Kerja Kursus sastera

20
1.0 KAEDAH STRUKTURAL 1.1 PENGENALAN Bertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman ,imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya. Kaedah Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Kaedah ini cenderung membicarakan elemen- elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang munkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsure fizikal seperti watak luar, teknik dan sebaginya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi ( tema dan persoalan) karya sastera. 1.2 SEJARAH KAEDAH STRUKTURAL Pendekatan Struktural berasaskan kepada idea struktur dalam teori Struktural. Teori Struktural berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terry Eagleton,1983:106). 1

description

ppg

Transcript of Kerja Kursus sastera

1.0 KAEDAH STRUKTURAL1.1 PENGENALANBertitik tolak daripada anggapan bahawa bahan sastera ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman ,imaginasi dan emosi yang berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan kaedah struktural, karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri. Contohnya, cereka akan diajar berdasarkan strukturnya iaitu tema, plot, perwatakan dan sebagainya.

Kaedah Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Kaedah ini cenderung membicarakan elemen- elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang munkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsure fizikal seperti watak luar, teknik dan sebaginya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi ( tema dan persoalan) karya sastera.

1.2 SEJARAH KAEDAH STRUKTURALPendekatan Struktural berasaskan kepada idea struktur dalam teori Struktural. Teori Struktural berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terry Eagleton,1983:106). Saussure ialah seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman tersendiri dan peraturan-peraturannya yang sistematik (Charles E Bressler, 1999:89). Peraturan- peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuk bunyi- bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, berbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles E Bressler, 1999:89). Secara umumnya, teori Struktural ialah suatu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka kaedah Struktural memberi tumpuan penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks. Struktur ini adalah perkara- perkara dalaman (content) yang membentuk rangka dan membangunakan sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan (Mana Sikana,1983:82-83). Struktur ini adalah yang sangat biasa bagi genre novel, cerpen dan drama. Pengkritik juga harus memahami dengan baik prinsip-prinsip teori Struktur jika ingin mengkritik teks kesusasteraan berasaskan idea struktur.2.0 DEFINASI KAEDAH STRUKTURALKaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak, nada, fokus dan moodKaeadah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya. Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan.pendekatan struktural ialah pendekatan yang menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

2.1 CIRI-CIRI KAEDAH STRUKTURAL Berasaskan kepada kritikan Sastera Moden Bersifat induktif Proses pembacaan yang rapi diperlukan semasa menggunakan kaedah ini Penganalisaan akan mengakibatkan pemahaman, dan penghayatan sastera dan memerlukan pembacaan yang rapi Tujuan utama adalah untuk mengkaji sastera sebagai bahan pengajaran sastera semata-mata. Beberapa ciri kaedah analisis struktural adalah seperti yang berikut: kajian secara induktif pembacaan yang rapi pemahaman pelajar terhadap setiap elemen sesebuah karya sastera dan hubungan setiap Elemen. penjelasan setiap unsur secara terperinci pemahaman istilah sastera, makna istilah berkenaan dan contoh penggunaan istilah berkenaan.

3.0 PRINSIP KAEADAH STRUKTURALTerdapat bebrapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya1. keseluruhan, iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya terpisah.

2. Perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa perkaitan ini tidak mungkin makna teks dapat ditemui.3. Transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan terhasil kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan.4. Regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks, bukannya akibat daripada pengaruh pengarang atau aspek- aspek di luar teks.5. Binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan

3.1 PELAKSANAANPengajaran sastera melalui kaeadah ini bermaksud mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonist, antagnis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu. Jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi , sudut pandangan watak dan sudut pandangan pandangan bawah sedar.. Jenis perbualan seperti diolog, monolog dan multilog. Teknik penceritaan seperti imbas muka dan imbas kembali. Jenis plot seperti kronologi, antikrologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot. Isi karya sastera iaitu persoalan, tema , pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu mendalam dari segi jankauan penjelesanya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam maka kaedah berfokus digunakan. 1 .Guru memilih satu aspek dalam karya berkenaan contohnya perwatakan atau tema.2. Aspek yang dipilih dikupas dengan lebih terperinci3 .Perincian yang lebih mendalam seperti definisi plot, urutan plot, jenis plot yang dimilik karya tersebut.4. Ujian topikal akan dibuat selepas berakhir pengajarannya 5 . Bersoal-jawab antara guru dan murid-murid Setiap soalan perlu perancangan terperinci supaya pendedahan para pelajar terhadap hal-hal yang ingin diperkenalkan dan untuk ditanggapi terlaksana secara meyakinkan

4.0 ULASAN CERPEN CODEAU

4.1 TEMA Cerpen ini bertemakan kecekalan dan keyakinan diri. Hal ini demikian dapat dibuktikan daripada watak Dahlan. Dahlan merupakan seorang pemuda yang dituduh mencuri batu nesan daripada kubur seorang gadis yang bernama Ratna Ratena. Walaupun dia ditangkap bersama dengan batu nesan Ratna Ratena tetapi dia tetap menafikan bahawa dia telah mencuri batu nesan itu. Dahlan telah menolak tawaran seorang peguam untuk membela kesnya, sebaliknya Dahlan akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana dia cukup yakin bahawa dia tidak bersalah. Keyakinan diri Dahlan cukup tinggi sehingga mengejutkan rakan-rakannya dan semua hadirin yang mengikuti kes perbicaraannya itu. Atas dasar kecekalan dan keyakinan diri yang tinggi, Dahlan berjaya membuktikan di mahkamah bahawa dia tidak bersalah. Hujahan pembelaannya cukup meyakinkan para hakim, dan keluarga Ratna Ratena sehingga keluarha Ratna Ratena menarik balik segala tuduhan ke atas Dahlan. Dalam cerpen ini Dahlan telah berjaya membuktikan bahawa keyakinan diri yang tinggi mampu membawa kejayaan kepada seseorang itu.4.2 PERSOALANPersoalan tentang kejujuran. Hal ini dapat dibuktikan oleh Dahlan iaitu seorang pemuda yang sangat jujur dalam tutur katanya. Kejujurannya itu telah berjaya meyakinkan para hakim dan juga keluarga Ratna Ratena yang menuduhnya mencuri batu nesan.Persoalan tentang keadilan. Persoalan ini dapat dibuktikan apabila para hakim bersikap saksama dengan mendengar hujahan kedua-dua belah pihak iaitu pihak yang menuduh dan pihak yang dituduh secara adil dan saksama sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman. Selain itu Dahlan juga telah diberi peluang oleh hakim untuk membela dirinya sendiri.Persoalan tentang percintaan. Persoalan ini dapat dibuktikan melalui percntaan antara Ratna Ratena dan Dahlan. Dahlan telah membuktikan kepada Mahkamah bahawa dia dan Ratna Raten sebagai pasangan kekasih melalui sampul yang mengandungi banyak surat dan gambar-gambar percintaan antaranya dan Ratna Ratena.Persoalan tentang kasih sayang antara seorang anak dan kedua ibu bapanya. Dahlan berasa sangat sedih atas kematian kedua ibu bapanya dalam kebakaran.4.3 PLOT CERITAPlot cerpen ini mengikut kronologi iaitu berdasarkan rajah segitiga plot. Cerita dimulakan dengan suasana di dalam mahkamah yang sedang membicarakan kes Dahlan yang dituduh mencuri batu nesan. Seterusnya cerita berkembang lagi dengan hujah-hujah daripada pihak pendakwa terhadap Dahlan. Perkembangan cerita cerpen ini banyak berkisar dalam suasana perbicaraan di mahkamah. Perkembangan plot cerita ini turut diselitkan dengan sedikit unsur suspen iaitu peristiwa Dahlan menolak peguam bela yang ingin membela kesnya sebaliknya dia akan membela dirinya sendiri. Pembaca tertanya-tanya sama ada Dahlan berjaya membela dirinya atau tidak. Kemuncak atau klimak cerita ini ialah semasa Dahlan membela dirinya sendiri di mahkamah. Pada ketika ini pembaca akan tertanya-tanya tentang sebab Dahlan menolak pelawaan peguam bela untuk membela kesnya dan berjayakah Dahlan membela dirinya sendiri sedangkan Dahlan tidak mahir tentang selok belok undang-undang dan belajar setakat sekolah menengah sahaja. Plot cerita berakhir apabila Dahlan Berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan dibebaskan. Keluarga Ratna Ratena juga telah menggugurkan kes tersebut. Batu nesan Ratna Ratena juga telah diletakkan kembali di kuburnya.4.4 WATAK DAN PERWATAKANWatak utama dalam cerpen ini ialah Dahlan. Dahlan merupakan pemuda yang berjanggut dan dituduh sebagai pencuri batu nesan Ratna Ratena. Beliau merupakan seorang pemuda yang berkeyakinan tinggi contohnya berani dan berkeyakinan untuk membela diri untuk menegakkan kebenaran. Seorang anak yang jujur dan berani kerana benar contohnya dia tidak takut membela diri untuk menegakkan kebenaran. Seorang anak yang taat dan menyayangi ibu bapanya. Contohnya Dahlan ingin pulang meminta restu ibu bapanya mengenai hubungan dengan Ratna Ratena. Watak-watak lain ialah Ratna Ratena, kekasih kepada Dahlan. Sudah meninggal dunia dan merupakan anak kepada Pak Syafi. Watak-watak sampingan lain yang kurang menonjol perwatakannya ialah ketua hakim, Jaksa, wartawan dan lain-lain.

4.5 LATARLatar cerpen ini banyak berkisar di dalam mahkamah iaitu melibatkan perbicaraan Dahlan yang dituduh mencuri. Latar tempat lain ialah di kampung Bugis iaitu rumah kawannya Abdul Ghani tetapi malangnya semasa dia sampai Abdul Ghani tiada di rumah. Selain itu, latar tempat lain ialah di taman iaitu tempat Dahlan berkhayalkan wajah kekasihnya Ratna Ratena.

4.6 SUDUT PANDANGANPengarang cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama untuk mengembangkan plot cerita. Antara contoh sudut pandangan orang pertama dalam cerpen ini seperti aku tidak dapat meja di dalam cafeteria mahkamah. Apabila tiba di bawah pohon beringin, bangku gondola dan bangku panjang sudah habis diduduki pelanggan. Aku membeli dua keping tempe goring di Warung Mbok Mira dan membeli semangkuk empik-empik Palembang di warung Pak Musi, lalu kubawa diri ke tembok Parit Padang. Di sanalah aku menikmati makananku.. Selain itu, pengarang juga menggunakan sudut pandangan orang ketiga untuk mengembangkan plot cerita cerpen ini. Antara contoh petikan yang membuktikan pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga ialah Tatatertib di dalam mahkamah mulai tidak terkawal. Asap rokok hadirin berlari liar di tolak angina kipas yang bergantung di bawah syiling. Suara rungutan dari mulut hadirin bercampur gelak ketawa dan ejekan. Para hakim di belakang meja hijau yang panjang, sudah merah padam mukanya kerana etika mahkamah tidak dihiraukan hadirin. Tiap hujah jaksa dan hujah peguam bela, dan setiap keterangan saksi, mereka mesti dengar dengan teliti.

4.7 GAYA BAHASAGaya bahasa yang digunakan dalam cerpen ini ialah gaya bahasa personifikasi contoh Asap rokok hadirin berlari liar dan ditolak angina kipas. Gaya bahasa personifikasi ini digunaka oleh pengarang untuk menghidupkan lagi suasana atau gambaran sesuatu keadaan. Selain itu, pengarang juga ada menyelitkan sedikit gaya bahasa Indonesia dalam cerpen ini contohnya ungkapan Dia menceceh omong kosong!!. Seterusnya pengarang juga ada menggunakan gaya bahasa pengulangan dalam cerpen ini contohnya .ungkapan Rindu kepada seseorang! Rindukan tanah air yang jauh!. Pengarang juga tidak lupa menyelitkan gaya bahasa perancis iaitu Codeau yang bermaksud tanda mata, hadiah, oleh-oleh, buah tangan atau peninggalan untuk kenangan.4.8 TEKNIK PLOTUntuk mengembangkan plot cerpen, pengarang menggunakan teknik imbas kembali. Antara contoh teknik ini digunakan oleh pengarang ialah situasi wartawan yang mengikuti perkembangan kes Dahlan mengingat kembali bahawa dia dan Dahlan dahulunya belajar dalam satu kelas di sekolah menengah di Batavia sebelum Perang Dunia Kedua. Selain teknik ini pengarang juga ada menyelitkan teknik dialog dalam cerpen ini. Dialog antara watak amat penting supaya cerita dapat dikembangkan dengan lebih baik dan supaya jalan cerita nampak lebih bersifat realistik. Contoh teknik dialog dalam cerpen ini ialah Boleh diselesaikan hari ini, tuan yang arif? Tanya Dahlan Saya harap. Kalau sempat!Saya memohon memberi hujah dan menggulungnya sekali gus, tuan yang arif!Bagus! Silakan!!!Dalam kandang orang yang dituduh?Di lantai! BibliografiAbdul Halim Ali (2003). Bingkisan Sastera. Diwangsa Publications & Distributors Sdn., Bhd.Asmah Hj. Omar, 1993. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan PustakaAzman Wan Chik, 1981. Prinsip dan Kaedah Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Utusan PublicationChe Zainon Omar et.al, 2005. Modul Pengajaran Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Che Zainon Omar et.al, 2010 (Cetakan Pertama Edisi Baharu). Modul Pengajaran Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Che Zainon Omar et.al, 2010. Modul Pengajaran Pembelajaran Komsas Tingkatan I, 2 dan 3 (Sisipan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Ghazali Dunia (1992). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hizairi Othman, 1996. Kreativiti Dalam Penciptaan Karya Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Institut Bahasa, 1992. Siri Risalah Panduan Guru Bahasa Malaysia (KBSM) Jilid 1 7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaInstitut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, 2007. Modul Teknik Bercerita Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia

LAMPIRAN

1