Asia Tenggara Soalan 1

download Asia Tenggara Soalan 1

of 29

Transcript of Asia Tenggara Soalan 1

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    1/29

    1.0 Pengenalan

    Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam

    peperangan tersebut. Jepun berusaha untuk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain

    mengusir penjajah Barat. Jepun yang menggunakan slogan Asia Untuk Orang Asia telah

    menarik perhatian dan sokongan masyarakat Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dari tahun

    1942-1945, Jepun telah melaksanakan pelbagai dasar yang mendatangkan kesan yang besar

    terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya dalam mencetus semangat kesedaran

    dalam kalangan nasionalis. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke

    negara-negara Asia Tenggara mendatangkan banyak kesan negatif namun ia juga mendatangkan

    kesan positif terhadap sesebuah negara yang didudukinya. Implikasi semasa dan selepas daripada

    pendudukan Jepun di Asia Tenggara dapat dilihat dalam aspek politik, sosial, dan ekonomi.

    2.0 Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Politik

    Kesan pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah meninggalkan impak positif dalam bidang

    politik. Kesan-kesan positif ini terdiri daripada penubuhan serta perkembangan gerakan atau

    parti politik, latihan ketenteraaan, perubahan kuasa, peningkatan semangat nasionalisme

    masyarakat Asia Tenggara dan penglibatan wanita dalam bidang politik.

    1

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    2/29

    2.1 Penubuhan serta Perkembangan Gerakan atau Parti Politik

    Jepun merupakan antara kuasa besar yang setanding dengan Barat semasa Perang Dunia Kedua

    (PDII) dan menjajah negara-negara di Asia Tenggara dengan menggunakan slogan Asia Untuk

    Asia dan Kerjasama Antara Asia Serantau. Tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan serta

    perkembangan gerakan atau parti politik merupakan antara kesan penjajahan Jepun di Asia

    Tenggara. Penubuhan serta perkembangan ini bukan untuk menentang Jepun semata-mata kerana

    terdapat beberapa pertubuhan atau parti politik ini wujud hasil daripada bantuan Jepun untuk

    menentang penjajahan Barat seterusnya mendapatkan kemerdekaan tanah air. Pengertian slogan

    yang digunakan oleh Jepun bukan sekadar slogan sahaja malah sebenarnya membawa makna

    kepada sesetengah negara kerana dapat mewujudkan nasionalisme.

    Jepun berusaha memulihkan keadaan di Asia Tenggara dengan mempromosikan

    pentadbiran yang bersifat tradisional dan konservatif berasaskan agama majoriti di negara

    jajahannya seperti agama Buddha di Myanmar dan Indochina, Islam di Indonesia serta agama

    Kristian (Roman Katolik) di Filipina.1

    Walaupun Jepun menjajah hampir semua negara di Asia

    Tenggara, tetapi kewujudan parti atau gerakan yang bersifat nasionalis dengan bantuan Jepun

    adalah ketara di sesetengah negara sahaja misalnya di Myanmar dan Indonesia. Kedatangan

    1 Reischauer, Edwin O, Craig. Albert M. (1973). Japan Tradition And Transformation. Sydney: George Allen &

    Unwin. Hlm.272.

    2

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    3/29

    Jepun ke Myanmar disambut baik kerana Jepun membantu dalam penubuhan gerakan-gerakan

    nasionalis. Buktinya, penubuhan Burma Independence Army (BIA) yang terdiri daripada 30,000

    orang ahli dengan bantuan dan sokongan Jepun semasa penjajahannya di Myanmar bersama

    dengan nasionalis tempatan yang diketuai oleh Aung San.2

    Gerakan ini menjadi pemangkin kepada semangat nasionalisme dalam kalangan

    penduduk Myanmar kerana gerakan ini telah berkembang sehingga terbentuknya Anti Facist

    People Freedom League (AFPFL) yang diketuai oleh Aung San. AFPFL bertujuan menentang

    Jepun yang cuba mencabuli kedaulatan negara Myanmar.3 Penubuhan gerakan-gerakan ini

    menjadi titik tolak kepada matlamat Myanmar untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada

    ancaman penjajah. Misalnya, peranan yang dimainkan oleh AFPFL yang berjuang menentang

    Jepun sehingga mendapatkan kemerdekaan dari British selepas tamat penjajahan Jepun iaitu

    pada 4 Januari 1948.4

    Seperti di Myanmar, titik permulaan nasionalisme di Indonesia bermula dengan

    penjajahan Jepun. Jepun menyokong cara pentadbiran sendiri yang ala konservatif berasaskan

    agama majoriti masing-masing dengan memberi sokongan kepada parti-parti yang bersifat

    keagamaan yang wujud di Indonesia. Hal ini bertentangan dengan konsep Belanda yang

    mengenepikan masyarakat Islam di Indonesia dan memberi keutamaan kepada penduduk yang

    bukan beragama Islam. Misalnya sokongan yang diberikan oleh Jepun kepada Sarekat Islam dan

    Madjlisul Islamil alaa Indonesia dengan merekrut tentera-tentera baru dalam kalangan penduduk

    Indonesia untuk menyertainya.5

    2 Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur:

    Oxford University Press. Hlm.343.3 Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press. Hlm.167.4 Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl.In Search Of Southeat Asia A Modern History. Hlm. 343.5 Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press.Hlm.168.

    3

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    4/29

    Seterusnya gerakan ini membawa kepada kebangkitan tenaga-tenaga muda untuk

    menubuhkan gerakan-gerakan ketenteraan yang lain. Antaranya kewujudan gerakan Pembela

    Tanah Air (PETA) yang dipelopori oleh Sukarno dan Muhamad Hatta yang terdiri daripada

    65,000 orang ahli selain kewujudan gerakan-gerakan bawah tanah untuk menentang Belanda.6

    Gerakan-gerakan yang wujud ini secara tidak langsung telah berubah menjadi parti politik

    apabila Indonesia mencapai kemerdekaan. Dapat dibuktikan sekali lagi bahawa penjajahan Jepun

    sememangnya memberi kesan kepada kewujudan gerakan-gerakan atau parti-parti politik selaras

    dengan semangat nasionalisme.

    Seperti negara Indonesia dan Myanmar, situasi ini turut berlaku di Indochina khususnya

    di negara Laos. Jepun telah merangsang putera raja Phetsarath untuk mengisytiharkan

    kemerdekaan Laos seterusnya membawa kepada pembentukan gerakan Lao Issarak(Lao Bebas)

    yang dipelopori oleh kaum kerabat.7 Manakala di Filipina, Jepun mengambil langkah

    melancarkan proses emansipasi dari dominasi Amerika Syarikat. Secara tidak langsung

    langkah ini telah membawa kepada penubuhan gerakan-gerakan ketenteraan dan gerila untuk

    menentang penjajahan dan kemudiannya gerakan-gerakan ini berpaling tadah kepada penjajahan

    Jepun sendiri untuk mencapai kemerdekaan.8 Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan

    penjajahan Jepun di Asia Tenggara telah merangsang semangat nasionalisme seperti tertubuhnya

    gerakan-gerakan yang bertujuan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.

    2.2 Penubuhan Latihan Ketenteraaan

    6 Cummings. Joe. Etl. (1986).Indonesia; A Travel Survival Kit. Indonesia: Lonely Planet Publications. Hlm.21.7 Sardesai D.R. Southeast Asia Past And Present. Hlm.187.8 Davis, Leonard. (1987). The Philippines: People, Poverty & Politics, London: Macmillan Press. Hlm. 40-41.

    4

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    5/29

    Impak seterusnya ialah pemberian latihan ketenteraan kepada rakyat tempatan yang berminat

    untuk menyertai bidang ketenteraan telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam kalangan

    para nasionalis. Misalnya, di Indonesia apabila Jepun telah menggalakkan nasionalis-nasionalis

    terlibat dalam ketenteraan seperti yang dicadangkan oleh Sutardjo dan Gatot Mangkupprad iaitu

    perkhidmatan tentera wajib untuk membantu Jepun dan tentera sukarela yang ditubuhkan

    bertujuan untuk menentang semula kedatangan Belanda.9 Di Indonesia, pasukan-pasukan seperti

    HEIHO, PETA dan KNIL (Tentera Hindia- Belanda) bergabung menjadi Barisan Keamanan

    Rakyat (B.K.R). Kemudian, gabungan tersebut menjadi Tentera Keamanan Rakyat (T.K.R) pada

    5 Oktober 1945 dan akhirnya menjadi Tentera Nasional Indonesia (T.N.I).

    10

    Secara tidak

    langsung, gabungan ini akhirnya menjadi tulang belakang pentadbiran pertahanan dan berjuang

    dengan lebih radikal untuk mencapai kemerdekaan.

    Selain itu, golongan yang terlatih dengan ketenteraaan ini dikenali sebagai pemuda.

    Mereka telah terlatih dan bergerak bebas di bawah Jepun termasuk menerima latihan senjata. 11

    Golongan pemuda ini telah bertindak agresif ketika peristiwa merebut senjata dengan Jepun yang

    berlaku di Banjumas dan Surabaya.12 Senjata ini kemudiannya digunakan untuk mengusir

    Inggeris dari kota Ambarawa.13 Oleh itu jelaslah bahawa, sebelum pendudukan Jepun latihan

    ketenteraan tidak pernah diterima, namun keadaan sebaliknya telah berlaku apabila latihan

    ketenteraan telah dititikberatkan selepas pendudukan Jepun.

    9 Mangunpradja dan Gatot. (1958). The Peta and my relations with Japanese: A Correction of Sukarnos

    AutobiographyIthica. New York: Universiti Cornell. Hlm. 105-134.10 Drs. C.C.T.Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia.

    Jakarta: Erlangga.Hlm.49.11 M.D.Sagimun. (1985).Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasime Jepan. Jakarta: Inti Idayu Press. Hlm. 44.12 Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N. Karya Tjatos.

    Hlm. 65.13Ibid. Hlm. 73.

    5

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    6/29

    2.3 Memberi Peluang Melibatkan Diri Dalam Pentadbiran

    Pendudukan Jepun di Asia Tenggara juga memberi peluang kepada masyarakat Asia Tenggara

    untuk melibatkan diri dalam bidang pentadbiran. Misalnya semasa pendudukan Jepun di

    Indonesia, Jepun telah melantik golongan intelektual yang muda dalam bidang pentadbiran untuk

    bersama-sama menguruskan negara.14 Keadaan ini telah membawa kepada peningkatan

    keyakinan dan memberi pengalaman kepada rakyat tempatan untuk menguruskan negara sendiri.

    Pengalaman memerintah ini telah mendorong rakyat untuk berjuang menuntut kemerdekaan.

    Impak pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah menyebabkan perubahan kuasa dalam

    mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Hal ini kerana, Jepun telah muncul

    sebagai sebuah negara Asia pertama yang melakukan penjajahan. Buktinya, salah satu kesan

    penting pendudukan Jepun di Indonesia ialah menimbulkan semula harapan nasionalis-nasionalis

    Indonesia. Kedatangan Jepun memberi peluang kepada rakyat Indonesia untuk memegang

    jawatan yang tidak pernah disandang sebelum ini. Walaupun dalam keadaaan terkawal namun

    telah memberikan kesan penting terhadap psikologi masyarakat kerana dapat memerintah negara

    sendiri.

    Secara tidak langsung, Jepun telah membantu rakyat Indonesia ke arah berpolitik

    walaupun pada awalnya hanya sekadar untuk mendapatkan kerjasama sekiranya menghadapi

    kedatangan kuasa barat. Nasionalis-nasionalis seperti Sukarno, Hatta dan Amir Sharifuddin yang

    menggunakan peluang semasa pemerintahan Jepun telah berjaya menyemarakkan semula

    semangat nasionalisme secara tersembunyi untuk mencapai kemerdekaan tanah air dan

    14 Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N. Karya Tjatos.

    Hlm. 271.

    6

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    7/29

    bangsanya.15 Malah, tindakan para pemuda Indonesia yang sebelum ini menjawat jawatan rendah

    merampas jawatan daripada tangan Jepun dengan kekerasan telah membuktikan kesan perubahan

    kuasa yang berlaku.16 Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pendudukan Jepun ke Asia Tenggara

    telah menjadi pemangkin kepada pergerakan nasionalis tempatan. Melalui peluang yang

    diberikan oleh Jepun, para nasionalis dapat menjalankan kegiatan mereka dan seterusnya

    menyebabkan perubahan kuasa berlaku lantas menjadi asas kepada perjuangan menuntut

    kemerdekaan.

    2.4 Peningkatan Semangat Nasionalisme Masyarakat Asia Tenggara

    Pendudukan Jepun di Asia Tenggara turut memberi kesan kepada peningkatan semangat

    nasionalisme dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara

    telah mengubah pemikiran orang Asia melalui slogan Asian Untuk Asia.17 Keadaan ini telah

    membawa kepada kewujudan beberapa parti politik contohnya Viet Nam Quoc Dan Dang

    (VNDQDD) di Vietnam yang seterusnya telah menuntut kemerdekaan. Polisi dan dasar yang

    diamalkan oleh Jepun di Asia Tenggara turut menyumbang kepada perkembangan ideologi

    menuntut kemerdekaan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara.

    Misalnya di Indonesia, rakyat tempatan diberi kebebasan untuk menyebarkan ideologi

    sendiri dan membuat persediaan bagi mendapatkan kemerdekaan.18 Contohnya, Sukarno diberi

    jaminan bahawa kesejahteraan rakyat akan diberi perhatian dan orang Indonesia akan diberi

    15 M.D Sagimun. (1985). Perlawanan Rakyat Indonesia Terhadap Fasisme Jepan. Jakarta: Inti Idayu Press.Hlm.30.16 Drs. C.C.T.Kansil S.H, dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan Pergerakan Kebangsaan Indonesia.

    Jakarta: Erlangga.Hlm.47.17 Li Narangoa dan Robert Cribb. (2003). Imperial Japan And National Identities In Asia, 1895-1945. London:

    Biddles Ltd. Hlm. 263.18Ibid. Hlm. 271.

    7

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    8/29

    peluang untuk bersuara dalam hal-hal politik dan pentadbiran serta dapat mengembangkan

    ideologi mereka. 19 Secara tidak langsung, Jepun telah memberi sokongan kepada masyarakat

    Asia Tenggara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Di Vietnam, Aung San mengakui

    beliau tidak tertarik denganfasisme Jepun tetapi sedar tentang kemampuan Jepun menawarkan

    bantuan ketenteraan bagi meningkatkan keupayaan nasionalisme tempatan.20

    Selain itu juga, langkah Jepun dalam membebaskan tahanan politik yang telah

    dipenjarakan semasa penjajahan barat telah menjadi pemangkin kepada perkembangan

    perjuangan menuntut kemerdekaan. Contohnya di Vietnam beberapa orang tokoh tempatan yang

    dipenjarakan telah dibebaskan seperti Caio Dai dan Hua Hau.21 Mereka juga diberi kebebasan

    untuk berpolitik. Oleh yang demikian, tindakan ini secara tidak langsung mewujudkan

    masyarakat yang bebas berjuang menuntut kemerdekaan.

    2.5 Penglibatan Wanita Dalam Bidang Politik

    Pendudukan Jepun juga telah mengubah peranan wanita ke arah kedudukan lebih tinggi dalam

    masyarakat. Zaman pendudukan Jepun memberi kesan besar kepada wanita tanpa mengubah

    peranan tradisional.22 Hal ini kerana, kaum wanita diberi peluang untuk melibatkan diri dalam

    ketenteraan dan parti politik. Mereka juga berhak menyuarakan suara mereka semasa ataupun

    selepas pendudukan Jepun. Contohnya, nyonya Soenarjo menulis untuk sebuah majalah yang

    diterbitkan dua minggu sekali dengan menekankan peranan barunya, yakni menghapuskan

    19 Bernhard Dahm. (1998). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hlm. 115.20Abu Talib Ahmad. (2007). Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Pulau Pinang: Universiti Sains

    Malaysia. Hlm. 67.21 Li Narangoa dan Robert Cribb.Imperial Japan And National Identities In Asia, 1895-1945. Hlm. 263.22 Abu Talib Ahmad.Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm.98.

    8

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    9/29

    pengaruh Barat daripada pemikiran orang Indonesia, mengambil bahagian dalam pertahanan

    awam dan mengambil alih peranan yang lazimnya dipegang lelaki.23 Hal ini membuktikan

    bahawa pemikiran ataupun kedudukan wanita khusus dalam bidang politik telah menonjol

    selepas pendudukan Jepun di Asia Tenggara.

    3.0 Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Politik

    3.1 Ketegangan Dalam Hubungan Luar Negara

    Jepun turut menduduki kawasan Indochina yang merangkumi Vietnam, Laos dan Kemboja.

    Keadaan ini telah meninggalkan kesan yang negatif kerana kemasukan Jepun ke Indochina

    berlaku dengan perjanjian atau perundingan antara Jepun dan Perancis. Hal ini berbeza dengan

    kemasukan Jepun ke negara-negara lain yang masuk secara paksaan dan menggulingkan kuasa

    Barat yang sedia ada. Menerusi perjanjian tersebut, Perancis akan terus menjajah Indochina,

    tetapi Jepun dibenarkan untuk menubuhkan kawasan untuk latihan ketetenteraan untuk tentera

    Jepun dan menyebabkan warga tempatan tidak memperoleh sebarang manfaat secara relatifnya.24

    Sementara itu, negara Thailand sememangnya sangat berbeza apabila dibandingkan

    dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain kerana negara ini sememangnya tidak pernah

    dijajah oleh mana-mana kuasa asing. Nama Phibun Songkram sememangnya tidak asing di

    negara Thailand kerana merupakan antara insan yang banyak menyumbang ke arah pemodenan

    Negara Thailand. Penelitian dengan lebih mendalam dapat dilihat bahawa Phibun Songkram

    sebenarnya melihat Jepun sebagai idola. Oleh itu, tidak hairanlah Phibun Songkram dan

    23 Abu Talib Ahmad.Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm.99.24 Osborne dan Milton. (2000). Southeast Asia: An Introductory History. New South Wales: Allen & Unwin. Hlm

    137.

    9

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    10/29

    pengikut-pengikutnya amat tertarik dengan Jepun dan mula mengadaptasi cara pentadbiran Jepun

    yang bersifat diktator serta semangat sanggup berkorban untuk tanah air oleh tentera Jepun

    dalam dirinya sendiri serta pengikut-pengikutnya.25 Secara tidak langsung hubungan antara

    kerajaan Thailand dan Jepun mula berkembang dan berlaku beberapa perundingan dan perjanjian

    antara kerajaan Thailand dan Jepun dan di sini terdapat objektifnya yang tersendiri iaitu untuk

    mengekalkan kemerdekaan Thailand.

    Kerajaan Thailand yang diwakili oleh Phibun Songkram membuat perjanjian dengan

    Jepun untuk memberikan laluan kepadanya untuk terus mara ke Selatan iaitu ke Tanah Melayu

    dan Indonesia dan sebagai balasan, Jepun harus menjaga dan memelihara kedaulatan Thailand

    dengan tidak mendirikan sebarang pusat ketenteraan di situ.26 Sehubungan itu, sebagai tanda

    penghargaan Jepun kepada Thailand, Jepun telah menghadiahkan wilayah Shan di Burma pada

    tahun 1942, dan pada tahun 1943, empat buah negeri-negeri di Tanah Melayu serta beberapa

    wilayah di Laos dan Cambodia kepada kerajaan Thailand.27 Persoalannya di sini, adakah

    wilayah-wilayah yang dihadiahkan kepada Thailand ini kekal bersamanya sehingga kini dan

    tidak masalah dengan kuasa-kuasa yang lain? Dan bagaimana pula dengan hubungan dengan

    kuasa-kuasa lain kerana keengganan untuk bekerjasama semasa Perang Dunia Kedua kerana

    bersepakat dengan Jepun?

    Sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu pada Ogos 1945, wilayah-wilayah yang

    dihadiahkan ini sememangnya berada di bawah kerajaan Thailand.28 Seperti yang kita tahu,

    Cambodia dan Laos merupaka kawasan jajahan Perancis dan inilah yang sebenarnya

    25 Church, Peter. (1995).Focus On Southeast Asia. New South Wales: Allen&Unwin.hlm.132.26 Suwannathat-Pian, Kobkua.(1995). Thailands Durable Premier Phibun Through Three Decades 1932-

    1957.Kuala Lumpur: Oxford University Press. hlm. 48.27 Church, Peter. (1995).hlm .132.28 Steinberg, David J, Wyatt, David K.etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur:

    Oxford University Press. hlm .348.

    10

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    11/29

    mendatangkan masalah kepada Thailand setelah perang tamat kerana Perancis merupakan antara

    ahli dalam kuasa berikat yang tidak dinafikan mencapai kemenangan dalam perang setelah

    mengalahkan kuasa axis yang terdiri daripada Jepun, Jerman dan Itali. Perancis menetapkan

    syarat mula meminta kerajaan Thailand untuk melepaskan wilayah-wilayah yang dipegangnya di

    Laos dan Cambodia, dan apabila kerajaan Thailand gagal untuk berbuat demikian, dengan ini

    kerajaan Thailand tidak akan dibenarkan untuk menjadi ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

    (PBB).29

    Keadaan ini sememangnya memberi tekanan kepada kerajaan Thailand kerana khuatir

    akan membawa kepada masalah yang lebih besar antara kerajaan Perancis dan kerajaan

    Thailand. Oleh itu kerajaan Thailand terpaksa melepaskan wilayah-wilayah ini dan barulah

    dibenarkan untuk melibatkan diri dalam PBB pada Disember 1946 dan bukan itu sahaja, malah

    kerajaan Thailand juga terpaksa mengeluarkan beras sebanyak 1.5 juta ton kepada kerajaan

    Kuasa Berikat kerana keengganan kerajaan Thailand untuk bekerjasama dengan Kuasa Berikat

    kerana bersepakat dengan kerajaan Jepun semasa perang untuk mengeluarkan bagi tujuan

    mengatasi kebuluran di negara-negara tersebut dan kerajaan Thailand terpaksa menanggungnya

    selepas peperangan.30 Secara jelasnya dapat dilihat bahawa wujud ketegangan antara kerajaan

    Thailand dan juga kuasa berikat akibat dari pendudukan Jepun di Asia Tenggara walaupun

    negara Thailand tidak diduduki oleh Jepun tetapi hanya bersepakat dengannya.

    4.0 Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Ekonomi

    29Steinberg, David J, Wyatt, David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History. Kuala Lumpur:

    Oxford University Press. hlm .348.30 Ibid. hlm .348.

    11

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    12/29

    Kesan-kesan positif pendudukan Jepun dalam bidang ekonomi turut dapat dilihat misalnya

    keadaan yang berlaku di negara Indonesia. Antaranya ialah kemajuan dalam bidang perkebunan,

    pembukaan tanah baru, penambahbaikan sistem kewangan Indonesia dan pengurangan

    kebergantungan terhadap barangan import.

    4.1 Kemajuan Dalam Bidang Perkebunan

    Jepun telah berjaya meningkatkan kemajuan dalam bidang perkebunan di Indonesia. Kemajuan

    dalam bidang perkebunan ini boleh dilihat dengan wujudnya sebuah badan pengawasan yang

    dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK). 31

    SKK ini selain bertindak sebagai pengawas, badan ini juga merupakan pelaksana dalam proses

    pembelian dan penentuan harga penjual hasil pekebunan itu. Keadaan ini menyebabkan

    kemajuan dalam bidang perkebunan terutamanya perkebunan kina (ubat-ubatan), jut dan karet

    (getah), yang telah diswastakan oleh pihak Jepun. Hal ini kerana kina dan karet mendapat

    permintaan yang tinggi terutamanya untuk keperluan perang. Keadaan ini secara tidak langsung

    dapat meningkatkan pendapatan penduduk Asia Tenggara khususnya mereka yang bekerja

    sebagai ahli perniagaan dan pemborong.32

    31 Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (1992). Sejarah Nasional Indonesia : Jaman Jepang

    dan Jaman Repulik Indonesia. Jakarta: PT Balai Pustaka. Hlm.81.32Ibid. Hlm. 137.

    12

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    13/29

    4.2 Pembukaan Tanah Baru

    Jepun juga telah membuka tanah-tanah baru untuk meningkatkan ekonomi Indonesia dalam

    bidang pertanian. Pembukaan tanah baru dan penambahbaikan bekas tanah perkebunan

    dilakukan bertujuan meningkatkan kawasan penanaman padi. Contohnya, bekas perkebunan

    tembakau di Sumatera Timur telah ditanam dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang

    10.000 hektar.33 Malah tanah pertanian baru di daerah Karo telah dibuka dengan menggunakan

    tenaga-tenaga tawanan. Di Kalimantan dan Sulawesi pula, penanaman padi adalah diwajibkan.

    Hal ini adalah kerana untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di Jawa.

    4.3 Penambahbaikan Sistem Kewangan Indonesia.

    Kesan positif pendudukan Jepun di Indonesia seterusnya ialah berlaku penambahbaikan dalam

    sistem kewangan Indonesia. Hal ini kerana pihak Jepun berusaha untuk mempertahan nilai

    gulden atau rupiah Hindia-Belanda. Tindakan pihak Jepun ini bertujuan untuk mempertahan nilai

    tersebut seperti sebelum berlakunya perang untuk mengawasi nilai masuk dan juga nilai keluar

    rupiah. Keadaan ini menyebabkan nilai wang rupiah masih lagi sah dan diguna pakai di

    Indonesia. Jepun juga telah bertindak mengukuhkan lagi sistem kewangan Indonesia dengan

    33 Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasional Indonesia: Jaman Jepang dan

    Jaman Repulik Indonesia Hlm. 81.

    13

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    14/29

    mengawasi beberapa bank bekas milik Belanda iaitu De Javasche Bank, Nederlandsche Handels

    Maatschappij, Nederlands-Indische Escompto Bank dan Batavia Bank.34 Bank-bank bekas milik

    Belanda tersebut telah digantikan dengan bank-bank Jepun iaitu Yokohama Ginko, Mitsui

    Ginko, Taiwan Ginko dan Kana Ginko dibawah seliaan Nanpo Keihatsu Kenso yang bertujuan

    untuk memajukan wilayah Selatan Indonesia.

    4.4 Pengurangan Kebergantungan Terhadap Barangan Import

    Tranformasi dalam bidang ekonomi yang dilakukan oleh Jepun di Indonesia secara tidak

    langsung dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap barangan import dari

    Belanda. Misalnya, Jepun telah memperkenalkan penanaman kapas di Indonesia terutamanya di

    daerah Cirebon, Malang, Kediri dan Bekasi.35 Setelah percubaan dijalankan selama dua tahun,

    terdapat dua kawasan yang menghasilkan kapas bermutu tinggi iaitu daerah Kediri dan Bekasi.

    Di Sumatera, kapas juga ditanam di daerah Palembang, Bali dan Sulawesi sekaligus meletakkan

    kegiatan penanaman kapas dalam rancangan lima tahun. Industri pertenunan kembali dijalankan

    walaupun pernah ditutup kerana kekurangan bahan mentah. Permintaan yang tinggi daripada

    rakyat mendorong pihak berkuasa mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini seperti membuat

    percubaan mencari bahan ganti benang kapas.

    34Ibid. Hlm79.35 Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. Sejarah Nasional Indonesia: Jaman Jepang dan

    Jaman Repulik Indonesia. Hlm. 89.

    14

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    15/29

    5.0 Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Ekonomi

    Kesan kesan negatif pendudukan Jepun dalam bidang ekonomi dapat dilihat melalui kawalan

    ekonomi tanah jajahan dan kegagalan matlamat ekonomi seperti yang terjadi di Indonesia,

    Vietnam dan Filipina.

    5.1 Kawalan Ekonomi Tanah Jajahan

    Pendudukan Jepun di Asia Tenggara secara menyeluruh mengganggu perkembangan ekonomi

    sedia ada di Asia Tenggara. Jepun mengawal aktiviti ekonomi tanah jajahannya dan terasing

    daripada dunia luar khususnya negara Barat. Penduduk yang bergantung kepada perdagangan

    tidak lagi dapat menjalankan aktiviti perdagangan dan hanya bertahan dengan adanya urusniaga

    secara tidak sah berikutan dasar isolasi Jepun berkaitan dengan polisi autarki dan ekonomi

    kawalan.36 Polisi autarki dan eknomi kawalan menyekat perkembangan aktiviti ekonomi

    tempatan untuk berkembang kerana terputusnya hubungan dengan dunia luar. Keadaan ini

    secara tidak langsung memutuskan rangsangan kepada kedinamikan ekonomi tempatan. Aktiviti

    ekonomi tempatan semasa era pendudukan Jepun berada di bawah kawalan Jepun sepenuhnya

    dan hanya mencukupi kawasan setempat serta aktiviti ekonomi diteruskan tanpa bantuan atau

    penglibatan pihak luar.

    Jepun pada dasarnya melalui dasar autarki membolehkan ekonomi tempatan kawasan

    jajahan saling mencukupi dan melengkapi antara satu sama lain. Namun perkara sebaliknya

    berlaku sehingga menjejaskan ekonomi tempatan lebih teruk berbanding zaman kolonial Barat.

    Ekonomi kawalan memberikan penekanan kepada ekonomi sara diri untuk makanan dan catuan

    36 Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Hlm. 137.

    15

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    16/29

    makanan untuk mengatasi krisis makanan. Namun masalah tersebut masih berlaku dan berlarutan

    kerana ekonomi pada masa tersebut terhad dan terkongkong akibat tekanan oleh Jepun dalam

    usahanya merealisasikan Co-Prosperity Sphere. Hubungan dengan pihak Barat telah disekat dan

    sekatan tersebut bermakna hubungan perdagangan luar tersebut tidak lagi berlaku dan bertambah

    teruk apabila pihak tersebut menyekat sumber dari luar dalam usaha mereka untuk menjatuhkan

    Jepun.

    Urusniaga pasaran gelap semakin berleluasa semasa pendudukan Jepun akibat tekanan

    ekonomi tersebut. Pedagang-pedagang kecil menyeludup komoditi-komoditi yang sukar didapati

    di kawasan setempat dan kapal-kapal membawa kepada aktiviti pengangkutan laut yang

    menguntungkan serta mengelak pertembungan dengan kapal Pihak Berikat dan Jepun. Inflasi

    yang meningkat akibat pendudukan Jepun menyebabkan tuntutan bayaran terhadap barangan

    meningkat dalam pasaran gelap. Impak pendudukan Jepun dirasai oleh golongan masyarakat

    bawahan yang mempunyai pendapatan ekonomi rendah. Penduduk-penduduk miskin seperti di

    Jawa terpaksa menggunakan getah kasar atau guni sebagai sarong.37

    Di Vietnam pula, aktiviti ekonomi tekstil yang tergendala menyebabkan pakaian

    penduduknya tidak cukup dan tidak lengkap berbanding jerami pada musim sejuk pada tahun

    1944 hingga 1945.38 Pendudukan Jepun dalam membawa kepada ekonomi yang berpihak

    kepadanya kerana hanya Syarikat gergasi Jepun sahaja yang mendapat keuntungan dan kekayaan

    semasa pendudukan seperti Mitsubishi dan Mitsui manakala penduduk di Asia mengalami

    kesengsaraan akibat krisis ekonomi yang berlaku. Monopoli syarikat tersebut dapat dilihat dalam

    penguasaan beras oleh Syarikat Mitsubishi.39 Kedua-dua Syarikat tersebut merupakan syarikat

    37 Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson Ltd. Hlm. 137.38Ibid.hlm.137.39 Azhar Mat Aros M. A. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945 : Satu Kajian Mengenai Bibliografi

    diperoleh daripada http://portalfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/Pendudukan%20Jepun%20di20Tanah%20

    16

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    17/29

    gergasi yang digelar Zaibatsu dan bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dasar

    imperialisme Jepun dan mendapat keuntungan yang besar dalam aktiviti ekonomi semasa

    pendudukannya.

    5.2 Kegagalan Matlamat Ekonomi

    Jepun gagal merealisasikan matlamat manfaat ekonomi Co-Prosperity Sphere semasa

    pendudukan dan dasar tersebut runtuh bersama penyerahan Jepun di tangan Berikat pada Ogos

    1945. Pendudukan Jepun dalam ekonomi gagal untuk mendapat sokongan di Asia Tenggara

    dalam tempoh pertengahan pemerintahannya. Co-Prosperity berasal daripada konsep Greater

    East Asia Co-Prosperity Sphere yang digunakan oleh pihak Jepun semasa zaman pemerintahan

    Empayar Jepun di Asia Tentera dalam usaha memenuhi sumber sendiri di dalam blok Asia yang

    diwakili olehnya dan bebas daripada kuasa Barat. Pihak Jepun akan menjadi pusat kewangan,

    industri, ketenteraan, dan perniagaan bagi Asia.40

    Kegagalan Jepun dalam menjayakan konsepnya di Asia Tenggara menjadi mimpi ngeri

    untuk penduduk di Asia Tenggara iaitu peningkatan pengangguran, inflasi, dan pasaran gelap.41

    Tiada peluang pekerjaan seperti yang berlaku pada zaman kolonial Barat menyebabkan tiada

    sumber pendapatan untuk penduduk tempatan. Ekonomi di bawah Jepun berubah menjadi

    pembekalan bahan dan peluru senjata api dan tidak lagi dalam pengedaran barangan pengguna

    atau menyerap eksport daripada hasil pertanian. Hasil pertanian yang terjejas khususnya padi

    Melayu%201941-1945.pada 8 oktobr. pdf Hlm. 3.40 Norman G. Owen (Ed.). (2005). The Emergence of Modern Southeast Asia: A new History. USA: University of

    HawaiI Press. Hlm. 273.41 John H. Miller. (2008). Modern East Asia: An Introduction History. London: An East Gate Book. Hlm.138.

    17

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    18/29

    yang biasanya menjadi makanan ruji di Asia Tenggara meningkatkan kadar kematian dan

    kebuluran. Kebanyakan hasil pertanian tersebut hanya didagangkan dengan pihak tentera Jepun

    dan syarikat Jepun sahaja. Dalam masa yang sama seperti di Filipina, harga pembiayaan

    kerajaan dua atau tiga kali ganda tersebut menyebabkan harga beras meningkat di dalam pasaran

    secara mendadak.42

    6.0 Kesan Positif Pendudukan Jepun dalam Aspek Sosial

    Kedatangan dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara turut meninggalkan kesan positif terhadap

    aspek sosial masyarakat di Asia Tenggara. Kesan positif tersebut dapat dilihat melalui perubahan

    pemikiran, pendidikan, perkembangan kesenian, kebudayaan dan bahasa seperti yang berlaku di

    Indonesia, Filipina dan Myanmar.

    6.1 Perubahan Pemikiran

    Kedatangan Jepun ke Asia Tenggara sememangnya telah mengubah corak pemikiran

    masyarakat tempatan. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan tahap nasionalisme atau

    semangat cinta akan negara khususnya dalam perjuangan kemerdekaan selepas 1945.43 Kejayaan

    Jepun mengalahkan kuasa besar Barat telah membuka mata dan menyedarkan penduduk Asia

    Tenggara bahawa penduduk Asia juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Kesedaran dan

    perubahan tersebut. Selain itu, kedatangan Jepun ke Asia Tenggara turut memberi kesedaran

    kepada rakyat di Asia Tenggara bagi menamatkan penguasaan penjajah Barat. Banyak pejuang

    nasionalisme telah bangkit memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.

    42 M. C. Ricklefs (Ed.). (2010).A New History of Southeast Asia . United Kingdom: Palgrave Macmilan. Hlm 314.43 Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara . Hlm. 55.

    18

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    19/29

    Misalnya propaganda Jepun melalui slogan yang dilaungkan di Filipina seperti Asia

    untuk Asia, Filipina untuk Orang Filipina dan Asia adalah Satumenyebabkan masyarakat

    Filipina sedar bahawa mereka tidak harus dijajah lagi selepas pengunduran Jepun. Di Indonesia

    pula, kekalahan Belanda ke atas Jepun dilihat sebagai satu perkara yang memeranjatkan kerana

    sebelum ini masyarakat tempatan menganggap kuasa Barat lebih berkuasa daripada kuasa lain

    sekali gus melenyapkan mitos superioriti yang menggangap kuasa Barat sukar dihapuskan.44

    Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, rakyat Indonesia ingin memerintah negara

    mereka sendiri dan mereka telah hilang keyakinan terhadap kebolehan Belanda kerana Belanda

    telah gagal melindungi Indonesia daripada pendudukan Jepun.

    45

    Di Myanmar pula, para elit mula membuat tuntutan dan menuntut balas supaya hak-hak

    bersejarah mereka dikembalikan selepas sahaja Jepun meninggalkan Myanmar pada tahun 1945.

    Aung San yang merupakan seorang cendekiawan Myanmar telah berperanan untuk

    memerdekakan negara selepas tahun 1945. Perlembagaan persekutuan yang telah digunapakai

    selepas kemerdekaan Myanmar adalah hasil tolak ansur British dengan Aung San dalam

    Persidangan Panglong pada tahun 1947.46 Kebangkitan Komunisme menentang penjajah di

    bawah Ho Chi Minh juga berlaku dengan lebih aktif pada era pendudukan Jepun supaya negara

    Vietnam bebas daripada penjajahan.47 Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun di Asia

    Tenggara berjaya melahirkan golongan-golongan elit yang memperjuangkan anti-kolonialisme

    Barat.

    44 Keat Gin OOi. (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopaedia From Angkor Wat to East Timor. California:

    ABC-CLIO Inc. Hlm. 175.45Ibid. 178.46 Kyaw Yin Hlaing dan Taylor R.H. (2005). Myanmar: Beyond Politics to Societal Imperatives. Pasir panjang:

    Institute of Southeast Asian Studies. Hlm. 9.47 Sophie Quinn-Judge. (2003).Ho Chi Minh: The Missing Years, 1919-1941. London: C.Hurst & Co. (Publishers)

    Ltd. Hlm. 240.

    19

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    20/29

    6.2 Tranformasi Pendidikan

    Sebelum kedatangan Jepun, pendidikan kepada penduduk tempatan tidak dititikberatkan

    oleh kuasa Barat. Hal ini kerana, mereka takut golongan yang terpelajar akan bangkit menentang

    mereka. Namun demikian, selepas kedatangan Jepun, bidang pendidikan telah mengalami satu

    transformasi yang besar. Aspek pendidikan dititikberatkan bagi mendapatkan sokongan daripada

    rakyat tempatan. Sebagai contoh, kesan kedatangan Jepun terhadap aspek pendidikan di

    Indonesia sangat jelas. Walaupun pengaruh Jepun tidak diseragamkan secara menyeluruh di

    sekolah-sekolah tetapi perubahan kurikulum yang dilakukan telah tersebar luas sehingga diambil

    kira sebagai pengubahsuaian kurikulum seluruh negara Indonesia.

    48

    Daripada perubahan yang

    dilakukan terhadap kurikulum sekolah-sekolah, pengaruh dan ideologi Jepun yang menekankan

    tentang pentingnya pendidikan untuk mengubah cara hidup masyarakat dapat disemai di dalam

    pemikiran masyarakat tempatan.

    6.3 Perkembangan Kesenian, Kebudayaan dan Bahasa

    Kedatangan Jepun ke Asia Tenggara turut meninggalkan kesan yang tersendiri terhadap bidang

    kesenian atau kebudayaan. Hal ini diakui oleh seniman-seniman di Indonesia yang bergiat cergas

    semasa dan selepas pendudukan Jepun di Indonesia. Perkembangan kesenian atau kebudayaan

    yang berlaku kesan daripada kedatangan Jepun adalah disebabkan oleh sikap dan semangat

    Jepun untuk menanamkan kebudayaan Jepun terhadap masyarakat di Asia Tenggara. Secara

    tidak langsung, penekanan tersebut telah memberi kesedaran kepada masyarakat tempatan untuk

    menjaga dan memperkembangkan kebudayaan masing-masing. Walaupun perkembangan

    48 R Murray Thomas. (2001). Edited by: Wolf Mendl, Japan and South East Asia vol I (From the Meiji Restoration

    to 1945. London : Routledge, Taylor & Francis Group. Hlm. 374-375.

    20

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    21/29

    kebudayaan tempatan ini sebenarnya sukar untuk dilakukan kerana kebudayaan Jepun lebih

    dititikberatkan. Namun, semangat untuk memperjuang kebudayaan tempatan semasa dan selepas

    kedatangan Jepun wajar dijadikan sebagai satu kesan positif dalam aspek sosial.

    Penghapusan pengaruh Barat oleh Jepun dengan mengharamkan penggunaan Bahasa

    Inggeris dan Bahasa Belanda telah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat seluruh

    Indonesia.49 Jepun telah menggalakkan penggunaan Bahasa Jepun, namun para nasionalis

    Indonesia telah menentang pemaksaan penggunaan Bahasa Jepun sebagai bahasa yang

    digunakan dalam pentadbiran dan pendidikan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Indonesia

    ditingkatkan dengan menggunakan slogan Bahasa Jiwa Bangsa, yang menjadi asas perpaduan

    sesebuah negara. Penggunaan Bahasa Indonesia menyebabkan seluruh rakyat Indonesia bersatu

    dan merasa tiada perbezaan keturunan antara mereka. Rakyat Indonesia bersama-sama

    meneruskan perjuangan mereka dengan satu tujuan iaitu menuntut kemerdekaan. Jepun juga

    membenarkan kibaran bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan nyanyian lagu

    Indonesia Raya didendangkan sebagai lagu kebangsaan telah mengukuhkan lagi semangat

    nasionalisme rakyat tempatan.

    7.0 Kesan Negatif Pendudukan Jepun dalam Aspek Sosial

    Pendudukan Jepun di Asia tenggara turut meninggalkan kesan-kesan negatif dalam aspek sosial.

    Kesan negatif ini kebanyakannya berlaku di Indonesia dan Myanmar. Kesan-kesan negatif ini

    terdiri daripada kesengsaraan hidup rakyat, kemusnahan harta benda, masalah kebuluran,

    kawalan terhadap alat komunikasi dan kemerosotan kesihatan.

    49 Peter Church. (2006).A Short History of South- East Asia. Singapura: John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd. Hlm.49.

    21

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    22/29

    7.1 Kesengsaraan hidup rakyat

    Semasa penjajahan Jepun di Asia Tenggara mereka memberikan layanan yang buruk terhadap

    masyarakat tempatan terutamanya Myanmar, Indonesia, Thailand dan Indochina. Pendudukan

    Jepun telah menyebabkan penderitaan seperti kehilangan sumber pencarian rezeki dan juga

    nyawa manusia. Ada sesetengahnya yang kembali ke negeri tanah air mereka kerana

    menganggur disebabkan oleh perusahaan-perusahaan dan ladang-ladang kepunyaan Barat yang

    ditutup oleh tentera Jepun. Kepulangan mereka itu telah menambahkan lagi ketegangan keadaan

    ekonomi yang sudah sedia miskin akibat kehabisan bekalan makanan.50 Keadaan ini

    menyebabkan rakyat bangkit menentangan Jepun. Contohnya di Myanmar, sikap pro-Jepun ini

    berubah apabila tentera Myanmar memberontak pada Mac 1945.51 Pendapat ini turut disokong

    oleh Ienaga Saburo yang mengatakan pemberontakan ini berpunca daripada layanan buruk Jepun

    terhadap rakyat tempatan.

    Menurut Sjahrir yang merupakan seorang ahli politik Indonesia dan Pahlawan Nasional

    menyatakan zaman Jepun merupakan zaman yang malang bagi bangsa Indonesia. Menurut

    beliau, rakyat Indonesia terpaksa berhadapan dengan pelbagai perkara baru yang belum pernah

    dialami mereka antaranya ialah amalan tunduk hormat (saikee), dikasari dan dilayan sebagai

    manusia yang tidak berperasaan. Malah, Sjahrir tidak mempunyai pandangan yang tinggi

    terhadap Jepun.

    50 Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 270.51 Abu Talib Ahmad.Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 21.

    22

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    23/29

    People had expected them to be different, strong and more clever than theNetherlandeers they had defeated. What people saw were barbarians who were often

    more stupid then themselves.52

    Manakala golongan wanita pula dijadikan tempat pemuas nafsu apabila mereka dijadikan

    mangsa rogol oleh tentera Jepun. Nasib yang sama dialami oleh anggota tentera bawahan seperti

    yang berlaku di Myanmar. Pada tahun 1944, hampir 60,000 daripada 150,000 tentera bawahan

    telah terkorban disebabkan oleh persekitaran yang teruk dan kekurangan makanan selepas

    berundur dari Imphal dan Kohima yang terletak di perbatasan India-Burma. Kebanyakan

    daripada mereka masih muda iaitu berumur antara 20 hingga 22 tahun. 53 Hal ini turut diakui oleh

    Ohta Tsunezo, beliau mengakui bahawa pendudukan Jepun banyak menimbulkan kesan negatif

    di Myanmar khususnya paksaan untuk berkhidmat sebagai buruh dan kira-kira 30 000 orang

    telah terkorban semasa pembinaan jalan kereta api maut Burma-Siam. 54 Hal ini membuktikan

    bahawa corak pemerintahan jepun lebih menjurus kepada sistem paksaan.

    Sikap tentera Jepun yang kejam dan sombong terhadap masyarakat Indonesia telah

    mengundang perasaan ketakutan dalam kalangan masyarakat tempatan. Mereka sering dihukum

    dengan hukuman berat atas kesalahan yang kecil. Contohnya, Jepun telah bertindak zalim

    dengan memotong kakibagi golongan yang ingkar.55 Ternyata corak pemerintahan Jepun adalah

    lebih menjurus kepada sistem paksa dalam segala aspek termasuk dalam aspek kehidupan

    masyarakat Indonesia.

    7.2 Kemusnahan Harta Benda

    52Ibid. Hlm. 31.53 Abu Talib Ahmad.Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 24.54 M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford University Press. Hlm. 239.55 Abu Talib Ahmad.Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Hlm. 31.

    23

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    24/29

    Kemusnahan harta benda yang teruk juga turut berlaku akibat daripada pendudukan Jepun.

    Contohnya di Myanmar, bandar-bandar telah mengalami kemusnahan yang teruk disebabkan

    oleh serangan udara Jepun. Jepun juga telah merampas semua peralatan sains dan perabot rumah

    manakala perdagangan ke luar negeri telah dihentikan56. Manakala di Indonesia, ladang-ladang

    dan gudang-gudang tinggal dimusnah dan dibinasakan untuk meluaskan kawasan menanam

    bahan-bahan makanan, alat-alat perhubungan yang putus tidak dibaiki, barang-barang yang

    diimport hilang atau disimpan. Malahan pakaian susah hendak didapati akibat kemusnahan harta

    benda yang dilakukan oleh Jepun.

    7.3 Masalah Kebuluran

    Masalah kebuluran dikatakan sangat teruk pada masa ini. Buktinya boleh dilihat apabila

    bahagian selatan Myanmar dan bahagian utara Myanmar telah mengalami masalah kebuluran.

    Bahagian selatan Myanmar menderita akibat dari pergelutan untuk mendapatkan beras,

    sedangkan bahagian utara mengalami kebuluran. Eksport beras terpaksa dihentikan kerana

    kegagalan Jepun untuk mengambil alih dan menjadikan pertanian sebagai sara diri. Selatan

    Myanmar hampir keseluruhannya tidak mendapat minyak masak yang hanya dikeluarkan oleh

    daerah kawasan kering itu. Perdagangan ke luar negeri juga terhenti disebabkan oleh laluan

    darat yang melalui jalan raya telah musnah akibat perang. Petani juga kehilangan sebahagian

    ternakan seperti lembu kerana dirampas oleh pihak tentera Jepun yang sangat memerlukan

    makanan. 57 Kegagalan pihak Jepun mengeksport beras Burma dan mengimport barang-barang

    56 Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1007.57Ibid. Hlm. 1006.

    24

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    25/29

    pengguna yang penting telah mengakibatkan kesusahan yang amat sangat kepada masyarakat

    Myanmar.58

    7.4 Kawalan Terhadap Alat Komunikasi

    Seterusnya Jepun telah menguasai sepenuhnya media komunikasi seperti surat khabar, majalah,

    berita, radio, filem dan sebagainya. Surat khabar dan majalah tidak boleh diterbitkan tanpa

    kebenaran pihak Jepun. Sebarang pendapat atau cadangan yang tidak sesuai dengan kehendak

    Jepun juga tidak boleh diterbitkan. Surat khabar yang diterbitkan di bawah pengawasan badan-

    badan yang diwujudkan oleh Jepun diberi nama Jawa Shinbunkai.59 Dalam hal ini, Jepun

    bertindak menyekat penerbitan surat khabar bahasa Belanda, Cina, dan Indonesia dengan alasan

    menghalang pemikiran dan kemajuan penduduk Indonesia. Hanya surat khabar Tjasaja Timoer

    dan Pemandangan sahaja yang diteruskan penerbitannya.

    7.5 Taraf Kesihatan Merosot

    Jepun telah memaksa orang-orang Indonesia bekerja sebagai buruh untuk pembinaan jalan

    kereta api maut atau death railway yang menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok

    melalui Kauburi. 60Orang-orang Indonesia juga turut dikerah menjadi tenaga kerja secara paksa

    untuk membangunkan prasarana perang seperti kubu-kubu, jalanraya, lapangan terbang, bekerja

    di kilang, pelabuhan serta bekerja di kebun-kebun milik Jepun. Kerahan tenaga kerja ini berlaku

    berikutan berlakunya kadar peningkatan inflasi sejak tahun 1943.

    58 Abu Talib Ahmad. Sejarah Myanmar. Hlm. 271.59 Abu Talib Ahmad. Sejarah Myanmar. Hlm. 273.60 Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1008.

    25

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    26/29

    Kesan kerahan tenaga kerja menyebabkan taraf kesihatan rakyat juga semakin merosot.

    Secara kebetulan pada masa ini rakyat terdedah dengan pelbagai penyakit disebabkan tindakan

    anti-malaria yang terhenti serta serangan penyakit cacar, taun dan beri-beri. Malah, amalan

    pemakanan yang tidak sempurna serta jumlah ubat-ubatan yang sangat kurang telah

    menyebabkan jumlah kematian penduduk semakin bertambah secara mendadak. Hal ini berlaku

    kerana bekalan ubat tidak dihantar kepada klinik-klinik kerajaan tetapi digunakan untuk

    keperluan tentera Jepun manakala doktor dan jururawat yang sepatutnya merawat telah

    ditempatkan di kem-kem tentera Jepun.61

    8.0 Kesimpulan

    Tuntasnya, jelaslah menunjukkan bahawa kedatangan Jepun telah memberi implikasi

    yang mendalam kepada negara-negara jajahannya khususnya di negara Indonesia dan Myanmar.

    Kejayaan Jepun menguasai politik negara-negara tersebut menjadi titik tolak kepada penguasaan

    mereka terhadap aspek ekonomi dan sosial. Walaupun pendudukan Jepun di Asia Tenggara

    adalah singkat iaitu selama 3 tahun, tetap meninggalkan kesan terhadap sistem politik,

    ekonomi dan sosial negara jajahannya. Kesan terbesar dapat diperhatikan dalam aspek sosial

    antaranya telah mewujudkan perubahan pemikiran bagi meningkatkan semangat nasionalisme

    dalam kalangan rakyat tempatan misalnya di Indonesia. Pengunduran Jepun dari Asia Tenggara

    pada Sept 1945 telah diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan oleh masyarakat

    tempatan sehinggalah mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.

    61 Ooi Keat Gin. (2006). Burma During The Pasific War 1941-1945. dalam Southeast Asia: A Historical

    Encyclopedia. From Angkor Wat To East Timor. Vol 3. Hlm 290.

    26

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    27/29

    Bibliografi

    Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abu Talib Ahmad. (2007). Pendudukan Jepun (1942-1945) dan Asia Tenggara. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

    Azhar Mat Aros M. A. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Satu Kajian MengenaiPendudukan Jepun di Tanah Melayu. Bibliografi diperolehi daripada

    http://portalsfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/Pendudukan%20Jepun%20di20Tanah%20Melayu%201941-1945 pada 8 Oktober.Pdf.

    Bernhard Dahm. (1998). Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Ampang: Percetakan DewanBahasa dan Pustaka.

    Cummings. Joe. Etl. (1986). Indonesia; A Travel Survival Kit. Indonesia: Lonely Planet

    Publications.

    Davis. Leonard. (1987). The Philippines: People, Poverty & Politics, London: Macmillan Press.

    Dr. A.H.Nasution. (1966). Sejarah Perjuangan Nasional di Bidang Persenjataan. Jakarta: P.N.Karya Tjatos.

    Drs.C.C.T.Kansil S.H dan Drs Julianto S.A. (1968). Sejarah Perjuangan PergerakanKebangsaan Indonesia. Jakarta: Erlangga.

    Gin OOi (2004). Southeast Asia: A Historical encyclopaedia from Angkor Wat to East Timor.California: ABC-CLIO Inc.

    Hall. D. G. E. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    John H. Miller. (2008). Modern East Asia: An Introduction History. London: An East Gate

    Book.

    J. M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford UniversityPress.

    Kyaw Yin Hlaing & Taylor R.H (2005). Myanmar: Beyond Politics To Societal Imperatives.Pasir Panjang: Institute of Southeast Asian Studies.

    Li Narangoa dan Robert Cribb. (2003). Imperial Japan And National Identities In Asia, 1895-

    1945. London: Biddles Ltd.

    27

    http://portalsfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/http://portalsfss.um.edumy/portal/uploadFolder/pdf/
  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    28/29

    Mangunpradja dan Gatot. (1958). The Peta And My Relations With Japanese: A Correction Of

    Sukarnos Autobiography Ithica. New York: Universiti Cornell.

    Mary Somers Heidhues. (2000). Southeast Asia: A Concise History. London: Thames & Hudson

    Ltd.

    Marwati Djoned Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. (1992). Sejarah Nasional Indonesia:Jaman Jepang dan Jaman Repulik Indonesia. Jakarta: PT Balai Pustaka.

    M.C. Ricklefs (Ed.). (2010). A New History of Southeast Asia. United Kingdom: Palgrave

    Macmilan.

    M. Pluvier. (1977). South-east Asia From Colonialism to Independence. Oxford University

    Press.

    M.D.Sagimun. (1985).Perlawanan Rakyat Indonesia terhadap Fasime Jepan. Jakarta: Inti IdayuPress.

    Norman G. Owen (Ed.). (2005). TheEmergence of Modern Southeast Asia: A new History.

    USA: University of HawaiI Press.

    Osborne dan Milton. (2000). Southeast Asia: An Introductory History. New South Wales: Allen& Unwin.

    Ooi Keat Gin. (2006). Burma During The Pasific War 1941-1945. dalam Southeast Asia: A

    Historical Encyclopedia. From Angkor Wat To East Timor. Vol 3.

    Peter Church, (2006),A Short History of South- East Asia, Singapura : John Wiley & Sons (Asia)

    Pte Ltd.

    Reischauer, Edwin O., Craig, Albert M., (1973). Japan Tradition And Transformation. Sydney:

    George Allen & Unwin.

    R. Murray Thomas. (2001). Edited by: Wolf Mendl,Japan and South East Asia vol I (From theMeiji Restoration to 1945. London : Routledge, Taylor & Francis Group.

    Sardesai D.R. (1994). Southeast Asia Past And Present. Boulder: Westview Press.

    Sophie Quinn-Judge (2003). Ho Chi Minh: The Missing Years, 1919-1941. London: C.Hurst &

    Co. (Publishers) Ltd.

    Steinberg. David J. Wyatt. David K. etl. (1971). In Search Of Southeat Asia A Modern History.

    Kuala Lumpur: Oxford University Press.

    28

  • 8/3/2019 Asia Tenggara Soalan 1

    29/29