Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

5
1. RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM 1.1 DEFINISI KURIKULUM Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam sesuatu pertandingan dan ia adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-lauan’. Sehingga awal abad ke 20, persoalan ‘apa itu persekolahan’ sering dikaitkan di dalam kurikulum yang merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran. Frank Bobbit (1918), dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai : i) Keseluruhan pengalaman, yang terarah dan tidak terarah, tertumpu kepada perkembangan kebolehan setiap individu. ii) Satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada memupuk perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan oleh sekolah.

description

df

Transcript of Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

Page 1: Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

1. RASIONAL PEMBENTUKAN KURIKULUM

1.1 DEFINISI KURIKULUM

Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada laluan dalam

sesuatu pertandingan dan ia adalah berkait rapat dengan perkataaan ‘laluan atau laluan-lauan’.

Sehingga awal abad ke 20, persoalan ‘apa itu persekolahan’ sering dikaitkan di dalam kurikulum

yang merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran. Ahli progresif dan behaviouris pada

lewat abad ke 19 membincangkan tentang  kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti

kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

Frank Bobbit (1918), dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum sebagai :

i) Keseluruhan pengalaman, yang terarah dan tidak terarah, tertumpu kepada perkembangan

kebolehan setiap individu.

ii)  Satu siri latihan pengalaman langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap

dan menyempurnakan pendedahannya. Konsep beliau menekankan kepada memupuk

perkembangan individu melalui segala pengalaman termasuk pengalaman yang dirancangkan

oleh sekolah.

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997

mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :

 ’program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi

semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk

membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta

memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan’

Page 2: Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

1.2 KONSEP UMUM KURIKULUM

1.3 JENIS-JENIS KURIKULUM

1.3.1 Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya

matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia mengandungi hal sebenar yang

berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Ia merupakan rancangan

eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut mata pelajaran dan

gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas (Ornstein, A.C. & Hunkins, F, 1983)

1.3.2  Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak formal. Ia

mungkin disebut sebagai kurikulum ”tak rasmi” atau ”terlindung” atau ”tak formal”. Ia

merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa kedalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari

dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis,

KONSEP UMUM KURIKULUM

pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dibimbing serta hasil pembelajaran yang diinginkan, yang dibentuk secara sistematik dengan pembinaan semula ilmu dan pengalaman di

sekolah, bagi pertumbuhan dalm hal kecekapan sosial peribadi secara berterusan dan bersungguh-sungguh

kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang yang bertujuan untuk memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah

Semua pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan

Rancangan yang dibuat untuk membimbing pembelajaran di sekolah lazimnya termaktub dalam sesuatu dokumen yang mengandungi perlaksanaanya di dalam bilik darjah.

Page 3: Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status

sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid.

1.3 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

Berdasarkan faktor inilah terbentuknya Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang wujud di Malaysia. Kurikulum ini mendukung

cita-cita murni dan unggul Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penggubalan kurikulum

berhasrat untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek, dan sosial atau JERIS. Pendidikan Jasmani membantu murid menjadi cergas, aktif dan

berpengetahuan melalui pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan.

Page 4: Ass Rasional Pembentukan Kurikulum

Bagi mencapai hasrat FPK, satu tranformasi telah dilakukan iaitu dengan pembentukan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan yang holistik kepada kurikulum

persekolahan sedia ada telah dilakukan dan melibatkan perubahan bentuk, organisasi,

kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

kurikulum di sekolah.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut panduan, skop dan kandungan

mata pelajaran ini yang sesuai dengan pelajar-pelajar berumur 6 – 12 tahun bagi membantu guru

merancang pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha menyempurnakan sukatan pelajaran ini,

banyak pihak telah terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan. Kepada semua pihak yang telah memberi

sumbangan sehingga bahan ini terhasil, Segala perubahan yang dilakukan bertujuan

mempertingkatkan lagi tahap pendidikan dan kesihatan pelajar-pelajar.