assgment hubungan etnik
-
Upload
jorge-rodriguez -
Category
Documents
-
view
222 -
download
12
description
Transcript of assgment hubungan etnik
Pengenalan
Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur
kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status
negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020.
Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku
dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup
singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi
sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang
telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada
sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan
etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati
keselesaan ekonomi.
Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan
ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa
yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi
yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan
lancar dan simbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik.
Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan
perkongsian kuasa yang matang.
Bedasarkan pengalaman 13 Mei 1969,ternyata faktor hubungan etnik yang
harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan
kestabilan politik .Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa
Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa dan system sosial yang kukuh,tidak
semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan
politik.Selain itu ,yang lebih penting sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha
berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.Jika
hubungan etnik tidak dipelihara maka pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik
yang dinikmati akan tergugat.
1
Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan
perpaduan. Masyarakat- menurut Roucek dan Warren ( 1979 ), masyarakat sebagai
satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama. Terdapat perhubungan terus menerus dikalangan mereka yang masih
hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan dan kelompok manusia yang
hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan
antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.
Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan,
berinteraksi secara dalaman dan dengan pihak luar, mempunyai kepimpinan serta
mempunyai aturan sosialnya mengikut susun lapis, kelas, status dan kasta.
Konsep Etnik atau kaum adalah satu kelomok yang boleh dikaji hubungan
persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinasikan
sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang
berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti
adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik,
kegiatan ekonomi dan hiburan.
Konsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk rumpun
bangsa contohnya dalam rumpun kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana,
Bisaya, Lotud, Kimaragang dan sebagainya. Konsep bangsa atau nasion
mempunyai maksud yang lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau
etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa adalah rumpun manusia
yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka
berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan
bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama. Bangsa Malaysia sebagai
bangsa idaman yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan
hubungan e5tnik yang harmonis.
2
Konsep Masyarakat Majmuk. Menurut J.S.Furnivall, masyarakat majmuk
terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun mereka adalah pelbagai kaum dan
berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan, interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan
mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas
sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia.
Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. Satu lagi
ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan atau kelemahan azam sosial bersama
( common social will ) yang merupakan satu set nilai yang dipersetujui anggota
masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial.
Konsep Kelas Sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok
dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharian, segolongan individu yang
mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,
martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran contohnya;
masyarkat kapitalis terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan bourgeoisie yang
memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Golongan
proletariat yang tidak memiliki perkara diatas hanya tenaga kerja sahaja.
Konsep Institusi sosial, sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat
dan kebudayaan. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkahlaku yang telah
menjadi kebiasaan atrau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai suatu
matlamat sosial yang tertentu. Contohnya; Institusi sosial yang utama iaitu keluarga,
institusi pilitik, institusi agama, institusi pelajaran dan sebagainya.
Konsep Jarak Sosial adalah satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial yang
benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau
kelompok dengan kelompok. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan
dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok. Jarak sosial berkait rapat dengan
interaksi dan persafahaman antara kelompok. Semakin besar jarak sosial diantara
dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persafahaman
antara kedua-duanya.
3
Konsep Mobiliti Sosial merupakan satu proese perubahan individu atau
kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang ain dalam satu sistem
stratifikasi sosial. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu
masyarakat. Dalam sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah
terbuka. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yang bercorak
tradisi,mobaliti social jarang sekali berlaku.
Konsep Etnik membentuk konsep Etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk
kepada ras kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnosenterisme adalah satu sikap atau
kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya
daripada kebudayaan kelompok lain. Sesuatu kelompok dikatakan etnosentyrik
apabila mereka menilai kebudayn lain berdasrkan standard dan nilai kebudayaan
sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yang lebih rendah.
Etnosentrisme membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu
kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan
masyarakat yang lain. Selagi manusia menjadi etnosentrik, selagi itulah mereka
akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yang sedia ada dan biasanya
yan bersifat negatif. Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam
mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan
diantara anggota sesuatu kelompok masyarakat. Contohnya, ketaatan kepada
budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti. Ini dapat
mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.
Konsep Ras dan Rasisme. Ras adalah kelompok manusia yang mempunyai
persamaan dari segi ciri-ciri fizikal samaada warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri
fizikal tersebut ditntukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi
contohnya Mongoloid, Negroid dan Austroloid.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang
nyata seperti warna mata, warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang
paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga
4
merujuk kepada kelompok manusia yang menganggap diri dan atau dianggap oleh
kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar
perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini berkaitan dengan sifat-
sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang
dilakukan secara terbuka melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau
sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman
yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme
wujud pada dua tahap. Tahap Individu merupakan kepercayaan dan sikap individu
pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula melibatkan dasar dan pelaksanaan yang
bersifat diskriminasi.
Konsep Prejudis merupakan pandanan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis
tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat
yang jelas, tepat atau mencukupi. Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi
kepada generasi yang ain. Kesannya semakin mdah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik,
ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
Konsep Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti semua orang tidak bersifat kasar dan
sebagainya. Stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu etnik oleh etnik yang lain.
Hal ini terhasil daripada pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.
Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan
masyarakat khususnya masyarakat majmuk diMalaysia kerana fahaman ini
mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan
etnik yang lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan
menimbulkan semnagat perkauman yang menebal.
5
Konsep Diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif oleh seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau
kelompok etnik lainnya yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan
negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi
merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan kumpulan etnik dan
mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat.
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau kumpulan etnik dan
mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal
secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.
Konsep Budaya ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup manusia
yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi
hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat yang lain, namun
beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat
seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai
kesenian dan lain-lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan
sejagat. Perubahan merupakan sifat yang penting bagi sesuatu kebudayaan.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej
negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti, dan memupuk kesedaran
kebangsaan dan kenegeraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental. Ciri-ciri penting sesuatu budaya ialah dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat,
diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik, adanya pandangan semesta
( world view ). Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Manusia itu sendiri yang membentuk budaya dan
perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri.
Konsep Perpaduan adalah sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air.
6
Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai
kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam
negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan
tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi
kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial
merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti
sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya, integrasi pendidikan
untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk
kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat
integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat
kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan
bermula dengan hubungan terpisah iaitu Segregasi merupakan pemisah dan
pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, penggangkutan dan kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.
Sehinggalah hubungan yang berbentuk sebati iaitu konsep Amalgamati iaitu satu
proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baru. Proses ini memakan
masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. Formula: A+B+C= D. A,B
dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baharu
yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Syaratnya, kumpulan dominan
membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat
demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka dan ini jarang berlaku.
7
Konsep Perpaduan dan Integrasi
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri
daripada
1. Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang
mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat
dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai
Barat Semenanjung Malaysia.
2. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
3. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan
kebangsaan
4. Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui
progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan
5. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan
rohani
6. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui
kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah.
Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan
hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu
amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu
8
mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan
perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
Konsep Integrasi
Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan
awam.ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar
Apatheid di Afrika Selatan.
Integrasi (integration) lawannya segregasi (segregation). Keadaan segregasi
dalam masyarakat kita juga adalah akibat dasar‐pecah perintah kolonial. Bentuk
segregasi yang paling jelas adalah dari segi ruang fizikal. Satu ketika dulu, etnik
Melayu rata‐rata menetap di luar bandar yang mundur dan bukan Melayu di
kawasan maju bandar.Segregasi fizikal ini ditebalkan lagi oleh segregasi dalam
bentuk lain, seperti, ruang,kegiatan ekonomi dalam sektor yang berbeza (Melayu
tani, Cina berdagang ), ruang pendidikan vernakular yang menggunakan bahasa
pengantar yang berbeza.Segregasi inilah yang dijadikan sasaran untuk dirongkai
oleh kerajaan dan pihak lain. Ada dilaksanakan melalui dasar dan usaha sedar, ada
yang terjadi sebagai suatu proses alamiah. Misalnya, ada usaha memastikan
kawasan perumahan di bandar mempunyai komposisi penduduk berbilang etnik.
Tetapi dasar ini tidak sepenuhnya dapat ditunaikan kerana ia bergantung pula
kepada banyak faktor lain, seperti harga rumah, saiz famili,jauh dekat daripada
kemudahan pengangkutan awam dan selainnya.Bagitu juga melalui dasar
pendidikan dan bahasa, atau program khas seperti program Rukun tetanga, telah
pun diwujudkan usaha‐usaha khusus yang mencuba memecahkan tembok
segregasi ini, lalu diharapkan dapat mewujudkan integrasi. Ternyata proses ini
memakan waktu dan cabaran.
9
Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka
antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-
masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama
lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam
bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Swtzerland
adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-
etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka.
Proses akomodasi sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok
etnik di Malaysia. Malah ianya ibarat sebagai proses yang paling utama lagi kritikal
yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada
secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi kerana sikap positif saling hormat‐
menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing‐masing, yang
kita boleh ungkapkan ”sama tapi tak serupa.”Maksudnya, setiap kelompok etnik ada
sistem kepercayaan masing‐masing, ada perayaan masing‐masing dan ada pantang
larang masing‐masing. Dari segi ini semua kelompok etnik mempunyai persamaan.
Namun cara masing‐masing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masing‐
masing ternyata berbeza. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik
menghormati perayaan masing‐masing. Malah sanggup pula saling merayakan hari‐
hari kebesaran tersebut.Melalui proses akomodasi ini berlaku pula sebagai lanjutan
pinjam‐meminjam unsure-unsur budaya masing‐masing. Adat istiadat dan adat
resam Melayu yang mengamalkan konsep angpau. Tetapi hari ini istilah dan konsep
angpau sudah dihayati dan diamalkan dalam adat resam etnik Melayu. Malah setiap
bank dan syarikat swasta menyediakan sampul surat untuk memberi angpau di Hari
Raya Puasa sudah diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Ada banyak lagi
contoh yang boleh kita kemukakan untuk menunjukkan bahawa wujud proses
pinjam‐meminjam unsur budaya dikalangan kelompok etnik di Malaysia. Senarainya
terlalu panjang untuk dibincangkan di sini. Nyatanya daripada akulturasi ini, ianya
tidak merubah budaya, norma dan nilai sesuatu kumpulan etnik. Yang berlaku
adalah budaya sesuatu etnik yang meminjam telah diperkaya dengan ritual budaya
yang baru.
Dalam sejarah kita terdapat pula kelompok etnik yang bukan sahaja sedia
berakomodasi dan meminjam unsur‐unsur budaya daripada kelompok etnik yang
10
lain. Ada yang sedia menerima sebahagian besar budaya etnik lain dan dijadikan
sebagai sebahagian daripada budaya etnik mereka. Kes Cina peranakan di Negeri‐
negeri Selat satu ketika dulu dan Sikh peranakan di Sabah pada waktu selepas
Merdeka adalah contoh asimilasi yang jelas. Apatah lagi mereka yang hendak
bernikah dengan orang Melayu Islam,diwajibkan oleh undang‐undang untuk masuk
Islam, yang menuntut asimilasi sebagai pra‐syarat. Mungkin kerana cinta yang
mendalam terhadap bakal suami atau isteri,pengorbanan besar sedia dilakukan oleh
mereka yang masuk Islam. Tetapi tak semuanyayang jatuh cinta, berkekalan. Ada
yang juga yang ingin kembali ke pangkuan agama asal. Ini kadang‐kadang
menimbulkan masalah sosial yang bermula dengan masalah pribadi terheret
kemudiannya ke mahkamah oleh kerana tuntutan peraturan yang akhirnya menjadi
masalah sosial semua pihak. Kita saksikan juga penjelmaan masalah ini dalam
masyarakat kita Yang agak jarang berlaku di Malaysia adalah proses amalgamasi.
Mungkin contoh Sekolah Wawasan boleh kita gunakan di sini. Tersulam dalam
usaha ini adalah unsur akomodasi dan akulturasi. Cuma dalam kes Sekolah
Wawasan ianya merupakan proses amalgamasi bersifat top‐down, bukan yang
terpancar daripada bawah memanjat ke atas. Mungkin kita boleh fikirkan apakah
contoh lain yang sesuai. Oleh yang demikian,
saya merasakan proses amalgamasi adalah suatu proses berguna tapi jarang
digunakan
Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.akulturasi
terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga
unsur-unsur kebudayaan asing itu akahirnya diterima dan dioleh ke dalam
kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
Namun kejayaan akulturasi bergantung kepada:
• 1. Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah diterima seperti budaya kebendaan
seperti pakaian dan kebudayaan tersebut memberi manfaat yang besar.
11
• 2. Unsur kebudayaan asing berbentuk bukan kebendaan sukar diterima seperti
ideologi pemikiran dan sebagainya.
Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik
yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Di Malaysia, apa yang beerlaku ke
atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, antara contoh
berlakunya proses asimilasi.Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:
1. Etnik yang berbeza budaya
2. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.
3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama
Kejayaan asimilasi bergantung kepada :
1. Kesanggupan etnik minority menghilangkan identity merka dan menerima
identity etnik lain.
2. Kesanggupan etnik majority menerima etnik lain
3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minority tidak besar atau kelompok
minority adalah kecil.
4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik
5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh minority akan
menyukarkan proses asimilasi.
Faktor penghalang asimilasi ialah:
1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut
terhadap budaya lain.
2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.
3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.
12
- Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara
utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan
campur antara etnik. Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari
segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampur adukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan
satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan
biasanya melalui beberapa generasi.Formula: A + B + C = D. A,B dan C
mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg
terhasil drp penyatuan A, B dan C.Syaratnya kumpulan dominan
membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa
berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang
berlaku).
Hubungkait antara Ekonomi dan Etnisiti
Sejarah perkembangan ekonomi negara boleh dibahagikan kepada empat
tahap perkembangan iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan, era selepas
penjajahan dan era selepas kemerdekaan.
Sebelum mencapai kemerdekaan, ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi
oleh penjajah yang membuat pelbagai langkah bagi memperbaiki dan
mengembangkan ekonomi negara. Pihak penjajah hanya berminat hendak
memajukan sektor ekonomi yang dapat memberi keuntungan secara langsung
kepada mereka tetapi tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada rakyat
Malaysia. Bagi melihat dengan lebih mendalam berkenaan sejarah perkembangan
ekonomi negara, kita bahagikan tahap perkembangan ini kepada empat bahagian
iaitu era pra-penjajahan, era penjajahan, era selepas penjajahan dan era selepas
kemerdekaan. Era pra-penjajahan Pembukaan Melaka oleh Parameswara pada
penghujung abad ke-14 menjadi titik permulaan Tanah Melayu terlibat dalam
perdagangan. Melaka menjadi pelabuhan entrepot Timur-Barat. Kegiatan ekonomi di
Kepulauan Melayu menjadi semakin bertambah penting dengan tertubuhnya
beberapa kerajaan Melayu Tua yang mula menguasai pelabuhan yang menjadi
tempat persinggahan kapal-kapal dari China, India dan Asia Barat bagi menjalankan
13
perniagaan mereka. Kemajuan yang dikecap oleh kerajaan Melaka ketika itu
menimbulkan minat kepada negara barat bagi menguasai perdagangan sehingga
akhirnya kerajaan Melaka dijajah oleh kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda
dan Inggeris. Era penjajahan Penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun
selama hampir 400 tahun banyak memberi kesan kepada ekonomi Tanah Melayu.
Namun begitu penjajahan oleh Portugis dan Belanda yang mengambil masa selama
313 tahun itu tidak meninggalkan banyak kesan kepada ekonomi kerana mereka
tidak mengeksploitasi sumber secara besar-besaran, selain tumpuan pada
perdagangan rempah sahaja. Pada zaman pemerintahan Inggeris berlaku
perubahan ke atas ekonomi negara apabila perlombongan dan penanaman getah
mula diperkenalkan. Perlombongan menjadi penting apabila Inggeris membawa
masuk imigran Cina supaya bekerja di lombong dan imigran India sebagai pekerja
ladang getah. Era kemerdekaan Pada era ini kerajaan mula memperkenalkan
rancangan pembangunan yang terancang dan teratur yang dipanggil Rancangan
Pembangunan Ekonomi (RPE1) atau Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).
Selain itu, pada era ini juga ditubuhkan rancangan pembangunan tanah seperti
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956 bertujuan
mengatasi masalah kekurangan tanah serta membantu meningkatkan pendapatan
dan taraf hidup kaum petani. Pada tahun 1961, Rancangan Pembangunan Ekonomi
2 (RPE2) pula dilancarkan. Kedua-dua RPE hanya memberi tumpuan kepada sektor
pertanian yang menjadi tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu. Era baru kini
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 memberi kesan yang mendadak pada ekonomi
Malaysia. Rusuhan kaum yang berlaku ketika itu dipercayai akibat daripada
wujudnya ketidakseimbangan dalam banyak aspek terutamanya ekonomi antara
kaum bumiputera dan bukan bumiputera. Akibat daripada itu beberapa dasar
dilancarkan oleh kerajaan bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Pembangunan Nasional (DPN), dan kini Dasar Perindustrian Negara, Dasar
Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan lain-lain
lagi. Ciri-ciri Ekonomi Zaman Penjajah Kita sudah sedia maklum setiap penjajah
yang datang ke Tanah Melayu mempunyai kepentingannya tersendiri. Mereka
hendak memajukan kawasan yang mempunyai sumber kekayaan dan dapat
memberi keuntungan kepada mereka. Kawasan yang tidak mendatangkan hasil
kepada mereka dibiarkan mundur. Keadaan yang sedemikian mewujudkan
beberapa ciri ekonomi seperti kemajuan penanaman getah secara perladangan,
14
perkembangan perlombongan bijih timah, kepesatan infrastruktur, pengeluaran
bahan mentah dan ekonomi dualisme. Kepesatan infrastruktur Penyediaan
infrastruktur berkait rapat dengan aktiviti ekonomi negara. Pembinaan jalan kereta
api adalah salah satu kemudahan yang dibina bagi memudahkan penghantaran
barang-barang dengan teratur. Contohnya pembinaan jalan kereta api antara
Taiping dan Port Weld, Kuala Lumpur dan Klang serta Seremban dan Port Dickson.
Pembinaan jalan raya bukan sahaja bertujuan menghantar barang-barang, malah
segala urusan lain juga dapat dijalankan dengan lebih mudah. Dengan adanya
kemudahan ini ia memberi impak positif pada pertumbuhan sesebuah kawasan.
Kawasan yang kecil menjadi bandar kecil dan kawasan bandar menjadi bandar
besar. Kegiatan perlombongan Kegiatan perlombongan khususnya bijih timah
bermula sebelum British menjajah Tanah Melayu. perlombongan ini adalah
perusahaan tertua di Tanah Melayu. Perusahaan bijih timah adalah kegiatan yang
dipelopori oleh orang Melayu sehingga tahun 1820 di mana ianya dikuasai oleh raja-
raja dan pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar iaitu Menteri Larut. Orang
Cina mula melibatkan diri dalam perusahaan bijih timah mulai tahun 1820 kerana
orang Melayu menganggap ia sebagai kerja sambilan dan lebih menumpukan
kepada ekonomi sara diri. Dengan kemasukan orang Cina, mereka mula
menggantikan kaedah melombong orang Melayu yang menggunakan cara
tradisional. Mereka memperkenalkan kaedah yang lebih moden iaitu melombong
secara melombong dedah dan pam. Selepas itu, Sir Hugh Low memperkenalkan
enjin stim pada tahun 1877 yang digunakan di lombong-lombong timah di Taiping
dan Selangor. Perusahaan getah Pada peringkat permulaan perkembangan
perusahaan getah di Tanah Melayu adalah satu proses yang agak lambat dan
memerlukan usaha yang gigih. Ini disebabkan tidak ramai yang mempunyai
pengetahuan mengenai penanaman getah serta kaedah menoreh getah. Pelantikan
Hendry N. Ridley sebagai pengarah Taman Bunga di Singapura pada 1888
mempengaruhi perkembangan perusahaan getah. Beliau memperkenalkan sistem
torehan getah sebagai "Sistem Ibedem atau sistem Tulang Ikan Hering” pada tahun
1897 dan digunakan pada tahun 1904. Pada awal abad ke 20, penanaman getah
mula ditanam secara besar-besaran di Tanah Melayu. Harga getah di pasaran dunia
meningkat empat kali ganda. Menjelang kemerdekaan, seluas 800,000 hektar tanah
ditanam getah secara perladangan, sebahagian besar di kawasan Perak,
Permatang, Selangor, Lembah Klang dan Johor. Penanaman secara kebun kecil
15
pula berjumlah sebanyak 700,000 hektar. Pada ketika itu getah menyumbang
sebanyak lebih daripada 50 peratus kepada eksport kasar negara. Ekonomi
dualisme Ekonomi dualisme terdiri daripada dua ciri iaitu satu kawasan dibangunkan
malah satu kawasan lagi dibiarkan begitu saja.Wilayah yang menyumbangkan hasil
terus dijaga atau dibangunkan, manakala wilayah yang tidak mempunyai potensi
untuk terus maju dan tidak mempunyai hasil dibiarkan tanpa pembangunan atau
dipinggirkan. Ekonomi dualisme ini wujud dengan begitu meluas sekali. Contohnya,
dalam sektor pertanian wujudnya dualisme iaitu antara sektor perladangan dan
sektor pekebun kecil. Sektor perladangan mempunyai ciri-ciri pertumbuhan,
berintensif modal, memiliki pekerja mahir, sistem pengurusan yang lebih teratur,
serta produktiviti yang lebih tinggi. Manakala sektor pekebun kecil mempunyai ciri-
ciri pertumbuhan yang lambat, produktiviti yang kurang, penggunaan teknologi
tradisional, pekerja kurang cekap serta wujudnya masalah infrastruktur dan lain-lain.
Pengeluaran bahan mentah Bahan mentah atau komoditi utama seperti getah
adalah sumber utama yang menguntungkan negara pada zaman penjajah. Britain
adalah salah sebuah negara yang membeli bahan mentah dengan harga murah.
Mereka kemudiannya memproses dan menjual barang-barang siap dengan harga
yang lebih mahal.
Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara
ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sekto ekonomi
dengan sesuatu kaum. Daripada keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian
menjadi stereotaip bahawa majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan,
etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala
sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet. Di Sabah dan Sarawak pula,
streotaipnya pula ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman
dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan faktor ekonomi dikuasai oleh etnik
Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara
langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya.
Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik, sarjana dan pemerhati mengenai
masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat dinafikan
akan peri pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan politik
sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi survival
Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis. Menurut mereka lagi, sekiranya
16
hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia sebagai sebuah
negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan ekonominya
memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini dinyatakan dengan
jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000) dan
penerima anugerah nobel (bidang ekonomi), 2001:
"I had the opportunity to talk to Malaysia's Prime Minister after the riots in Indonesia.
His country has also experienced ethnic riots in the past. Malaysia has done a lot to
prevent their recurrence, including putting in a program to promote employment for
ethnics Malays. Mahathir knew that all gains in building a multiracial soceity could be
lost, had he left the IMF dictate its policies to him and his country and then riots had
broken out. For him, preventing a severe recession was not just a matter of
economics, it was a matter of the survival of the nation."
Kenyataan Stiglitz ini menekankan bahawa dalam konteks Malaysia, apabila
berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang terjadi pada tahun
1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja ternyata tidak mencukupi kerana seperti
yang kita sedia maklum akan hubung kait ekonomi dan etnisiti amat rapat. Ertinya,
jika masalah ekonomi terjadi, maka dengan sendirinya masalah ini akan menjadi
masalah etnisiti. Maka sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi
di Malaysia mesti diambil kira impaknya terhadap hubungan etnik. Hubungan timbal
balik antara ekonomi dan etnisiti merupakan satu ciri penting sistem sosial Malaysia
yang hingga sekarang masih bertahan dengan baik, sehingga mendapat pujian
daripada beberapa negara mundur, membangun dan maju di dunia hari ini.
Malahan, beberapa negara telah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh.
Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang
sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai
hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran
asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang
kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang
India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua
sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi
British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang
17
kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal
dan sistem persekolahan yang berbeza. Kepelbagaian etnik di Malaysia telah
mempengaruhi dan mencorakkan pembangunan politik di Negara ini.
Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina dan India
Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk
berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran
berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan
kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti
politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan
politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di
Tanah Melayu.
Kesedaran Kebangsaan dan Politik Orang Melayu
Kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu dapat dikesan sejak zaman
Kesultanan Melaka, apabila bermulanya penjajahan Portugis ke atas Melaka pada
tahun 1511. Telah berlaku penentangan penduduk dan pemimpin tempatan
terhadap penjajahan dan perjuangan untuk mempertahankan bangsa dan kerajaan.
Perjuangan penduduk dan pemimpin tempatan diteruskan untuk menentang
penjajah British pada Pada awal abad ke-20, telah lahir kesedaran berteraskan
agama di kalangan orang Melayu. Kesedaran itu wujud hasil daripada pengaruh
gerakan islah di Asia Barat terhadap sekumpulan ulama dari Tanah Melayu. Mereka
ini dikenali sebagai Kaum Muda dalam masyarakat Melayu. Golongan ini bukan
sahaja mengajar di rumah, surau dan masjid, tetapi juga mendirikan sekolah agama
yang dikenali sebagai madrasah.
Sehingga tahun 1930 belum wujud sebuah pertubuhan yang dapat
memperjuangkan kepentingan politik orang Melayu. Yang wujud hanya pertubuhan
dan persatuan yang bertujuan melahirkan kesedaran orang Melayu supaya
memajukan diri mereka dalam aspek sosioekonomi. Antaranya Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) ditubuhkan pada 14 Mei 1926 oleh sebilangan orang Melayu
Singapura yang berpelajaran Inggeris. Perjuangan utama KMS adalah untuk
memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang Melayu dan memupuk kecenderungan
mereka dalam bidang politik. Perjuangan politik yang jelas di kalangan orang Melayu
berlaku pada akhir tahun 1930-an. Pada Mei 1937, golongan nasionalis yang
berpendidikan Melayu dan dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia telah
18
menubuhkan parti politik iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Kuala Lumpur yang
dipimpin oleh Ibrahim bin Haji Yaakob. Pertubuhan ini didaftarkan sebagai satu
pertubuhan yang sah pada Ogos 1938. KMM adalah pertubuhan politik Melayu yang
pertama di Tanah Melayu. Penubuhannya adalah hasil kesedaran sekumpulan
nasionalis Melayu tentang perlunya penyatuan di kalangan orang Melayu.
Kesedaran Dan Kegiatan Politik Orang Cina
Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah
Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan
India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah
untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya
berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.
Penubuhan Parti Politik Melayu, Cina Dan India
United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu kesan
daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh
British pada tahun 1946. Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat
kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak
mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik
di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka. Penubuhan Malayan
Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis makan malam di rumah
Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat awal, MCA lebih
menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu orang Cina
menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu. Orang India menubuhkan Malayan
Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946. MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-
1947). Penubuhannya bertujuan untuk membantu dan memperjuangkan
kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang India di Tanah Melayu. UMNO berjaya
mencapai kesepakatan dengan Malayan Chinese Association (MCA) dalam
membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam menghadapi persaingan politik di Tanah
Melayu. Kerjasama itu kemudian diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian
Congress (MIC) pada tahun 1954 dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC.
Perikatan telah berjaya dalam pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke
arah memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Intipati daripada huraian tersebut ialah hubungan etnik merupakan satu ciri
penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai
19
kehidupan harian smua rakyat Malaysia. Cuma, seluas dan sedalam manakah
pengetahuan setiap rakyat Malaysia mengenai dinamika yang menjadi landasan
proses hubungan etnik tersebut, iaitu pengetahuan yang melewati pandangan mata
kasar . Untuk mengukur erat longgarnya perpaduan etnik di Malaysia bukan suatu
tugas yang mudah berbanding dengan menilai kepesatan pertumbuhan ekonomi
negara. Dalam bidang ekonomi, kita mampu menjelaskan bagaimana kita membina
asas ekonomi yang kukuh dan akhirnya mampu menempatkan kedudukan ekonomi
pada tahap yang dihormati di seluruh dunia. Kenyataan ini mudah disokong oleh
angka pertumbuhan ekonomi yang sihat. Sebaliknya, petunjuk dalam bidang
hubungan etnik kita masih memerlukan suatu pendekatan yang mudah difahami,
mantap dan realitistik untuk menghuraikan kejayaan Malaysia secara umum dalam
mengekalkan keharmonian antara kaum.
Walaupun kita menghadapai kesukaran dalam mengukur tahap perpaduan
nasional, namun negara-negara asing seluruh dunia masih melihat Malaysia secara
perbandingan sebagai sebuah negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik
yang harmonis. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pemilihan Malaysia
beberapa tahun lalu sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mempunyai kaitan langsung dengan
prestasi baik ekonomi dan kestabilan politiknya yang terbina dalam acuan hubungan
etnik yang harmonis.
Kesimpulannya,secara keseluruhan pembnagunan ekonomi yang
dirancangkan oleh kerajaan sejak merdeka telah membawa hasil yang sangat
positif.Ekonomi yang dahulunya berasaskan pertanian telah berubah kepada
ekonomi yang berorientasikan industry eksport dan k-ekonomi.Kadar pertumbuhan
ekonomi indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah
kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.Di samping itu,pembangunan ekonomi
Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik.SEcara
umum,kemiskinan tanpa mengira golongan etnik sudah dapat diatasi.Manakala
penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara golongan
etnik menjadi seimbang turut mencatatkan hasil yang positif.Dalam kehidupan
sdeharian pula,proses urbanisasi yang berlangsung seiring dengan proses
pembnagunan ekonomi telah menyebabkan proses perpaduan terus
berlangsung.Selain itu,konsep Islam Hadhari juga memainkan peranan dalam
20
hubungan etnik.Dimana tujuan utama Islam Hadhari adalah untuk memperkasakan
umat Islam dalam menghadapi cabaran dunia semasa. Namun demikian, ia tidak
melibatkan umat islam sahaja apabila dilihat dalam konteks masyarakat plural di
Malaysia. Ia juga bertujuan melahirkan insan yang mempunyai kekuatan moral
inovatif, memandang ke hadapan, mampu berdikari, memandang tinggi budaya
integriti dan membenci rasuah, sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap
tanpa mengira golongan etnik.Pelaksanaan konsep keadilan dan amanah dalam
pentadbiran dengan menjalankan pemerintahan yang tidak membezakan etnik,
warna kulit, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Matlamat dasar
pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan warga Malaysia
menurut acuan kita sendiri; berasaskan masyarakat yang majmuk. Ia telah
diperkasakan melalui 10 prinsip utama yang digariskan oleh Perdana Menteri
kita.Selain itu,bagi memantapkan hubungan etnik sentiasa terjalin masyarakat dan
kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia.Antaranya ialah Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integkrasi
dan Integrasi Nasional yang telah merancang pelbagai strategi seperti strategi
politik,ekonomi,pendidikan,penggunaan Bahasa
Kebangsaan ,agama,kebudayaan,media masa dan lain-lain.Manakala peranan
masyarakat pula ialah seperti rukun tetangga,rumah terbuka,program di institusi
pengajian tinggi dan banyak lagi.Melalui strategi dan aktiviti ini akan menjamin
kerukunan dan akan mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.
21