah hatiku!Agar syariatku lurus dan sikapku berlaku lurus selaluBersihkanlah hatiku!Agar keihklasanku kepada-Mu kental dan jituJuga supaya kebaikanku tidak bercampur dengan kejahatanSupaya tidak bercampur di antara ketaatan dan kederhakaanTuhan! Engkau jatuhkanlah selalu di dalam hatiku

ilmu dan hikmahPengajaran dan ingatanGerakkanlah hatiku sesuatu yang sesuai

dengan kehendak-kehendak-MuAku berlindung dengan-Mu daripada gerakan hati

daripada ilham syaitanIngatan-ingatan hati yang inginkan kejahatanTuhan peliharalah hatiku!Kerana ia adalah wadah tempat rebutan malaikat dan syaitanBiarlah malaikat yang mengisinyaKerana pengisian daripada malaikat

adalah daripada-Mu TuhanPengisian daripada syaitan tiada lain

melainkan kejahatan dan keraguanTuhan! Selamatkanlah hatiku daripada cintakan duniaKerana ia adalah ibu segala kejahatanAgar Engkau kucintai dengan sepenuh hatiCintakan Engkau adalah ibu segala kebaikanTuhan! Jauhkan hatiku daripada angan-anganKerana ia adalah perkara yang sia-sia

dan membuang masaTapi isilah hatiku selalu mengingati-MuAgar aku tidak terlalai-lalai

PELIHARALAH HATIKU!65

T

Selepas Isyak26 - 09 - 1999

Page 98: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

98

A Allah, dengan berkat Nabi-Mudan berkat Imamul Mahdi-Mu

Luruskanlah hatiku agar agamaku lurusBetulkanlah hatiku agar aku ikhlas selaluTetapkanlah hatiku agar aku tidak tergugat

oleh ujian yang menimpakuYa Allah, Tuhan yang mencipta hati!Bersihkanlah hatiku agar mazmumahku

tidak merosakkan agamakuDan juga tidak merosakkan kehidupan orang lainWahai Tuhan yang membolak-balikkan hatiKuatkanlah hatiku agar keyakinanku tidak mudah berubahSupaya aku sentiasa tabahTuhan! Engkau rasakanlah selalu hatiku, sentiasa bersama-MuSupaya aku rasa ada kawan yang melindungikuAgar aku tidak rasa sepi di dalam hidupkuDan aku akan merasa malu melanggar perintah-MuDan aku sentiasa siap-siaga menunaikan suruhan-MuYa Allah, Tuhan yang menjaga hati!Baikilah hatiku agar seluruh hidupku menjadi baikSupaya tidak khianat, tidak hasad,

dan tidak berdendam sesama manusiaTuhan, limpahkanlah selalu ke dalam hatiku,

ilmu dan hikmahHingga aku dapat menyuluh hatiku

dan menyuluh kehidupankuSupaya lahir dan batinku sentiasa bersyariatAgar lahir batinku menjadi taatTuhan, aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

LURUSKAN HATIKU66

Y

Menjelang tidur16 - 09 - 1999

Page 99: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

99

TASAWUF

ENGALIRLAH air mata mukminatau mengalirlah air mata hatinyabila mengingat Tuhannya

Malunya hati mukmin bila mengenangRahim dan Rahman Tuhan,anugerah dan pemberian-Nya

Remuk-redamlah hatinya bila teringatQahhar dan Jabbar-Nya

Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-NyaResah gelisah jiwanya bila melakukan dosaSedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya,

kemudian sedar semulaTidak tentu arah rasa hatinya

bila terbuat kesalahan dan kesilapanHati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya,

tapi tenang dengan dunianyaJiwanya sentiasa sahaja bergelombang terhadap TuhannyaJiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenangKalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat

yang patut dipertanggungjawabkanSudah tentu mereka suka bersendirianAtau membawa diri berkelana bersama TuhannyaAtau menyisihkan dirinya dari masyarakatnyaKerana terlalu memikirkan diri terhadap TuhannyaBegitulah hati seorang mukminSentiasa gundah-gulanaOleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lainKerana terlalu memikirkan nasib dirinya

HATI MUKMIN67

M

Selepas Asar07 - 08 - 1999

Page 100: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

100

RANG mukmin bagaimanalah hatinyahendak tenang dengan Tuhannya!

Apa yang dilihat, apa yang dirasaApa sahaja yang dimakan dan minumApa sahaja yang didengarnya,

semuanya mengusik-ngusik jiwanyaMenyentuh perasaan dan hati nuraninyaAdakalanya kebesaran Tuhan dan keagungan-Nya

yang dia rasaAda ketikanya sayu hatinya dan sedih mengenang dosaWaktu-waktu tertentu rasa gerun dan hebat dengan TuhannyaAda masanya malu dengan PenciptanyaDi waktu-waktu tertentu terlalu hina dirinya dia merasaBegitulah seterusnya berbagai-bagai rasa hatinya

yang silih berganti di dalam hidupnyaBertukar yang dilihat, bertukar apa yang disentuh

dan yang dimakan dan yang diminumBertukar pula perasaannya terhadap TuhannyaOrang mukmin yang jiwanya sentiasa hidup

kerana mengingat TuhannyaDunia dan nikmatnya tidak dapat melalaikannyaKeindahan hidup tidak mempesonanyaBahkan nikmat dan keindahan hidup itu

makin mengingatkannya terhadap TuhannyaBegitulah hati dan jiwa mukminSetiap yang dilihat, dirasa, dimakan dan diminumDia merasakan ayat-ayat Tuhannya

HATI MUKMIN TIDAK TENANGDENGAN TUHAN68

O

Selepas Zuhur31 - 08 - 1999

Page 101: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

101

TASAWUF

RANG mukmin yang baik itu hidupnya luar biasaUnik dan berbeza sangat dengan manusia yang lainDia berhadapan dengan kehidupan penuh tenangKejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatanBahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannyaBerhadapan dengan ujian dia tenangBerhadapan dengan nikmat dia bersyukurJadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamahWalau di dalam keadaan susah dan senangBermesra dengan orangTetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannyaTidak boleh mendengar orang mendapat kesusahanSelagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanyaMerendah diri adalah budaya hidupnyaSetiap orang yang meminta pertolongan

jarang tidak ditunaikannyaPemurah sangat terserlah di dalam kehidupannyaTidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaanTapi dia mengeluh dengan dosa-dosanyaAtau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan

dan kecuaianRasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanyaTuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannyaNampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnyaGembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekahKesusahannya tidaklah sampai muram di mukanyaLebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa

berhadapan dengan kesusahannyaTawakal, sabar dan redha adalah menjadi

budaya hidupnya

ORANG MUKMIN YANGBAIK ITU UNIK69

O

Menjelang tidur26 - 12 - 1999

(19 Ramadhan 1420H)

Page 102: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

102

07 - 10 - 1999

ABIAT orang mukmin itu dia tidak malasTidak juga agresifTapi cergas dan tenangCergas tapi tidak merempuh orangCergas dengan agresif tidak samaCergas, aktif membuat kebaikan tapi berdisiplinCergas membuat khidmat tapi tidak melanggar tata-susilaAgresif, cergas yang meluluAktif yang tidak berdisiplinCergas disertai dengan kekasaran dan merempuh orangSekalipun niatnya baikOrang mukmin itu walaupun cergas tapi tidak gopohSekalipun rajin tapi berdisiplinCergasnya penuh dengan hikmah dan berstrategiAktifnya tidak merosakkan orangAgresif, cergas merempuh orangOrang melihat menjadi benci dan tidak senangCergas membawa kepada gopoh-gapahHilang sopan-santun di dalam bertindakSelalunya tindakan tidak berpandukan ilmu pengetahuanMengikut nafsu yang melulu dan perasaan barannyaSibuknya tidak sedap mata memandang

TABIAT ORANG MUKMIN70

T

Page 103: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

103

TASAWUF

UDAHKAH kita mendisiplinkan diriSampai waktunya kita sembahyangBila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri

tidak sembahyang seorangDi dalam pergaulan sanggupkah kita

mengutamakan orangOrang yang tersilap dan tersalah dimaafkanOrang yang bercakap kita sanggup mendengarnyaKita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnyaKalau orang menghina, kita diam sahaja

atau tidak menjawabnyaInilah di antara disiplin di dalam pergaulanWaktu lapang adakah kita berfikirAtau membaca atau menulis pengalamanAtau ilmu pengetahuan atau berzikirAgar masa tidak sia-sia dan terbuangMampukah kita mendisiplinkan diriTidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkanKalau kita hendak tidur

mampukah kita tidak tidur selepas Subuhdan selepas Asar

Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidursebagai kebiasaan

Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailullahsebelum Zuhur digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorangBila mencari rezeki cari yang halalnyaTolak yang haram sekalipun banyak untungnyaBila berpakaian di hadapan ramai, bersopanTertutup aurat badannyaSifat-sifat mazmumah dijauhi

DISIPLIN DIRI ORANG MUKMIN71

S

Page 104: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

104

Terutama sombong dan dengkiBakhil dan tamak ditakutiMenzalim dan sewenang-wenang sangat dibenciItulah sebahagian disiplin orang mukminBanyak lagiSetakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?Inilah dia disiplin yang sejati

Selepas Subuh03 - 06 - 1997

Page 105: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

105

TASAWUF

ERDOALAH kepada Tuhan tanda merendah dirikepada-Nya

Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang halUntuk menghilangkan kesombongan dan ketakburanMemohonlah kepada Tuhan,

itu adalah salah satu sifat kehambaanBerdoalah kepada-Nya tanda kita hamba yang lemahMeminta kepada Tuhan tanda kita hamba kepada-Nya

dan baik sangkaMemohonlah kepada Tuhan,

Dia tetap mengabulkannya sekalipun di AkhiratBerdoa ertinya kita bermesra dengan TuhanBerdoa ertinya kita bermunajat dengan TuhanBerdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan TuhanMengadukan hal kitaMeminta itu dan iniBukankah itu satu keindahan dan kelazatanBerdoa adalah satu ibadahBahkan ia dianggap otak ibadahDoa adalah senjata orang mukminBerdoa adalah satu harapanBerdoa termasuk perhubungan di antara hamba

dengan KhaliqnyaOrang yang tidak berdoa ertinya

dia sombong dengan TuhanDia merasakan ada kuasa,

tidak perlu lagi kepada TuhannyaIni termasuk orang yang telah putus rahmat

dengan Tuhan

KEPENTINGAN BERDOA72

B

Menjelang tidur15 - 10 - 1999

Page 106: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

106

AGAIMANAPUN besar kekuasaan engkauNamun tidak akan merubah hakikat diri engkauDiri engkau tidak akan jadi emas, intan atau berlianMengapa daripada tawadhuk engkau bertukar sikap

kepada angkuh dan sombongWalau bagaimana kaya sekalipun,

biologi engkau tidak akan berubahEngkau tetap insanPerlu makan minum, ditimpa sakit, ditimpa bencana,

buang air kecil dan buang air besarMengapa pula engkau menukar maknawi dan rohani engkauApa logiknya engkau menukar jiwa engkau

kepada megah, sum’ah dan riyakEngkau adalah insan macam lain-lain insan jugaBila engkau pandai namun kejadian engkau

sama sahaja seperti insan yang lainKejadian engkau yang asal adalah tanahKejadian engkau yang kedua adalah

daripada air mani yang hinaKepandaian engkau tidak mengubah biologi engkauTapi mengapa engkau mengubah sikap engkau?Daripada kasih sayang dan mesra,

menjadi manusia yang terasing daripada manusiaEngkau merasakan tidak layak lagi bergaul

dengan manusia biasaMengapa engkau adakan gap di antara diri engkau

dengan manusia?Apabila engkau ada mempunyai kelebihan,

apakah tidak perlu lagi kepada manusia?Apakah engkau mampu tanpa orang lain boleh menyediakan

keperluan-keperluan hidup engkaudi dalam semua perkara?

HAKIKAT DIRI73

B

Menjelang tidur15 - 10 - 1999

Page 107: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

107

TASAWUF

ARI kita mengenal manusia (insan)Kejadiannya yang pertama daripada tanahKejadiannya yang kedua daripada mani,

air yang hina dan meloyakanKeluar daripada tempat yang hina

dan menjijikkan lagi memalukanFizikalnya lebih lemah daripada haiwanSeperti anjing, kucing, harimau, singa dan gajahTercucuk duri yang kecil sahaja pun terasa sakitnya

sudah mengganggu dan menyusahkanAnjing atau kucing kalau patah kaki sebelah

masih mampu berjalan bahkan masih bolehberlari ke sana ke mari

Kalau manusia tidak payah patahkalau tergeliat pun sudah berpapah

Selalu sahaja makan banyak mengundang penyakitKalau sedikit makan badan pula lemahTerlalu sejuk pun tidak tahan, terlalu panas pun tidak tahanMudah sahaja ditimpa penyakit atau demamTerlalu banyak kerja meletihkan badan,Tidak bekerja pun melesukan badan, kecerdasan hilangBila berhadapan dengan udara tidak bersihMudah sahaja diserang penyakitSelalu bergaul dengan orang yang berpenyakit

lebih-lebih lagi, penyakit menjangkitLambat makan beberapa jam sahaja sudah terasa lapar,Lebih daripada itu melemahkan badanPadahal binatang beberapa hari tidak makan

belum begitu terjejasBegitulah satu hari tidak dapat air sudah hausKalau beberapa hari tidak dapat lemah terusApa yang keluar daripada badannyaLebih-lebih lagi daripada rongga-rongganya

semuanya menjijikkan

MARI MENGENAL INSAN74

M

Page 108: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

108

Baunya busuk lagi meloyakanSeperti yang keluar daripada lubang telinga, mata,hidung, daripada rongga-rongga bulu romaApatah lagi yang keluar daripada dua jalan

depan dan belakangJika diserang kudis danur dan nanahlah yang keluarBahkan ulat pun boleh keluar jugaSangat jijik dan meloyakanItu baru jasad lahir manusia yang kita perkatakanBelum lagi jasad batin atau yang bersifat maknawiyah

yang akan kita sebutkanJuga ketahanannya tidak ada atau rapuh,Sangat sensitif yang menyusahkan,

boleh menggugat kebahagiaan dan ketenanganKita datangkan beberapa contoh untuk pengetahuanSedikit sahaja orang kata atau cerca sudah menyakitkan hatiBelum lagi orang benci, menghina, memfitnahAduh lebih-lebih lagilah, menderita dan tergugat diri,

hilang ketenanganKalau bertembung serentak

dengan kesusahan-kesusahan yang lahirseperti miskin, sakit

Setengah orang kecewa bahkan putus asaMelihat orang kaya atau senang, hati sakit pulaDatang penyakit hasad dengki

lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakitApabila masyarakat manusia sudah rosakBerbagai-bagai gejala masyarakat yang menakutkan terjadiSeperti jenayah pergaduhan, pencurian,

rompakan, perogolan, pembunuhan, peperanganMaka jiwa pun sentiasa diburu oleh ketakutan,

musnah kebahagiaanKemudian manusia ada nafsu yang sangat menyusahkan

Page 109: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

109

TASAWUF

Selepas Asar18 - 07 - 2000

Ditahan kehendak-kehendaknya menyeksakanDiturutkan sangat kehendak-kehendaknya

merbahaya dan memudharatkanMemudharatkan diri sendiri dan merosakkan orang lainJuga manusia ada perasaanPerasaan ini juga sangat menyusahkan diri seseorangMelihat sahaja benda yang kotor menjijikkan dan meloyakanSetengah orang selepas itu hilang selera hendak makanMelihat sahaja benda yang menakutkan timbul rasa seramBadan pun lemah longlaiSetengah orang kerana terkejut terus pengsan

atau hilang akalOleh itu patutkah manusia sombong dan bangga?!Cuma manusia ada untung sedikit, adanya akalDengan akal manusia boleh berfikir,

dapat pengalaman, dapat ilmu pengetahuanBoleh maju, boleh membangun dan bertamaddunTapi kalau akal sahaja yang dibangunkan,

roh tidak dibangunkanManusia boleh maju tapi bersama dengan kerosakan

yang berbagai-bagai bentuknyaAkibatnya untung sekarung, rugi seguniNegara cantik, tapi hidup di dalam ketakutanOleh itu di manalah istimewanya manusia?Di manakah kehebatannya?Hingga menjadi sombong, bangga dan riyakKalau tidak ada sifat taqwa

maka tidak ada apa-apa keistimewaan manusiaDi Akhirat terjun pula ke NerakaWal ‘iyazubillah

Page 110: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

110

IAPALAH manusia ini?!Kejadian yang pertama dari tanah, hinaTempat pijakan segala makhluk yang melataKejadian yang kedua dari air mani yang terpancar

dari saluran yang menjijikkanHina juga mengaibkanKalau ia terbuang tiada siapa yang mengutip

untuk diletakkan di tempat yang muliaPeluhnya, baunya meloyakanSiapa dekat jiwanya menderitaYang keluar dari hidung dan telinga, semuanya menjijikkanYang keluar dari kedua jalan lagi buruk

dan busuk dan memalukanDia dibuang di jambanTempat yang hina dan menjijikkanLidahnya juga selalu digunakan untuk merosakkan,

bukan kebaikanMemfitnah, mengumpat, mengadu domba, memaki, mencercaSemuanya merupakan najis-najis maknawi dan rohaniNajis-najis maknawi dan rohani ini merbahaya sekaliPerosak masyarakat manusiaAkalnya, padanya kecerdikan, kepandaian dan ilmuLumrahnya untuk menipu, untuk kepentingan diriNafsunya lagilah, penjahat di dalam diri yang memusnahHatinya selalunya dikuasai nafsuRaja di dalam kerajaan diri yang dikuasai musuhnyaRaja yang jahat inilah yang mengarah dan melarangRosaklah kehidupan manusia seluruhnyaDi mana mulianya manusia?!Di mana keutamaan manusia?!Mulianya, utamanya jika beriman dan bertaqwaJika tidak, busuk sahaja yang ada

pada manusia

DI MANA MULIANYA MANUSIA75

S

Selepas Asar01 - 05 - 1997

Page 111: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

111

TASAWUF

UALI itu diletakkan di tempat mana pundan di dalam keadaan apa pun ia tetap kuali

Kuali itu tetap hitam legamBeralih-alih tempat dan suasana

ia tidak akan mengubah hakikatnyaKuali tetaplah kuali, ia tidak akan jadi intan berlianLetak di dapur pun kuali, letak di serambi pun kualiSekalipun diletakkan di pelamin,

tempat yang indah dan mulia, ia tetap juga kualiBegitulah manusia, hamba Allah di mana pun dia beradaDi dalam suasana apa pun dia berada, dia tetap hambaIa tidak akan bertukar menjadi makhluk lainHamba tetap hina, hamba tetap lemah,

hamba memerlukan pertolongan dan bantuanKalau dia petani, tetap juga hambaJika dia guru, tetap juga ia seorang hambaWalaupun dia seorang kaya, ia tetap juga hamba yang hinaSekalipun dia raja, menteri dan orang besar,

nama hamba tidak akan berubahJika dia menteri, dia adalah salah seorang

orang besar hamba-hambaOrang kaya pun hamba yang kaya di kalangan hambaTapi manusia hamba Allah itu sungguh pelikBila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya,

mereka sudah berpelajaranBerubah sikap dan bertukar watak hidupnyaDia merasa luar biasa, ego dan sombong pun tibaOrang lain dipandang hinaInilah dia hamba-hamba yang tidak sedar diriAwak hina merasa mulia

KUALI TETAP KUALI76

K

Selepas Asar31 - 08 - 1999

Page 112: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

112

ANUSIA apabila ada kuasa, lupa yang Maha KuasaSeolah-olah dia mampu membahagiakan dirinyaAdakalanya orang yang berilmu tinggi, merasa diri luar biasaDia merasakan akan bahagia sepanjang masaTidak kurang pula orang yang kaya, wah sombongnyaMerasa diri istimewaOrang-orang lain hina belakaBetulkah kita ada kuasa?! Betulkah kita istimewa?!

Betulkah kita luar biasa?!Mampukah kita membendung

isteri tidak derhaka dengan kita?!Mampukah kita menundukkan anak

mendengar kata, taat dan setiaApakah kita memburu sakit atau sakit memburu kitaErtinya adakah kuasa mengelak sakit?!Dapatkah kita membendung rakyat jangan derhakaTidak mengata dan tidak menghina kita di belakang kitaApabila berlaku bencana alam

dapatkah mengelak diri daripadanya?!Kita orang istimewa tidak pernah kenaYang kena orang miskin dan papa, yang tidak ada kuasa

dan yang bodoh-bodoh sahajaBencana alam tidak kenal siapaDia tidak memilih bulu, orang istimewa kena jugaBaru kita tahu kuasa mutlak di tangan Tuhan

yang Maha KuasaKita adalah hamba yang tiada kuasaYang hina-dina memerlukan Tuhan sepanjang masa

KITA HAMBA YANGTIDAK ADA KUASA77

M

Menjelang Tidur05 - 08 - 2001

Page 113: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

113

TASAWUF

ESEORANG hamba itu kalau dia kembalikepada fitrahnya

Di situlah ketenangan dan kebahagiaannyaDia merasa dirinya hinaKerana kejadiannya memang hinaKejadian yang pertama dari tanah

yang tidak ada nilainyaKejadian yang kedua dari air mani

yang menjijikkan dan amat hinanyaKerana sedar dirinya hina rasa malunya terbawa

di mana-manaDia rasa tidak ada harga diriKalau orang hendak menghinanya,

hinalah tidak mengapa, memang aku hinaJika orang memujinya terseksa dirinya,

dia rasakan orang memakinyaKerana kemuliaan itu tidak patut dia terimaOrang yang hina dimuliakanKerana dia sedarkan diri kemuliaan itu

amat menyeksakanBukan satu keseronokanDihina dia lebih merasa dimuliakanDimuliakan dia merasa satu penghinaanPenghormatan yang tidak patut diberi, dianugerahkanSeolah-olah dia merasakan manusia memerli-merlinyaOrang yang sedar dirinya hambaDia tidak terfikir ingin menagih sanjungan dan pujianTapi kalau manusia yang tidak sedarkan dirinyaDia rasa tuan patut dimuliakanDi mana-mana pergi patut mendapat penghormatanManusia macam ini kalau dihina terseksa jiwanyaKalau dipuji berbunga hatinyaTerasa pula manusia luar biasa

KEMBALI KEPADA FITRAH HAMBA78

S

Page 114: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

114

Orang ini tidak payah dihinaKalau tidak diberi penghormatan

pun sudah cukup menyeksakanOrang yang rasa dirinya tuanKe mana pergi jiwa tidak tenang

kalau tidak diberi penghormatanMana hendak dapat penghormatan setiap masa?!

Menjelang tidur02 - 10 - 1999

Page 115: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

115

TASAWUF

EORANG hamba menyembah Allah Taala tanda dia hambaHamba patut memperhambakan diri kepada-NyaSeorang hamba meminta dan memohon

kepada Tuhan kerana lemahDan bukti dia lemah, perlu meminta dan mengaduKepada TuhanYang Maha Kaya dan BerkuasaDisuruh sabar kerana itulah mujahadahKerana inginkan keredhaan AllahDisuruh redha kerana inginkan baik sangka kepada-NyaJahat sangka tidak patut bagi seorang hambaMelupakan apa sahaja ujian dari AllahIni adalah darjat yang paling tinggiSelain nabi dan rasulDisuruh bertawakal agar menyerahkan nasibKepada Tuhan yang Maha Tahu dan Maha BerhikmahDi samping hati lapang dan tenangKeluh-kesah adalah dilarangDisuruh berkasih sayang kerana Tuhan itu

kasih sayang dengan hamba-hamba-NyaSedangkan Tuhan boleh kasih kepada hamba-hamba-NyaMengapa kita tidak boleh memberi kasih sayang

sesama hambaKita disuruh pemurah sesama makhluk AllahBukankah Allah pemurah dengan kita setiap masaDisuruh takut kepada Allah, itulah perisai kitaDi samping nasib kita di tangan-NyaTidak tahu bagaimana kesudahannyaNasib kita ibarat telur di hujung tandukMudah sahaja tergelincir jatuhIngatlah rahmat Allah kepada kita banyak salurannyaAgar tindakan kita ada perimbangan

antara harap dengan takut

SIKAP SEORANG HAMBA79

S

Selepas Zuhur25 - 10 - 199

Page 116: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

116

Selepas Asar04 Safar 1421H

AGAIMANA sikap seorang hamba yang sebaik-baiknyaIaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya

dan buatlah kebaikan semampu yang termungkinKemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurnaAtau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhakaOleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa

selepas mengerjakan ibadahnyaSetiap lepas mengerjakan ibadah

hatinya sentiasa sedih dan susahSedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah

di dalam ibadahnyaSetiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada TuhanHatinya menangis atau matanya menangisKerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja

ibadah dan amalan kebaikannyaDia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikanKalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanyaHatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanyaDengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannyaBahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannyaTaubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putusUntuk mengambus dosa-dosanyaDia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk

kebaikan dan kebajikanMoga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanyaKerana terlalu bimbang dengan diri sendiriTidak sempat dia melihat kejahatan orang lain,

apatah lagi untuk menyebutnyaMaka dia baik sangka sahaja dengan orangTetapi jahat sangka dengan diri sendiriBegitulah sikap seorang hamba yang baik

SIKAP SEORANG HAMBAYANG SEBAIK-BAIKNYA80

B

Page 117: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

117

TASAWUF

EORANG hamba mengekalkan rasa kehambaannyaitulah kemuliaannya

Rasa hina seorang hamba di situlah darjatnyaRasa lemah, rasa bersalah, di situlah keindahannyaRasa malu, rasa berdosa walaupun tidak buat dosa

bukan pula satu kehinaanSeorang hamba yang merendah diri,

di situlah dia dipandang tinggiPangkat diberi di hadapan manusia, di situlah kehinaannyaOrang ramai memandang benci kerana ingin dimuliakanSeorang hamba yang sedarkan diri, di situlah nilai dirinyaKe mana pergi Tuhan suka, manusia juga ikut sukaSetiap kesalahan yang dilakukan dengan manusia,

segera memohon maafDi situlah kebesaran dan keagungannyaIndah sekali seorang hamba

yang mengekalkan rasa kehambaanDi situlah letaknya kasih sayang TuhannyaHamba yang mengangkat diri atau membesarkan diri

dipandang hinaAllah menghina, Rasul menghina, manusia juga

turut membencinyaHamba yang tidak sedarkan diri orang benciKekalkanlah rasa kehambaanMemang kita hamba yang hinaKalau ada orang memuliakan, hati jangan berbungaLahirnya terimalah kerana hajat manusiaKerana mereka ingin mendapat pahalaMenghormati manusia memang diperintah

tapi jangan dipintaHormat-menghormati sesama manusia

tidak ada salahnyaMengagungkan manusia itulah yang salah

KEKALKAN RASA KEHAMBAAN81

S

Selepas ekspedisi06 - 10 - 1999

Page 118: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

118

EMUA manusia atau hamba Allah adalah pengemisManusia datang ke dunia tidak punya apa-apaUntuk keperluannya, dia meminta atau tidakTuhanlah yang memberinyaSama ada Tuhan beri dengan rahmat-NyaMahupun diberi dengan ghodhob-Nya atau istidraj

atau murka-NyaAda yang dapat banyak, ada yang dapat sedikitPengemis itu ada yang tidak dapat,

tidak pula merungut dan marah-marahTapi tidak kurang, ramai yang tidak dapat,

marah-marah dan membentak-bentakAda yang dapat, bersyukur kepada Allah,

malu dan menyembah-NyaYang lebih ramai, tidak tahu pun untuk bersyukurBahkan kebanyakannya mereka sombong

dan bermegah-megahDapat pemberian dari Allah tidak pun mahu

menyembah-NyaPengemis atau si fakir itu tidak sedar

diri mereka fakir atau peminta sedekahTerus lupa kepada AllahMereka menjadi sombong, megahDan menghina si fakir yang dapat sedikitSi pengemis yang dapat sedikit sakit hati

dengan pengemis yang dapat banyakTimbullah di dalam masyarakat pengemis itu

dua kelompok yang sentiasa berbalahSatu golongan sakit hati dapat sedikitYang satu golongan lagi bermegah-megah

dapat banyakPertarungan ini semakin ke hujung

semakin tajam dan sengit

MANUSIA ADALAH PENGEMISYANG HINA82

S

Page 119: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

119

TASAWUF

Menjelang tidur12 - 10 - 1999

Mereka berbalah hasil mengemis tidak sama banyakGolongan ini sepatutnya maluAwak pengemis hina, terbuang, tiba-tiba diberiKemudian bergaduh sesama sendiri

di hadapan Tuhan yang memberiTidak malukah peminta sedekah bergaduh sesama sendiri

di hadapan pemberi sedekah?

Page 120: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

120

PA perasaan orang kayaDi waktu mengagih-agihkan pemberian

kepada peminta-peminta sedekahAtau di waktu ia memberi

kepada orang-orang yang susahPeminta-peminta sedekah itu atau orang yang susah itu

berebut-rebut menerimanyaBahkan ada yang berkelahi sesama sendiriAda yang sudah dapat merebut pula hak orang lainOrang lain itu pula bertindak pula dengan kasarnya

atau merebut pulaAda yang tidak senang kerana ada yang dapat banyakYang dapat banyak pula di hadapan pemberi

menunjukkan kesombonganMaka berlaku pergaduhan dan perkelahian

dan berbunuh-bunuhanKeadaan begini si pemberi tentu sakit hatiKerana yang menerima tidak beradab di hadapannyaBegitulah Tuhan berhadapan dengan manusiaSebagai pengemis dan peminta sedekahManusia ini berhasad dengki sesama sendiriKerana merebut rezeki dari TuhanYang dapat banyak sombong dan angkuhYang dapat sedikit sakit hatiAkhirnya bergaduh dan berkelahiDarah tumpah ke bumi, banyak orang

yang luka-luka dan matiTidak pernah rehat bumi daripada pergaduhanKerana pengemis rezeki dari TuhanKeadaan ini sudah tentulah Allah Taala

marah dan benci

MANUSIA SEBAGAI PENGEMIS83

A

Page 121: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

121

TASAWUF

Menjelang Maghrib10 - 12 - 1999

(02 Ramadhan)

Mereka pengemis dari TuhanTetapi tidak beradab dengan TuhanOrang yang fikirannya tajam, jiwanya bersihSudah tentu malu di hadapan TuhanMereka tidak akan bergaduh di hadapan TuhanBahkan redha kalau tidak diberi

Page 122: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

122

IDAK ada milik manusiaPijaklah bumi, di mana sahaja,

bumi kepunyaan TuhanDongaklah ke langit,

lihatlah bulan dan bintang-bintangnya,semuanya ciptaan Tuhan

Hiruplah udara di waktu bila pun,udara kepunyaan Tuhan

Dengarlah apa sahaja, lihatlah kecantikan alam,semuanya Tuhan punya

Makanlah apa sahaja yang lazat, yang masam,yang manis nikmat dari Khaliqul Arzaq

Lihatlah diri sendiriAdakalanya kita hairan diri sendiri

kerana kebolehannyaBukankah diri dan kemampuannya ciptaan Tuhan?Lebih-lebih lagi jika seseorang itu dirinya cantikDia terpesona dengan kecantikannyaApakah diri sendiri memberikannya kecantikan itu?Sudah tentu Tuhan yang Maha Berkuasa

menganugerahkannyaDuduklah di dalam rumah besar atau istana namanyaBahan-bahan rumah itu siapa yang punya?!Pembangun rumah itu

siapakah yang memberi ilmu senibina itu?Hingga mampu membina rumah

yang indah tersergam gagahBukankah ilmu Tuhan yang diberikan

sedikit kepadanya?Isteri yang cantik, barang ciptaan TuhanSuami yang tampan anugerah-Nya jugaBahkan apa sahaja yang kita lihat, dengar,

rasa, sentuh, makan, minum

TIDAK ADA MILIK MANUSIA84

T

Page 123: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

123

TASAWUF

Selepas Zuhur05 - 08 - 2001

Semuanya milik Tuhan Rabbul ‘alaminOleh itu mana milik kita?Tidak ada milik kita!Mengapa tidak bersyukur kepada-Nya?!Patutnya kita tersungkur sujud kepada-NyaMerendah dan menghina diri kepada-Nya

tanda bersyukur kepada-Nya

Page 124: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

124

ANA milik kita! Tidak ada milik kitaSemua yang ada, Allah yang punyaTidak ada kita punya, kita hanya mengusahakannya sajaApa yang kita dapat Allah sudah sediakan

Kita Allah punya, bumi langit ciptaan-NyaMilikilah apa saja tidak terlepas dari ciptaan-NyaMana kita punya, tidak ada kepunyaan kitaKita hanya mengusahakan apa yang telah ada

Mengapa kita sombong miliki Tuhan punyaMengapa tidak malu kepada Tuhan yang EmpunyanyaPatut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segala-galanyaMalulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya

Janganlah berbangga apa yang ada pada kitaKalau Tuhan tidak beri, kita tidak punya apa-apaJanganlah mengungkit-ungkit jasa kitaJasa kita nisbi saja, yang sebenar Tuhan punya

Bersyukurlah, bukan berbanggaBersyukurlah bukan mengungkit-ungkit jasaGunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmatLepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya

MANA MILIK KITA85

M

03 - 08 - 1995

Page 125: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

125

TASAWUF

JIAN yang ditimpakan pada seseorangmaksudnya tidak sama

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itukerana kutukan-Nya

Kerana sudah terlalu derhakaAdakalanya dengan tujuan penghapusan dosanyaKerana sudah cuba mujahadah, terlibat jugaAdakalanya dengan maksud

hendak meningkatkan darjat seseorangKerana taqwanya dan imannya yang begitu teguhTidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkanUntuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanyaJika ujian itu ditimpa kepada kitaKita tidak tahu maksud yang mana satuOleh itu sebagai beradab dengan TuhanKerana kita adalah hamba-NyaKita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kitaAtau kerana kemurkaan-NyaAgar kita sentiasa bertaubat kepada-NyaInilah jalan selamat buat kita

UJIAN PADA SESEORANGTIDAK SAMA MAKSUD86

U

Selepas Asar04 - 03 - 1999

Page 126: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

126

Menjelang tidur15 - 10 - 199

EMULIAAN seseorang itu apabila diadapat mengekalkan rasa kehambaannya

Mengekalkan rasa kehambaan bukan pula satu kehinaanMakin tinggi kedudukannya,

semakin terserlah sifat kehambaannyaMengekalkan sifat kehambaan di situlah keindahannyaSenang dan tenang manusia melihatnyaAllah Taala suka, Rasul suka, manusia pun sukaSiapa yang dapat mengekalkan sifat kehambaannyaDia dihormati di sebarang pergaulannyaMakin tinggi kedudukannya,

semakin sayang orang kepadanyaItulah yang dimaksudkan tidak akan hina

orang yang merendahkan dirinyaTidak akan mulia orang yang meninggikan dirinyaDi sinilah silapnya orang yang salah berfikirApabila meninggikan diri dia akan dimuliakan orangJika merendah diri dihina orangMerendah dirilah di situ kemuliaan engkauKekalkanlah sifat dan rasa kehambaan engkauKerana itulah hakikat diri engkauMengekalkan sifat dan rasa kehambaan

di situlah kemuliaan engkauDi situlah wibawa engkau dan hakikatnya akhlak engkauMenukar sifat kehambaan bukan kemuliaanBahkan satu kehinaan dan dibenci pula oleh orang

MENGEKALKAN RASA KEHAMBAAN87

K

Page 127: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

127

TASAWUF

Selepas Asar04 Safar 1421H

EMULIAAN seorang hamba di sisi Allah Taalaialah manakala dia dapat mengekalkanrasa kehambaannya

Rasa malu, rasa hina diri, rasa tidak sempurna,rasa tidak berguna

Tidak pernah memandang besar dengan amal ibadahdan kebaikannya

Bahkan dia lupakan sahajaTidak merasa dirinya baik lebih-lebih lagi

tidak merasa diri istimewa dan luar biasaDia merasa di dalam kesalahan dan dosaTidak pernah dia merasa dirinya muliaBegitu juga kehinaan seorang hamba itu

ialah apabila merasa diri muliaDia rasa orang istimewa dan luar biasaDia rasa baik, rasa pandai, rasa berjasa dan tidak berdosaRasa kehambaan sudah tidak ada atau hilang dari perasaannyaDia rasa tuan, dia rasa perlu dihormati dan dibesar-besarkanKalau orang tidak hormat, sangat tersinggung perasaannyaBahkan ke mana sahaja dia pergi memang minta dihormatiJika tidak dihormati sakit hatiJasa atau kebaikannya selalu sahaja dikenang,

bahkan minta dikenangKejahatan dan kecuaiannya selalu sahaja dilupakanKebaikannya selalu sahaja diingatnyaKelebihannya selalu sahaja minta dipujiKalau dipuji, wah, berbunga hatinyaKalau dikeji atau dicaci terseksa jiwanyaHatinya sakit, benci kepada orang itu pun bermulaJadi, kemuliaan seseorang itu bukan minta dimuliakanTapi merasa diri hina

di situlah kemuliaan di sisi Tuhan

KEMULIAAN HAMBA APABILA DAPATMENGEKALKAN RASA KEHAMBAAN88

K

Page 128: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

128

IAPA yang mampu menerima ujian?Dan jiwanya tidak rosakSiapa yang redha dengan ketentuan, hatinya

tetap tenang?Siapa yang mampu bermujahadah

dan tidak jemu-jemunya?Siapa yang terseksa dengan pujian?Kerana merasa tidak layak menerimanyaKerana pujian itu adalah hak TuhanSiapa yang mampu menerima penghinaan?Kerana sedar bahawa itulah hakikat dirinyaDan dia boleh menerima kerana begitulah kejadiannyaTuhan adalah idolanyaCinta agung, yang disanjung dan dipujaDibesarkan dan disembahnyaIni adalah manusia yang luar biasaDia adalah hamba pilihan Tuhan di mayapadaRezeki manusia ada padanyaPertolongan dan bantuan Tuhan dari sisinyaHamba ini telah menyelamatkan seluruh manusia

dari berkatnyaCuma manusia tidak mengetahuinyaKerana ia berlaku secara ghaib atau secara rohaniahKalaulah manusia tahuSudah tentu manusia terhutang budi kepadanyaKerana dia adalah penyelamat manusia

HAMBA PILIHAN TUHAN89

S

Menjelang tidur25 - 11 - 1999

Page 129: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

129

TASAWUF

RANG yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin AllahJusteru mereka adalah kekasih-NyaSekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkatHati mereka tetap redhaSekali-sekala dimewahkan kehidupannya,

untuk dapat pahala syukurYa, dia tetap bersyukurDia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannyaAdakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnyaMungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranyaAgar dia bertambah berpaut dengan TuhannyaSupaya dia merasakan Tuhan dekat dengannyaRasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanyaDia juga tidak lekang dari pujian dan cacianMemang Allah lakukan demikian rupaAgar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujianRasa tidak layak menerimanyaKerana itu milik Tuhan, bukan miliknyaDengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikianHamba patut menerima kejianKerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahanDia berusaha membaiki dirinyaSesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannyaMoga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya,

dosa-dosa kita pun diampunRasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannyaKalaupun ada rasa hendak marah,

dia boleh membendungnyaBegitulah orang yang bertaqwaDia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

ORANG BERTAQWA SENTIASADIPIMPIN TUHAN90

O

Selepas Asar22 - 05 - 1997

(15 Muharram 1418H)

Page 130: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

130

KU datang kepada-Mu Tuhan dengan penuh kehinaanMemanglah secara fizikalnya sudah memang hinaDijadikan daripada tanah,

kemudian air mani yang menjijikkanKemudian dihinakan lagi pula oleh lumpur-lumpur dosa

yang setiap hari terpalitDi samping kesalahan dan kesilapan

yang merupakan kelemahan peribadiAku memohon dengan rahmat-MuAmpunkan aku TuhanAku meminta belas kasihan-Mu maafkan akuAku amat takut dengan dosa-dosa itu TuhanKerana ia adalah kemurkaan-MuIa adalah hijab di antara hamba dengan EngkauWahai Tuhan, Engkau Rahman terhadap hamba-hamba-MuDi atas Rahman-Mu itulah aku datang kepada-Mu

meminta maafAku kesal dengan dosa-dosa ituAku sedih dengan kesalahan dan kesilapan-kesilapan ituTapi aku ini hamba-Mu, lemah mengkontrol diri

daripada kesalahanBantulah aku TuhanBentenglah diriku dengan pemeliharaan-MuKalau mengharapkan kekuatan diri,

memang tidak mampuTapi kalau Engkau mengawal dan menjaganyaSudah tentu aku selamat dari dosa-dosa ituKawallah aku dan jagalah aku daripada dosa-dosaItulah yang aku harapkanWahai Tuhan Rahman

AKU DATANG KEPADA-MU TUHAN91

A

2.30 pagi22 - 10 - 1999

Page 131: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

131

TASAWUF

UHAN, aku adalah hamba-MuAku adalah hamba, hanya orang biasa sahajaAku bukan nabi dan tidak juga rasulErtinya aku bukan maksumAku sentiasa terdedah dengan dosaWalaupun aku berhempas pulas melawan hawa nafsukuSekali-sekala aku kalah juga atau kecundang dengan nafsuDi waktu itu sudah tentu syaitan

mengambil peluang menggodakuMaka sudah tentu aku pun terbuat dosaTapi aku tetap mengaku bersalah

dan memohon ampun kepada-Mu TuhanBegitulah selalunya berlaku kepadaku

di dalam kehidupanku iniAku bukan tidak sedih dengan dosaTapi dengan kelemahan aku, aku terbuat lagi dosaNamun begitu aku tetap memohon keampunan-MuOleh itu aku harap pada-Mu janganlah biarkan aku

dengan dosa-dosa tidak berampunDengan rahmat-Mu aku harap ampunkanlah dosa-dosakuDengan kasih sayang-Mu maafkanlah

kesalahan-kesalahan aku ituAku bukan seronok dengan dosa bahkan terseksa dengannyaTapi aku lemah, kerana itu selalu saja terbuat dosaKalau Engkau tidak pimpin aku,

begitulah yang selalu berlaku kepadakuPimpinlah aku Tuhan agar aku selamat

dari dosa-dosa dan noda-nodaJika aku terbuat juga dosa-dosa aku harap Engkau

ampunkanlah dosa-dosaku itu

TUHAN, AKU ADALAH HAMBA-MU92

T

Selepas ekspedisi18 Muharam 1421H

Page 132: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

132

Selepas Zuhur05 - 10 - 1999

NGKAU sanjunglah akuAku tetap hamba yang hinaEngkau puji-puji aku, aku tetap hamba

yang lemah dan tidak sempurnaSanjungan tidak akan boleh menukar sifat kehambaanIa hamba tetap hina, ia hamba tetap lemahEngkau muliakan akuMungkin engkau dapat pahalaKerana baiknya sangka engkau terhadapkuAku hamba, salah dan silap pasti berlakuAku memohon maaf kepada Tuhan terhadap kata-katamuKerana puji dan puja yang tidak sepatutnya kuterimaTapi aku tidak boleh menghalang siapa sahaja

yang hendak memujikuSeperti jugalah aku tidak dapat menghalang

siapa yang hendak menghinakuTuhan, aku memohon ampun terhadap pujian

dan sanjungan iniAku bukan mahu pujian iniBahkan aku terseksa mendengarnyaEngkau lebih maklum tentang dirikuAda yang suka, dia pujilahTapi aku tetap hamba yang hinaTidak kurang ada orang yang tidak suka,

dia menghinalahHina itu sifat hamba, aku terimalahAku boleh menerimanya,

kerana itulah aku tidak membalasnyaJagalah hatiku TuhanPuji dan puja aku tidak dapat elakkanMoga-moga hatiku tidak cacat

oleh sanjungan

AKU TETAP HAMBA YANG HINA93

E

Page 133: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

133

TASAWUF

Selepas Isyak18 - 10 - 1998

UHAN! Rezekikan aku rahmat-Mu selaluDi mana sahaja bumimu aku pijak mendapat keredhaan-MuKe mana sahaja aku pergi, mengutip pahala-MuDi waktu bila aku bersalah, Engkau ingatkan akuAku pun memohon ampun, Engkau terima selaluTuhan aku adalah hamba-MuJangan Engkau ungkai rasa kehambaan dari jiwakuEngkau sematkanlah di dadakuAgar aku bawa ke mana-manaItulah bintang kehormatan-Mu

yang Engkau anugerahkan padakuAlangkah indahnya aku merasa diri ini hambaSungguh bahagia bintang kehambaan tersemat di dadaItulah yang akan aku bawa menemui-MuYa Allah, Engkau adalah Tuhanku yang Maha PengampunAku adalah hamba-Mu, pohon ampunAlangkah bahagia aku menjadi hamba-MuAlangkah mulianya aku, Engkau menjadi TuhankuBerilah aku rezeki yang halal di mana aku beradaBerilah aku kawan yang setia di bumi mana aku tinggalJanganlah tinggalkan aku keseorangan tanpa-MuPerhatikanlah aku di mana-manaPimpinlah aku di mana beradaAku adalah hamba-MuJanganlah Engkau tarik rasa kehambaan dari jiwakuKerana itulah kebahagiaan yang menjadi keredhaan-Mu

AKU BAHAGIA MENJADIHAMBA-MU94

T

Page 134: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

134

09 - 08 - 1995

KU tidak menyesal tidak menjadi kaya-rayaItu kemudahan hidup, belum terjamin terhindar dari NerakaAku tidak bersedih tidak mendapat ilmu yang banyakIa juga belum menjamin untuk ke Syurga

Aku tidak iri hati dengan mereka yang popularApakah dia pemimpin atau bintang filem yang dipujaSemua itu belum menjamin dapat bahagia sekalipun di duniaDi dunia lagi kita lihat mereka di waktu tua telah dilupa

Begitu jugalah keistimewaan-keistimewaan hidupyang mempesona

Kalau aku dapat aku tidak menolaknyaJika berlaku sebaliknya aku tidak kecewaSemuanya itu tidak menjamin hidup di Akhirat sana

Yang aku takut tidak dapat menjadi hamba Allahyang taat setia

Tidak dapat mengikut Nabi peri hidupnyaMemburu dunia setiap masa hingga derhakaMelupakan Akhirat hidup yang abadi buat selama-lamanya

Tuhan, jadikanlah aku hamba yang taat setiaJadikanlah Sunnah Nabi pakaian aku di duniaEngkau cinta agungku jangan dilupaKeredhaan-Mu yang aku pinta bila aku ke Akhirat sana

JADIKAN AKU HAMBAYANG SETIA95

A

Page 135: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

135

TASAWUF

06 - 04 - 1997

ARAPANKU pada-Mu TuhanDengan nikmat-Mu jadikan aku orang yang bersyukurDengan bala-Mu jadikan aku orang yang bersabarDengan ketentuan-Mu jadikan aku orang yang redhaDengan masa depanku jadikan aku orang yang bertawakalTuhan, Engkau cinta agungMasukkanlah ke dalam hatiku rasa mencintai-MuPeliharalah hatiku daripada segala sifat yang kejiAmpunlah dosa-dosaku di hari

segala kesalahan didedahkanDan Engkau hapuskanlah segala kesalahanku

di Hari PembalasanOrang yang macamku ini tidak mungkin terlepas

daripada dosaKesalahan dan kesilapan selalu sahaja

tidak dapat dielakkanLebih-lebih lagi dosa bertaburan

di merata-rata bumi-MuKe mana pergi pun tidak terlepas

daripada terjebak dengannyaAduh, kotornya jasadku ini Tuhan

dengan najis dosa-dosaAku tidak mahu tapi dia sentiasa memburukuBantulah aku lari dari dosa-dosaku Tuhan,

dengan rahmat-MuAlangkah indahnya Tuhan,

jika cintaku adalah pada-MuSegala mazmumah hatiku dapat dihapuskanPenyerahan diriku tiada lain melainkan pada-MuSegala dosa-dosaku dengan rahmat-Mu Kau ampunkan

HARAPANKU PADA-MU TUHAN96

H

Page 136: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

136

Selepas Subuh15 - 05 - 1997

(07 Muharram 1418H)

UHAN Engkau harapanku!Tiada tempat bergantung melainkan EngkauEngkau pembela, Engkau penyelamat,

pada-Mulah Tuhan aku berlindungRahmat-Mu luas, waktu aku berdosa,

dengan rahmat-Mu ampunkanlah akuEngkau cahaya langit dan bumiPetunjuk sekalian makhlukKalaulah bukan petunjuk-Mu sudah tentu tersesatlah akuDi waktu Engkau mendidik aku dengan penderitaanBantulah aku di dalam kesabaranDi waktu Engkau mendidik aku dengan kesenanganBantulah aku untuk bersyukurDi waktu orang memujikuIngatkanlah aku puja dan puji kepunyaan-MuAgar hatiku tidak berbunga dan banggaDi waktu aku dihinaIngatkanlah aku, bahawa memang aku hamba

yang hina, patut dihinaAgar aku redha menerimanyaTuhan Engkau adalah segala-galanya!Patut Engkau dipuji dan dipujaPatut Engkau disanjung dan diagungEngkau adalah cinta agung semua makhluk-MuSiapa mencintai-Mu,

moga-moga Engkau mencintai mereka

TUHAN, ENGKAULAH HARAPANKU97

T

Page 137: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

137

TASAWUF

Sebelum Zuhur21 - 10 - 1998

UHAN! Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupankuAku lemah kalau Engkau tidak memberi kekuatanAku hamba-Mu memanglah sentiasa lemahLemah fizikal dan lemah jiwaDengarlah selalu, bisikan hatikuItulah harapanku Pada-MuRintihan hamba-Mu yang selalu membuat dosaMengharapkan keampunan dari-MuTuhan, masukkanlah di dalam hatiku tenang dengan ujianKerana mengharapkan keredhaan-MuMasukkanlah ke dalam hatiku takut dengan kemewahanKerana takut disalahgunakanMasukkanlah di dalam hatiku rasa cinta pada-MuAgar rasa lazat menyembah-MuRahmat-Mu yang aku harapkanAmal ibadahku, tidak memberi jaminanAtau kemaafan-Mu yang aku pintaSekalipun aku tidak layakAku ini hamba-Mu Tuhan!Tidak berguna, kerana membuat dosa setiap masaKutiplah aku dengan rahmat-MuDan sandarkanlah aku dengan berkat sesiapa

yang boleh menyelamatkan akuRahmat-Mu luasBerkat melimpah-ruah kepada sesiapa sahaja

yang Engkau mahu anugerahkan

TUHAN! PIMPINLAH AKU SELALU98

T

Page 138: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

138

Selepas Asar24 - 11 - 1998

A Allah ya Tuhanku!Jadikanlah air mataku

di waktu takut dengan-MuPemadam api Neraka-MuJatuhnya air matakuMenggugurkan dosa-dosakuTuhan! Kalau bukan dengan rahmat-Mu

aku tidak akan selamatSetidak-tidaknya kalau bukan kemaafan-Mu

aku tidak terlepas daripada azabAku lemah, bantulah akuNafsuku serakahBantulah aku bermujahadah selaluSyaitan selalu menipu dayakuLindungilah aku darinyaJalan kesesatan terlalu banyakAda yang jelas, ada yang kesamaranKalau bukan pimpinan-Mu aku tersesat jalanPimpinlah aku selaluAgar aku selamat menuju-Mu

JADIKANLAH AIR MATAKUPEMADAM API NERAKA-MU99

Y

Page 139: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

139

TASAWUF

Selepas Asar22 - 10 - 1998

UHAN! Setiap doaku Engkau dengarlahSetiap permintaanku Engkau terimalah dengan redhaSetiap rintihanku dengan sebab dosa,

hapuskanlah dosakuPenderitaan jiwaku memang dosa,

kasihanilah akuSetiap kesungguhanku bermujahadah,

Engkau kiralahWalaupun aku lemah, memanglah hamba-Mu lemah,

maafkan akuKelemahan itu memang sifat hambaDi sinilah dengan rahmat-Mu Engkau maafkan selaluAtau setidak-tidaknya dengan kemaafan-Mu

Engkau gugurkanlah dosa-dosakuAku bukan gembira dengan dosa-dosa yang aku lakukanTidaklah pula aku bangga dengan kebaikan yang aku buatApa yang berlaku itu ada maksud dari-MuDengan dosa disuruh dukacita,

begitulah sifat hambaDengan kebaikan disuruh bersyukur

kerana itulah anugerah kepada hambaPimpinlah aku selalu di dalam kehidupan iniKerana kehidupan di dunia selalu sahaja menipuKalau Engkau tidak pimpin aku

tidak ada ertinya hidup iniDan kecundanglah aku di sana

DENGARLAH DOAKU100

T

Page 140: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

140

Menjelang Tidur05 - 08 - 2001

UHAN, janganlah pesongkan aku menjadi hamba selain-MuAku bangga bahawa aku menjadi hamba-MuTanamkanlah di dalam hatiku redha dengan-MuAku harap Engkau juga redha dengankuRedha-Mu itulah yang sentiasa kucariJanganlah Engkau biarkan aku mencari keredhaan selain-MuApabila aku tersilap cepat-cepat ingatkan akuAgar aku tidak terpisah dari-MuTerpisah daripada-Mu adalah bala yang paling besarTerpisah daripada-Mu adalah paling hinaAku inginkan pimpinan-Mu selaluApabila aku tersasar, letakkan kembali kepada landasanJanganlah biarkan aku terpesong jauhKalau berlaku alangkah hinanyaItulah yang aku takutItulah yang selalu mengganggu fikirankuTuhan, itulah harapanku pada-MuItulah yang aku pinta selaluTuhan, janganlah kecewakan aku

JANGAN PESONGKAN AKUDARI MENJADI HAMBA-MU101

T

Page 141: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

141

TASAWUF

Menjelang Maghrib11 - 12 - 1999

(03 Ramadhan 1420H)

UJUAN berbagai ibadahHendak melahirkan rasa kehambaanKerana dari ibadah itulah akan lahir rasa bertuhanDari rasa bertuhan akan lahir rasa kehambaanDari rasa kehambaan akan lahir sifat-sifat kehambaanSeperti malu, merendah diri, berkasih sayangBertimbang rasa, mengutamakan orangTakut hendak membuat dosa dan kesalahanSabar, redha, memberi dan meminta maaf, membantu orangDan lain-lain lagi sifat-sifat kehambaan

yang tidak perlu dinyatakanTapi hari ini ramai orang beribadah,

tidak lahir rasa kehambaanYang lahir dari ibadah ialah sifat sombong, hasad dengkiBermegah-megah, sum’ah, gila nama,

memfitnah, mengadu dombaBerdendam sesama manusia, jahat sangka,

bermusuhan sesama sendiriMengapa ibadah tidak mencapai matlamatnya?Itulah merbahayanya orang beribadah secara tradisiDan juga beribadah kerana ganjaran dan fadhilat-fadhilatnyaAtau ibadah inginkan berkat, agar murah rezekiOrang yang beribadah begini ghurur di dalam ibadahnyaMerasa dirinya membuat baikSebenarnya derhaka kepada TuhannyaDi Akhirat nanti akan jadi muflisHarapkan Syurga, Neraka yang menantinyaKerana itulah beribadah jangan kerana fadhilatFadhilat itu biarlah hak dan ketentuan TuhanTapi kita beribadah kerana hendak

melahirkan rasa kehambaanKerana kita memang hamba

TUJUAN IBADAH102

T

Page 142: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

142

Menjelang tidur05 - 11 - 1999

IASANYA orang yang membuat amal ibadahkerana mengejar fadhilat, banyak ibadahnya

Tapi rasa bertuhan sudah tiadaDari ibadahnya tidak lagi lahir rasa kehambaannyaDia membuat amal ibadah bukan kerana cinta

dengan Tuhan atau takutTapi cinta dengan fadhilat atau takut tidak dapat fadhilatBiasanya golongan ini rasa takut atau cinta

dengan Tuhan sudah tidak adaKalaupun banyak amal ibadah tapi tidak mengubah perangaiMazmumahnya sama naik dengan amal ibadahnyaIbadah pun banyak, cinta dunia pun banyakAmal ibadah pun bertambah, cintakan dunia pun bertambahGolongan yang mengejar fadhilat ini

selalunya rasa aman dengan TuhanMerasa tenang dengan amal ibadahItulah orang yang beramal ibadah derhaka dalam taatMembuat dosa atau derhaka tapi tidak sedar

berlakunya kederhakaan ituMereka itu tertipu dengan amal ibadahnya yang banyakTapi rasa bertuhan tidak adaTapi rasa kehambaan sudah hilangSedangkan rasa bertuhan itu adalah wajibMerasa kehambaan itu adalah diperintahBeramal ibadah dengan tujuan untuk memperdalamkan

rasa bertuhan dan rasa kehambaanKalau beramal ibadah sudah tidak rasa bertuhan

dan tidak rasa kehambaanFungsi dan peranan ibadah itu sudah tersalahMaka tidak ada nilai lagi di sisi Allah SWT

BERAMAL KERANA FADHILAT103

B

Page 143: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

143

TASAWUF

I ANTARA cara Tuhan murkapada seseorang hamba itu

Ialah apabila dia membuat amalan ibadahatau kebajikan dia memandang besardengan ibadah dan kebajikannya

Apabila membuat dosa dan kesalahandia memandang kecil sahaja bahkan dilupakan

Dia merasakan ibadah dan kebajikannyaboleh menghapus atau menutup dosa-dosanya

Kerana banyak ibadah yang dibuatdia terasa aman dengan Tuhannya

Bahkan rasa senang dan tenangdengan amal ibadah dan kebajikannya

Dengan amal ibadah dan kebajikan yang dibuatnya,takut dengan Tuhan sudah tidak ada

Dia sudah merasakan Tuhan sudah redhaDia yakin dia akan selamat dengan ibadah

dan kebajikan yang dibuatApabila Tuhan bertambah murkaDengan amal ibadah dan kebajikan

yang dibuatnya datang pula ujub dan riyakKemudian timbul pula sum’ah dan sombong

dengan amal ibadahnyaJika dia tidak sedar jugaTuhan tambah lagi kemurkaan-Nya,

dengan cara dia memandang orang yang kurang ibadahnyadengan pandangan hina

Dia pula mulalah mengata dan mengumpat orang lainKejahatan orang lain dia nampak,

kejahatan diri sendiri makin tidak nampakDia pun terus mengerjakan ibadah dan kebajikan

di atas sifat-sifat yang disebutkan tadiHinggalah ke akhir hayat umurnya

CARA TUHAN MURKA104

D

Page 144: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

144

Selepas Asar04 Safar 1421H

Dia pun mati di atas sikapnyayang diceritakan tadi

Maka dia pun mati di dalam su’ul khatimahMati di dalam kemurkaan Allah

bersama-sama amal ibadahnyaMaka dia pun masuk Neraka dengan penuh terkejut,

waliyazubillah

Page 145: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

145

TASAWUF

I ANTARA rahmat Allah Taalakepada seorang hamba-Nya

Kerana hendak menyelamatkan hamba itudaripada kemurkaan dan Neraka-Nya

Setiap kali dia beribadah dia merasakan tidak sempurnaDia merasakan terlalu banyak cacat celanyaLantaran itu hatinya sentiasa susah atau cemas

dari ibadah ke ibadahnyaDia merasakan ibadahnya fardhu dan sunat

tidak pernah sempurnaBegitu juga dia merasakan diri sentiasa berdosaHingga jiwanya tidak pernah tenang dengan TuhannyaApatah lagi kalau dia sedar terbuat dosaAduh, jiwanya parah, hatinya gundah-gulanaJiwanya bertambah terseksa dan deritaDia sentiasa menangisKalau matanya tidak menangis, hatinya menangisKesalnya tidak pernah putus-putusMemohon ampun kepada Tuhannya terus-menerusDia tidak pernah rasa aman bila berhadapan

dengan TuhannyaBegitulah apabila Tuhan hendak menyelamatkan

seseorang hamba-NyaCara itulah Tuhan memberi rahmat kepada hamba

yang dikehendaki-NyaRasa takut kepada Tuhan itulah yang dikehendaki oleh TuhanKerana seorang hamba itu dapat mengekalkan

rasa kehambaannyaMaka di situlah jatuhnya keredhaan TuhanKeredhaan Tuhan itu menyelamatkan

seseorang itu dari Neraka

TANDA RAHMAT ALLAH105

D

Selepas Asar04 Safar 1421H

Page 146: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

146

ETENTUAN dan takdir Allah kita tidak sukaUjian-Nya kita benci menerimanyaMasa depan kita bimbang sahajaDapat nikmat bakhil pulaBertambah nikmat bertambah tamaknyaApabila dinasihat marah-marah ajaKetika memberi mengaku ikhlasInilah menunjukkan ibadah-ibadah kita tidak berkesanKerana ibadah-ibadah tidak ada jiwanyaApakah yang hendak kita sembahkan kepada Tuhan kita?!

TANDA IBADAHTIDAK BERKESAN106

K

Selepas Subuh26 - 04 - 1997

Page 147: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

147

TASAWUF

ERSUNGGUH-SUNGGUHLAH beramal ibadahLaksanakan secara istiqamah setiap masaKemudian koreksilah ibadah di mana kekurangannyaKemudian lupakan sahajaBersungguh-sungguhlah meninggalkan dosaMuhasabahlah diri setiap masa tentang dosaKemudian rasakan diri kita berdosaBegitulah sifat seorang hambaPandang kecillah dengan ibadah kitaKerana masuk ke Syurga itu dengan rahmat-NyaPandang besarlah dengan dosa kitaAgar kita takut membuatnyaDan masuk ke Neraka dengan keadilan-NyaPanjatkanlah doa selalu kepada-NyaPintalah taufiq dan hidayah dari-NyaKerana itulah jalan kepada-NyaKita hamba, haraplah selalu kepada-NyaDan baik sangka kepada-Nya

BAIKILAH IBADAH107

B

Selepas Subuh19 - 11 - 1998

Page 148: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

148

ALAU engkau keluar rumahtidak memasang apa-apa niat

Rugi sekaliKalau engkau membuat sebarang kerja

tidak ada niat apa-apaEngkau membuang masaJika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat

hanya sekadar ingin ilmuTermasuk mensia-siakan umur engkauSekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niatTerbuang sahaja masa engkauEngkau makan, minum, berpakaian

hanya berlaku begitu sahajaEngkau telah merugikan kebiasaanEngkau berseronok-seronok dengan anak isteri

tidak ada tujuan apa-apaMasa engkau percuma sahajaSekalipun apa yang engkau buat, usaha,

makan dan minum belum termasuk kawasan dosaTapi engkau telah mensia-siakan itu semuaKalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan,

bukankah ia jadi ibadahBerapa banyak ibadah-ibadah tambahan

yang engkau perolehiJika di dalam satu perkara itu memasang

niat yang banyak, lebih-lebih lagibertambah banyak pahala engkau

Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asasSelain itu engkau membuatnya bersahaja

tanpa apa-apa matlamatKalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya?Mengapa matlamat hidup engkau,

engkau bataskan

PASANG NIAT DALAMSEBARANG KERJA108

K

Page 149: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

149

TASAWUF

Selepas Zuhur30 - 12 - 1999

(22 Ramadhan)

Sedangkan apa yang engkau buatterlibat dengan masa

Padahal sebahagian kecil amalan engkauyang mempunyai niat

Ertinya berapa banyak masa engkauyang terbuang begitu sahaja

Di sinilah nanti engkau akan menyesaltidak sudah-sudah di Akhirat kelak

Itu kalau masa yang terbuang itutidak di dalam lingkungan dosa

Jika sudah termasuk kawasan dosalebih-lebih lagilah engkau akan menyesaldan menderita

Kerana itulah apa sahaja yang hendak kita buatbiar ada matlamat

Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuanberibadah kepada Allah Taala

Kalau begitu biarlah seluruh hidup kitamenepati ibadah

Page 150: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

150

EMBUAT kerja dengan terpaksa memang menderitaBahkan menjemukan dan mudah meletihkanSeperti membuat kerja yang dia tidak sukaTapi dipaksa membuatnyaAtau kerja itu tempat dia dapat gaji sedangkan hati tidak sukaKalau dia kerja bertahun-tahun lamanyaAkan kelihatan nanti umur muda tapi muka nampak tuaMudah bencinya dan boring dengan kerjaJemunya menghilangkan kebahagiaan jiwanyaBiasanya ini akan membangunkan emosi manusiaMudah marah-marah, mudah tersinggung dengan manusiaKerana itulah buat kerja biarlah kerana AllahBuat kerja itu untuk keredhaanRasakan di situlah ibadah tambahan kitaBuat kerja kerana Allah tidak jemu, bahkan menggembirakanAdakalanya telah meletihkan badan tapi jiwa masih tahanBegitulah kerja dengan Tuhan tidak menjemukanKerja dengan manusia menjemukanJiwa gelisah, resah dan parahHilang ceria di muka, macam orang ada masalahMudah meletihkan, mudah menjemukan

BUAT KERJA KERANA ALLAH109

M

Selepas Asar04 - 10 - 1999

Page 151: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

151

TASAWUF

I SAMPING ibadah yang berat lagi khusus,carilah pahala atau keredhaan Allah yang mudah

Bertemu orang Islam berilah salam sebagai mendoakannyaSenyumlah selalu apabila bertemu, ia dianggap sedekahApabila keluar rumah, niat hendak membuat

berbagai-bagai kebaikan seperti ziarah atau khidmatTidak sampai maksud pun tidak mengapa, ia tetap diberi pahalaHadis ada memberi keterangan, niat orang Mukmin itu

lebih baik daripada amalannyaApabila membawa kereta di simpang-simpang jalan

berilah laluan kepada orang lebih dahuluIa diberi pahala kerana mengutamakan orang

daripada diri sendiriKesalahan kawan maafkan sahaja walaupun tidak dimintaAmat besar pahalanya, bahkan menggembira kawan pulaDuri-duri atau benda-benda yang menghalang di jalan

dibuang segeraIa memberi mudah orang ramai lalu-lalang

dengan tidak merbahayaIa diberi pahala sama dengan orang yang bersedekahWaktu tidur malam niatlah hendak bangun beribadahPahala tetap diperolehi sekalipun tidak sempat bangun

kerana terlajak tidurIa tetap diberi pahala kerana niatnya suciBerpakaian, niat bercantik-cantik kerana Tuhan itu cantikDi sini pahalanya tetap adaYang salah itu, berpakaian kerana bermegah-megah

dan menunjuk-nunjukYang sebenarnya untuk mendapat pahala

atau keredhaan yang mudah terlalu banyaknyaTanpa memerlukan korban masa atau hartaTapi kita telah mensia-siakannya

CARILAH PAHALA YANG MUDAH110

D

Selepas Zuhur17 - 10 - 1999

Page 152: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

152

Menjelang Maghrib23 - 12 - 1999

(16 Ramadhan)

IBURAN orang mukmin itu adalah beribadahMengingat Tuhan dan mengagungkan-NyaBerkhidmat dengan manusiaMemberi, bersedekah, menolong dan membantu

hamba-hamba AllahMengagih-agihkan harta di kalangan

yang patut menerimanyaKalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susahKerana menolong orang itu adalah hiburannyaMendamaikan orang yang berbalah, hobinyaDia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhanKalau ada orang yang memberi nasihatAtau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinyaLantas dia sayang kepada orang ituKalau dia tidak boleh berkhidmat dengan orangLebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya,

susah hatinyaDia terasa sangat bersalah dan berdosaKerana hiburan terputus atau tidak bersambungKalau didapati ada orang lain mendapat nikmatDia pula yang terhiburJika ada orang yang mendapat kesusahanHatinya susah, jiwanya derita dan gelisahDia bersungguh-sungguh cuba mengatasinyaDia merasa penderitaan orang lain itu

adalah penderitaannyaKesenangan orang lain adalah kesenangannyaBegitulah hati orang mukmin

terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain

HIBURAN ORANG MUKMINADALAH IBADAH111

H

Page 153: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

153

TASAWUF

Menjelang tidur17 - 10 - 1999

RANG yang bertaqwa menunggu ibadahdaripada satu ibadah itu kegembiraan

Yang hendak ditunggu itu ialah cinta agungnyaiaitu Tuhan Penciptanya

Agar dari satu waktu ke satu waktuhendak disembah dan disanjung

Alangkah terhiburnya memuja dan menyembahidolanya yang dirinduinya

Menunggu cinta dari satu waktu ke satu waktusangat ditunggu-tunggu

Tidak sabar rasa hendak menyembah dan memuja-NyaKerana di dalam penyembahan itu

dia dapat bercakap-cakap dengan TuhannyaMeminta, mengadu, bermesra dan bermanja-manjaBanyak persoalan hidup yang perlu diberitahuAgar Tuhan selesaikan segala yang terbukuBanyak perkara yang merbahaya minta dilindungiYang sedang terjadi minta diungkaikanDi masa hadapan pinta pimpinanYang tidak tahu baik buruknya minta dijelaskanOrang mukmin, sungguh penting Tuhan itu

di dalam kehidupannyaKerana itulah ibadah, munajat,

berdoa sesuatu yang didulukanDi sanalah segala persoalan dirafa’kan kepada TuhanMereka merasakan tanpa Tuhan tidak boleh hidupKepada mereka Tuhan sangat diperlukan

TERHIBUR MENYEMBAH TUHAN112

O

Page 154: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

154

ETAKAT inilah yang dapat kusembahkan pada-Mu, Tuhan!Sudah tentu terlalu banyak kekurangannyaAku terlalu sedih sebenarnya, wahai TuhanMenganugerahkan sesuatu kepada-Mu yang tidak sepadanTapi apakan daya, setakat inilah yang aku mampuSudah kulakukan sedaya yang termampuIa masih setakat ini sahajaEngkau tahu betapa sedihnya akuJiwaku merintih selaluJiwaku derita Engkau pun tahuMengenangkan ibadahku terlalu kurangBagaimanapun kuharap terimalahWalaupun serba kekuranganAku sangat malu dengan-Mu, TuhanNikmat yang Engkau kurniakan banyak

namun ibadahku kurangTuhan, maafkanlah aku! Dengan rahmat-Mu!Ampunkanlah dosakuJanganlah Engkau bertindak ke ataskuAku bukan suka setakat yang ada iniAku bukan tidak sedih dengan kekurangan iniTapi setakat inilah yang aku terdayaMaafkan aku Tuhan!Di samping kuharapkan pimpinan-Mu lagiAgar aku dapat berbuat lebih baik dari iniUntuk kusembahkan kepada-Mu

SETAKAT INI DAPATKUSEMBAHKAN PADA-MU113

S

Page 155: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

155

TASAWUF

Selepas Asar30 - 10 - 1998

TERIMALAH IBADAHKUYANG TIDAK SEMPURNA114

UHAN, terimalah ibadahkuyang tidak sepertinya ini

Ia serba kekuranganBanyak cacat-celanyaTapi apakan daya, inilah yang aku terdaya

mempersembahkannyaAku sudah mencuba sesungguh hatiTapi masih tidak mampu juga dengan sempurnaAku harap dengan rahmat-Mu terima jugalahAtau dengan kemaafan-Mu terimalah kekurangannyaWalaupun tidak sempurna ibadahku, aku tidak jemuAku tetap teruskanSekalipun tidak meningkat aku tetap istiqamahKasihanilah aku Tuhan hamba-Mu yang lemah iniKeampunan-Mu yang Aku harapkanKalau Engkau tidak membelakuSiapa lagilah yang akan membelanyaKalau aku diazab, aku kan hamba-Mu juaAku adalah ciptaan-MuKalau Engkau selamatkan akuEngkau pun tidak rugiKebesaran-Mu tetap sempurna

T

Page 156: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

156

DA orang tidak taat dan tidak setiaSama ada dengan Tuhan atau dengan manusiaItu perkara biasaTapi adakalanya kita tidak sedari di dalam kehidupan iniSering berlaku kepada orang yang agak beragamaBoleh taat tapi tidak setiaSanggup menerima arahan tapi tidak ada tanggungjawabBoleh beribadah tapi derhakaBoleh menerima suruhan tapi tidak beradabTeringat dosa kemudian melakukannyaBoleh berbuat tapi tidak sempurnaAtau sanggup berkhidmat tapi tercacat dan tercelaAtau boleh taat tapi jiwa menderitaKeindahan di dalam ketaatan tidak adaLazat di dalam beramal belum dirasaKerana itulah iman sentiasa yazid wa yanqusAdakalanya bertambah, adakalanya berkurangDia tidak mahu bertambah dan terus bertambahTapi janganlah berputus asaLepas berbuat mengaku berdosaSetelah berbuat mintalah ampun dan maafMintalah kepada Tuhan dengan rahmat-Nya terima jugalahPohonlah kepada Tuhan Ar RahmanDengan rahmat-Nya yang cacat itu tampunglah

BOLEH TAAT TAPI TIDAK SETIA115

A

Page 157: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

157

TASAWUF

AKU RASA BELUM BERIBADAH116

DUH, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadahHatiku pun mula rasa susah dan gelisahAku pun mula bimbang bagaimana nanti

aku menyembah-Mu, bersopankah atau sebaliknyaKalau aku lakukan juga, jawapannya tentu samaMacam-macam rasa di dalam jiwakuTakut, bimbang, gelisah dan resahApabila selesai, aku rasa belum beribadahHatiku susah dan gundah-gulanaTapi apakan daya, setakat itulah yang terdayaTakkan aku hendak mengulanginya sekali lagiNilai ibadahkuMacam tadi jugaKerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyangAku dahulukan memohon ampun kepada-Mu

terhadap sembahyangkuselepas itu barulah dosa-dosaku

Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosaHatiku lagi parah, susah dan gelisahTapi aku ini lemah bermujahadahSelepas itu aku ulangi lagi membuat salahHatiku susah lagi dan gundahTuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurangMaafkan aku yang tidak sempurnaAmpunkan aku mana yang terlanjurKerana hal itu bukan aku sukaItulah kelemahankuEngkau pun tahuRahmat-Mulah yang aku pinta

A

Page 158: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

158

UHAN memanggil akuAku menerima panggilan-NyaSetelah aku menunaikan panggilan, aku menderhakai-NyaTuhan menyuruh akuAku mendengar dan mentaati-NyaSetelah suruhan itu aku terimaAku mencuaikannyaTuhan panggil lagi akuAku tidak menolaknyaSetelah aku menerimanyaDi situ aku tidak beradab kepada-NyaTuhan suruh lagi akuAku tidak pula menolak suruhan-NyaSetelah aku menerima suruhan-NyaAku tidak bersungguh-sungguh mengerjakannyaBegitulah aku iniSetiap kali Tuhan panggilAku menerimanyaSetiap aku disuruhAku tetap tunaikannyaTapi di dalam ketaatan itulah aku derhaka kepada-NyaBilakah aku ini dipanggil dengan setianyaEntah bila lagi jika aku disuruhAku tidak khianat suruhan-NyaBegitulah aku ini sentiasa taat di dalam derhakaBegitulah aku ini mengikut perintah tidak beradabTuhan, aku harapDi dalam menunaikan panggilan dan suruhan, tidak beradabAku memohon maaf dan ampun kepada-MuAmpunkanlah dan maafkanlah aku wahai Tuhan

TUHAN MEMANGGIL AKU117

T

Menjelang tidur14 - 09 - 1999

Page 159: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

159

TASAWUF

Menjelang Maghrib16 - 10 - 1999

TUJUAN MENGENAL TUHAN118

ENGENAL Tuhan tujuannya agar segala usaha dan ibadahada tempat tujuan yang hendak disembahkan

Agar segala usaha dan ibadah tidak disia-siakanMengikut syariat itulah disiplin hidup dan syiar-NyaSekaligus nampak kelihatan di dalam kehidupan insan,

ayat-ayat dan tanda-tanda kebesaran TuhanAkhlak yang mulia pula itulah dia bunga-bunga

yang indah pada diri-diri insanDari situlah di dalam pergaulan manusia

di antara satu sama lain senang menyenangkanBahagia membahagiakan, rindu-merindui untuk berjumpaDari sinilah indahnya pertemuan di dalam pergaulanKerana masing-masing di dalam diri membawa bungaSatu sama lain hibur-menghiburkanSuka-menyukakan dan menggembirakanMemanglah tabiat bunga sama ada bunga yang lahir

mahupun bunga yang maknawi dan rohaniIa menyukakan, menghiburkan, menyenangkan

dan menyejukkan mata dan hatiKalau bunga diri atau bunga-bunga maknawi

dan rohani tidak adaPertemuan manusia sesama manusia sangat menjemukanBahkan di dalam setengah-setengah hal pertemuan itu

sangat menakutkanAkibatnya pertemuan dan pergaulan itu

dibuat sebab terpaksaTidak bergaul, manusia tidak boleh hidup bersendirianKerana manusia itu satu sama lain perlu-memerlukanTapi kerana masing-masing bunga diri sudah tidak adaPertemuan dan pergaulan secara terpaksa itu

sangat menyakitkan

M

Page 160: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

160

I DALAM ajaran Islam, mengenal Tuhan lebih dahuluadalah perkara yang pertama dan utama

Selepas itu barulah mengenal syariat-Nya pulaTujuan mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya

di kalangan manusia cinta kepada-NyaPepatah Melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cintaPercaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan

sudah tentu cinta tidak berbungaTidak cinta kepada Tuhan,

syariat-Nya orang tidak akan menghormatiMari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-NyaTuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat

dan seluruh isinyaMencipta manusia bahkan mencipta segala-galanyaDia adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui,

Maha Melihat, Maha Mendengar,Maha Berkehendak dan kehendak-Nya

tertunai segala-galanyaTuhan adalah mengadakan dan mentiadakan,

mematikan dan menghidupkanMenghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat

kerana keadilan-NyaTuhan adalah segala-galanyaDialah yang memberi makan dan minum,

Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkanDia juga menyenangkan dan menyusahkan,

memiskinkan dan mengkayakanMenjatuhkan dan menaikkan seseorang

atau sesuatu bangsaMemberi rahmat dan nikmat, memberi niqmat

dan bala bencanaMendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatanMemberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka

KENAL TUHAN DAHULUBARULAH SYARIAT-NYA119

D

Page 161: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

161

TASAWUF

1.00 pagi05 - 01 - 2000

(28 Ramadhan)

Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-NyaSiapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-NyaSiapa yang masuk Syurga adalah dengan rahmat-NyaTuhan adalah Zat yang Maha Esa,

tidak ada bandingan dan tandinganTidak ada penyamaan dan penyerupaanMaha Suci daripada penyerupaan dan Maha Suci

daripada dapat dilintaskanHakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahuiTiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahuiSekalipun para malaikat yang suci

daripada dosa dapat mengetahuiKuasa atau Qudrat-Nya bukan dengan tenaga,

kehendak-Nya bukan dari perasaan-NyaTuhan tidak ada perasaan macam manusiaYang berkuasa dan berkehendak adalah Zat-NyaBegitu juga melihat, mengetahui, mendengar,

adalah Zat-NyaYang mempunyai sifat-sifat itu semuanyaMaha Pengasih lagi Maha PenyayangMaha Qahhar dan Jabbar

Page 162: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

162

IDAK sama Islamnya seseorang yang dimulaidengan mengenal Tuhan dengan yang dimulaimengenal syariat-Nya

Golongan yang pertama kalau bersyariatsangat dihayatinya hingga rasa bertuhansangat menunjangi jiwanya

Hasil bersyariat lahirlah sifat-sifat kehambaanyang begitu ketara

Seperti kasih sayang, tawadhuk, pemalu, sabar, pemurah,mengutamakan orang lain dan maaf bermaafan

Puak kedua mungkin ibadahnya baiktapi penghayatannya tidak ada

Mereka bersyariat, rasa bertuhan tidak adaNatijah daripada ibadahnya tidak lahir rasa kehambaanBahkan dari ibadahnya subur sifat-sifat mazmumahSeperti pemarah, bakhil, keras hati, mementingkan diri,

sombong dan riyakSeolah-olah mereka beribadah atau bersyariat

terputus hubungannya dengan AllahMereka bersyariat sudah sama tarafnya

dengan ajaran ideologiAjaran ideologi mana ada bertunjangkan iman

atau terhubung dengan AllahBegitulah orang mengamalkan Islam

yang dimulai mengenal syariatSedangkan Tuhan tidak diperkenalkan

dengan mendalam kepadanyaAkibatnya orang yang bersyariat tidak cinta

dan takut dengan TuhanDi dalam mereka bersyariat pada masa yang sama

kemungkaran dibuatnyaSyariat yang diamal tidak membuahkan

akhlak yang mulia

BEZA KENAL TUHAN DENGANKENAL SYARIAT-NYA120

T

Page 163: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

163

TASAWUF

Selepas Zuhur30 Muharam 1421H

Hingga Islam yang diamalkan tidak kelihatan indahdan cantik di dalam kehidupan

Kerana itulah orang lain tidak minat kepada IslamApatah lagi yang bukan Islam ingin masuk Islam

jauh sekaliKerana pengamal-pengamal dan pejuang-pejuang Islam

sangat menakutkan merekaKeindahan Islam tidak dapat dilihat

di dalam kehidupan mereka

Page 164: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

164

IKA lemah iman atau tidak kenal Tuhan dengan sempurnajiwa kita menjadi liar

Liarnya jiwa itu satu penderitaanPenderitaan jiwa menjadikan hilang kebahagiaanApa maksud jiwa kita yang liar?Apabila mendapat sedikit ujian seperti kesusahan jiwa

menderita hingga tidak sabarApabila mendapat kesenangan berbunga pula jiwa,

lupa daratanDinasihat atau dikata orang jiwa rasa berang,

mungkin sampai menyerangJika orang lebih sedikit sakit pula hati,

menimbul hasad dengkiApabila orang mendapat penderitaan jiwa rasa senangJika kehendak tidak dikabul

aduh jiwa keluh-kesah dan gelisahJika hajat dapat berbunga pula jiwa

mungkin menghina orangBegitulah jika iman lemah atau tidak kenal Tuhan,

jiwa tidak stabilBerubah keadaan yang menimpa berubah pula jiwaBerlainan suasana berlainan pula perasaannyaJiwa sentiasa berombak dan bergelombangMacam lautan yang tidak pernah rehat dari geloraKalau begitu mana hendak mendapat

ketenangan dan kebahagiaanKerana jiwa mudah saja tergugat oleh kejadianPadahal peristiwa ada dalam kehidupan

mana ada renti-rentinyaDia datang silih berganti berbagai-bagai keadaanOrang mukmin jiwanya sentiasa tenang

JIWA LIAR APABILATIDAK KENAL TUHAN121

J

Selepas Asar22 Muharam 1421H

Page 165: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

165

TASAWUF

Selepas Zuhur30 - 09 - 1999

SEGALANYA UNTUK ALLAH122

ERFIKIRLAH seperti yang Allah mahuBerperasaanlah seperti yang Tuhan setujuBerkehendaklah seperti yang Tuhan redhaErtinya fikiranmu, jiwamu dan nafsumu semuanya

untuk Tuhan yang EsaSetelah tiga anggota batin itu selarasSemuanya bertindak mengikut kehendak TuhanMaka jawarih ini mudah sahaja, ia sudah tentu taat setiaJawarih ini ia akan mengikut sahajaTanpa bangkang dan tanpa bantah ia akan bersetuju sahajaSikap begini adalah manusia luar biasaInilah hamba Allah yang seluruh hidup dan matinya

kerana-NyaSelaras dengan pengakuan di dalam sembahyang lima waktu“Hidupku dan matiku adalah kerana Allah”Oleh itu pimpinlah akal fikiran dengan ilmu wahyuDidiklah hati atau jiwa dengan rasa bertuhanBermujahadahlah melawan nafsu,

arahkan kemahuannya kepada Tuhan yang EsaBersandarlah kepada pemimpin yang ‘arifbillahBeristiqamahlah dan berdoalah kepada AllahAgar kita selamat menuju ke arah-NyaInsya-Allah hidayah dan taufik-Nya akan dianugerahDengan rahmat dan kasih sayang-Nya

B

Page 166: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

166

EBURKAN rasa kebesaranmu di dalam kebesaran TuhanAgar engkau akan merasakan dirimu hina dan terlalu kecilnyaSupaya sifat hamba engkau dapat kekalkan semulaEngkau memang hamba,

mana ada kebesaran yang engkau punyaBegitulah juga engkau cairkan rasa kekayaan yang ada padamuAgar kekayaan itu engkau rasa lambang kekayaan TuhanMemang engkau mana ada kekayaan

kalau bukan anugerah TuhanSegala yang ada dimiliki oleh TuhanHanya Allah menumpangkan sementara

untuk hendak diagih-agihkan kepada yang memerlukanSepatutnya kita rasa kekayaan yang ada terasa bebanKerana kita berkewajipan dan menjadi tanggungjawab

mengagih-agihkanSepatutnya kekayaan yang Allah tumpangkan itu

kita rasa susah hatiApakah kita boleh amanah untuk menyampaikanOrang yang arif, tidak ada lebih dirasakan legaDaripada ada yang dia rasa menyusahkanTidak diagih-agihkan adalah satu kesalahanKita sudah tidak amanah dengan TuhanKekayaan itu adalah ujianMampukah kita bertanggungjawab mengagih-agihkanRamai orang kaya gagal menerima ujianKekayaan itu hendak diagih-agihkan kepada yang memerlukanTapi apa yang terjadi bahawa kekayaan yang diberi itu

dijadikan milik peribadiNanti di Akhirat kelak hartanya itu dipanas dan dicairkan

kemudian disapu ke seluruh badanAkibat tidak amanah daripada pemberian Tuhan

LEBURKAN RASA KEBESARANMU123

L

Page 167: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

167

TASAWUF

SERIUS DENGAN TUHAN124

DA orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhudan yang sunat secara lahir

Dapat pula meninggalkan maksiat secara lahirdi dalam kehidupannya

Dia merasakan bahawa dia telah serius dengan TuhanDia sebenarnya belum serius dengan Tuhan PenciptanyaOrang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali

sentiasa takut dengan-NyaHatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbanganSetiap kali selepas mengerjakan ibadahHatinya rasa kesal kerana dirasakan

ibadahnya tidak sempurnaDia pun memohon ampun kepada TuhanLebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosaAduh, jiwanya sangat deritaKerana terbuat dosa dia pun bersedekahAtau berkhidmat kepada ibu atau guru

atau kawan-kawannyaAtau membaca Al Quran atau dia berzikirAtau berselawat sekian-sekian banyaknya

untuk ibu bapa atau gurunyaJika amalan kebiasaannya tertinggal dia gelisahDia mesti bayar umpamanya menghadiahkan FatihahAtau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunyaAtau hari itu dia bersedekah atau berkhidmat

dengan manusiaFikirannya sentiasa ke hadapanApa lagilah kebaikan yang hendak dicetuskanKalau dia masbuk sahaja dengan imamHatinya tidak tenang pada hari ituUntuk memujuk hatinya dia akan bayar dengan sedekahAtau sembahyang sunat atau khidmat

dan mendoakan gurunya

A

Page 168: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

168

Kalau dia hendak membuat kerja yang besaratau apa-apa hajat

Dia mesti mengadu dengan Tuhan terlebih dahuluIa akan bertawasul dengan gurunyaSetiap kali dia membuat kejahatanDia akan tutup dengan membuat kebaikanDi samping hatinya sedih dan terseksaDia tidak boleh mendengar ada orang yang susahHatinya gelisah dan dia mesti berusaha menolongnyaKalau dia bersalah cepat-cepat memohon maafDan memberi maafDi atas kesalahan orang kepadanyaBegitulah orang yang serius dengan Tuhan

Menjelang Maghrib14 - 12 - 1999

(06 Ramadhan 1420H)

Page 169: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

169

TASAWUF

Menjelang tidur10 - 11 - 1999

MARILAH BERSAMA-SAMAMENCARI TUHAN125

ARILAH kita bersama-sama mencari TuhanCarilah Tuhan hingga dapatKita jadikan Tuhan kawan setiaBersama-sama mencari Tuhan tidak akan timbul pergaduhanBahkan akan terjadi satu haluan sesama insanAkhirnya setelah bersama mendapat TuhanAkan terjadi berkasih sayang sesama manusiaBersama mencari Tuhan tidak ada pertarunganTidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnyaSentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhanHasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkanIa tidak akan terjadi pada manusia

bersama-sama memburu TuhanMemburu dunia tidak semua dapatAda yang dapat ada yang tidakMemburu Tuhan sama-sama dapat, tidak ada yang kecewaMemburu dunia banyak yang kecewaHatta yang dapat dunia dan nikmatnya juga kecewaMendapat dunia menjemukanMendapat Tuhan tidak menjemukanDapat dunia tidak membahagiakanDapat Tuhan dapat segala-galanyaDapat dunia hanya sebahagianMendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadiMendapat dunia mendapat sesuatu yang binasaSama ada kita meninggalkan diaAtau dia meninggalkan kitaMendapat dunia ia sentiasa menipu kitaMendapat Tuhan, ertinya kita mendapat kawan setia

M

Page 170: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

170

UNAKANLAH akal untuk mengenal Tuhan dan jugamemikirkan kebesaran-Nya, keagungan dan kekuasaan-Nya

Agar Dia dicintai dan ditakuti setiap masaGunakanlah akal untuk mengetahui syariat

dan hukum-hakam-NyaKerana syariat dan hukum-hakam-Nya itu

adalah jalan kepada TuhanKalaupun kita telah mengetahui dengan akal akan ilmu-ilmu

dunia selain ilmu ketuhanan dan syariat-NyaFikirkan pula bagaimana ilmu itu untuk dijadikan alat

untuk membangunkan syariat TuhanBegitu juga selaraskan kehendak nafsu

dengan kehendak TuhanAgar kehendak Tuhan dengan kehendak nafsu

selari dan sejalanSupaya nafsu tidak lagi dijadikan tunggangan

atau highway syaitanSelarinya kehendak Tuhan dan nafsu di situlah

ketenangan dan kebahagiaanSeterusnya jadikanlah hati untuk TuhanJangan jadikan hati untuk selain-NyaSeperti, jadikan hati selalu mengingati-NyaSuburkan hati rasa bertuhan setiap masaAgar rasa kehambaan kepada Tuhan bertambah tajamApabila hati rasa kehambaan bertambah suburCinta dan takut dengan Tuhan bertambah mendalamCintakan Tuhan itu amat patutKerana Dia adalah sumber segala kebaikanTakut dengan Tuhan juga patutKerana kita adalah hamba ciptaan-NyaBila-bila masa sahaja Tuhan boleh melakukan

apa sahaja kepada kita

GUNAKANLAH AKALUNTUK MENGENAL TUHAN126

G

Selepas Asar19 Muharam 1421H

Page 171: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

171

TASAWUF

02 - 10 - 2000

DALAM DIRIMUPENUH KEAJAIBAN127

ALAU engkau perhati!Dan jika jiwamu hidupJuga kalau akal engkau berperananEngkau tentu sedar, bahawa di dalam dirimu

penuh dengan keajaiban dan hikmahBahkan di dalam dirimu lahir dan batin,

ia adalah sumber segala-segalanyaSumber kekayaan dunia dan AkhiratPada anggota-anggotamu adalah sumber ilmu

dan pengalamanIa juga sumber hiburan dan kebahagiaanIa adalah sumber kekayaan dunia yang berbentuk material

dan kemajuan fizikalJuga ia adalah sumber iman dan taqwa yang membawa

kekayaan AkhiratSumber mengenal Tuhan pencipta alam dan dirimu sendiriSumber segala kebaikan dunia dan AkhiratDi dalam dirimu sumber kajianPadanya ada ayat daripada ayat AllahDi sini nampak kekuasaan dan kehendak Allah TaalaDapat dilihat kebesaran dan pentadbiran-NyaDapat dirasakan ilmu-NyaDi dalam diri engkau dapat dirasakan rahmat dan nikmat TuhanKalaulah hal-hal yang tersebut engkau sedarAduh! Malunya engkau dengan TuhanTerasa hinanya diri engkauSyukur tidak terhinggaCinta dan takut kepada-NyaRasa bertuhan tidak mungkin dilupakanKe mana sahaja engkau pergi

terasa engkau hamba yang hina yang perlukepada perlindungan Tuhan-Nya

K

Page 172: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

172

PABILA rasa bertuhan wujudPasti rasa kehambaan adaBila rasa kehambaan adaAutomatik rasa bertuhan wujudDua perasaan ini tidak boleh berpisahSalah satu perasaan itu membuahkan

salah satu yang lainJika rasa bertuhan tidak wujudRasa kehambaan juga tidak akan wujudBegitulah sebaliknya jika rasa kehambaan tidak wujudRasa bertuhan pun tidak akan wujudApabila rasa bertuhan tidak ada,

akan wujudlah rasa ketuananKalau dibiarkan hingga subur dan kuatAkan lahirlah rasa ketuhanan

macam Firaun dan NamrudSyirik dan kafirlah dia wal’iyazubillahRasa ketuanan atau rasa ketuhananInilah yang melahirkan sifat ego dan sombongMerasa diri luar biasa dan orang lain dipandang hinaPemarah dan kejam, pantang ditegur

dan dicabar atau ada tandinganKalau dia ada kuasa,

dia akan bertindak dan menghukumKalau tidak ada kuasa mungkin dendam kesumat

berpanjanganMenunggu peluang untuk bertindak atau membinasaBegitulah jika seseorang itu tidak ada rasa bertuhanSekalipun banyak beribadah dan bersembahyangBahkan ibadah yang banyak dan sembahyangnya

itulah yang membangunkan kesombongannyaDi sini kita nampak bahawa rasa bertuhan itu

amat penting

APABILA RASA BERTUHAN WUJUD128

A

Page 173: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

173

TASAWUF

Selepas Zuhur26 - 10 - 1999

Atau rasa bertuhan itu perlu wujuddi setiap jiwa manusia

Dari perasaan inilah lahir sifat-sifat kehambaanApabila lahir sifat kehambaan,

sifat-sifat ketuanan pasti hilangSifat-sifat ketuanan itulah yang membinasa diri

seseorang dan manusiaYang menjadikan dunia ini tidak pernah rehat

daripada huru-hara

Page 174: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

174

RANG yang rasa bertuhanIalah orang yang merasa dirinya

sentiasa di dalam kekuasaan TuhanDia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan-NyaDi dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-NyaJarang sekali dia melupakan-NyaDia merasakan Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas dirinyaNasibnya bergantung kepada TuhanBaik buruknya ditentukan oleh TuhanHidup matinya ditentukan oleh KhaliqnyaMerasakan dirinya tidak ada kuasa langsungLantas dengan itu datang rasa takutnya

kepada Allah penciptanyaKebimbangannya terbawa-bawa ke mana-manaDan di waktu bila punDengan itu lahir di dalam hati inginkan kasih sayang

dari TuhanAgar dia diberi hidayah dan taufiqSupaya dia diberi keselamatan dan kawalanDia pun menyembah-Nya dan membesarkan-NyaMemanjatkan doa kepada-Nya agar dipimpin selaluKesalahannya dia memohon ampunKesilapannya dia memohon maafDengan nikmat dia bersyukur

dan dengan ujian dia bersabarRedha dengan ketentuan TuhanApa sahaja yang dia hendak buat

dia tanya Tuhan lebih dahuluDia takut hendak memandai-mandaiTuhan adalah tempat rujuknyaBegitulah orang yang rasa bertuhan

ORANG YANG RASA BERTUHAN129

O

Menjelang tidur15 - 01 - 2000

(08 Syawal 1420H)

Page 175: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

175

TASAWUF

Menjelang tidur23 - 11 - 1999

MEMILIKI TUHAN130

RANG yang tidak merasa bangga bahawa Allah ituadalah Tuhannya

Dan tidak merasa lagi nikmat bertuhanMemanglah hati telah mati, jiwanya telah butaBukankah malang sekali,

Tuhan yang memiliki segala-galanyaSudah tidak dimilikinyaApalah ertinya memiliki yang dimiliki oleh TuhanSedangkan Tuhan tidak dimilikinyaPadahal memiliki Tuhan ertinya memiliki segala-galanyaMemiliki Tuhan kita merasa kuat dan puasMemiliki Tuhan ertinya kita mempunyai pelindungKita ada mempunyai kawan yang Maha Tinggi

dan Maha AgungYang sangat menyayangi kita dan sangat setiaMemiliki Tuhan ertinya kita ada tempat rujukAda tempat mengadu dan bertanya

yang dibawa ke mana-manaKita ada pembela yang akan menyelesaikan urusan kitaMemiliki Tuhan kita tidak sunyi

dan sepi di waktu keseoranganMendapatkan Tuhan ertinya ada tempat bermanjaTempat hendak mencurahkan kasih dan sayangTempat mencurahkan rasa cintaMendapatkan Tuhan hilang rasa takut dengan makhlukSepatutnya kita bangga mendapat TuhanKita rasa bahagia sepatutnya mempunyai TuhanSepatutnya kita rasa mulia bahawa Allah itu

adalah Tuhan kita

O

Page 176: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

176

IARLAH seluruh dunia manusia membenci akuAsalkan jangan Engkau benci padaku TuhanBiarlah aku kehilangan kasih sayang dari manusiaTapi jangan kehilangan kasih sayang dari-MuTidak mengapa aku tidak memiliki apa-apaMemiliki-Mu Tuhan ertinya memiliki segala-galanyaTanpa-Mu Tuhan aku kehilangan segala-galanyaApalah ertinya seluruh manusia kasih padakuEngkau yang mencipta manusia membenci akuTanpa-Mu Tuhan runtuhlah kehidupan dunia dan AkhiratkuApa yang aku miliki tidak ada erti apa-apaIa hanya ibarat habuk yang berterbangan sahajaTidak memberi guna apa-apaKerana itulah aku memiliki-Mu adalah penting sekaliBuat duniaku dan AkhiratkuTuhan, berilah aku sedikit kasih sayang dari-MuAgar memberi guna untuk kehidupankuDunia dan kehidupan Akhiratku

MEMILIKI-MU ADALAHPENTING SEKALI131

B

Selepas Asar04 - 04 - 1999

Page 177: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

177

TASAWUF

Menjelang tidur12 - 11 - 1999

KEJARLAH TUHANJANGAN KEJAR SYURGA132

EJARLAH Tuhan janganlah kejar Syurga-NyaTuan Syurga lebih utama daripada Syurga-NyaCarilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnyaDapat Tuhan, dapatlah segala-galanyaCari Tuhan kerana kita hendak

memperhamba diri kita kepada-NyaCari Syurga atau fadhilatnya, ertinya hendak

membesarkan nikmat TuhannyaMengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhlukMemperhambakan diri kepada Khalik kan lebih utamaMengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak adaJika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak adaSedangkan fungsi hamba hendak melahirkan rasa kehambaanKalau rasa kehambaan tidak ada,

mazmumah tidak akan dapat dimusnahkanKerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilatPerangainya tidak berubahBahkan adakalanya ibadahnya itulah

yang menyuburkan mazmumahnyaMengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilatSyurga dan fadhilat adalah hak Tuhan

yang memang telah ditentukan-NyaCarilah TuhanDapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat samaKerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkanCari Syurga atau fadhilat, Syurga atau fadhilat belum tentu dapatTuhan sudah tentu tidak dapatYang hendak kita cintai adalah TuhanKerana Dia pencipta kitaBukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintaiBetulkan semula fungsi ibadah kitaAgar matlamat ibadah itu

tepat kepada sasarannya

K

Page 178: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

178

ETELAH aku kenal Engkau Tuhan,tidak ada lagi erti Syurga dan Neraka-Mu

Kalau tidak ada Syurga dan Neraka punaku tetap menyembah-Mu

Menyembah dan mengingati-Mu itu adalah kebahagiaanMenyembah dan mengingati-Mu aku rasa patut buatkuMakin aku kenal-Mu, fadhilat-fadhilat tidak ada erti padakuAku rasa, beribadah kepada-Mu kerana fadhilat

menghilangkan keikhlasanku pada-MuAku merasa aku telah tercacat dengan-MuSiapa yang mengenal-Mu,

Engkau adalah sumber kebahagiaanKalau begitu apalah ertinya Syurga dan Neraka-MuSetelah aku mengenal-Mu keredhaan-Mulah

yang aku cariBahkan aku mengingini keredhaan-MuMendapat keredhaan-Mu,

ertinya mendapat segala-galanyaMendapat keredhaan-Mu adalah mendapat ibu

segala kebahagiaanInginkan keredhaan-Mu di sinilah datangnya

cinta dan takutCinta kerana Engkau patut dicintaiTakut kerana hamba perlu takut dengan TuannyaTakut adalah sifat hamba yang perlu dikekalkanMakin bertambah lagi aku mengenal-MuMaka segala-galanya tidak ada ertinya lagi bagikuKerana Engkau adalah segala-galanya

SETELAH AKU KENAL TUHAN133

S

Selepas Asar19 Muharam 1421H

Page 179: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

179

TASAWUF

DIDIKAN TUHAN BERBAGAI CARA134

LLAH mendidik manusia atau hamba-hamba-Nyaberbagai-bagai caranya

Agar manusia menerima-Nya sebagai TuhanDan patuh kepada syariat-NyaAdakalanya Dia lihatkan kebesaran-NyaMelalui kejadian langit dan bumiAgar manusia mengakui kewujudan-NyaAdakalanya dipujuk manusia dengan Syurga-NyaBetapa indahnya Syurga serta kelazatan nikmatnyaDan kecantikan bidadarinyaPada masa yang lain ditakutkan dengan Neraka-NyaBetapa dahsyatnya Neraka dan azabnya

yang maha pedih amat ngerinyaTidak kurang pula diceritakan kehidupan

orang-orang yang solehDi dunia lagi mendapat bahagia

walaupun di dalam cabaranOrang-orang kafir atau yang tolehDi dunia lagi tidak bahagia walaupun kayaBetapalah di NerakaAllah juga menyedarkan manusia

dengan nikmat-nikmat-NyaDiberitahu manusia ini daripada tiada kepada adaDicipta manusia begitu cantiknyaDicipta mata, kepala, mulut, kaki dan tangan

sesuai di tempatnyaMempunyai peranan yang berbeza untuk faedah merekaDisedarkan lagi dengan nikmat-nikmat

di luar diri manusiaDia Tuhan, menganugerahkan biji-bijian,

buah-buahan bertangkaiKegunaan hamba-hamba-Nya

A

Page 180: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

180

Selanjutnya Tuhan insafkan lagi manusia itudengan lain cara

Dengan perintah siapa menurunkan air hujan?Siapa cipta udara, kamu boleh hidup dengannya?Begitulah Tuhan mendidik manusia

berbagai-bagai jalanManusia menerima bermacam-macam cara

dan berbagai-bagai sikapnyaAda yang terus menolak kewujudan Tuhan,

percaya dunia jadi dengan sendirinyaAda yang menerima kewujudan-Nya

tapi membuat pembohongan tentang Zat-NyaDigambarkan bermacam-macam rupaTidak kurang yang percaya keesaan-Nya

tetapi menolak syariat-NyaAda yang tepat aqidahnya tapi acuh tidak acuh

dengan syariat-NyaDalam pada itu ada yang beriman

namun memilih-milih syariat-NyaSedikit sekali yang beriman dan patuh

kepada syariat-Nya

Selepas Asar14 - 05 - 1997

(06 Muharam 1418H)

Page 181: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

181

TASAWUF

BILA LAGI HENDAKRASA BERTUHAN135

AHAI jiwa!Bila lagi engkau hendak merasa bertuhanAtas dasar ilmu engkau percayaTapi jiwamu tidak terasa Tuhan adaJusteru itulah ke mana engkau pergiTakut dengan Tuhan tidak adaPadahal Dia telah berpesan takutkanlah

akan-Nya di mana saja beradaApabila rasa bertuhan tidak ada pada jiwamuSudah tentu rasa takut kepada Tuhan tidak adaRasa dilihat, rasa didengar, rasa diketahui,

rasa dikuasai pasti tidak merasa

Wahai jiwa!Bila lagi engkau hendak merasakan Allah itu Besar,

Agung dan patut dicintaiBila lagi engkau hendak khusyuk mengingati-Nya?!Kebesaran Allah kan terserlah,

mengapa tidak terasa?!Kekuasaan Allah bukankah nampak dilihat,

mengapa tidak gerun?!Nikmat-Nya berlaku setiap detik,

tidak nampakkah agar bersyukur?!Bila lagi wahai jiwa engkau hendak

memandang tembus?!Bila lagi?! Bila lagi?!Masa tidak menunggu kita!Dia tetap berjalan terusKalau kamu mati di dalam jiwamu lalaiKamu tidak termasuk jiwa yang dipanggil oleh Tuhan:“Wahai jiwa yang tenang,

kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puaslagi diredhai-Nya. Maka masuklah

W

Page 182: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

182

ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku.Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”(Al Fajr: 27 - 30)

Apabila engkau tidak dipanggil oleh TuhanSyurga tidak ada ruangan untukmuNerakalah bagimu, wal-iyazubillah

Selepas Asar20 - 05 - 1997

(12 Muharam 1418H)

Page 183: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

183

TASAWUF

Selepas Zuhur08 - 12 - 1999

LARILAH KEPADA TUHAN136

ARIPADA hendak lari dari TuhanLebih baik lari kepada TuhanKe mana engkau hendak lari?Langit dan bumi seluruhnya di bawah kuasa

dan pentadbiran-NyaTidak mungkin engkau boleh terlepas

daripada kuasa-NyaSetakat mana kemampuan engkau untuk lari dari-Nya?Engkau tidak akan terlepas daripada diburu oleh TuhanDaripada engkau kena buru,

lebih baik engkau memburu-NyaEngkau lari dari-Nya, ertinya engkau derhakaEngkau lari kepada-Nya,

ertinya engkau hendak kepada-NyaEngkau memburu Tuhan lebih selamat

daripada kena buruEngkau lari kepada Tuhan, engkau akan bahagiaEngkau lari daripada Tuhan, engkau akan celakaSekarang engkau boleh membuat pilihanHendak lari kepada Tuhan

atau hendak lari daripada Tuhan?Hendak memburu Tuhan

atau engkau akan diburu Tuhan?Buatlah pilihan dari sekarang

sebelum engkau diburu TuhanEngkau belum lagi terlambatLarilah kepada Tuhan, jangan lari dari TuhanEngkau akan kecundangSebenarnya Tuhan hendak kepada engkauMengapa engkau tidak hendak Tuhan?Bertindaklah sebelum terlewat!

D

Page 184: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

184

ARILAH redha Tuhan, kita tidak akan kecewaCarilah redha Tuhan, kita akan tenangJanganlah cari redha manusia, kita akan kecewaSuka manusia kepada kita bukan berpanjanganAdakalanya dia suka kepada kita, sukanya pura-puraSuatu hari nanti akan nyata jugaAdakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senangSetelah kita susah, kita dibuang dan ditendangJanganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusiaKerana manusia ramai yang tidak mengenang jasaBuatlah sesuatu untuk keredhaan TuhanManusia suka atau benci tak usah dipedulikanYang penting kita buat itu Tuhan sukaYang penting usaha kita itu Tuhan redhaDengan manusia tak usah ambil kiraManusia hendak puji atau manusia hendak caciItu soal diaYang penting apa kata TuhanKeredhaan Tuhan itu pentingRedha-Nya adalah balasanBalasan-Nya adalah berkekalanCarilah keredhaan Tuhan, hati senang

CARILAH REDHA TUHAN137

C

Selepas Asar16 - 09 - 1999

Page 185: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

185

TASAWUF

Selepas Asar04 - 10 - 1999

DENGARLAH RINTIHANKU138

UHAN, Engkau tarik kesihatanku tidak mengapaTapi jangan tarik hidayah dan petunjuk dari-MuAku akan kehilangan-MuMenjadikan segala yang ada padaku

tidak mempunyai erti apa-apaKalau aku kaya, engkau hendak ambil kekayaanku,

aku tidak menderitaTapi jangan ambil ilmuku untuk mengenal-MuAku akan kehilangan rasa bertuhanKehilangan rasa bertuhan aku terdedah

kepada kederhakaan dan kemungkaranKalau engkau hendak ambil apa sahaja,

tapi jangan ambil imanAku akan kehilangan segala-galanyaTuhan, kalau hilang kawan pun tidak mengapa

asalkan jangan kehilangan EngkauKehilangan Engkau musnahlah seluruh kehidupankuAku akan menjadi manusia terhina di dunia dan di AkhiratInilah harapanku pada-Mu TuhanDengarlah rintihankuKabulkanlah permintaanku dengan rahmat-Mu

atas nama kebesaran Nabi-Mu dan Imam Mahdi-MuJanganlah Engkau kecewakan permintaankuEngkau adalah Tuhanku, PelindungkuEngkau adalah tempat mengadu,

dengarlah rintihan hamba-MuEngkau adalah PenyelamatkuSelamatkanlah aku Tuhan!Inilah harapanku!

T

Page 186: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

186

UHAN jangan tinggalkan akuSekalipun aku selalu derhaka kepada-MuAku tidak mampu tanpa-Mu TuhanKalau Engkau tinggalkan akuAku kehilangan segala-galanyaKalau aku bersama-Mu aku mendapat segala-galanyaAku tidak sanggup kehilangan-MuBiarlah aku kehilangan segala-galanyaJangan sampai kehilangan-MuKehilangan segala-galanya akan mendapat semulaJika tidak kehilangan-MuTolonglah aku Tuhan, aku hamba-Mu yang dhaif iniYang selalu derhaka dengan-MuSelamatkan aku Tuhan!Di bawah lindungan-MuLindungi aku TuhanDi bawah jagaan-MuSiapa lagilah yang boleh menjagakuKalau bukan Engkau yang menjaga segala-galanyaAku bimbang selalu, kalau Engkau tinggalkan akuAku harap sangat wahai TuhanJangan tinggalkan akuPunahlah seluruh kehidupankuItulah harapanku pada-Mu TuhanJangan tinggalkan aku

JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN139

T

Selepas Asar04 - 04 - 1999

Page 187: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

187

TASAWUF

Selepas Zuhur09 - 12 - 1999

(01 Ramadhan)

MENUJU TUHAN PERLU PEMIMPINPILIHAN TUHAN140

ALAN kepada Tuhan adalah bersifat maknawi dan rohaniMata tidak dapat melihatnyaYang melihat dan menilai adalah akal dan hatiSedangkan jalan raya yang bersifat maddiBoleh dilihat oleh mata, ramai orang yang terjatuhAtau tersasar ke kiri atau ke kananOleh itu jalan kepada Tuhan tidak semua orang

boleh memimpin ke arahnyaSekalipun dia seorang yang dikatakan ulamaMungkin yang bersifat maknawi, akal boleh menyuluhnyaTapi apabila yang bersifat rohani, ia lebih tersembunyiDan ia adalah peranan hatiJalan kepada Tuhan itu terlalu seninyaKalau seseorang itu bukan pemimpin yang hatinya bersihYang dia dipimpin oleh Allah dan diberi ilhamTidak mungkin dia boleh memimpin manusia

menuju TuhannyaSekalipun ulamaKerana kebanyakan ulama,

pakar di dalam memahami lafaz dan ayat yang lahirMemahami yang batin itu adalah ulama pilihan TuhanIa merupakan pilihan di kalangan ulamaIa adalah rasul yang bukan rasul atau nabi yang bukan nabiKalau ulama yang bukan bersifat rasul atau nabiMereka juga perlukan pimpinanBetapalah orang awam lebih perlu lagi adanya pemimpinJanganlah anggap jalan kepada Tuhan itu boleh baca sendiriBoleh pimpin diri sendiri tanpa pemimpinKita akan tersesat jalanKenalah ambil perhatian tentang ini

J

Page 188: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

188

ETIKA engkau bersembahyang atau menyembah AllahFizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apaAnggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apaJuga anggota lahir engkau sujud, perlu diingat

ia tidak mengerti apa-apaBahkan walaupun lidah engkau membaca

tapi dia tidak faham apa-apaOleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-samaEngkau belum bercakap apa-apa dengan TuhanJika jiwa engkau tidak rukuk samaEngkau belum rasa bertuhanBila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud samaApa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?Kalau engkau tidak bercakap apa-apa

di dalam menyembah AllahJika engkau tidak rasa bertuhan, kerana hati dan jiwa engkau

tidak ikut berdiri rukuk dan sujudEngkau di waktu itu tidak merasa kehambaanJadi kalau ketika menyembah AllahBerbisik-bisik dan bercakap-cakap dengan Tuhan pun tidakRasa bertuhan pun tidak ada di waktu ituRasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyangTidak rasa memohon dan memintaTidak terasa merendah diri dan menghina diri

di hadapan TuhanEngkau belum bersembahyangEngkau tidak bersembahyang di waktu ituEngkau hanya bersenam dan beriadhah untuk AllahPatutlah perangai engkau tidak berubahEngkau bukan menyembah AllahTapi riadhah

SEMBAHYANG TIDAKMENGUBAH PERANGAI141

K

Selepas Asar01 - 11 - 1999

Page 189: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

189

TASAWUF

TAHUKAH ENGKAU SIAPAYANG ENGKAU SEMBAH?142

AHUKAH engkau siapa yang engkau sembah?Dengan siapa engkau kerjakan, meminta,

bermunajat dan meluahkan rasa hati engkaudi waktu sembahyang?

Iaitu Tuhan yang menjadikan engkaudan menentukan hidup mati engkau

Tuhan yang menentukan nasib engkau,nasib di dunia mahupun di Akhirat

Tuhan yang menentukan rezeki engkauberapa banyak sepanjang umur engkau

Allah yang menjadi Tuhan yang menentukansakit dan sihat engkau

Sakit ringan atau sakit berat, berapa kali sakitdan berapa kali sihat sepanjang hayat engkau

Tuhan yang mentakdirkan engkau miskin atau kaya,setakat mana kemiskinan itu dan setakat mana kaya

Tuhan yang menentukan berapa kali mendapat ujiandan berapa kali pula mendapat nikmat atau rahmat

Ujian yang macam mana dan nikmat dan rahmatyang macam mana pula

Tuhan yang mentakdirkan setakat mana ilmu engkaudan ilmu apa yang diberi kepada engkau

Tuhan yang menentukan engkau berkahwin atau tidak,kalau berkahwin dengan siapa dan berapa orang anak

Isteri itu pula taat atau derhaka begitu juga anak-anakTuhan yang menentukan senang dan susah

sepanjang hidup engkauSenang setakat mana dan susah pula setakat manaTuhan itulah juga yang menentukan

tempat tinggal engkau di bumi mana,dan di negara mana

Rumah yang selesa atau rumah yang sebaliknya

T

Page 190: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

190

Selepas Asar28 Muharam 1421H

Tuhan itulah yang mencatu berapa bilion kalinafas engkau turun naik

Dan Tuhan itulah juga akhirnya menentukankematian engkau di mana dan bagaimana

Mati kerana apa, kerana sakit, terjatuh, lemas,dilanggar kereta, ditembak petir, kena bom

Mati di dalam beriman, mati kafir atau mati fasikKalau engkau sedarlah yang engkau sembah itu

begitulah kekuasaan, kehendakdan pentadbiran Tuhan engkau

Apakah perasaan engkau di waktu itu?Tidak kecutkah hati engkau?Tidak bimbangkah jiwa engkau?Tidak rusuhkah perasaan engkau?Kalau engkau tidak terasa apa-apa

di waktu engkau menyembah-NyaErtinya engkau hanya membawa badan

tidak membawa jiwa bersamaKalau begitu engkau bukan menyembah tapi bersenamEngkau bukan beribadah tapi engkau beriadhah

Page 191: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

191

TASAWUF

PERTEMUAN DENGANRAJA SEGALA RAJA143

EMBAHYANG adalah ibu segala ibadahIbadah rasmi dari Tuhan kepada hamba-hamba-Nya

seluruhnyaIa merupakan pertemuan rasmiLima kali sehari semalam dengan AllahErtinya pertemuan rasmi dengan Raja

yang Maha Agung, Raja Segala RajaUmpama pertemuan rasmi raja manusiaSesama rakyat jelatanyaBagaimana keadaan kita, apa yang kita rasaApa persiapan yang sepatutnya?Kita siapkan pakaian yang cantikKita bersihkan badan kitaKita berwangi-wangian, pergi dengan kenderaan

sampai istanaDi istana kita duduk dengan penuh tertib

berhadapan dengan rajaKita duduk dengan penuh tawadhukBahu membongkok mata ke lantai dan khudhukKita tidak pandang kiri dan kananPenuh bimbang, malu dan takutTidak ada seorang yang berani bercakap-cakapDan bersembang-sembangMenunggu dengan penuh takut akan perintah rajaApa titah raja, apa pesanan, apa amanahnyaDan apa nasihatnyaBegitulah sembahyang, pertemuan dengan AllahSecara rasmi, Ia adalah Raja Segala RajaRaja yang bukan jenis manusiaRaja yang mempunyai Zat yang Maha Suci

daripada segala penyerupaanPengetahuan-Nya tembus, penglihatan-Nya tembus,

pendengaran-Nya tembus

S

Page 192: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

192

Menjelang Zuhur23 - 10 - 1999

Sepatutnya pertemuan kita lebih seriusLebih beradab, bertertib dan takutDi waktu itu kita menyediakan diri kitaBersih lahir dan batinMenunggu penyembahan itu dengan penuh takutMalu, khusyuk, tadharukTakut dan malu hendak bercakap-cakap dan berbualKecuali yang ada hubungkait dengan TuhanKita menyembah, seluruh fikiran, hati dan jiwaSeluruhnya tertumpu kepada TuhanFizikal ikut rukukFikiran ikut rukuk, hati ikut rukukFizikal ikut sujud, fikiran ikut sujud dan jiwa ikut sujudWaktu berdiri dirasakan seolah-olah

kita berada di Padang MahsyarSedangkan Tuhan sedang melihatAduh kecutnya perut, menggeletar sepatutnya jiwa kitaDi waktu itu sepatutnya tidak ada apa yang kita ingatKecuali sepenuh hati dan jiwa raga dan fikiran kita

hanya kepada Allah semata-mataTapi ramai manusia tidak begituBerhadapan dengan raja jenis manusia lebih terasa gerun,

malu dan beradabDari berhadapan dengan Tuhan pencipta manusiaKerana manusia belum kenal Tuhan Khaliqnya

Page 193: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

193

TASAWUF

Selepas Asar20 - 11 - 1997

SEMBAHYANG ITU HUBUNGANHAMBA DENGAN KHALIQNYA144

PABILA sembahyang ditinggalkanAtau sembahyang dengan kejahilanAtau sembahyang di dalam kelalaianHubungan hamba itu dengan khaliqnya sangat cacatAtau terus terputusKutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanyaOleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah

kecuali jin dan manusiaKalau begitu apalah ertinya kekayaan?Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!Nama dan glamour tiada bergunaBintang kehormatan yang akan menempa celakaDirikanlah sembahyang di atas waktunyaDi awal waktunyaPertahankanlah jemaah setiap waktuBetulkan dan luruskan saf-safnyaBetulkan bacaannyaHadirkan hatiFahamkan maksudnyaHayatilah tuntutan-tuntutannyaRasakan kehebatan AllahMenghina dirilah di hadapan-NyaAgungkan dan besarkan zat-NyaHilangkan segala yang adaHanya kewujudan-Nya sahaja yang kita rasa adaIngatlah sembahyang adalah amalan

yang mula-mula diperiksaDirikanlah sembahyang,

jangan hanya bersembahyangAgar seluruh amalan kita diterima

A

Page 194: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

194

EBAIKAN seseorang hamba ituBermula daripada membaikkan sembahyangnyaDari sembahyanglah titik tolak segala-galanyaApabila sembahyang itu sempurna lahir batinnyaKhusyuk, khuduk, tadharuk

dan faham apa yang dibacaSelepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan

pun mencurah-curahDianugerahkan kepadanyaAllah Taala akan bersihkan jiwanyaTuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinyaCinta, takut, kasih sayang, pemurah,

bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal,pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula kepada peribadinyasyariatnya sangat dijaga

Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketaraKerana itu betulkan sembahyang kitaHayati sembahyang hingga kita terasa

bahawa kita menyembah-NyaJanganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan

tanpa sembahyangAtau boleh jiwa kita dimurnikan

dengan sembahyang yang lebih kurangSembahyang adalah ibu ibadahSembahyang adalah sumber segala kebaikanDi dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatianApabila baik sembahyang

segala-galanya akan menjadi baikJika sembahyang sudah dicuaikanAtau bersembahyang tidak ada penghayatanMaka seluruh pintu kebaikan akan tertutup

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA145

K

Page 195: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

195

TASAWUF

27 - 09 - 1999

Kalau ada juga orang boleh buat kebaikantanpa sembahyang

Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan imanBoleh jadi kebaikan itu secara kebetulan

atau ikut-ikutanHaraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Page 196: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

196

Selepas Zuhur20 - 09 - 1999

PATUTNYA ENGKAU DISEMBAH146

A Allah! Kerana terlalu banyaknya rahmat dan nikmat-MuMelimpah-ruahnya kurniaan-Mu setiap waktuPayah lidah hendak menyebutnyaTidak mampu hendak menghitungnyaSekalipun dengan alat yang canggihKalaulah takdirnya Engkau tidak wujudkan

Syurga dan NerakaBahkan kalau sekiranya Engkau tidak mewajibkanKepada hamba-hamba-Mu menyembah-MuNamun bagi hati yang murni, fitrah yang suciJiwa tetap rasa bersalah jika Engkau tidak disembahFitrah semula jadi merasa tidak patut

kalau Engkau tidak disembahBahkan hati ini tetap merasa bersalahJika tidak membesar dan mengagungkan-MuBetapa pulalah Engkau telah mewajibkanHamba-hamba-Mu menyembah-MuLebih patut lagilah Engkau diagung dan disembahKerana itulah siapa sahaja tidak menyembah-MuMelupakan, tidak mengingati dan membesarkan-MuJiwa orang ini sentiasa gelisahJiwa tidak tenang, resah tidak menentu arahKerana fitrah, itu tabiatnyaSecara kita tidak sedar tetap rasa bersalahLantaran itulah kita boleh lihat di dalam pergaulan kitaJika seseorang itu tidak mempedulikan AllahSekalipun kaya, berkuasa, berilmuNamun jiwanya sentiasa gelisahDia akan jadi orang pemarahAtau emosinya tinggiMudah sahaja tersinggung

dan marah-marah

Y

Page 197: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

197

TASAWUF

BADAH adalah satu penyembahan kepada TuhanMenyembah ertinya memuja, membesarkanMengagungkan, menyanjungMeminta, mengharapMemuji, berbual, munajat, berbisik-bisikDan bermanja-manja dan memintaIni bermaksud beribadah kepada TuhanBerbagai-bagai perasaan yang dirasa oleh jiwaKalau ibadah tidak dihayati,

jiwa tidak merasa berbagai-bagai rasaIbadah yang tidak dijiwai,

sudah tentu tidak merubah perangai manusiaOleh itu ibadah kenalah tertibMutmainnah, tenang dan fahamTidak boleh gopoh-gapahKenalah berlambat-lambat rukuk dan sujudRasakan kehebatan Allah, rasakan keagungan-NyaRasakan juga kasih sayang-NyaRasakan juga kuasa dan Iradah-NyaQahhar dan Jabbar-NyaRasakan Dia mendengar, mengetahui dan melihatBegitulah kita beribadah kepada AllahBukan setakat fizikal yang bergerakTidak setakat lidah yang melafazTapi yang penting hati dan jiwa yang bergerakHingga mempengaruhi fikiran dan sikap kitaHingga membangun peribadi dan akhlakBegitulah kesan dari ibadah yang dijiwaiSangat mempengaruhi peribadi dan kehidupan kita

IBADAH ADALAH PENYEMBAHANKEPADA TUHAN147

I

Menjelang tidur24 - 10 - 1999

Page 198: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

198

UHAN!Aku tidak tahu mengapa aku iniAku berlainan sekali dari orangSetiap kali kedatangan Ramadhan

mereka menyambut dengan gembiraMuka-muka mereka kelihatan ceriaTapi aku berlainan pulaKedatangan Ramadhan penuh dukacitaBukan aku benci dengan bulanmuYang penuh dengan rahmat dan berkatTapi aku benci dengan dirikuAku bimbang Ramadhan-Mu

aku tidak dapat mengisinya dengan sebaik-baiknyaAku rasa puasaku tidak sempurnaBahkan adakalanya aku rasa puasaku terbatal selaluSembahyang yang aku bina tidak sahTarawikh dan bacaan Al Quranku tidak sampai ke mana

Tuhan!Inilah yang menyelubungi hatikuSetiap kali kedatangan RamadhanAku tidak tahu apakah ini satu kesalahanAmpunkan aku Tuhan!Maafkan aku!Kalau ini satu kesalahanPimpinlah akuDan betulkanlah sikapkuSekali lagi aku memohon ampun dari-Mu

BIMBANG MENYAMBUT RAMADHAN148

T

Selepas Asar19 - 12 - 1998

Page 199: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

199

TASAWUF

Selepas Asar19 - 12 - 1998

AKU CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN149

DUH! Susahnya hatiku bila berhadapandengan Ramadhan

Macam ada benda yang tidak kenaAku cemas selalu dengan kedatangannyaKalau aku tidak menyambut kedatangannya

dengan sebaik-baiknyaPadaku kedatangan Ramadhan

macam kedatangan tetamu yang sangat muliaKedatangan seorang yang mulia dan terhormatKetibaan seorang yang dikenali dan dihormatiSeorang yang disayangi dan dipujaIdola semua dan bersamaAduh orang macam ini bagaimana aku hendak

menyambutnya?!Serba tidak kenaAduh bimbangnya, cara mana dan bagaimana

aku hendak memuliakannyaSesuai dengan kebesarannyaSecucuk dengan mulia dan kemasyhurannyaKerana itu kedatangannya aku cemas selaluKalau aku tidak beradab dengannyaAku takut mencacatkan maruahnyaDia adalah orang besarYang patut kita sambut sesuai dengan kebesarannyaKalau dia tidak datang lebih baik rasanya

daripada kedatangannyaTapi sudah ketentuan Allah

setahun sekali dia mengunjungi kitaKita sambutlah dia dengan penuh kecemasan

dan bimbang

A

Page 200: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

200

ANGANLAH jadikan Ramadhan bulan pesta makan minumRamadhan bukan bulan pesta makan dan menjamu seleraRamadhan adalah bulan pesta ibadahIbadah bukan setakat memeriahkan lahirnya sahajaHati juga perlu meriahkan dengan rasa kehambaanJanganlah lahirnya sahaja cerahTapi hati kita gelap-gelitaDi masjid di bulan Ramadhan jangan dimeriahkan

dengan berbual-bual dan gelak ketawaMembawa cerita yang sia-siaIa adalah bulan menebalkan rasa tauhid kepada TuhanMempertajam rasa kehambaan di dalam jiwaLahirnya meriahkan dengan sedekahTerutama kepada fakir miskinMenolong orang yang susah dan deritaBatinnya menanamkan rasa bertuhan yang Maha Kuasa

RAMADHAN BULANPESTA IBADAH150

J

Selepas Asar30 - 12 - 1998

Page 201: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

201

TASAWUF

Selepas Asar30 - 12 - 1998

RAMADHAN, RAHMAT ALLAHTERBUKA LUAS151

ULAN Ramadhan rahmat Allah segala-galanya terbuka luasBerkatnya terbuka luas di mana-manaKeredhaan-Nya terbuka sepanjang RamadhanKeampunan-Nya terbuka siang dan malamnyaPahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebatIa diganda-gandakan dibandingkan di bulan biasaRahmatnya melimpah ruahKepada sesiapa sahaja yang menginginkannyaTapi mampukah kita memperolehi itu semua?Layakkah kita mendapatkannya?Kitakah orangnya yang memperolehi keistimewaan itu?Kalaulah di bulan Ramadhan itu lahir kita sahaja yang meriahDisambut pula dengan pesta makan minumFikiran dan jiwa kita tidak pun berubahMaka keistimewaan Ramadhan bukan untuk kitaKeistimewaan itu adalah untuk orang yang bertaqwa

B

Page 202: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

202

AUHILAH dosa!Dosa adalah kemurkaan TuhanTinggalkanlah dosa kerana ia adalah hijab

di antara hamba dengan TuhanLarilah dari dosa!Kerana ia menghijab rahmat dari TuhanJangan sekali-kali buat dosaDi dalam perjuangan terhijab bantuanKita akan berhadapan dengan dua kehinaanKemurkaan Tuhan dan kekalahanOrang yang berdosaOrang yang sedang karam di dalam lautanBukan senang hendak diselamatkanOrang yang berdosaSeperti ular besar yang sedang membelit seseorangMenunggu hendak ditelanOrang yang berdosaLaksana singa yang galak hendak menerkamBukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannyaOrang yang berdosaSeorang yang sedang dipeluk oleh seseorang yang hodohSeluruh badan penuh dengan kudisNanah dan darahnya sedang mengalir

dengan ulat-ulatnya yang menjijikkanBaunya terlalu busuk, meloyakan tekak dibuatnyaSekali-kali jangan buat dosaIa adalah perbuatan hina dan sangat memalukanMungkin amal ibadah kita tidak ada nilainya di sisi TuhanTidak mengapa amal ibadah yang sedikit tapi tidak buat dosaAllah Taala tetap redhaApa ertinya ibadah banyak bersama dosaTuhan tetap murka

JAUHILAH DOSA152

J

Selepas Zuhur19 - 09 - 1999

Page 203: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

203

TASAWUF

Selepas Asar27 - 09 - 1999

NAFSU PUAS TAPI JIWA DERITA153

NGKAU lepaskan kehendak nafsumuEngkau rasa puas tapi ingat jiwamu tetap tidak puasHatimu tetap gelisah dan parahKerana hati tidak berbohong, bahkan tidak tahu berdustaMulut boleh berbohong, sikap kita boleh berpura-puraKita boleh berlagak macam orang tidak ada apa-apa masalah

demi menjaga wibawaTapi hatimu tidak boleh berpura-puraJiwamu tidak boleh berlagak macam orang tidak ada masalahMasalah tetap tersimpan di dalam lubuk hatimuEngkau tidak boleh melupakannyaSebagai contoh, untuk memuaskan nafsu engkau maki ibumuTapi hatimu menjerit melolong merasa bersalahEngkau tempeleng isterimu untuk memuaskan hatiMemuaskan hati itu istilah sahajaHatimu tetap menjerit kerana kesalahan ituEngkau kata dan hina gurumuUntuk memuaskan nafsuEngkau rasa nafsu puasTapi jiwamu menjerit, jiwamu menderita,

hatimu menangisHati tidak boleh berbohongHati tidak pandai berlakon dan berdustaKalau yang betul dia tetap terasa betulYang salah tetap dia terasa bersalahHati satu-satunya anggota

yang tidak boleh menyorokkan hakikat kebenaranAkhirnya engkau menderita

dengan kesalahan engkau sendiriWalaupun luarnya semua engkau boleh berlakon

menutup-nutupnya

E

Page 204: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

204

AKUTILAH dosa, kecil atau besarIa adalah bala bencana yang paling besar

di dunia dan di AkhiratKerana dosa-dosa terputus hubungan dengan Allah

yang Maha EsaKemurkaan Allah pun menimpa kitaDengan dosa-dosa terhijab kita dengan Allah

yang Maha BerkuasaTertolak doa kita, ibadah tidak ada lagi berhargaLantaran dosalah segala bentuk kesusahan

dan yang menakutkan berlaku di duniaSebagai hukuman kepada manusiaDi Akhirat apatah lagi Neraka padahnyaPenderitaan yang tiada bandingan dan tiada taranyaTakutilah dosa walaupun sekecil-kecilnyaIa adalah menjadi hijab di antara hamba-hamba

dengan TuhannyaKerana dosa-dosa hamba-hamba Allah

pemimpin yang zalim Tuhan beri kuasaSebagai hukuman kepada merekaAgar manusia kembali kepada TuhannyaDosa-dosa kecil dan besar adalah amat dahsyatLebih dahsyat daripada segala bala bencanaJauhilah dosa kecil atau besarApabila berlaku bertaubatlah segeraSebelum Tuhan membalas ke atas kitaJauhilah dosa, kerana ia adalah merupakan

kemalangan yang paling besar dan dahsyatPrihatinlah dengan dosaAgar kita sentiasa mengawasinyaMoga-moga kita terhindar darinya

TAKUTILAH DOSAKECIL ATAU BESAR154

T

Selepas ekspedisi12 - 07 - 2001

Page 205: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

205

TASAWUF

Selepas Asar27 - 09 - 1999

PANDANGLAH BESAR DOSA ITU155

ANDANGLAH dosa itu amat besarnyasekalipun dosa kecil sahaja

Kerana kalau Allah tidak ampunkan ia tetap ke NerakaDosa adalah kemurkaan TuhanSelagi di dalam kemurkaan-Nya menjadi hijab

pada seseorang hambaOleh itu jika terbuat dosa

cepat-cepat memohon ampun kepada-NyaKalau tidak, ia tetap menjadi hijab

untuk mendapat hidayah daripada-NyaRahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinyaTapi mungkin kita tidak terasaSelagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan TuhanSelama di dalam kemurkaan Tuhan,

segala yang diberi adalah istidraj dari-NyaAtau sepanjang masa itu apa yang diberi

adalah di dalam kemurkaan-NyaApabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-NyaSegala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnyaBila sudah hilang keberkatannyaIa akan menjadi bala kepada hamba-NyaKetenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilangJiwa sentiasa sahaja hendak berangWalaupun kaya, macam ada benda yang tidak adaSekalipun pandai jiwa panas, gelisah sahajaApa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kenaGelak ketawanya hanya pura-pura, bila keseorangan, jiwa

gelisah mula tibaKeseronokannya hanya luar-luarnya sahaja,

dalam menderitaBegitulah kesan dari dosa

yang tidak dibersihkan

P

Page 206: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

206

RANG-ORANG Islam terhadap dosa berbagai-bagai peringkatAda yang terlalu menjaga daripada membuat dosaSekalipun sekecil-kecilnyaMereka itulah golongan MuqarrobinDi kalangan mereka itu ada yang golongan AssiddiqinTapi sedikit sekaliAda yang meninggalkan membuat dosaKecuali sedikit sangat daripada dosa-dosa kecilMereka itu golongan Solehin atau AhlilyaminAda di kalangan mereka baru peringkat mujahadah dengan dosaAdakalanya dapat ditinggalkanAdakalanya terbuat jugaTarik tali di antara meninggalkan dengan membuatAdakalanya menang dan adakalanya kalahDi waktu kalah itu masih merasa sedihGolongan ini terpulanglah kepada AllahDia mengampunkan siapa yang Dia kehendakiAda golongan yang tidak dapat mengawal hawa nafsunyaSentiasa saja membuat dosaBahkan dia membuat dosa dilupakannya dosa-dosa ituItulah golongan yang derhaka atau lalaiAda satu golongan lagi mereka membuat dosaDia membuat dosa dengan banggaKerana bangganya selalu diceritakan kepada orang lainKalau ditegur sakit hatinyaDia bertambah banyak lagi membuat dosaSanggup isytihar dia membuat dosa secara terang-teranganUntuk menyakitkan hati orang yang menegurnyaIni adalah golongan yang derhaka yang sombongAdakalanya golongan ini jatuh kepada kekufuran

secara tidak sedarWal’iyazubillah

PERINGKAT MANUSIATERHADAP DOSA156

O

Menjelang tidur05 - 11 - 1999

Page 207: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

207

TASAWUF

RANG mukmin yang sejati ituJika terbuat dosaHatinya luka, punah, sedih dan deritaJiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya

sepanjang masaKalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarahKalaupun sembuh dari lukanyaNamun parutnya adaBegitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosaDia tidak boleh melupakannya sepanjang masaBagaimana dia boleh melupakannyaKerana parutnya masih adaErtinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakanTeringat sahaja jiwanya terseksaTeringat sahaja hatinya deritaPayah sekali dia mahu melupakannyaPerasaan ini adalah anugerah dan nikmat dari TuhannyaTakut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanyaTerseksa dengan dosa, derita dengan kesalahanDianggap oleh Allah itulah hukuman

kepada hamba-hamba-NyaMoga di Akhirat kelak terlepasDaripada seksa NerakaBegitulah hati seorang mukminSentiasa sahaja bergeloraKerana takut dengan TuhannyaLebih-lebih lagi setelah terbuat dosaKalaulah Allah perlihatkan kepada manusiaSudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gilaKerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang

di dalam jiwanyaKerana takut sangat dengan Tuhannya

TAKUT DENGAN DOSA157

O

Selepas Zuhur11 - 11 - 1999

Page 208: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

208

PABILA Allah telah murka pada seseorangSelalu dia melupakan dosaApabila membuat dosa jiwa tidak menderitaApabila membuat baik kecil sahaja terasa besarMembuat kebaikan berat terasaApabila membuat kesalahan, tidak terasa apa-apaKalaupun teringat, mudah sahaja padanya

Allah Maha PengampunMudah sahaja meringan-ringan dengan dosaSetiap percakapan, sikap, perbuatan nampaknya sombong

tapi tidak terasaApabila diingatkan mengapa tidak buat begini

dan tidak buat begituAda sahaja jawapannyaJawapan hendak mengelak bukan hendak bertindakDengan syariat makin ke hujung, makin longgarDengan anak-anak dan isteri masing-masing jaga diriKuliah-kuliah, nasihat, usrah-usrah di rumah

sudah tiada lagiTapi rajin membuat motivasi di luar rumahKalau orang tidak tahu, wah dia pejuang yang gigihAnak-anak isteri terbiar, bertempiaran tidak tentu arahItulah tandanya membuat motivasi kerana kehidupanBukan kesedaran beragama, untuk keredhaan Tuhan

APABILA ALLAH MURKA158

A

Selepas Isyak20 - 10 - 1998

Page 209: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

209

TASAWUF

ENANGKANLAH dosa-dosa yang laludan mohon ampun kepada Tuhan

Kerana Tuhan tidak melupakannyaAwas, janganlah membuat dosa di masa depanKerana di waktu ini kita mungkin hampir kepada TuhanSepatutnya makin hampir kepada Tuhan,

makin bersih daripada dosaJagalah masa yang sudah tinggal sedikitIsilah dengan perkara-perkara yang memberi faedahTanda kita menyesal dengan masa yang sudahIngatlah Tuhan setiap waktuKerana kematian kita tidak tahuJika tiba kematian, kita tidak lupa dengan TuhanJanganlah menzalimi manusia kerana penzaliman

di dunia lagi dibalas oleh TuhanApatah lagi di Akhirat, memang tidak lepas

daripada hukumanBuatlah berbagai-bagai bentuk kebaikan

sekalipun kecil kerana ia lebih ikhlasSelalunya kita lupakanKerana amal kebaikan disuruh lupakanTapi amal kejahatan kenalah kita ingatkanAgar kita menyesal dan bertaubatSiap-siagalah selalu berhadapan dengan kematianKerana kematian itu bila-bila masa boleh berlakuDan kedatangan mati tidak pilih umurDan janganlah kita berangan-angan

untuk panjang umur

KENANGLAH DOSA YANG LALU159

K

Menjelang tidur08 - 10 - 1999

Page 210: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

210

ANGISILAH dosa-dosaAgar air mata berguguranGugurnya air mata boleh menggugurkan dosa-dosaSekaligus boleh memadamkan api NerakaTakutilah Allah dengan sepenuh hatiIa akan menjadi syafaat di Akhirat nantiJangan putus asa dengan banyaknya dosaSebanyak mana pun dosa Allah akan ampunkanAsalkan surrender dan berjuang kepada-NyaIringilah kejahatan itu dengan kebaikanIa akan menghapuskan dosa-dosaMenyesallah di atas keterlanjuranJangan ulang lagi apa yang telah dilakukanBeristiqamahlah dengan kebaikanMuhasabahlah selalu setelah dilakukanBerdoalah selalu, agar mendapat pimpinan-Nya

TANGISILAH DOSA160

T

Selepas Asar27 - 11 - 1998

Page 211: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

211

TASAWUF

ELUPAKAN dosa adalah satu dosaKemudian tidak pun takut dengan dosa

yang telah dibuat adalah satu dosa pulaKalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi

kesalahan itu bertambah membesarDosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pulaJika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat

pun satu dosa satu kesalahanYang belum melakukannya satu kesalahan jugaDosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosaTapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa

adalah satu kesalahan pulaSebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut

dengan dosaSekalipun belum terbuat dosaBegitulah sifat seorang hamba yang sepatutnyaApatah lagi setelah membuat dosaLebih-lebih lagi takutnya membara

dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacitaMelupakan dosa, tidak takut dengan dosa yang dibuatDan tidak takut dengan dosa yang belum dibuatAdalah seorang hamba yang sombong dan angkuhKerana dia telah membuang sifat kehambaannyaMembuang sifat kehambaan adalah satu kesombonganSombong bererti membesarkan diriMembesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosaKerana dia telah mengambil sifat TuhanYang tidak sepatutnya dia memakai sifat ituItu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai

oleh seorang hamba

MELUPAKAN DOSAADALAH SATU DOSA161

M

Menjelang tidur01 - 07 - 2000

Page 212: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

212

NGKAU tidak bimbang akan berlakunya dosadi masa-masa depan

Itulah menunjukkan engkau telah berdosaKerana engkau yakin dengan diri engkau sendiri,

bahawa engkau akan selamat dengan dosa dan kesalahanYakin engkau dengan diri engkau itu

engkau sudah tidak beradab dengan TuhanSepatutnya engkau mengharapkan pemeliharaan

dari Tuhan terhadap diri engkauSebenarnya engkau mana ada kuasaKerana itulah engkau perlu kepada penjagaan dari TuhanTuhanlah yang boleh menjaga diri engkau dan diri kita semuanyaPerlunya kepada Tuhan itu amat pentingIni menunjukkan kelemahan kita dan ingin pertolongan TuhanRasa seumpama ini adalah sangat disukai oleh AllahKerana kita masih dapat mengekalkan rasa kehambaanTuhan sangat suka seseorang hamba itu dapat merasa kehambaanSeorang hamba dia tidak boleh rasa amanDia sepatutnya selalu bimbang jika terbuat dosa

atau melakukan kesalahanDia selalu runsing dengan kelemahannya dan kecuaiannyaBila-bila sahaja dia boleh melakukan kesalahan dan kesilapanBegitulah sifat orang mukmin itu,

dia tidak pernah merasa amanKerana itulah rasa bertuhan begitu menebalDia mengharap selalu hidayah dan taufik dari TuhanDia tidak merasa selamat tanpa TuhanKerana itulah Tuhan sentiasa dalam ingatannyaDia yakin Tuhan sahaja yang boleh menyelamatkannyaMemang Tuhan itu salah satu sifatnya

adalah penyelamat

TIDAK BIMBANG DENGANDOSA ADALAH DOSA162

E

Selepas Asar29 Muharam 1421H

Page 213: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

213

TASAWUF

ATIKU tidak susah di waktu aku dihinaAku tidak bersedih di waktu aku menderitaAku tidak sedih di waktu aku disisihJiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah

dan difitnahAku tahu itu semua pembersihan dosaTapi aku sedihkan dosa-dosaku yang kulakukanOrang yang macamku ini sudah pasti

tidak terlepas daripadanyaYang aku sedihkan kesalahan dan kesilapankuBahkan dosa-dosaku itu setiap hari memburukuAku takut pintu Syurga tertutup bagikuPintu Neraka terbuka untuk akuAduh! Tuhan, tidak ada erti kekayaan, kesenanganKalau dosa tidak diampunkanItulah yang mengganggu aku selalu wahai TuhanJiwaku tidak tenang dibuat oleh dosaDosa-dosa itulah yang mengganggu fikirankuTuhan, maafkan aku!Tuhan, ampunkan aku!Kalaupun bukan dengan rahmat-Mu,

tapi dengan kemaafan-Mu

AKU SEDIHKAN DOSA YANG LALU163

H

Selepas Subuh15 - 05 - 1997

(07 Muharam 1418H)

Page 214: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

214

UHAN! Dosa memburu di mana-mana sahajaIa memburu tidak kira masa dan tempatSasaran buruannya adalah manusia

sebagai hamba-hamba-MuAku adalah salah seorang buruannyaAku selalu sahaja menjadi mangsanyaDosa ibarat semut berada di mana-mana

dan setiap masa adaSiapalah yang dapat melarikan diri

daripada buruannyaKalau kita berhati-hati pun tidak dapat dielak

daripada digigit semutBetapalah kita tidak mempedulikannya

lebih-lebih lagi menjadi sasaran serangannyayang lebih lagi kerap berlaku

Aku sedih Tuhan, aku bimbang selaluJiwaku tidak tenang, gelisah selaluBukan sahaja dosa-dosa menimpa aku di jalan-jalan,

di pasar-pasar, bahkan di rumahdan di masjid pun berlaku

Di dalam sembahyang pun dosa memburu akuWaktu berpuasa, membaca Al Quran,

bercakap tentang ilmuBahkan sedang memperkatakan tentang dosa

pun terjatuh di dalam dosaAduh di mana aku hendak lari dari dosa Tuhan!Dosa ibarat semut berada di mana-mana

dan berada di setiap masaKalau di dalam sembahyang,

di waktu membaca Al Quran,di dalam majlis ilmu dosa tetap memburu aku

Bagaimanakah jiwa aku mahu tenang

DOSA MEMBURU DI MANA-MANA164

T

Page 215: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

215

TASAWUF

9.50 pagiSelepas ekspedisi

07 - 12 - 2001

Bagaimana aku mungkin boleh terlepasdaripada kebimbangan?!

Justeru itu lepas sembahyang aku bimbangSelepas membaca Al Quran aku tidak tenangBahkan selepas bangun tidur punAku merasakan aku sedang diburu dosaAduh kalau bukan dengan rahmat-Mu TuhanAku pasti binasa

Page 216: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

216

Selepas Asar30 - 05 - 1997

EMUNGKARAN dan maksiat wajib kita takutKita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran

dan maksiat ituJusteru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya

kena kita tutup dan sekatMenjaga dari penyakit lebih baik dari mengubat penyakitPenyakit rohani lebih merbahaya dari penyakit jasmaniPenyakit jasmani penghapusan dosaPenyakit rohani membawa ke NerakaAwaslah dengan penyakit rohani!Kerosakannya merata, merbahayanya

menjerumuskan orang ke NerakaIa merosakkan agama, bangsa dan negaraJika dibiarkan gejala masyarakat bermaharajalelaDi waktu itu pembangunan akan sia-sia belakaKemajuan tidak mempunyai erti apa-apaKerana pembangunan insan jatuh tertiarap separas bumiInsan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan bendaApabila insan telah rosak, kemajuan dan pembangunan

akan menjadi alat perosakYang menggerakkan pembangunan

dan kemajuan adalah insanJika insan telah rosak, pembangunan

dan kemajuan akan disalahgunakanBangunkanlah insan sebelum membangunkan

kemajuan dan pembangunan

KEMUNGKARANWAJIB KITA TAKUT165

K

Page 217: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

217

TASAWUF

I HADAPAN kita ada dua jalan, pilihlah!Satu ke Syurga, satu lagi ke NerakaKedua-duanya itu jalannya jelas,

tidak ada kesamarannyaTerpulanglah kepada kita memilihnyaJalan ke Syurga ditabur orang dengan duri, batu kerikil,

ranjau-ranjau yang menyusahkanJalan ke Neraka dihampar orang

dengan permaidani empukDi kiri kanan jalan ada gerai-gerai makanan

yang lazat rasanyaMelihat sahaja sudah mengiurkanBelum lagi memakannya, wah lazatnyaDialu-alukan pula oleh gadis-gadis cantikMelambai-lambai kedatangan kitaMengiringi perjalanan kitaSedangkan jalan ke Syurga tidak ada makanan

di kiri kanannyaJauh sekali gadis-gadis manis mengalu-alukanApa yang ada hutan kiri dan kananTidak ada satu pun yang menarik

dan yang menggembirakanPerlu diingat dia telah diberitahuDi hujung Neraka gaung yang dalam,

yang mengeri dan menyeksakanSiapa menempuh jalan itu pasti terjatuh

ke gaung yang menakutkanDi hujung jalan ke Syurga pun telah diberitakanAda taman yang indah, istana mewahMakanan yang lazat rasanyaGadis-gadis cantik yang menunggunyaSiapa menempah jalan ke Syurga,

menderita dahulu, senang kemudian

PILIHLAH ANTARA DUA JALAN166

D

Page 218: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

218

Siapa menempuh jalan ke Neraka,senang dahulu, menderita kemudian

Pilihlah mana satuKedua-dua jalan terbentang

di hadapan kehidupan kitaKedua-dua jalan sangat jelas

tidak ada kesamarannyaTerpulanglah kepada kita,

pilihlah mana yang kita suka

02 - 05 - 1997

Page 219: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

219

TASAWUF

I AKHIRAT, Tuhan wujudkan Syurga dan NerakaUntuk manusia yang dihidupkan lebih dahulu di duniaDi dalam diri manusia kejadian semulajadi ada dua anasirAda anasir-anasir baik, ada anasir-anasir jahatAda benih-benih baik, ada benih-benih jahatUntuk kebaikan ada jalan-jalannya,

untuk kejahatan ada jalannyaItulah keadilan Tuhan pada manusiaSesiapa yang berjaya menyuburkan anasir-anasir kebaikanMereka akan menempuh jalan kebaikan,

ke Syurgalah tempatnyaSesiapa yang berjaya menyuburkan

anasir-anasir kejahatannyake Neraka pula tempatnya

Manusia bolehlah pilih mana satu anasir-anasiryang hendak disuburkan

Maka ramailah manusia menyuburkananasir-anasir kejahatan

Ramailah mereka ke NerakaSedikit sekali manusia yang menyuburkan

anasir-anasir kebaikanSedikit sangat manusia yang ke SyurgaRupanya menyuburkan anasir-anasir kejahatan

lebih mudahKerana menyuburkan tanpa perlu kepada mujahadahTapi menyuburkan anasir-anasir kebaikan

perlukan mujahadahKerana itulah manusia membuat kebaikan

amat susah

JALAN KE SYURGADAN JALAN KE NERAKA167

D

Menjelang tidur06 - 08 - 2001

Page 220: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

220

S SIRATAL Mustaqim jelas sekali,tiada samar-samarnya

Macam highway yang lurus, terbentang luas, menuju ke destinasinya

Jalannya yang cantik dan indah ituSenang mata memandang, sangat meyakinkanSetiap orang sepatutnya ingin berjalan di atasnyaJusteru ia sangat menyelamatkanAneh sekali ramai orang yang berjalan di atasnya

accident selaluTidak kurang yang jatuh di kiri kanan

di dalam gaungnyaYang melanggar dinding jalan pun

tidak kurang ramainyaKemudian keretanya terjatuh di tengah jalan

mengganggu orang yang lalu pulaMengapa terjadi ini semua?!Di mana salahnya?!Apakah jalannya yang salah atau orangnya?!Jalan tiada salahnyaIa jalan yang lurus, di atasnya bersih

daripada segala yang merbahayaTanahnya pula amat teguhnyaTiada lekak-lekuk, tiada batu kerikil

yang mengganggu orang yang laluTapi mengapa kereta jatuh?!Kenapa accident selalu?!Jalannya memang lurusOrang yang membawa kereta,

tidak berjalan lurusTidak kurang yang memandang kiri kanan

yang mempesona

JALAN LURUS JELAS SEKALI168

A

Page 221: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

221

TASAWUF

Selepas Asar04 - 05 - 1997

Disiplin jalan raya tidak diendahkanMaka terjadilah rempuh-merempuhAtau terjatuh di dalam jurang di kiri kanannyaBegitulah syariat Islam itu amat cantiknyaIa ibarat jalan yang lurusCantik, menarik, selesa dan meyakinkanTapi penganutnya tidak berlaku lurusTidak mengikut disiplin syariatnyaTidak kurang yang terpengaruh

oleh dunia di sekelilingnyaYang mempesona penganut-penganutnyaYang menggamit-gamit bak gadis cantik

yang mempesonaMaka tersesatlah mereka di atas jalan

yang lurus tadi

Page 222: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

222

ANGAN mudah menghina orangJangan mudah menjatuhkan air mukanyaJangan mudah memalukan orangLebih-lebih lagi jangan mudah menghukum

dan menyeksanyaJauhilah menzalim orangKalau boleh tolonglah orang yang kena zalimIngatlah kita semuanya makhluk AllahCiptaan-Nya, semua di dalam kuasa-NyaKita hidup di dunia ini ibarat rodaSekali di atas sekali di bawahBukan istimewa sepanjang masaSekali-sekala tercium juga tahi lembuTerpijak juga kekotoran dan najis-najis yang menjijikkanHendaklah kita takut kepada Allah setiap waktuAgar kita insaf dan sedar selaluBahawa kita adalah hamba yang hinaDijadikan daripada air yang hina dan menjijikkanMoga-moga dengan itu kita tidak menjadi manusia

yang menzalim dan menghina

JANGAN MUDAHMENGHINA ORANG169

J

Selepas Asar22 - 09 - 1999

Page 223: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

223

TASAWUF

AHAI insan di waktu engkau menghinaSedarkah engkau itu siapa?Wahai manusia di waktu engkau menzalimTahukah engkau, siapakah engkau sebenarnya?Wahai hamba Allah di waktu engkau seronok

memalukan orangEngkau fahamkah siapa diri engkau?Engkau yakinkah, hidup istimewa sepanjang masa?Yakinkah engkau hidup luar biasa sepanjang hidup?Di waktu melakukan sewenang-wenang di duniaTidak teringatkah engkau juga makhluk Allah?!Dirimu juga di dalam kekuasaan-NyaTidak takutkah kamu kepada-Nya?Satu masa nanti engkau akan mati?!Engkau akan pergi ke AkhiratDi sana ada Syurga dan NerakaApakah kamu yakin, perbuatanmu itu

akan pergi ke Syurga?Marilah kita bersama muhasabah diriAgar menjadi hamba Allah yang sejati

MARI BERSAMAMUHASABAH DIRI170

W

Selepas Asar22 - 09 - 1999

Page 224: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

224

MPUNKAN dosa kami Tuhan!Kami selalu membuat dosaMaafkan kami Tuhan!Agar selamat kami dari Neraka

Anugerahkanlah kami taubat Tuhan!Engkau adalah penerima taubatKami tidak mampu masuk Neraka-MuKerana azabnya gerun dan dahsyat tidak terperikan

Dengan rahmat-Mu ampunkanlah kamiAtau dengan kemaafan-Mu ampunkanlah kamiKalau Engkau azab kami,Kami kan hamba-Mu jua Tuhan

Engkau ampunkan kami, kebesaran-Mu tetap tidak jejasEngkau ampunkan kami, keagungan-Mu tetap tidak tergugatKerana tiada siapa yang boleh menggugatKerana setiap itu adalah ciptaan-Mu

Kami sentiasa mengharap, kami sentiasa memintaKami tidak akan putus asa dengan-Mu selama-lamanyaKami tidak jemu-jemu memintaHinggalah dengan rahmat-Mu dosa kami Engkau ampunkan

AMPUNILAH DOSA KAMI171

A

Selepas Asar21 - 08 - 1998

Page 225: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

225

TASAWUF

NGKAU tahu kesedihankuKerana dosa-dosaku yang aku lakukanAdakalanya jiwa tidak tenangTapi orang tidak tahuAku menyembunyikannya dari orangKalau mereka tahu, sudah tentu ikut deritaBiarlah aku tanggung sendiriDengan mereka, mukaku tetap ceria

seolah-olah tidak ada apa-apaSeolah-olah jiwaku tidak tergangguMereka menyangka aku orang yang paling bahagiaMataku jarang menangis, tapi hati menangis selaluSelalu sahaja aku ingat mati, bagaimana kesudahannya

aku tidak tahuApakah aku selamat, menempuh ujian iniApabila mengenangkan ibadahkuTidak sebanyak ibadah para SahabatApalah yang menjamin aku selamatApabila mengenangkan rahmat-Mu luas sekaliJiwaku yang bergelora reda sedikitAku harap kepada-Mu Tuhan,

derita jiwaku dengan dosa-dosakuJadikanlah syafaat buat aku di AkhiratItulah bekalanku menemui-MuNamun ibadah memanglah tidak sampai ke mana

JADIKANLAH DERITA JIWAKUSYAFAAT BUATKU172

E

Sebelum Maghrib30 - 10 - 1998

Page 226: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

226

Selepas Asar04 - 11 - 1998

A ALLAH! Matikan aku di waktu aku bertaubatAtau matikan aku di waktu di dalam mengerjakan kebaikanAtau matikan aku di waktu aku takutkan-MuAtau matikan aku di dalam aku merindui-MuDi waktu Engkau redha, ambillah akuJangan Engkau ambil di waktu Engkau murkaTuhan, aku adalah hamba-MuMemerlukan pimpinanPimpinlah aku ke jalan kebenaranTuhan! Di waktu orang mengejar duniaBiarlah dunia mengejar akuAku akan mengenakan syarat-syaratnyaKalau dia mahu, aku akan menerimanyaKalau dia menolaknya aku persetan sahaja

MATIKAN AKU WAKTU BERTAUBAT173

Y

Page 227: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

227

TASAWUF

Menjelang tidur11 - 10 - 1999

LLAH Taala sangat suka apabila seseorang membuat dosamenyesal dan memohon ampun

Kemudian dosa-dosa ini tidak pernah digunakannyaseumur hidupnya

Dia terasa terseksa dengan dosa-dosa yang telah berlakuAdakalanya mengenangkan dosa air matanya

menitis berguguranBegitu juga Tuhan sangat suka pada seseorang

apabila membuat kebaikan, dilupakanDia merasakan tidak pernah berbuat dan melakukanYang dia anggap belum berbuat,

yang dia rasa adalah hamba yang berdosaTuhan juga suka apabila orang membuat baik kepadanya,

tidak dilupaIngin membalas jasanya atau mendoakanJuga kesalahannya kepada orang tidak pernah dilupakanDia teringat sepanjang masaBahkan dengan kesalahannya itu jiwanya terseksa dan menderitaDia memohon maaf kepada orang iniKalau orang itu sudah tidak mungkin ditemuinyaDia doakan selalu, kalau dia membuat kebaikan

pahalanya dihadiahkan kepadanyaBegitulah juga Tuhan sangat suka kepada seseorang hamba

yang merasa dirinya hinaHina dengan kejadian, hina dengan kelemahan,

hina dengan kecuaian, hina dengan dosa-dosanyaHinggakan kebaikannya sudah tidak lagi dilihatnyaYang dilihat dosa-dosanya dan kesalahan-kesalahannyaYang dia lihat adalah kelemahan dan kelalaiannyaHingga tidak ada lagi ruang hatinya untuk bergembiraKerana hatinya telah dipenuhi dengan dukacita

ALLAH SUKA HAMBAYANG BERTAUBAT174

A

Page 228: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

228

ARILAH kepada-Ku wahai hamba-hamba-KuBersegeralah pulang ke pangkuan-KuBersegeralah bertaubat selaluAku tetap menerimamu, percayalahAku tahu kamu hamba-hamba-Ku, ciptaan-KuKamu adalah lemah, kelalaian dan kealpaan adalah watakmuAku mahu akuilah kelemahan ituSetiap kali bersalah kamu datang pada-KuKemudian mengakulah bersalahMenangislah di depan-Ku tanda penyesalan yang tidak sudahKalau engkau lakukan lagi tanpa nawaituDatang lagi kepada-KuMengakulah salahMenyesallah, merintihlah, menangislahKetahuilah wahai hamba-hamba-KuRintihan orang yang berdosaLebih Aku cintai daripada tasbih para auliya’Wahai hamba-hamba-KuJangan bertangguh-tangguh lagiSiapalah yang tidak bersalahKamu adalah hambaTapi Aku suka orang yang mengaku salahAku cinta kepada orang yang bertaubatMinta ampunlah kepada-Ku wahai hamba-hamba-KuAku tetap menerimamuBukankah Aku TuhanmuKasih-Ku kepada hamba-hamba-KuLebih daripada seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknyaBegitulah kehendak Allah kepada hamba-hamba-NyaMengikut keterangan Al Quran dan As Sunnah

BERSEGERALAH BERTAUBAT175

M

Selepas Subuh30 - 04 - 1997

Page 229: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

229

TASAWUF

A ALLAH! Ya TuhankuAku perlu kepada pimpinan-MuDi atas jalan yang lurusTidak mungkin aku boleh hidup tanpa pimpinan-MuAku mengadu kepada-Mu Tuhan!Tidak mungkin aku terlepas daripada salah dan silapTapi apa yang aku harap pada-Mu TuhanDi waktu aku mendapat kesenangan,

ingatkan aku bahawa nikmat itu daripada-MuAgar aku bersyukur kepada-Mu di atas nikmat ituKetika aku mendapat ujian kesusahan,

ingatkan aku bahawa itu adalah hukuman ke atas dirikuDi atas dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang aku buatAgar aku bertaubat dan bersabar di atas ujian-ujian ituMasukkanlah ke dalam hatikuAku tenang dengan kehidupan dunia,

dan aku bimbang dengan kehidupan AkhiratMasukkanlah juga ke dalam hatiku,

Engkaulah yang paling aku cinta dan takutSelain Engkau adalah cinta sampingan,

dan takut fitrah semata-mataTuhan! Di dalam memimpin,

Engkau pimpinlah aku lebih dahuluSupaya pengikut-pengikut aku dapat aku pimpin

AKU PERLUKAN PIMPINAN-MU176

Y

Selepas Zuhur16 - 08 - 2001

Page 230: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

230

UHARAP pada-Mu TuhanDi waktu kulalai, ingatkan akuKetika aku beramal, ikhlaskan hatikuAgar amalku diterimaDi masa aku diuji, kuatkan jiwakuAgar aku sabar menerima ujian ituSupaya iman aku tidak terkorbanDi waktu-waktu aku senangJangan lalaikan aku, agar aku bersyukurMasukkanlah ke dalam hatiku cinta dan takut pada-MuSupaya aku tidak cinta dan tidak takut selain dari-MuHiburkanlah hatiku selalu dengan mengingati-MuEngkau sangat aku perluJanganlah tinggalkan akuEngkau adalah hidup matikuJanganlah biarkan akuPimpinlah aku selaluAgar hidup matiku, mendapat keredhaan-Mu

HARAPANKU PADA-MU177

K

Menjelang Tidur05 - 08 - 2001

Page 231: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

231

TASAWUF

I AKHIR zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwaJiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kayaSudah ternama, sudah berglamour, sudah dikenalDi waktu itu segala yang dimiliki

tiada memberi faedah apa-apa

Duduk di rumah gelisah, duduk di pejabat resahSalah sedikit orang lain, mudah marah-marahSegala yang dilihat tiada yang indahFikiran berserabut, jiwa parah

Yang tiada beriman bunuh diriYang lemah iman terlibat dengan bermacam-macam jenayahRasuah, arak, judi, zina, menzalim manusiaDi dalam rumah tiada ukhwah, tiada harmoni, tiada sekata

Mereka ditimpa neraka duniaSebelum Neraka di Akhirat sanaAduh kalau di dunia tiada bahagiaApakah di Akhirat nanti dapat bahagia

Pada Tuhan ada kebahagiaan, pada Tuhan ada ketenanganSerahlah diri kepada-Nya, redhalah dengan ketentuan-NyaBuanglah mazmumah, hiasilah diri dengan mahmudahDi sinilah rahsia kebahagiaan, di sinilah rahsia keindahan

MANUSIA DITIMPA PENYAKIT JIWA178

D

30 - 09 - 1995

Page 232: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

232

Menjelang Maghrib21 - 02 - 2000

I ANTARA yang sudah hilang di sisi manusia ialah kebahagiaanOrang kaya sudah hilang kebahagiaan,

orang miskin pun sudah hilang kebahagiaanOrang yang berilmu sudah tidak bahagia

orang jahil pun tidak bahagiaYang ada nama dan glamour pun tidak ada bahagia

yang tidak ada pun tidak ada bahagiaOrang yang berpangkat pun sudah kehilangan kebahagiaan,

yang tidak ada pangkat pun sudah kehilangan kebahagiaanKerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwaKalau tidak ada manusia menderitaSetiap insan berusaha mencariOrang bandar pergi ke kampung mencari bahagiaOrang kampung pergi ke bandar mencari bahagiaYang tinggal di tepi laut pergi ke darat mencari bahagiaOrang yang tinggal di darat pergi ke tepi laut mencari bahagiaBahkan berbagai cara manusia mencari bahagiaAda yang pergi ke hutan ada yang pergi melihat air terjunAda yang pergi ke padang pasir,

ada yang pergi ke tempat banyak bahayaBahkan ada orang yang mendaki gunung menurun lurah

hingga terjatuhNamun kebahagiaan tidak juga diperolehiManusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaranKebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiriHidupkan hati rasa bertuhan, bangunkan jiwa rasa kehambaanCintakan Tuhan setiap ketika dan masaSembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masaJadikan Tuhan kawan setiaBawa dia ke mana-mana dan meminta

dan bermanja-manjalah dengan-NyaItulah dia rahsia kebahagiaan

setiap insan

MANUSIA KEHILANGANKEBAHAGIAAN179

D

Page 233: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

233

TASAWUF

Selepas Asar20 Muharam 1421H

EBAHAGIAAN adalah penyelamat hidup manusiaInginkan kebahagiaan adalah fitrah semula jadi setiap insanKehilangan kebahagiaan pada manusia ertinya kehilangan

segala-galanya sekalipun ada pangkat dan hartaWalaupun begitu manusia tidak pandai mencari kebahagiaanPadahal anak kunci kebahagiaan itu apabila dapat Tuhan

dan mencintai-NyaKehilangan Tuhan ertinya kehilangan kebahagiaan

sekalipun segala-galanya adaHari ini hampir semua manusia di dunia kehilangan kebahagiaanKerana itulah manusia setiap bangsa tercari-cari kebahagiaanSedangkan dunia telah membangun, maju dan bertamadunNamun manusia tidak dapat juga kebahagiaanOrang-orang Barat pergi ke Timur dan orang-orang Timur

pergi ke Barat mencari kebahagiaanOrang kampung pergi ke bandar, orang bandar pergi ke kampungNamun kebahagiaan belum juga diperolehiOrang darat pergi ke laut, orang laut pergi ke daratYang dicari belum juga dapatAkhirnya manusia pergi ke hutan-hutan, ke gunung-gunungNamun kebahagiaan makin jauhYang lebih hebat dari itu pergi ke Kutub Utara

dan ke Kutub SelatanMencari kebahagiaan yang belum jumpa-jumpaPadahal kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiriIaitu hidupkan jiwa rasa bertuhanJadikan Tuhan cinta agungJadikan Tuhan idola dan tempat rujuk segala perkaraDi sinilah rasa kebahagiaan akan diperolehiBukan di hutan, bukan di gunung

dan bukan di mana-mana

MANUSIA TERCARI-CARIKEBAHAGIAAN180

K

Page 234: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

234

Selepas Zuhur21 - 11 - 1999

NTUK mendapat kesenangan mudahUntuk mendapat ketenangan amat payahMendapatkan harta atau kekayaan mudah sahajaTapi untuk mendapatkan kebahagiaan sangat susahUntuk kemudahan hidup tidaklah terlalu payahNamun untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan,

jauh sekali apa yang diharapkanKesenangan adalah perkara luaran, tidak mesti tenangKemudahan hidup juga adalah perkara lahiriah,

tidak mesti bahagiaTenang dan bahagia adalah perkara dalamanTenang dan bahagia adalah sifat hati atau jiwaTenang dan bahagia tidak mungkin dapat dari hartaAtau didapati melalui pangkat, nama dan glamourBahkan orang yang berharta, berpangkat,

ada nama dan glamourSelalu sahaja sakit jiwaHidup gelisah, resah dan keluh-kesah,

effectnya marah-marahTenang dan bahagia itu adalah cintakan

Zat yang Maha AgungTuhan pencipta manusia, yang mempunyai

segala-galanyaSiapa yang dapat mencintai-Nya tidak ada kecewanyaMencintai-Nya tidak menjemukanMencintai dunia dan nikmatnya

sudah tidak ada ertinyaKerana Tuhan itu adalah segala-galanyaMendapatkan Tuhan ertinya

mendapatkan segala-galanya

TENANG DAN BAHAGIAPAYAH DIDAPAT181

U

Page 235: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

235

TASAWUF

AHAGIA itu maknawi juga bersifat rohaniahRasa senang bukan bahagia sekalipun ia berhartaKerana semua itu bersifat lahiriahIa bukanlah hakikat bahagiaTenang itulah tanda bahagiaTiada tenang kan keluh kesahBila tiada kebahagiaan hidup penuh kepuraanMazmumah punca tiada bahagiaKerana terus mengekalkannyaHasad dengki, gila duniaSombong, bongkak merosakkan segalaCarilah tenang dapat bahagiaCintakan Allah setiap masaBila zikrullah dihayatiBarulah bahagia diperolehi

BAHAGIA ITU MAKNAWI182

B

Page 236: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

236

Selepas Isyak16 - 10 - 1999

ITRAH semula jadi manusia inginkan ketenangan jiwaJuga kebahagiaan jiwa menjadi idaman manusiaKalau ketenangan dan kebahagiaan telah tergugat

di dalam kehidupan manusiaManusia tension, gelisah, marah-marah dan resahTapi bagaimana ketenangan dan kebahagiaan

hendak wujud di dalam jiwa?!Kalau rasa bertuhan sudah tidak ada di dalam jiwa manusiaBertindak di dalam menghadapi kehidupan

tidak kira lagi dosa pahalaNafsu haiwan disuburkan, cintakan dunia dipertajamKedua-duanya ini adalah pembunuh jiwaApabila jiwa mati atau buta, hilanglah ketenangan

dan kebahagiaanDi zaman ini seluruh dunia manusia resah dan gelisahKetenangan dan kebahagiaan jiwa sudah tidak adaManusia kecewa, manusia putus asaBertemu di antara satu sama lain rasa tegang sahajaBahkan benci dan membenci serta prejudis sesama manusiaManusia sudah bingung tidak tahu lagi

untuk mengubat penyakit jiwaKerana seluruh manusia sudah ditimpanyaTermasuk cerdik pandai dan profesor-profesornyaMaka hiduplah manusia tidak tentu matlamat dan tujuannyaMundar-mandir tidak tentu halaKakinya berjalan mengikut perasaannyaKeadaan manusia sudah macam orang gila tapi tidak gilaAkibat ketenangan dan kebahagiaan sudah tidak ada

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN JIWASUDAH TIDAK ADA183

F

Page 237: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

237

TASAWUF

04 - 10 - 1999

ANALAH hati tidak gelisahRisau, resah, gundah, sedih dan kecewaKerana ke mana sahaja pergi, di mana sahaja berada,

ingin orang ambil hatiInginkan dipuja dan dipuji, dihormati,

disanjung dan diambil perhatiLebih-lebih lagi kalau kaya, ingin disebut-sebut kekayaannyaKalau pandai ingin dipuji dan dihormatiKalau berpakaian ingin sangat orang mengambil perhatianPaling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati,

jangan ada orang yang mencaciKehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati setiap hariKemahuan itu tidak semua diperolehiKerana manusia lain juga kebanyakan perasaannya

macam itu jugaSemua orang merasa lebih patut dia dihormati

daripada menghormatiSetiap orang berkehendak dipuji lebih daripada memujiPaling tidak dia tidak dibenci dan dicaci, kalaupun tidak dihormatiKehendak-kehendak macam inilah yang bila tidak tertunaiManusia gelisahMana pergi hati susah, sedih, resahKeinginannya itulah apabila tidak diperolehi, aduh sakit hatiJiwa tercabar, hati tercalarTapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hinaSegala puja dan puji tidak layak dia terimaDia rasa tidak perlu itu semuaBahkan terseksa kalau dia mendengarnyaKe mana dia pergi, dia tidak perlu meminta

manusia menghormatinyaOrang yang jiwanya begini,

dia tidak akan susah hati dan gelisahYang dia rasa susah hanya dengan Allah

MANALAH HATI TIDAK GELISAH184

M

Page 238: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

238

Menjelang Tidur17 - 08 - 2001

AMAI orang mengaku IslamTersinggung kalau dikatakan dia bukan orang IslamTapi persoalan iman mereka tidak dipedulikanSyariat mereka abaikan, akhlak dipandang kecil sahajaSebut utamakan Akhirat rasa tersinggungMenyebut Allah Taala sebagai budaya sahajaBukan dari hati yang takut, atau bukan menjiwai

rasa bertuhanAtau Tuhan disebut buat penyedap kata

semata-mata sebagai budayaYang difikir dan diperkatakan hanya kemajuan-kemajuanPembangunannya, pembangun dan kekayaanSeolah-olah kemajuan, pembangunan dan kekayaan

adalah segala-galanyaPadahal beberapa ramai orang yang maju dan kayaRumahtangga huru-haraAnak, isteri tidak seia dan sekataKasih sayang tidak ada, keharmonian hidup

tidak ada di dalam keluargaTidak pernah rasa bahagiaJiwa kosong, fikiran berserabutSide-effectnya, mudah marah, mudah tersinggung,

mudah merajukRupanya pembangunan, kemajuan, kekayaan

tidak menjamin membawa kasih sayangKemewahan hidup tidak menjamin keharmonian

di dalam keluargaPada kekayaan belum menjamin

membawa bahagia ....

RAMAI ORANG MENGAKU ISLAM185

R

Page 239: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

239

TASAWUF

Menjelang tidur26 - 12 - 1999

(09 Ramadhan 1420H)

AGAIMANA jiwa engkau tidak derita,ketentuan Tuhan engkau tidak redha

Dengan ujian, kesabaran engkau tidak adaApa sahaja engkau buat minta pujian manusiaBukan semua manusia yang boleh memujimuJika tidak dipuji sudah tentu jiwa deritaEngkau sentiasa memburu namaTidak mungkin engkau mudah mendapatkannyaJika tidak engkau memperolehinya,

sudah tentu engkau kecewaLebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenangKerana engkau mempertajam hasad dengki dengan manusiaTidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkauJiwa engkau menderita, dan engkau dengki dengannyaKalau dengki engkau itu tidak berjayaSudah tentu jiwa engkau lebih lagi deritaKalau orang itu makin senangEngkau lebih-lebih lagi tidak tenangApa sahaja engkau usahakanSemuanya engkau sandarkan kepada diri engkauBukan engkau sandarkan kepada Tuhan yang Maha KuasaMana engkau ada kuasaJika usaha engkau gagal tentu engkau kecewa,

jiwa pun menderitaKalau engkau berjaya, engkau sombong pulaKerana engkau merasai engkau adalah luar biasaBukan kuasa Tuhan yang menjayakan

usaha-usaha engkau ituJadi pegangan hidup engkau itulah

yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita

PEGANGAN HIDUP PUNCA DERITA186

B

Page 240: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

240

I MUKA bumi bermacam-macam etnik dan bangsaBermacam-macam bahasa dan warna kulit

di kalangan manusiaNasib manusia bermacam-macam bentuknyaKehidupan mereka bermacam-macam caranyaAda yang kaya-raya, rumah tangga huru-haraJusteru tidak seia-sekataAda yang berkuasa di negara, di rumah tiada kuasanyaBini atau betinalah yang berkuasaQueen control namanyaAda yang alim atau berilmu, miskin pulaTidak kurang yang kaya-rayaDibunuh orang atau dikidnap diminta wang tebusanAda yang kaya-raya atau berpangkat tinggi,

sakit-sakit sahajaBermacam-macam jenisnya pulaAda yang jahil tiada berpangkat, miskin pulaAda yang miskin, sakit-sakit sahajaTiada yang membelaTidak kurang badan yang sihat, merempat pulaAda yang jutawan, krisis rumah tangga jadi budayaBini di sini suami di sanaBila bertemu bergaduh sahajaJuga tiada kurang yang miskin, ilmu sederhana,

tenang dan bahagiaAda yang baik orang ramai senang, tiada kuasa tiada hartaOrang jahat diberi kuasa, orang ramai benci merata-rataNamun demikian pengaruh kuasa dan harta kekayaan,

disokong jugaJadi manusia di dunia sentiasa diburu takut kerana tergugatFikiran serabut, jiwa tidak tenang keluh-kesah sahajaDigugat oleh bini, oleh krisis rumah tanggaDitakutkan oleh miskin dan papa kedana

NASIB MANUSIA BERMACAM-MACAM TAPIMANUSIA TIDAK BELAJAR DENGANNYA187

D

Page 241: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

241

TASAWUF

26 - 05 - 1997

Dibimbangkan oleh sakit yang bermacam-macam jenisnyaDikecewakan oleh kejahilan dan oleh tiada pangkat

yang dibanggakanDihantui oleh bila kena kidnap atau orang akan samunTidak kurang susah hati bilakah peluru

hendak meledak membunuhnyaSedikit sahaja yang tenang dan bahagiaKerana kuat imannya sekalipun miskin papaTapi manusia tiada belajar dengan peristiwaDi manalah hebatnya kita?Di manalah kuasa kita?Di mana kemegahan kita?

Page 242: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

242

Menjelang Tidur08 - 08 - 2001

ERENDAH diri itu, di sanalah letaknya ketinggianmuEngkau pandai atau berilmu, banyak orang

mendapat manfaat darimuEngkau rasa dirimu tidak berguna

atau tiada jasa apa-apa di sinilah kemuliaanmuPandai engkau bergaul di semua golongan masyarakatEngkau meletakkan diri pada tempatnyaDi sanalah semua golongan boleh menghormatimuPemurahnya engkau, di situlah rezekimu di duniaErtinya engkau tidak akan papaDi Akhirat kelak harta dan kekayaan bagimuEngkau tidak suka nama dan glamourKalau engkau orang yang berjasaBanyak orang mendapat faedah dari pertolonganmu,

dari jasamuNama dan glamour tetap ada walaupun tidak dipintaNama yang bersih tanpa dimintaNama dan glamour yang diminta lambat-laun orang benciSetiap kali pula Tuhan mengangkat darjatmu di sisi-NyaKalau engkau sentiasa baik hati dengan manusiaDengan manusia engkau baik sangkaTidak pernah berdendam dan dengki dengan insanMudah engkau memaafkan orangDi situlah ketenangan dan kebahagiaan jiwamuJika engkau sentiasa bertawakal dengan AllahEngkau tidak akan risau dengan masa depanmu

MERENDAH DIRI ITULAHKETINGGIANMU188

M

Page 243: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

243

TASAWUF

AGI orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnyaTakutnya kepada Tuhan adalah pengawal diriSabarnya adalah perisai hidupnyaRedha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan TuhannyaTawakalnya adalah harapan masa depannyaBacaan Al Quran adalah hiburannya

dan bercakap-cakap dengan TuhanJuga perbualannya dan bercakap

dengan Tuhan Pencipta manusiaSelawat adalah penyejuk dan pelembut hatinyaDoa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hambaHamba adalah hina, lemah, memerlukan

pertolongan TuhannyaSembahyang adalah pembaharuan ikrar

dan membaharukan syahadahSerta membersihkan jiwa dari mazmumahBegitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudahJuga setengah daripada peranan mendirikan solatKalau begitu cuba gambarkan orang yang

tidak bersembahyangYang juga memiliki sifat-sifat mazmumahErtinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanyaBagaimana tidak menderita dan terseksaMampukah menanggungnya?!

ILMU PENYULUH HIDUP189

B

Selepas ekspedisi28 - 09 - 1999

Page 244: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

244

ERBUATLAH lebih dahulu baru bercakapKerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuatJanganlah bercakap dahulu baru berbuatLebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuatIlmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak digunakanIa akan berkaratApa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya

tidak digunakanIa akan menjadi bebananBegitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan

ia akan jadi beban di AkhiratOrang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu,

masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafirIlmu adalah panduan jalan kehidupanAtau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamatAlangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tanganBerjalan di waktu malam lampu suluh tidak digunakanErtinya walaupun ada lampu di tangan

tapi dia masih di dalam bahayaBerjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampuPadahal lampu ada di tanganLampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orangBegitulah ahli ilmu yang tidak beramal,

padahal ilmu diperkatakanItu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai

kepada orang ramaiBermegah-megah dengan ilmu,

tidak ghairah beramal

BERBUAT DAHULUBARU BERCAKAP190

B

Selepas Zuhur18 - 08 - 2001

Page 245: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

245

TASAWUF

ARILAH kita berlindung dengan Allahdaripada ilmu yang tidak memberi manfaat

Kerana ia akan menjadi beban di AkhiratBahkan ia akan melaknatSohibul ilmi masuk ke dalam Neraka 500 ratus

lebih dahulu daripada penyembah berhalaIlmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana AllahBila diperolehinya hanya untuk mujadalah

dan bermegah-megahUntuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,

bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyakMementingkan kertas kerja jadi budaya,

kemudian mesti diberi upahSetiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannyaKalau tidak, ilmu tidak akan disampaikanMakin bertambah ilmu,

makin nampak bongkak dan sombongnyaDan terasa ‘orang luar biasa’ dengan ilmunyaJika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinyaBila berbincang dia sahaja mahu menangKalau kebenaran itu datang daripada orang lain,

susah mahu menerimanyaGambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinyaPeribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnyaOrang ini tidak akan bergaul dengan orang

yang dipandang rendahKecuali keadaan memaksanyaInilah dia ulama us suk yang disabdakan oleh RasulullahKita disuruh jauhi merekaBahkan disuruh takut lebih daripada

seekor singa yang galakKerana ia akan melalaikan,

boleh jadi menyesatkan

BERLINDUNG DARI ILMUYANG TIDAK BERMANFAAT191

M

Selepas Zuhur15 - 09 - 1999

Page 246: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

246

A ALLAH! Aku berlindung dengan-Mudaripada ilmu yang tidak diamalkan

Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahanTuhan, ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupanJangan pula kehidupan orang tersuluh,

kehidupanku kegelapanTuhan aku memohon kepada-Mu

janganlah ilmu itu menjadi bebanDi Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi

mengapa aku tidak amalkanYa Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu,

bertambah amalkuJangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidakBiarlah usahaku ini selamat menyelamatkanYa Allah, aku berlindung dengan-Mu

daripada ilmu untuk mujadalahBukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwaTuhan aku berlindung dengan-Mu

jangan sampai ilmuku melaknatku semulaKerana bermegah-megah dan tidak mengamalkanJadikanlah aku bertambah ilmu,

bertambah dekat dengan TuhanBertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalanTuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelakBukan melaknatkuYa Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri

dan orang lainBoleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orangMampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orangSeterusnya jadikanlah ilmu ini

sentiasa memberi manfaat dan syafaat

BERLINDUNG DARIPADA ILMUYANG TIDAK DIAMALKAN192

Y

Selepas Isyak03 - 09 - 1999

Page 247: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

247

TASAWUF

ARILAH kita mengkota IslamKerana sudah banyak kita berkataMarilah kita beramalLantaran sudah banyak mengenalMarilah kita berbuatBerkata sudah banyakMarilah kita melaksanakanSaranan telah merataMarilah kita membina keperluannyaSudah selalu diperkataMarilah kita bertindakHuraiannya telah banyakSampai bila Islam ini hendak diperkataSedangkan dikotakan sedikit sahajaApakah Islam sekadar program semasaBukan amal setiap masa?!Cukupkah Islam itu untuk perayaan?Bukan tuntutan amalan dan perlaksanaan?Islam bukan untuk slogan-slogan, tapi tindakanBila lagi Islam hendak bersifat diri bukan tersendiriMarilah kita jadikan Islam tabiat diriSebagai ilmu sudah lama kita ketahuiAgar kita membawanya ke mana-mana kita pergi

MARILAH KITA BERAMAL193

M

Selepas Asar16 - 05 - 1997

Page 248: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

248

UHAN! Dengan kebesaran Nabi-Mudan kemuliaan Imam Mahdi-Mu

Ajarkanlah aku ilmu Islam yang seni-seninyaTuhan! Fahamkan aku ilmu-ilmu

yang tersirat untuk dapat disuratkanAnugerahkanlah aku sedikit ilmu rahsia

yang ada di dalam ilmuTerutama ilmu mengenai hatiHati adalah makhluk-Mu yang mengandungi

banyak rahsiaDarinyalah lahirnya ilmu hikmahIlmu hikmah sedikit sekali manusia yang tahuSekalipun para ulama-ulamanyaKecuali mereka yang hatinya terlalu bersih dan murniIlmu itulah yang Engkau maksudkan di dalam Al QuranPertama: Takutilah Allah nescaya Allah akan ajar kamuKedua: Siapa yang diberi ilmu hikmah,

sesungguhnya diberi sesuatu yang banyakTuhan! Ilmu ini sangat aku perlukanUntuk aku membaikkan diriku dan pengikut-pengikutkuTerutama di zaman yang telah Engkau janjikan

Islam akan kembali gemilangTuhan, aku sungguh mengharapkan ilmu iniIaitu ilmu di dalam ilmuAjarlah sedikit ilmu ini kepadakuAtas nama khalifah-Mu akhir zamanAgar aku mampu memimpin diriku dan pengikutkuYa Allah! Istajib do’aii

DOA AGAR DIBERI ILMU HIKMAH194

T

Selepas Zuhur28 - 08 - 1999

Page 249: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

249

TASAWUF

Menjelang tidur10 - 11 - 1999

IDAK salah mendapat nikmatYang mana satu pun tidak mengapaTapi hendaklah curiga selalu dengannyaKerana ia ibarat mendapat kawan yang tidak setiaPrejudislah dengannyaJahat sangkalah dengan nikmat duniaIa selalu sahaja melalaikan kitaAwaslah selalu dengan nikmat duniaKalau tidak ia selalu sahaja mengkhianati kitaBerhati-hatilah dengan nikmatKerana dia boleh merosakkan kitaKita awasilah selaluKerana dia boleh menjatuhkan maruah kitaNikmat dunia itu ibarat kudaKita akui kuda mudah membawa kita ke mana-manaTapi ingat, dia selalu sahaja tidak setia dengan kitaKita selalu sahaja dijatuhkannya atau ditendangnyaKita selalu mendisiplinkan diri kita terhadap nikmat duniaJangan sampai dia mendisiplinkan diri kitaAkibatnya kita akan dijadikan kuda tunggangannyaMaka kita pun menjadi hambanyaJatuhlah wibawa kitaMaka kita pun terhina

NIKMAT DUNIA IBARAT KUDA195

T

Page 250: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

250

ERAPA ramai orang apabila Tuhan pakaikansedikit kebesaran kepada orang itu dia tidak tahan

Dia pun membesarkan diri, sombong pun datangDia pun rosak dan merosakkanBerapa banyak manusia apabila kekayaan

dialirkan padanya dia pun lupaBakhil pun datang, sombong pun terjadiDia merasakan kekayaan itu dia yang punyaTidak kurang pula apabila Tuhan memberi

sedikit kekuasaan pada seseorangDia pun lupa diriDia rasa, manusia luar biasaMegah pun menimpa dirinya,

sombong tak usah dikiraDia pun menzalim orangDia pun menyalahi kuasanyaBanyak pula orang teraniayaTapi apabila Tuhan menimpakan seseorang kesusahanKesusahan yang berbagai bentuknyaRamai pula yang tidak tahanTidak tahan menderitaAda yang kecewa sepanjang masaBahkan ada yang putus asaBegitulah seseorang yang jiwanya sudah rosakRasa bertuhan tidak adaRasa kehambaan tidak ada di dalam jiwaApa pun Tuhan timpakan kepada dirinyaSemuanya merosakkan dirinyaOleh itu rasa bertuhan perlu ada,

rasa kehambaan perlu mendalam di dalam jiwa

TIDAK TAHANDENGAN KELEBIHAN DIRI196

B

Selepas Zuhur26 - 07 - 2001

Page 251: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

251

TASAWUF

PA sudah jadi kepada manusia?!Masing-masing menyalahgunakan nikmat Tuhan

yang ada padanyaHingga mereka derhaka kepada TuhannyaDi samping merosakkan kehidupan manusia

Ada yang muka cantik, terpesona dengan kecantikannyaDia pun menyalah guna kecantikannyaRamai manusia yang rosak imannya kerana kecantikannyaAda yang kaya sombong dengan kekayaannyaDia pun berfoya-foya dengan kekayaannya ituHanya senang untuk sendiri tidak pun menolong fakir miskin

Ada yang pandai, kagum dengan kepandaiannyaMenyalahgunakan pula dengan ilmunyaUntuk nama dan kesenangan hidup semata-mataTuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya

Ada pula orang sedikit sahaja diberi kuasa oleh TuhannyaMenyalahgunakan kuasa yang ada padanyaDia menzalim dan menghukum manusia sesuka hatinyaRamai manusia yang teraniaya

Di sini baru kita tahu ramai orang yang kufurdengan nikmat Tuhannya

Yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan diri orang lainHanya sedikit sahaja manusia yang bersyukurIaitu orang yang takut dengan Tuhannya,

dan mengambil berat kehidupan di Akhirat

NIKMAT TUHANDISALAHGUNAKAN197

A

13 - 11 - 2001

Page 252: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

252

PABILA dunia dicintaiMaka ia akan dijadikan matlamat hidupDunia pun menjadi buruan dan rebutanBila ia dijadikan rebutan timbullah saingan

dan perlawananSaingan dan perlawanan itu akan membawa

perbalahan dan permusuhanDi dalam perebutan timbullah hasad dengki,

jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianatiKemuncaknya pergaduhan,

membunuh dan peperanganLebih-lebih lagi yang merebut itu para ulama,

pemimpin dan orang-orang kayaMaka krisis kerana dunia lebih hebat lagi

berlaku di dalam kehidupanMaka punahlah kasih sayang,

hilanglah timbang rasaPersaudaraan hilang, simpati gersang,

kerjasama terpaksaHidup nafsi-nafsi pun subur dan menjadi budayaMasing-masing menjaga kepentingan diri sendiriHidup harmoni, kasih sayang,

bertimbang rasa hilangAkhirnya semua manusia di dunia hidup

di dalam ketakutan dan penderitaanCuma ketakutan dan penderitaan

di antara satu sama lain tidak samaOrang miskin susah kerana tidak ada

yang hendak dipakai dan yang hendak dimakanYang sakit terbiar tidak ada wang untuk berubatUlama-ulama dihina dan tidak dihormati lagiGuru-guru ibu bapa tidak dikasihiAnak-anak atau rakyat jelata tidak akan disayangi

APABILA DUNIA DICINTAI198

A

Page 253: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

253

TASAWUF

Selepas Asar14 - 07 - 2000

Orang-orang kaya dibenci, harta merekaakan dirompak dan dicuri

Nyawa mereka sentiasa terancamPara-para pemimpin tidak dihormati dan ditaatiBahkan menjadi sasaran permusuhan dari rakyatnyaMaka dunia pun menjadi neraka,

kerana penyakit cinta dunia

Page 254: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

254

AGI-PAGI engkau keluar rumah, untuk tugas harianMula-mula sekali bumi (tanah) yang engkau pijakItulah dia kejadian engkau yang pertamaKejadian engkau yang kedua lebih lagi hinanyaKalau engkau orang yang insaf,

engkau malu dengan diri engkauSombong engkau sudah tentu hilangEngkau pun merendah diri di muka bumi TuhanApabila engkau berhadapan dengan makanan

yang sedang dihidangMakanan dan lauk-pauknya pula

berbagai-bagai jenisnyaAda sayur, ada ikan, ada daging bukan engkau

yang mengusahakannyaEngkau hanya memilih bahan mentahnyaKalau mata hati engkau celikEngkau akan terasa wah ramai sungguh orang

yang memberi khidmat kepada engkauSama ada engkau sedar ataupun tidak,

kenal atau sebaliknyaSecara langsung mahupun secara tidak langsungBiasanya mereka itu adalah buruh-buruh,

nelayan-nelayan dan tenaga orang susahEngkau akan terasa sedih waktu hendak makanPasti engkau akan simpati kepada mereka ituJangan-jangan mereka tidak pun memakan

seperti yang engkau memakan makananyang sedap-sedap itu

Padahal merekalah yang menghasilkan semua ituTentulah engkau akan sentiasa mengambil berat

mereka-mereka yang miskin dan susahKerana mereka setiap hari memberi khidmat

kepada engkau

KALAU ENGKAU MAHU BERFIKIR199

P

Page 255: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

255

TASAWUF

9.50 pagi11 - 12 - 2001

Begitulah seterusnya setiap apa sahajayang engkau gunakan, miliki dan pakai

Berapa ramai pula yang terlibat menjayakannyaLagilah ramai orang yang telah berjasa kepada engkauApakah engkau boleh berfikir semacam ini?!Kalau engkau berfikir semacam iniEngkau tidak akan sombong, pasti engkau merendah diriKalau engkau boleh berfikir semacam iniSudah pasti engkau sentiasa simpati

dengan golongan yang susahEngkau tidak akan menghina merekaTapi engkau tidak berfikir semacam iniMaka engkau pun sombong,

dan fakir miskin engkau tidak peduli

Page 256: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

256

LANGKAH indahnya dunia iniDi sudut mana pun dia mempesonaMakan minum lazatnya dirasaMempengaruhi fikiran dan jiwaPerempuan cantik memperdayaBanyak laki-laki yang binasaPangkat dan darjat menjadi rebutanKerana di sana ada habuanBerfikirlah manusia siang dan malam ke arah ituSegala tenaga dikerah mencapainya,

sekalipun letih kerananyaSesungguhnya manusia telah menjadi hamba

kepada duniaDi sanalah manusia dianggap muliaSiapa tiada diperhinaNafsu merangsang setiap waktu ke arah ituDitariknya kita, dituntunnya kita memburunyaHingga kebanyakan manusia tidak mampu

menahan kemahuan nafsunyaHilang pertimbangan, lupa agama,

porak-peranda manusia dibuatnyaDibantu pula oleh syaitan

pendorong manusia memburunyaSyaitan membisik-bisik: Buatlah apa saja

yang menguntungkanTerutama di masa muda jangan sia-siakanGunakan tenaga itu untuk keseronokanTua nanti bertaubatlah, Tuhan kan Maha Pengampun

lagi Maha PenyayangBegitulah bisikan syaitanTerlupalah manusia dengan TuhanSyariat Tuhan diabaikan

DUNIA YANG MEMPESONA200

A

Page 257: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

257

TASAWUF

Tuhan tidak diambilkiraAkhirat dibenci bahkan dilupakanSiapa yang mengajak kepada Tuhan

dianggap ketinggalan zamanTenggelamlah manusia lemas

di dalam dosa

Page 258: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

258

UKAN senang menjaga nikmatNikmat yang mana satu pun susah menjaganyaKaya, berbangga, sombong setiap masaPembazirannya begitu ketaraKewajipan terhadap Tuhan dilupakannyaMuka cantik, hati sentiasa berbungaBunga megah, bunga ujub, suka dipujiTerasa diri makhluk kayanganOrang yang buruk sentiasa dicaciSedap suara terasa luar biasaPandang orang lain rendah dan hinaJuallah suara ke mana-manaTerlonjak di sini, terlonjak di sanaIngin nama, ingin glamourSekalipun yang diucapkan itu khabaran TuhannyaBahasa yang dituturkan selawat nabiNamun hatinya memuja kebesaran dirinyaBerjawatan tinggi terasa supermanDuduk dengan golongan bawah rasa tidak selesaHati bangga dibawa ke mana-manaSombong dan membesar diri ketara sekaliMengugut-ugut dan menakutkan rakyat jelata jadi budayaDitegur dan dinasihat pantang dirinyaBerhati-hatilah berhadapan dengan nikmatJangan sampai lupa dengan TuhanBersyukurlah kepada Tuhan sebanyak-banyaknya

dengan nikmatAgar kita tetap dapat mengekalkan sifat kehambaan

BUKAN SENANGMENJAGA NIKMAT201

B

Selepas Asar22 - 09 - 1998

Page 259: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

259

TASAWUF

Menjelang Tidur26 - 08 - 2001

KERANA CINTAKAN KEHIDUPAN DUNIATOLAK TUHAN202

I DALAM kehidupan di duniasangat banyak yang diperlukan oleh manusia

Keperluan itu ada yang pertama dan utamaAda yang penting dan ada yang sampinganKeperluan yang pertama dan utama adalah Allah Taala

pencipta alam yang Maha Esa dan Maha BerkuasaKerana Dia adalah segala-galanyaKemudian yang penting agar hidup berdisiplin

adalah syariat TuhanItulah jalan menuju Tuhan, iaitu jalan keredhaan-NyaKeperluan sampingan adalah makan, minum,

tempat tinggal, pakaian, kenderaanKemudian perempuan sebagai isteri atau laki-laki sebagai suamiAgar dapat berhibur dan bertolong bantu di dalam kehidupanApabila kita dapat yang pertama dan utama,

kemudian yang pentingDi situlah kehidupan dan ketenangan hidupYang lainnya hanya setakat tambahan sahaja

atau tambahan semata-mata atau sampinganTapi oleh kerana manusia ramai yang buta hati

walaupun celik mataKerana cinta makan, minum, tempat tinggal, pakaian,

kenderaan, tolak TuhanLantaran perempuan tinggalkan Tuhan Rabbul ‘AlaminInginkan kebebasan tolak syariat Tuhan pentadbir alamAkhirnya apa sudah jadi? Atau apa kesudahannya?Manusia hidup porak-peranda sekalipun kaya dan berkuasaApatah lagi yang miskin menderita dan sengsara lagi terhinaKembalilah kepada Tuhan, syariat jadikan jalan kehidupanDi situlah rahsia kebahagiaan dan ketenanganMendapat pula keredhaan TuhanDi Akhirat selamat pula

daripada api Neraka

D

Page 260: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

260

INTANYA engkau pada diri engkauHingga engkau mementingkan diriHakikatnya engkau merosakkan diri engkau sendiriTapi engkau tidak sedar menjadi perosak diri sendiriEngkau mementingkan diri, hakikatnya

engkau membenci diri engkau tanpa engkau sedariEngkau tamak dan bakhil hingga

tidak mempedulikan fakir miskinMereka membenci diri engkauPadahal tentu engkau tidak suka orang lain benciLebih-lebih lagi jika engkau menjadi sombong

dengan keistimewaan engkauKebencian bertambah-tambah lagiJika engkau mendapat kesusahan orang akan

membiarkan engkau keseoranganKerana orang membalas dendam dan sakit hati selama iniSelalunya orang yang tamak mengumpulkan kekayaan

menjadi sasaran para perompak dan pencuriIni baru berlaku di dunia sudah menyusahkan

diri engkau sendiriYang lebih dahsyat dari itu Tuhan sangat membenciNabi Muhammad Rasul akhir zaman

tidak menganggap sebagai umatnyaPara-para malaikat dan seluruh makhluk

selain manusia dan jin mengutuknyaAzab kubur pula sedang menunggu engkauPenderitaan Mahsyar juga engkau tidak terlepas

yang sedang menantiKemuncak dari segala penderitaan

adalah Neraka yang membakarKalau begitu apalah erti engkau cintakan diri engkauApalah faedahnya yang engkau dapat

kerana mementingkan diri

CINTA DIRI MEROSAKKAN DIRI203

C

Page 261: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

261

TASAWUF

Selepas Asar22 Muharam 1421H

Sepatutnya kasihkan diri dan mementingkan dirimenguntungkan

Tapi engkau merugikan diri engkau sendiriBahkan merosakkan dan membinasakan diri engkauUbahlah sikap sebelum terlambatJika sayang pada diri sendiriJanganlah campakkan diri sendiri kepada kebinasaan

Page 262: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

262

NGKAU terlalu cinta dengan diri engkau sendiriMaka engkau pun mementingkan diriEngkau dahulukan kehendak-kehendak engkau

daripada kehendak-kehendak TuhanHak-hak Tuhan engkau kemudiankan,

hak-hak engkau, engkau dahulukanBahkan adakalanya kerana mempertahankan

hak engkau, hak Tuhan terus diabaikanSebenarnya engkau lupa, engkau mementingkan

diri engkauHakikatnya engkau tidak cinta dengan diri engkauEngkau membelakangkan hak Tuhan, ertinya engkau

mengabaikan hak engkau sendiriPadahal hak-hak yang engkau pertahankan

kalaupun engkau memperolehinyaDia bukan boleh buat apa-apa kepada engkauIa tidak akan boleh menghalang engkau daripada sakitJuga ia tidak boleh membendung engkau

daripada berbagai-bagai bala bencanadan kesusahan

Kalaupun engkau boleh menghasilkan,tapi tidak dapat mempertahankan engkau

Tapi kalau engkau miliki Tuhan, engkau memilikisegala-galanya

Tuhan boleh melakukan apa sahaja kepada diri engkauDia boleh menyenangkan engkau

dengan tujuan engkau bersyukurKemudian engkau dapat pahala syukurKalau dia susahkan engkau, agar engkau sabar,

supaya engkau dapat pahala sabarJadi kalau engkau mendahulukan hak TuhanSemuanya adalah kebaikan kepada engkau,

kalau engkau faham

ENGKAU TERLALU CINTADENGAN DIRI SENDIRI204

E

Page 263: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

263

TASAWUF

Menjelang Maghrib22 - 02 - 2000

Yang penting Allah hendak menyelamatkan engkaudi Akhirat sana

Akhirat negara yang kekal abadiAllah Taala mahu engkau bahagia di sanaKerana itulah kalau engkau mendahulukan hak Tuhan

ertinya engkau sayang pada diri engkau sendiriJika engkau mendahulukan hak engkau, tanpa engkau sedar,

engkau merugikan diri engkau sendiriOleh itu utamakanlah hak Tuhan,

untuk kepentingan engkauJanganlah utamakan diri engkauCara itu engkau akan merugikan diri engkau sendiri

Page 264: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

264

NGKAU selalu menyangka orang lainakan merosakkan engkau

Engkau selalu sahaja prejudis denganmusuh-musuh engkau

Engkau merasakan musuh-musuh engkauakan membinasakan engkau

Rupa-rupanya musuh-musuh engkausekali-sekala sahaja merosakkan engkau

Orang lain, adakalanya engkau terselamatdaripada kejahatannya

Tapi engkau sama ada disedari atau tidaksetiap hari dirosakkan oleh perkara yangsangat rapat dengan diri engkau

Setiap hari engkau dirosakkan oleh ilmudan kepandaian engkau

Setiap masa engkau dirosakkan oleh nama,glamour engkau

Sering sahaja engkau dirosakkan oleh hartadan kekayaan engkau

Jawatan dan kekuasaan engkau itulahyang selalu merosakkan engkau

Amanah yang diberikan kepada engkauitulah yang selalu merosakkan engkau

Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkauKeyakinan engkau itulah yang banyak

merosakkan engkauIdeologi yang ada di kepala engkau itulah

yang merosakkan engkauSedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau

mudah engkau sedarOrang lain merosakkan engkau cepat engkau

dapat mengesannya

ENGKAU SANGKA MUSUHMEROSAKKAN ENGKAU205

E

Page 265: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

265

TASAWUF

Selepas Asar27 Muharam 1421H

Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,nama dan glamour yang merosakkan engkau

Payah engkau hendak insaf dan sedarEngkau tidak terasa dirosakkan olehnyaEngkau terasa itu semuanya adalah kejayaan engkauItu semuanya adalah kemajuan yang engkau tempa

dan kejayaan yang engkau buatdi dalam kehidupan engkau

Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkauKerana itulah payah engkau hendak sedarEngkau rasa itu adalah satu kejayaan bukan kerosakanEngkau tertipu di dalam kehidupan engkau

Page 266: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

266

UNIA ini yang mana satu ada nilai di sisi Allah?Harta, pangkat, wang ringgit, kebun, rumahTidak ada harganya pada TuhanIa ibarat kalau di dunia ini adalah wang ringgitWang itu walaupun ada nilainya berdasarkan angka

yang ada di atas duitIa tidak dapat memberi faedah apa-apaKalau tidak ditukar dengan benda-benda lainSetelah ditukar, baru ada nilainya dan berfaedahApabila ditukar, baru duit itu bukan duit lagiKalau duit itu disimpan sahajaTidak pun ditukar dengan sebarang bendaTidak ditukar dengan pakaian, makanan, minuman,

kenderaan dan sebagainyaNasibnya sama sahaja dengan kertas biasaTidak ada nilai apa-apa, tidak bermakna adanya duitWalaupun di atas duit-duit itu ada nilainyaBerdasarkan yang tertulis angka-angkanyaJadi, baru kita faham duit itu memberi faedah

setelah kita tukar nilaiBegitulah nikmat di dunia iniJika kita tidak tukar nilai dengan nilai AkhiratSeperti harta, untuk menolong orang yang susah

dan dikorbankan fisabilillahTenaga, untuk berkhidmat kepada orang

atau hamba-hamba AllahIlmu, untuk memimpin manusia di dunia agar agama

dan kehidupan mereka betulPangkat dan jawatan, untuk membela orang ramaiMaka dunia telah jadi nilai AkhiratDunia telah ditukar dengan AkhiratKalau tidak ditukar, dunia hanya

akan jadi bangkai

TUKAR DUNIA KEPADA AKHIRAT206

D

Menjelang Maghrib07 - 11 - 1999

Page 267: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

267

TASAWUF

BAGAIMANA MANFAATKAN DUNIA207

AKIKATNYA dunia ini adalah kotorIa adalah ibarat najis dan bangkaiNajis dan bangkai benda yang busuk dan menjijikkanKalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najisBahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di duniaHidup di dunia sementara waktuAkhirnya ke Akhirat semuanyaTuhan menyuruh hamba-hamba-NyaPandai-pandailah menggunakan najis dan bangkaiBagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?Kita gunakan najis dan bangkai itu untuk membaja pokok AkhiratErtinya kita jadikan dunia itu AkhiratMaka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagiKerana itu Rasulullah SAW bersabda:“Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat.”Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najisKita jadikan baja untuk tanaman AkhiratErtinya bangkai dan najis telah dimanfaatkanKalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman AkhiratIa tidak jadi AkhiratIa tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada hargaAlangkah jeliknya dunia yang tidak jadi AkhiratAdalah najis dan bangkaiManusia berebut-rebut hingga bergaduhMerebut najis dan bangkaiKerana itulah kitab ada menyatakan:“Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai,Yang menuntut bangkai itu adalah anjing.”Ertinya, manusia yang memburu dunia

yang tidak jadi AkhiratSeperti anjing memburu bangkai

H

Menjelang tidur01 - 11 - 1999

Page 268: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

268

Menjelang tidur29 - 09 - 1999

JADIKAN DUNIA BERNILAI AKHIRAT208

UNIA yang nampaknya hebatCantik dan indah mempesona setiap manusiaKita manusia sahaja yang merasa cantik dan indahPada Tuhan tidak ada nilainya sekalipun senilai habukAtau senilai sebelah sayap nyamukKalau dunia ini ada nilai pada Tuhan walaupun seberat habukNescaya Tuhan tidak akan memberinya kepada orang kafirBegitu juga kalau orang IslamDi waktu taat Tuhan beri, di waktu derhaka Tuhan tarikAdakalanya Tuhan beri, adakalanya Tuhan tahanNescaya parahlah manusia iniTapi pada Tuhan, dunia sedikit pun tidak ada nilai

di sisi-NyaOrang kafir pun Allah Taala beri makan

dan berbagai-bagai nikmat lagiBahkan adakalanya orang kafir lebih banyak diberi

daripada orang berimanBegitulah nilai Tuhan terhadap duniaOleh kerana dunia ini tidak ada nilainya di sisi AllahTuhan menyuruh kita berilah dunia ini nilai AkhiratJadikan dunia ini jambatan ke AkhiratJual dunia ini untuk beli SyurgaKalau tidak begitu, dunia ini tidak ada hargaDunia ini kalau tidak dijadikan AkhiratKita hidup sia-sia, dunia akan binasaKalau kita gunakan dunia untuk AkhiratDunia sudah ada nilai Akhirat,

ia kekal abadi di sana

D

Page 269: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

269

TASAWUF

Selepas Asar20 Muharam 1421H

MEMBURU KEHIDUPAN JANGANSAMPAI KEHILANGAN TUHAN209

IDAK ada manusia yang tidak hendak hidup sempurnaIngin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada hartaMemperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah,

perabot rumah yang mahalDapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan,

alat-alat hidup yang canggihIni adalah benda-benda atau perkara yang lahirYang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula

diperlukan oleh manusiaInginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas,

jiwa yang bahagiaTapi Tuhan tidak akan memberi manusia

serba lengkap dan sempurnaBegitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusiaManusia perlu ingat, di dalam memburu kehidupan

yang sempurna jangan sampai kehilangan TuhanDi dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankanKerana Tuhan itu adalah segala-galanyaTidak ada erti mendapat segala-galanya

kalau kehilangan TuhanBiarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan

tapi jangan kehilangan TuhanTuhan adalah hidup mati kitaYang lain adalah untuk sementara sahajaRugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan

dan kemewahan hidup tertinggal TuhanApabila kehilangan Tuhan, manusia tidak akan hidup bahagiaKerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaanKehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaanIni terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan

walaupun serba ada tetapi tidak tenangdan tidak bahagia

T

Page 270: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

270

ALAU engkau kehilangan harta atau barangmungkin engkau dapat pahalajika engkau sabar atau redha

Atau boleh jadi darjat engkau hendak ditinggikanoleh Tuhan

Jika engkau kehilangan anak yang disayangi,boleh jadi ia penebus dosa engkau di Akhirat

Oleh itu janganlah susah hati kematiannyaJika engkau kehilangan kawan,

tidak mesti engkau berdosaBahkan boleh jadi engkau akan mendapat kawan

lebih baik dari ituTapi perlu engkau ingat, jangan sampai engkau

kehilangan Tuhan atau imanJangan engkau biarkan kehilangan Tuhan dan imanKehilangan Tuhan dan iman bererti

engkau kehilangan segala-galanyaTuhan dan iman sesuatu yang paling berhargaHilangnya Tuhan dan iman, pangkat dan

harta kekayaan engkau tidak berguna apa-apaEngkau akan rugi di dunia dan AkhiratKerana itulah engkau kenalah berjuang

bersungguh-sungguhJangan sampai engkau kehilangan Tuhan dan imanKalau engkau boleh mendapatkan Tuhan dan iman

dengan apa sahaja, berbuatlah!Engkau korbanlah apa sahajaGunakanlah masa, carilah peluang,

gunakanlah seluruh fikiran dan tenagaDemi mencari Tuhan dan imanKalau perlu nyawa engkau diminta

untuk mendapat Tuhan dan iman

JANGAN SAMPAI KEHILANGAN TUHAN210

K

Page 271: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

271

TASAWUF

Selepas Asar30 Muharam 1421H

Korbankanlah nyawamu, kerana Tuhan dan imanadalah aset dunia Akhirat

Tidak ada yang lebih berharga dari iman dan TuhanKerana itulah di dalam mendapatkan Tuhan dan imanJangan takut korbankan apa sahajaTuhan dan iman adalah segala-galanya

Page 272: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

272

NGKAU sibuk dengan duniaDunia tidak sibuk dengan engkauMengapa engkau tidak sibuk dengan Tuhan

yang punya duniaDia adalah sibuk menguruskan hal engkauEngkau kejar dunia, dunia belum tentu kepunyaan engkauSedangkan Tuhan telah engkau tinggalkanKalaupun engkau memiliki duniaApa ertinya engkau tidak memiliki Tuhan yang punya duniaTapi jika engkau memiliki TuhanDunia kepunyaan Tuhan akan menjadi milik engkauEngkau tersilap hal, engkau tersalah fikiranDunia yang akan ditinggalkan ini pun belum tentu

di dalam milik engkauPadahal Tuhan engkau telah tinggalkanMacam mana engkau berfikir,

bagaimana engkau membuat keputusanBersibuklah dengan Tuhan yang sibuk dengan urusan engkauJanganlah sibuk-sibuk dengan dunia

yang tidak sibuk pun terhadap engkauEngkau bersibuk-sibuk dengan TuhanTuhan tidak akan mengecewakan engkauEngkau sibuk dengan dunia belum tentu milik engkauKalaupun engkau boleh miliki duniaNamun satu ketika ia dunia tetap

akan mengecewakan engkau

ENGKAU SIBUK DENGAN DUNIA211

E

Menjelang tidur30 - 09 - 1999

Page 273: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

273

TASAWUF

PAKAH yang kita hendak jawab kepada Tuhan?!Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?!Jawapan kita itu bolehkah diterima?Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di duniaHarta terkorban, badan letih, orang menghina,

kehilangan kawan!Aku tiada mampu melaksanakannyaKalau Tuhan bertanya begini bagaimana?Bolehkah kita menjawab?Mana susah, sembahyang Subuh

dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan?Dilambung, dihempas oleh ombak,

adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?!Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?!Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour,

buru pangkat bukankah lebih menderita?Tidak terkorban harta?!Tidak buang masa?!Tidak orang kata?!Orang tidak menghina?!Bukan setakat ituBukankah kerana dunia ramai kena bunuh?!Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung!

Manusia!Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour,

kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara!Justeru itu semua bermacam-macam usaha,

bermacam-macam cara, bermacam-macam helahnyadibuat oleh manusia!

Cubalah sebut di sudut-sudut yang manaamalan agama lebih menderita mengerjakannya!

Dari gila dunia?

APA KITA HENDAK JAWABKEPADA TUHAN?212

A

Page 274: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

274

Selepas Asar06 - 05 - 1997

Adakah lebih susah dari mendaki gunung Everest?!Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?!Bukankah urusan agama tidak sepayah itu!Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa!Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta!Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa!Dibandingkan berjuang kerana agama?!Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?!Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan

sudah cukup membungkamkan mulut yang kena tanya,Kelu lidah hendak menjawab, patah lidah hendak berhujahTerhadap agama mahu berhelah?!Dengan agama seribu dalih?!Apakah bila hendak mengamalkan Islam

hendak cari jalan keluar?!Apakah bila diajak kepada Islam,

macam-macam alasan untuk meninggalkannya?!Terhadap kepentingan dunia, masya-Allah!Tidak ada dalih, tidak ada alasan, tidak ada helah,

semuanya o.k.Mati pun tidak apa

Page 275: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

275

TASAWUF

MENGAPA TAKUT KEHILANGANBARANG YANG MURAH?213

NGKAU risau sangat barang engkau yang hilangAtau engkau takut sangat kalau-kalau

ada barang-barang engkau yang akan hilangPadahal barang yang hilang mungkin boleh

berjumpa kembaliAtau barang yang hilang itu berkemungkinannya

boleh diganti, boleh jadi lebih baik lagiBahkan barang yang hilang itu satu masa nanti

ia akan hilang juga iaitu binasaMana ada barang yang kekal di dunia iniPadahal ada perkara yang patut engkau takut kehilangannya

engkau tidak pun takut kehilangannyaYang pertama engkau tidak takut kehilangan iman engkauSedangkan iman adalah harta dunia AkhiratItu adalah merupakan kebahagiaan kamu di dua negaraLebih-lebih lagi engkau tidak takut langsung

kehilangan TuhanKehilangan Tuhan ertinya kehilangan keredhaan-Nya,

kehilangan kecintaan-Nya dan kehilangankeampunan-Nya

Kehilangan barang engkau kalaupun susah sedikithanya di dunia

Di Akhirat kalau engkau sabar atau redhaia memberi keuntungan kepada engkau di Akhirat

Tapi kalau engkau kehilangan imandan kehilangan Tuhan aduh binasalah engkaudi dunia lebih-lebih lagi di Akhirat

Kehilangan keduanya bererti engkau malangsepanjang umur engkau di dunia dan kemalanganyang kekal sepanjang masa di Akhirat

Mengapa engkau takut sangat kehilangan barangyang murah?

Barang yang adakalanya menyusahkan engkau sendiri

E

Page 276: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

276

Selepas Asar30 Muharam 1421H

Tapi mengapa engkau tidak takut kehilanganperkara yang paling berharga

Iaitu kehilangan iman dan kehilangan TuhanBagaimana kamu berfikir? Siapa mengajar kamu

berfikir begitu?Di mana salahnya ilmu engkau hingga

ilmu engkau tidak boleh menilai?Sedangkan engkau ahli ilmu!

Page 277: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

277

TASAWUF

Selepas Asar04 - 11 - 1998

MENCARI KEMULIAAN AKHIRATTIDAK ADA REBUTAN214

ENCARI kemuliaan dan kebesaran Akhirattidak ada rebutan

Tidak ada saingan, dan tidak ada pertembunganMakin dicari semakin aman damaiMakin kuat mengusahakannya terasa tenang dan bahagiaMencari kemuliaan dan kebesaran dunia ada rebutanAda saingan dan perlumbaanKerana kemuliaan dan kebesarannya ada batasnyaTerjadilah jatuh-menjatuhkanBerlakulah tekan-menekanHasad dengki pun datang menyerangBerlakulah permusuhan di dalam mengejarnyaBersakit-sakit hati di dalam memburunyaMakin ke hujung semakin tegangBerlakulah krisis di mana-manaKerana berebut kemuliaan dan kebesaran duniaKemuncaknya berlakulah peperanganDunia binasa, manusia hidup menderitaAkibat cinta dunia dan kebesarannya

M

Page 278: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

278

IKMAT dunia ada side effectnyaTidak macam SyurgaAda pangkat besar banyak yang hasad dengkiKerja banyak rehat tiadaKekayaan melimpah ruah, takut sahajaBila orang mahu kidnapBilakah orang akan tipu?Mengurus hingga kurang tidur, rehat pun tiadaBanyak ilmu dipanggil profesorMudah cari duit orang jemput merata-rata

membentang kertas kerjaBadan letih, tidak rehat jugaAdakalanya orang mengata“Ah, mengada-ngada!”“Ah, ada fulus bolehlah!”“Ini semua cari nama!”“Cakap bolehlah, buat tiada!”Muka cantik potongan badan adaJadilah bintang filem atau pramugari atau penyanyiBanyak yang tukang hasad dengkiBanyak laki-laki hidung belang yang memburuSusah hati mana satu pilihanDibawa orang ke sana ke siniAda yang jual diriJika orang tahu malu pulaNak kahwin orang tak mahuOrang suka bawa-bawa sajaDuit banyak jiwa deritaBila sudah tua lagi tiada hargaKumbang tidak menyeri lagiKawan-kawan lari, tinggallah sendiri seorang diriMungkin duit banyak tapi apa guna?!Begitulah nikmat dunia

NIKMAT DUNIA ADA SIDE EFFECT215

N

Page 279: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

279

TASAWUF

Selepas Subuh03 - 06 - 1997

Di dalam untung ada rugiDi dalam indah ada padahnyaDi dalam keseronokan ada momokan-momokanDi dalam glamour ada cemasnyaAdakalanya ruginya lebih banyak daripada untungnyaUntung sekarung rugi seguniBukan macam nikmat SyurgaUntung sepanjang masa

Page 280: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

280

KEINDAHAN BUKAN PADA BENDA216

EINDAHAN itu bukan melihatnyaTidak juga melihat benda-benda yang kehijauan

pada pandangan mataJuga tidak pada melihat awan yang berarak

dan beralih di angkasaKeindahan itu bukan melihat kebunYang mengalir di dalamnya air-air yang jernihAda ikan yang bermain-main dan berlari-lariTidak juga melihat lautYang airnya sentiasa bergelombang menghempas

dan memulasKalaulah keindahan itu pada bungaOrang yang ada kebun bunga atau bekerja

di kebun bunga paling bahagiaOrang yang tinggal di tempat yang banyak

kehijauan-kehijauan tentu bahagiaOrang yang selalu merenung awan macam

golongan sasterawan sudah tentu bahagiaOrang yang bekerja di kebun juga termasuk

orang yang bahagiaBahkan orang yang paling bahagia sepatutnya

yang tinggal di tepi lautTapi realitinya tidak begituHakikatnya tidak terjadiSebenarnya keindahan itu bukan benda luaranKeindahan itu di dalam jiwa, ia bertempat di hatiApabila jiwa subur rasa bertuhan,

di situlah keindahannyaDia adalah pelindung dan pembela,

di sanalah keindahannyaJadi keindahan itu bukan kepada bendaBukan benda luaran yang menjemukan

kalau selalu dilihat dan dirasa

K

Page 281: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

281

TASAWUF

Menjelang Maghrib09 - 11 - 1999

Tapi keindahan itu adalah di dalam diri yang hakikiDi dalam hati dan jiwa yang rasa bertuhanSedangkan Tuhan itu sangat dicintaiKerana itulah orang yang beragamaTerlalu sedikit hiburannya di luar dirinya

Page 282: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

282

DI CELAH NIKMATENGKAU DERHAKA217

ETIAP detik engkau diberi oksigen oleh TuhanHingga dari detik ke detik engkau dapat

menyambung hidupTapi malang, di celah-celah itulah engkau derhaka

kepada Allah TaalaTuhan yang mencipta engkauDengan engkau membuat dosa dan meninggalkan

perintah-NyaSelagi engkau hidup di waktu perlu makan,

Tuhan masih memberi engkau makanAdakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzatTapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan

Tuhan yang memberi engkau makanDi waktu engkau sakit kemudian Tuhan sembuhkanMaka badan engkau sihat semula dan segar-bugarEngkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasaDari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangunDi dalam maju dan membangun itulah

engkau menderhakai TuhanDi waktu engkau hendak berhibur diberi engkau

isteri dan anak-anak sebagai cahaya mataDi waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau

untuk engkau boleh berehat dan memulihkankekuatan badan

Selepas tidur badan engkau segardan bertenaga semula

Tapi setelah engkau dapat tenagaengkau membuat dosa dan noda

Engkau lalai dan alpa kepada TuhanBegitulah sepanjang hidup harian engkauAllah Taala memberi berbagai-bagai nikmat

kepada engkau

S

Page 283: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

283

TASAWUF

Selepas Asar09 Safar 1421H

Tapi dengan nikmat Tuhan itulahengkau derhaka kepada-Nya

Apakah engkau tidak malu kepada Tuhan?Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti

engkau akan menemui-NyaSegala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habukBagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?!Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya?!Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh

berfikir tentang nasib engkau?!Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat

menyelamatkan diri engkau?

Page 284: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

284

UHAN! Aku pinta pada-MuAnugerahkan padaku nikmat-Mu bersama rahmat-MuJanganlah Engkau kurniakan padaku

semata-mata nikmat tanpa rahmatRahmat-Mu lebih utama dan besar daripada nikmat-MuApakah ertinya nikmat tidak disertai dengan rahmatTuhan! Setiap kebaikan yang aku buat

aku tidak harap Syurga-MuTapi yang aku harapkan adalah keredhaan-MuKeredhaan-Mu lebih mahal daripada Syurga-MuTuhan! Begitulah aku takut membuat dosa bukan

kerana takut dengan Neraka-MuTapi aku takut dengan kemurkaan-MuKemurkaan-Mu lebih dahsyat dan hebat

daripada Neraka-MuJadikanlah aku wahai Tuhan, setiap ibadah

yang aku lakukan mengharapkan rahmat-MuBukan mengharapkan Syurga-MuJadikanlah juga aku takut membuat dosa

bukan kerana Neraka-MuTapi jadikanlah aku takut membuat dosa

kerana kemurkaan-MuTuhan biarlah apa yang aku buat kerana-MuBukan kerana Syurga atau Neraka-MuKerana-Mu dan untuk-Mu adalah keikhlasan

yang paling tinggiItulah sifat orang yang merdekaKerana Syurga dan Neraka masih terikat

dengan kebendaanDi sini tercacat sedikit keikhlasan

ANUGERAHKAN NIKMAT-MUBERSAMA RAHMAT-MU218

T

Menjelang Tidur04 - 09 - 2001

Page 285: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

285

TASAWUF

Menjelang Tidur07 - 09 - 2000

SELAMATKAN KAMI DARITIPU DAYA DUNIA219

UHAN, Engkau takdirkan hamba-hamba-Mutinggal sementara waktu di dunia ini

Pada diri mereka Engkau jadikan nafsuNafsu itu pula dia sentiasa berkehendakKehendaknya tidak pula terbatasBahkan kemahuannya tidak puas-puasSedangkan Engkau jadikan dunia ini pula

serba indah dan cantikMempesona dan menarikMempengaruh dan merangsangMenipu daya dan melalaikanSerba sedap dan lazatApabila nafsu berkehendak dengan dunia

yang telah disifatkan tadiNafsu sentiasa sahaja digodanyaAkibatnya digoda dan dinodanyaOleh itu wahai Tuhan!Siapalah yang dapat lari dari perangkapnyaSiapalah yang dapat selamat dari jebaknyaKalau rasul dan nabi Engkau pelihara merekaMereka boleh selamat daripada tipu daya duniaMacam kami yang bukan rasul dan nabi ini,

apalah yang menjamin boleh selamatSedangkan tipu daya dunia amat dahsyatKasihanilah kami ini Tuhan!Pelihara dan selamatkanlah kami daripada tipu daya duniaYang sudah jutaan manusia ramainya yang telah dipedayanyaJangan pula kami juga dipedayanyaMusnahlah kehidupan kami di dua negaraSelamatkanlah kami Tuhan dengan Rahmat-Mu

T

Page 286: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

286

AQWA adalah aset bagi dunia dan AkhiratSumber bantuan, sumber rezeki,

sumber kemenanganKalau ingin musuh dikalahkan,

baikilah diri untuk mendapat ketaqwaanTaqwa lebih tajam dari pedangMembaiki diri lebih canggih dari senjata modenDi dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utamaWalaupun senjata disuruh mengadakannyaMembaiki diri lebih utama melakukannyaDi dalam berhadapan dengan musuh,

ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandangIa lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajamTapi umat Islam di dalam perjuangan

sudah ramai yang melupakannyaDi dalam berjuang, dosa juga dilakukannyaJika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,

ternafilah ketaqwaannyaTuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh

dengan sendiriBiasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik

dan canggih dari umat IslamBagaimanalah hendak mendapat kemenangan

di dalam perjuanganKedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada

senjata rohani mahupun senjata lahirBegitu juga doa-doa adalah senjata orang mukminLebih-lebih lagi di masa berjuangIa bukan menjadi senjata umat IslamOrang mukmin dengan orang Islam jauh

sangat bezanyaOrang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya

TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT220

T

Page 287: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

287

TASAWUF

Menjelang tidur05 - 10 - 1999

Oleh itu usahakan ketaqwaan terutamadi dalam perjuangan

Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajamAwasilah di dalam perjuangan membuat dosa

dan kesilapanKerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datangKita akan kecundang dan menerima nasib

yang malang

Page 288: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

288

EPATUTNYA kita hamba Allah,tentang rezeki tidak perlu bimbang

Selama hamba itu hidup, ada jaminan dari TuhanSedangkan seorang ayah terhadap anak-anaknya

pun bertanggungjawabBetapalah Tuhan yang bersifat Rahman terhadap

hamba-hamba-Nya, mesti ada jaminanKerana itu baik sangka kepada Tuhan perlu,

dan bertawakal kepada-Nya untuk ketenanganYang penting kepada seorang hamba berusaha

mencari hidayah, taqwa dan imanYang ini kenalah dibimbangkanYang ini kenalah benar-benar struggle memperolehinya,

tidak boleh bersenang-senangHidayah, iman dan taqwa kenalah cari

bersungguh-sungguhIlmunya kena cari, bersungguh-sungguh amalkan,

istiqamah dan perlukan pimpinanKemudian tentang rezeki, Allahlah memberi jaminanBukankah Tuhan pernah berkata yang bermaksud:“Barangsiapa yang bertaqwa, rezekinya dijamin

yang tidak diketahui mana sumber datangnya”Dosanya diampun, amalannya diterimaTuhan jaga mereka daripada tipuan syaitanMusuh-musuh tidak dapat menipu dayanyaMereka dijamin diberi kemenanganOleh itu rezeki janganlah dibimbangkanYang perlu, kita dekatkan diri kepada TuhanBila jadi orang Tuhan segala-galanya ada jaminan

JAMINAN REZEKI DARI TUHAN221

S

Selepas Asar13 - 09 - 1999

Page 289: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

289

TASAWUF

BERSYUKURLAH DENGANIMAN DAN ISLAM222

ERSYUKURKAH engkau dengan nikmat Tuhan?Kalaupun engkau bersyukur, tapi dengan nikmat

yang kecil sangatEngkau bersyukur dengan nikmat yang murah

yang engkau usaha dan mintaMungkin engkau bersyukur dengan sebab pangkat

yang engkau dapatBoleh jadi juga dengan harta yang engkau dapatAdakalanya mungkin disebabkan dapat anak atau badan sihatMengapa engkau bersyukur dengan Allah Taala

dengan anugerah Tuhan yang murah sangat?Tapi pernahkah engkau bersyukur dengan Tuhan

kerana mendapat iman dan Islam?Sudahkah engkau bersyukur dengan nikmat

kewujudan engkau oleh Tuhan?Iman dan Islam nikmat yang tidak ada tandingnyaKewujudan engkau tanpa kita minta juga nikmat

yang besar dari TuhanMengapa engkau tidak pandang besar dengan

nikmat iman dan Islam?!Mengapa engkau tidak terfikir untuk bersyukur kepada Tuhan?Kerana kewujudan engkau di dunia ini?Bahkan engkau tidak terasa apa-apa dengan iman dan IslamEngkau tidak terfikir pun keberadaan engkau sebagai nikmatHarta yang engkau nampak besarPangkat yang engkau nampak besar dan hebatYang kecil engkau nampak besar,

yang besar engkau nampak kecilKalau nikmat pun engkau tidak kenalJika nikmat pun engkau tidak dapat menilaiLebih-lebih lagi Tuhan engkau belum kenal

B

Selepas Asar12 - 09 - 1999

Page 290: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

290

NIKMAT TUHAN YANGPALING BERHARGA223

ARILAH kita berfikir tentang nikmat TuhanAgar kita boleh bersyukur dan malu kepada-NyaSedarlah kita, lebih banyak nikmat

yang kita tidak minta diberiYang kita minta tidak dikabuli sedikit sahajaTapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kitaBahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta,

lebih berharga daripada yang kita mintasama ada dikabuli atau tidak:

Wujudnya kita, satu nikmat yang besar tanpa kita mintaIman dan Islam yang ada pada kita

lebih besar lagi tidak kita minta jugaKerana kita lahir daripada ibu bapa

yang sudah sedia menerimanyaKita pun terus menyambungnya, cuma kita

diperintah berusaha menyuburkannyaOtak dan hati nurani bukankah juga kita

tidak memintanya?Mata, telinga, hidung dan mulut dan segala jawarih

adakah kita memintanya?!Tidak perlu saya menjawabnyaJuga nafas turun naik Tuhan anugerahkan

tanpa memintanyaYang kita usahakan dan yang kita minta dapat,

murah sangat nilainyaDi antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan,

suami atau isteri dan anak-anakJuga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan

yang adaSelain ini tidak payahlah disebut lagi,

sangat murahnya nilainyaMengapa kita tidak terfikir selama ini nikmat

yang diberi yang tidak kita minta lebih besar

M

Page 291: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

291

TASAWUF

Selepas Asar02 - 09 - 1999

nilainya bahkan lebih banyakMana lebih besar nikmat wujudnya kita

yang kita tidak minta dengan wang ringgityang kita usaha dan minta?

Juga iman dan Islam yang kita tidak minta,mana lebih besar daripada pakaian dan perabot?

Nafas turun naik yang kita tidak minta,mana lebih utama daripada suami atau isteri kita?

Semua orang boleh menjawabnyaOleh itu jika ada yang kita minta tidak dikabulkan

oleh Tuhan kitaTak usahlah susah hati kerana yang tidak dapat itu

nilainya murah sahaja dibandingkan denganyang tidak diminta

Syukurilah Tuhan apa yang ada!Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi

sekalipun tidak diminta

Page 292: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

292

RAHMAT DAN NIKMAT TUHANYANG TERSEMBUNYI224

AMAI umat Islam merasakan rahmatdan nikmat Tuhan itu kesihatan badan

Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak,mendapat pangkat tinggi

Rumah besar, banyak harta,kereta mewah dan canggih

Padahal nikmat yang disebutkanbelum boleh menyelamatkan kita

Adakalanya ia merosak dan dan membinasakan kitaKalau tidak di dunia, ia akan berlaku di AkhiratTapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyiSetengah orang tidak sedar bahawa itu

adalah rahmat dan nikmatRahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu

banyak pulaDi antaranya kalau kita berdosa diingatkan

agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosaDi waktu kita lalai dengan-Nya disedarkan kitaSekali-sekala disusahkan kita agar kita insafAdakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkatSelalu sahaja kita mengingati DiaDimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut

kepada-NyaDi samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu adaDigemarkan kita membuat kebaikan

dan dibencikan kita dengan kejahatanDijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orangBoleh meminta maaf dan boleh memberi maafBoleh beristiqamah dengan kebaikanInilah di antara rahmat dan nikmat Tuhan

yang tersembunyiKalau hendak bersyukur, bersyukur kerana

itulah yang lebih utama

R

Page 293: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

293

TASAWUF

Menjelang Maghrib22 - 02 - 2000

Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itujarang orang dapat

Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadiOleh itu pandai-pandailah menilai rahmat

dan nikmatAgar syukur kita lebih sempurna dan tepat

Page 294: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

294

IDAYAH suatu yang mahalTaufik lebih lagilah bertambah mahalMahalnya tidak boleh ditukar gantinyaSekalipun dengan mata benda yang paling mahalIntan berlian yang diidam-idamkan oleh manusiaHidayah dan taufik, harta yang paling berharga dunia

dan AkhiratIntan berlian harta benda yang berharga di dunia ajaQiamat dunia hanyutlah dia tidak sampai ke manaHidayah dan taufik hingga ke Akhirat kekal abadiTiada hidayah, tiada taufik hidup tidak ada ertiAtau hidup sia-sia tiada gunanyaSekalipun kita menjadi orang yang paling kaya

atau paling berkuasaHidup di dunia panjang umur pun tiada gunanyaJusteru itulah Islam memerintahkanDi dalam doa pintalah hidayah serta taufik-NyaApabila keduanya dapat dipinta menjadi milik kita,

wah mulianyaHidup di dunia miskin papa pun tiada mengapaKekayaan Akhirat sedang menunggu kita

di dalam SyurgaPanjatkanlah doa, mintalah hidayah dan taufikSemoga kita mendapat rahmat Allah sepanjang masa

di dua negara

HIDAYAH SUATU YANG MAHAL225

H

12 - 05 - 1997

Page 295: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

295

TASAWUF

Menjelang Tidur28 - 08 - 200

HIDAYAH DAN TAUFIKADALAH HAK TUHAN226

ETIAP manusia boleh berusahaUsaha tidak memberi bekasIa hanya diperintah oleh Allah TaalaTapi hidayah dan taufik adalah hak TuhanIa adalah sangat berharga dan mahalIa adalah rahsia Tuhan, Dia memberi kepada sesiapa

yang Dia sukaHasil usaha manusia dia jadi pandaiTapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapatSekalipun hafaz Al Quran, Hadis di luar kepalaTidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari TuhanMenjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak TuhanErtinya orang alim pun belum tentu ilmunya

menjadi panduanSiapa pun boleh menceritakan IslamTapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannyaKerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati

oleh orang yang boleh menceritakanBeberapa banyak para motivator IslamHanya ia sebagai saluran mencari makanNamun tukang cakap tidak mesti mengamalkanPensyarah Islam tidak semestinya dia MuslimOrang Islam pun tidak mesti mengamalkan IslamMemanglah hidayah dan taufik itu sangat mahalPenentu kebahagiaan manusia di dunia dan AkhiratIa adalah hak TuhanIa adalah rahsia Tuhan

kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikanOleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada TuhanKerana ia adalah aset yang paling berharga

untuk keselamatan insan

S

Page 296: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

296

NGKAU duduk di bumi TuhanEngkau berjalan di atasnya ke mana-manaTapi engkau derhaka kepada-NyaEngkau makan rezeki Tuhan dan engkau miliki

apa sahajaMalang sekali engkau tidak mempedulikan-NyaEngkau menerima berbagai-bagai nikmat dari TuhanTidak pernah Tuhan meminta bayarannyaTakut engkau tidak bersyukur kepada-NyaSedangkan manusia berbudi dengan kitaKita tidak patut tidak mengenang budi atau jasaJasa manusia selalu kita tidak kenangJiwa kita bahkan jiwa sesiapa pun,

kita tidak boleh menerimanyaInikan pula Tuhan yang mencipta kitaMenghidupkan kita dan memberi segala-galanya

kepada kitaTiba-tiba kita tidak membesarkan-NyaTidak menyembah dan bersyukur kepada-NyaErtinya kita manusia yang tidak berhati perutManusia yang tidak sedarkan diriBahkan manusia yang membesarkan diri

dan sombong terhadap KhaliqnyaItulah engkau tidak mungkin menongkat langitDi suatu hari engkau akan menemui Tuhan engkauDi sanalah nanti engkau akan menyesal

tidak berkesudahan

PATUTNYA ENGKAU BERSYUKUR227

E

Menjelang Tidur15 - 01 - 2000

(08 Syawal 1420H)

Page 297: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

297

TASAWUF

CARA BERSYUKUR YANG SEBENARNYA228

IKMAT yang diberi oleh Allah Taala kepada kitaterlalu banyaknya

Berbagai-bagai macam dan jenisDi dalam diri kita seluruhnya adalah nikmat dari-NyaDi luar diri kita bermacam-macam

dan berbagai-bagai pulaRumah, isteri, anak-anak, harta, kereta,

makan minum, pakaian dan lain-lainnyaBalaslah nikmat Tuhan itu tanda bersyukur kepada-Nya

dengan nikmat-Nya jugaSeperti diri kita, sembah, besarkan, cinta dan takutlah

kepada-NyaGunakan lidah kita menyebut, mensucikan,

memuji dan memohon keampunan kepada-NyaTenaga kita gunakan untuk perjuangan

menegakkan agama-NyaNikmat di luar diri seperti harta gunakan

untuk menolong manusia yang miskin, papaDigunakan juga untuk fisabilillah yang diperintahkan

kepada kitaKereta kita jadikan alat untuk khidmat kepada agama

dan manusiaRumah kita untuk menyambut tetamu

dan pertemuan silaturrahimsesama hamba-hamba-NyaTanah untuk diwakafkan, ditegakkan bangunan pendidikan

dan bangunan rumah tetamuBangunan-bangunan dan gedung-gedung perniagaan

demi kemajuan umat Islam patut dibinaBegitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhan

di atas nikmat-nikmat-NyaMenggunakan nikmat-nikmat-Nya

untuk keredhaan-Nya

N

Page 298: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

298

Menjelang Tidur17 Muharam 1421H

Ertinya nikmat Tuhan itu juga tidak kiranikmat yang mana dikorbankan pada jalan-Nya

Korbankan nikmat Tuhan kerana nikmat-Nyayang diberikan kepada kita

Begitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhandi atas segala nikmat, rahmat dan anugerah-Nya

Nikmat dari Tuhan, nikmat itu jugalahkita gunakan untuk Tuhan

Jangan gunakan nikmat Tuhan bertentangandengan kehendak Tuhan

Tidak takutkah kepada Tuhan?Jika Tuhan murka Dia boleh rentap bila-bila masaBila-bila masa sahaja kita boleh terhukum dan terhinaBerhati-hatilah menggunakan nikmat Tuhan

agar kita tidak kufur nikmat

Page 299: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

299

TASAWUF

Selepas Asar19 - 12 - 1998

SYUKUR ATAS SYUKUR229

KU syukur pada-Mu Tuhandi atas segala nikmat yang Engkau beri

Aku bersyukur kepada-Mu lagidi atas kesyukuran itu

Kerana syukur itu satu nikmatyang bersifat maknawi dan rohani

Ia adalah satu pemberian-MuSyukur di atas kesyukuranBegitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosakuSeterusnya aku bertaubat

di atas taubat-taubatku yang palsuErtinya taubatku memerlukan taubat lagiTaubat di atas taubatBegitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan akuBahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-MuAgar aku bersyukur di atas kesyukuran ituSeterusnya ingatkan akuBahawa taubatku adalah palsuAgar aku bertaubat di atas taubat ituMoga-moga aku tidak menipu diriku

A

Page 300: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

300

KU cuba mencintai-Mu Tuhan hati tidak juga terasaAku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa jugaAku fikir-fikirkan nikmat-MuAku kenang-kenangkan rahmat-Mu

agar nampak kemurahan-MuAtas nama ilmu aku akur, namun aku

belum juga jatuh hati dengan-MuAku susah hati, aku sedih selalu,

mengapa terjadi beginiMengapa cintaku pada-Mu belum berbunga lagi?!Sedangkan aku tahu, aku akui nikmat-Mu

terlalu banyak padakuKalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung

walaupun melalui komputer!Aku iri hati selaluCerita dan berita orang soleh zaman dahuluHebatnya cinta mereka pada-MuHilang selera makan kerana-MuAsyik memuja dan memuji-MuMensucikan dan membesarkan-MuTerutama di waktu malam yang sepiDi waktu orang mimpiMereka memuja-Mu merintih pada-MuMengharapkan kasih sayang pada-MuAir mata mereka membasahi pipiAdakalanya menitis ke bumiMereka merasai Engkau adalah segala-galanyaEngkau adalah hidup mati merekaEngkau adalah di bibir merekaEngkau adalah hati jantung merekaTapi aku tidak begituAduh kerasnya hatiku

AKU CUBA MENCINTAI-MU TUHAN230

A

Page 301: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

301

TASAWUF

Selepas Subuh26 - 04 - 1997

Hingga kini aku belum mencintai Kekasih AgungkuBaru aku sedar, cinta pada-Mu adalah anugerah

dan hidayah-MuBertuahlah dan berbahagialah orang yang

Engkau anugerahkan kecintaan pada-MuAku bilakah lagi Tuhan?!Dapat sedikit pun jadilahAku tidak putus asaAku cuba lagi, selagi ada nyawa di badanDi hujung hidupku pun kalau dapat sudah cukuplahWahai Tuhan Al Hannan wal Mannan

Page 302: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

302

I SEGI ilmu tidak ada orang mempertikaikan wahai TuhanEngkau adalah cinta agung lebih patut dicintaiEngkau cinta agung diperkatakan orangDi atas mimbar-mimbar dan di majlis-majlis pengajianSeruan selalu disarankan cintailah TuhanEngkaulah yang dimaksudkanAku tidak pasti apakah mereka yang berkata dan

menyarankan dapat merasakanTapi yang pasti Tuhan, aku belum merasaiSedangkan mencintai-Mu itu menyelesaikan segala masalahCinta pada-Mu adalah kenyang daripada segala

yang mengenyangkanCinta pada-Mu adalah agung, bahagia yang tiada taranyaTenang daripada segala ketenanganSenang daripada segala kesenanganCinta pada-Mu rindu yang tidak berkesudahanSiapa merindui-Mu, segala yang dirindui tidak ada erti lagiRindu kepada itu semua musnah sama sekaliBegitulah wahai Tuhan, atas dasar ilmu aku akuiTapi malang sekali aku belum merasaiCintaku pada-Mu belum pun berbungaRindu dan asyik jauh sekaliTuhan aku harap pada-Mu titiskan sedikit air cintaku pada-MuJangan Engkau biarkan hatiku gersang dari mencintai-MuAgar Engkau yang Agung patut dicintaiAku rasai dengan kalbukuSupaya cinta dan kasihku kepada yang lain

tidak membunuh jiwakuRasakanlah wahai Tuhan pada jiwakuEngkau adalah cinta agungku

AKU BELUM MENCINTAI-MU231

D

Selepas Subuh11 - 05 - 1997

(04 Muharram 1418H)

Page 303: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

303

TASAWUF

Menjelang Maghrib05 - 11 - 1999

KALAU TUHAN BELUMENGKAU CINTAI232

ALAU engkau belum jatuh hati dengan TuhanLebih-lebih lagi Tuhan belum engkau cintaiBagaimanalah engkau sembah TuhanSudah tentu engkau tidak merasa lazatManalah engkau hendak rasa indah beribadahMana boleh dapat melepaskan rasa rindu dengan TuhanBegitulah juga jika engkau belum rasa takut dengan TuhanTidak mungkin di waktu engkau menyembah-NyaBoleh lahir rasa kehambaanRasa hebat, rasa malu, rasa hina, dan merendah diriJika engkau sembah juga Allah TaalaSudah tentu secara terpaksaSecara terpaksa sudah tentu menyeksakanSecara terpaksa sudah tentu menjemukanDi waktu-waktu atau di masa-masa sibuk atau susahSudah tentu engkau tinggalkanKerana itu mengenal Tuhan itu pentingAgar kita takut dan cintaKita rasa Dia Penyelamat, Pelindung, Pemberi RezekiKita sangat terasa Dia Tuhan sangat mencintai kitaDi waktu itu baru kita rasa rindu pada TuhanKita menyembah-Nya sudah tentu kita rasa asyikKita dapat mengadu dan bermanja-manja dengan TuhanDapat meluahkan perasaan yang terbukuDapat meluahkan rasa rindu dendamDengan itu kita dapat menerima harapan dengan TuhanHati kita puas, jiwa kita tenangDi antara rasa khauf dan raja’ seimbang

K

Page 304: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

304

ANYAK orang sedih tidak dapat kasih orang lainBanyak orang menangis tidak dapat belai kasihHati derita, jiwa sengsaraAda yang frust, banyak yang kecewaIsteri menangis tidak dapat belai kasih suamiSuami sedih tidak dapat perhatian isteriAnak menangis tidak dapat kasih ibuIbu menangis melihat anak-anak membiarkan dirinyaBanyak yang berkecil hati tidak dapat simpati manusiaBanyak yang jiwanya derita tiada siapa mempeduliTidak kurang jiwa yang gelisah tidak dapat menagih kasihBegitulah manusia jiwa kosong ketiadaan kasihWahai manusia mengapa tidak menangis

kalau Allah tidak kasihMengapa tidak sedih kalau Allah tidak redhaMengapa dan mengapa tidak berusaha mengasihaniAgar kita dicintai, agar kita dikasihaniJanganlah bersusah hati tidak dapat kasih manusiaKerana ia tidak abadi dan tidak sejatiKetagihkanlah cinta Allah, carilah kasih sayang-NyaKerana ia kekal abadi lagi sejati

MENGAPA TIDAK SEDIHKALAU ALLAH TIDAK KASIH233

B

3.25 petang25 - 01 - 1995

Page 305: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

305

TASAWUF

RAMAI TERSALAH MEMBERITAKUT DAN CINTA234

AMAI orang tersalah bagi takut dan cintaMemberi ketakutan dan kecintaan

yang tidak ada kuasaCinta dan takut kepada manusia dan

benda-benda yang tidak bernyawaYang tidak dapat menjaga, mengawal,

menyelamatkan dan membahagiakan manusiaMemberi seluruh harapan kepada makhluk

ciptaan TuhanTidak ada sedikit pun di ruangan hatinya rasa cinta

dan takut kepada Tuhan penciptanyaTuhan yang Dia adalah sumber segala-galanyaPadahal manusia, harta, pangkat dan entah apa lagi

benda yang menjadi pujaan manusiaTidak dapat pun membendung penyakit,

tidak dapat menahan kehilangan hartaPerkara dan benda yang dipuja,

tidak dapat menghalangnya daripada bencana alam,difitnah dan dibunuh orang

Kerana itulah manusia di dunia menderitadi dalam kesenangan

Ketakutan di dalam kemewahanAdakalanya perempuan yang menjadi kecintaannya

menghambanya atau mengkhianatinyaKerana itulah huru-hara dan gejala-gejala yang menakutkan

sengaja Allah biarkan bermaharajalelaSeolah-olah Tuhan berkata:Kalau Aku bukan menjadi kecintaan dan ketakutan engkauAku tidak ada di dalam kamus hidupmuKalau Aku sudah tidak diperlukan lagiSekarang Aku hendak serahkan kepada engkauManusia, betina dan harta benda yang menjadi

kecintaan dan ketakutan engkau

R

Page 306: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

306

Selepas ekspedisi18 - 08 - 2001

Menjaga segala urusan hidup engkauMampukah perkara-perkara dan benda-benda itu

menjaga engkau?!Aku berlepas diriSekarang risiko yang terjadi kerana manusia sudah

tidak ada pergantungan dengan TuhanManusia sedang berhadapan dengan neraka dunia

di dalam kemajuan

Page 307: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

307

TASAWUF

ARAM di laut boleh jadi lemas, mungkin membawa kematianKematiannya mungkin membawa syahid akhirnyaNampaknya macam malang, tapi masih untung pada seseorangKaram di dalam percintaan, hidup terumbang-ambingMenjadikan manusia hidup tidak stabilBuat apa sahaja serba tidak kenaPenumpuan sesuatu kerja tidak adaSering termenung dan murung sahajaBanyak urusan dan tanggungjawab terbengkalai dibuatnyaKaram dengan dunia manusia terlalu sibukTidak ada masa untuk berehatApatah lagi untuk menyembah Allah Taala

dan mengingati-Nya tidak ada ruang baginyaTerkejar di sana, terkejar di sini memburu kebahagiaan

dengan kekayaan duniaAdakalanya makan pun tidak sempatDengan isteri pun sekejap-sekejap sahaja

hingga isteri curiga dan menderitaKerana kurang dapat bermanja dan belaiannyaTapi mabuk dengan Tuhan rasa bahagia di samping rasa takutMabuk Tuhan jiwa tenang fikiran tidak berserabutDan tidak karam dan tenggelam dengan duniaOrang yang cinta Tuhan, cinta pula dengan makhluk-NyaKerana cinta Tuhan ramai hamba-hamba Tuhan

yang dapat manfaat darinyaDapat pemurahnya, pertolongannya, kasih sayangnya,

rendah dirinya, kerjasamanya, pemaafnyaMabuk Tuhan sibuk beribadah kepada-Nya

dan hati tidak lupa kepada-NyaSibuk juga berkhidmat dengan makhluk

dan hamba-hamba-Nya

MABUK DENGAN TUHAN235

K

Selepas Zuhur19 Muharam 1421H

Page 308: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

308

anusia mudah mencintai sesuatu yang dipandang mataJuga manusia mudah mencintai sesuatu

yang boleh difikirkanSedangkan mencintai sesuatu yang dilihat oleh mataAtau yang mudah dapat difikirkanAdalah cinta murahanMencintai yang dapat dikesan oleh hati atau jiwa,

payah dikesanKerana akal dan mata selalunya membutakan hatiSelalunya akal dan mata membunuh jiwaKerana itulah hati dan jiwa tidak kenal TuhannyaLantaran itulah Tuhan sudah tidak dirindui dan dicintaiPadahal Tuhan itulah cinta yang hakiki dan sejatiCinta Tuhan cinta yang kekal abadiCinta Tuhan, cinta yang membawa kebahagiaan

yang berkekalanCintakan Tuhan adalah cinta martabat tertinggiRafiqul A’la, Sahabat Yang Tinggi Lagi SetiaMencintai Rafiqul A’la tidak pernah kecewaMencintai Tuhan tidak pernah mengkhianati kitaCinta yang menjadi pembela kitaCinta yang menjadi pelindung kita di mana-manaCinta yang menyelamatkan kita dunia AkhiratCinta agung yang tidak ada tandingan dan bandingannyaCinta yang kalau orang tahuBukan sahaja harta dan tenaga bahkan

nyawa orang korbankan

CINTA TUHAN CINTAYANG HAKIKI236

M

Menjelang tidur14 - 11 - 1999

Page 309: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

309

TASAWUF

EBERAPA banyak pemuja-pemuja alam,alam habis dirosakkan manusia

Beberapa banyak pemuja-pemuja pangkat,akhirnya jatuh juga

Beberapa banyak pemuja wang ringgit,habis kesudahannya

Atau tidak tahu apa hendak diguna

Tidak kurang pemuja-pemuja betina,akhirnya mati atau tua

Ada yang lari setelah kita ditipunyaNama juga banyak yang memburunya,

akhirnya hilang di mana lesapnyaTidak ada suratnya, tidak ada ceritanya

Bahkan apa yang diburu semuanya rosak binasaTidak ada yang kekal, tidak ada yang setia,

tidak ada yang bertahanSegala yang dapat semuanya mengecewakanPaling tidak di hujung umur tidak mencapai semuanya

Wahai manusia gunakanlah fikiran buatlah perhatianJadikanlah iktibar, jadikanlah pengalamanApakah itu semua hendak kita buru lagi?Yang segala-galanya telah menipu dan mengecewakan

Pujalah Tuhan Dia tidak mengecewakanCintailah Dia yang kekal tidak berkesudahanGunakanlah segala-galanya untuk ibadah kepada-NyaBurulah apa saja selagi hala untuk Tuhan

PUJALAH TUHAN237

B

07 - 08 - 1995

Page 310: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

310

I WAKTU Tuhan memberi kasih sayang,engkau tidak terasa apa-apa

Atau di waktu Allah memberi,engkau biasa sahaja

Macam Tuhan itu tidak ada kena-mengenadengan engkau

Nafas turun naik engkau setiap detik,kasih sayang Tuhan

Engkau boleh melihat dengan mata,itu kasih sayang-Nya

Boleh mendengar dengan telinga dari nikmat-NyaEngkau boleh merasa makanan dengan lidah

dengan lazatnya, kasih sayang-NyaEngkau boleh berhibur suami isteri,

kasih sayang dan rahmat-NyaDi waktu letih engkau ditidurkan-Nya,

itu adalah nikmat-NyaSelepas tidur engkau diberi tenaga semulaEngkau boleh mandi dari air TuhanBersih badan engkau, segar tenaga engkauSemuanya itu bukan engkau punyaEngkau hanya dapat percuma dari TuhanBahkan ribuan macam lagi nikmat Tuhan

kepada engkauApa yang kita sebut tadi sebahagian kecil sahajaSemuanya itu engkau tidak terasa apa-apaBiasa sahaja, ia berlalu begituTanpa engkau memikirkan pemberian siapa?Tapi bila engkau berhadapan dengan ujianDi waktu engkau ditimpa sakit, miskin, bencana alamKetika engkau kehilangan barangDi waktu engkau dihina orangWah! Waktu itu engkau terasa sangat

ENGKAU TIDAK TERASAKASIH SAYANG TUHAN238

D

Page 311: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

311

TASAWUF

Selepas Zuhur11 - 12 - 1999

(03 Ramadhan)

Mengapa Tuhan lakukan begitu?Engkau mengeluh dan mengaduhSeolah-olah terlalu malangMasa yang begitu panjang engkau bergelumang

dengan nikmat dan rahmatEngkau tidak terasa apa-apaBila engkau sekali-sekala diuji,

baru engkau terasaPatut engkau sedar bahawa engkau ada

Tuhan yang berkuasa

Page 312: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

312

LLAH Taala ada berfirman, ertinya:“Ketahui olehmu bahawa kekasih Allah itu

tidak takut dan tidak berdukacita”Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat iniMoga-moga Tuhan memberi kita faham maksud

dan kehendak-NyaDengan itu moga-moga kita dapat menghayatiDan menjadikan pegangan di dalam kehidupanDi antara kehendak ayat ini:Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia

dan kuasa manusiaKalau ia didatangkan ujian dari manusia

tidak pula berdukacitaOrang mukmin tidak takut dengan kemiskinanJika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacitaOrang mukmin tidak takut dengan kesakitanKalau berlaku tidak pula susah hatinyaOrang yang bertaqwa tidak bimbang

dengan penghinaan dari manusiaKalau terjadi tidak pula sakit hatinyaOrang mukmin tidak takut dimurka oleh manusiaKalau berlaku tidak pula susah hatiKekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang

tentang rezekinyaKalau tidak ada redha hatinyaOrang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orangKalau terjadi tidak pula cacat jiwanyaWali Allah itu tidak bimbang kalau tidak ada hartaKalau hilang hartanya tidak pula jiwa deritaOrang mukmin tidak bimbang dengan takdir TuhannyaKalau terjadi tidak pula bersedih hatiWali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia,

harta benda dan sanak-saudaranya

KEKASIH ALLAH TIDAK TAKUTDAN TIDAK BERDUKACITA239

A

Page 313: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

313

TASAWUF

Selepas Asar17 - 09 - 1999

Dan tidak pula bersedih dengan kematiannyaOrang mukmin itu yang dia takut

hanya dengan TuhannyaYang dia berdukacita kalau terbuat dosaDia takut kalau Tuhan tidak redhaDia susah hati kalau lalai dengan TuhannyaDia bimbang kalau tercabut imannyaDia bersedih kalau cuai dengan ibadahnyaBegitulah lebih kurang maksud

dan kehendak tafsiran ayatMoga-moga ada kebenarannya

Page 314: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

314

INTAILAH Allah Tuhan pencipta manusiaCinta sesama manusia akan terjadi dengan sendiriCintailah Allah, cinta manusia tidak perlu diperjuangkanDia akan tercetus secara automatisCintailah Tuhan, kasih sayang dan perpaduan

sesama manusia akan terjalinTakutilah TuhanNescaya manusia akan takut melakukan kesalahan

sesama manusiaLebih-lebih lagi dengan TuhanTakutnya itu ia tidak akan melanggar perintah-NyaCinta dan takut dengan Tuhan rahsia perpaduanAnak kunci kasih sayang sesama manusiaKerana kasih sayang dan perpaduan adalah kerja jiwaBukan hubungan fizikal, fizikal mengikut sahajaApabila hati dan jiwa hubungannya

dengan Allah begitu mesraAutomatik hubungan dan kemesraan sesama manusia

terjalin samaRahsia itulah yang tidak diketahui oleh golongan sekularYang mengagungkan fikiran dan mengabaikan jiwaYang memuja akal tapi hatinya dimatikanFikirannya bercahaya tapi hatinya gelap gelitaAkibatnya kegelapan di dalam cahayaKerana cahaya terlalu terang membutakan matanyaMacam matahari terlalu kuat cahayanyaTidak mampu mata memandang dan melihatnyaBegitulah golongan sekularKerana akalnya terlalu terang,

membutakan hati atau jiwanyaMaka tersesatlah dia daripada kebenaranBergelaplah dia di dalam terang

RAHSIA PERPADUAN240

C

Selepas Zuhur04 - 10 - 1999

Page 315: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

315

TASAWUF

INTAKAN Tuhan sungguh agungCintakan yang Maha Pencipta sungguh suci,

qudus dan sejatiCintakan Tuhan tidak berkesudahanTidak ada tepi dan penghujungnya, bahkan abadiCintakan selain Allah, cinta nafsuCinta nafsu ada kesudahannyaCintanya ada tepi dan ada penghujungnyaKerana cinta itu bukan sejati dan hakikiCintakan makhluk penghujungnya kecewaCintakan Khaliq membawa bahagiaCinta yang berpanjanganCinta yang agungCinta yang tidak ada taranyaCintakan selain Tuhan, cinta yang palsuCinta yang akan berkesudahan bahkan akan mengecewakanCintakan Tuhan tidak ada rebutanSekalipun satu dunia yang mencintai-NyaNamun semua orang akan mendapat kebahagiaan

dan kepuasanTidak ada yang akan kecewaCintakan dunia akan menjadi rebutanKalau sudah ada yang dapat, yang lain akan kecundangYang lain akan kecewa bahkan akan lahir dengki

dan sakit-sakit hatiSungguh agung cintakan TuhanCinta yang tidak ada bandingan dan tandinganTapi manusia hatinya butaYang menjadi rebutan ialah cintakan dunia

CINTAKAN TUHANSUNGGUH AGUNG241

C

Selepas Zuhur12 - 10 - 1999

Page 316: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

316

Menjelang tidur06 - 08 - 1999

NUGERAHKANLAH sedikit rasa cintakupada-Mu Tuhan!

Agar aku tidak mencintai selain-MuSupaya segala yang ada kukorbankan untuk-MuAtau berilah aku sedikit rasa takut pada-Mu TuhanAgar aku boleh mengawal dirikuPatuh kepada suruhan-MuMenjauhi larangan-MuHidupkanlah jiwa aku dengan mengingati-Mu Tuhan!Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepada-MuAgar rasa kehambaanku subur di dalam jiwakuTuhan! Cinta dan takut pada-Mu memenuhi jiwakuInilah yang akan menyelamatkan akuKalau tidak kerana ini, sudah tentu aku lalai

dengan-Mu selaluAku lupa suruhan dan larangan-Mu setiap waktuNafsulah yang mempengaruhikuSyaitanlah yang akan menipudayaku

ANUGERAHKAN SEDIKITRASA CINTA PADA-MU242

A

Page 317: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

317

TASAWUF

Menjelang tidur14 - 11 - 1999

UHAN, Engkau patut dirinduKerana cintaku kepada-Mu sepenuh hatiBetapalah aku tidak merindui-MuRahmat dan nikmat-Mu mengalir kepadaku setiap hariAku khuatir rinduku kepada-Mu di sebelah pihakSedangkan Engkau belum lagi mencintaikuKerana dosa-dosa dan kesalahanku yang aku lakukan

terlalu banyakMenjadikan Engkau belum lagi meredhai dan mencintaikuTuhan, dengan rahmat-Mu ampunkanlah aku iniTuhan, dengan rahmat-Mu maafkanlah kesalahankuAku ini bukankah hamba ciptaan-MuKalau Engkau maafkan aku, sedikit pun

tidak menggugat kebesaran-MuTuhan, cukuplah kesalahanku menjadi pengajaranAku akan mengingatinya sepanjang umurkuCukuplah sudah aku terseksa dengan dosa-dosaku ituMoga-moga di masa hadapan aku tidak melakukannya lagiNamun dengan kelemahanku tidak mungkin

aku terlepas dari dosaKalau bukan dengan kuasa-Mu membantu akuJuga kalau tidak disertakan dengan hidayah

dan taufiq dari-MuHidayah-Mulah yang aku harapkanTaufiq-Mulah yang aku pintaPimpinan-Mulah yang aku hendakAgar aku terselamat daripada dosa-dosa

yang memburu

ENGKAU PATUT DIRINDU243

T

Page 318: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

318

RANG yang paling Engkau cintai TuhanIalah para rasul ‘alaihimussolatuwassalamSelepas itu para-para nabi dan para-para waliNamun demikian merekalah orang yang paling banyak

mendapat ujianUjian demi ujian yang Engkau timpakanBegitulah layanan yang Engkau berikan terhadap

orang yang Engkau cintaiAku faham rahsianya!Agar mereka dapat menebalkan rasa kehambaanJuga supaya Engkau Tuhan sentiasa di dalam ingatanHingga mereka merasakan Engkau

adalah pelindung mereka setiap masaHingga Engkau dirindui dan dikasihiDiingati, disembah dan dipujaInilah kebahagiaan merekaDan inilah yang Engkau mahu kepada merekaInilah yang Engkau sukaAgar mereka Engkau redhaMaka berlakulah redha-meredhaiDi antara Engkau dengan merekaInilah rahsianya mengapa mereka diuji dan diujiRupanya di sebalik ujian yang berat ini

ada rahsianya yang agung dan muliaIni tidak dapat difahami oleh manusia

yang cinta dunia

ORANG YANG PALINGDICINTAI TUHAN244

O

Page 319: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

319

TASAWUF

I WAKTU malam sepi, senyap sunyiSuasana hening, sejuk menyucuk tulangHanya suara dengkuran manusia yang memecah sunyiSekali-sekala kedengaran suara anjing-anjing liar

di waktu malam sepiDi waktu itu pencinta Tuhan bangun dengan penuh tenangMembersihkan diri, berpakaian bersihBertelut dan berlutut, berdiri dan sujud

berulang-ulang kali sepuas hatiBerzikir, bertahmid, bertakbir dan bertasbihPuja dan puji disemarakkan, munajat membisikkan,

melahirkan cintaMerafakkan doa melahirkan hajat dan harapanMengagungkan dengan penuh khusyuk

dan tawadhuk, menghina diriMenghina diri di hadapan cinta agungnya, agar diperhatiAir mata mengalir di pipi, jatuh ke bumiBegitulah setiap malam yang berlaluDi suasana kesepian malam, di dalam keheningan suasanaPencinta-pencinta Tuhan memuja cinta agungnya,

agar dia dicintaiSetelah memuja-memuji sepenuh hatiMeminta, mengharap sepuas hatiDengan air mata dan tangisan minta dikasihi-NyaMereka berhenti menunggu malamHati sentiasa bimbang takut cinta tidak berbalasNamun putus asa tiada, harapan sentiasa berbungaPerhubungan tetap diteruskan

PENCINTA TUHANDI MALAM SEPI245

D

11 - 05 - 1997

Page 320: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

320

ARGA diri manusia adalah maruahnyaPada maruahlah keindahan seseorang ituMaruah tidak boleh dijual beliKerana itu jagalah maruah diriJangan cemarkan maruah diri,

hilang kepercayaan seluruh manusiaAllah dan Rasul juga memandang tinggi

maruah manusiaJika di dalam kehidupan seseorang itu

sudah dapat dilihat cacat celanyaSeperti pembohong, penzina, bergaul bebas dengan betinaMungkir janji, khianat, rosak akhlaknyaMenzalimi, penipu, mementingkan diri jadi budayaHarga diri sudah tiadaHilanglah kepercayaan manusiaDi waktu itu ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnyaWang ringgit tidak akan memulihkan kepercayaan manusiaPangkat dan darjat begitu jugaSekalipun bertaubat Tuhan terimaTapi pada pandangan manusia tetap cacat dan celaJagalah harga diri jangan sampai tercemarJika berlaku, musnah dan punahlah harga diriNama baik tercemarMenderitalah sepanjang hidup seseorang itu

MENJAGA MARUAH DIRI246

H

Page 321: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

321

TASAWUF

RANG yang tidak bermaruah sifat malunya musnahDia akan membuat apa sahaja untuk hidup jalan mudahMengampu, menjilat, menghina diri perbuatan

yang lumrahMenghina orang, mentohmah, memfitnah,

mengadu domba perkara biasaOrang yang hilang malu, membuat kerja

yang memalukan, sudah tidak terasa maluPadahal orang ramai merasa jijik dan menjijikkanDia boleh ulang-alik, turun naik menemui orang

yang hendak dilobiUntuk tujuan kepentingan peribadi,

yang belum pasti menguntungkanAdakalanya orang yang dilobi dan diampu

amat bencinyaTapi dia juga ada keuntungan peribadi,

kebenciannya disembunyikannyaApabila dia tidak ada kepentingan peribadi,

si pengampu ditendangnyaDi waktu itu orang yang hilang maruah itu

terumbang-ambingMacam sampah kehanyutanAda orang walaupun terpelajar tidak pandai

hidup sendiriPaling pandai dia boleh hidup makan gaji

dengan kerajaanApabila jawatan terlucut, dia hidup tercengang-cengangMacam orang yang tersesat di tengah padang pasir

kehilangan haluanOrang yang tidak bermaruah itu, tidak senang

dengan orang yang hidup senangMakin orang senang, jiwa mereka makin tidak tenang

dan suka meradang-radang

ORANG YANG TIDAK BERMARUAH247

O

Page 322: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

322

Apabila seorang muka muram, hilang seri,macam kera sumbang

Sambil berfikir bagaimana hendak menjahanamkanorang yang dia radang

Begitulah kehidupan orang yang kehilangan maruah,malunya sudah tiada

Dia buat apa sahaja terutama mengampu-ampu orangyang diharapnya

Orang ramai telah menghina serta meluatdengan sikapnya

Namun yang punya diri tidak terasa apa-apa,macam orang yang mati badannya

Selepas Asar26 - 05 - 1997

(18 Muharram 1418H)

Page 323: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

323

TASAWUF

ANUSIA ini kalaulah orang lain menyelak keaibannyahingga terlihat betis atau pahanya

Wah bukan main lagi marahnyaDia merasa diberi malu dan dijatuhkan maruahnyaSetengah orang mungkin akan disue orang itu

ke mahkamahAtau boleh jadi dipukulnya orang itu

dengan sepatunyaPadahal dia sendiri yang berpakaian

sengaja membuka auratnya, tidak pula terasa maluTidak pula terasa yang maruahnya telah terjatuhPadahal auratnya terdedah ribuan orang

yang melihatnyaKalau orang lain yang menyelaknya dia terasa maluTapi dia sendiri yang membukanya terasa megah pulaBegitu juga kalau dia berpakaian menutup aurat

terasa pula maluLebih-lebih lagi kalau dia seorang sahaja

yang menutup auratnyaDia merasa mulia bahkan berbangga

kalau mendedahkan auratnyasekalipun ribuan mata yang melihatnyaBegitulah kalau seseorang itu jika fitrahnya telah rosakHatinya pula telah buta dirosakkan oleh nafsunyaKerana rasa bertuhan dan rasa kehambaan

sudah tidak ada di dalam jiwanyaMaka terjadilah yang patut malu dia tidak maluYang patut tidak malu dia terasa maluPerbuatan jahat terasa muliaPerbuatan baik dia terasa terhinaDi waktu itu orang-orang yang baik dipandang serong

maka tersisihlah dia

DIRI SENDIRI MENJATUHKANMARUAH248

M

Page 324: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

324

Menjelang Tidur27 - 08 - 2000

Orang yang jahat dipandang mulia bahkanbintang kehormat diberikan

Begitulah krisis nilainya berlaku di kalangan manusiaSemuanya serba terbaliknyaSegala-galanya berubah rasa dan pandangannyaBila berlaku situasi dan kondisi iniPerlunya seorang pemimpin yang dibantu oleh AllahUntuk memulihkan semula fitrah manusia

yang sudah rosak

Page 325: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

325

TASAWUF

ANUSIA yang telah rosak jiwanya atau fitrahnyaSetiap hari terjatuh wibawanya tidak pun terasa maluKerana dia sendiri yang menjatuhkan maruahnya

dia tidak terasaAdakalanya kerana arak apabila mabuk

terjatuh di dalam longkangApabila dia sedar biasa sahajaSetiap hari perkara-perkara sulit di dalam diri

yang sepatutnya malu jika terdedahDengan bangga pula dia didedahkanTidak pula terasa maluTidak pula terasa yang maruahnya telah koyak-rabakTidak pula terasa yang dirinya sudah tercabar imejnyaBerpegang-pegang tangan, berdua-duaan

laki-laki perempuan yang bukan muhramnyaPadahal dia lakukan di khalayak ramaiTidak sedikit pun dia terasa maluBahkan berbangga pula dapat membawa perempuanBerpegang-pegang tangan dan bercumbu-cumbuanPadahal zaman sekarang orang sudah pandai-pandaiRupanya dengan kepandaian sahaja belum boleh terjaminseseorang boleh menilai-nilai baik dan buruknyaKalau fitrah telah rosak dan hati telah butaAkan berlakulah krisis nilaiRamailah manusia yang rupa parasnya masih kekalTapi perangainya haiwan atau syaitanPaling tidak, hidup macam kayu-kayanDi waktu itu punah-ranahlah kehidupanRosaklah masyarakat dan pergaulanMaka Allah Taala pun menimpakan kepada manusia

sentiasa gelisah di dalam kehidupan

MARUAH JATUH TIDAK TERASA249

M

Menjelang Tidur27 - 08 - 2000

Page 326: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

326

NGKAU gaduh apabila ada orang menipu dayamuEngkau susah hati kalau ada orang merosakkanmuEngkau marah sekali jika ada orang

yang menjatuhkan maruahmuEngkau sakit hati bilamana nama baikmu dijatuhkan orangTapi malang sekali setiap hari maruahmu jatuhWibawamu cacat, nama baikmu tercemarBukan orang lain yang melakukannyaTapi ilmu engkau sendiri yang menjatuhkannyaKekayaanmu merosakkan kamuKecantikan dan ketampananmu yang merosakkan nama baikmuPangkat dan darjat yang menjatuhkan maruahmuKekuasaanmu yang mencacatkan nama baikmuTapi kamu tidak perasan dan tidak sedarKerana itu dilakukan oleh dirimu sendiriNafsu yang ada di dalam dirimu itulah

yang menjatuhkan maruahmuPadahal orang ramai sudah resah dan gelisahMasyarakat telah mengata dan menghinamuKamu telah dibual-bualkan orang di merata negeri dan negaraDi kedai-kedai kopi, di restoran-restoran,

di warung-warung makanTidak kurang juga engkau diumpat di masjid-masjid

dan di surau-surauDi dalam kereta, di dalam kapal terbang

dan di tempat-tempat ramaiSemuanya itu berlaku ialah disebabkan keistimewaan

yang ada pada dirimuOleh itu berhati-hatilah dengan ilmumuBerwaspadalah dengan kekayaan dan kecantikanmuAwasilah pangkat, darjat dan kekuasaanmuYang selalunya banyak merosakkan kamu

SETIAP HARI MARUAHMU JATUH250

E

Menjelang Tidur07 - 09 - 2000

Page 327: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

327

TASAWUF

ARUAH diri itulah dia harga diriAda maruah adalah harga, tiada maruah,

tiadalah hargaHarga diri tidak boleh dijual beliDi dalam Islam mempertahankan maruah

diri syahid hukumnyaBiar miskin, biar papa, harga diri kena jagaTidak guna kaya, tidak guna ilmu tinggi,

berjawatan tinggi, maruah tiadaTiada maruah diri, binatang yang hidup berupa manusiaKalau sudah bersifat binatang, siapa hendak hormati kitaOrang yang bermaruah malunya tinggi, akhlaknya muliaDengan Allah sangat takut, dengan manusia

tidak meminta-mintaMudah mesra, mudah dimesra,

tolak ansur budaya hidupnyaLapang dada, sabarnya ketara,

tidak membuat kerja-kerja yang hinaMiskin tidak meminta-minta,

kaya khidmat untuk manusiaOrang marah dia selamba, dendam tiada,

memaaf mudah sahajaOrang sakit hati dia mendoakannyaKalau hidup miskin dia macam orang kaya,

kerana tiada memintaDengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap diaOrang yang baik hati, miskinkah dia, kayakah dia,

senangnya dengannyaKerana dia tidak menyusahkan orang,

tapi dia sanggup susah kerana orangSemua orang berpuas hati

bergaul dengannya

MARUAH DIRI ITULAHHARGA DIRI251

M

Selepas Asar26 - 05 - 1997

(18 Muharram 1418H)

Page 328: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

328

Selepas Zuhur18 - 12 - 1999

(10 Ramadhan 1420H)

EMINTA-MINTA kepada Allah maruah tidak jatuhSama ada dikabulkan atau tidak, tetap muliaMengadu dengan Tuhan tidak mengapaKerana kita hamba, Dia adalah pentadbir, pengurus,Penjaga dan pemberi rezeki kepada kitaMintalah apa sahaja yang sepadan dengan kitaBanyak kali, sebanyak mana yang kita minta

kita tidak terhinaTapi meminta sesama manusia wibawa kita jatuhSama ada dia memberi atau menolaknyaMengadu dengan manusia inginkan kekayaannya

kita terhinaMaruah kita jatuh, wibawa kita sudah tidak ada hargaLebih-lebih lagi selalu sahaja meminta dengan manusiaOrang bertambah benci, kita semakin terhinaJagalah maruah diriKerana ia adalah harga diri kitaJauhilah meminta-minta sesama manusiaKerana kita akan terhina dan orang tidak hormat

kepada kitaMemintalah kepada Tuhan, Ia memang tempat memintaMakin banyak meminta dengan-Nya kita semakin muliaTuhan suka, manusia tidak boleh menghina,

wibawa kita terjagaMintalah kepada Tuhan, terpelihara maruah kitaJangan meminta-minta dengan manusia,

kita akan terhinaKerana orang meluat dan membenci kita

MEMINTA KEPADA ALLAHKITA TIDAK TERHINA252

M

Page 329: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

329

TASAWUF

Selepas Zuhur24 - 11 - 1999

IFAT malu adalah tabiat insanSatu tabiat yang Allah anugerahkan

pada hamba-hamba-Nya sejak lahirnya lagiSifat ini kalau disuburkan ia menjadi benteng

daripada melakukan kemungkaranIa menjadi perisai pada seseorang

daripada menggadai maruah dirinyaSifat ini di waktu keseorangan, malu membuat maksiat

kerana Tuhan melihatnyaDi waktu ramai, lagilah bertambah malu

kerana ramai mata yang melihatnyaOrang yang bersifat malu sangat menjaga maruahnyaMerasakan maruah diri adalah harga diri

dan nilai peribadinyaOrang yang bermaruah merasakan jika maruah diri

telah tercemar atau ternodaDunia ini telah sempit dibuatnyaBertemu manusia terasa malu dan terseksaIngin lari dari manusiaTapi malang sekali di masa kiniSifat malu telah tercabut dari jiwa kebanyakan manusiaLantaran itu maruah diri sudah tak dijagaMaruah diri manusia sudah tergadai atau tiadaTapi mereka tidak terasaMasing-masing merasakan masih ada wibawaSemua merasakan masih ada harga diriPadahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnyaBerkelakuan haiwan yang berupa manusiaBinatang yang berupa manusia inilah yang menguasai duniaMentadbir manusia dan mendidik merekaRamailah di dunia ini haiwan

yang berupa manusia

SIFAT MALU SUDAH TIADA253

S

Page 330: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

330

ALU sudah hilang, ertinya benteng diri sudah tumbangApabila malu sudah hilang, tidak ada benteng

dan kawalan pada diri insanOleh itu segala-galanya terdedah pada diri seseorangTidak ada halangan yang akan berlaku pada diri sesiapa sahajaPerasaan malu tidak ada, rasa aib hilang,

membuat dosa tidak terasa apa-apaBoleh sahaja buka aurat, boleh sahaja mengoratBercakap pun tidak bersukat, bercakap mengarut,

mencarut boleh ajaBoleh tipu, tipu, boleh bohong, bohong jadi budayaMinum arak, lepak-lepak, rasuah, zina biasa sahajaPada mereka apa orang kata tidak ambil kiraPeduli orang, apa rasa kita hendak buat, kita buatKita mahu bebas, jangan fikir orangApa yang baik pada kita, kita buat sahajaYang penting kita puas, yang kita mahu bebasPersetan dengan agama, peduli apa dengan disiplinApa perlunya etika apa perlunya peraturanPeraturan ini semuanya menyusahkan kitaKita mahu bebas, jangan bataskan kitaKita mahu puas, jangan sekat kitaMereka ini lupa dengan pengalaman hidup merekaBolehkah mereka bebas dari penyakit?Dapatkah mereka lepas daripada bala bencana?Mampukah mereka lari daripada orang kata dan hinaBerjayakah mereka mengelak daripada sesuatu

yang menyusahkan hati dan jiwa?Ini menunjukkan ada yang Maha berkuasa ke atas diri kitaOleh itu kenalah ikut peraturan,

berpijaklah di bumi yang nyataLebih menyelamatkan kita daripada

hendak lari dari alam nyata

HILANG MALU ERTINYABENTENG DIRI HILANG254

M

06 - 08 - 2001

Page 331: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

331

TASAWUF

LLAH Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyakTapi yang kholisnyaAllah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan

yang banyakTapi yang murni lagi ikhlasBuatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlasItulah yang Allah redhaApa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlasAllah tolak sahajaBahkan akan dilempar ke muka kitaBeribadahlah dengan jiwa yang selamatBerkorbanlah dengan hati yang murniBerjuanglah dengan hati yang ikhlasKerana yang menerimanya Allah TaalaYang akan memberi pahalanya Dia jugaBukan manusiaPeriksalah hati selaluSudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

IKHLASKAN IBADAH DAN AMAL255

A

Page 332: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

332

KHLAS darjat yang paling tinggiIa adalah penentu apakah amalan itu diterima

atau sebaliknyaIa adalah rahsia AllahMalaikat pun tidak mengetahuiYang punya diri pun tidak tahuKalau seseorang memberi pada seseorangDengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu

oleh orang ituBatal amalannyaKalau orang itu tidak mengucapkan terima kasihHatinya berkata, tidak patutHilang ikhlasnyaKalau dia memberi mengatakan,

ambillah saya ikhlasIni pun batal ikhlasDi suatu masa orang yang pernah dibantu,

memusuhiHati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak

mengenang budi!Keikhlasannya ditarik semulaAllah! Susahnya amalan diterimaPeriksalah hati selalu

IKHLAS DARJAT PALING TINGGI256

I

Menjelang Tidur05 - 08 - 2001

Page 333: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

333

TASAWUF

PABILA tujuan hidup manusia sudah terpesongMembuat apa sahaja bukan kerana Allah Taala lagiTapi ada kepentingan diri sendiriMembuat kerja kerana duit, pangkat, kuasa, nama,

betina dan glamourSama ada dapat atau tidak dapat side-effectnya

yang negatifnya terlalu banyaknyaKalaupun berjaya di dalam kehidupan

tapi tidak ada erti apa-apa lagiBila tidak tercapai cita-cita, jiwa derita

akhirnya kecewa kemuncaknya putus asaJika berjaya pula, orang benci, orang hasad dengkiSekiranya mendapat kesusahan orang tidak peduliRamai manusia yang akan berkata-kata setidak-tidaknya

di dalam hati: “Padan muka!”Kerana itu hiduplah kerana AllahBuatlah apa sahaja biarlah untuk Allah TaalaDari Allah, bagi Allah, untuk AllahAllah Taala adalah segala-galanyaBuatlah kerana Allah sekalipun tidak berjayaTidak berjaya kita tidak kecewa apatah lagi putus asaJiwa tidak derita dan sengsaraKalau berjaya kita tidak megahKerana kita tahu itu semua anugerah Allah,

hati tidak berbungaBahkan malu kepadanya, rendah diri setiap ketikaOrang lain pun tidak benci dan marahKecuali orang yang hasad dengki yang sudah parah

APABILA TUJUAN HIDUPMANUSIA TERPESONG257

A

11.15 malam18 - 07 - 2001

Page 334: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

334

NGKAU takut sangat barangmu kena rompakJuga engkau curiga ditipu orangLebih-lebih lagi engkau takut barang-barang berharga

dicuri orangTapi engkau tidak sedarIlmu engkau telah merosakkan hati engkau

dengan kesombonganKekayaan engkau telah merobek-robek iman engkau

dengan kesombongan dan riyakKefasihan dan kepintaran engkau bercakap

dan berpidato mengorbankan pahala engkauPujian orang, nama dan glamour telah menghapuskan

keikhlasan engkauKekuasaan, pangkat dan kedudukan engkau

telah merosakkan iman dan ketaqwaan engkauBahkan entah apa lagi yang telah mengorbankan

amal solehmuRupanya apa yang engkau milik, dapati, punyai,

kuasai yang memang engkau suka itulahyang menjadi musuh engkau

Ia telah mencuri iman engkauIa telah merompak ketaqwaan engkauIa telah menyamun barang yang lebih mahal

daripada harta dan kekayaan engkauSemua yang engkau milik telah mengoyak-ngoyak

keredhaan TuhanTapi engkau tidak sedarEngkau tidak perasan musuh di dalam selimut

telah merosakkan engkauBukan musuh dari luar yang engkau takutiBukan perompak dan penyamun dari luar

yang engkau curigaiTapi kesayangan engkau

AWASLAH MUSUH DALAM SELIMUT258

E

Page 335: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

335

TASAWUF

Selepas ekspedisi12 - 09 - 1999

Apa yang engkau suka dan cintaiKesukaan dan kecintaan engkau

yang telah menipu engkauBukan pencuri, tidak juga penyamunEngkau telah ditipu oleh penghibur engkau sendiriEngkau takut ilmu engkau hilangTapi ilmu engkau sendiri telah menghilangkan

iman engkauEngkau takut harta dicuri orang, tapi harta engkau

menjadi pencuriEngkau takut jawatan engkau dijatuhkan orangTapi jawatan engkau yang menjatuhkan engkauEngkau akan menjadi orang yang papa-kedana

di Akhirat nantiWal ‘iyazubillah

Page 336: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

336

Menjelang Tidur03 - 08 - 2001

AKUTILAH riyak, ia adalah pemusnah amalTakutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikanJauhilah pemarah, ia merosakkan amal solehIbarat api meleburkan besiTakutilah syirik kerana ia menghapuskan

seluruh ibadah dan kebajikanHindarkanlah nama dan glamour di dalam beramalIa ibarat jatuhnya najis di dalam kuahSemuanya rosak tidak boleh dimakanAtau ibarat racun termasuk di dalam makananSemuanya sekali rosakMenjaga amal lebih susah daripada beramalPeriksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikanKebaikan tidak menjadi kebaikan lagiKebaikan dianggap kejahatanAwasilah mazmumahIa selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal

TAKUTILAH PEROSAK AMALAN259

T

Page 337: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

337

TASAWUF

Menjelang tidur04 - 10 - 1999

KU harap sangka baik orang kepadakuAdalah doanyaSedangkan apa yang disangka oleh mereka

tidak ada padakuAku amat malu mendengarnyaSangka baik mereka moga-moga pahala bagi merekaJangan pula jadi bala kepadakuAmpunkan dosa-dosaku Tuhan,

apa yang mereka tidak tahuJadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkaBerilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknyaBantulah aku untuk dapat melaksanakan

apa yang mereka kataKerana aku malu kalau aku tidak berbuat

apa yang mereka sangkaJangan pula Engkau murka apa yang mereka kataSetiap apa yang mereka kata berilah aku

kekuatan untuk melaksanakannyaDan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannyaKalaulah mereka tahu kelemahankuBukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari darikuBukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencacikuAku telah terperangkap dengan kata-kata merekaKalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuatJika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampuDengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan

untuk mengerjakannyaMoga-moga apa yang mereka katakan

aku mampu membuatnya

JADIKAN AKU LEBIH BAIKDARI SANGKAAN MEREKA260

A

Page 338: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

338

Menjelang Maghrib04 - 12 - 1999

KU penuh debar dan sungguh cemasmenunggu hari kematian

Kerana dia datang tanpa kuketahuiAku takut di waktu ketibaan kematianAku tidak tahu, di dalam taat atau di dalam kederhakaanDi dalam aku mengingati-Nya atau di dalam kelalaianDi waktu taat, husnul khatimahlahJika di waktu derhaka, su’ul khatimahAduh, cemas aku setiap waktu bila mengingati matiKerana aku tidak tahu nasibku, husnul khatimah

atau su’ul khatimahHatiku resah selalu, jiwa aku terganggu tapi orang tidak tahuAduh, mati adalah penutup segala-galanyaApa yang dikerjakan dan yang dirasakan oleh hati

itulah yang dibawa AkhiratDi sana segala-galanya dinilaiJika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagiTuhan!Hatiku sungguh cemasAku harap matikanlah aku di waktu aku mentaati-MuAtau di waktu mengingati-MuKalau berlaku sebaliknya, kerana kelemahankuKerana aku ini hamba-Mu, tidak dapat elak

daripada kelemahan iniDengan rahmat-Mu Tuhan, ampunkanlah dosa-dosaku

di waktu iniBila dosaku engkau ampunkanAku macam tidak membuat dosaMaka ringanlah bebanku di waktu ke sanaItulah harapanku pada-Mu TuhanDi waktu detik kematiankuEngkau sahajalah

yang boleh menyelamatkanku

CEMAS MENUNGGU KEMATIAN261

A

Page 339: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

339

TASAWUF

Menjelang tidur10 - 09 - 1999

ASA berjalan begitu lajuTidak pernah berhenti walaupun sedetikErtinya begitu laju umur kita pergiSetiap detik umur kita meninggalkan kitaKalau begitu setiap detik umur kita berkurangTapi kita tidak terasaSetiap detik dunia meninggalkan kita jauhSetiap detik pula Akhirat mendekati kitaKalaulah kita cintakan duniaApa yang kita cinta makin jauh terpisahSedangkan Tuhan dan Akhirat tidak pernah

kita cinta makin dekatAlangkah terseksanya jiwaMeninggalkan apa yang disuka dan dicintaBertambah terseksa lagi yang di hadapan

kita tidak pernah kita cintaErtinya kita pergi ke Akhirat tidak membawa apa-apaYang kita cinta hendak ditinggalkan,

yang tidak dicinta akan berhadapanAduh, dua kali penderitaanMeninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu

dengan yang tidak kita cintaIngatlah roda umur kita makin laju ke hadapanDunia dan yang kita cinta makin jauh kita tinggalkanTidak terfikirkah oleh kita apakah yang hendak kita bawaUntuk satu kehidupan yang begitu lama

MASA BERJALAN BEGITU LAJU262

M

Page 340: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

340

Selepas Asar01 - 06 - 1997

ETIAP detik umur kita pergiPergi tidak akan kembali lagiSetiap nafas turun naik mengurangkan lagiDari detik ke minit, dari minit ke saatDia bertambah laju pergiDihakis lagi umur kita, tanpa kita sedariDari saat ke hari, speed kelajuannya bertambah lagiLagi cepat umur kita yang pergiDari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergiYang pergi itu tidak bergantiYang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagiDari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lariLari tidak akan bertemu lagiYang lari tetap lari, tidak kembaliDari bulan ke tahun,Oh makin jauh dia pergiDari tahun ke tahun pacuannya terlalu lajuBegitulah umur kita pergi, setiap detik dia luakKita merasa umur kita bertambah lagiLuak, terus luak, kurang terus kurangKita merasa umur kita bertambah panjangKita pun berangan-angan panjangKerana merasakan hidup panjang lagiTiba-tiba matiDi waktu itu terbeliak biji mataBekalan yang dibawa tiadaMenyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya

SETIAP DETIK UMUR PERGI263

S

Page 341: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

341

TASAWUF

03 - 05 - 1997

ERETA kehidupan kita setiap detik berjalandengan lajunya

Dia menuju ke destinasinyaTidak pernah berhentiApatah lagi patah ke belakangDestinasinya (negara yang dituju) itu hanya ada

dua tempat sahajaNamanya Syurga dan NerakaSyurga tempat kemuncak nikmat yang tiada tandingannyaNeraka pula tempat kemuncak penderitaan

yang tiada taranya pulaKereta kehidupan itu kerana terlalu lajunyaKita tidak terasa dia sentiasa berjalan

ke arah (yang dituju) matlamatnyaSetiap detik kita bertambah hampir ke sanaJusteru itu manusia akan terkejut, gementar dan takutTiba-tiba dengan tiada persediaan sudah sampai

sahaja ke sanaManusia terkejut, terbeliak biji matanyaBekalan tiada, kalau ada pun barang-barang larangan

yang sangat dimurkaAh! Kebanyakan manusia tiada bekalanYang dibawanya barang laranganAduh! Menyesalnya tiada kesudahannyaPenyesalan yang tiada berguna lagiSudah terlewat, sudah terlambatBekalan sifat-sifat taqwa tiadaTerlalai dan terlupa kerana cuaiYang ada bekalan-bekalan yang tidak boleh dimakanNerakalah tempatnya

KERETA KEHIDUPANBERJALAN LAJU264

K

Page 342: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

342

Pagi10 - 11 - 1997

IDUP di dunia hanya sekaliBila pergi tidak akan kembali lagiItu pun bukan lamaPaling lama seratus tahunItu pun jarang berlaku dan tidak indah lagiTapi banyak yang pergi sebelum usia ituDi Akhirat tempat tinggal kekal abadiBuat selama-lamanya tidak diukur dengan masa lagiTersilap hidup di duniaPadahnya diterima di sanaMerana, sengsara, menderita,

tidak dapat dibayangkan bagaimana?Berhati-hatilah hidup di duniaIkutlah panduan Yang PunyaJangan ikut nafsu kitaJangan ikut perasaan sahajaKelak di sana merana

HIDUP DI DUNIA HANYA SEKALI265

H

Page 343: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

343

TASAWUF

Menjelang Tidur08 - 08 - 2001

LANGKAH malangnya seseorang itu diberi masaItulah umurnyaTapi di dalam sepanjang masa itulah dia lalaiMembuang-buang masa tidak keruan dan tidak tentu halaAlangkah malangnya Tuhan memberi harta pada seseorangHartanya dibazirkanDigunakan pada perkara yang sia-siaDia makan seorang, orang lain tidak dapat merasaKerana bakhilnyaMati hartanya tidak dibawaBahkan akan menjadi balaKerana di Akhirat kelak semua harta kepunyaannya dihisabNeraka yang maha dahsyat menunggunyaAlangkah ruginya orang yang berilmuIlmunya hanya untuk mencari kekayaan dan namaUntuk diucap dan dicakapkanBukan untuk diamalkanKalaupun diamalkan hanya sedikit sahajaDia akan dicampakkan di dalam NerakaLebih dahulu atau lebih awal daripada orang lain

yang berdosaAlangkah ruginya orang yang miskin yang sombongTidak sabar dengan ujianDerhaka dengan Tuhan kerana terlalu memikirkan

kesusahan dirinyaDi dunia sudahlah papa, di Akhirat Neraka pula

HIDUP INSAN YANG MALANG266

A

Page 344: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

344

23 - 05 - 1997(16 Muharram 1418H)

NGATKANLAH kematian kita itu dari detik ke detikdan dari saat ke saat

Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tuaBegitu juga Allah tidak janjikan kematian kita

disebabkan sakitTidak pun sakit boleh mati jugaHal ini sepatutnya tidak payah diberitahuSemua orang tahu, kan pengalaman bersamaAda orang mati kecil, ada orang mati muda,

ada orang mati tuaAda orang mati tanpa sebab apa-apaSedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk sajaDitengok nafas sudah tiadaOleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematianKematian bila-bila masa berlakuKita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafasAgar kita tidak ada angan-angan yang melalaikanHendak membangun, membangunlahTapi ingatlah waktu itu boleh matiHendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku

di waktu ituHendak kejar kekayaan kejarlahTidaklah salah selagi halal tapi ingatlah matiIngatlah mati di dalam sebarang halAgar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut

dan gentar dengan TuhanBila jiwa takut dengan TuhanKita takut hendak membuat dosa

di dalam sebarang hal

INGATKANLAH KEMATIAN KITA267

I

Page 345: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

345

TASAWUF

KU selalu merenung ke depan, nun negara yang jauhAku sedar setiap detik kakiku melangkah ke sanaSama ada aku pinta atau tidak aku pasti sampai ke negara ituApatah lagi memandang usiaku sudah lanjutSudah pasti hampir sampai ke destinasinyaAku mengeluh selalu, aku sedih selaluAku bimbang tidak menentuHatiku takut tidak berubatKerana bekalan belum cukup lagiBekalan yang sedikit ini pun di sana belum tentu lakuAllah! Di sana tidak ada kawan yang membelaAllah! Di sana tidak ada sanak saudara memikirkanAduh! Di sana tiada siapa pun yang menolongTiada peguambelaDi sana betul-betul keseoranganWalaupun ramai tidak peduli-mempedulikanAmalan kita, kitalah yang menghisabnyaAllah berfirman: Kafa binafsika hasibaAduh! Sedihnya nasibku belum tahuTuhan! Belas kasihan-Mulah yang aku harapkan!Kekuranganku Engkau tambahlah!Kelemahanku maafkanlahDosaku ampunkanlahAku serahkan diriku pada-Mu, kasihanilah akuTuhan aku ini hamba-MuKesalahanku dan kelemahanku Engkau tahuJika tidak ada keampunan dari-Mu, rugilah akuJika Engkau azab akuAku ini adalah hamba-Mu juga Tuhan!Jika Engkau maafkan akuEngkau tetap Maha Suci daripada kekuranganKebesaran-Mu tetap tidak kurang

NEGARA YANG JAUH268

A

Selepas Asar04 - 05 - 1997

Page 346: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

346

KHIRAT destinasi yang akhir buat manusiaTapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusiaPersediaan untuk ke sana diabaikanTempat persinggahan sementara ke Akhirat

ialah kubur atau Alam BarzakhBorder di antara dunia dan AkhiratDi sana ada peperiksaan, juga telah dilupakan

dan dilalaikan orangIman dan amal soleh penyelamat manusia

di Akhirat sanaNamun ia dicuaikanDosa dan derhaka pemusnah kehidupan mereka

di Darul Qurar ituTapi itulah yang diusahakan dan diperjuangkanDunia negara fana yang ditinggalkanTapi ia dipandang besar dan diambil berat

serta berpenat-penatMenompok-nompok harta yang akan binasaAkhirat terus dilupakanBila dingatkan hati mereka sakitDimusuhi dan dianggap pengacau masyarakatDituduh penjahat-penjahatBegitulah majoriti manusia di duniaDunia yang akan ditinggalkanMenjadi idaman dan buruanAkhirat tempat tinggal yang kekal abadi dilupakan

PERKARA YANG PENTINGDILUPAKAN269

A

5.05 petang06 - 11 - 1997

Page 347: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

347

TASAWUF

AMA ada engkau mahu pulang atau tidak mahuEngkau akan dipaksa pulangKerana negara asalmu adalah AkhiratDi dunia hanya sebagai berdagangUntuk mencari bekal dan kekayaanAllah memberi peluang kamu mencari bekal

sebanyak-banyaknyaAgar kamu senang di AkhiratTapi perlu ingatJangan sampai mencari barang-barang laranganBarang-barang larangan tidak dibenarkan membawa pulangSesiapa yang melakukannya pasti dihukumMampukah kita menerima hukuman?Hukumannya adalah api NerakaJuga dibelasah, dicemeti dan dideraOleh malaikat RabbaniahSangat garang dan bengisnyaAda yang kekal di dalamnya, wal-’iyazubillahDan ada yang dihukum beribu-ribu tahunAduh sengsaranya, aduh deritanyaMampukah kita menerimanya?!Masing-masing boleh menjawabnya

ENGKAU PASTI PULANGKE NEGARA ASALMU270

S

Selepas Asar14 - 03 - 1999

Page 348: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

348

ILA aku lihat lautanSaujana mata memandangLuas tidak nampak tepiOmbak melambung dan menggulung,

bergelora tidak berhenti-hentinyaMenghempas dan memulasBunyinya mengerikan dan menakutkanDalamnya menggerunkanGelap-gelita, melemaskanHatiku membisikkan:Kalau Neraka itu seperti iniJulangan apinya macam ombak yang melambung,

membumbungBunyi apinya macam bunyi angin yang memukul ombakOmbak yang sentiasa bergerak tidak henti-hentinyaKalau ia api Neraka membaham penghuni-penghuninyaTanpa hentinyaItu pun sudah cukup menyeksakanAku tidak mampu menanggungnyaBetapalah api Neraka TuhanEntah berapa kali ganda dahsyatnyaLebih lagilah aku tidak mampu menerima azabnya

BILA AKU LIHAT LAUTAN271

B

Selepas Asar02 - 05 - 1997

Page 349: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

349

TASAWUF

SIAKU telah lanjut, menjangkau enam puluhUsiaku telah sampai ke hujung,

macam matahari di waktu MaghribTidak mungkin patah ke belakang lagiMasa yang berlalu, tetap berlalu dan terus berlaluOh! Sedihnya aku, hampir seluruh hidupku

aku sia-siakanTidak ada ibadah yang sempurna aku lakukanTidak ada bakti kepada manusia yang boleh dibanggakanMasaku aku habiskan dengan makan minum,

tidur, rehat dan dalam kelalaianBuang-buang masa yang tidak keruanBerjalan-jalan yang tidak tentu haluanAduh! Seluruh perjalanan hidupku

hampir ke Neraka daripada ke SyurgaKakiku lebih banyak kulangkahkan

ke Neraka dari ke SyurgaEntah beberapa langkah lagi kakiku yang tinggalAku bimbang apakah langkah yang baki ini

menghala ke Syurga atau ke NerakaAku tidak pastiTuhanlah yang lebih mengetahuiAku hendak tebus kembali, tidak mungkin lagiUsiaku telah lanjutSegala tenagaku yang fresh telah hilangTenaga yang sedikit dan lemah iniTidak mampu lagi membuat kerja-kerja yang gemilangOh sedihnya! Aku telah mensia-siakan umurkuTidak ada lain jalan melainkan jaminan-Mu ya Allah!Aku serahkanlah diriku pada-Mu ya Allah

yang penuh dengan dosa-dosa iniAku menyesal Tuhan!Aku kesal dengan perbuatanku itu!

USIAKU TELAH LANJUT272

U

Page 350: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SAJAK – SIRI II

350

Keampunan-Mu yang kuharapkanKemaafan-Mu yang aku minta!Kalau boleh keredhaan-Mulah yang aku pintaJika Engkau azab aku, aku ini kan hamba-Mu juaJika Engkau ampunkan akuKebesaran-Mu tetap sempurna tidak ada kurangnyaAmpunkanlah aku Tuhan!Kalaupun bukan dengan rahmat-Mu

tapi dengan kemaafan-Mu Tuhan!

Page 351: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

351

TASAWUF

Page 352: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

SajakUstaz Haji Ashaari Muhammad

E D I S I K H A S

Siri II• Tasawuf

Page 353: Ashaari Muhammad - Sajak Tasawuf

© Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarangbahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,

disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara

elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakamandan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada

pemilik hak cipta.

Kali pertama diterbitkanOgos 2005

Teks diset dalamPalatino 10 poin

Sajak – Siri II• Tasawuf

olehUstaz Haji Ashaari Muhammad