Asingment pbs3

18
No. Tajuk 1. BIODATA 2. SEKAPUR SIREH 3. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 4. MAKLUMAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA 5. RANCANGAN DAN TAKWIM SEKOLAH 6. KOLABORASI 7. PERNYATAAN PROFESSIONAL - SEBELUM - SEMASA - SELEPAS 8. TUGASAN PBS: - SOALAN TUGASAN - HURAIAN JAWAPAN - FOKUS TUGASAN 9. REFLEKSI 10. BIBLIOGRAFI

Transcript of Asingment pbs3

Page 1: Asingment pbs3

No. Tajuk

1. BIODATA

2. SEKAPUR SIREH

3. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

4. MAKLUMAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA

5. RANCANGAN DAN TAKWIM SEKOLAH

6. KOLABORASI

7. PERNYATAAN PROFESSIONAL

- SEBELUM

- SEMASA

- SELEPAS

8. TUGASAN PBS:

- SOALAN TUGASAN

- HURAIAN JAWAPAN

- FOKUS TUGASAN

9. REFLEKSI

10. BIBLIOGRAFI

11. LAMPIRAN

BIODATA

Page 2: Asingment pbs3

NAMA: NADIA ATHIRAH BINTI ABDUL HAKIM.

NO. IC: 891213-03-5218

NO. MATRIK: 01382

KUMPULAN: PISMP-IPGM AMBILAN JANUARI 2009

KELAS: IP 4F

OPSYEN: PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

SUBJEK: BAHASA MELAYU

TARIKH PBS: 7 MAC – 11 MAC 2010

SEKOLAH:

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RIA, 08000 SG. PETANI, KEDAH

Page 3: Asingment pbs3

Alhamdulilah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Walaupun tugasan kali ini

dikatakan agak mencabar tetapi dengan pertolongan dan kerjasama banyak pihak,

tugasan ini tidaklah sesukar yang disangka. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu kerana keprihatinan

terhadap kami terutamanya dalam memberi penerangan yang jelas mengenai

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan selengkapnya.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua rakan seperjuangan kerana dengan pertolongan mereka telah membantu saya

dalam menyiapkan tugasan ini secara individu selanjutnya.

Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Sekolah

Kebangsaan Taman Sri Wang yang terdiri daripada barisan pentadbir sekolah, warga

pendidik, kakitangan sekolah dan para pelajar sekolah yang bersungguh-sungguh

membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima

kasih saya kepada guru besar sekolah, Encik Hamzah bin Abdullah, kerana begitu

bertanggungjawab dan sentiasa memberi kerjasama yang memberangsangkan dalam

memberi maklumat dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan Pengalaman

Berasaskan Sekolah ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kepada guru Bahasa Melayu yang lain terutama

Pn. Shakinah bt. Jusoh kerana membenarkan kami membuat pemerhatian semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung amat saya hargai.

Tanpa penjelasan dan maklumat yang telah diberikan oleh semua warga Sekolah

Kebangsaan Taman Sri Wang tentu sekali saya masih terkial-kial untuk mendapat

maklumat yang lengkap mengenai tugasan saya dalam Pengalaman Berasaskan

Sekolah ini.

Selain itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa

serta ahli keluarga saya yang turut menyumbang sokongan berbentuk moral mahupun

berupa kewangan dalam tugasan kali ini, tanpa mereka siapalah saya. Di samping,

Page 4: Asingment pbs3

setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pihak Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul

Halim kerana memberi peluang kepada kami untuk merasakan sendiri pengalaman

semasa berada sekolah walaupun hanya bersandarkan sebagai guru pelatih.

Pengalaman ini takkan saya lupakan sepanjang hayat.

Dengan kemudahan seperti pusat sumber dan teknologi maklumat dan

komunikasi ini saya dapat mencari maklumat sampingan di pusat sumber mahupun

mengakses maklumat dari internet seperti berada hanya di hujung jari sahaja.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga

kepada semua yang membantu saya dalam menyiapkan kajian mengenai Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) bagi tugasan minor (Bahasa Melayu) secara langsung

mahupun tidak langsung. Bantuan mereka amat saya hargai.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Page 5: Asingment pbs3

Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1994 ini adalah sebuah sekolah gred A, yang

terletak di kawasan perumahan Taman Ria, Sungai Petani, Kedah. Ianya dibangunkan

di atas keluasan tanah7.7 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar.

Selain daripada Taman Ria, ianya dikelilingi taman perumahan lain serta pembangunan

bandar Sungai Petani seperti Taman Ria Jaya, Perumahan Paya Nahu, Taman Peruda,

Lagenda Height, Bandar Aman Jaya dan lain-lain.

Oleh kerana terletak di dalam bandar Sungai Petani, sekolah ini berhampiran dengan

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah, Institut

Kemahiran Mara, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, dan lain-lain jabatan

kerajaan dan swasta serta gedung perniagaan dan hotel.

Meskipun dikategorikan sebagai sekolah dalam bandar, tetapi latar belakang keluarga

murid masih lagi bercampur antara 10 peratus golongan elit, 60 peratus pertengahan

dan 30peratus golongan biasa. Namun demikian, pecahan bangsa murid daripada 1807

orang murid hanya terdapat 4.5 peratus sahaja berbangsa India dan selebihnya

Melayu.

Dilihat kepada pencapaian dalam akademik khususnya peperiksaan awam UPSR, SK

Taman Ria menunjukkan peningkatan yang baik dari awal penubuhannya. Bermula

dengan hanya kelulusan 32.90peratus pada tahun 1995, meningkat hampir 100%

menjelang tahun 2000 iaitu 62.3 peratus. Pada tahun 2005, sekolah ini telah mencatat

sejarah, apabila mencapai peratus kelulusan paling tinggi iaitu 73.89 peratus.

Dalam bidang kokurikulum juga SK Taman Ria mencatat nama diperingkat daerah dan

negeri sebagai sekolah yang baik khususnya dalam permainan Bola Sepak, Ten Pin

Bowling dan Golf dan lain-lain

Address S.K TAMAN RIAJALAN RIA 4, TAMAN RIA 08000 SG/ PETANIKedahMalaysiaPhone Number S.K TAMAN RIA (04-4416675)

Page 6: Asingment pbs3

Visi SKTR

SKTR GEMILANG 2020

Misi SKTR

1. Memimpin,mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan;

2.Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum;

3.Melahirkan pelajar yang hebat dan bertrampilan dalam kokurikulum;

4.Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia;

5.Mewujudkan prasaranan sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.;

6.Menjalinkan hubungan yang baik dengan waris,komuniti setempat dan sebagainya.

PIAGAM PELANGGAN

Page 7: Asingment pbs3

Kami warga SKTR dengan penuh tekad dan iltizam;

1. Memastikan matlamat pendidikan sekolah rendah tercapai iaitu menjamin potensi

murid berkembang secara menyeluruh dan bersepadu serta melahirkan insan yang

seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Melaksanakan pengurusan pendidikan yang komited inovatif, prograsif dan

menerapkan budaya ilmu bagi memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk mengisi wawasan pendidikan.

3. Menjamin anak didik SKTR dapat mencapai sekuruang-kurangnya tahap minimum

kemahiran asas 3M pada akhir persekolahan.

4. Mewujud dan melaksanakan hubungan baik, layanan mesra dan segera kepada

waris, jabatan pelajaran, jabatan-jabatan lain, masyarakat sekitar dan semua pihak

mengenai semua urusan sekolah.

5. Memberi peluang kepada anak didik SKTR untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

kokurikulum mengikut minat masing-masing.

6. Memastikan kebajikan murid-murid dan staf sentiasa diberi perhatian dan keutamaan

serta mengamalkan perkhidmatan penyayang.

7. Bersedia menerima teguran, pandangan, cadangan dan syor ke arah kecemerlangan

Page 8: Asingment pbs3

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI WANG, O8000 SUNGAI PETANI, KEDAH

NO. TELEFON: 04-4484141

ALAMAT E-MAIL/ WEB SEKOLAH: http://www.sktmnria.blogspot.com

LOKASI: BANDAR.

NAMA GURU BESAR: PN. ESHAH BT. AWANG TALIB

NAMA GURU PK 1:

NAMA GURU PK HEM: PN. RUSNANI BT. ZAKARIA

NAMA GURU PK KOKURIKULUM: TN. HJ. ABDUL AZIZ B. HARUN

GRED SEKOLAH: A

BILANGAN GURU: LELAKI: 13 ORANG

PEREMPUAN: 78 ORANG

KELAYAKAN PROFESIONAL GURU: SISWAZAH: 49 ORANG

BUKAN SISWAZAH: 40 ORANG

JUMLAH MURID: 1921

TUJUAN TUGASAN

Page 9: Asingment pbs3

Mengumpul maklumat berkaitan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan aktiviti memanaskan badan Membuat pemerhatian terhadap pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan

oleh guru.

Membuat pemerhatian terhadap aktiviti murid semasa di padang.

Mendapat maklumat mengenai sumber pengajaran dan pembelajaran

Mengenal pasti strategi guru Pendidikan Jasmani dalam mengajar Pendidikan

Jasmani.

PERANCANGAN STRATEGI PELAKSANAAN

Membuat pemilihan yang tepat mengenai sekolah yang hendak dipilih untuk

melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Mendapatkan pelbagai instrumen dan sumber yang sesuai untuk mendapatkan

maklumat yang tepat dan jelas mengenai aktiviti yang akan difokuskan. Contohnya,

memastikan soalan yang akan ditanya semasa temu bual adalah sesuai dengan

kehendak aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah.

Menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat.

o Temu bual

o Pemerhatian

o Foto

Mengumpul semua maklumat mengenai sejarah sekolah serta mengumpul

kejayaan sekolah dari segi akademik dan kokurikulum.

Membuat portfolio dengan menggunakan semua maklumat yang ada.

PENYATAAN SEBELUM PBS

Page 10: Asingment pbs3

FOKUS UTAMA TUGASAN

Pada Semester Ketiga Ijazah Sarjana Muda, kami diberi tugasan untuk merasai

sendiri Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah pilihan sendiri

selama lima hari iaitu bermula pada 7 Mac 2010 – 11 Mac 2010. Oleh yang demikian,

saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Taman Ria untuk melaksanakan

Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk mata pelajaran minor (Pendidikan Jasmani).

Oleh yang demikian, aktiviti yang telah difokuskan dalam Pendidikan Jasmani

Berkaitan:

Aktiviti memanaskan badan

Penerangan mengenai aktiviti memanaskan badan

Tahap keselamatan aktiviti memanaskan badan

Keperluan warming down

Alatan Pendidikan Jasmani

Pembahagian masa dalam aktiviti tersebut

Saranan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

Sebelum menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, persiapan

utama yang telah kami lakukan ialah mendapatkan taklimat yang jelas oleh pensyarah

Pendidikan Jasmani, Selepas itu, kami telah membincangkan fokus utama dan objektif

utama yang perlu dilakukan untuk menjayakan Pengalaman Berasaskan Sekolah

dengan berkesan.

Setelah objektif yang telah disarankan telah dibuat, kami telah menyediakan

semua bahan dan soalan yang perlu ditanya untuk melaksanakan PBS. Dengan

perancangan yang agak rapi dan sistematik ini, saya harap semua objektif yang

difokuskan dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah akan tercapai hendaknya sejajar

dengan kehendak Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

Page 11: Asingment pbs3

PENYATAAN SEMASA PBS

Kami telah mencari maklumat berpandukan tugasan Pendidikan Jasmani mengikut

perancangan yang dirancang.

Semua maklumat telah berjaya kami kumpul sepanjang 5 hari berada di Sekolah

Kebangsaan Taman Ria.

PENYATAAN SELEPAS PBS

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian saya dalam melaksanakan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 5 hari bermula daripada 7 Mac 2010 – 11

Mac 2010, saya dapati semua perancangan dalam sekolah dari segi pentadbiran, hal ehwal

murid, gerak kerja kokurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan

dengan adanya satu perancangan yang awal dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Di samping itu, semua sesi temu bual dan pemerhatian telah berjalan dengan

lancar dan mendapat maklumat yang berguna daripada pihak sekolah. Sesi temu bual

bersama guru besar, Pn. Eshah bt. Awang Talib berjalan dengan baik sekali dan memuaskan

hati saya kerana beliau sangat bijak memberikan pendapat dan saranan mengenai tugas

pendidik dan pelajar serta telah memberi penerangan yang jelas mengenai sejarah Sekolah

Kebangsaan Taman Ria.

Selain itu, sesi temu bual saya bersama semua guru penolong kanan

kokurikulum dari aspek pentadbiran, kokurikulum berjalan seperti yang saya kehendaki.

Semua persoalan yang berada di fikiran saya selama ini telah dapat saya selesaikan.

Maklumat mereka sangat berguna dalam objektif tujuan Pengalaman Berasaskan Sekolah

yang saya jalani.

Seterusnya, bersesuaian dengan kemudahan-kemudahan yang saya lihat di

Sekolah Kebangsaan Taman Ria agak lengkap dengan peralatan yang sudah maju

bersesuaian dengan teknologi yang semakin canggih pada masa kini. Kekurangan

Page 12: Asingment pbs3

kemudahan telah dipertingkapkan untuk menjadi kemudahan yang lengkap seperti bilik

tayangan yang sedang menjalani proses menaik taraf supaya kelebihannya akan dirasai oleh

warga sekolah kelak. Alatan sukan juga boleh dikatakan agak lengkap.

Oleh itu, terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan yang prihatin dalam

memberikan bantuan untuk melengkapkan lagi prasarana sekolah Kebangsaan Taman Ria.

Di samping itu, warga sekolah yang yang bertanggungjawab untuk meningkat nama sekolah.

REFLEKSI

Pada semester kali ini, kumpulan PISMP semester ketiga telah

ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama satu minggu

Page 13: Asingment pbs3

untuk menyelesaikan tugasan mata pelajaran minor kami. Oleh yang demikian, saya

sebagai guru pelatih bagi mata pelajaran minor Pendidikan Jasmani telah

melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Taman

Rian bermula daripada 7 Mac 2010 sehingga 11 Mac 2010.

Sebelum saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah selama lima

hari, saya telah merangka jadual untuk dilakukan sepanjang berada di sekolah untuk

memastikan semua yang perlu dilakukan dapat diilaksanakan dengan sempurna dan tidak

ada yang terlepas daripada pandangan saya. Di tambah lagi, dengan adanya jadual

perlaksanaan kerja yang telah saya rangka sendiri, saya akan lebih bersedia untuk

menjalani PBS ini.

Saya bersama dengan empat guru pelatih lain yang turut mengambil mata

pelajaran minor Pendidikan Jasmani bersama mengumpul maklumat mengenai tugasan

kali ini, bertepatan dengan tujuan PBS kami pada kali ini. Di kesempatan itulah, kami

menggunakan masa dengan sebaik mungkin untuk melakukan tugasan yang diberikan. Di

samping itu, kami juga telah menemuramah beberapa orang guru berkenaan dengan

tugasan kami yang lebih menjuurus kepada aktiviti memanaskan badan dalam subjek

Pendidkan Jasmani.

Sepanjang kami mencari maklumat dan membuat pemerhatian terhadap

aktiviti memanaskan badan yang dilakukan oleh murid. Kami dapati mereka tidak

mengabaikan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan dalam setiap

permainan yang mereka lakukan. Setiap langkah yang dilaksanakan agak berkesan.

Sesungguhnya, semua murid dan guru memberi kerjasama kepada kami untuk

menyiapkan tugasan kali ini.

Oleh yang demikian, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada guru besar sekolah, Pn. Eshah bt. Awang Talib kerana membenarkan

saya untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah di sekolah Sekolah

Kebangsaan Taman Ria. Di samping tidak dilupakan juga kepada guru-guru penolong

kanan, khasnya guru penolong kanan kokurikulum serta para guru Sekolah Kebangsaan

Page 14: Asingment pbs3

Taman Ria kerana memberi banyak bantuan. Tanpa bantuan mereka, tentu saya tidak

dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya lalui

selama lima hari telah memberi pelbagai persepsi baik tugas sebagai guru Pendidikan

Jasmani dan saya berharap saya dapat mengharungi tanggungjawab sebagai guru

dengan penuh semangat dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Di samping

itu, saya bersyukur semua maklumat yang penting telah berjaya diperoleh dengan

bantuan seluruh warga sekolah secara langsung mahupun tidak langsung.