Ass kh sem mei 2009

7
SOALAN 2 PEMBUNGKUSAN 1) DEFINISI PEMBUNGKUSAN Pembungkusan adalah aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus sesuatu produk. Ia juga satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal. Pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan. 2) JENIS-JENIS PEMBUNGKUSAN Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama (contoh: Tiub ubat gigi Darlie). Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan (contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie).

description

KH (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN)

Transcript of Ass kh sem mei 2009

Page 1: Ass kh sem mei 2009

SOALAN 2

PEMBUNGKUSAN

1) DEFINISI PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan adalah aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau

pembungkus sesuatu produk. Ia juga satu proses atau operasi membalut, membungkus atau

memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari

sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada

kerosakan fizikal atau biologikal.

Pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam

melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk

kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.

2) JENIS-JENIS PEMBUNGKUSAN

Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama (contoh: Tiub ubat gigi Darlie).

Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran

hendak digunakan (contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie).

Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan,

mengenalpasti dan menghantar produk kepada pembeli (contoh: Kotak korugated

yang mengandungi 6 dozen ubat gigi Darlie).

Page 2: Ass kh sem mei 2009

3) TUJUAN PEMBUNGKUSAN 

Menyimpan dan melindungi produk.

Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk

pesaing.

Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk.

Mempromosikan produk.

Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.

4) KAEDAH PEMBUNGKUSAN

Pengetinan

Pembotolan

Pembungkusan plastik

Atmosfera terkawal

4.4) Atmosfera Terkawal

Teknik penyimpanan secara atmosfera terkawal merupakan kaedah kawalan perosak

dan perlindungan kualiti bagi kegunaan komersil dan juga untuk tujuan keselamatan

makanan negara.

Teknik penyimpanan tanpa penggunaan bahan kimia ini digunakan pada beras dan ia

membolehkan beras di simpan 100% bebas daripada semua jenis perosak untuk masa

yang lama (sekurang kurangnya 2 tahun). Teknik ini juga boleh di terima pakai untuk

menyimpan komoditi pertanian kering lain.

Teknik ini memerlukan longgokan beras (100 hingga 500 tan) di tutup dengan litup

plastik PVC. Di sekeliling bahagian kaki litup ini digamkan kepada PVC lantai

(hamparan di bawah pelet longgokan) menggunakan gam plastik supaya iklim dalam

longgokan berkeadaan kedap udara. Gas CO2 di pam ke dalam longgokan bagi

membunuh semua jenis perosak (serangga, tikus, burung dan kulat). Penutup plastik PVC

ini menghalang serangan seterus perosak sepanjang tempoh penyimpanan. Kadar

minimum CO2 yang efektif untuk 200 tan padi ialah 1.4 kg/t. Gas CO2 di pam masuk

sehingga kepekatannya di bahagian atas longgokan mencapai paras minimum 80%.

Page 3: Ass kh sem mei 2009

Gas CO2 menggantikan hampir semua udara yang terkeluar melalui corong di

bahagian atas longgokan. Paras kedap udara longgokan perlu baik untuk menentukan

kepekatan gas CO2 di keseluruhan longgokan kekal pada paras minimum 35% untuk

jangka masa sekurang-kurangnya 15 hari bagi memastikan semua perosak dapat

dihapuskan sepenuhnya. Penyimpanan secara atmosfera terkawal ini memerlukan kos

sebanyak RM 6.31 untuk setiap tan beras (kos peralatan, pekerja dan gas CO2).

  Di antara aspek-aspek menarik teknik ini ialah:

Ia boleh membolehkan beras di simpan bebas dari bahan kimia untuk tempoh

masa yang lama

Ia 100% bebas daripada pencemaran oleh perosak

Ia boleh mengekalkan kualiti asal beras (fizikal, warna serta kualiti rasa nasi); dan

Ia mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih dan sihat (bebas daripada

kekotoran debu dan racun perosak dalam gudang).

 Kebaikan aplikasi ini ialah :

Ia senang diubahsuai dan tidak mahal (kos operasi yang murah dari kaedah

penyimpanan sedia ada)

Ia sesuai dan senang dipindahkan ke lokasi lain yang lebih strategik (lokasi yang

selamat waktu kecemasan / konflik ketenteraan,  tanpa memerlukan infrastruktur

tambahan)

Gas CO2 merupakan gantian kepada gas toksik yang digunakan masa kini untuk

kawalan perosak

Impak kepada ekonomi ialah penjimatan kos sekiranya tempoh penyimpanan

melebihi 8 bulan. Di samping itu ia juga boleh meningkatkan imej negara di dalam serta

di luar negeri (dari segi teknik penyimpanan yang lebih baik, nilai estetika komoditi, serta

reputasi). Teknik ini sesuai untuk polisi stokpil kebangsaan untuk memastikan bekalan

yang sentiasa ada terutamanya dalam keadaan memerlukan serta untuk menstabilkan

harga.

Page 4: Ass kh sem mei 2009

Penggunaan secara komersil yang berpotensi termasuklah pengilang swasta dan

pemborong (beras, gandum dan kekacang, produk herba), pengeksport (hasilan pertanian

kering dan produk pertanian yang diproses), operator-operator kawalan perosak (bagi

penyimpanan makanan di bandar-bandar), sebagai rawatan untuk kuarantin tumbuhan dan

sebagai kaedah alternatif penyimpanan makanan oleh Majlis Keselamatan Negeri dan

Kebangsaan.

A. Penyimpanan beras secara

biasa

B. Hamparan plastik PVC yang

diletakkan di bawah pelet

C. Menutup longgokan beras

menggunakan litup plastik

PVC

D. Longgokan beras yang

siap ditutup dan sedia untuk

di digam pada hamparan

lantai

E.Proses mengendap udara

longgokan (gam litup kepada

hamparan lantai)

F. Proses mengeluarkan udara

daripada longgokan

G. Mengepam udara CO2

keluar. H. CO2 di seal untuk

penyimpanan jangka panjang.

Page 5: Ass kh sem mei 2009

 5) TREND PEMBUNGKUSAN BERASAS / MEMBERI PERHATIAN KEPADA

KONSEP:

portabiliti , disebabkan oleh kehidupan masa kini adalah seperti ‘moving community’.

ekologi/mesra alam; disebabkan oleh kesedaran masyarakat dan peraturan kerajaan.

fesyen/style ; saiz, design, warna dan sebagainya.; disebabkan oleh perubahan

kegemaran semasa.

bahan lebih baik ; disebabkan oleh peningkatan standard atau kualiti dan isu

keselamatan pengguna.

kemewahan, bagi produk spesifik dan segmen pengguna tertentu.

boleh dikitar semula; disebabkan oleh faedah kepada ekologi dan aspek ekonomi.

fungsinya; disebabkan oleh kehendak kepada kebolehgunaan pelbagai fungsi.

6) PERANAN PEMBUNGKUSAN

Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik sebagainya.)

yang dapat memberikan impression yang baik kepada pengguna.

Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.

Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna,

logo halal, dan sebagainya.)

Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.

Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (cth. bahan, saiz dan bentuk)

Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Kesesuaian dengan faktor kos. 

Page 6: Ass kh sem mei 2009

PELABELAN

1) DEFINISI

Ciri luaran pembungkusan. Merupakan sebahagian daripada pembungkusan dan

merangkumi maklumat bercetak yang terdapat pada produk/pembungkusan.

 2) TUJUAN

Mengenalpasti produk atau jenama.

Menyatakan perkara penting tentang produk (tempat dibuat, tarikh luput, kandungan,

cara guna dan lain-lain).

Mempromosikan produk melalui grafik yang menarik.

Membezakan produk dengan produk pesaing.