Asigmnt Bm Ke Bru

17
SENARAI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS i. Definisi kemahiran menulis ii. Konsep kemahiran menulis 2 3 2 PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN 4 - 6 3 TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU 7 - 8 4 JENIS KEMAHIRAN MENULIS DAN AKTIVITI TULISAN i. Jenis-jenis Kemahiran Menulis. 9 - 10 5 KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS 11 - 13 1

description

kaedah pengajaran bahasa melayu di sekolah rendah

Transcript of Asigmnt Bm Ke Bru

Page 1: Asigmnt Bm Ke Bru

SENARAI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS

i. Definisi kemahiran menulis

ii. Konsep kemahiran menulis

2

3

2 PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN 4 - 6

3TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAHASA

MELAYU7 - 8

4 JENIS KEMAHIRAN MENULIS DAN AKTIVITI TULISAN

i. Jenis-jenis Kemahiran Menulis.

9 - 10

5 KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

11 - 13

1

Page 2: Asigmnt Bm Ke Bru

1. PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS

1.1 Definisi kemahiran menulis

Sebagaimana yang kita telah tahu, kegiatan menulis ini telah beribu-ribu tahun dilakukan

oleh manusia. Hal ini kerana, tulisan ini adalah bahasa yang bertulis dengan pelbagai lambang

bunyi. Namun, sistem tulisan yang digunakan zaman dahulu dan sekarang amat jauh bezanya

kerana pada zaman permulaan, tulisan lebih kepada bentuk lakaran dan lukisan berbanding

sekrang yang menggunakan aksara dan bentuk huruf tertentu. Kemahiran menulis ini juga amat

berkait rapat dengan dua perkara penting iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca

dan kemahiran menggunakan lambang bagi mencatatkan idea tersebut. Kemahiran ini juga

merupakan satu kemahiran yang menzahirkan apa-apa sahaja di dalam minda melalui media

tulisan. Lagipun, terdapat tiga jenis sistem menulis iaitu logo grafik, suku kata dan juga

alphabet.

Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dengan baik

dalam penguasaan bahasa. Selain itu, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat dalam mengeluarkan idea dalam pelbagai jenis penulisan sama

ada berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman kreatif atau bukan kreatif. Penggunaan

ayat yang gramatis, tanda baca dan predikat yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik

dan kemas serta ejaan yang betul adalah merupakan hasil penulisan yang baik. Hal ini kerana

dengan ini, pembaca kan lebih senang menerima maklumat. Wacana yang mantap bermaksud

satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi dan setiap

ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara

2

Logo grafik : tulisan yang mewakili huruf atau

morfem

Suku kata: simbol yang terdiri daripada

konsonan dan juga vokalAlfabet: mewakili fonem

Page 3: Asigmnt Bm Ke Bru

satu ayat dengan ayat yang berikutnya. Seseorang pelajar mesti menguasai kemahiran menulis

dan penguasaan tatabahasa yang baik untuk menghasilkan penulisan yang mengandungi

wacana yang mantap.

1.2 Konsep kemahiran menulis

Pada abad mengejar kecemerlangan dalam pendidikan maka di sekolah para murid

diajar dalam pelbagai kemahiran. Perkara ini jelas apabila Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu sekolah rendah juga menambahkan kemahiran menulis dalam Standard Pembelajaran.

Kemahiran menulis adalah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta

mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan

dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan

yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep

menulis iaitu:

Hal ini kerana menulis boleh dikatakan sebagai satu proses untuk merakam atau

menghasilkan bahan-bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman dan perasaan dalam

bentuk tulisan. Proses ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya seseorang berhubung

dengan orang lain. Dalam erti yang lain, kita menlus untuk membuat orang lain memahami apa

yang ingin kita sampaikan. Perkara ini jelas diperkatakan oleh beberapa sarjana yang akan

saya simpulkan dalam rajah di bawah:

3

Aktiviti menghasilkan bahan-bahan

bertulis

Hasil kerja penulis dalam bentuk huruf dan alfabet

Penggunaan huruf bagi gambarkan satu makna

Bentuk penulisan

supaya dapat diambil kira

pendapat dan idea

Kamarudin Hj. Husin (1998)

Tulisan adalah lambang bunyiProses lambangkan bahasa dalam menyusun ayat bagi bentukkan wacana

Donn Byrne (1998)

Menulis bukan kemahiran yang diperoleh spontanMemerlukan usaha dalam mengatur ayat

Page 4: Asigmnt Bm Ke Bru

2. PENDEKATAN PENGAJARAN PENULISAN

Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat didefinisikan sebagai satu kaedah

atau cara, langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas.

Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang

saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran

bahasa. Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian

yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur

aksiomatik.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga telah dirangkumi tentang tiga

kemahiran yang penting iaitu, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca,

dan Kemahiran Menulis. Namun, dalam tugasan ini saya hanya akan menerangkan Kemahiran

Menulis yang merupakan peringkat tertinggi dalam tiga kemahiran ini. Berikut adalah

merupakan standard kandungan yang telah saya pilih.

Pelbagai pendekatan dapat digunakan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa. Dalam

perlkara ini tiada satupun pendekatan boleh dikatakan yang paling sesuai digunakan di dalam

bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak

diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut

serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan

pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Pelajar perlu berperanan sepenuhnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara dalam

membantu pelajar mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.

Menurut Raimes, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan untuk pengajaran

penulisan wacana. Antara pendekatan tersebut ialah :

Jenis Pendekatan Huraian Pendekatan Contoh

Pendekatan

Pendekatan ini telah digunakan pada

tahun 50-60 an iaitu pada zaman

Misalnya,daripada rancangan

pengajaran harian (RPH)

4

Standard Kandungan Standard Pembelajaran3.3 Membina dan menulis perkataan,

frasa, dan ayat dengan betul

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat

majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Page 5: Asigmnt Bm Ke Bru

Terkawal pendekatan audio-lingual yang

mengutamakan bahasa lisan

daripada penulisan malah

mengutamakan ketepatan murid-

murid menggunakan unsur-unsur

bahasa dan sintaksis. Perkara ini

jelas menunjukkan bahawa

pengajaran penulisan dipandu atau

dikawal lebih banyak pada peringkat

awal supaya murid-murid tidak

melakukan kesalahan dan beransur

kurang pada peringkat seterusnya.

Dalam hal ini, murid-murid masih

mempunyai kebebasan untuk

memilih kosa kata atau struktur ayat

sendiri.

Selain itu, guru juga boleh

menggunakan gambar, slaid, filem

dan muzik sebagai bahan bantu

mengajar murid bagi merangka

karangan.

dalam langkah 1, saya telah

merancang dengan

menunjukkan rajah kitaran

kehidupan seekor ayam

kepada murid agar mereka

dapat memahami tajuk hari

tersebut. Selepas itu, saya

akan menyuruh agar mereka

membina ayat tunggal

berdasarka rajah disamping

saya akan memantau mereka

semasa mengolah ayat.

Pendekatan bebas Dalam pendekatan ini, murid akan

bebas menulis berdasarkan tajuk

dengan memberi fokus pada isi atau

bahasa. Melalui pendekatan ini,

murid akan berpeluang meluahkan

kebolehan diri.

Namun, pendekatan ini hanya akan

dibuat setelah guru memastikan

bahawa anak didiknya mampu

berbuat sedemikian

Berdasarkan RPH yang telah

saya rancangkan, saya

menggunakan kaedah ini

sepanjang pengajaran saya.

Hal ini boleh ditunjukkan

dimana semasa langkah 1

saya menerangkan kitaran

hidup ayam dan langkah 2

saya menunjukkan video

kepada mereka. Perkara ini

akan lebih menjelaskan lagi

tajuk yang ingin disampaikan

saya. Selepas memastikan

5

Page 6: Asigmnt Bm Ke Bru

murid paham saya akan

memberi arahan agar mereka

membuat ayat tunggal dan

dalam masa yang sama saya

akan membimbing mereka.

Pendekatan Pola

Perenggan

Pendekatan ini mengutamakan ciri-

ciri pembentukan perenggan yang

baik. Ini dapat melatih pelajar supaya

berkeupayaan untuk memberikan

pendapat dalam perenggan dengan

lebih kemas dan tersusun lagi.Selain

itu,pendekatan ini juga dapat

membantu pelajar mengetahui cara-

cara meringkaskan penulisan

dengan baik. Pendekatan ini sesuai

digunakan untuk murid yang sudah

dapat menguasai kemahiran bahasa.

Antara latihan yang dapat

diaplikasikan seperti latihan mengkaji

contoh-contoh perenggan yang baik,

menyusun ayat-ayat yang disediakan

guru dalam satu perenggan yang

kemas, pelajar mengenal pasti,

memilih dan meninggalkan isi-isi

untuk dimasukkan dalam satu

perenggan dan pelajar mencari isi

penting dan isi bantu dalam sesuatu

perenggan

Perkara ini jelas ditunjukkan

dalam langkah 3 dimana

fokus utama ialah membina

Ayat Tunggal berdasarkan

lembaran kerja yang

diberikan kepada murid.

Sebagai contoh, lembaran

kerja ini boleh dikatakan

sebagai gambar bagi

merangsang murid-murid

membina ayat tunggal

berpandukan gambar

tersebut.

6

Page 7: Asigmnt Bm Ke Bru

3. TEKNIK DALAM KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU

Dalam setiap pengajaran dan pembelajaran tidak kira subjek apa, teknik yang betul

adalah amat penting untuk diamalkan. Hal ini kerana teknik adalah seperangkat pengetahuan

atau himpunan kelakuan atau cara di dalam kaedah. Tidak terkecuali, teknik dikatakan sebagai

perlaksanaan kaedah atau taktik yang digunakan oleh para guru untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar

Hj Abdul Aziz (1988) menegaskan teknik pengajaran ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu

organisasi yang berlaku secara nyata dan melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran

sebagai wahana di dalam bilik darjah yang dipastikan boleh mencapai sesuatu objektif.

Oleh sebab itu, bagi memastikan rancangan pengajaran saya menarik saya telah

memilih beberapa teknik yang sesuai bagi mengelakkan anak didik saya kebosanan. Antara

teknik yang saya pilih ialah teknik pengajaran berpandu. Berikut adalah maklumat yang

diringkaskan:

7

Page 8: Asigmnt Bm Ke Bru

Selain itu, saya juga memilih teknik sumbangsaran yang boleh disesuaikan dengan

aktiviti yang saya lakukan di RPH. Hal ini demikian kerana, bagi karangan yang berasaskan

fakta atau gambar, guru-guru boleh juga mempraktiskan teknik sumbangsaran atau

perbincangan yang melibatkan murid-murid sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada

beberapa kumpulan kecil dan membenarkan murid-murid mengembangkan idea secara

kolaboratif dengan pantauan guru. Teknik yang berasaskan pendekatan bebas ini

membolehkan murid-murid bebas melahirkan pendapat masing-masing secara kritis dan

analitikal berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.

Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tahap

dua. Pada tahap ini murid-murid diberikan kebebasan untuk menentukan hala tuju idea mereka

selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang yang disebutkan di atas. Murid-murid

juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah selagi ia

tidak terkeluar daripada skop penghasilan penulisan mereka. Penulisan bentuk ini boleh

8

Tugas murid dalam teknik ini:

Menyiapkan latihan yang diberikan secara berulang-ulang bagi menghasilkan penulisan yang mantap

Dalam RPH dimana teknik ini dilaksanakan: Langkah 3 dimana murid akan diberi lembaran kerja dan mereka perlu membina ayat tunggal

berdasarkan rangsangan

Langkah 4 bagi pelaksanaan penggayaan dan pemulihan. murid-muid diberikan kerja bagi

meningkatkan kemahiran menulis dan membina ayat tunggal.

Sebab saya memilih teknik ini: Teknik popular dan pengawasan guru

sepenuhnya

Merangkumi latih tubi dan soal jawab yang akan menghasilkan penulisan dimana

kesalahan akan dibetulkan

Page 9: Asigmnt Bm Ke Bru

dibahagikan kepada bentuk ilmiah seperti bentuk laporan, pidato, syarahan, debat yang

memerlukan bantuan fakta atau penulisan kreatif dalam bentuk penceritaan berdasarkan

peringkat pembelajaran murid-murid.

Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di

sekolah ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses penghasilan

karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan dibimbing secara

berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti membuat draf sehinggalah

kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit, membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata,

aspek gramatikal, olahan, hujah dan pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai digunakan

untuk proses penulisan yang berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.

4. JENIS KEMAHIRAN MENULIS DAN AKTIVITI TULISAN

4.1 Jenis-jenis Kemahiran Menulis.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996) mengatakan bahawa kemahiran menulis merupakan

kemahiran asas berbahasa dan juga merupakan kemahiran menyampaikan komunikasi antara

individu baik secara bersemuka ataupun secara imaginasi iaitu menulis novel sebagi misalnya.

Dalam kemahiran menulis yang merupakan peringkat tertinggi dalam kemahiran bahasa,

terdapat dua jenis penulisan yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum dapat membuat

satu karangan yang mantap dan padat. Antaranya ialah:

a) Terkawal Penulisan peringkat terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama

yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal

ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).

9

Page 10: Asigmnt Bm Ke Bru

Dalam jenis penulisan ini, susunan ayat ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit

dipimpin ke arah penulisan bebas. Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk

mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-murid. Kelancaran dalam

penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka

tanpa diganggu oleh soal bahasa.

Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberi, dikawal sepenuhnya agar murid-

murid tidak melakukan kesilapan. Pengawalan dilakukan terhadap murid-murid yang

seratus-peratus baru sahaja mula belajar mengarang atau didapati lemah dalam

mengarang. Selalunya, mereka menyalin apa sahaja yang ditulis oleh guru di papan

hitam. Latihan-latihan haruslah terdiri daripada perenggan yang pendek-pendek yang

bertujuan sebagai lathan mekanikal semata-mata. Antara bentuk aktiviti yang boleh

dilakukan berpandukan RPH yang telah dirancangkan ialah:

Dalam set induksi, murid akan

menjawab soalan yang dikaitkan

dengan tajuk iaitu Ayam

Langkah 1, murid akan

dibimbing membuat ayat

tunggal berdasarkan rajah

kitaran hidup ayam

Langkah 2, murid akan menulis

ayat tunggal berdasarkan video

yang ditunjukkan.

Walau bagaimanapun, guru masih boleh memasukkan variasi dan perhidangan

dalam latihan yang diberi pada peringkat tersebut iaitu peringkat menyalin dan

menghasilkan semula. Meraka misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat

daripada rajah tukar ganti yang mudah. Walaupun latihan tersebut adalah menyalin,

mereka diarahkan memilih satu item yang mereka suka daripada rajah tukar ganti

tersebut. Pada peringkat ini, item yang mereka pilih itu adalah yang berhubung dengan

leksikal, sedangkan struktur ayat adalah tepat dan sama.

Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :

10

Dapat mengurangkan kesilapan murid-murid

Menjadi asas kepada penulisan bebas

Merangsang murid agar dapat

menggunakan bahasa yang lancar dan

mengeluarkan idea

Page 11: Asigmnt Bm Ke Bru

b) Separa TerkawalSeterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan

kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan

sedikit daya pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran

guru. Contohnya, guru akan memberikan satu lembaran kerja seperti di Langkah 3 dan

kemudian murid-murid diminta membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar

rangsangan tersebut. Latihan tersebut mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan

murid-murid boleh melakukan kesalahan.

c) Berpandu.Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau

panduan ketika hendak membuat karangan. Pada peringkat ini, kemungkinan murid-

murid akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian

bagi mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami

sepenuhnya cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal.

Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan.

Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut

berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru

masih memberi bimbingan kepada murid-murid.

5. KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Menurut A. Kadir Hj. Ismail (1974) kaedah merupakan cara-cara yang diikuti oleh

seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid supaya mereka dapat

mencapai kejayaan dengan sepenuhnya, atau langkah-langkah yang diaturkan oleh guru

sebelum ia masuk ke bilik darjah untuk menjalankan tugasnya yang akan digunakan kepada

murid-murid supaya mereka menurut arahan dan perhatiannya. Guru telah menetapkan kaedah

yang akan digunakan terhadap murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran supaya sesi tersebut nanti akan berjalan menurut kehendak guru. Guru juga akan

dapat mengawal proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Ibnu Khaldun berpendapat kaedah-kaedah pengajaran merupakan teknik-teknik untuk

menyampaikan kandungan pengajaran kepada penuntut. Kaedah pengajaran ini hendaklah

11

Page 12: Asigmnt Bm Ke Bru

sentiasa dikaji dan diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan pelajar

menerima bahan pembelajaran. Walau bagaimanpun, perubahan-perubahan itu hendaklah

mempunyai garis-garis yang dijadikan panduan. Ahmad Mohd. Salleh (1997) pula berpendapat

kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara

teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat

pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi

mencapai sesuatu pengajaran. Menurut Al-Qabisi, asas perkaedahan dalam pendidikan

dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pembahagian mata pelajaran, objektif setiap

mata pelajaran dan teknik dan pendekatan pengajaran.

1. KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yangdipelajari.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah

yang unik. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakannya sewaktu mengajar Rasullallah S.A.W

membaca ayat yang pertama turun. Baginda diajar membacanya berulangkali sehingga dapat

membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah ini, iaitu yang

melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang

melibatkan lisan dan pergerakan otot.

TUJUAN LANGKAH PENGGUNAAN

Murid-murid dapat

menghafal perkataan-

perkataan bahasa Melayu

dan mengingat huruf-huruf

dalam perkataan tersebut

supaya apabila ditulis

mereka tidak melakukan

kesilapan. Secara tidak

langsung kaedah ini

berkait rapat antara

Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan guru-

guru perlu meminta muridmurid agar :

Menyebut perkataan yang diajar secara latih tubi

Latih tubi menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam

perkataan yang diajar.

Berulang-ulang kali menyebutnya sehingga dapat

menghafalnya

Setelah menghafalnya, minta murid-murid untuk menulis

huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan berikut.

Ini dapat memastikan tiada huruf yang tertinggal ketika

12

Page 13: Asigmnt Bm Ke Bru

kemahiran membaca dan

menulis.

menulisnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan

kesalahan ketika menulis perkataan tersebut.

Selain itu juga, kaedah bermain dalam pengajaran dan pengajaran juga dapat

meningkatkan perkembangan Kognitif. Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif

antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman,

1977)Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahirankesediaan, dan

sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990);kreativiri dan pemikiran divergent

(Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002);pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns &

Brainerd,1979);memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Hal ini dengan jelas telah

menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori

pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentinganyadi dalam aktiviti

bermain.Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.

Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran

tidak akan meninggalkan kesan positif dalam prosespengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak. Guru harus memainkan perananyang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya

agar melalui bermainboleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

KELEBIHAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN BILAKAH SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN

Seronok.

Murid belajar tanpa merekamenyedari

mereka belajar.

Tiada tekanan.

Berusaha untuk menang.

Menghafal secara tidak langsung

Mengajar tajuk baru.

Mengulang kaji.

Tajuk - tajuk penting peperiksaan.

Tajuk yang berkaitan faktor proses, cirri

dan kesan.

Mengabung beberapa tajuk.

Suasana pembelajaran yang dilakukan

secara kondusif.

13