ASPEK ROHANI&INTELEK.docx

4
ASPEK ROHANI Selesai dengan bidasan terhadap hujah pihak pembangkang, kita teruskan dengan hujah kami di pasukan pencadang berdasarkan aspek kerohanian berpaksikan kata kunci ______________________. Hadirin sekalian, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa kokurikulum dalam sistem persekolahan sebelum ini sering dipandang remeh. Namun begitu, dengan pengimplementasian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Falsafah Pendidikan Negara, kita dapat menjangka bahawa scenario lama ini bakal berubah. Kami percaya bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di sekolah dapat membantu perkembangan potensi dan pembangunan modal insan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Aktiviti kokurikulum ternyata memainkan peranan dalam menyumbang terhadap aspek rohani para pelajar. Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global, antaranya iala etika dan kerohanian.

Transcript of ASPEK ROHANI&INTELEK.docx

Page 1: ASPEK ROHANI&INTELEK.docx

ASPEK ROHANI

Selesai dengan bidasan terhadap hujah pihak pembangkang, kita teruskan dengan hujah kami di pasukan pencadang berdasarkan aspek kerohanian berpaksikan kata kunci ______________________.

Hadirin sekalian, kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa kokurikulum dalam sistem persekolahan sebelum ini sering dipandang remeh. Namun begitu, dengan pengimplementasian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam Falsafah Pendidikan Negara, kita dapat menjangka bahawa scenario lama ini bakal berubah.

Kami percaya bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di sekolah dapat membantu perkembangan potensi dan pembangunan modal insan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Aktiviti kokurikulum ternyata memainkan peranan dalam menyumbang terhadap aspek rohani para pelajar. Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global, antaranya iala etika dan kerohanian.

Cuba kita bayangkan senario para pelajar graduan sekolah menengah yang lemah dari segi penglibatan kokurikulum bukan sahaja ketika hendak memasuki IPTA malah setelah berjaya berbuat demikian. Pastinya keperibadian mereka tidak lengkap justeru mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan gejala negatif. Hal ini bukan tokok tambahan semata-mata. Buktinya ialah menurut laporan daripada artikel Berita Harian pada tarikh 2 Mei 2013, yang mana seorang pelajar cemerlang di IPTA telah terlibat dalam kegiatan pembuatan dadah. Pelajar ini seolah-olah hilang dasar moralnya dan tidak takut dengan Tuhan. Kami percaya bahawa melalui aktiviti KK seperti kelb dan persatuan ataupun unit beruniform, kita dapat

Page 2: ASPEK ROHANI&INTELEK.docx

membentuk rohani mereka agar teguh kepercayaan selain membantu mereka membezakan apa yang baik dan buruk.

Contohnya, dalam aktiviti berkumpulan yang dilakukan dalam unit beruniform juga dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin selain kemahiran dalam kalangan pelajar. Bukankah ini yang kita mahukan untuk dipahat di sanubari anak watan negara agar mempunyai kebolehan yang secukupnya untuk bersaing dalam persaingan sengit globalisasi?

Pengalaman? Kalau sekadar duduk terpengap di dalam kelas sahaja, bagaimana kita hendak mengharapkan anak-anak pelajar mempunyai kebolehan dan kemahiran yang seimbang?

ASPEK INTELEK

Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab mata pelajaran juga boleh membantu meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang, malah melebihi apa yang ditetapkan/dihadkan dalam silibus pelajaran. Peningkatan peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada kurikulum agar menjadi seimbang dapat mengelakkan kurikulum /akademik daripada terus terbeban.

Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, beliau berkata bahawa walaupun aktiviti kokurikulum hanya mewakili 10 peratus berbanding 90 peratus pencapaian akademik dalam kriteria kemasukan pelajar, namun kokurikulum ini tetap dianggap penting. (INSERT 10 SEN KECINDAN HERE(?))

Tambahnya juga, tidak dinafikan keputusan akademik menjadi ukuran awal/indicator awal untuk melayakkan diri menghadiri temuduga kerja tetapi lazimnya pada hari ini, orang sudah mengetahui bahawa soalan akademik tidak akan ditanya oleh penemuduga. Orang awam semua sedar bahawa perkara yang sering dinilai atas dasar __________ semasa sesi temuduga adalah meliputi

Page 3: ASPEK ROHANI&INTELEK.docx

kemahiran insaniah seperti berkomunikasi, berfikir secara kritis, etika dan kerohanian, kerja berpasukan, professionalisme dan kepimpinan. Semua ini adalah sangat penting untuk memastikan para graduan dapat memiliki peluang yang lebih cerah selain membina kebolehan untuk mengadaptasikan diri bagi berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah.

Nanti akhir-akhirnya perkara inilah yang akan menjadi kriteria utama yang akan dinilai untuk bekerja. Penemuduga akan melihat pelbagai aspek unik yang bersifat sangat holistik.