ass pj rekreasi.docx
-
Upload
narmatha-mani-maran -
Category
Documents
-
view
227 -
download
4
Transcript of ass pj rekreasi.docx
DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116
AKTIVITI PERKHEMAHAN
Tanggal : 2 Oktober 2012
Judul Artikel : AKTIVITI PERKHEMAHAN
Topik : Sukan Rekreasi
Artikel : Oleh Dipnna A/P Arumugam
Rekreasi membawa maksud aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi
masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan
minda dan merehatkan badan. Rekreasi terbahagi kepada dua, iaitu rekreasi dalam
dan rekreasi luar.
Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan
persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran
dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.al (1985) pula
berpendapat bahawa sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai
pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp
(1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
Terdapat beberapa konsep sukan rekreasi. Sukan rekreasi yang lasak dan
mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja
dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air,
darat, dan dalaman. Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat
kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini
biasanya melakukan aktiviti yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan
kendiri.
Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan
perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih
11
DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116
banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para
pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang
baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para
pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni deperti kerjasama,
bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.
Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu,
pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat,
kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat dan dinamik kumpulan.
Di samping itu, matlamat dan tujuan sukan rekreasi dapat disenaraikan seperti
berikut. Sukan rekreasi menggalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya
adalah untuk mencari kesejahteraan. Ia dilakukan atas pilihan sendiri dan boleh
menjadi aktiviti individu meskipun biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti
sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau
dalam bentuk tanpa dirancang. Maklumat asas tentang sukan rekreasi penting untuk
mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten
tentangnya di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para professional.
Matlamatnya, memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan dan
khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu,
meningkatkan prestasi sukan sebagai method utama ke arah kecemerlangan sukan.
Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan rekreasi. Ia juga
bermatlamat untuk membina masyarakat pelajar dan staf yang sihat, cergas,
bertanggungjawab dan berwibawa. Meningkatkan kadar kebolehpercayaan yang
tinggi daripada pengguna melalui penyediaan perkhidmatan dan pengurusan yang
bersistematik dan efisien.
Manakala objektifnya adalah untuk menggalakkan penyertaan ramai dalam sukan
rekreasi, menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi,
mengalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima. Selain itu,
mewujudkan suasana harmoni, muhibah dan bertimbang rasa melalui jalinan
kemesraan di kalangan peserta sukan serta mempertingkatkan prestasi sukan
dengan lebih berkesan dan cemerlang.
12
DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116
Sukan rekreasi penting dalam pembentukan personaliti yang baik, membentuk
modal insane negara kelas pertama. Selain itu, aktiviti rekreasi akan membantu
terhadap pembangunan mentaliti dan kualiti masyarakat serta membentuk satu gaya
hidup yang sihat.
Ia juga penting bagi memberi peluang kepada semua bersosial dan berinteraksi
antara satu sama lain tanpa mengira kaum, membina nilai kepimpinan dalam diri
seseorang supaya individu itu dapat menjadi seorang pemimpin yang baik dan
berwibawa, memperoleh dan memperkembangkan bakat, melakukan aktiviti dengan
tahap kecekapan fizikal dan keyakinan diri yang tinggi.
Di samping itu, ia juga meningkatkan semangat kesukanan sesama individu,
membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat.
Antara jenis sukan ialah bola sepak, bola jarring, ragbi, sepak takraw, bola tampar,
badminton, ping pong, tennis, sofbol, squash, renang, trek dan padang, bowling,
bola keranjang, bola baling, memanah, bowling, catur dan lain-lain. Manakala jenis
rekreasi ialah sukan air, aktiviti lasak, wall climbing, aerobic dan lain-lain lagi.
Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan
kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu
perkara. Kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh
didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu
dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Pendidikan
konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di
bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka
terhadap kepentingan alam sekitar.
Apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid
melalui sukan rekreasi, dapatlah memupuk amalan memelihara dan memulihara
alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut
mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar dan ramah
dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah. Mereka juga akan mula
untuk mencintai flora dan fauna di sekitar mereka. Berkhemah bermakna menerima
atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan,
perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran.
13
DIPNNA A/P ARUMUGAM931011-01-5116
Sekiranya berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan
alam semula jadi perlu utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan
antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini,
unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk dengan para peserta
dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, tolong menolong, berdisiplin dan
lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti
perkhemahan juga kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak
langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,
secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Contohnya, melalui
aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora
dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi dan
memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar.
BIBLIOGRAFI
http://nidapink90.blogspot.com/2010/11/konsep-definisi-dan-kepentingan-sukan.html
http://sukanrekreasixtream.blogspot.com/
http://kuhifzhuddin.blogspot.com/2012/06/konsep-definisi-dan-kepentingan-sukan.html
http://www.docstoc.com/docs/10716432/sukan-rekreasi
14