Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

26
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009 1. Pengenalan Bahasa Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam, kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal dengan pantun, gurindam, perumpamaan dan sebagainya. Sastera mempunyai peranan yang besar dalam membina ketamadunan. Bangsa yang bertamadun tinggi mempunyai kesusasteraan yang tinggi. Menurut Hashim Awang (1985), sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ini kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Dalam bidang pendidikan, sastera mampu menyumbang dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan telah mewajibkan semua pelajar di sekolah menengah mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Inggeris. Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) telah diperkenalkan mulai dari tahun 2000 di sekolah menengah secara berperingkat-peringkat. Di Muka surat 1

description

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam, kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal

Transcript of Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Page 1: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

1. Pengenalan

Bahasa Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan

gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka

semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam,

kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal

dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal dengan pantun, gurindam, perumpamaan dan

sebagainya.

Sastera mempunyai peranan yang besar dalam membina ketamadunan. Bangsa yang bertamadun

tinggi mempunyai kesusasteraan yang tinggi. Menurut Hashim Awang (1985), sastera

merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun

sesuatu bangsa. Ini kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang

berlaku dalam sesebuah masyarakat.

Dalam bidang pendidikan, sastera mampu menyumbang dalam membentuk pelajar yang

seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani sebagaimana yang dihasratkan dalam

Falsafah Pendidikan Negara. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan telah mewajibkan semua

pelajar di sekolah menengah mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Inggeris. Komponen

Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) telah diperkenalkan mulai dari tahun 2000

di sekolah menengah secara berperingkat-peringkat. Di sekolah rendah pula kesusasteraan

diserapkan di dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

Bahan sastera yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Malaysia adalah seperti puisi, cerpen,

novel, gurindam, ragam bahasa dan sebagainya. Kepelbagaian bahan sastera ini secara tidak

langsung menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa dan sastera. Di samping menarik

minat pelajar, bahan sastera juga akan dapat membentuk jati diri, memupuk rasa kecintaan

terhadap bahasa Malaysia, dan menyatupadukan rakyat Malaysia.

Muka surat 1

Page 2: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

2. Objektif

Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah mempunyai objektif yang

digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, iaitu :

2.1 membaca pelbagai bahan sastera dan bahyan berunsur pengetahuan dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu

den memproses maklumat secara kritis ;

2.2 memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan ;

2.3 memperkembangkan kekuatan imaginasi,kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis ;

2.4 mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur

pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai

dan betul ;

2.5 menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya

berunsur ilmu ; dan

2.6 menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,

dan perasaan cinta akan negara.

3. Sajak Pilihan

3.1 ‘Guru O Guru’

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Muka surat 2

Page 3: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Muka surat 3

Page 4: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

3.2 Sumber

Sajak ‘Guru O Guru’ telah dihasilkan oleh tokoh Sasterawan Negara Allahyarham

Datuk Usman Awang pada tahun 1979. Sajak ini merupakan salah satu hasil

nukilan beliau yang terkenal.

4. Maksud Sajak ‘Guru O Guru’

Sajak ‘Guru O Guru’ membawa tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian profesion keguruan.

Menurut penulis guru merupakan manusia yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa

memberikan ilmu dengan ikhlas demi untuk membentuk generasi muda yang berjaya dan

cemerlang. Persoalan ini dinyatakan penulis dalam rangkap pertama.

Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai ibu bapa, dan rakan

yang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada pelajarnya. Guru juga pemimpin

atau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan masyarakat. Pandangan dan nasihatnya

akan terus diingati.

Selain itu dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa seorang guru yang

telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana dan

rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar seorang guru

mengajar membaca dan menulis.

Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru yang mengajar di

bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka sangat besar. Mereka sanggup

mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman semata-mata untuk menurunkan ilmu.

Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar untuk

dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat “Cikgu” sehingga ke

akhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi meskipun tidak

mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran ‘Tun’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya.

Kesimpulannya, sajak ‘Guru O Guru’ mengangkat tema keguruan yang menyatakan jasa,

pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam masyarakat.

Muka surat 4

Page 5: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

5. Aspek Bahasa

5.1 Bahasa Kiasan

Bahasa kiasan adalah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan

mengkiaskan kepada perkara yang lain sama ada menyebut bandingannya ataupun

tidak. Dalam sajak ini penulis telah menggunakan bahasa kiasan berkacau iaitu

bahasa kiasan yang menunjukkan kesesuaian antara satu bahagian dengan

bahagian yang lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik. Misalnya

‘Pelita dan lampu segala’, ‘Seribu tahun katanya menjadi hikmat’ dan ‘Dia

adalah guru mewakili seribu buku’.

5.2 Ragam Bahasa

Menurut Lokman Abdul Wahid (2006), ragam bahasa ialah ciri gaya penceritaan

tertentu menurut bidang penggunaannya bertujuan untuk menguatkan dan

mempertajamkan maksud supaya pembaca atau pendengar mendapat kesan

daripadanya.

5.2.1 Ragam Bahasa Naik

Menurut Lokman Abdul Wahid (2006), bahasa naik merujuk kepada ragaman

bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati

pembaca, akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dari dataran yang

kendur kepada dataran yang semakin terik atau tegang, membawa pembaca atau

pendengar selangkah demi selangkah sampai ke kemuncak, iaitu kepada apa yang

hendak disebutkannya. Terdapat ragam bahasa naik dalam sajak ini iaitu dalam

rangkap ketiga ;

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Muka surat 5

Page 6: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

5.2.2 Ragam Bahasa Besar

Ragam bahasa besar mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan, melebihi

apa yang sepatutnya. Sajak ini menunjukkan penggunaan ragam bahasa

besar pada baris ayat berikut ;

‘Seribu tahun katanya menjadi hikmat’

‘Dia adalah guru mewakili seribu buku’

5.3 Ayat

Sajak ini menggunakan ayat penyata misalnya ‘Sejarahnya dimulakan oleh

seorang guru biasa’, ‘Dia adalah guru mewakili seribu buku’ dan sebagainya.

Selain itu, penulis juga menggunakan ayat aktif seperti ‘Seribu tahun katanya

menjadi hikmat’, dan ‘Dialah pemberi paling setia’. Manakala ayat pasif pula

‘Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa’.

Penyajak juga menggunakan kata hubung dalam ayat. Misalnya kata hubung

‘untuk’, ‘dengan’ dan ‘yang’. Contoh ayat ;

‘Untuk manusia sebelum menjadi dewasa’

‘Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca’

‘Pemimpin yang ditauliahkan segala umat’

‘Budi yang diapungkan di dulang ilmu’

Muka surat 6

Page 7: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

6. Aspek Nilai

Sajak ‘Guru O Guru’ sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah sekali oleh

penulis. Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis guru

mencintai ilmu dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya. Dalam rangkap kedua pula

penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya kepemimpinan yang ada

pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa menyayangi anaknya dan menjadi

sahabat akrab terhadap pelajarnya..

Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik anak muridnya

sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai

pengorbanan guru yang sanggup bertugas di bandar, luar bandar dan pedalaman semata-mata

untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Seterusnya, penulis

menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan sentiasa diingati oleh masyarakat.

Panggilan ‘cikgu’ akan kekal meskipun seseorang guru sudah berpencen.

7. Aspek Struktur

7.1 Tema

Sajak ‘Guru O Guru’ bertemakan kerjaya perguruan yang mulia.

7.2 Persoalan

Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam sajak ‘Guru O Guru’,

antaranya ;

7.2.1 Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik.

7.2.2 Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib.

7.2.3 Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan jasa guru.

7.2.4 Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan

pedalaman.

7.2.5 Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat.

Muka surat 7

Page 8: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

7.3 Bentuk

Sajak ‘Guru O Guru’ adalah sajak moden. Walau bagaimanapun, sajak ini

mengandungi pengaruh syair jika dilihat dari segi penggunaan rima akhir yang

sama. Contohnya penggunaan rima akhir ‘a’ pada rangkap pertama dan ketiga.

Manakala rima akhir ‘at’ pada rangkap kedua.

Selain itu, sajak ini mengandungi 27 baris ayat dalam lima rangkap. Bilangan

perkataan dalam baris tidak sama. Paling sedikit 4 perkataan dalam satu baris,

manakala jumlah perkataan yang paling banyak ialah 7 perkataan.

7.4 Gaya Bahasa

7.4.1 Hiperbola

Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara

berlebihan-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contohnya ;

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Dia adalah guru yang mewakili seribu buku.

7.4.2 Rima

Rima bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua

baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi. Dalam sajak ‘Guru O Guru’ yang

paling jelas penulis menggunakan rima akhir ‘a’ pada perkataan terakhir dalam

setiap baris pada rangkap pertama dan rangkap ketiga. Seterusnya, pada rangkap

kedua penulis menggunakan rima akhir ‘at’. Pada rangkap keempat penulis

menggunakan rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘u’, ‘u’ dan ‘a’, ‘a’. Manakala pada rangkap

terakhir penulis menggunakan rima akhir ‘u’, ‘u’, ‘at’ dan ‘at’.

7.4.3 Asonansi

Muka surat 8

Page 9: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Asonansi bererti pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.

Dalam sajak ini penulis telah menyelitkan unsur gaya bahasa asonansi seperti

pengulangan vokal ‘a’, ‘i’ dan ‘u’ dalam baris berikut ;

Pelita dan lampu segala

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Tiap akar ilmu miliknya

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

7.4.4 Aliterasi

Aliterasi bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

Dalam sajak ini, penulis telah menggunakan unsur aliterasi seperti pengulangan

konsonan ‘m’, ‘n’, ‘p’ dan ‘g’ dalam baris berikut ;

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

7.4.5 Pengulangan

Dalam sajak pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris, dan rangkap.

Pengulangan boleh dibahagikan kepada anafora, epifora dan repitisi.

Pengulangan anafora bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara

berurutan. Sajak ‘Guru O Guru’ mengandungi unsur pengulangan anafora yang

ketara, umpamanya pengulangan rangkai kata ‘Jika hari ini ...’ dalam rangkap

ketiga ;

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Muka surat 9

Page 10: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Selain itu, sajak ‘Guru O Guru’ juga mengandungi unsur pengulangan epifora

iaitu pengulangan kata pada akhir baris seperti perkataan ‘dewasa’ dan ‘negara’

pada baris berikut ;

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Manakala pengulangan repitisi iaitu pengulangan kata dalam baris yang sama

ditunjukkan dalam sajak ‘Guru O Guru’ seperti berikut ;

Pengulangan perkataan ‘dialah’ dalam baris Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

7.4.6 Perlambangan

Perlambangan merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu

benda, keadaan, dan peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya

lebih mendalam. Dalam sajak ‘Guru O Guru’ penulis ada menggunakan unsur

perlambangan seperti berikut ;

Pelita dan lampu segala

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Dia adalah guru mewakili seribu buku

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Muka surat 10

Page 11: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Tarikh : 09.01.2009

Tahun : 6 Amanah

Masa : 8.00 – 9.00 pagi

Bilangan Murid : 40 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Kesenian dan kebudayaan

Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat ;

i. Mendeklamasikan sajak dengan intonasi dan sebutan yang betul.

ii. Mengenalpasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan.

iii. Menjawab 3 – 5 soalan kefahaman tentang sajak dengan betul.

iv. Menulis 3-5 ayat penyata dengan betul menggunakan kata nama dan kata ganti nama dalam sajak.

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

Aras 2

(i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untukmenyokong fakta.

Fokus Sampingan

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras : 2

Muka surat 11

Page 12: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

(i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

9.2 mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1

(i) memilih dan menulis idea yang terdapat dalam petikan yang didengar.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa : 1. Morfologi : Kata Nama

2. Sintaksis : Ayat Penyata

3. Kosa Kata : keramat, alur, hikmat, terkemuka, ceruk desa, dan takhta.

Pengisian Kurikulum :

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : menghargai , patriotisme, kasih

sayang, pengorbanan, mengenang

jasa, dan ikhlas

Kemahiran Berfikir : membuat gambaran mental,

meramal, dan membuat

perbandingan

Belajar Cara Belajar : Kemahiran Belajar

: membaca luncuran,mencatat nota

Kemahiran Maklumat : Membuat Rujukan

Kecerdasan Pelbagai : kinestetik, intrapersonal

interpersonal, verbal-linguistik,

Muzikal

Bahan Bantu Mengajar :

Sajak ‘Guru O Guru’

Muka surat 12

Page 13: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Borang Pengurusan Grafik Fail WMA “ Deklamasi Sajak Guru O Guru” Peralatan multimedia, persembahan power point

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mengenali tokoh-tokoh Sasterawan Negara Murid mengtahui tanggugjawab guru Murid boeh membina ayat penyata Murid mengetahui tentang puisi lama dan moden. Murid tahu menyanyikan lagu ‘Terima kasih Cikgu’

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Persembahan Grafik ’Power Point’

Rakaman lagu “Terima kasih Cikgu ”.

Soalan :1. Siapa nama guru kamu?2. Apakah jasa guru terhadap kamu?3. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika tiada guru?

Guru menunjukkan persembahan grafik ’Power Point’ dan memainkan lagu ”Terima kasih Cikgu”.

Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama.

Guru bersoaljawab dengan murid. Guru mengaitkan lagu dengan

pelajaran.

Kecerdasan

Pelbagai:

Muzikal

Verbal Linguistik

KBKK :

Meramal

Langkah 1

(10 minit)

Persembahan Grafik ’Power Point’ Sajak ’Guru O Guru’.

Rakaman Deklamasi Sajak ’Guru O Guru’

Kosa kata : keramat, alur, hikmat, terkemuka, ceruk desa, dan takhta

Guru menunjukkan persembahan grafik ’Power Point’ Sajak ’Guru O Guru’ di skrin putih.

Guru memainkan rakaman deklamasi Sajak ’Guru O Guru’

Guru meminta murid mendeklamasikan sajak berpandukan rakaman.

Guru dan murid membaca sajak bersama-sama.

Guru meminta wakil murid membuat persembahan deklamasi sajak.

Kecerdasan

Pelbagai :

Intrapersonal

Interpersonal

Muka surat 13

Page 14: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Langkah 2

(20 minit)

Persembahan Grafik ’Power Point’ Sajak ’Guru O Guru’.

Borang Pengurusan Grafik

Guru membahagikan murid kepada 4 buah kumpulan.

Guru menunjukkan borang pengurusan grafik dan mengedarkan salinannya kepada wakil murid.

Guru meminta setiap kumpulan melengkapkan borang pengurusan grafik.

Guru membimbing murid melengkapkan borang.

Guru menyuruh wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

Guru merumuskan hasil perbincangan murid.

Nilai :

Patriotisme

Menghargai

Ilmu : Pendidikan Moral

Belajar Cara Belajar :

Membaca luncuran

Mencatat nota (isi-isi penting)

Langkah 3 (15 minit)

Sistem BahasaMorfologi :Kata Nama

Sintaksis :Ayat Penyata

Brosur Kata Nama dan Ayat Penyata

Lembaran Kerja

Guru memaparkan brosur kata nama dan ayat penyata kepada murid.

Guru mengedarkan salinan brosur kepada setiap kumpulan.

Murid mendapatkan maklumat di dalam brosur.

Guru meminta murid menyenaraikan kata nama dan ayat penyata di dalam sajak.

Guru meminta murid menulis 5 ayat penyata dengan menggunakan kata nama dalam sajak.

Murid menulis ayat di dalam lembaran kerja.

BBM :

Brosur, Grafik ’Power Point’ , lembaran kerja

Kecerdasan Pelbagai :

Interpersonal, intrapersonal,

KBKK :

Aplikasi,

Langkah 4 (7 minit)

Lembaran Kerja Soalan :

1. Siapakah penulis sajak ’Guru O Guru’?2. Bagaimanakah kamu

Guru memaparkan soalan di skrin putih dan meminta murid menjawab soalan.

Guru membimbing murid menjawab

BBM :

Grafik ’Power Point’ ,

Kecerdasan

Muka surat 14

Page 15: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

menghargai jasa guru?3. Apakah persamaan di antara guru dengan ibu bapa kamu?4. Apakah perbezaan di antara guru dengan ibu bapa kamu?5. Apakah pengorbanan seorang guru?

Pengayaan :Menulis kata-kata penghargaan kepada guru.

Pemulihan :Membaca dan menulis kata nama dan ayat penyata.

soalan.

Murid menulis jawapan dalam buku latihan masing-masing.

Guru meminta murid yang cerdas dan telah menyiapkan tugasan menulis 3 kata-kata penghargaan kepada guru.

Guru membimbing murid lemah membaca dan menulis kata nama dan ayat penyata.

Pelbagai :

Interpersonal, intrapersonal,

KBKK :

Membanding beza.

Penutup (3 minit)

Persembahan Grafik ’Power Point’

Rakaman lagu “Terima kasih Cikgu ”.

Rumusan guru dan murid ; Kerjaya guru merupakan kerjaya yang mulia dan mereka perlu dihargai.

Guru meminta murid menyanyikan bersama-sama lagu ’Terima kasih Cikgu’

Guru dan murid merumuskan isi pelajaran.

Murid mengucapkan terima kasih kepada guru.

BBM :

Grafik ’Power Point’, Lagu ’Terima kasih Cikgu’, dan peralatan multimedia.

KP

Muzikal

Rujukan

Muka surat 15

Page 16: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Abdul Aziz Awang (2006). Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan.Sasbadi Sdn. Bhd.

Dr.Ali Mahmood dan etc. al. (2006). HBML1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu.

Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://zooma.com.my (2009.03.13)

Nik Safiah Karim dan etc. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Selangor Darul Ehsan.

Dawama. Sdn. Bhd.

www.esastera.com/ komsas PMR/ (2009.03.17)

www.geocities.com/sajak29/moden/usman/index.htm (2009.03.17)

www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_06.asp?h=60104&e=PMR&s=BM&ft=FTN&t=2

(2009.03.15)

www.ujanailmu.com.my/cat (2009.03.18)

Lampiran 1

Muka surat 16

Page 17: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Baca dengan teliti sajak ’Guru O Guru’ di bawah ini.

‘Guru O Guru’

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Muka surat 17

Page 18: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Lampiran 2.

Muka surat 18

Page 19: Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/[email protected] 2009

1. Senaraikan isi–isi penting daripada sajak ‘Guru O Guru’

Sajak

Guru O Guru

Muka surat 19