Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

download Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

of 58

Transcript of Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    1/58

    PERINGATAN KEPADA PELAJAR

    Bahan ini disediakan berasaskan kepada bahan bacaan bertajuk

    Panduan Asas Hortikultur Landskap (Edisi 3)

    Oleh

    Panel Penulis

    Terbitan

    Bahagian LadangUniversiti Pertanian Malaysia

    1992

    Pindaan dan ubahsuaian terhadap kandungan asal dibuat dimana perlu mengikut perkembangan semasa untuk tujuan

    pengajaran dan pembelajaran.

    1

    Bahan ini disediakan untuk tujuan rujukan

    dan pembelajaran semata-mata; bukannyauntuk tujuan komersial.

    Semua pelajar perlu beri perhatian danpenghormatan kepada penulis, penerbit dan

    perlindungan Hak Cipta

    Pelajar disaran untuk membeli bahan bacaanasal kerana ianya lebih lengkap.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    2/58

    KANDUNGAN :

    Sejarah Sains Hortikultur Landskap1. Pengenalan Kepada Asas Hortikultur dan Landskap - Dr. Sheikh Awadz b. Sheikh Abdullah2. Medium Tumbuhan dan Pemasuan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim3. Pembiakan Tumbuhan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim4. Tanaman Hiasan - Hajjah Badrain bt. Ibrahim5. Penanaman - Hajjah Badrain bt. Ibrahim6. Rumput Turf - Haw Ah Kam7. Pengenalan Landskap - Nor Ain bt. Mohd. Rejab8. Teknik Reka Bentuk Taman - Mustapa Kamal b. Mohd. Sharif 9. Pengurusan dan Penyenggaraan Landskap - Osman b. Mohd. Tahir 10. Pengurusan Perosak - Dr. Mohd. Yusofb. Hussien11. Racun Perosak: Penggunaan dan Pengendalian Yang Selamat - Za'bar b. Mahbat12. Rujukan

    2

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    3/58

    SEJARAH SAINS HORTIKULTUR LANDSKAP

    Berkebun bunga telah bermula sejak 3,500 tahun dahulu di Lembah Euphrates. Manusia pada masaitu menanam pokok-pokok tanaman hiasan dalam bekas-bekas dan kaedah ini digunakan denganmeluas sekarang, sama ada untuk hiasan dalaman dan luaran.

    Pada abad ke-11 dan ke-12, kebun-kebun bunga telah mendapat tempat di istana raja-raja. Pokok- pokok ditanam dalam bekas dan diletakkan di atas tembok pagar dengan teratur. Ada juga yang ditanam di atas batas sebagai hiasan. Pada masa ini pokok bunga-bungaan banyak diperkenalkan ke

    Eropah, terutamanya setelah tercetusnya Crusades (abad 11 - 13).

    Dalam abad 15, orang-orang Eropah telah menjelajah dan menjajah negara-negara di luar Benua Eropah seperti Amerika pada tahun 1442, India pada tahun 1498 dan Asia Tenggara iaitu kepulauan Jawa pada tahun 1511. Selain dari hasil bumi, banyak pokok-pokok tanaman hiasan dibawa pulang dari tanah jajahan ini ke Eropah untuk menambah koleksi yang telah ada.

    Dari perkembangan ini akhirnya kegiatan menanam pokok hiasan telah mendapat tempat di kalanganmasyarakat pada masa itu. Semangat untuk menanam pokok tanaman hiasan sangat tinggi, sehinggaterwujudnya taman botanik yang pertama di Paruda pada tahun 1545. Berikutan dengan

    perkembangan yang menggalakkan pada sekitar tahun 1633 pokok-pokok seperti Genera Asparagus,Coleus, Crassula, Hedera, Hyacinthus, Marcirsus dan Saxifraga telah menjadi antara tanaman yang biasa ditanam di rumah-rumah mereka.

    Pada abad yang ke-16, pokok-pokok hiasan berbunga mula mendapat tempat dalam masyarakat umum apabila tanaman-tanaman hiasan mula diatur di tingkap-tingkap rumah. Penanaman pokok hiasan dedaun dan berbunga semakin hari telah mendapat tempat dan terus berkembang di kalanganmasyarakat dunia pada masa itu. Ini terbukti dengan terdirinya rumah hijau (green house) pada abad ke-17 untuk menempatkan pokok-pokok taman jenis yang manja. Begitu juga dengan penggunaan

    pokok-pokok eksotik telah berkembang pada abad yang ke-18. Hingga pertengahan abad ke-18terdapat 5,000 spesies telah ditemui dan diperkenalkan.

    Pada awal abad ke-19, tanaman hiasan tropika dan subtropika mula mendapat tempat dan ditanam sebagai pokok hiasan dalam rumah panas. Tanaman pokok-pokok ini mulanya terkenal di negara Eropah sahaja. Pada pertengahan abad ke-19 boleh dikatakan tiap-tiap keluarga ada mempunyaitaman atau rumah hijau di rumah mereka. Bahkan ramai yang telah tahu keadaan atau cara-caramembiak tanaman hiasan.

    Selepas tahun 1850 tanaman hiasan dalaman berkembangan dari Eropah ke Amerika. Masyarakat telah mula merasakan faedah dengan menempatkan pokok bunga di dalam bangunan untuk memberidaya tarikan dan kelembutan pada suasana keliling. Ia bukan sahaja membuat rumah kelihatan cantik dan menarik tetapi juga mempengaruhi perasaan keriangan, kegembiraan dan ketenangan.

    Keindahan dan kenyamanan yang terdapat pada tanaman hiasan boleh mempengaruhi dalam

    melegakan sakit, menghibur pesakit dan memberi kerehatan pada yang keletihan.

    Pada abad ke-19 boleh dikatakan kebanyakan rumah ada menanam pokok-pokok bunga di halamandan diaturkan di tingkap-tingkap.- Pokok-pokok jenis dedaun masyhor dizaman ini. Kebanyakan

    genera yang digunakan pada masa kini adalah diperkenalkan pada abad ke-19 seperti:

    Dracaenas - paling elok untuk hiasan dalamanCordyline terminalis - yang paling digemari dan selalu diguna.

    Jenis-jenis palma: pokok-pokok hiasan yang paling tahan lama dan kegunaannya adalah meluas.

    Begonias, Fittonia, Maranta, Pelliona, Ixora, Aspidistra, Stapelia, Anthurium, Yucca, Hedera, Dieffenbachia, Aralia (Polyscias) Bambusa, Musa, Philodendron, Coleus, Pittosporum. Jenis-jenisberbunga termasuklah Lantana, Fuchsia, Tropaerolum, Ipomea, Azalia, Petunia dan Verbena.

    3

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    4/58

    Pokok-pokok jenis gantung (hanging basket) pula masyhor di Era Victoria. Jenis-jenis pokok yang diguna termasuklah Ivy, Saxifraga, Tradescantia, paku-pakis dan jenis dedaun.

    Pada abad ke-20, perkembangan tanaman hiasan jenis dedaun mula merosot dengan sebahagiankecil sahaja diguna untuk hiasan dalaman. Bunga keratan juga menjadi kurang masyhur ketika ini.

    Keadaan ini mempengaruhi pasaran semasa di mana harga pokok-pokok bunga hiasan mulai jatuh.

    Pada akhir 1930, minat untuk pokok-pokok jenis dedaun mula berkembang semula dengan penonjolan 'dish garden' atau pokok dalam bekas. Sekarang pokok-pokok dalam bekas dapat dilihat di mana saja sama ada tempat persendirian atau awam dan pejabat-pejabat.

    Sejarah Penanaman Tanaman Hiasan Di Malaysia

    Holtum (1971) dalam bukunya 'Gardening In The Lowlands Of Malaysia' ada membincangkantentang sejarah penanaman tanaman hiasan di Malaysia. Menurutnya kebanyakan dari jenis-jenistanaman hiasan yang digunakan adalah dari jenis-jenis yang dibawa masuk dari luar negara(eksotik). Ini kerana jenis tumbuhan tempatan keadaan pokok-pokoknya tinggi dan tidak sesuaiditanam di kawasan lapang seperti di taman rekreasi dan sebagainya.

    Antara jenis pokok-pokok yang mula dibawa masuk ialah pokok kemboja 'Frangipanni' yang berasal dari Mexico dalam pertengahan kurun ke-17. Diikuti pada kurun yang ke-18 beberapa jenis pokok dibawa dari Amerika Selatan dan West Indies, antaranya termasuk Caesalpinia (Peacock flower) dan

    Lantana. Pokok-pokok ini dibawa masuk oleh penjajah yang membawa bersama lain-lain jenistanaman.

    Walau bagaimanapun usaha membawa masuk tanaman hiasan secara sistematik bermula pada kurunke-19, iaitu melalui Taman Botani yang terdapat di Singapura dan Pulau Pinang. Antara jenis-jenis

    yang dibawa masuk pada masa itu ialah Semarak Api (Flame of The Forest) - Delonix regia dari Madagascar, Bougainvillea dari Rio de Janerio dan Canna dari Amerika Selatan. Dari lebih kurang

    500 spesies tanaman hiasan hari ini yang digunakan di Tenggara Asia, hanya 10% dari spesiestempatan.

    Penanaman pokok-pokok mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Setelahkeperluan-keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian dipenuhi, manusia akanmencari sesuatu yang boleh meningkatkan lagi kualiti hidupnya. Pokok-pokok tanaman dapat mengisikekosongan tersebut. Di samping memberi nilai estetika, tumbuhan hiasan boleh merubah keadaan

    sekeliling manusia. Ia dapat mempengaruhi kesan-kesan angin, suhu dan cahaya. Penggunaantumbuhan yang meluas menandakan kematangan satu-satu masyarakat.

    4

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    5/58

    1. PENGENALAN KEPADA ASAS HORTIKULTUR DAN LANDSKAP

    Dalam membentuk satu suasana indah di luar dan di sekitaran alam, hortikultur hiasan danlandskap adalah aspek yang mendatangkan satudaya pemikiran baru mereka bentuk danmenghias tanaman. Di masa ini penggunaantanaman hiasan agak meluas dan sungguhmenggalakkan kerana ia boleh menimbulkankesedaran yang menonjolkan personalitiseseorang.

    Hortikultur hiasan boleh dibahagikan kepadatiga :

    1) Floriculture

    Meliputi tanaman untuk bunga keratan,tanaman berpasu sama ada dari jenis bungaatau daun dan pokok-pokok bunga yangditanam di atas batas. Kumpulan initermasuk juga dari jenis paku-pakis dan

    bebawang.

    2) Semaian

    Untuk pengeluaran pokok, pokok renek danmenjalar, kumpulan herba untuk penutup

    bumi dan rumput hiasan.

    3) Landskap

    Ini bolehlah dikatakan satu istilah ataukonsep yang agak baru bagi kita. Secaraterus perkataan landscape boleh dimaksud-kan mengandam kawasan sekitaran.

    Landskap boleh dipecahkan kepada :

    a) Reka bentuk:

    Menentukan perancangan kawasan untuk ditanam dengan tanaman hiasan.

    b) Pembinaan:Ini melibatkan penyediaan kawasan untuk menanam sama ada untuk kawasan perumahan,

    bangunan, padang rekreasi dan lain-lain.Penyediaan kawasan adalah tertakluk kepada

    penyesuaian tempat, konsep, fungsi dankemampuan. Sebagai contoh faktor-faktor ini

    boleh dijadikan panduan, seperti - adakah pembinaan ini dibuat untuk:

    i) Menghibur: Supaya sedap matamemandang tentang keindahan alamsekitar dengan rekaan tanaman hiasan.

    ii) Rekreasi: Seperti pembinaan tanamanhiasan di sekitar padang permainan, kolamrenang dan arena. Tiap-tiap satu tempatmemerlukan suatu gubahan yang berlainanmengikut kesesuaian kawasan.

    (iii) Tempat beristirehat menghilangkankepenatan bekerja dari kegunaan dayatenaga atau pemikiran. Di sini privacy

    patut diambil kira.(iv) Menghias kawasan atau taman.

    Jikalau tujuan pembinaan ialah untuk merekasatu taman yang indah dan permai untuk diminati dan dihargai, maka segala pembinaanhendaklah berunsurkan kepada jenis-jenistanaman hiasan yang boleh menarik perhatianorang ramai.

    (c) Penjagaan:Ini termasuk penjagaan pokok-pokok hiasanseperti membaja, memangkas, memotongrumput dan kawalan dari serangan makhluk

    perosak, penyakit dan rumpai.

    Menanam dan Mengurus Tanaman Hiasan

    Langkah pertama yang agak penting untuk mengurus tanaman hiasan ialah menentukanobjektif menanam. Sama ada kawasan yangditanam itu kecil atau besar tiada banyak

    perbezaan. Faktor-faktor yang patut diambilkira ialah: pemilihan pokok-pokok tanaman hendaklah

    sesuai ditanam secara tunggal atau bercampur

    mereka bentuk dan cara-cara menanam yang betul

    penyenggaraan mengikut reka bentuk yangtelah ditentukan dan juga keperluan tanamanyang ditanam

    membina dan membuat struktur sokonganuntuk menampung keperluan hidup tanamanseperti pembinaan para dan junjungan

    Kedua hendaklah diketahui apa yangdikehendaki dalam aspek penanaman pokok-

    pokok hiasan: Adakah penanaman dibuat untuk mengindahkan lagi kawasan luar, ataumenanam untuk menimbulkan suasana

    5

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    6/58

    persendirian dengan mengambil kira unsur-unsur privacy atau mereka satu bentuk tanamanyang memberi suasana ketenangan fikiranuntuk keluar dari kesempitan dan kebuntuan

    bekerja.

    Pengkelasan Tanaman Hiasan

    Terdapat lebih dari 300,000 spesies tumbuhandi muka bumi ini dan 250,000 adalah jenis

    berbunga yang dikumpulkan dalam 200 hingga400 keluarga. Tiap-tiap spesies apabiladikenalpasti akan diberi nama saintifik dalam

    bahasa Latin. Spesies merupakan unit asas pengkelasan. Spesies-spesies tumbuhan berlainan dikumpul mengikut kategori yanglebih tinggi seperti berikut:

    Cultivar - Species - Genus - Tribe - Family -Order - Class

    Contoh : Bunga Kertas

    Genus/Spesies: Bougainvillea spectabilis, B. glabra, B. butiana B. peruviana,

    Keluarga: Nyctaginaceae

    Nama saintifik didaftar dan diguna di peringkatantarabangsa seluruh dunia. Di samping namasaintifik kebanyakan tumbuhan mempunyai

    nama biasa yang lebih mudah disebut dandiingat. Masalah nama biasa ialah ia mungkin

    berubah mengikut tempat dan tidak semuatumbuhan mempunyai nama biasa.

    Ahli Hortikultur mengumpulkan jenis-jenistumbuhan mengikut bentuk untuk disesuaikandengan kawasan yang hendak dihias.Kumpulan-kumpulan yang diguna ialah pokok (trees ), pokok renek ( shrubs ), herba(herbaceous ), penutup bumi ( ground covers )dan tumbuhan menjalar ( vines ).

    Penutup bumi tumbuh rendah dan boleh digunauntuk mengawal hakisan serta memberi corak yang tertentu. Rumput hiasan ditanam untuk memenuhi kawasan lapang tetapi perludipotong selalu. Pokok renek biasanyamempunyai ketinggian 3 - 10 kaki dan ditanamdalam bentuk asal untuk berbunga ataupundipangkas untuk memberi bentuk yang tertentu.Pokok renek boleh ditanam untuk pagaran.Pokok-pokok (termasuk palma) mempunyaiketinggian lebih dari 10 kaki dan biasanya

    berbatang tunggal. Pokok-pokok akanmemenuhi kawasan yang agak besar danketinggian dan lebarnya bergantung kepadaspesies. Tumbuhan menjalar ( vine) bolehmemanjat dinding untuk mengurangkankepanasan dan silauan dan apabila ditanam

    pada struktur tertentu ia boleh memberiteduhan. Tumbuhan jenis herba ditanam untuk mendapatkan warna dari bunga dan juga daun.

    6

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    7/58

    2. MEDIUM TUMBESARAN DAN PEMASUAN

    Tanah

    Bahan-bahan yang terdapat di permukaan bumiterbahagi kepada 3 jenis iaitu batu igneus, batumendak dan batu jelmaan. Batu-batu inilahyang menjadi bahan induk kepada tanah. Proses

    pembentukan tanah dipanggil pedogenesis .Proses ini menentukan darjah luluhawa bagisuatu tanah. Unsur-unsur seperti iklim,tumbuhan, topografi, bahan induk dan masamempengaruhi proses pedogenesis.

    Elemen-elemen tanah

    Tanah mengandungi 4 elemen.

    i. mineralii. bahan organik iii. air iv. udara

    Mineral merupakan elemen utama yang berbentuk hablur dan ia bertanggungjawab keatas kebanyakan daripada aktiviti dalam tanah.Terdapat dua jenis mineral:

    a. Mineral primer - terdiri daripada mineral

    yang tidak mengalami luluhawa sepertimagnetit, ilmenit, kuartza, felspar danzirkon.

    b. Mineral sekunder - terbentuk oleh prosesluluhawa sama ada oleh perubahan struktur atau penghabluran semula, seperti silikat,filosilikat, hidroksida dan mineral berat.

    Bahan organik terdiri daripada saki bakireputan tumbuhan atau haiwan dalam bentuk

    pepejal. Biasanya bahan ini terdapat dilapisan

    atas tanah.

    Udara: Gas yang wujud di dalam rongga-rongga tanah. Jika rongga-rongga tanah tidak diisi oleh air, maka ia diisi oleh udara.

    Profil Tanah

    Profil ialah sifat morfologi tanah yang penting.Ia dapat dilihat dengan keratan tegak

    permukaan tanah hingga ke batu dasar.

    Rajah 1: Profil tanah

    MEDIUM TUMBESARAN

    Ciri-ciri medium tumbesaran tumbuhan yangsempurna: membenarkan penembusan akar dengan

    mudah berupaya menyimpan dan membekalkan air,

    mineral dan udara memberi sokongan yang baik

    Medium tumbesaran yang sesuai untuk tumbuhan (terutamanya jika ditanam dalam

    bekas) boleh disediakan dengan menyediakanmedium campuran. Bahan-bahan berikut seringdigunakan untuk menyediakan mediumcampuran:

    1. Tanah loam2. Tanah gambut3. Tanah liat4. Pasir 5. Bahan organik 6. Baja asas

    1. Tanah Loam diperolehi kira-kira 15 - 20 cm dari

    permukaan tanah mengandungi humus subur serta gembur merupakan bahan utama dan terbaik

    untuk menyediakan medium campuran dikeringkan di tempat yang teduh dan

    ditapis sebelum digunakan untuk menyediakan medium campuran

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    8/58

    2. Tanah Gambut terdiri daripada bahan kayu-kayan dan

    bahan organik lain yang telah reput selalu didapati di tepi laut, paya atau

    sungai

    berasid tetapi banyak mengandungiunsur nitrogen keasidannya dikurangkan dengan

    menggunakan kapur daya penyerapan air adalah tinggi (12

    kali daripada beratnya sendiri) digunakan dalam membuat medium

    campuran sebagai bahan organik dikeringkan di tempat teduh dan ditapis

    supaya mudah dicampurkan

    3. Tanah Liat mengandungi bahan galian yang tinggi

    dan mampu memegang nutrien dengan baik

    daya menyimpan air adalah tinggi danmemakan masa untuk kering

    daya saliran air adalah rendah digunakan untuk mengimbangkan tanah

    yang mengandungi peratus pasir yangtinggi

    4. Pasir memberi rongga yang baik untuk

    pengudaraan dan saliran tidak berupaya memegang nutrien pasir sungai (saiz diameter kira-kira 0.5

    0.75mm) sesuai digunakan dalam penyediaan medium campuran

    pasir daripada lombong kurang sesuaiuntuk penyediaan medium campurankerana saiznya yang halus

    5. Bahan Organik membekalkan nutrien mampu menyimpan air dan mineral

    dengan baik Setengahnya berasid dan boleh

    digunakan untuk menurunkan pH tanah beralkali

    najis haiwan dan sisa tumbuhanmereput merupakan sumber yang baik

    elakkan penggunaan najis haiwan yang baru kerana bahan ini masih dalam proses pereputan (mengeluarkan habadan kandungan asidnya yang tinggi)

    6. Baja asas/Baja Permulaan

    membekalkan nutrien makro yangdiperlukan di peringkat awal

    pertumbuhan baja organik (terutamanya dari sisa

    haiwan) dan baja kimia biasadigunakan

    bahan serbuk kapur (GML) untuk mengurangkan keasidan tanah

    Jenis Medium Tumbesaran

    Bahan-bahan tersebut di atas seringdigabungkan atau digunakan secara

    bersendirian untuk menyediakan mediumtumbesaran yang sesuai. Antara medium yangsering digunakan termasuklah:

    1. Medium campuran2. Tanah bakar 3. Kompos

    1. Medium Campuran John Innes

    A. Medium Campuran Semaian John Innes(John Innes Seedling Compost J.I.S.)

    2 bhg. isipadu tanah loam1 bhg. isipadu bahan organik 1 bhg. isipadu pasir

    Bagi tiap-tiap satu meter padu campuran,campurkan baja asas/permulaan berikut:

    1.5 kg baja fosfat lampau ganda dua( Double Super Phospate - DSP)1.0 kg. serbuk batu kapur ( Ground

    Magnesium Limestone - GML)

    Campuran ini sesuai untuk semaian biji benih bunga dan sayuran dan juga boleh digunakansebagai medium pengakaran untuk pembiakantampang.

    B. Medium Campuran Memasu John Innes(John Innes Potting Compost - J.I.P.)

    Terdapat dua bentuk campuran :

    7 bahagian isipadu tanah loam3 bahagian isipadu bahan organik

    Dikeringkan danditapis dengan

    jaringan dawai berukuran 1cm X1cm

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    9/58

    2 bahagian isipadu pasir

    dan

    3 bahagian isipadu tanah loam2 bahagian isipadu bahan organik 1 bahagian isipadu pasir

    Bagi tiap-tiap satu meter padu campuran,campurkan baja permulaan berikut:

    4.2 kg. malamea1 (7:10:4.8)2.7 kg. batu kapur (GML)

    Cara Penyediaan Medium Campuran

    1. Sukat bahan-bahan berkaitan menggunakan bekas penyukat seperti baldi. (Sukatanmenggunakan bekas yang tetap ukurannyaadalah lebih sesuai supaya mudahmenganggarkan baja-baja asas yangdiperlukan; contohnya, peti/tong denganukuran 50cm x 50cm x 50cm muatannyaialah 1/8 meter isipadu).

    2. Longgokkan bahan mengikut lapisanseperti dalam Rajah 2.

    Rajah 2: Susunan Bahan Medium Campuran

    3. Gunakan penyodok untuk menebar lapisan bahan-bahan tadi dari satu tempat ke satutempat sekurang-kurangnya sebanyak 3kali. Dengan cara ini bahan-bahan tadidapat digaul rata.

    2. Tanah Bakar

    Tanah bakar biasa digunakan untuk tanaman didalam pasu. Sebaik-baiknya tanah ini dibakar selama 8 jam. Pembakaran boleh dipanjangkanselama hingga ke 96 jam bergantung kepada

    banyaknya tanah yang hendak dibakar.

    Tanah ini sesuai untuk medium tumbesarankerana saliran dan pengudaraannya baik. Selain

    itu ianya steril (bebas daripada patogen dan biji benih rumpai. Pembakaran tanah jugamenyebabkan asid dalam kandungan tanah

    berkurangan. Namun demikian membakar tanahmenyebabkan unsur fosforus dan kalium

    berkurangan. Oleh itu baja perlu ditambah.

    Nisbah campuran yang baik ialah 3 atau 4 bahagian isipadu tanah bakar dicampur dengan1 bahagian isipadu bahan organik.

    3. Kompos

    Ada kalanya tanah yang baik sukar didapati.Sebagai pilihan lain, kompos boleh digunakansebagai medium tumbesaran. Kompos diperbuatdaripada campuran sisa tanaman yang mudahreput dan najis haiwan. Medium ini adalahringan, bersih dan mudah digunakan.

    Walau bagaimanapun, medium ini ringan dantidak sesuai digunakan sebagai medium bagi

    pokok yang silaranya padat dan tebal

    Menanam Pokok Dalam Bekas

    Menanam pokok di dalam bekas mempunyai beberapa kelebihan berbanding denganmenanam di batas/tanah:

    Menjimatkan medium campuran Boleh diubah kedudukannya untuk

    tujuan hiasan dan jualan Tumbesaran pokok boleh dikawal Kerja-kerja penjagaan boleh dijalankan

    mengikut keselesaan pekerja Keperluan kehidupan pokok (seperti

    baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dsb.) dapat dikawal

    Jenis-jenis Bekas Menanam

    Terdapat berbagai jenis bekas di dalam pasaran.Pemilihan bekas yang sesuai bergantungkepada: jenis tumbuhan yang hendak ditanam, tujuan menanam, dan sifat bekas itu sendiri.

    Bekas yang dipilih mestilah mempunyai lubangsaliran di bawahnya untuk mengelak

    pengumpulan air yang berlebihan.

    Pasu tanah liat mempunyai dinding yang berongga untuk membantu pengudaraan dansaliran. Dinding pasu plastik dan tembikar

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    10/58

    berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran.Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebihmenarik.

    Bagi pasu plastik dan tembikar, siraman harusdilakukan berhati-hati dan tidak terlalu kerapuntuk mengelakkan kandungan air yang

    berlebihan di dalam medium. Pasu plastik lebihmudah dibasuh.

    Sebagai panduan pilihlah bekas yang sesuai,murah, ringan, tahan, menarik dan senang untuk mengeluarkan pokok untuk tujuan menukar

    pasu.

    Rajah 4: Ukuran bahagian-bahagian pasu

    Cara-cara memasu

    1. Pilih bekas yang bersih dan sesuai dengan pokok.

    2. Sediakan medium campuran - biasanyaJ.I.P. dengan nisbah 3:2: 1 sesuaidigunakan.

    3. Aturkan serpihan pasu (crock) atau batu- batu kasar berlapis-lapis sehingga lebihkurang 1/4 daripada ketinggian pasu.Susunan janganlah sampai menutup rapatlubang saliran. Bagi pasu jenis plastik,lubang salirannya tidak perlu ditutupdengan kepingan-kepingan pecahan pasu.

    4. Isikan medium campuran sehingga separuh bahagian pasu.

    5. Letakkan pokok yang hendak ditanam ditengah-tengah pasu. Pokok mesti tegak.Isikan medium campuran sehingga hampir

    penuh. Padatkan medium di sekeliling pokok. Siramkan sehingga kelihatan air keluar melalui lubang saliran.

    6. Letakkan pasu ini di tempat redup selama 4- 7 hari. Siram tiap-tiap hari. Tempoh ini

    bergantung kepada pemulihan pokok berkenaan.

    Pemasuan Semula

    Pemasuan semula bertujuan menukarkanmedium lama dengan yang baru untuk mengekalkan tumbesaran dan kesuburantanaman. Kerja ini dilakukan apabila terdapattanda-tanda seperti:

    Rajah 3: Pelbagai Jenis Pasu

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    11/58

    Keadaan tanah - melekat, padat, tanah cepatkering apabila disiram

    Keadaan akar - berserabut, berbungkas keatas dan juga keluar darilubang saliran

    Keadaan dahan - pertumbuhan lambat, ranting

    halus dan rapuhKeadaan daun - kuning, selalu gugur, tidak

    lebat, kecil dan tidak segar Keadaan bunga - kecil dan selalu gugur

    sebelum kembang

    Cara-cara Pemasuan Semula

    1. Gunakan pasu lama atau baru. Jikan gunakan pasu lama, cuci pasuhingga bersih. Jika gunakan pasu baru, rendam dalam air semalaman.

    2. Sediakan pasu seperti biasa dan isikan serpihan pasu 1/4 pasu danmedium campuran setengah pasu.

    3. Cantas mana-mana bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki,seperti ranting mati, buruk, berpenyakit atau terkeluar dari

    bentuknya. Potong juga akar yang terkeluar dari lubang saliran.Siramkan pokok yang dicantas.

    4. Selepas lebih kurang 1 jam keluarkan pokok dari pasu - rebah atau pusingkan pasu dan ketuk bibir pasu perlahan-lahan supaya tanahdan pasu terpisah. Kemudian pegang pangkal pokok dan tarik keluar

    perlahan-lahan.

    5. Cantas bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki.Bahagian akar dan tanah yang tinggal bolehlah dipotong dalam

    bentuk segi empat atau bulat menggunakan pisau atau parang.Sebanyak mana yang perlu dibuang bergantung kepada keadaan

    pokok, pasu dan akar; yang penting akar utama tidak rosak.

    6. Tanam seperti biasa. Padatkan medium di sekeliling akar.Tambahkan medium sehingga sama paras dengan pangkal pokok.Hentakkan pasu perlahan-lahan supaya medium mendap.

    7. Siram pokok secukupnya. Letakan di bawah teduhan selamaseminggu sebelum dikeluarkan ke tempat biasa.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    12/58

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    13/58

    3. PEMBIAKAN TUMBUHAN

    Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiaporganisma menambah dari segi bilanganindividu beranak dan berkembang dalam

    peredaran masa. Tumbuhan membiak dan berkembang dengan dua cara: Seksual ; contoh biji benih, spora Aseksual /Tampang/Vegetatif; contoh

    keratan, belahan, cantuman, organ-organkhas dan lain-lain.

    Biji benih

    Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contoh: pokok bunga semusim, pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun

    pokok-pokok ini boleh dibiak secara tampang.

    Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih Boleh menghasilkan baka-baka baru Dapat menyediakan pokok-pokok

    sebagai pokok penanti untuk cantuman Murah dan menghasilkan lebih banyak

    pokok Anak pokok mungkin lebih cergas

    (hybrid vigour ) berbanding denganinduknya.

    Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih Biji benih mungkin mempunyai masa

    rehat ( dormancy ) Mengambil masa yang panjang untuk

    matang Kemungkinan menghasilkan tumbuhan

    yang berbeza daripada induknya Setengah tumbuhan hanya dapat

    dibiakkan pada masa-masa tertentukerana pengeluaran buah dan biji

    benihnya bermusim

    Pemilihan Biji benih

    Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

    Matang Tulen (tidak bercampur dengan biji

    benih dari baka lain) Berisi, segar dan bersih dari kekotoran Bernas (mempunyai keupayaan untuk

    bercambah) Bebas dari penyakit dan perosak

    Biji benih yang hendak digunakan mestilahdiambil dari buah-buah yang matang ataumasak. Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telahdipilih itu kemudian dikeringkan di tempatyang terbuka dan ternaung. Biji benih perlucukup kering supaya tahan lama. Dalamkeadaan biasa seperti di Malaysia biji benihtidak dapat disimpan lama dan akan kehilangandaya percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpandi tempat bersuhu dan peratus lembapan yangrendah. Jika benih dibeli, periksa tarikhluputnya. Peratus percambahan benih menurunapabila disimpan lama.

    Percambahan biji benihPercambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahayadan oksiogen. Percambahan biji benih yangtidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomenaini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa)tidak telap air atau biji benih mengeluarkan

    bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman.Kadangkala biji benih memerlukan rawatantertentu untuk mempercepatkan percambahan.

    Rawatan percambahan biji benih

    Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

    Pelelasan ( scarification )Satu proses dimana kulit biji benihdirawat supaya biji benih telap air.Cara-caranya biasa dilakukan ialahmembuang atau mengikis testa,merendam biji benih dalam asid atau air

    panas.

    StratifikasiStratifikasi adalah proses melembutkantesta dengan meletakkan biji benihdalam timbunan pasir, tanah atau habuk

    papan yang basah pada suhu yang turunnaik.

    VernalisasiVernalisasi adalah satu proses

    menyebabkan biji-biji benih menge-luarkan hormon untuk percambahandengan meletakkan biji benih pada

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    14/58

    suhu yang rendah. Pemeraman ( fermentation )

    Pemeraman adalah satu prosesmerendam biji benih ke dalam air ataumenyimpannya dalam beg plastik yangdiikat untuk menanggalkan selaput biji

    benih.

    Menyemai Biji benih

    a. Rawatan sebelum menyemai

    Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknyadirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan dariserangan penyakit terutama penyakit dari jeniskulat.Bahan-bahan kimia yang digunakan ialahseperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat

    (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

    b. Medium Percambahan

    Medium percambahan yang digunakan harusmempunyai ciri-ciri berikut:

    mampu menyokong anak-anak benih, menyimpan air secukupnya mempunyai cukup rongga untuk

    pengudaraan dan penembusan akar bebas dari biji benih rumpai

    Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut,tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput,

    pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

    c. Cara menyemai

    Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benihhalus dan kasar.

    Bi ji benih halus

    Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkanke dalam bekas semaian. Siram bekas inisehingga lembab. Biji benih halus digauldengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian

    benih : beberapa bahagian pasir halus dankering untuk memudah dan meratakan taburan

    biji benih atas permukaan tanah. Selepasditabur, tutup biji benih dengan satu lapisantanah peroi dan disiram. Bekas menyemai bolehditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih bercambah.

    Bij i benih kasar

    1. Sediakan medium percambahan, dan bekassemaian yang sesuai.

    2. Pilih biji benih yang bernas denganmerendamkannya di dalam air. Biji benihyang timbul dibuang. Semai secepatmungkin dengan menggunakan teknik yang

    betul.3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai

    daun sebenar ( true leaves ) bolehlah diubahke dalam beg politena.

    Pembiakan TampangPembiakan tampang ialah pembiakan yangmenggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang samadengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yangdihasilkan secara demikian dipanggil klon.Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah palingistimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili

    pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yangdibiak 100 tahun dahulu adalah sama denganyang dibiak sekarang.

    Kebaikan Pembiakan Tampang* Boleh mendapat pokok yang seragam* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya* Cepat berbunga atau berbuah* Boleh dibiakkan sepanjang tahun* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu

    masa* Dapat digunakan untuk membiakkantumbuhan yang tidak mengeluarkan biji

    benih bernas

    Kelemahan Pembiakan Tampang* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak

    dengan cara ini* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama

    penyakit virus* Setengah kaedah memerlukan kemahiran

    teknikal yang agak rumit

    Jenis-jenis Pembiakan Tampang

    A) Secara Semula Jadi

    a. Rayapan (stolon) batang yang keluar dari aksil daun dan

    biasanya tumbuhmenjalar secaramendatar di atas

    permukaan tanah.Contoh: Episcia dan

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    15/58

    chlorophythum. b. Sulur - Anak atau

    rumpun pokok yangdipisahkan dari

    pokok induk. Contoh:Pisang kipas(Ravenala), Keladi

    c. Umbisi (corm)Contoh: Gladiolus,abaca

    d. Bebawang (bulb)Contoh: Lily,Amaryllis

    e. Rizom batang yangmenjalar di bawah

    permukaan tanah.Contoh: halia, bungatasbih, iris, rumput,kunyit

    f. Ubi - Batang (StemTuber) Batang yangmembesar dalamtanah. Mata tunasterdapat disekelilingnya.Contoh: kentang,

    keladig. Ubi - Akar (Root

    Tuber) - Akar yangmembesar dalamtanah. Mata tunasterdapat pada jemalaakar. Contoh: dahlia,keledek, gloriosa

    Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebutdi atas dengan memotongnya kepada

    bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohkentang, bebawang.

    B. Secara Buatan

    KERATAN

    a. Keratan dahan atau batangKeratan dahan terdiri daripada keratan kayukeras, kayu sederhana dan keratan kayu hijauatau lembut.

    Cara mengambil keratan batang:

    Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan antara 15 -20cm. Pada pangkal keratan itu buat potonganserong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2atau 3 helai daun. Tentukan sekurang-kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunasuntuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan disekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkalkeratan dengan hormon penggalak akar sepertiIBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini adadijual dalam bentuk debu.

    b. Keratan daun

    Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun,keratan urat daun, keratan tangkai daun dankeratan helaian daun.

    Keratan helai daun dibuat dengan mengambilsehelai daun yang bertangkai atau tidak

    bertangkai di mana ianya ditanam dalammedium pengakaran seperti pasir. Akar dandaun baru akan keluar dari sebelah bawah daun.Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya diatas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak dengan cara keratan bahagian daun. Untuk

    membuat keratan tangkai daun tentukan laidaun mempunyai batang sepanjang 2.5 4cm panjang.

    c. Keratan Akar

    Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dankemudian ditanam dengan membaringkan akar di dalam pasir yang bercampur serbuk papanatau tanah gambut. Pastikan paras atas akar

    adalah sama paras dengan pasir.Ada setengah pokok tidak mengeluarkan bijidan susah pula dibiak dengan cara lain,(misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago).Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai

    bahan pembiakan.

    Penjagaan Keratan

    Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah kerana akar-akar baru sangat lembut dansenang patah. Kebersihan kawasan perlu dijagauntuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    16/58

    Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlakudan keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkanakar sekunder. Elakkan akar tercedera semasamengubah dengan menyiramnya terlebihdahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam didalam bekas yang mengandungi campurantanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan

    beri teduhan selama 7-14 hari.

    Cantuman

    Cantum satu pembiakan tampang biasanyadigunakan untuk membiak pokok buah-buahan.

    Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3

    jenis :

    a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

    i) Sandingan

    b) Cantuman mata tunas

    i) Cantuman 'T'ii) Cantuman tampaliii) Cantuman takuk

    c) Cantuman Belahan

    i) Belahan tepiii) Belahan rencungiii) Belahan baji

    Pokok Penanti (Stock Plant)

    Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistemakar yang baik. Cantuman boleh dilakukanapabila pokok penanti mencapai saiz batang

    yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat) untuk menerima mata tunas.

    Mata tunas

    Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunasrehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yangmempunyai mata tunas rehat ialah sepertirambutan, bunga kertas, ciku, cempedak danlain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai matatunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

    Cara mencantum mata tunas

    Contoh: Cantuman tampal

    a) Sediakan pokok penanti b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantumanyang tajam dan bersih.

    c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripadatanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.d) Buat satu garisan melintang di sebelah

    bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukansama ada kulit itu boleh dikopek.

    e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong duagarisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok

    penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunasdaripada kayu mata tunas dan tanggalkankulitnya beserta mata tunas.f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadidan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit

    pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang1cm.g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis

    pokok, buka balutan pita plastik itu.h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong,

    bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok

    penanti dipotong, mata tunas akan mulai

    membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

    Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian:a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih

    b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.

    c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.

    d) Proses mencantum mesti dibuat dengan

    cepat untuk mengelakkan kambium ataumata tunas menjadi kering

    e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihatdan subur.

    f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atauterlalu longgar

    g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

    LENTURAN (layering)

    Lenturan adalah satu proses pembiakantampang menggunakan bahagian pokok yangmasih menjadi sebahagian daripada pokok

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    17/58

    induk yang masih hidup.

    Terdapat empat jenis lenturan:a) Lenturan Pucuk (tip layerage)

    b) Lenturan Busutc) Lenturan Peparitan (berbaringan)d) Lenturan udara (tut)

    a) Lenturan udara (tut)Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara inisesuai digunakan untuk pokok-pokok yangsusah dibiak dengan cara tampang yang lain.Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jeniskayu keras seperti pokok kenanga, cempaka,limau dan ciku.

    Cara- cara mengetut

    Sediakan tanah campuran yang sesuai yangmempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekatdan yang boleh menyimpan air dengansecukupnya selama masa dahan dalam proses

    pengakaran.

    Ta nah campuran biasa digunakan ialah:a) 2 bahagian isipadu tanah peroi1 bahagian isipadu baja organik

    b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian

    isipadu baja organik

    Cara memilih dahan yang sesuaia) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.

    b) Dahan mestilah dari kayu keras atausederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis

    pusat.c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang

    percabangan, berbentuk lurus dan mendapatcukup cahaya matahari.

    Cara mengetut

    a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.

    b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yangakan dibuat.c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawahmata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.d) Kupas kulit di antara dua kelaran dankikiskan (kambium) hingga ke kayu.e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaranatas

    f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.

    g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukantanah itu padat dan melekat dengan baik.

    h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas

    plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.

    i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluar-kan akar dan boleh dipotong bahagian bawahdan diubah ke dalam beg plastik.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    18/58

    4. TANAMAN HIASAN

    Pengenalan

    Semua jenis tumbuhan boleh diguna sebagaitanaman hiasan dalam oleh sebab asalnyatumbuhan dari hutan. Ubahsuaian cuaca yangmembuat ia tahan disimpan di dalaman.Tanaman Hiasan Dalam terdiri dari pokok-

    pokok jambangan pasuan yang ditanam untuk tujuan menghias kawasan-kawasan di dalamrumah, pejabat dan bangunan-bangunan.Tumbuhan ini meliputi tumbuhan dedaun dansejumlah kecil tumbuhan separuh berbungayang boleh ditanam di dalam rumah.Kebanyakan tumbuhan untuk hiasan dalamanadalah dari jenis dedaun kerana jenis inimemerlukan hanya sedikit sinaran matahariuntuk tumbuh sempurna. Oleh itu jenis dedaunadalah lebih sesuai untuk keadaan di dalam

    bangunan berbanding dengan tumbuhan yangmengeluarkan bunga berwarna-warni. Antara

    jenis tumbuhan yang sesuai ditanam sebagaiTumbuhan Hiasan Dalaman termasuklah jenis-

    jenis Aglaonema, Dracaena, Maranta,Peperomia, Chlorophytum, Sanseviera,Scindapsus, Philodendron, Ficus, Scheffleradan lain-lain.

    Keperluan

    1. Suhu

    Kebanyakan tanaman hiasan dalam bolehtumbuh dengan baik dalam keadaan suhu antara13.5 - 23.5C. Ada jenis yang tidak tahan hidupdi bilik yang berhawa dingin terutama di dalamkeadaan suhu yang sering turun naik. Pokok-

    pokok dapat bertahan jika suhu bertukar antara1.5 - 3C sahaja. Pertukaran suhu yangterlampau tinggi (6.5C) akan menyebabkan

    pokok mati.

    Tanda-tanda Bahaya :a) Daun bergulung menukar ke warna coklat

    dan kemudian gugur (suhu rendah) b) Daun bawah layu, tepi daun menjadi kering

    kemudian gugur (suhu tinggi)c) Bunga tidak tahan lama (suhu terlampau

    tinggi)d) Daun gugur setelah kekuningan (pertukaran

    suhu yang tiba-tiba)

    Panduan keperluan suhu untuk pokok-pokok

    hiasan d alam

    27C SUHUMAKSIMUM

    Untuk kebanyakan pokok dalaman di dalam bilik biasa

    jika diberi lebih lembapan.Contoh: Polyscias

    23.5C SUHUMAKSIMUM

    Untuk kebanyakan pokok dalaman di dalam bilik biasa

    jika tidak diberi lebihlembapan. Contoh: Aucuba

    japonica, Begonia rex,.Schefflera actinophylla,

    Monstera delicosa, Dracaena godseffiana, Dracaena surculosa

    16C SUHUMINIMUM Untuk pokok manja. Contoh: Aglaonema, Anthurium,Caladium, Calathea,

    Dieffenbachia, Saintpaulia,Syngonium.

    10-13CSUHUMINIMUM

    Untuk pokok tidak tahanlasak. Contoh: Aphelandra,

    Asparagus, Begonia, Beloperone, Bromelia,Citrus, Coleus, Dracaena,Paku-pakis , Ficus, Gynura,

    Kalanchoe, Monstera,

    Pandanus, Peperomia, Philodendron, Pilea, Rhoeo,Sansevieria, Schefflera,Scindapsus, Spathiphyllum.

    4-7C SUHUMINIMUM

    Untuk pokok tahan lasak.Contoh: Aspidistra,Chlorophytum, Cuphea,

    Fatshedera, Fatsia, Hedera, Maranta, Pelargonium,Saxifraga, Tradescantia.

    2. Cahaya

    Keperluan cahaya berbeza mengikut jenistumbuhan. Sebagai contoh, tanaman yangmempunyai daun berwarna- warni perlu lebih

    banyak cahaya dari yang mempunyai daunhijau sahaja. Tanaman yang mengeluarkan

    bunga perlu mendapat cahaya yang cukupuntuk pengeluaran bunga yang sempurna.Tumbuhan jenis daun memerlukan cahayaterang tetapi bukan pancaran cahaya mataharisecara terus. Kebanyakannya dapat hidup dalamkeadaan teduh. Kaktus dan pokok lendair (succulent) berkehendakkan cahaya yang paling

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    19/58

    banyak.

    Tumbuhan hiasan boleh mendapat cahaya dari2 sumber, iaitu dari cahaya matahari ataucahaya dari lampu jenis floresen. Kebiasaannya

    bagi cahaya lampu digunakan 2 lampu 40 wattdengan jaraknya daripada tumbuhan bergantungkepada keperluan cahaya oleh tumbuhantersebut.

    Kebanyakan tanaman hiasan memerlukantempoh penerimaan cahaya (dari matahariataupun sumber tiruan) antara 12 - 16 jam.Kekurangan cahaya akan mengurangkan kadar fotosintesis.Pokok-pokok memerlukan keamatan cahayayang berbeza mengikut spesies. Setengah-setengah pokok akan hidup subur di tepitingkap dan akan cepat layu jika ditempatkan dikawasan yang teduh (tidak ada cahaya). Ada

    pokok yang akan hidup dalam teduh dan tidak tahan keamatan cahaya yang tinggi.

    Tanaman dalaman jenis daun memerlukancahaya terang tetapi bukan cahaya terus darimatahari. Kebanyakannya tahan kepadakeadaan separuh teduh. Tanaman berbungayang mempunyai daun berbelang perlukan lebihcahaya dari daun kehijauan, dan tanaman

    berbunga memerlukan cahaya terus. Tanaman

    kaktus dan tanaman jenis lendair perlukancahaya yang paling tinggi. Tanaman darikeluarga Araceae tahan pada sinaran cahayayang paling sedikit.

    Tanda-tanda kekurangan cahaya- Daun lebih kecil dan pucat- Pembentukan bunga tidak berlaku atau

    kurang elok - Daun di bahagian bawah kuning dan gugur - Tiada tumbesar atau pokok menjadi kurus

    dan tinggi

    - Daun-daun berwarna-warni bertukar menjadi hijau

    Tanda-tanda berlebihan cahaya- Terdapat tanda-tanda melecur pada daun- Daun layu pada waktu tengah hari- Warna daun menjadi terlalu cerah/pucat- Daun pokok yang gemar teduhan akan

    mengecil, bergulung dan mati

    3. Siraman

    Cara menentukan bila siraman perlu dilakukan:

    Perhatikan permukaan medium; siraman perlu jika permukaan medium kering dan berdebu.

    Masukkan jari sehingga 1 cm, ke dalammedium; jika kering siraman perludilakukan.

    Siramlah sehingga air mengalir keluar darilubang saliran. Ini akan menentukan akar

    pokok mendapat air secukupnya. Jika 2-5cm bahagian atas sahaja dibasahi, inimenggalakkan akar tumbuh di bahagian

    permukaan tanah sahaja. Apabila tanahmenjadi kering:

    akar-akar akan mati tenaga yang ada digunakan untuk

    pertumbuhan akar baru melambatkan pertumbuhan batang dan daun yang sihatserta melambatkan pengeluaran bunga.

    Pasu tidak boleh di biarkan terendam dalam air lebih dari sepuluh minit. Buangkan air yang

    bertakung dalam piring pasu. Air paip bolehdiguna untuk menyiram. Seeloknya air inidisimpan semalaman untuk menghilangkankandungan klorin.

    Waktu menyiram yang sesuai ialah sebelum jam 10.00 pagi dan selepas jam 4.00 petang.

    Masalah Siraman

    a. Air mengalir keluar apabila disiramSebab: Tanah mengecut dari sisi pasuRawatan: Rendamkan pasu ke dalam air

    hingga ke paras permukaan pasu.

    b. Air tidak dapat diresapiSebab: medium terlalu padat; terdapat

    lapisan tidak telap air di permukaanmedium

    Rawatan: buat lubang-lubang kecil di permu-kaan tanah kemudian rendamkan pasu; Lakukan pemasuan semula.

    Tanda-tanda yang memerlukan perhatian:

    A. Tanda-tanda kekurangan air

    1. Daun layu2. Tidak ada pertumbuhan3. Daun bawah kuning, layu dan tepi daun

    kering

    4. Daun tua gugur dahulu5. Bunga pudar dan gugur

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    20/58

    B. Tanda-tanda berlebihan air

    1. Daun layu2. Terdapat bahagian yang lembut/reput3. Daun kuning dan hujung daun kering4. Semua daun muda dan tua gugur 4. Campuran tanah lembab dan lumut hijau

    terdapat pada pasu tanah liat5. Pangkal pokok berlumut

    PERINGATAN

    Akar memerlukan udara dan juga air. Ini bermakna tanah hendaklah lembab tetapi tidak bertakung. Sesetengah tanaman memerlukankeadaan basah-kering-basah, dan ada tanamanyang tidak memerlukan keadaan kering. Semua

    pokok memerlukan air yang kurang semasarehat.

    4. Pembajaan

    Semua pokok sama ada ditanam dalam pasuatau di tanah perlu pembajaan yang cukup.Pokok dalam pasu perlu diberi baja denganlebih rapi kerana kandungan nutrien dalammedium campuran adalah terhad.Baja yang digunakan untuk pokok hiasan dalam

    pasu selalunya terdiri dari baja sebatian yangmengandungi unsur-unsur Nitrogen (N),Fosforus (P) dan Kalium (K). Antara nisbah-nisbah yang boleh digunakan ialah 15:15:15,8:8:8, 10:10:10. Nisbah- nisbah ini digunakanuntuk pokok hiasan jenis daun. Untuk pokok-

    pokok jenis berbunga elok guna baja yangmengandungi P atau K yang lebih tinggidaripada N seperti 7:10:4.8, 15:30:15,12:12:17:2 dan sebagainya. Selain daripada

    baja dagangan, baja organik juga bolehdigunakan. Baja organik adalah lebih baik

    kerana ia dapat membaiki tekstur tanah. Bajadiberi dalam pusingan sebulan sekali, lebihkurang 30g satu pasu (ukuran 20cm garis

    pusat). Baja boleh diberi dengan cara tabur (jenis berbutir atau debu) atau siram (bentuk cecair). Pembajaan pertama biasanya dilakukandua bulan selepas ditanam.

    Terdapat juga baja dalam bentuk pil atau stick dipasaran. Baja jenis ini mempunyai kelemahanseperti nutrien akan tertumpu di suatu tempatdan ini tidak menggalakkan pertumbuhan akar yang sama. Pada masa-masa tertentu sepertidalam masa pokok berehat, pengambilan

    nutrien dari baja jenis ini tidak dapatdihentikan.

    Nutrien dan funsinya

    Nutrien Fungsi NITROGEN(N)

    Perlu dalam pembentukandaun dan proses pertumbuhan

    pokok keseluruhnyaFOSFORUS(P2O5)

    Penggalak pertumbuhan akar Mempercepatkan kematangan

    pokok Menguatkan tangkai tanamanPenggalak pengeluaran bungadan buah

    KALIUM(K 2O)

    Mempercepatkan tumbesarantisu meristemMenambahkan ketahanan

    terhadap serangan penyakitMemenuhkan benih/bijiranMenolong mengawal

    pergerakan stomaUNSUR-UNSUR MIKRO(Mn, Mg, Fe,Mo, S, Bo,Zn, Cu)

    Diperlukan dalam proses- proses seperti sintesis protein,sintesis klorofil, fotosintesis,respirasi, pembentukan

    buah/benih

    Tanda Kekurangan Baja

    a) Pertumbuhan lambat, senang diserang ulat,serangga dan penyakit.

    b) Daun kuning atau tompok-tompok kuning.c) Bunga kecil atau warna tidak menarik.d) Batang kurus dan daun-daun bawah akan

    gugur.

    Tanda Berlebihan Baja

    a) Daun kering. b) Tompok-tompok putih terdapat pada pasu

    tanah liat dan tanah.c) Tepi daun kering dan mati

    5. Kelembapan

    Cara-cara untuk meninggikan kelembapandalam bilik

    a) Menyembur dengan cara 'Mist' ( Misting )Sembur pokok dengan alat penyembur hinggasemua bahagian daun diselimuti bintik-bintik air. Semburan elok dilakukan di sebelah pagi.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    21/58

    Selain dari meninggikan kelembapan, misting membolehkan keadaan suasana kelilingmenjadi sejuk di hari panas. Ianya juga dapatmengurangkan serangan hamama merah danmenghilangkan habuk di permukaan daun.

    b) Menyusun pokok dalam kumpulanKelembapan dapat ditinggikan jika pokok-

    pokok disusun dalam kumpulan keranakurangnya pergerakan udara. Kaedah ini jugadapat menyembunyikan keadaan buruk pokok dan pasu.

    c) Menanam dua lapisPokok-pokok pasu boleh dimasukkan ke dalam

    bekas lain yang mengandungi bahan-bahanseperti tanah gambut, perlit, vermikulit.Medium ini hendaklah dibasahkan selalu.Bahan-bahan ini mempunyai daya serapan air yang tinggi.

    Kesan Kekurangan Kelembapan

    a) Bunga dan kudup bunga gugur b) Hujung daun menjadi coklat dan mengecutc) Daun gugur jika terlampau sensitif pada

    angin keringd) Tepi daun menjadi kuning

    Kesan Berlebihan Kelembapan

    a) Tompok-tompok kulat atas daun b) Bunga diselubungi kulatc) Tompok-tompok daun reput dan rapuh bagi

    pokok jenis lendair

    PERINGATAN

    Pokok-pokok hiasan dalaman memerlukankeadaan yang lembab dan keamatan cahayayang rendah.Pokok yang daun-daunnya nipis berkehendak-kan lebih lembapan berbanding daun-daun jenis

    lendair.

    6. Penyakit

    Tumbuhan Penyakit PenyebabResam batu(Begonia)

    Reput pangkalBintik daun

    Pythium sp. Cercospora sp.

    Keladi Mozek VirusRos Bintik hitam Rigidoporus

    sp.Ati-ati Bintik daun Cercospora sp.

    Kawalan Cara Kimia

    a) Rawatan tanah - sebagai siraman alur danfumigasi. Digunakan untuk penyakit bawaantanah seperti reput akar, reput pangkal dan layuyang disebabkan oleh kulat dan nematoda.Contoh racun: captan, thiram, furadan.

    b) Rawatan biji benih - untuk penyakit-penyakitdi tapak semaian seperti melecuh anak benih.Cara merawat biji benih boleh dijalankan secararawatan kering atau slurry . Contoh racun:thiram, benlate, maneb.

    c) Pendebuan dan penyemburan - cara yang biasa digunakan untuk penyakit-penyakit daun, batang, buah seperti bintik daun, cendawanangin, kanker, kuping dan lain-lain. Contohracun: benlate, captan, campuran bordeaux,

    bayletan dan ridomil.

    Kawalan secara kimia adalah terhad kepada penyakit- penyakit yang disebabkan oleh kulatdan nematod sahaja. Kawalan penyakit-

    penyakit virus dan bakteria secara kimia adalahkurang sesuai dan tidak ekonomik.

    Perhatian Dalam Penjagaan Tanaman

    Hiasan Dalaman.

    a. Pangkasan dilakukan bila perlu untuk mengawal bentuk dan saiz pokok danmembuang dahan-dahan liar, dan yangtidak berdaun.

    b. Buang daun dan bunga-bunga yang telahkering atau kuning.

    c. Pusingkan pasu (tukarkan kedudukan pasu)dari semasa ke semasa supaya pokok tumbuh seimbang dan tumbuhan tidak memberat ke arah sumber cahaya.

    d. Gunakan kayu pancang bagi jenis-jenisyang memerlukannya.

    e. Bersihkan permukaan daun dari habuk dandebu dengan cara mencuci dengan kain atau'sponge' yang telah dibasah. Daun-daunyang berduri atau berbulu tidak sesuaidibasuh, gunakan berus untuk membuanghabuk.

    f. Tukar pasu apabila terdapat tanda-tandayang jelas

    g. Tumbuhan jenis herba perlu digetu untuk menggalakkan pertumbuhan baru danmenghasilkan pokok yang rimbun.

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    22/58

    Faktor-Faktor Kultura Yang MenyebabkanPokok Dalam Pasu Tidak Sihat

    DAUN ATAS KERAS TETAPI KUNING Kegunaan Kalium dalam medium untuk

    pokok-pokok yang tidak perlu Kalium. Guna air liat untuk menyiram pokok

    TOMPOK-TOMPOK ATAS DAUN Tompok-tompok berwarna coklat & keras -

    kekurangan air Tompok lembik & coklat kehitaman -

    berlebihan air Tompok-tompok warna putih - air tertinggal

    atas daun, serangan penyakit atau serangga

    DAUN BERGULUNG & JATUHKepanasan kurangBerlebihan air

    DAUN GUGUR SERENTAK Sistem pokok dalam keadaan terkejutSuhu turun & naik terlampau cepatKawasan di sekeliling terlampau kering

    DAUN KUNING & GUGUR Berlebihan air

    DAUN TIDAK ADA WARNACahaya terlampau banyak Serangan hamama merah

    TEPI DAUN KERING- Angin terlampau kering- Banyak Baja- Kekurangan air - Berlebihan cahaya

    DAUN LAYU

    - Tanah terlampau kering sebab tidak siram- Banyak air - Berlebihan cahaya- Pasu terlampau penuh dengan akar

    DAUN BAWAH KERING DAN GUGUR - Kekurangan cahaya- Berlebihan haba- Kurang air

    TUMBESARAN POKOK LAMBAT- Kurang baja

    - Berlebihan air - Kekurangan cahaya- Pasu dipenuhi akar

    KUDUP BUNGA GUGUR - Angin terlampau kering- Kekurangan air - Kekurangan cahaya- Mengalih pasu- Serangan serangga

    DAUN WARNA-WARNI MENJADI HIJAU- Kekurangan cahaya

    DAUN DAN BATANG REPUT- Serangan penyakit kerana terlampau banyak air atau daun basah di waktu malam

    LUMUT HIJAU ATAS PASU- Berlebihan air - Air tidak dapat mengalir

    DAUN KECIL DAN TUMBUH TIDAK SIHAT- Kekurangan baja- Kekurangan cahaya

    TIDAK BERBUNGA- Kekurangan cahaya- Berlebihan baja- Angin terlampau kering- Berlebihan air

    BUNGA CEPAT LAYU- Kurang air - Angin kering- Berlebihan haba

    DAUN-DAUN KOYAK & BERLUBANG

    - Serangan serangga- Gangguan manusia

    TOMPOK PUTIH ATAS PASU- Kegunaan terus air paip

    - Berlebihan baja

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    23/58

    5. PENANAMAN

    KUMPULAN TUMBUHAN DANPENANAMAN POKOK-POKOK HIASAN

    Pengenalan:

    Dalam kerja-kerja pengindahan, tumbuhan-tumbuhan merupakan elemen utama yangmenjadikan taman kelihatan cantik danmenarik. Tumbuhan-tumbuhan yang digunakansebagai bahan-bahan perhiasan adalah dari jenis

    berbunga atau yang berdaun sahaja. Tumbuhan-tumbuhan yang ditanam dapat menghasilkankeadaan yang selesa, nyaman berguna, selamatdan menyeronokkan bagi para penggunakawasan tersebut.Berbagai kumpulan tumbuhan digunakan dalamsesuatu reka bentuk Landskap, antaranya ialah :

    1) Pokok naungan:Lebih 10 meter tinggi, biasanya berbatangtunggal. Ianya dapat memberi naungan.

    2) Pokok renek:3 - 10 meter tinggi, mempunyai banyak cabang pada pangkal pokok atau berdekatandengan permukaan tanah.

    3) Pokok herba:

    Untuk mendapat unsur warna-warni dantekstur yang menarik.

    4) Pokok tutup bumi:Tumbuhan jenis rendah, kebanyakkanmerayap di atas permukaan tanah. Kurangdari 45cm tinggi.

    5) Pokok jalar:Boleh memanjat dinding, mempunyai organ-organ khas untuk memanjat.

    6) Pokok paku pakis:Pokok yang berdaun hijau, menarik, tidak

    berbunga, membiak dari spora. Pokok aslihutan.

    7) Pokok palma:Pokok tropika dan subtropika berdaun hijau,

    berbatang tunggal atau berumpun.

    Keterangan Kumpulan Tumbuh-tumbuhan

    1) Pokok Naungan

    Menurut Darwin Chaniago dan Mohd. Saufi Hj.

    Abdullah (1981), pokok-pokok naungan dapatdikategorikan kepada pokok besar, sederhanadan kecil.

    KategoriPokok

    Besar Sederhana Kecil

    Garis pusatsilara

    20m 15m 10m

    Tinggi 20m 15m 10mContoh Pterocarpus

    indicus ,Swieteniamahogani ,

    Entrolobium saman ,

    Hymenaeacourbaril

    Lagerstroemia indica ,

    Adenanthera pavonina , Mimusopselengi ,Spathodeacampanulata ,

    Delonix regia

    Gliricidia sepium , Acaciacincinnata ,Salixbabylonica

    Kegunaan pokok naungan:

    i) Melindungi kawasan ( screening ): Contoh:Rhu ( Casuarina sumatrana ), Penaga laut(Calophyllum inophyllum ), Pancut-pancut(Spathodea paniculata ), Akasia ( Acacia sp )

    ii) Pelindung angin ( windbreakers )

    Pokok dari jenis yang tegap dan mempunyai

    akar tunjang.Contoh : Rhu pantai ( Casuarina equisetifolia ),Jambu laut ( Eugenia grandis )

    iii) Untuk teduhan

    Dapat memberi teduhan pada kawasan sepertitaman bunga dan taman-taman rekreasi.Kebanyakannya rimbun dan besar.Contoh : Sena ( Pterocarpus indicus ), Pokok hujan-hujan ( Enterolobium saman ), Ketapang(Terminalia catappa ), Pokok Saga

    ( Adenanthera pavonina )

    iv) Untuk digunakan sebagai pokok pinggiran jalan :Selalunya ditanam di tepi jalanraya bagi tujuanmenyejukkan kawasan lalu lintas dan jugauntuk mengurangkan kebisingan. Ditanam disepanjang jalan dengan jarak 3 hingga 5 mantara pokok dan 3 meter dari jalan raya.

    Contoh: Asam Jawa ( Tamarindus indicus ),Buta-buta ( Cerberra odollam ), Mempari( Pongamia pinnata ) Tembusu ( Fagraea

    fragrans )

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    24/58

    v) Sebagai pokok hiasan berbunga

    Ditanam untuk menambahkan lagi kecantikankawasan dengan bunga-bunganya.Contoh: Bungor Kedah ( Lagersroemia

    flosreginae ), Dedap ( Erythrina indica ), Batailaut ( Pelthoporum pterocarpum ) Jambul merak ( Jacaranda filicifolia )

    vi) Pokok-pokok daun berwarnaPokok ditanam kerana daunnya yang berwarnadan boleh mencantikkan pemandangan satu-satu kawasan.

    Contoh: Penaga lilin ( Mesua ferea ), Gapis(Saraca thaipingensis ), Kayu manis hutan(Cinnamomum iners ),Kasai ( Pometia pinnata ),

    2) Pokok Renek Terdapat 4 kumpulan pokok renek:

    a) Berbunga contoh Ixora sp., Museanda sp., Bougainvillea sp. b) Daun berwarna contoh Acalypha sp. , Excoecaria bicolor , Codiaeum sp .c) Jenis luruh atau gugur daund) Malar hijau contoh Polyscias sp.

    Ta mbuh-tumbuhan Renek Sebagai Pagaran

    Sifat-sifat yang perlu ada

    a) Senang hidup: Sentiasa subur, tahanserangan serangga dan penyakit.

    b) Tahan lasak: Boleh dicantas pada bila-bilamasa.

    c) Ciri Pokok: Beranting dan daun yangtumbuh rapat dan lebat.

    d) Sesuai tumbuh disemua keadaan tanah dancuaca.

    e) Tidak beracun dan ianya tidak sedapdimakan.

    f) Senang didapati dan mudah penyenggaraan-nya.

    Kegunaan pokok pagaran

    a) Untuk menetapkan kawasan persendirian b) Membahagikan kawasan luas kepada

    beberapa kawasan persendirianc) Mengelakkan daripada manusia dan haiwan

    masuk ke sesuatu kawasand) Melindungi kawasan kotor dan tempat yang

    hodoh pemandangannyae) Mencantikkan dinding atau pagar f) Menghias jalan dan menyejukkan keadaan

    sekitar g) Menahan angin dan menapis debuh) Mengurangkan kebisingani) Menambahkan seni

    j) Sebagai latar belakang sesuatu kawasan

    3) Pokok Penutup Bumi: Kumpulan pokok yang tingginya kurang dari 45cm.

    Kesesuaian: Boleh menutup bumi dengan cepat

    Tujuan:- Mengurangkan hakisan- Dapat mengawal rumpai- Mencantikkan kawasan atau sebagai daya

    tarikan kawasan- Memberi garisan tepi

    - Menentukan permukaan kawasan yangtidak boleh dipijak

    Contoh: Wedelia trilobata , Zebrina pendula , Hemigraphis colorata

    4) Pokok Jalar

    Pokok Jalar mempunyai ciri-ciri berikut:a) Tidak cukup kuat untuk berdiri dengan

    sendirinya b) Mesti ada sokongan. Boleh ditanam supaya

    menjalar di pagar, dinding bangunan, rangkakayu, tiang dan lain-lain lagi.

    c) Mempunyai batang panjang dan biasanyamembina organ-organ khas untuk memaut

    benda-benda yang dekat dengannya.

    Unsur-unsur Tumbuhan Untuk Seni Taman

    Reka bentuk penanaman atau penyusuantumbuh-tumbuhan untuk mencapai tujuan-tujuan kegunaan dan nilai estetika, bermuladengan pemilihan unsur-unsur tumbuhan.Unsur-unsur tersebut ialah:

    a) Warna: Ianya termasuk warna daun, kulit, bunga dan buah

    b) Bentuk:

    Bentuk ContohBulat Pong Pong ( Cerberra odollam )

    Bunga Tanjung ( Mimusops elengi )Kolumnar/tegak

    Tembusu ( Fagraea fragrans ),Gelam ( Melaleuca leucadendrom )

    Piramid/kon Juniper ( Juniperus chinensis )Lampai Janda Merana ( Salix babylonica )Payung Hujan-hujan ( Enterolobium saman )

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    25/58

    Rampak Madras Thorn ( Pithecellobiumdulce )

    Bertingkat Ketapang ( Terminalia catappa )Agong Royal Palm ( Roystonea regia )

    c) Tekstur dan kepadatan daun: halus, besar,kecil dan jejarum

    d) Saiz pokok

    Langkah-Langkah Menanam1) Sebelum menanam perlu diperhatikan

    perkara-perkara berikut:

    a) Sifat tanah: tanah liat - loam pasir, loam,loam berkelodak, pasir; pH tanah, yangsesuai dalam lingkungan 5.5 - 6.5

    b) Iklim: angin kencang, matahari, suhuc) Luas kawasan: kawasan lapang - pemilihan

    jenis pokok dan bilangannya bergantung pada keluasan kawasan

    d) Ciri pokok: sistem akar, cepat atau lambat pertumbuhan pokok, jenis pokok

    e) Keselamatan: Alat-alat kemudahan awam,kedudukan wayar/kabel perlu diambilkira.

    2. Memilih anak pokok Pemilihan anak pokok yang baik penting untuk

    memastikan ianya hidup subur ditanam. Pokok yang elok adalah seperti berikut :

    1. Batang lurus, sudur berbentuk 2. Pokok sihat, tidak diserang perosak atau

    berpenyakit3. Akar yang segar dan berserabut4. Elakkan pokok-pokok yang tercedera dan

    rosak bentuknya.

    3. Penyediaan Kawasan Menanam

    Penanaman pokok hiasan bergantung kepada jenis tanah di sesuatu kawasan. Sebelummenanam, pastikan yang tanah itu sudah siapdigembur kerana kebanyakan kawasanmempunyai tanah yang keras dan berpasir ataukadangkala tidak mempunyai tanah atasataupun mempunyai lapisan keras ( hard pan ) di

    bahagian bawah lubang. Tanah merupakanfaktor yang paling penting semasa menanam

    pokok kerana ia membekalkan sumber makanan, air dan udara yang diperlukan olehtanaman. Satu lagi aspek penting tanah ialah iamenyokong tanaman. Oleh itu maklumattentang struktur fizikal tanah perlu diketahui.

    Sebelum menanam pokok adalah mustahak menyediakan medium campuran yangsempurna. Dalam banyak keadaan, tanah asal

    ditukar dengan medium campuran baru. Tanahyang paling sesuai untuk tanaman ialah jenisyang mengandungi banyak air, udara dansumber makanan yang diperlukan .danselalunya mempunyai butir-butir tanah yangseimbang.

    Cara-cara untuk mempastikan tanah menjadilebih subur ialah:

    1. Gali dan gemburkan tanah2. Mencampur bahan-bahan organik pada

    tanah yang berpasir untuk mengekalkankandungan air dan sumber makanan.

    3. Menambahkan kapur magnesium pada tanahyang didapati mengandungi tanah liat untuk membantu melarutkan butir-butir tanah liatagar tanah itu lebih mudah dikerjakan danmempastikan pengaliran air yang lebih

    bebas.

    Menambahkan bahan-bahan organik dan pasir pada tanah asal akan membaiki struktur tanahasal. Bahan organik dicampur untuk membaikikeupayaan penyerapan air pada tanah yang

    berpasir. Bagi tanah jenis liat, pasir dicampur

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    26/58

    untuk menambahkan lagi pengudaraan dansaliran dalam tanah.

    Terdapat banyak campuran tanah yangdisyorkan dalam penanaman antaranya:

    1) 3: 13 bhg. isipadu tanah loam: 1 bhg. isipadu bahanorganik

    2) 2:1:12 bhg. isipadu tanah loam: 1 bhg. isipadu bahanorganik: 1 bhg. isipadu pasir.

    3) 5:4:15 bhg. isipadu tanah loam: 4 bhg. isipadu bahanorganik: 1 bahg. pasir atau perlit

    4. Saiz Lubang Dan Medium campuran

    Jenis Pokok Saiz Lubang Kadar TanahCampuran

    Baja Asas (CIRP) Jarak Tanaman/Barisan

    Pokok Naungan 1mX1mX1m (1m

    3) 3:1 250g/lubang Lebar maksimum sudur

    Renek (60cm 3) 3:1 100g/lubang Ikut keadaan atau reka bentuk

    Pagar Parit 15-30cmdalam 30-45cm

    3:1 100g/m 15 - 45cm antara pokok

    Panjat 45cm garis pusat 3:1 80g/lubang 75cm antara pokok, dekat dengan pagar PenutupBumi

    tanah rata, anggaran8-15cm tinggi

    2:1: 1 200g/10m 15, 30, atau 45cm antara pokok (bergantung kepada jenis pokok)

    5. Menanam

    Adalah mustahak bahawa saiz lubang bagimenanam anak-anak pokok berpadanan dengansaiz beg politena. Kalau lubang itu terlampaukecil, lambatlah anak pokok itu membesar dengan sihat. Saiz lubang berkait rapat kepadaruang yang diberikan untuk akar tumbuh.

    Ingels (1978) telah mengesyorkan supaya lubangtanaman digali 2 kali lebih besar dari bebolatanah supaya sistem akar dapat tumbuh dengansempurna. Kawasan ini menjadi kawasantumbesar bagi pokok untuk tahun pertama.

    Medium campuran baru diberi di kawasan ini.

    Waktu yang terbaik sekali untuk menanamtumbuhan ialah setelah keadaan tanah itu menjadinormal semula, biasanya satu hingga dua mingguselepas persediaan tanah. Ini memberi masakepada tanah itu untuk bertindak balas dengan

    baja organik dan baja kimia, seterusnyamenyediakan keadaan tanah yang baik. (Rajah 1menunjukkan cara-cara melubang, menanam danmemancang).

    6) Memancang dan Tegangikat (Staking andGuying)

    Tujuannya ialah :

    a) Melindung dari angin kencang yang akanmelonggar sistem akar ( loose anchorage ) . b) Menggelakkan daripada dahan patah atau pokok tumbang.c) Melatih anak-anak pokok hidup lurus dantegak.

    Cara memancang

    a) Pancang Tunggal ( single staking )- untuk pokok kecil- pokok mempunyai sudur kecil

    - tidak menghalang angin

    b) Pancang bergu ( double staking )- untuk pokok besar - lebih teguh

    c) Pancang galang ( prop staking )- di guna di lereng bukit

    d) Tegang ikat ( guying )- pokok yang terlalu besar untuk dipancang- diguna untuk pokok tanaman segera ( instant

    planting )

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    27/58

    7. Pengudaraan TanahSetelah pokok ditanam, pastikan pokok itutumbuh dengan subur dan sihat. Ada beberapafaktor yang mempengaruhi tumbesaran pokok-

    pokok. Salah satu faktor yang penting untuk pertumbuhan yang sempurna ialah kedapatanudara yang cukup iaitu Oksigen (O 2)

    Bekalan udara dalam tanah sangat penting untuk pertumbuhan akar yang sihat. Pokok-pokok dapatmeresapi O 2 dengan 2 cara:

    Resapan udara melalui ruang-ruang celahkumin tanah. Ini memerlukan tanah yanggembur dan baik salirannya supaya tanahitu tidak banyak mengandungi air semasahujan.

    Oksigen yang larut dalam air yangmenyerap ke dalam tanah. Air hujan

    mengandungi banyak oksigen. Oleh itueloklah disiram pokok denganmenggunakan air hujan.

    RAJAH 1: Menyediakan lubang untuk menanam pokok

    Langkah 1 gali lubang satu meter padu sama ada bentuk V atau U

    Langkah II Isikan lubang dengan campuran tanahsama ada 3 bhg. tanah gembur dan 1 bhg. bahanorganik ATAU campuran tanah bawah + bahanorganik dalam nisbah yang sama. Kemudian

    campurkan 250 gm.

    Tanah atas

    90cm permukaan asal

    Tanah atas

    Tanah bawah

    90cm

    Langkah III Buat lubang sebesar bag politenadalam lubang yang disediakan dan tanam pokok

    Langkah IV Sungkupan & menyiram

    padatkan

    sungkupan

    permukaan tanah 10-15cm tinggi dari permukaanasal paras tanah

    sungkupan (5-10cm tebal)

    > Kepalan tanah/akar tidak pecah

    Langkah V

    Anak pokok yang baru ditanam hendaklahdipancang selama 3 hingga 6 bulan sehinggaakarnya cukup kuat mencengkam tanah.

    ikat ke pancang (pancang tunggal)

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    28/58

    6. RUMPUT TURF

    PengenalanSelain daripada pokok-pokok hiasan, rumputturf boleh ditanam sebagai pelengkap untuk mencantikkan lagi sesuatu kawasan. Rumputialah tumbuhan monokotiledon silinder, denganruas dan buku yang jelas. Akar dan daun-daunnya keluar daripada bahagian buku.Helaian daunnya panjang serta mempunyai upihdaun yang menyaluti batang.Rumput turf ialah tanaman yang dijaga untuk kegunaan khas seperti halaman berumput(lawn ) padang permainan, taman awam, padanggolf, lorong pejalan kaki dan sebagainya.Kepentingan rumput turf:

    Mencantikkan kawasan.

    Memberikan ruang terbuka. Mengawal hakisan. Mengurangkan debu sekitaran.

    Tanaman rumput juga boleh dianggap sebagairumpai jika ia tumbuh dan hidup di sesuatukawasan yang tidak dikehendaki kerana tidak mempunyai kepentingan dan nilai ekonomi.Contoh-contoh rumput ialah rumput padi

    burung ( Echinochloa colonum ) rumput kerbau( Paspalum conjugatum ) rumput jakumparan( Digitaria marginata ) dan rumput karpettropika ( Axonopus compressus ) dan sebagainya.

    Pemilihan Jenis Rumput Turf Pilihan jenis rumput adalah bergantung kepadakegunaan kawasan yang hendak dihias. Adakahkawasan tersebut untuk kecantikan sahaja atauuntuk padang permainan. Ada sebilangan jenisrumput hiasan yang boleh tahan dipijak selalu,tetapi ada juga sebilangan jenis rumput yanghanya untuk hiasan. Pemilihan jenis rumputhiasan yang hendak ditanam perlumengambilkira perkara-perkara berikut:- Apakah kegunaan kawasan tersebut?- Apakah ciri-ciri istimewa yang di

    kehendaki?- Kadar penerimaan cahaya di lokasi rumput

    hiasan itu akan ditanam terima cahayamatahari sepenuhnya atau terlindung.

    - Apakah jenis dan keadaan tanah ?- Berapa banyak modal dan masa anda akan

    belanjakan untuk menanam dan menjagakawasan tersebut.

    Jenis-jenis Rumput Hiasan

    1. Rumput karpet tropika - Axonopus

    compressus

    Rumput jenis ini boleh digunakan di seluruhkawasan landskap seperti halaman rumah,

    padang permainan atau rekreasi, taman danlain-lain. Rumput karpet ini tidak memilih jenistanah untuk tumbuh. Ia menghasilkan sod yangtebal dan padat jika dipotong rapat, tetapitetalnya kasar. Rumput ini tahan di bawahnaungan dan tahan dipijak. Rumput ini jugatidak mudah di jangkiti oleh penyakit ataupunserangga makhluk perosak dan keperluan

    penjagaannya adalah rendah. Tinggi potongannya ialah 3 hingga 5cm.

    2. Rumput Seranggon - Digitaria didactylaRumput Seranggon mempunyai daun yang tirusdan berwarna hijau kebiru-biruan. Rumput iniselalu digunakan di padang golf ( greens ). Iamemerlukan tanah yang subur serta saliran air yang baik. Rumput jenis ini tahan dipotongdengan rapat dan juga tahan dipijak, tetapi tidak tahan kepada keadaan naungan dan kemarau.Rumput seranggon memerlukan penjagaan rapi.

    3. Zoysia - Zoysia matrellaJenis rumput Zoysia sesuai ditanam di kawasan

    lingkungan tanah yang luas. Ia tahan padakeadaan kemarau, asid dan naungan. RumputZoysia ini agak jarang diserang penyakit atauserangga. Ia lambat tumbuh dan lambatmenutup kawasan. Tetapi, jika rumput ini telahtumbuh, ia menghasilkan satu kawasan rumputyang cantik dan padat. Sifat pertumbuhannyaadalah menjalar di atas permukaan tanah danmenjadikan satu sod yang padat dan liat.

    Daun-daunnya lebih keras dan kasar. Olehkerana itu, rumput ini susah dipotong kecuali

    dengan mesin yang mempunyai mata pisauyang tajam. Tinggi potongannya ialah 3 hingga4cm. Jika dipotong dengan ketinggian dankekerapan yang betul, rumput ini akanmenghasilkan sod yang padat dan selesa dipijak atau berjalan di atasnya.

    4. Rumput Bermuda - Cynodon dactylonRumput Bermuda ialah rumput jenis halus danmempunyai batang yang panjang. Kegunaannyaadalah sangat luas, selalu ditanam di halamankediaman, tepi jalan raya dan sebagainya.Rumput Bermuda sangat suka kepada cahayamatahari dan ia tidak akan tumbuh subur jikalau

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    29/58

    ditanam di bawah keadaan naungan. Rumput iniakan menjadi kasar dan berbatang-batang( stemmy ) kecuali selalu ditambah tanah.Pertumbuhannya cergas dan perlu dipotongrapat di antara 2 hingga 3cm.

    5. Rumput Centipede - EremochloaophiuroidesRumput jenis ini boleh ditanam di kawasantanah yang luas, ia boleh tumbuh di tanah yangkurang subur. Daunnya kasar tetapi lebih tirusdaripada rumput karpet. Kurang memerlukan

    penjagaan dan jarang diserang penyakit atauserangga. Rumput centipede ini tidak tahandipijak selalu, jadi ia tidak sesuai untuk kegunaan di kawasan permainan.

    6. Saint Augustine - Stenotaphrum secundatum

    Rumput jenis ini mempunyai sod yang cantik berwarna hijau tua kebiruan. Daunnya adalahlebar dan kasar. Ia merebak dengan cergasdengan stolon-stolonnya yang panjang dantebal. Rumput St. Augustine ini tidak memilih

    jenis tanah untuk tumbuh tetapi saliran air dikawasan tersebut mestilah baik. St. Augustineadalah jenis rumput yang paling tahan kepadanaungan. Penjagaannya adalah sederhana.Tinggi potongannya ialah 3 hingga 5cm.

    7. Rumput Improved BermudaJenis Rumput Improved Bermuda yang bolehdidapati di negara kita adalah seperti berikut :- Tif dwarf - Tif green- Tif fine- Tif way- Tif Uganda

    Jenis-jenis rumput ini memerlukan tanah yangsubur dan pengurusan yang intensif. Secaraumumnya, jenis-jenis ini mempunyai daun yang

    halus dan lembut.

    Antara jenis-jenis Improved Bermuda, Tif dwarf boleh dikatakan yang paling baik.Daunnya berwarna hijau tua dan kecil, ruasnya

    pendek. Pertumbuhannya lambat, ia tahandipijak dan tahan dipotong rapat. Iamemerlukan tanah yang subur dan saliran air yang baik. Rumput ini mudah diserang penyakitdan serangga.

    Persediaan Tanah

    Tanah diratakan dan saliran airnya mestilah

    baik. Jika saliran tanah tidak baik, permukaantanah hendaklah dicuramkan sedikit iaitu 2 %(menurun 0.7m bagi setiap 30m) supaya air hujan senang mengalir.Selepas persiapan saliran air, gemburkan tanahsupaya kita dapat satu lapisan tanah yang halus(12cm 15cm tebal) untuk akar-akar rumputsenang tumbuh. Elakkan pembentukan tempat-tempat lekuk yang menakung air dan bersihkankawasan daripada batu-batu besar dan kecil.

    Selepas itu, tabur baja asas kepada tapak menanam. Nilai pH tanah yang sesuai untuk kebanyakan rumput ialah 6.0 hingga 7.0. Caraujian tanah adalah cara yang paling tepat untuk menentukan pH tanah dan jumlah kapur yangdiperlukan.Jika ujian tanah tidak dijalankan kita bolehgunakan 45kg serbuk kapur untuk tiap-tiap 100meter persegi.

    Fosfat adalah salah satu unsur yang palingdiperlukan untuk tumbesaran ( establishment )rumput, tetapi ia selalu kekurangan dalamkebanyakan tanah. Kekurangan fosfat ini bolehdiatasi dengan menggunakan 4.5 hingga 7kgSuperphosphate untuk tiap-tiap 100 meter

    persegi. Gaulkan baja fosfat kira-kira 10-15cmke dalam tanah.

    Mengawal RumpaiRumpai adalah salah satu masalah yang besar dikawasan rumput taman. Untuk mengurangkanmasalah ini, pencegahan rumpai sebelummenanam adalah lebih murah dan senang.

    Cara yang paling baik untuk mencegah rumpaisebelum menanam ialah dengan caramembasmi kuman tanah dengan kaedahfumigasi ( fumigation ). Racun-racun yang biasadigunakan ada 2 jenis iaitu metil bromida atauBasamid. Pengguna-pengguna haruslah berhati-

    hati semasa menggunakan racun-racun inikerana ia sangat merbahaya.Racun-racun fumigan ini akan membunuhsemua rumpai serta biji benihnya, cendawan,nematoda, serangga-serangga dan hidupan lainyang ada dalam tanah.

    Selain daripada penggunaan fumigan, satu caralain yang boleh digunakan untuk mencegahrumpai ialah dengan menyediakan kawasanterlebih dahulu sebelum menanam. Rumpaidibiarkan tumbuh hingga beberapa sentimeter tinggi, lepas itu semburkan dengan racun herbatidak memilih ( non-selective weedicide ) seperti

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    30/58

    paraquat. Seminggu selepas itu, kerja-kerja penanaman boleh dijalankan.

    Cara-cara Pembiakan

    1. Biji benih (Seeding)

    a. Taburan biji benih

    Cara ini jarang digunakan kerana biji-biji benihrumput taman susah diperolehi. Walau

    bagaimanapun, cara ini adalah cara yang palingsenang dan murah sekali. Kebanyakan biji- biji

    benih rumput ini adalah sangat halus. Jadi, bijiini hendaklah dicampur dengan tanah halus atau

    pasir supaya senang ditabur.

    Biji benih rumput taman ditabur rata di atastapak yang disediakan. Kemudian tutupkandengan tanah atas ( top soil ) setinggi lebihkurang 1cm, diikuti dengan memadatkan tanahdengan menggunakan penggelek. Ini adalahuntuk mendapatkan percambahan dan

    pertumbuhan yang baik. Untuk memastikansebaran yang rata, biji benih itu ditaburkanmengikut dua arah. Bahagikan biji benih itukepada 2 bahagian. Satu bahagian ditabur padasatu arah dan satu bahagian lagi mengikut arah90 darjah dari taburan pertama.

    Kawasan yang telah ditanam dengan caramenabur biji benih itu hendaklah dilindungidengan sungkupan untuk mengelakkan daridihanyutkan oleh air hujan, ditiup oleh angin,dimakan oleh burung dan sebagainya.Sungkupan juga meninggikan aktiviti-aktiviti

    bakteria dalam tanah, menyimpan lembapandan mengawal suhu. Daun-daun kering, lalangkering, jerami padi boleh digunakan sebagaisungkupan.

    b. Semburan Biji Benih ( Hydro-Seeding )

    Penanaman biji benih secara semburan adalahsatu kaedah yang membolehkan biji-biji benihrumput tumbuh dengan lebih cepat. Peratus

    percambahannya pun lebih tinggi. Kaedah inimenggunakan campuran air, bahan pelekat, bajadan biji benih, disembur kepada kawasan yangtersedia untuk ditanam rumput. Kaedah inisangat sesuai untuk menanam rumput di lereng-lereng bukit.

    Bahan-bahan yang digunakana) Campuran biji benih

    b) Sungkupan

    c) Pelakat (capolymer)d) Pengaman tanah (bahan organik terbuang)e) Baja (NPK)f) Air

    120 kg/ha 280 kg/ha 600 kg/ha 350 kg/ha 500kg/ha

    2. Sodding

    Sod adalah kepingan rumput sebesar lebihkurang 30-40cm persegi yang mempunyai akar,rizom dan stolon. Selepas menyediakankawasan, tanamkan kepingan-kepingan sod ituseperti memasangkan kepingan jubin lantai.Isikan tanah di tepi kepingan sod supaya dapatkawasan yang rata. Gelekkan kawasan yangtelah ditanam itu. Jikalau menanam di lereng

    bukit, pakukan di tengah-tengah sod dengankayu kecil supaya boleh memegang sod tersebut dan tidak dihanyut oleh air hujan.

    Cara sodding ialah cara yang paling mahalsekali kerana perbelanjaan membeli sod adalahtinggi. Tetapi, dengan cara ini kita bolehdapatkan kawasan berumput yang serta merta.Cara ini juga boleh mengurangkan masalahrumpai.

    Sodding terutamanya digunakan untuk

    membaiki tempat-tempat kawasan rumputtaman yang telah rosak. Cara ini juga sangatsesuai untuk menutup bumi di teres atau tanahcuram di mana penanaman biji benih dan cara-cara lain sukar dijalankan.Sod boleh diambil dengan mengguna mesin

    pemotong rumput ( sod cutter ). Lebar potongan boleh diubahsuai daripada 30, 45 dan 60 cm.Kemudian dipotong 1-2 m panjang. Kepingan-kepingan sod ini boleh digulung untuk kemudahan menanam. Tebal sod memain

    peranan penting bagi pertumbuhan rumput. Sod

    yang nipis akan menghasilkan proses pengakaran yang lebih cepat. Sod yang terlalunipis akan kurang tahan keadaan kemarau.Kepingan- kepingan sod hendaklah ditanamdalam masa 1-2 hari selepas diambil.

    3. Plugging

    Plug ialah gumpalan rumput sebesar 5 hingga8cm persegi. Dalam kaedah ini, plug ditanamdengan jarak di antara 15 hingga 30 cm. Jarak tanaman boleh dirapatkan jika hendak mendapatkan padang rumput yang lebih cepat.Selepas menanam, ratakan tanah dengan

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    31/58

    penggelek supaya dapatkan kawasan rumputtaman yang rata.

    Berbanding dengan sodding , cara ini lebihmenjimatkan bahan tanaman. Semua jenisrumput tropika boleh ditanam dengan cara

    plugging .

    Keperluan bahan tanaman (Keluasan 100 meter persegi)

    Saiz 'Plug'

    Jarak Tanaman

    Keperluan Meter Persegi

    5cm 10cm 5cm

    30cm 30cm 15cm

    3 10 5

    4. Sprigging

    Sprig boleh diperolehi dengan mengasingkanrizom dan stolon rumput satu demi satusepanjang lebih kurang 15 hingga 20cm. Tiadatanah yang lekat bersama sprig . Biasanya sprig

    mempunyai sedikit daun dan akar. Sprig bolehditanam dalam barisan yang berjarak di antara15 hingga 30cm, dan jarak di antara sprig dalam barisan ialah lebih kurang 5 hingga15cm.Jarak tanaman sprigging adalah bergantungkepada :

    a. Jenis rumput taman yang ditanam b. Berapa cepat kawasan hendak ditutup

    dengan rumputc. Jumlah bahan tanaman yang ada

    Bahan tanaman yang perlu untuk sesuatukawasan adalah lebih jimat dengan carasprigging dibanding dengan cara sodding atau

    plugging . Tetapi, cara sprigging lebihmemerlukan tenaga buruh untuk kerjamenanam. Rumput yang ditanam secara

    sprigging memerlukan lebih masa untuk stolondan rizom berakar berbanding plugging .Pertumbuhan rumput yang ditanam secara

    plugging lebih terjamin kerana plug mempunyaiakar lebih dari sprig .

    Keperluan bahan tanaman (untuk keluasan100 m persegi)

    Jenis rumput1. Bermuda2. Karpet3. Centipede4. St. Augustine5. Zoysia

    Keperluan1 meter persegi1.5 meter persegi 1 meter persegi 15-2 meter

    persegi 1.5 meter persegi

    5. Stolonizing Cara stolonizing jarang digunakan. Cara inihanya boleh dijalankan jikalau stolon atau

    bahan tanaman boleh didapati dengan banyak dan senang.

    Dengan cara ini, stolon-stolon rumput dipotongatau dicincang halus dan ditaburkan ke atas

    permukaan tapak menanam seperti menabur biji benih. Selepas itu, selapis tanah atas ditaburkandi atasnya dengan tingginya lebih kurang 1.5cmdan diratakan dengan penggelek supaya stolon-stolon tersebut boleh berakar dengan cepat.Kawasan yang telah ditanam dengan cara inimesti sentiasa lembab hingga stolon-stolon

    tersebut berakar.

    Penjagaan

    1. Memotong rumput (Mowing)

    Rumput taman mesti dipotong selalu supayasentiasa kelihatan cantik dan kemas. Memotongrumput akan mempercepatkan pertumbuhanrumput taman untuk menutup bumi danmenggelakkan daripada rumput rumpai tumbuh.Ketinggian pemotongan dan kekerapan

    memotongnya adalah bergantung kepada jenisrumput dan tabiat pertumbuhannya. Jenis-jenisrumput yang mempunyai tetal daun yang halusseperti Bermuda dan Seranggon boleh dipotongdengan lebih rapat dan rumput jenis kasar seperti karpet dan St. Augustine boleh dipotongdengan potongan yang lebih tinggi. Ketinggian

    potongan juga dipengaruhi oleh kegunaankawasan. Misalnya, rumput-rumput untuk keindahan sekeliling rumah tidak dipotongserapat seperti rumput untuk padang golf ( green ).

    Jenis rumput

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    32/58

    BermudaSerangon Zoysia Karpet Centipede St.Augustine

    Tinggi Potongan1.3cm - 2.5cm 1.3cm - 2.5cm 1.3cm - 3.5cm2.5cm - 5.0cm 2.5cm - 5.0cm 3.5cm - 6.5cm

    Fre kuensi Memotong (kali/minggu)3 kali

    2-3 kali1-2 kali

    1 kali1 kali

    1-2 kali

    Jikalau rumput taman ditinggalkan lama baharudipotong, akan mendapat rumput taman yanghanya mempunyai batang-batang yang besar dan keras, bukan daun-daun yang cantik. Jugamasalah rumpai akan timbul bila rumput tamanditinggalkan lama.

    2. Mesin-mesin Pemotong RumputJenis mesin-mesin yang sesuai digunakan untuk memotong rumput ialah jenis reel'. Iadigunakan apabila kita berkehendakkan

    potongan yang kemas dan rata. Mesin-mesinyang digunakan untuk memotong rumputmestilah tajam untuk mendapat potongan yang

    rata.

    Walaupun tidak sepenting tinggi dan kadar potongan, corak (pattern) atau cara memotongmesti juga dipertimbangkan. Cuba ubahkanarah (direction) memotong ,untuk dapatkan taman yang kemas dan cantik.

    Arah memotong rumput taman

    Daun-daun yang telah dipotong itu bolehdibuangkan ataupun ditinggalkan. Jika daun

    yang dipotong itu adalah panjang dan banyak, buangkannya supaya taman nampak cantik dankemas. Tetapi, jika daun-daun itu adalah sedikitsahaja, kita boleh tinggalkan supaya ia jadi bajaorganik apabila reput.

    3. Pembajaan

    Seperti tanaman lain, rumput taman perlukannutrien untuk hidup subur. Jikalau program

    pembajaan yang baik diamalkan, ini akanmengurangkan masalah penyakit, rumpai danlain-lain.Di sesuatu kawasan rumput taman, yang

    diperlukan ialah daunnya bukan bunga atau biji benihnya. Baja yang sesuai untuk kawasanrumput taman ialah baja yang mempunyaiunsur NPKnya seimbang iaitu 20:10:10,14:14:14 atau 15:15:15. Pembajaan adalah

    berasaskan pada kadar nitrogen yang diperlukanoleh rumput. Setelah kadar nitrogen telahditentukan pengiraan baja bolehlah dibuat.

    Baja nitrogen boleh ditambah untuk meningkatkan pertumbuhan dan menghijaukandaun. Keperluan baja nitrogen untuk rumput-rumput yang berkehendakkan penjagaan lebihtinggi seperti Serangon dan Tif dwarf ialah 23hingga 45 kg N untuk tiap 100 m persegisetahun. Ini boleh diberikan tiap-tiap bulandengan 4 pusingan setahun.

    Apabila menjalankan pembajaan, berhati-hatisupaya daun rumput itu tidak terbakar (scorching). Untuk mengelakkan ini, siramkanrumput taman selepas membaja supaya butir-

    butir baja yang terlekat di celah-celah daun boleh sampai ke tanah.

    4. Siraman

    Pada umumnya, hujan adalah mencukupi diseluruh negara kita untuk rumput hidupsempurna, kecuali dalam musim kemarau.

    Apabila air berkurangan di kawasan rumput,daun-daun rumput bergulung dan layu. Rumputtaman hanya perlu disiram air pada awal

    penanaman dan pada masa cuaca terlalu panasatau kemarau.

    5. Pengawalan rumpai

    Cara yang paling baik serta murah untuk mengawal rumpai ialah mengikut amalankultura yang betul sebelum dan semasamenanam dan penjagaan yang baik. Masalah

    rumpai boleh dikurangkan denganmenggunakan praktik-praktik kultura yang

    betul seperti :a. Menentukan bahawa tanah tidak mengandungi banyak biji benih semasamenanam.

    b. Kerja merumpai hams dijalankan awal danselalu.c. Pembajaan yang sempurna.d. Memotong (mowing) rumput selalu denganketinggian yang betul.

    Jenis-jenis rumpai yang selalu didapati dikawasan rumput taman di UPM ialah :

  • 7/29/2019 Asas Hortikultur Hiasan & Landskap

    33/58

    a. Borreria latifolia b. Cyperus rotundusc. Euphorbia hirtad. Oldenlandia dichotoma e. Phyllanthus nirurif. Cyperus aromaticus g. Cleome rutidosperma

    Merumpai boleh dijalankan dengan cara fizikalatau cara kimia iaitu menggunakan racunrumpai. Apabila menggunakan racun, kita mesti

    pilih racun yang sesuai supaya tidak merosakkan rumput taman. Untuk rumpai-rumpai yang berdaun lebar boleh dikawaldengan racun rumpai pilihan seperti 2, 4-DAmine. Rumput kekacang ( Cyperus rotundus )adalah lebih sukar dikawal. Untuk rumpai ini,racun campuran 2, 4-D Amine dan MSMAdengan kadar 0.25kg dan 2kg bahan aktif masing-masing untuk sehekar adalah disyorkan.

    6. Penyakit dan serangga perosak Penyakit dan serangga perosak selalumenyerang kawasan rumput taman apabilarumput berada dalam keadaan berikut :

    - Pengudaraan tanah tidak elok;- Pengaliran air tidak betul;- Terlebih menyiram air;- Pembajaan tidak cukup atau terlebih;