assg hortikultur 2011 (Autosaved)

download assg hortikultur 2011 (Autosaved)

of 18

Transcript of assg hortikultur 2011 (Autosaved)

Pengenalan. Semasa menganjurkan sesuatu majlis rasmi yang memerlukan pentas pada biasanya hiasan pentas perlu diadakan.Dalam seni hias laman dan pentas tanaman hiasan diperlukan untuk memberikan penampilan kepada sesesuatu kawasan dan ruangan tertentu.Bagi tujuan ini tanaman hiasan diperlukan untuk menjadikan ruangan tersebut menjadi kelihatan lebih menyerlah.Sehubungan dengan tugas yang diamanahkan kepada pihak sekolah sebagai Ahli jawatan kuasa pengalola untuk mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Peringkat Negeri.Bagi tujuan tersebut pihak pengganjur telah memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjalankan kerja-kerja hiasan pentas yang bertemakan Flora. Flora bermaksud semua tumbuhan yang ditanam atau tumbuh sendiri dipermukaan bumi ini.Bagi tujuan menghias sesuatu tempat tanaman flora yang biasa dikenali sebagai tanaman hiasan. Tanaman hiasan mempunyai beberapa kategori atau kumpulan yang dikenali sebagai, pokok renek, pokok bunga semusim, pokok naungan, pokok palma, tanaman penutup bumi dan tanaman hiasan jenis kaktus. Semua jenis tanaman ini mempunyai habitat, cara penjagaan yang berbeza. Tanaman hiasan digunakan untuk menhgias sesuatu tempat, kawasan dan pelbagai ruangan yang perlu ditonjolkan. Kebanyakan tanaman hiasan digunakan berdasarkan rupa, warna, saiz, cara penjagaan dan ketahan terhadap serangan penyakit. Bagi pengemar tanaman hiasan perkara ini perlu diambil perhatian agar tanaman hiasan boleh hidup dengan subur dan dapat dijaga dengan baik. Dalam mencapai hasrat kerajan Malaysia yang telah mengiktiraf pertanian sebagai satu perniagan, bidang pertanian yang berasaskan tanaman hiasan memberi peluang kepada pengusaha tanaman hiasan dan lanskap untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penanaman tanaman hiasan.Bagi kegunaan hiasan sementara seperti dewan, pentas dan pejabat kebanyakan tanaman hiasan ditanam didalam pasu. Industri tanaman hiasan di Negara ini semakin meluas dan mendapat perhatian oleh kerajaan bagi memperkembangkan sector pertanian di Malaysia, tanaman hiasan di Negara ini kebanyakannya telah dieksport ke luar Negara sebagai satu perniagaan yang berkembang pesat dari masa ke semasa. Perkara ini telah memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha untuk meningkatkan produktiviti dalam industry ini.Kerajaan telah memberikan sokongan keapada pengusaha sector ini dengan mengadakan penyelidikan terhadap baka dan benih agar menghasilkan baka yang berkualiti dan mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa.

Sebagai seorang guru yang bertugas mendidik pelajar, antara topic yang terkandung dalam sukatan pelajaran di sekolah ialah tanaman hiasan, banyak perkara yang terkandung dalam topic ini antaranya ialah mengenai cara, penjagan, penanaman, pembiakan dan pengenalan tentang sepsis serta habitat tanaman hiasan. Pelajar berpeluang mengetahui tentang ciri-ciri tanaman hiasan yang terdapat disekitar mereka. Dalam penyediaan tanaman hiasan pelajar dapat mempelajari teknik penanaman melalui aktiviti amali seperti, cara pembiakkan dan cara penjagaan tanaman hiasan. Pelajar juga berpeluang untuk mengetahui habitat tanaman tersebut apabila menyertai aktiviti penanaman tanaman hiasan yang diadakan disekolah.Guru-guru berpeluang untuk mengetahui lebih dekat tentang perihal tanaman hiasan apabila dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan tanaman hiasan. Laporan Cadangan. Rajah 1.Plan Pentas.PintuBelakang

Ruangan Belakang Pentas untuk persiapan persembahan.Dinding Back Drop

18 Meter 10 MeterDinding Dinding

Ruangan UtamaTiang Tiang

Rostrom

TanggaPentas 25 Meter

Dewan yang digunakan untuk mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang akan diadakan dalam dewan tertutup. Semua kelengkapan seperti bekalan elektrik, air, kipas, lampu telah disediakan oleh pihak pengurusan dewan sekolah. Dewan ini juga menyediakan penghawa dingin sebagai system penyejukan dalam dewan.Kapasiti dalam dewan boleh memuatkan sehingga 2500 orang dalam satu-satu masa. Berikut adalah data spesifikasi Pentas Dewan berkenaan. Ukuran pentas yang berssaiz 25 meter X 10 meter dan ketinggian pentas daripada lantai dewan adalah 1 meter, ketinggian ini adalah memang sesuai untuk pemyediaan hiasan pentas yang bermotifkan flora, ini disebabkan oleh penggunaan saiz tanaman hiasan yang pelbagai. Jika saiz pentas terlalu kecil dan pentas terlalu rendah tema flora mungkin tidak dapat diujudkan kerana ruangan yang diperlukan agak luas bagi memperagakan pelbagai spesis tanaman hiasan. Keadaan pentas juga akan menjadi lebih sempit dan mungkin mengganggu dalam aktiviti persembahan seperti tarian dan sebagainya. Penggunaan ruang yang agak luas diperlukan bagi terutama pada bahagian tepi kiri dan kanan pentas adalah bertujuan untu meletakan tanaman hiasan dalam pasu yang bersaiz besar. Lantai pentas adalah diperbuat daripada papan keras berkualiti tinggi dengan kemasan varnish. Pada ruangan di atas pentas terdapat empat tiang besar iaitu, dua di sebelah kiri dan dua lagi di sebelah kanan, tiang-tiang ini boleh dimanfaatkan sebagai asas hiasan dengan meletakan tumbuhan hiasan jenis menjalar atau memanjat, pada bahagian belakang pentas terdapat dua lagi dinding kecil di sebelah kiri dan kanan, pada bahagian belakang sekali terdapat dinding kayu yang diperbuat daripada papan lembut (soft board) untuk pemasangan hiasan dan tulisan tema majlis (back drop). Tangga pada bahagian kiri dan kanan pentas adalah laluan utama untuk naik ke pentas bagi penerima anugerah dan semua yang terlibat dengan penggunaan pentas seperti acara perasmian yang dilakukan oleh tetamu khas. Terdapapat satu pintu di bahagian belakang pentas sebagai tempat keluar masuk bagi peserta persembahan atau aktiviti yang lain.Terdapat juga dua dinding kecil yang berfungsi sebagai penutup bagi pergerakan peserta yang membuat persembahan agar tidak kelihatan dengan jelas oleh penonton, kedua-dua dinding ini perlu dimanfaatkan sebagai asas untuk membuat hiasan menggunakan tumbuhan hiasan yang bersaiz tinggi agar boleh menghidupkan suasana alam flora.

PLAN PENTAS. Rajah 2. Plan Pentas.PintuBelakang

Ruangan Belakang Pentas untuk persiapan persembahan.Dinding Back Drop

Ruangan Utama

Antara Spesis Tanaman dan Simbol

Simbol dalam plan pentas. Euphorbia pulcherimal. Ciri-ciri. 1. Merupakan pokok hiasan berdaun. 2. Dalam daerah yang memiliki perbezaan suhu malam dan siang yang tinggi, daun-daun mudanya memiliki warna tajam dan cerah. Ada juga yang berwarna merah tua dan merah jambu dan putih (jenis hybrid). 3. Di luar negeri umumnya dijual dalam bulan November hingga Disember. 4. ketinggian boleh mencapai melebihi 1 meter sedangkan jika ditanam dalam pasu hanya lebih kurang 30 hingga 40 sentimeter. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Biasanya ditanam dalam taman atau pasu dengan cahaya penuh. 2. Suhu udara melebihi 20 darjah celcius. 3. Penjagaan sederhana. 4. Kelembapan tinggi dan penyiraman sederhana. 5. Baja cair perlu diberikan sebulan sekali untuk pokok pasuan. 6. Pada tahun pertama, tidak perlu pemasuan semula, tahun kedua diperlukan untuk menggantikan medium tanaman. Pembiakan. 1. Pembiakan boleh dilakukan dengan cara keratan batang atau melalui anak pokok.

Simbol dalam plan pentas Dieffenbachia sp (balancing) Ciri-ciri. 1. Pokok hiasan berdaun pelbagai warna hijau dan krim. 2. pokok yang lebih tua cenderung kehilangan daun pada bahagian bawah. 3. Dalam satu pasu ditanam lebih dari satu. 4. Ketinggian biasanya mencapai 1.5 meter dengan lebar sekitar 60 sentimeter. 5. Batangnya keras berair, jika dipotong dengan segera boleh membentuk tunas baru. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Di taman dan dalam pasu dengan naungan penuh. 2. Di dalam ruangan dengan udara melebihi 20 darjah celcius. 3. Kelembapan tinggi dengan penyiraman sederhana. 4. Penjagaan sederhana. 5. Pembajaan tetap setiap bulan ( baja cecair) 6. Pemasuan semula jika anak pokok tumbuh dengan banyak. Pembiakan. 1. Pembiakan boleh dilakukan dengan cara keratin batang dan pemindahan anak pokok

Simbol dalam plan pentas Raphis excels (China cane) Ciri-ciri. 1. Tergolong dalam kumpulan pokok hiasan jenis palma. 2. Pokok hiasan tumbuh merumpun, popular kerana tahan dalam keadaan berhawa dingin. 3. Daun tebal dan berlapis lilin. 4. Satu batang terdiri 5 6 daun membentuk corak kipas. 5. Ketinggian mencapai 1.5 meter. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Biasa ditanam di taman atau dalam pasu dengan cahaya separuh naungan. 2. Suku udara melebihi 20 darjah celcius. 3. Penjagaan yang sederhana. 4. Kelembapan dan penyiraman sederhana. 5. Racun serangga sistematik diperlukan dalam tempoh tertentu untuk menghindari serangan kulat. 6. Pembajaan tetap dua bulan sekali. 7. Pemasuan semula dua tahun sekali, sekali-sekala memerlukan penggantian medium medium serta belahan rumpun Pembiakan. 1. Melalui pelahan rumpun.

Simbol dalam plan pentas Dracaena ( Buluh Jepun ) Ciri-ciri 1. Pokok hiasan berdaun dengan daunnya berwarna hijau. 2. Daun lonjong memanjang, tumbuh sepasang-sepasang saling berhadapan. 3. Warna bunga putih, mekar pada musim hujan, buahnya hijau kecil. 4. Ketinggian melebihi 1 meter. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Ditanam dalam taman, dalam pasu untuk hiasan ruangan dalam dan terrarium (ukuran mini). 2. Tanaman tahan naungan. Di dalam naungan cukup dengan pencahayaan lampu 400 fc. 3. Suhu panas melebihi 20 darjah celcius. 4. Kelembapan sederhana. 5. Medium tanaman terdiri dari tanah, kompos dan pasir dengan nisbah 1 : 1 : 1. 6. Pembajaan dua kali setahun. 7. Pemasuan hanya dilakukan jika akar memenuhi pasu. 8. Penjagaan yang ringkas. Pembiakan 1. Pembiakan boleh dilakukan dengan pemindahan anak, keratin dumpun atau keratan batang.

Simbol dalam plan pentas Chlorophytum Comosum (Lily Paris) Ciri-ciri. 1. Pekok hiasan berdaun dengan bentuk jalur memanjang dan mempunyai garisan hijau putih atau krim. 2. Termasuk dalam golongan tanaman hiasan penutup bumi. 3. 3 cm dari bibir pasu, dibiarkan boleh bebas untuk menyediakan ruang bagi perkembangan akar. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Boleh ditanam dalam pasu atau pasu gantung. 2. Tidak didedahkan pada terik matahari secara terus jika di dalam ruang, perlu cahaya lampu. 3. Suhu panas lebih daripada 20 darjah celcius. 4. Kelembapan sederhana. 5. Penyiraman yang banyak. 6. Pembajaan seminggu sekali. 7. Pemasuan semula diperlukan jika terlalu padat. Prmbiakan. 1. Pembiakan dilakukan melalui anak sulur atau dari tunas baru yang keluar dari tangkai bunga.

simbol dalam plan pentas Sansiviera trifasciata ( Lidah Buaya) Ciri-ciri 1. Pokok hiasan berdaun dengan warna pelbagai dan memiliki belang kuning ditepi daun, tumbuh berkelompok dari permukaan tanah. 2. Ketinggian mencapai 1 meter 3. Dijual dalam pelbagai ukuran. Kelebihan, kesesuaian penempetan dan penjagaan. 1. Selalu ditanam berkelompok atau di tanam dalam pasu dengan keperluan cahaya separuh naungan. 2. Suhu udara lebih daripada 20 darjah celcius 3. Penjagaan sederhana, memerlukan kelembepan dan penyiraman sederhana. 4. Pembajaan tetap sebulan sekali. 5. Pemasuan semula dilakukan setiap tahun dengan penggantian medium menggunakan campuran pasir dan tanah dengan nisbah 1: 2. Pembiakan. 1. Pembiakan boleh dilakukan melalui pembahagian rumpun, anak atau keratan batang.

simbol dalam plan pentas Androlepis skinneri. Ciri-ciri. 1. Pokok hiasan daun jenis bromeliad, warna daun hijau, coklat keungguan dengan permukaan halus 2. Biasanya digunakan sebagai elemen penghias ruang, pokok yang kecil selalunya digunakan untuk terrarium. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Biasa ditanam dalam pasu dengan cahaya penuh atau separuh. 2. Suhu udara melebihi 20 darjah celcius. 3. Penjagaan sederhana. 4. Kelembapan tinggi dan penyiraman sederhana. 5. Pembajaan sebulan sekali dangan baja cair. 6. Jika akar memenuhi medium, pemasuan semula perlu dilakukan. Pembiakan. 1. Pembiakan boleh dilakukan dengan cara pembiakan tunas baru.

Simbol dalam plan pentas Chrysalidocarpus lutescens ( Palma kuning ) Ciri-ciri. 1. Ukuran dalam pasu mencapai 1 meter tinggi dan lebar 1 meter, sedangkan jika ditanam terus di tanah ukurannya mencapai melebihi 3 meter. 2. Daun berwarna hijau terang dengan pelepah daun dan batang berwarna kuning menarik. 3. Ditanam berumpun. 4. Dijual dalam pelbagai ukuran. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Biasanya ditanam di taman dan dalam pasu dengan cahaya separuh naungan hingga cahaya penuh. 2. Suhu udara melebihi 20 darjah celcius. 3. Penjagaan sederhana. 4. Kelembapan dan penyiraman sederhana. 5. Pembajaan tetap sebulan sekali. 6. Pemberian racun sistematik diperlukan untuk mencegah serangan ulat penggulung daun. Pembiakan. 1. Pembiakan dilakukan dengan pemindahan anak pokok.

simbol dalam plan pentas Kiambang. Ciri-ciri. 1. Mempunyai daun berwarna hijau dan tumbuh secara terapung di permukaan air. 2. Membiak dengan cepat 3. Mempunyai akar yang terjuntai 4. Suhu udara melebihi 20 darjah celcius. Kelebihan, kesesuaian penempatan dan penjagaan. 1. Boleh dibiakkan dalam kolam atau tempayan yang mengandungi air tawar. 2. Sesuai untuk menghiasi kolam ikan hiasan. 3. Menggunakan pembajaan cair. Pembiakan. 1. Pembiakan melalui anak pokok.

Pengurusan Tanaman hiasan yang dipilih. Tanaman hiasan yang dipilih untuk menghiasi pentas adalah daripada tanaman hiasan jenis pokok renek yang ditanam didalam pasu, ini bertujuan supaya kerja-kerja pengubahsuaian tempat boleh dilakukan dengan mudah mengikut kesesuaian disamping penjagaan yang mudah. Beberapa perkara telah dipertimbangkan sebelum memilih spesis pokok hiasan yang digunakan antaranya ialah, tahan, saiz, warna dan cara penjagaan. Perkara ini mesti

bertimbangkan memandangkan persiapan hiasan pentas dijalankan lebih awal sebelum acara bermula kerana memberikan laluan pada acara-acara raptai sebelum acara berlangsung. Sebelum memilih pokok hiasan yang sesuai, pihak jawatan kuasa hiasan pentas telah membuat beberapa kajian mengenai dengan tanaman hiasan yang digunakan yang merangkumi habitat sebenar pokok hiasan tersebut. Berikut adalah carta Gantt bagi kerjakerja pengurusan tanaman hiasan yang sebelum digunakan di atas pentas. Jadual 1. Carta gantt pengurusan tanaman hiasan. Bulan aktiviti 1 2 3 4 Proses Menyemai Proses Mengubah Penjagaan Proses Penyediaan Pentas X X X X X X X X X X X X X X X X Jan Feb Mac Apl Mei Jun Jli Ogs Spt Oct Nov

Proses Menyemai. Proses menyemai ialah kerja-kerja membiakkan pokok tanaman hiasan yang dipilih dan semua pokok induk yang dipilih bebas daripada penyakit. Kerja-kerja menyemai dilakukan dengan dua cara iaitu menggunakan keratan batang dan anak benih. Bagi semua jenis tanaman hiasan yang dipilih, kebanyakan spesis yang dipilih mempunyai perbezaan dari segi jangka masa pertumbuhan apabila disemai. Anggaran masa dalam tempoh 120 hari untuk menyemai bermula pada 05 Januari dan dianggarkan pada bulan Feb, Mac dan April kerja-kerja mengubah anak pokok dapat dilakukan. Semua jenis tanaman hiasan yang dipilih memerlukan penjagaan yang rapi setelah bercambah. Percambahan anak pokok adalah tidak seragam kerana ada diantara anak pokok boleh bercambah dengan cepat dan boleh dipindahkan dengan lebih awal ke dalam pasu dan ada pula yang lambat ini menyebabkan kerja-kerja pemindahan pokok tidak dapat dilakukan dengan serentak, mengubah anak pokok dilakukan mengikut kesesuaian kerana kematangan anak pokok adalah berbeza-beza.

Proses Mengubah. Proses mengubah anak pokok dilakukan setelah proses menyemai dilakukan dan anak pokok mencapai kematangan akan dipindahkan ke dalam pasu. Anak pokok terus dipindahkan kedalam pasu kerana kerja-kerja penjagaan dapat dilakukan dengan mudah. Dianggarkan pada bulan Februari hingga April kerja-kerja mengubah anak pokok dapat dilakukan sehingga semua jenis pokok dapat diubah ke dalam pasu. Anak pokok yang dipindahkan akan ditempatkan pada kawasan yang mempunyai naungan, ini adalah disebabkan anak pokok yang baru belum mampu untuk menerima cahaya matahari secara terus, perkara ini akan menyebabkan anak pokok akan menjadi layu atau mati. Mengubah anak pokok menggunakan medium tanaman dengan nisbah 3 : 2 : 1 iaitu, 3 bahagian tanah loam, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai. Medium penanaman disediakan agar anak pokok dapat membesar dengan cepat dan boleh digunakan pada masa yang dijadualkan. Proses Penjagaan. Kerja-kerja penjagaan perlu dilakukan sepanjang masa termasuk kerja-kerja membaja, merumput, menggembur, menyiram, mencantas dan pencegahan penyakit. Kerja penjagaan dilakukan bermula seawal bulan januari iaitu apabila kerja-kerja menyemai dilakukan sehinggalah pokok hiasan dapat digunakan, kerja-kerja ini dilakukan secara berterusan terapi berkala mengikut kesesuaian pokok. Antara kerja-kerja penjagaan dilakukan pada pokok hiasan ialah: a) Membaja. Kerja-kerja membaja dilakukan secara berjadual kerana penggunaan baja yang berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif pada pokok. b) Merumput. Kerja-kerja merumput bertujuan untuk membersihkan sekitar pokok bunga daripada ditumbuhi rumput-rumpai. Kerja ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan daripada persaingan antara pokok hiasan dengan rumput dalam mendapatkan sumber makanan.

c) Menyiram. Kerja-kerja menyiram dilakukan berdasarkan kepada kelembapan tanah dan keadaan cuaca. Pada kebiasaannya kerja penyiraman boleh dilakukan sekali dalam sehari. Penyiraman yang berlebihan menyebabkan akar pokok akan menjadi reput, oleh itu kerja penyiraman perlu dilakukan dengan meneliti keadaan tanah pada pasu sebelum melakukan kerja-kerja penyiraman. d) Mengembur. Kerja menggembur dilakukan untuk mengelakkan tanah pada pasu menjadi padat dan menyebabkan pengaliran udara terhalang. Kerja-kerja ini juga dilakukan secara berkala. Kerja-kerja ini menggunakan sejenis alatan tangan yang dipanggil serampang tangan. e) Mencantas. Kerja mencantas dilakukan untuk membuang dahan, daun atau bahagian yang tidak sihat agar tidak menjangkiti bahagian lain. f) Penggunaan Racun. Penggunaan racun perosak dilakukan secara berkala atau mengikut keperluan, penggunaan racun hanya dilakukan bagi mencegah serangan kulat atau serangga yang menyebabkan kerosakan pada tanaman hiasan. Proses Penyediaan Pentas. Setelah semua pokok hiasan yang telah disemai mencapai kematangan dan mengeluarkan bunga kerja-kerja penyediaan pentas dilakukan. Penggunaan pokok hiasan yang bersaiz tinggi dan besar ditempatkan pada bahagian belakang manakala pokok yang bersaiz kecil akan ditempatkan pada bahagian hadapan, perkara ini perlu dipertimbangkan agar semua jenis pokok kelihatan dan penggunaan warna dan spesis pokok juga perlu dipertimbangkan agar susunan pokok hiasan di atas pentas kelihatan seimbang. Spesis Chrysalidocarpus lutescens (palma kuning), bagi pokok yang bersaiz besar dan tidak sesuai untuk dibiakkan kerana mengambil masa yang agak lama untuk membesar maka peminjaman dilakukan daripada sekolah yang terdekat.

Gambar 1, ilustrasi pentas dengan tanaman hiasan.

Anggaran kos dan bahan yang diperlukan. Harga Bil 1 Perkara Tanah Hitam, campuran bahan organic daripada sisa tandan kelapa sawit yang telah reput 2 3 4 5 6 7 8 9 Sewaan pengangkutan tanah Pasu seramik ( 25 sentimeter ) Pasu seramik ( 15 sentimeter ) Beg Politina Baja tumbesaran Baja bunga Hos getah Racun kulat JUMLAH BERSIH 1 tan 15 biji 30 biji 1 kg 5 kg 5 kg 1 Roll 1 liter RM 80 RM 16 RM 11 RM 4.30 RM 3 RM 3 RM 37 RM 8 RM 80 RM 120 RM 240 RM 330 RM 4.30 RM 15 RM 15 RM 37 RM8 RM 849.30 Kuantiti seunit Jumlah Bersih

Kesimpulan. Penyediaan pentas bermotifkan flora memerlukan penyusunan pokok hiasan dengan teliti dan seimbang agar dapat menampilkan motif yang ingin diketengahkan. Penyediaan spesis tumbuhan yang dipilih perlu rancang dengan lebih awal supaya memudahkan kerjakerja penyesuaian dalam proses penghiasan pentas yang dilakukan. Untuk mendapatkan kos penghasilan yang minima adalah lebih baik kerja-kerja penanaman sendiri pokok hiasan dilakukan walaupun mengambil masa yang agak lama. Penjagaan pokok hiasan yang teratur membolehkan hasil yang diperolehi lebih memuaskan dan semua tanaman dapat digunakan mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi menghasilkan motif flora penggunaan spesis yang

pelbagai dapat menghidupkan lagi suasana pentas yang menarik, kepelbagaian warna dan saiz membolehkan pentas menjadi lebih kelihatan menarik disamping susunatur yang kreatif.