Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Transcript of Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
dan salam satu Malaysia.
Kepada para hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya guru-guru
serta sahabat perjuangan sekalian.
Kawan-kawan….p
Dengar ini,
Sang kancil tinggal berjiran dengan dengan seekor harimau.
Harimau itu selalu menceritakan tentang kekuatan dirinya kepada
sang kancil.
“ Apakah binatang yang paling kuat di dalam hutan ini “ Tanya
harimau dengan sombong kepada sang kancil. Harimau berjalan
ke sana ke mari menceritakan kepada semua binatang yang ia
paling kuat.
Sang kancil sangat benci kepada harimau yang sombong itu. Ia
berfikir bagaimana hendak mengajar harimau supaya sedar
dirinya,
“ Hanya akal yang cerdik dapat mengalahkan harimau” Kata sang
kancil.
Semua binatang di hutan itu sangat takut kepada harimau
setiap hari seekor binatang dimakanya. Sang Kancil berasa
kasihan kepada binatang-binatang itu.
Pada suatu hari, Sang kancil menemui harimau untuk
membuat helah.
“Biarlah aku bawa seekor binatang sehari kata sang kancil” “
Kamu tidak perlu memburu lagi” Harimau bersetuju dengan
cadangan itu.
Pada keesokan harinya, sang kancil menemui seekor
tikus,ia mahu membawa tikus berjumpa dengan harimau. Pada
mulanya tikus berasa takut. Setelah dipujuk tikus bersetuju
menemui harimau.
“Jangan takut” Kata sang kancil. Kamu akan selamat. Sang
Kancil Pun membawa tikus menemui harimau. Apabila
terpandang tikus harimau berasa marah kepada sang kancil.
“Tikus ini kecil lagi kurus. Aku mahu binatang yang besar”
“Maafkan aku kerana tidak dapat membawa binatang yang lebih
besar” Kata sang kancil sambil tunduk .
Aku dihalang oleh seekor binatang yang kelihatan sama dengan
kamu.
Harimau berasa hairan melihat sang kancil.
Sang kancil berkata lagi , “Binatang itu ingin tahu siapakah
yang sanggup berlawan denganya, Jika tidak, ia akan mengaku
dirinya raja di hutan ini. Saya sangat takut ketika itu”
Harimau menjadi sangat marah apabila mendengar cerita sang
kancil.
“ Adakah kamu menceritakan tentang diriku?” Tanya harimau.
“Ya sudah tentu” Kata sang kancil.
“ Apabila aku menceritakan tentang kekuatanmu ia ketawa
berdekah-dekah”.
Harimau bertambah marah lalu mengaum…aummmmmmm.
Ia tidak sabar lagi ingin berjumpa dengan binatang itu.
“ Dimanakah binatang itu?” Tanya harimau dengan suara
yang keras.
“Marilah ikut aku ke tempat itu.” Kata sang kancil sambil
melompat ke atas belakang harimau. “ Binatang itu berada di situ
“
Sang kancil menunjuk kea rah sungai.
Harimau berjalan cepat kerana tidak sabar lagi hendak
membunuh musuhnya itu. Ia tidak mahu ada binatang lain yang
lebih kuat darinya.
“Dimanakah binatang itu?” Tanya harimau
Apabila sampai ke tebing sungai harimau melihat baying-
bayangnya di dalam air. Ia fikir itulah binatang yang diceritakan
oleh sang kancil.
Sang kancil turun dari atas belakang harimau sambil berkata
“ itulah binatang yang mengaku lebih kuat daripada kamu “ Cepat
Harimau Bunuh binatang itu!!.. Harimau mengaum dengan kuat.
Baying-bayangnya mengikut apa yang dibuatnya . Harimau
mengaum lagi dan bayang-bayangnya mengikutnya. Harimau
bertambah marah. Ia terus melompat ke dalam sungai untuk
menyerang musuhnya . Akhirnya ia pun mati lemas.
Begitulah cerita seeokor harimau yang sombong dan bangga diri.
Sekian wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh